Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

Buku Panduan Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan

Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AML/CFT) Untuk


Perniagaan Perkhidmatan Wang yang Dilesenkan di bawah
Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011
2

1. TUJUAN 3

2. PELAKSANAAN LANGKAH-LANGKAH AML/CFT 3

3. USAHA WAJAR PELANGGAN (CUSTOMER DUE DILIGENCE) 4

4. PENYIMPANAN REKOD 8

5. PEMANTAUAN TRANSAKSI SECARA BERTERUSAN 11

6. LAPORAN TRANSAKSI YANG MENCURIGAKAN 11

7. PERANAN PEGAWAI PEMATUHAN 13

8. LATIHAN DAN KESEDARAN KAKITANGAN TERHADAP AML/CFT 14

LAMPIRAN-LAMPIRAN

LAMPIRAN 1 CONTOH-CONTOH TRANSAKSI YANG 15


MENCURIGAKAN

LAMPIRAN 2 BORANG LAPORAN TRANSAKSI YANG 16


MENCURIGAKAN
3

1. TUJUAN

1.1 Buku Panduan ini menggabungkan keperluan-keperluan utama pencegahan


pengubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan (AML/CFT)
yang sedia ada di bawah Garis Panduan Piawaian Mengenai Pencegahan
Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Garis
Panduan Piawaian AML/CFT) dan Garis Panduan Sektoral 3 Pencegahan
Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan untuk
Pengurup Wang Berlesen dan/atau Pengendali Perkhidmatan Kiriman Wang
Bukan Bank (Garis Panduan Sektoral 3 AML/CFT). Buku Panduan ini bertujuan
untuk memudahkan pemegang lesen perniagaan perkhidmatan wang mematuhi
keperluan-keperluan AML/CFT dengan penjelasan mengenai tugas dan
tanggungjawab pemegang lesen dalam melaksanakan langkah-langkah
AML/CFT untuk mencegah, mengesan dan menghentikan aktiviti pengubahan
wang haram/ pembiayaan keganasan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan
Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

2. PELAKSANAAN LANGKAH-LANGKAH AML/CFT

2.1 Dalam menjalankan aktiviti perniagaan perkhidmatan wang, pemegang lesen


dikehendaki untuk mewujudkan dan melaksanakan langkah-langkah AML/CFT
bagi mengurangkan risiko di mana transaksi perniagaan perkhidmatan wang
dijalankan untuk tujuan pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan dan
lain-lain tujuan haram. Langkah-langkah AML/CFT ini termasuklah:
(a) Pelaksanaan Usaha Wajar Pelanggan (Customer Due Diligence atau CDD)
untuk mengenalpasti dan mengesahkan pelanggan yang berurusan dengan
pemegang lesen;
(b) Penyenggaraan rekod dan dokumen-dokumen yang relevan berkenaan
transaksi yang dijalankan oleh pemegang lesen;
(c) Pemantauan secara berterusan ke atas semua transaksi yang dijalankan
dengan pelanggan untuk memastikan maklumat yang diselenggara oleh
pemegang lesen adalah yang terkini dan relevan untuk membantu
mengenalpasti transaksi-transaksi yang mencurigakan; dan
4

(d) Menyerahkan laporan mengenai transaksi yang mencurigakan kepada Unit


Perisikan Kewangan di Bank Negara Malaysia sekiranya pemegang lesen
mempunyai kesangsian bahawa transaksi yang dijalankan boleh dikaitkan
dengan aktiviti pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan dan
aktiviti haram yang lain.

3. USAHA WAJAR PELANGGAN (CDD)


3.1 Usaha Wajar Pelanggan (CDD) adalah bertujuan untuk mengenali pelanggan
yang berurusan dengan pemegang lesen, sama ada pelanggan yang sedia ada
atau pelanggan baru. Pelaksanaan CDD yang efektif membolehkan pemegang
lesen mengenalpasti transaksi yang mungkin berkaitan dengan aktiviti
pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan atau aktiviti haram yang lain,
dan dengan ini, dapat melindungi pemegang lesen daripada disalahgunakan
untuk tujuan jenayah kewangan dan aktiviti haram yang lain.

