Bab 2 T4

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN

TAMADUN ROM

1. Fungsi Majlis Perbandaran


2. Keistimewaan Bandar Pompei
3. Rom menjadi sebuah republik
4. Ciri-ciri sistem republik Rom.
5. Tugas ahli dewan Senat
6. Peranan Julius Ceasar
7. Perkembangaan sistem perundangan
8. Prinsip prinsip undang-undang Rom

1 Jelaskan fungsi Majlis Perbandaran dalam tamadun Rom (ms 40)

Tema Fakta
Pusat Menjalankan pentadbiran tanpa gangguan kerajaan pusat
Maju Memajukan Bandar
Selesa Keselesaan hidup di Bandar
Terancang Membina Bandar terancang
kemudahan Menyediakan pelbagai kemudahan untuk penduduk
Contoh Bekalan air,sistem pemanas,rumah ibadat,teater,sarkas,tempat berdialog,rumah
mandi awam, istana

2 Nyatakan keistimewaan Bandar Pompei (ms 39-40)

Tema Fakta
Bandar Bandar contoh
Kemudahan Pelbagai kemudahan
Contoh Pejabat, dewan orang ramai, mahkamah, perpustakaan, rumah ibadat , kedai ,
pintu gerbang ,
Colleseum Gelanggang tempat pertandingan bagi pahlawan Rom
Penduduk Penduduk seramai 50 000 orang
Saliran Sistem saliran bawah tanah yang menyalurkan air melalui paip
Bekal Membekalkan air kepada penduduk semasa peperangan
Guna Digunakan untuk perrindustrian dan pengangkutan

3 Nyatakan bagaimana Rom menjadi sebuah republik pada tahun 509 S.M.

Tema Fakta
Raja Pemerintahan Rom bermula dengan sistem beraja
Mutlak Rom diperintah oleh raja berkuasa mutlak daripada keturunan Etruscan
Benci Pemerintahan secara mutlak dibenci oleh masyarakat Latin
Patrician Masyarakat Latin yang dipimpin oleh golongan bangsawan (Patrician) bangun
memberontak
Republik Mereka telah membentuk kerajaan Republik
4 Bagaimanakah amalan sistem republik dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran Rom.

Tema Fakta
Mutlak Tiada pemerintah berkuasa mutlak
Konsul Kuasa tertinggi terletak di tangan dua orang konsul.
Imbang Perlantikan dua orang konsul bertujuan mengimbangkan kuasa
Lantik Konsul dilantik oleh Dewan Senat.
Senat Dewan Senat membantu konsul dalam pentadbiran.
Bangsawan Dewan Senat dianggotai oleh golongan bangsawan.
Undang-undang Dewan Senat membincangkan hal pentadbiran dan merangka undang-undang.
Praeotor Ahli Dewan Senat boleh dilantik menjadi konsul dengan syarat
Menjadi praeotor/ pemerintah tentera terlebih dahulu.
Perhimpunan Dewan Senat dibantu oleh Dewan Perhimpunan.
Rakyat Dewan Perhimpunan diwakili oleh semua rakyat Rom.
Lulus Dewan Perhimpunan bertanggungjawab meluluskan keputusan yang dibuat oleh
Dewan Senat

5. Apakah tugas ahli Dewan Senat dalam sistem republik di Rom pada tahun 509 S.M.?

Tema Fakta
Dua Melantik dua orang konsul
Tadbir Membincang hal-hal pentadbiran negara
Rangka Merangka perundangan
Keputusan Menyampaikan keputusan kepada Dewan perhimpunan untuk diluluskan

6 Nyatakan perubahan-perubahan yang dilakukan oleh Julius Caesar terhadap sistem


pemerintahan Rom .

