Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 30

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN 79

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP)


BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH
TINGKATAN 1

L LEMBAGA PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Cetakan 2013

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia 2013

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel,


ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun tanpa
mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1 PENDAHULUAN 1

2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 2

3 MATLAMAT MATA PELAJARAN 3

4 OBJEKTIF MATA PELAJARAN 3

5 OBJEKTIF PENTAKSIRAN 4

6 TAFSIRAN 5

7 KERANGKA STANDARD PRESTASI 6

8 PENYATAAN STANDARD 7

9 STANDARD PRESTASI KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN 8

10 PEMETAAN EVIDENS 25

0
PENDAHULUAN
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi serta
Perdagangan dan Keusahawanan yang merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran
ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan
kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik.

Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh
buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut
tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif
dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran.

Dokumen Standard Prestasi (DSP) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen
elektif iaitu Perdagangan dan Keusahawanan sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat
tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan.

Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi
mata pelajaran ini dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang
berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

1
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

2
MATLAMAT MATA PELAJARAN
Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi
serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN


OM1 Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti
kayu, papan lapis dan bahan komposit.
OM2 Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan
menghasilkan produk.
OM3 Menjalankan kerja buat sendiri menyenggara dan membaik pulih mudah kerja elektrik dan paip dalam kehidupan harian.
OM4 Menghasilkan artikel mudah dengan menggunakan mesin jahit.
OM5 Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul.
OM6 Mengenal pasti bentuk dan jenis perniagaan dalam negeri dan antarabangsa.
OM7 Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan.
OM8 Mengenal pasti kaedah menyimpan rekod secara sistematik.
OM9 Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat
keputusan rekaan dan penghasilan projek.
OM10 Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

(Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1. (2003). Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia.)

3
OBJEKTIF PENTAKSIRAN

Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang
dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;

OP1 Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.


OP2 Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.
OP3 Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.
OP4 Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk.
OP5 Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek.
OP6 Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.
OP7 Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.

(Dipetik daripada Dokumen Format Pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan. (2005).
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

4
TAFSIRAN

o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan
pelaporan individu.
o Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi
gambaran holistik tentang individu.
o Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan
menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada
dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu
atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.
o Deskriptor ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir
dan dicapai.
o Evidens (murid) ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat bagi sesuatu deskriptor.
o Evidens (bahan) ialah bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam
bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain lagi.
o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian
secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain.
o Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran,
peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh
Lembaga Peperiksaan.

5
KERANGKA STANDARD PRESTASI

Boleh Buat dengan Beradab


Tahu Faham
6 Mithali

Boleh Buat dengan Beradab


Tahu Faham
5 Terpuji

4 Tahu Faham Boleh Buat dengan Beradab

3 Tahu Faham Boleh Buat

2 Tahu Faham

1 Tahu

6
PENYATAAN STANDARD

BAND PENYATAAN STANDARD

6
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
perdagangan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.
dengan Beradab Mithali)
5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
perdagangan dan keusahawanan secara berinisiatif.
dengan Beradab Terpuji)
4
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
perdagangan dan keusahawanan secara sistematik.
dengan Beradab)

3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta
(Tahu, Faham dan Boleh Buat) perdagangan dan keusahawanan.

2 Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan
(Tahu dan Faham) keusahawanan.

1
Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan.
(Tahu)

7
STANDARD PRESTASI
KHB PERDAGANGAN DAN
KEUSAHAWANAN
TINGKATAN 1

8
BAND 1

9
STANDARD
EVIDENS
Penerangan generik tentang DESKRIPTOR
BAND BAGAIMANA murid persembahkan APA
tahap perkembangan APA murid tahu dan boleh buat
murid tahu dan boleh buat
pembelajaran
1 Mengetahui tentang reka Murid boleh: Murid boleh:
bentuk dan teknologi serta
Tahu perdagangan dan B1D1 B1D1E1
keusahawanan. Mengetahui tentang organisasi Menyatakan empat amalan 4M.
bengkel dan keselamatan.

B1D2 B1D2E1
Mengetahui tentang reka bentuk Menyatakan empat faktor utama reka bentuk.
dan penghasilan projek.
B1D2E2
Menyatakan tujuh alatan tangan termasuk
mesin.

B1D3 B1D3E1
Mengetahui tentang asas elektrik. Menyatakan tiga jenis wayar.

B1D4 B1D4E1
Mengetahui tentang kerja paip. Menyatakan tiga jenis paip.