3.2 Sebelum melakukan transaksi dengan pelanggan, pemegang lesen mesti


melaksanakan langkah-langkah CDD yang komprehensif seperti berikut:

(a) Melihat dokumen-dokumen asal semua pelanggan, tanpa mengira amaun


transaksi

(i) Pelanggan individu:


Kad Pengenalan atau lesen memandu untuk rakyat Malaysia /
permastautin tetap;
Pasport atau dokumen-dokumen pengenalan rasmi yang sah
bagi warga asing.

(ii) Pelanggan korporat:


Memorandum / Artikel / Sijil Perbadanan / Perkongsian yang
disahkan atau apa-apa rujukan lain yang boleh dipercayai untuk
pengesahan identiti pelanggan korporat;
Dokumen pengenalan pengarah / pemegang saham / rakan
kongsi yang disahkan; atau Borang 24 dan 49 yang dikeluarkan
oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia; atau dokumen bagi
penubuhan asing yang boleh diterima;
5

Surat kebenaran untuk mana-mana pihak yang mewakili


syarikat itu;
Dokumen yang relevan untuk mengenal pasti identiti orang yang
diberi kuasa untuk mewakili syarikat dalam urusan dengan
pemegang lesen.

(b) Bagi tujuan dalam perenggan 3.2(a), pemegang lesen harus memaparkan
notis (seperti dalam format di bawah) di tempat yang mudah dilihat untuk
memaklumkan kepada pelanggan supaya menyediakan dokumen
pengenalan yang relevan:

Notis kepada Pelanggan


Sila sediakan dokumen pengenalan anda sebelum menjalankan transaksi
seperti yang dikehendaki di bawah Akta Pencegah Pengubahan Wang
Haram dan Pencegah Pembiayaan Keganasan 2001.

(c) Mengesahkan bahawa pelanggan tidak tersenarai dalam senarai


pengganas di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Resolusi Majlis
Keselamatan (UNSCR), di mana terdapat sekatan yang sedia ada
terhadap individu dan entiti yang berkaitan seperti Taliban, Usama bin
Laden dan organisasi Al-Qaeda. Senarai terkini boleh diperolehi di laman
sesawang http://www.un.org/sc/committees/1267/pdf/AQList.pdf. Pemegang lesen
juga perlu merujuk kepada senarai yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal
Ehwal Dalam Negeri di bawah seksyen 66B dan 66C AMLATFA melalui
langkah-langkah seperti berikut:
Langkah 1: Pergi ke laman sesawang www.federalgazette.agc.gov.my
Langkah 2: Pilih tab Search
Langkah 3: Pilih Title di bawah tajuk Search By
Langkah 4: Pergi ke Keyword dan masukkan ANTI-MONEY LAUNDERING
AND ANTI-TERRORISM FINANCING (SECURITY COUNCIL
RESOLUTIONS) (AL-QAIDA AND TALIBAN) ORDER 2011
Langkah 5: Tekan Search
Langkah 6: Tekan Download untuk membuka dokumen tersebut
6

(d) Sekiranya pelanggan tersebut disenaraikan di dalam senarai di atas,


pemegang lesen mesti menolak transaksi itu dan mengemukakan laporan
transaksi yang mencurigakan kepada Unit Perisikan Kewangan di Bank
Negara Malaysia atas alasan transaksi tersebut adalah berkaitan dengan
keganasan.

(e) Pemegang lesen mesti mencatatkan butir-butir pelanggan dan membuat


salinan dokumen pengenalan asal untuk transaksi pengurupan wang dan
pengiriman wang yang bersamaan atau melebihi had masing-masing
sebanyak RM20,000 secara agregat dan RM3,000 untuk setiap transaksi.