Tema Fakta
Meluaskan Meluaskan kuasa ke Mecedonia,Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Brittania (Britain)
dan beberapa kawasan di Jerman.
Pemerintahan Menjalankan pemerintahan bercorak empayar.
Berpusat Membentuk pemerintahan berpusat.
Menyatukan Menyatukan wilayah kecil yang ditaklukinya.
Menamatkan Menamatkan pemerintahan republik
Menguasai Menguasai angkatan tentera dan senat.
Diktator Mengisytiharkan dirinya dikator.
Gelaran Menggunakan gelaran Maharaja.
7. Terangkan perkembangan sistem perundangan dalam Tamadun Rom

Tema Fakta
Bertulis Undang-undang yang digunakan adalah berbentuk Undang-undang Bertulis
Kanun Undang-undang yang pertama adalah Hukum Kanun 12
Pahat Undang-undang ini dipahat pada kayu dan dikenali undang-undang Papan 12
Awam diletakkan ditempat awam untuk dibaca dan dipatuhi oleh semua rakyat
Cabang Undang-undang yang disusun itu terdiri daripada 3 cabang
Contoh undang-undang sivil, undang rakyat dan undang-undang natura
Hak undang-undang Rom menghormati hak individu untuk mendpatkan perbicaraan yang
adil
Bukti hakim akan menjatuhkan hukuman berdasrkan bukti yang cukup
Kumpul Maharaja Justinian telah mengumpul,menyatukan dan membukukan undang-undang
tersebut
Justinian Usaha maharaja ini telah melahirkan kod undang-undang Rom yang dikenali
undang-undang Justinian

8. Nyatakan prinsip- prinsip penting undang-undang Rom

Tema Fakta
Sama semua manusia sama disisi undang
Bukti seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah
Adil keadilan terhadap setiap individu
Hukuman hukuman berdasarkan bukti yang cukup
Bicara setiap individu berhak mendapat perbicaraan yang adil

9 Pada pendapat anda apakah kepentingan undang-undang kepada sesebuah masyarakat

Tema Fakta
Tingkah laku mengawal tingkahlaku manusia
Aman mewujudkan kehidupan yang aman dan sejahtera
Sistematik mewujudkan kehidupan yang sistematik
Harmoni Menjamin keharmonian manusia dan masyarakat
Licin melicinkan pentadbiran
Selamat menjaminkan keselamatan dalam negeri
Masalah Mengatasi permasalahan yang berlaku dalam masyarakat
Liar Membendung tindakan liar manusia
Mana-mana yang munasabah

10 Jelaskan peranan Augustus Caesar sebagai pemerintah Rom

Tema Fakta
Luas Menjalankan dasar perluasan kuasa
Warisan Mewajibkan pemerintahan secara warisan
Empayar Mengasaskan empayar Rom
Diktator Memerintah secara diktator
Tamadun India.

1. Sistem pemerintahan Empayar Maurya


2. Perluasan empayar Chandragupta Maurya

1. Jelaskan sistem pemerintahan Empayar Maurya di India?

Tema Fakta
Beraja Sistem pemerintahan beraja dengan raja mengamalkan kuasa mutlak
Kukuh Kedudukan raja diperkukuhkan dengan pelbagai bentuk upacara ritual

yang berasaskan kepercayaan bahawa raja itu adalah suci dan harus dihormati
Penasihat Golongan Brahmin bertindak sebagai penasihat kepada raja
Ksyatria Golongan Ksyatria yang menjadi pemerintah tertinggi serta merupakan golongan
dominan
Maharaja Chandragupta Maurya telah membentuk empayar Maurya dengan menyatukan
kerajaan-
kerajaan kecil di India dan mengubah status raja kepada maharaja
Pataliputra Empayar Maurya meliputi kawasan dari Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu
Kush dengan ibu negaranya terletak di Pataliputra
Asoka Zaman kegemilangan Dinasti Maurya semasa pemerintahan Maharaja Asoka kerana
berjaya menamatkan Perang Saudara

2 Bagaimanakah Chandragupta Maurya melaksanakan dasar perluasan empayar tamadun


India?