B1D5 B1D5E1
Mengetahui tentang asas jahitan. Menyatakan enam bahagian mesin jahit.

B1D6 B1D6E1
Mengetahui tentang tanaman Menyatakan dua jenis keratan batang.
hiasan.

10
B1D7 B1D7E1
Mengetahui tentang pengenalan Menyatakan empat jenis milikan perniagaan.
kepada perniagaan.
B1D7E2
Menyatakan lima faktor yang mempengaruhi
perniagaan.

B1D8 B1D8E1
Mengetahui tentang penubuhan Menyatakan dua dokumen dalam penubuhan
dan pengendalian perniagaan. perniagaan kecil.

B1D9 B1D9E1
Mengetahui tentang dokumen Menyatakan lapan jenis dokumen dalam
perniagaan. perniagaan.

B1D9E2
Menyatakan dua syarat masa serahan.

B1D10 B1D10E1
Mengetahui tentang pengeluaran. Menyatakan empat bidang pengeluaran.

Menyatakan : Secara lisan atau bertulis.

11
BAND 2

12
STANDARD
EVIDENS
Penerangan generik tentang DESKRIPTOR
BAND BAGAIMANA murid persembahkan APA
tahap perkembangan APA murid tahu dan boleh buat
murid tahu dan boleh buat
pembelajaran
2 Mengetahui dan memahami Murid boleh: Murid boleh:
tentang reka bentuk dan
Tahu dan Faham teknologi serta B2D1 B2D1E1
perdagangan dan Mengetahui dan memahami Menerangkan dua amalan 4M.
keusahawanan. tentang organisasi bengkel dan
keselamatan.

B2D2 B2D2E1
Mengetahui dan memahami Menerangkan lima alatan tangan termasuk
tentang reka bentuk dan mesin dari segi fungsinya.
penghasilan projek.

B2D3 B2D3E1
Mengetahui dan memahami Menerangkan tiga alatan tangan dari segi
tentang asas elektrik. fungsinya.

B2D4 B2D4E1
Mengetahui dan memahami Menerangkan tiga paip yang disambung pada
tentang kerja paip. tangki simpanan air dari segi fungsinya.

B2D4E2
Menerangkan enam jenis penyambung paip
dari segi fungsinya.

13
B2D5 B2D5E1
Mengetahui dan memahami Menerangkan enam bahagian mesin jahit dari
tentang asas jahitan. segi fungsinya.

B2D6 B2D6E1
Mengetahui dan memahami Menerangkan nisbah campuran medium
tentang tanaman hiasan. semaian.

B2D7 B2D7E1
Mengetahui dan memahami Menerangkan tiga jenis milikan perniagaan
tentang pengenalan kepada dari segi cirinya1.
perniagaan.

B2D8 B2D8E1
Mengetahui dan memahami Menerangkan dua dokumen dalam
tentang penubuhan dan penubuhan perniagaan kecil.
pengendalian perniagaan.

B2D9 B2D9E1
Mengetahui dan memahami Menerangkan dua syarat masa serahan.
tentang dokumen perniagaan.

B2D10 B2D10E1
Mengetahui dan memahami Menerangkan tiga bidang pengeluaran.
tentang pengeluaran.

Menerangkan : Secara lisan atau bertulis.


cirinya1 : Berdasarkan modal, bilangan pemilik dan liabiliti.

14
BAND 3

15
STANDARD
EVIDENS
Penerangan generik tentang DESKRIPTOR
BAND BAGAIMANA murid persembahkan APA
tahap perkembangan APA murid tahu dan boleh buat
murid tahu dan boleh buat
pembelajaran
3 Mengaplikasikan Murid boleh: Murid boleh:
pengetahuan dan
Tahu, Faham dan Boleh kefahaman tentang reka B3D1 B3D1E1
Buat bentuk dan teknologi serta Mengaplikasikan pengetahuan Membuat lakaran reka bentuk merujuk
perdagangan dan dan kefahaman tentang reka penyataan masalah.
keusahawanan. bentuk dan penghasilan projek.

B3D2 B3D2E1
Mengaplikasikan pengetahuan Membuat pendawaian plag 3 pin 13A.
dan kefahaman tentang asas
elektrik.

B3D3 B3D3E1
Mengaplikasikan pengetahuan Membuat penyenggaraan perangkap.
dan kefahaman tentang kerja
paip.