3.3 Dalam keadaan tertentu, tanpa mengira amaun transaksi, pemegang lesen
dikehendaki untuk melaksanakan langkah-langkah tambahan selain daripada
process CDD, untuk melakukan usaha wajar lanjut (enhanced due diligence atau
EDD) seperti yang dinyatakan dalam perenggan 3.4. Situasi-situasi tersebut
termasuk:

(a) Apabila pelanggan (iaitu individu atau pelanggan korporat), menghantar


seorang wakil untuk melakukan transaksi;

(b) Apabila pemegang lesen melaksanakan transaksi perniagaan yang tidak


bersemukaan (non face-to-face) melalui akaun bank atau dalam bentuk
arahan yang diterima melalui internet, faks atau telefon, dengan pelanggan
yang mana hubungan perniagaan telah dijalinkan;

(c) Apabila pemegang lesen berurusan dengan pelanggan yang berisiko


tinggi. Contoh-contoh pelanggan berisiko tinggi adalah:
Individu yang mempunyai asset yang besar (high net worth individual);
Pelanggan bukan pemastautin;
Pelanggan dari lokasi dengan kadar jenayah yang tinggi (contohnya
pengeluaran; pengedaran, penyeludupan dadah dsb.)
7

Pelanggan dari negara-negara atau bidang kuasa yang kekurangan


undang-undang AML/CFT dan peraturan-peraturan yang dinyatakan
oleh Financial Action Task Force (FATF) di laman sesawang
http://www.fatf-gafi.org/documents/repository/fatfpublicstatement-22june2012.html;

Individu yang mempunyai pengaruh politik (politically exposed person)


dengan amanah fungsi awam yang penting, seperti ketua negeri atau
kerajaan, ahli politik kanan, pegawai kanan kerajaan, pegawai
kehakiman atau tentera dan eksekutif kanan organisasi awam;
Perniagaan/aktiviti yang dikenal pasti oleh FATF sebagai mempunyai
risiko pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan yang
lebih tinggi, seperti aktiviti berkaitan dengan kasino, pengedar batu
dan logam berharga, syarikat pembekal perkhidmatan dan amanah
(trust and company service providers) dan ejen hartanah.

(d) Apabila pemegang lesen mempunyai keraguan terhadap transaksi yang


kelihatan luar biasa atau transaksi yang tidak mempunyai kepentingan
ekonomi yang ketara. Contoh-contoh transaksi yang mencurigakan adalah
seperti di Lampiran 1.

3.4 Langkah-langkah bagi pemegang lesen untuk menjalankan EDD termasuk, tetapi
tidak terhad kepada yang berikut:

(a) Mendapatkan maklumat yang lebih terperinci daripada pelanggan,


khususnya tujuan transaksi dan sumber dana yang diperolehi;

(b) Catatkan butir-butir pelanggan dan membuat salinan dokumen pengenalan


asal, walaupun amaun transaksi tersebut adalah kurang daripada had-had
yang ditetapkan di bawah perenggan 3.2(e);

(c) Mendapatkan kelulusan daripada pengurusan kanan, contohnya ketua


pegawai eksekutif, pengarah urusan, pengurus besar atau pengurus
pemegang lesen sebelum menjalinkan hubungan perniagaan atau
berurusan dengan pelanggan tersebut;
8

(d) Mendapatkan surat kebenaran daripada pelanggan yang membenarkan


wakil untuk menjalankan transaksi bagi pihaknya. Surat itu harus
mengandungi maklumat mengenai nama dan alamat pelanggan; serta
nombor kad pengenalan (untuk pelanggan individu) atau nombor
pendaftaran perniagaan (untuk pelanggan korporat);

(e) Mewujudkan hubungan independen dengan pelanggan untuk transaksi


perniagaan yang tidak bersemukaan dengan pelanggan. Pemegang lesen
juga boleh menghubungi pelanggan apabila berurusan dengan seorang
wakil.

