Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 2 2015

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU MAJAU

96700 KANOWIT, SARAWAK

______________________________________________

MINIT MESYUARAT KURIKULUM


BIL.2 / 2015

TARIKH

10 FEBRUARI 2015

TEMPAT

KELAS TAHUN 6

MASA

2.30 PETANG
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 2/2015

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU MAJAU, 96700 KANOWIT

TARIKH : 10 Februari 2015


HARI : Selasa
MASA : 2.30 petang
TEMPAT : Kelas Tahun 6

KEHADIRAN : Seperti dalam lampiran kehadiran

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Alu-aluan Guru Besar

1.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran semua guru dan staf sokongan ke Mesyuarat
Kurikulum Bil.2/2015. Beliau berharap agar semua guru dan staf berada dalam keadaan baik
dan sihat.
1.2 Guru Besar berpesan kepada guru-guru dan staf supaya melaksanakan urusan atas talian
mengikut tarikh yang ditetapkan sama ada urusan individu atau urusan yang melibatkan
sekolah dan murid.
1.3 Guru Besar turut mengingatkan guru dan staf bahawa setiap urusan surat menyurat perlu
dikeluarkan melalui Guru Besar dan disimpan untuk memudahkan urusan guru dan pihak
sekolah.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas

2.1 Setelah dibaca dan diteliti secara satu persatu, maka minit mesyuarat Bil.1/2015 telah
dicadangkan untuk disahkan oleh Cikgu Masnizan binti Hamdan dan disokong oleh Cikgu
Mohd Syahrul Zaman bin Zakaria.
3. Perkara Berbangkit

3.1 Tiada

4. Jadual Waktu

4.1 Guru Besar memaklumkan kepada setiap guru kelas bahawa jadual waktu perlu dipaparkan
pada kelas masing-masing bagi memudahkan murid dan guru.
4.2 Guru Besar memberi penekanan kepada setiap guru mata pelajaran untuk mematuhi
ketepatan waktu masuk dan keluar kelas supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak
diingini seperti murid bising atau bergaduh semasa ketiadaan guru.
4.3 Guru-guru juga dikehendaki menyemak buku murid, membuat rancangan persediaan
mengajar bagi setiap mata pelajaran diajar serta membuat bahan bantu mengajar jika
mempunyai free period.

5. Panitia Mata Pelajaran

5.1 Guru Besar mengingatkan ketua-ketua panitia mata pelajaran supaya sentiasa mengemaskini
fail panitia masing-masing.
5.2 Ketua-ketua panitia mata pelajaran diminta untuk mengadakan mesyuarat bersama ahli-ahli
panitia seperti yang telah ditetapkan.

Tindakan : Semua guru yang terlibat

6. Sasaran Pencapaian Setiap Kelas 2015

6.1 Guru Besar membentangkan sasaran tahunan bagi setiap kelas bermula Tahun 1 hingga 5
bagi tahun 2015.
6.2 Beliau menyatakan harapan agar sasaran yang telah ditetapkan bagi setiap kelas dapat
dicapai oleh murid dengan kerjasama dan bimbingan yang berterusan daripada guru-guru.
6.3 Berikut adalah sasaran yang telah ditetapkan :
BIL KELAS PENCAPAIAN SASARAN CATATAN
SEMASA (%)
1. Prasekolah 14 / 20 ( 70 % ) 85 6/20 orang murid masih tidak dapat
mengenal huruf dan nombor dengan baik.
2. Tahun 1 15 / 20 ( 75 % ) 85 5/20 orang murid masih lemah dalam
penguasaan kemahiran membaca, menulis
dan mengira.
3. Tahun 2 11 / 14 ( 79 % ) 90 3/14 orang murid yang tidak menguasai
LINUS dibimbing dalam kelas pemulihan
bagi subjek BI, BM dan MAT.
4. Tahun 3 16 / 23 ( 70 % ) 85 7/23 orang murid yang tidak menguasai
LINUS mengikuti program pemulihan bagi
subjek BI, BM dan MAT.
5. Tahun 4 14 / 21 ( 67 % ) 80 7/21 orang murid masih kurang menguasai
mata pelajaran teras. Murid mengikuti kelas
tambahan yang diadakan oleh pihak
sekolah.
6. Tahun 5 12 / 18 ( 67 % ) 80 6/18 orang murid masih kurang menguasai
mata pelajaran teras. Murid mengikuti kelas
tambahan yang diadakan oleh pihak
sekolah.
7. Tahun 6 8 / 12 ( 67 % ) 83.3 4/12 orang murid masih kurang menguasai
mata pelajaran teras. Murid mengikuti kelas
tambahan yang diadakan oleh pihak
sekolah.

