Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

PRE-EXAM CLASS

UPSR
Program Intensif

Bahasa Melayu
(KATA NAMA)

Nama Pelajar
Latihan Kata Nama (Pre-Exam Class UPSR 2017)

TATABAHASA

TOPIK 1 : KATA NAMA


1

5 Kata Kata Nama


Bilangan Am

KATA NAMA
TERBAHAGI
KEPADA
Kata Nama 5 Kata Nama
4 2
Terbitan Khas

Kata Ganti
Nama
3

1. Kata Nama Am
Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menyebut nama sesuatu yang
bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-
tumbuhan, tempat, benda, dan sebagainya.

Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara
am atau umum.

i) KONKRIT
Kata nama bagi sesuatu yang wujudnnya boleh
Terbahagi kepada 2 : dikesan oleh pancaindera. Boleh dilihat atau disentuh.
Dalam istilah sainsnya kita sebut sebagai jirim.
ii) ABSTRAK

2
Latihan Kata Nama (Pre-Exam Class UPSR 2017)

Kata nama bagi sesuatu yang wujudnya bukan secara


fizikal. Tak boleh dirasai dengan pancaindera i.e tak
boleh dilihat, dihidu, didengar, disentuh dan dirasa.

Contoh Kata Nama Am:

Kata Nama Am Contoh

lelaki, wanita, ayah, emak, adik, kerani, polis, cikgu,


Manusia
pengetua, doktor, askar, juruterbang, nelayan.

singa, harimau, lembu, ikan, ayam, gajah, burung, kuda,


Haiwan
sotong, udang, memerang.

Tumbuh-tumbuhan pokok, daun, lalang, rumput, epal, limau, betik, sawi,


dan buah-buahan bawang, cempedak, rambutan.

sekolah, negara, daerah, bandar, pulau, pejabat,


Tempat
perpustakaan, taman.

baju, buku, pembaris, cawan, paku, kereta, batu, meja,


Benda
kayu, penyapu, kuali, tayar, jalan,

cahaya, hujan, pemandangan, kerajaan, sejarah,


Lain-lain
ketakutan, udara, penyakit.

Contoh Kata Nama Am Konkrit dan Abstrak :

Kata Nama Am Contoh

pensil, bakul, baju, makanan, hujan, cahaya, kipas,


Konkrit
dinding, kucing

sejarah, misteri, ketakutan, hidup, mati, cinta, sedih,


Abstrak
pengetahuan, kekuatan.

LATIHAN 1 : Berikan tiga(3) contoh kata nama am di bawah.

Manusia

Haiwan

Tumbuh-tumbuhan
dan buah-buahan

Benda

3
Latihan Kata Nama (Pre-Exam Class UPSR 2017)

Tempat

Lain-lain

2. Kata Nama Khas


Kata Nama Khas ialah kata nama yang digunakan atau disebut secara khusus
dan tertentu sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
Benda yang bernyawa ialah nama-nama manusia dan binatang. Benda yang
tidak bernyawa ialah nama tempat, bangunan, sekolah, judul buku, dan
sebagainya.
Huruf pertama perkataan ditulis
dengan HURUF BESAR
Contoh :

Kata Nama Khas Contoh

Pak Abu, Siti Aminah, Cikgu Khairul, Doktor Siew Lim,


Manusia
Inspektor Halim, Karishna.

Haiwan Si Jantan (ayam), Si Comel (kucing), Si Belang (harimau)

Sekolah kebangsaan Presint 8 Putrajaya, Kementerian


Tempat Pendidikan Malaysia, Pulau Langkawi, Kuala Lumpur,
Negeri Sembilan, Kampung Pisang.
Milo (minuman) , Proton Saga (kereta), Swan (beg),
Benda
Samsung, Jambatan Kasturi, Berita Harian(surat khabar)

Tiga Abdul (filem), Bahasa Melayu, Ringgit Malaysia, Islam


Lain-lain
(agama), Cina (bangsa).

Latihan 2 : Berikan tiga(3) contoh kata nama khas di bawah :

Manusia

Haiwan

Tempat

Benda

4
Latihan Kata Nama (Pre-Exam Class UPSR 2017)

Lain-lain

LATIHAN KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS


Latihan 3 : Kelaskan kata nama am di bawah mengikut kumpulan yang betul.

lipas kantin penjaja jururawat


tikar padang payung kampong
ayah gergaji gunung periuk
askar kuda gajah beruang

Manusia Tempat Benda Haiwan

Latihan 4 : Isi tempat kosong di bawah dengan kata nama am yang sesuai.

komputer kolam renang bukit buku rujukan pagar

jam bas awam surat siswazah helikopter

1) Adik berteriak dengan kuat apabila melihat sebuah _______________ terbang di


udara.
2) Kanak-kanak sedang berenang dengan gembira di dalam __________________
itu.
3) Pada cuti sekolah, sepasukan pengakap telah mendaki sebuah _____________
di pinggir hutan
4) Hamidah mengirim sepucuk _________________ berdaftar di Pejabat Pos di
pecan itu.
5) Abang Zuridah merupakan seorang ___________________ Universiti Malaya.
6) Hari Raya Puasa akan menjelang tidak lama lagi. Hamid dan ayahnya sedang
mengecat __________________ yang berkarat.
7) Penumpang sedang menunggu _____________________ di perhentian bas
dengan sabar.