B3D4 B3D4E1
Mengaplikasikan pengetahuan Menjahit kertas tanpa benang pada garisan
dan kefahaman tentang asas lurus, berpenjuru dan melengkung.
jahitan.

B3D5 B3D5E1
Mengaplikasikan pengetahuan Menyemai keratan batang dalam medium
dan kefahaman tentang tanaman semaian.
hiasan.

16
B3D6 B3D6E1
Mengaplikasikan pengetahuan Menyediakan penyata aliran tunai.
dan kefahaman tentang
penubuhan dan pengendalian
perniagaan.

B3D7 B3D7E1
Mengaplikasikan pengetahuan Mengira diskaun niaga dan diskaun tunai.
dan kefahaman tentang dokumen
perniagaan. B3D7E2
Mengira jumlah yang perlu dibayar.

B3D8 B3D8E1
Mengaplikasikan pengetahuan Mengira kos pengeluaran.
dan kefahaman tentang
pengeluaran.

17
BAND 4

18
STANDARD
EVIDENS
Penerangan generik tentang DESKRIPTOR
BAND BAGAIMANA murid persembahkan APA
tahap perkembangan APA murid tahu dan boleh buat
murid tahu dan boleh buat
pembelajaran
4 Mengaplikasikan Murid boleh: Murid boleh:
pengetahuan dan
Tahu, Faham dan Boleh kefahaman tentang reka B4D1 B4D1E1
Buat dengan Beradab bentuk dan teknologi serta Mengaplikasikan pengetahuan Membuat lakaran reka bentuk merujuk
perdagangan dan dan kefahaman tentang reka penyataan masalah mengikut prosedur1.
keusahawanan secara bentuk dan penghasilan projek
sistematik. secara sistematik.

B4D2 B4D2E1
Mengaplikasikan pengetahuan Membuat pendawaian plag 3 pin 13A
dan kefahaman tentang asas mengikut prosedur2.
elektrik secara sistematik.

B4D3 B4D3E1
Mengaplikasikan pengetahuan Membuat penyenggaraan perangkap
dan kefahaman tentang kerja paip mengikut prosedur2.
secara sistematik.

B4D4 B4D4E1
Mengaplikasikan pengetahuan Menjahit kertas tanpa benang pada garisan
dan kefahaman tentang asas lurus, berpenjuru dan melengkung mengikut
jahitan secara sistematik. prosedur2.

19
B4D5 B4D5E1
Mengaplikasikan pengetahuan Menyemai keratan batang dalam medium
dan kefahaman tentang tanaman semaian mengikut prosedur2.
hiasan secara sistematik.

B4D6 B4D6E1
Mengaplikasikan pengetahuan Menyediakan penyata aliran tunai mengikut
dan kefahaman tentang prosedur3.
penubuhan dan pengendalian
perniagaan secara sistematik.

B4D7 B4D7E1
Mengaplikasikan pengetahuan Mengira diskaun niaga dan diskaun tunai
dan kefahaman tentang dokumen mengikut prosedur4.
perniagaan secara sistematik.
B4D7E2
Mengira jumlah yang perlu dibayar mengikut
prosedur4.

B4D8
Mengaplikasikan pengetahuan B4D8E1
dan kefahaman tentang Mengira kos pengeluaran mengikut
pengeluaran secara sistematik. prosedur4.

prosedur1 : Lakaran mesti menggunakan pensel tanpa menggunakan pembaris. Lakaran mesti dalam bentuk oblik atau isometrik.
prosedur2 : Mengikut urutan langkah kerja yang betul.
prosedur3 : Betul dari segi format dan pengiraan.
Tepat dari segi jawapan.
prosedur4 : Betul dari segi pengiraan.
Tepat dari segi jawapan.

20
BAND 5

21
STANDARD
EVIDENS
Penerangan generik tentang DESKRIPTOR
BAND BAGAIMANA murid persembahkan APA
tahap perkembangan APA murid tahu dan boleh buat
murid tahu dan boleh buat
pembelajaran
5 Mengaplikasikan Murid boleh: Murid boleh:
pengetahuan dan
Tahu, Faham dan Boleh kefahaman tentang reka B5D1 B5D1E1
Buat dengan Beradab bentuk dan teknologi serta Mengaplikasikan pengetahuan Membuat lakaran reka bentuk merujuk
Terpuji perdagangan dan dan kefahaman tentang reka penyataan masalah dengan daya usaha1.
keusahawanan secara bentuk dan penghasilan projek
berinisiatif. secara berinisiatif.

daya usaha1 : Lakaran mesti ;


i. kemas - boleh menggambarkan idea yang dihasratkan.
ii. bersih.