3.5 Pemegang lesen tidak boleh meneruskan transaksi tersebut jika ia gagal
menjalankan CDD dan/atau EDD yang betul ke atas pelanggan.

4. PENYIMPANAN REKOD

4.1 Pemegang lesen dikehendaki untuk menyimpan rekod-rekod yang berkaitan


untuk setiap transaksi perniagaan perkhidmatan wang. Rekod yang diselenggara
ini mesti membolehkan pemegang lesen untuk mewujudkan sejarah, keadaan
dan pembentukan semula setiap transaksi yang dijalankan. Rekod-rekod tersebut
termasuk sekurang-kurangnya:
(a) rekod transaksi yang perlu diselenggara oleh pemegang lesen yang
menjalankan perniagaan pengurupan wang:
resit yang dikeluarkan untuk setiap transaksi yang mengandungi
butir-butir berikut:
i. nama, alamat dan butir-butir hubungan pemegang lesen;
ii. nombor siri resit;
iii. tarikh urus niaga;
iv. amaun yang dibayar dan jenis mata wang yang ditawarkan oleh
pelanggan;
v. amaun dan jenis mata wang yang dikeluarkan kepada
pelanggan; dan
vi. kadar pertukaran mata wang yang ditawarkan
9

bentuk setiap transaksi contohnya melalui penghantaran wang tunai


(cash on delivery), cek, deposit dsb;
dokumen-dokumen relevan lain yang menyokong transaksi tersebut
termasuk slip bank.

(b) Rekod transaksi yang perlu diselenggara oleh pemegang lesen yang
menjalankan perniagaan pengiriman wang:
resit yang dikeluarkan untuk setiap transaksi yang mengandungi
butirbutir berikut:
i. nama, alamat dan butir-butir hubungan pemegang lesen;
ii. nombor siri resit;
iii. tarikh urus niaga;
iv. nama pengirim wang;
v. nama benefisiari;
vi. kadar pertukaran mata wang yang ditawarkan; dan
vii. amaun dana yang akan dikirim dalam ringgit dan amaun yang
bersamaan dengan mata wang asing yang akan diterima oleh
benefisiari.
lokasi asal dan destinasi pengiriman wang;
dokumen-dokumen relevan lain yang menyokong transaksi tersebut
termasuk slip bank.

Pemegang lesen juga perlu menyimpan rekod butir-butir pelanggan seperti yang
dinyatakan dalam perenggan 3.2(e) dan 3.4(a) masing-masing.

4.2 Rekod-rekod mesti diselenggara dalam bentuk yang boleh mewujudkan suatu
jejak audit (audit trail) atas setiap transaksi yang boleh dikesan oleh pihak Bank
dan agensi penguatkusaan undang-undang yang berkaitan. Rekod-rekod
tersebut boleh disimpan:
(a) dalam bentuk dokumen asal;
(b) dalam bentuk salinan dokumen asal;
(c) dalam bentuk scan;
(d) dalam komputer atau bentuk elektronik; dan
(e) dalam bentuk mikrofis.
10

4.3 Pemegang lesen adalah dikehendaki di bawah AMLATFA untuk menyimpan


rekod bagi tempoh (6) tahun selepas transaksi telah selesai. Oleh itu, jika
transaksi dijalankan pada 1 Januari 2012, pemegang lesen perlu menyimpan
rekod transaksi tersebut sehingga 1 Januari 2018.

4.4 Namun, jika sebarang rekod diperlukan untuk tujuan pendakwaan atau
penyiasatan jenayah, pemegang lesen mungkin dikehendaki untuk menyimpan
rekod bagi tempoh lebih daripada enam (6) tahun atau sehingga rekod tersebut
tidak diperlukan lagi.

4.5 Jika pemegang lesen telah menyerahkan rekod kepada pihak Bank Negara
Malaysia atau agensi penguatkusaan undang-undang, pemegang lesen tidak lagi
akan mempunyai kewajipan untuk menyimpan rekod-rekod tersebut kerana ia
tidak berada dalam milikan pemegang lesen.