7. Guru Kelas

7.1 Guru Besar memberi penekanan kepada guru-guru kelas supaya meletakkan peraturan-
peraturan kelas supaya murid dapat membaca, memahami dan mematuhi peraturan-peraturan
yang telah ditetapkan semasa keberadaan mereka di dalam kelas.
7.2 Guru-guru kelas juga diminta sentiasa mengawal disiplin murid-murid supaya dapat
membentuk murid-murid yang berakhlak mulia, menghormati guru dan bertanggungjawab.
7.3 Guru Besar berpesan kepada setiap guru kelas supaya menanda kedatangan murid secara
bertulis pada Buku Rekod Kedatangan Murid dan menyiapkan enrolmen kedatangan pada
setiap akhir bulan.

Tindakan : Guru-guru Kelas


8. Program LINUS

8.1 Guru Besar memaklumkan kepada guru-guru berkenaan supaya membuat saringan bagi
program LINUS untuk mata pelajaran Matematik, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Tindakan : Penyelaras dan Guru LINUS

9. Pemulihan

9.1 Guru Besar menetapkan bahawa Cikgu Mohd Syahrul Zaman bin Zakaria
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program pemulihan bagi mata pelajaran Bahasa
Malaysia dan Matematik manakala Cikgu Masnizan binti Hamdan pula mengambilalih program
pemulihan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris.
9.2 Guru-guru terutamanya yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia, Matematik dan
Bahasa Inggeris Tahun 1 diingatkan supaya melaksanakan saringan seawal bulan Januari
bagi memilih murid-murid yang perlu diberi bimbingan dan pemulihan.

Tindakan : Guru Pemulihan dan Guru Mata Pelajaran

10. Pusat Sumber Sekolah dan Program NILAM

10.1 Guru Besar memaklumkan bahawa Cikgu Siti Nur Ajjah Khamisnah binti Musa telah
dilantik sebagai Guru Pusat Sumber yang baharu bagi menggantikan Cikgu Nor Sharnida
binti Daud yang telah dilantik sebagai Setiausaha Peperiksaan Sekolah Kebangsaan Ulu
Majau.
10.2 Bagi Program NILAM pula, Cikgu Muhammad Qawiem bin Ibrahim telah dilantik sebagai
Guru NILAM yang baharu bagi menggantikan Cikgu Cristy Maikol yang telah berpindah.
10.3 Guru Besar menyatakan harapan beliau supaya guru-guru baharu yang telah dilantik
dapat melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan dengan sebaiknya.

Tindakan : Guru Pusat Sumber dan Guru NILAM


11. Pencerapan

11.1 Guru Besar mengingatkan guru-guru bahawa pencerapan akan dilaksanakan seperti biasa
iaitu dua kali dalam tempoh setahun.
11.2 Pelaksanaan pencerapan ini akan dilakukan oleh Guru Besar dan dibantu oleh Guru
Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Cikgu Peter Narawie anak Wilson Janang.

Tindakan : Semua guru yang terlibat

12. Sasaran UPSR 2015

12.1 Guru Besar menyatakan bahawa sasaran UPSR pada tahun 2015 telah berubah
disebabkan pertambahan seorang murid iaitu Amelia Anak Saging.
12.2 Peratusan sasaran yang baru telah ditetapkan iaitu 83.3% dan GPS 2.50.
12.3 Guru Besar meletakkan harapan yang tinggi kepada guru-guru dan murid-murid Tahun 6
agar dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Tindakan : Semua guru yang terlibat

13. Hal-Hal Lain

13.1 Guru Besar telah menetapkan bahawa kelas tambahan bagi murid-murid Tahap Dua akan
dimulakan selepas cuti Tahun Baru Cina.
13.2 Beliau turut menegaskan bahawa guru-guru yang mengajar mata pelajaran teras bagi
Tahap Dua perlu membuat pembelian buku-buku tambahan dengan kadar segera
sepertimana yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG).
13.3 Guru Besar turut mengingatkan guru-guru supaya memastikan setiap murid mengenali
dan mengingat nama guru-guru dan kakitangan sekolah yang lain.
14. Penutup

14.1 Mesyuarat ini telah ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

( NOR SHARNIDA BINTI DAUD ) ( MOHD AMIN BIN ABDULLAH )


Setiausaha Kurikulum, Guru Besar,
SK Ulu Majau, Kanowit SK Ulu Majau, Kanowit

You might also like