22
BAND 6

23
STANDARD
EVIDENS
Penerangan generik tentang DESKRIPTOR
BAND BAGAIMANA murid persembahkan APA
tahap perkembangan APA murid tahu dan boleh buat
murid tahu dan boleh buat
pembelajaran
6 Mengaplikasikan Murid boleh: Murid boleh:
pengetahuan dan
Tahu, Faham dan Boleh kefahaman tentang reka B6D1 B6D1E1
Buat dengan Beradab bentuk dan teknologi serta Mengaplikasikan pengetahuan Membuat lakaran reka bentuk merujuk
Mithali perdagangan dan dan kefahaman tentang reka penyataan masalah dengan nilai tambah1.
keusahawanan secara bentuk dan penghasilan projek
kreatif dan inovatif. secara kreatif dan inovatif.

nilai tambah1 : Perkembangan idea mesti ditunjukkan dalam lakaran.


i. Lakaran 1 - idea asal.
ii. Lakaran seterusnya - ada perkembangan idea.

24
PEMETAAN EVIDENS BERDASARKAN BAND DAN TAJUK TERAS
BERDASARKAN BAND TERAS BERDASARKAN TAJUK TERAS
BIL. BIL.
BAND DESKRIPTOR EVIDENS TAJUK BAND DESKRIPTOR EVIDENS
EVIDENS EVIDENS
D1 E1 1 Organisasi bengkel dan B1 D1 E1 1
D2 E1, E2 2 keselamatan B2 D1 E1 1
D3 E1 1 B1 D2 E1, E2 2
B1
D4 E1 1 B2 D2 E1 1
D5 E1 1 Reka bentuk dan B3 D1 E1 1
D6 E1 1 penghasilan projek B4 D1 E1 1
D1 E1 1 B5 D1 E1 1
D2 E1 1 B6 D1 E1 1
D3 E1 1 B1 D3 E1 1
B2
D4 E1, E2 2 B2 D3 E1 1
Elektrik
D5 E1 1 B3 D2 E1 1
D6 E1 1 B4 D2 E1 1
D1 E1 1 B1 D4 E1 1
D2 E1 1 B2 D4 E1, E2 2
Kerja paip
B3 D3 E1 1 B3 D3 E1 1
D4 E1 1 B4 D3 E1 1
D5 E1 1 B1 D5 E1 1
D1 E1 1 B2 D5 E1 1
Mesin jahit
D2 E1 1 B3 D4 E1 1
B4 D3 E1 1 B4 D4 E1 1
D4 E1 1 B1 D6 E1 1
D5 E1 1 B2 D6 E1 1
Tanaman hiasan
B5 D1 E1 1 B3 D5 E1 1
B6 D1 E1 1 B4 D5 E1 1

JUMLAH 26 JUMLAH 26

25
PEMETAAN EVIDENS BERDASARKAN BAND DAN TAJUK ELEKTIF (PK)

BERDASARKAN BAND ELEKTIF BERDASARKAN TAJUK ELEKTIF


BIL BIL
BAND DESKRIPTOR EVIDENS TAJUK BAND DESKRIPTOR EVIDENS
EVIDENS EVIDENS
D7 E1, E2 2 PENGENALAN KEPADA 1 D7 E1, E2 2
D8 E1 1 PERNIAGAAN 2 D7 E1 1
1
D9 E1, E2 2 1 D8 E1 1
D10 E1 1 PENUBUHAN DAN 2 D8 E1 1
PENGENDALIAN
D7 E1 1 PERNIAGAAN 3 D6 E1 1

2 D8 E1 1 4 D6 E1 1
D9 E1 1 1 D9 E1, E2 2
D10 E1 1 DOKUMEN 2 D9 E1 1
D6 E1 1 PERNIAGAAN 3 D7 E1, E2 2
3 D7 E1, E2 2 4 D7 E1, E2 2
D8 E1 1 1 D10 E1 1
D6 E1 1 2 D10 E1 1
PENGELUARAN
4 D7 E1, E2 2 3 D8 E1 1
D8 E1 1 4 D8 E1 1

JUMLAH 18 JUMLAH 18

26
Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1, 2, 5 15, Blok E11,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

Tel. : 03-88843787
Faks : 03-88843783

Web http://www.moe.gov.my/lpm

You might also like