5
Latihan Kata Nama (Pre-Exam Class UPSR 2017)

8) ______________ yang tergantung pada dinding itu dihadiahkan oleh kawan


ayah dari London.
9) Juliah sedang membelek sebuah _____________________ di hadapan rak buku
itu.
10)Encik Lim banyak menyimpan data yang penting di dalam
__________________nya.
Latihan 5 : Isi tempat kosong dengan kata nama khas yang betul.

Sekolah Kebangsaan
Encik Amri Pulau Tioman Hang Tuah
Taman Ria
Alor Setar Masjid Putra Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri

1) Ibu saya merupakan seorang guru di ________________________________________.


2) Saya bertanya kepada _________________________ tentang cara meminjam
buku di perpustakaan awam.
3) Di Putrajaya, ___________________________ merupakan salah satu tempat tarikan
pelancong.
4) Tarikh _______________________________ telah diumumkan di televisyen sebentar
tadi.
5) Pada minggu lepas, saya dan keluarga saya bercuti di ______________________.
6) Hikayat _____________________ merupakah cerita yang sangat terkenal di
Malaysia.
7) ___________________________ Malaysia pertama ialah Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj.
8) Walaupun saya menetap di Putrajaya, tetapi saya dilahirkan di sebuah bandar
yang cantik iaitu _______________________.

Latihan 6 : Padankan perkataan berikut dengan betul.

Penyanyi

Menara Kuala Lumpur

Ibubapa
Kata Nama Am
Pelawat

Cik Kalsom Kata Nama Khas

6
Latihan Kata Nama (Pre-Exam Class UPSR 2017)

Pusat tuisyen

Kuching

Kerajaan

Latihan 7 : Baca dan garis kata nama khas yang terdapat dalam ayat-ayat di
bawah ini.

1. Aliza telah membeli sepasang kasut Alfio Raldo.


2. Sekolah itu telah banyak melahirkan pelajar cemerlang.
3. Puisi yang telah dibaca oleh Shakila adalah tentang masalah alam sekitar.
4. Mardiana telah diserahkan kepada keluarga angkatnya ketika dia berusia
tiga hari.
5. Laporan itu perlu dihantar kepada gurunya untuk disemak.
6. Semua murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing kecuali budak
yang begar itu.
7. Permohonan itu akan diurus oleh Jabatan Kewangan.
8. Anak-anak muda itu tabah menghadapi cabaran hidup.
9. Barangan seramik yang bermutu tinggi itu adalah hasil ciptaan Encik Suki.
10. Mereka bersatu menghadapi serangan musuh.
11. Ah Seng terduduk sejenak setelah mendengar berita itu.
12. Permaidani Korea itu terbentang di ruang tamu.
13. Pak Mustaffa tidak terbuat kerja yang berat itu.
14. Ibu bapa mereka baru sampai dari Sarawak.
15. Kelas tambahan akan diadakan pada setiap hari Sabtu.

Latihan 8 : Cari dan kelaskan kata nama am dan kata nama khas yang terdapat
dalam petikan di bawah.

Pada hari Sabtu yang lalu, Amir dan Amri telah melawat ke Kuala
Lumpur. Mereka memandu kereta ke sana. Mereka telah melawati tempat-
tempat yang menarik di Kuala Lumpur. Antara tempat yang dilawati mereka
ialah Menara Berkembar Petronas, Muzium Negara, Taman Tasik Perdana
dan Masjid Negara.
Pada malam harinya, mereka melawat ke Dataran Merdeka untuk
melihat bangunan bersejarah yang penuh bercahaya pada waktu malam
iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad. Mereka melihat ramai pelancong dari
luar negara di sana. Pada keesokan hari, mereka pulang ke kampung
mereka.

Kata Nama Am Kata Nama Khas

7
Latihan Kata Nama (Pre-Exam Class UPSR 2017)

Latihan 9 :Baca ayat-ayat di bawah ini. Kemudian, kelaskan kata nama am dan
khas di dalam jadual yang disediakan.

1. Pegawai tentera itu mempunyai suara garau.


2. Sebagai penyanyi latar, hubungan Lata dengan komposer lagu mestilah
baik supaya mereka dapat menghasilkan lagu yang terbaik.
3. Pemuda itu semakin lemah kerana darah berjejeran keluar dari lukanya.
4. Kain baju itu berlonggok di dalam bakul plastik.
5. Nenek menghamparkan sebidang tikar usang di ruang tamu.
6. Latihan bola sepak akan diadakan setiap hari kecuali hari Ahad.
7. Mak Su membasuh pinggan mangkuk yang digunakannya semalam.
8. Dugong ialah haiwan laut yang hanya makan rumpai laut sahaja.
9. Dua orang penceramah telah bersedia untuk menyampaikan ceramah
masing-masing.
10. Lisa membeli selendang sutera untuk ibu kesayangannya.
11. Penduduk kampung sentiasa menghormati lelaki tua yang budiman itu.
12. Kemalangan itu perlu dilaporkan kepada polis.
13. Tanaman ibu Aliah telah bertunas.
14. Buku ini saya beli di kedai buku Pustaka Rawang.
15. Saya membela seekor kucing bernama Si Bulus.
16. Para pelajar kelas 5 Bestari diminta untuk menyertai perarakan pada Hari
Sukan Sekolah.
17. Semua mangsa kebakaran telah berjaya diselamatkan oleh sekumpulan
Anggota Bomba dan Penyelamat dari daerah Kuala Lipis.

Kata Nama Am Kata Nama Khas

8
Latihan Kata Nama (Pre-Exam Class UPSR 2017)

You might also like