Tema Fakta
Tentera mewujudkan pasukan tentera yang besar iaitu 600 ekor gajah, 1000 orang tentera
berkuda dan 10,000 orang infantri.
Kuasai menguasai seluruh India Utara
Kukuh mengukuhkan kedudukannya
Takluk menakluk Punjab
Tewas Menewaskan Suleceus yang memerintah empayar Sulecid di Syiria dan sempadan
India Barat.

Huraikan ciri-ciri pendidikan Zaman Vedik dalam Tamadun India

Tema Fakta
Agama Mementingkan keagamaan
Hindu Agama Hindu sebagai teras
Lelaki Didominasi oleh kaum lelaki
Wanita Kaum wanita tidak mempunyai ruang menerima pendidikan
Kitab Pendidikannya memberi tumpuan pembelajaran kitab-kitab veda
Sanskrit BahasaSanskrit merupakan medium pengajaran penting
Hafalan Kaedah hafalan digunakan untuk mendalami kitab-kitab veda
Teras Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha
Istana Pendidikan peringkat awal diberikan di istana dan di rumah
Tinggi Pendidikan tinggi diberikan di Kolej Brahma
Universiti Lahir universiti agama Buddha, iaitu Nalanda

Terangkan tujuan pendidikan dalam tamadun India

Tema Fakta
Hadapi untuk menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati
Sempurna Segala hukuman agama harus dipelajari supaya mereka dapat hidup
sempurna dengan nilai-nilai murni yang diajar oleh agama
Brahmin untuk capai taraf sebagai Brahmin yang berpendidikan,
Sains Pendidikan juga untuk meningkatkan ilmu sains.
Ilmu Pendidikan di India bertujuan untuk menambah ilmu
Butahuruf bertujuan mengatasi butahuruf
Jawatan Pendidikan juga untuk mendapatkan jawatan dalam pemerintahan.

Terangkan aspek penekanan dalam pendidikan di dalam Tamadun India

Tema Fakta
Agama Mementingkan keagamaan dan agama Hindu
Kitab Pendidikannya memberi tumpuan pembelajaran kitab-kitab veda
Hafal seseorang harus menghafal pelbagai buku agama khususnya veda
Ritual Menghafal peraturan ritual, mentera, dan lagu-lagu agama.
Saintifik Mereka juga harus belajar karya sainstifik dan falsafah

Kegiatan ekonomi di India

Tema Fakta
Pelabuhan Tamralipti, Ghantashala,Kadura, Broach, Chual,Kalyan.Cambay
dagangan Senjata,gading gajah,emas,berlian ,mutiara.
Perusahaan pengeluaran tekstil, kain kapas ,sutera.,barang emas, mutiara , batu permata.
Hubungan Hubungan antara kerajaan Maurya dengan Macedonia, Sri langka, rantau Asia Tenggah
dan Asia Tenggara.
Maritim Sejak tahun 100M, perdagangan maritim antara India dengan Alam Melayu

Nyatakan tentang Sresthin yang terdapat di India

TEMA FAKTA
persatuan persatuan perdagangan dan perusahaan
Bandar wujud disetiap bandar
Tukang contoh persatuan itu ialah persatuan tukang kayu, tukang logam, tukang kulit
kawal Matlamatnya untuk mengawal harga, kualiti barang, dan gaji pekerja.
Undang- Undang-undang telah digubal untuk mengawal persataun.
undang
Raja Pelaksanaan undang-undang telah diawasi oleh raja.

Kemajuan yang dicapai dalam bidang perdagangan tamadun India.