5. PEMANTAUAN TRANSAKSI SECARA BERTERUSAN

5.1 Pemegang lesen mesti melakukan pemantauan secara berterusan ke atas setiap
transaksi dan pelanggan tetap bagi memastikan rekod-rekod / maklumat yang
diselenggara adalah yang terkini untuk memudahkan pengesanan sebarang
transaksi mencurigakan yang tidak konsisten dengan corak transaksi normal
pelanggan.

5.2 Pemegang lesen juga harus mewujudkan kriteria dalaman (red flags) untuk
mengenalpasti transaksi yang mencurigakan (contoh-contoh seperti di Lampiran
I). Transaksi yang sepadan dengan red flags pemegang lesen perlu diberikan
penelitian yang lebih tinggi oleh pegawai pematuhan, dan penilaian perlu dibuat
sama ada laporan transaksi yang mencurigakan perlu dikemukakan kepada Unit
Perisikan Kewangan di Bank Negara Malaysia.
11

6. LAPORAN TRANSAKSI YANG MENCURIGAKAN

6.1 Pemegang lesen wajib mengemukakan laporan transaksi yang mencurigakan


kepada Unit Perisikan Kewangan di Bank Negara Malaysia apabila mana-mana
pekerja mengesyaki atau mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa transaksi
itu melibatkan perolehan daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang, atau
pelanggan yang terlibat dalam pengubahan wang haram atau pembiayaan
keganasan.

6.2 Pemegang lesen harus membuat pertimbangan untuk mengemukakan laporan


transaksi yang mencurigakan apabila:
(a) pemegang lesen tidak dapat melengkapkan proses CDD untuk mana-mana
pelanggan yang sedia ada atau pelanggan baru yang enggan bekerjasama
atan cuba mengelak CDD secara tidak munasabah; atau
(b) sebarang transaksi pelanggan atau cubaan transaksi pelanggan yang
sepadan dengan senarai red flags pemegang lesen.

6.3 Pemegang lesen perlu memberikan maklumat yang berkaitan dengan transaksi
yang mencurigakan seperti yang dikehendaki di dalam borang laporan transaksi
yang mencurigakan seperti di Lampiran II.

6.4 Laporan transaksi yang mencurigakan boleh dikemukakan kepada Unit Perisikan
Kewangan di Bank Negara Malaysia melalui mana-mana kaedah berikut:
Mel: Pengarah
Unit Perisikan Kewangan
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato Onn
50480 Kuala Lumpur
(dibuka oleh penerima sahaja)
Faks: +60326933625
Emel: str@bnm.gov.my
12

6.5 Bagi tujuan ini, pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa pegawai
pematuhan diberikan kebebasan yang sewajarnya untuk melaporkan transaksi
yang mencurigakan tanpa perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak
pengurusan kanan atau lembaga pengarah, dan dibenarkan untuk bekerjasama
dengan Unit Perisikan Kewangan di Bank Negara Malaysia, termasuklah
menyediakan maklumat tambahan dan dokumen yang diminta oleh pihak Bank
Negara Malaysia; dan bertindak segera ke atas sebarang pertanyaan lanjut yang
berkaitan dengan laporan transaksi yang mencurigakan.

6.6 Pemegang lesen juga perlu mewujudkan satu mekanisma pelaporan transaksi
yang mencurigakan yang dikendalikan dengan cara yang selamat untuk
mengekalkan kesulitan dan kerahsiaan laporan. Selain daripada tujuan yang
dibenarkan di bawah seksyen 79 AMLATFA, penzahiran sebarang maklumat
yang diperolehi oleh mana-mana orang dalam pemegang lesen dalam
menjalankan tugasnya adalah suatu kesalahan di bawah AMLATFA.

7. PERANAN PEGAWAI PEMATUHAN

7.1 Pegawai pematuhan merupakan rujukan tunggal kepada Unit Perisikan


Kewangan di Bank Negara Malaysia mengenai perkara-perkara berkaitan
AML/CFT. Sehubungan ini, pemegang lesen perlu melantik seorang kakitangan
dari pihak pengurusan kanan yang fasih dengan keperluan AML/CFT dan
mempunyai keupayaan untuk membuat penilaian dan pengesahan transaksi
yang mencurigakan, serta memastikan bahawa laporan transaksi yang
mencurigakan yang dihantar kepada Unit Perisikan Kewangan di Bank Negara
Malaysia dapat memenuhi kehendak Bank Negara Malaysia.

7.2 Salah satu tanggungjawab utama penting pegawai pematuhan adalah untuk
melaporkan sebarang transaksi yang mencurigakan kepada Bank Negara
Malaysia. Sehubungan ini, pegawai pematuhan perlu memastikan bahawa:
(a) semua kakitangan yang terlibat dalam menjalankan transaksi dengan
pelanggan mengetahui prosedur pelaporan transaksi yang mencurigakan
yang diwujudkan oleh pemegang lesen;
13

(b) mekanisma untuk menyalurkan laporan dalaman transaksi yang


mencurigakan daripada kakitangan tertentu kepada pegawai pematuhan
di cawangan (jika ada) dan seterusnya kepada pegawai pematuhan adalah
selamat dan maklumat yang berkenaan dapat dirahsiakan; dan
(c) penilaian yang sewajarnya dibuat ke atas semua laporan dalaman
transaksi yang mencurigakan yang diterima daripada ibu pejabat,
cawangan dan ejen, dan mengemukakan laporan yang mencurigakan
kepada Unit Perisikan Kewangan di Bank Negara Malaysia dalam tempoh
hari bekerja berikutnya, dari tarikh di mana pegawai pematuhan
mengesahkan kecurigaan tersebut. Dalam kes di mana pegawai
pematuhan memutuskan bahawa kecurigaan tersebut tidak mempunyai
alasan yang munasabah, pegawai tersebut perlu mendokumenkan
keputusan beliau dan memastikan bahawa ia disokong oleh dokumen-
dokumen yang berkaitan.
(d) penyenggaraan fail yang lengkap untuk laporan dalaman transaksi yang
mencurigakan dan bukti dokumen sokongan, walaupun laporan tersebut
sudah dikemukakan kepada Unit Perisikan Kewangan di Bank Negara
Malaysia.

7.3 Selain daripada melaporkan transaksi yang mencurigakan, pegawai pematuhan


juga bertanggungjawab untuk memastikan bahawa, antara lain:
Polisi AML/CFT dalaman dibangunkan dengan baik dan mencerminkan
jenis aktiviti-aktiviti pemegang lesen;
Pemantauan yang berkesan ke atas pematuhan pemegang lesen terhadap
keperluan AML/CFT, terutamanya CDD, penyimpanan rekod dan
pemantauan pelanggan dan transaksi secara berterusan;
Melapor kepada lembaga pengarah tepat pada masanya sekiranya terdapat
kesalahan yang nyata atau kesilapan dalam operasi yang berkaitan dengan
pelaksanaan AML/CFT; dan
Latihan dan kesedaran kakitangan yang mencukupi mengenai langkah-
langkah dan prosedur dalaman AML/CFT yang diwujudkan oleh pemegang
lesen, serta garis panduan yang berkaitan dengan pematuhan AML/CFT.
14

7.4 Pemegang lesen harus memaklumkan secara bertulis, nama dan butir-butir
hubungan pegawai pematuhan kepada Unit Perisikan Kewangan di Bank Negara
Malaysia semasa pelantikan atau pertukaran pegawai pematuhan yang baru.