Tema Fakta
perdagangan Aktiviti perdagangan mengalami perkembangan pesat
Dalam Perdagangan di dalam wilayah India
Luar dan perdagangan luar
Contoh seperti Makedonia,Sri Lanka, rantau Asia Tenggah dan Asia Tenggara.
Pusat Pusat Perdagangan iaitu Anga, Kalinga, dan Karusa
Hasil yang menghasilkan senjata,gading gajah, emas, berlian dan mutiara.
Pelabuhan Mempunyai pelabuhan menghubungkan India dengan Negara luar
Contoh seperti Tamralipti, Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul, kalian dan Cambay.
Persatuan Di setiap bandar wujud persatuan perdagangan dan perusahaan yang dikenali sebagai
sresthin antaranya persatuan tukang kayu, tukang logam dan tukang kulit.
Matlamat Matlamat persatuan adalah untuk mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja.
Undang2 Raja menggubal undang-undang untuk mengawasi perjalanan persatuan perdagangan.
Dasar Dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik
Matawang menggunakan mata wang sebagai medium jual beli.
Bentuk Contoh bentuk mata wang emas dan dikenali sebagai dinar, wang perak dan wang
daripada cangkerang siput.
perusahaan Terdapat sektor perusahaan seperti pengeluaran tekstil, kain kapas, sutera,
Barangan perusahaan yang berasaskan barangan emas, mutiara dan batu permata.
Cukai Pelbagai jenis cukai dikenakan terhadap pelbagai hasil perdagangan / hasil pertanian
dan buah-buahan
Sara Cukai dipungut untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja.
Alam Perdagangan dengan Alam Melayu telah berkembang untuk mendapatkan hasil seperti
rempah, bedak wangi, gading gajah, dan besi.
China Dari China pula seperti tekstil, tembikar, barang kaca, dan minyak wangi.

Mengapakah ekonomi Tamadun India berkembang dengan pada abad ketiga SM?

Tema Fakta
Dalam Perdagangan dalaman di wilayah India
Luar Perdagangan dengan Negara luar dengan Macedonia, Sri Lanka, Asia Tengah, Asia
Tenggara
Pelabuhan Terdapat pelabuhan penting seperti Tamralipti
Sresthin Wujud persatuan perdagangan dan perusahaan / Sresthin / Persatuan tukang kayu /
tukang logam / tukang kulit
Kawal Persatuan mengawal harga barangan / kualiti barangan / gaji pekerja
Undang2 Undang-undang digubal untuk mengawal persatuan
Raja Raja mengawasi pelaksanaan undang-undang
Mata wang Mata wang emas digunakan sebagai medium jual beli
Dasar Dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik
perusahaan Terdapat sektor perusahaan tekstil seperti kain kapas dan sutera , barang kemas
seperti emas, batu permata dan mutiara
Cukai Pelbagai jenis cukai dikenakan spt hasil pertanian dan buah-buahan
Maritim Perdagangan maritim dijalankan dengan Alam Melayu, China, Rom dan Sri Lanka

Berdasarkan pencapaian tamadun India, bagaimanakah anda boleh meningkatkan perkembangan


ekonomi negara kita?

Tema Fakta
Inovatif bersikap inovatif
Usaha berusaha membaiki dan meningkatkan kehidupan sedia ada
Aman mewujudkan sebuah negara yang aman
Adil mewujudkan sistem pemerintahan mestilah kuat dan adil
Sistematik mempunyai corak sistem pemerintahan yang sistematik seperti demokrasi atau
republik
Wibawa menjadi pemerintah yang berwibawa
Lampau meneliti dan menghayati perubahan/ kemajuan yang telah berlaku dalam masyarakat
lampau

Apakah kepentingan bahasa Sanskrit pada zaman vedik dalam tamadun India.

Tema Fakta
Bahasa Melahirkan bahasa Hindi, Urdu, Punjabi, Kasmini dsb
Utama Sebagai bahasa utama zaman Vedik
Penulisan Mempengaruhi perkembangan bidang penulisan
Kesusasteraan Mempengaruhi perkembangan bidang kesusteraan

Apakah kesan peristiwa Perang Kalinga pada tahun 261 S.M terhadap Maharaja Asoka?

Tema Fakta
Damai Menekankan perdamaian dan kemajuan sosial
Agama Menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha
Tentera Tidak menakluk melalui ketenteraan
Birokrasi Membentuk pentadbiran birokrasi

You might also like