8. LATIHAN DAN KESEDARAN KAKITANGAN TERHADAP AML/CFT

8.1 Pemegang lesen perlu memastikan sekurang-kurangnya bahawa:


(a) saluran-saluran yang wajarnya telah disediakan untuk berkomunikasi secara
berkesan dengan kakitangan di semua peringkat mengenai langkah-langkah
dan prosedur dalaman AML/CFT. Kakitangan perlu sedar bahawa mereka
boleh disabitkan kesalahan untuk sebarang kegagalan dalam mematuhi
langkah-langkah AML/CFT; dan
(b) maklumat mengenai langkah-langkah dalaman AML/CFT dan garis panduan
AML/CFT yang berkaitan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia
dapat diperolehi oleh semua kakitangan.
15

Lampiran I

CONTOH-CONTOH TRANSAKSI YANG MENCURIGAKAN

1) Pelanggan cuba mengelak atau enggan memberikan maklumat apabila diminta,


terutamanya pelanggan yang menukar mata wang sebanyak RM20,000 dan ke
atas.

2) Urus niaga yang dijalankan adalah kelihatan luar biasa dan tidak selaras dengan
kelakuan atau profil pelanggan yang menjalankan transaksi dengan pemegang
lesen.

3) Pelanggan menggunakan pengenalan berbeza-beza setiap kali menjalankan


transaksi.

4) Sekumpulan pelanggan yang cuba memecahkan transaksi tunai yang besar


kepada beberapa transaksi yang kecil.

5) Pelanggan yang sama menjalankan beberapa transaksi kecil dalam sehari atau di
cawangan/lokasi yang berbeza.

6) Terdapat perubahan mendadak atau tidak konsisten dalam transaksi pengiriman


wang diterima/dihantar

7) Pengiriman wang dari pelanggan/bidang kuasa yang berbeza dihantar kepada


pelanggan yang sama.

8) Pelanggan sering mengirim wang ke negara-negara/bidang kuasa yang tidak


bekerjasama.

9) Pelanggan menukar wang denominasi kecil kepada wang denominasi besar dalam
kuantiti yang banyak.

10) Pelanggan yang sama sering menukar mata wang tempatan kepada mata wang
asing tanpa tujuan yang sah atau kepentingan ekonomi yang ketara.

11) Pelanggan sering menukar jumlah mata wang asing yang besar tetapi tidak
melebihi RM20,000 untuk setiap transaksi.

12) Pelanggan menukar tunai untuk pelbagai kiriman wang pos dalam jumlah yang
kecil kepada pelbagai pihak.
16

Lampiran II

RAHSIA
Reference no:
Document status:

SUSPICIOUS TRANSACTION REPORT


a. This report is made pursuant to the requirement to report suspicious transaction under the Anti-Money
Laundering Act 2001(AMLA)
b. Under section 24 of the AMLA, no civil, criminal or disciplinary proceedings shall be brought against a person
who makes a report unless it was made in bad faith
PART A: INFORMATION ON CUSTOMER
1) Individual
Nationality

Name

Other/previous (1)
name
(2)

(3)

New NRIC no Old NRIC no


Other identification Other identification type
Gender
Contact information
Residential/business address Correspondence address

Other address Previous address

Email address
Contact no - (Off) - (Res) - (Mob)

Fax no

Employment information
Business/
employment type

Page 1 of 3
17

RAHSIA

Reference no:
Document status:

Occupation
Occupation description
Employer name

Employment area

Other known
employment

Marital information
Marital status
Spouse name

Spouse identification
New NRIC no Old NRIC no
Other identification Other identification type

Passport no Place/country of issue

PART B: TRANSACTION DETAILS


Attempted but not completed transaction No
Transaction date - to -
Transaction 0.00
amount(MYR)
Currency exchange to
from

Page 2 of 3
18

RAHSIA
Reference
Reference no:no : FI0001/S/2007/000003F
Document status: Document status : Draft

PART C: DESCRIPTION OF SUSPICIOUS TRANSACTION


Grounds for suspicion Traveling
Business
Education
Medical
others

Others (please
specify)

Description of
suspected criminal
activity

Details of the nature


and circumstances
surrounding it

Date of reporting

Page 3 of 3

You might also like