Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

5.

4 JURNAL: Cabaran Kerja Sepasukan


Arahan
Berdasarkan bahan bacaan berkaitan 'Teams & Teamwork'.
i. Senaraikan halangan-halangan yang boleh menggagalkan kerja sepasukan;
ii. Kaitkan model Tuckman dengan permasalahan yang sering dihadapi di
organisasi; dan
iii. Nyatakan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengharmonikan
hubungan ahli dalam pasukan.

Senaraikan halangan-halangan yang boleh menggagalkan kerja sepasukan;

1. Ketiadaan sifat amanah menyebabkan sesebuah pasukan tidak dapat


berfungsi dengan berkesan, berlaku pembaziran kos, korupsi dan kehilangan
kepercayaan kepada ahli pasukan dan organisasi.
2. Takut kepada konflik menyebabkan ahli pasukan tidak telus dalam
menyelesaikan sesuatu isu yang timbul dalam pasukan.
3. Kekurangan komitmen dalam kalangan ahli pasukan kepada tanggungjawab
yang diberikan akan menyebabkan sesuatu tugasan tertangguh dan tidak
mencapai kualiti hasil yang dijangkakan.
4. Ahli pasukan yang sering mengelak daripada tanggungjawab akan
menyebabkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan ahli pasukan yang
lain.
5. Setiap ahli pasukan yang tidak mengambil berat mengenai sesuatu
keputusan akan memberi impak negatif kepada keseluruhan pencapaian
pasukan.

Kaitkan model Tuckman dengan permasalahan yang sering dihadapi di


organisasi;
Peringkat-peringkat perkembangan kerja sepasukan adalah seperti berikut:
a. Pembentukan (Forming)
Tertakluk kepaa perubahan, kebimbangan dalam kalangan ahli, tidak jelas
dan tidak pasti apa yang harus dilakukan dan arah yang akan dituju. Ahli
dalam pasukan selalunya akan;
i. Bertindak jujur ,senyap-senyap dan melibatkan diri secara berhati-hati
ii. Berasa bimbang, syak wasangka, tidak percaya-mempercayai dan
ragu-ragu
iii. Berpura-pura minat, sedikit mendengar
iv. Memberi komitmen yang minimum
v. Bimbang disakiti, di senarai hitam dan diberikan amaran
vi. Mengkaji latar belakang antara ahli pasukan kerja
vii. Mencari-cari gelagat yang boleh sama-sama diterima
viii. Hanya sedikit sahaja kerja mampu diselesaikan

b. Pencetusan (Storming)
Peringkat ini menimbulkan ketegangan kerana tiada persetujuan secara
terbuka, kekeliruan dan gangguan. Pada peringkat ini , tindakan berikut
selalunya berlaku dalam kalangan ahli pasukan kerja
i. Membuat desakan untuk kepentingan peribadi dan membuktikan saling
bergantung antara satu dengan yang lain.
ii. Ketidakyakinan dalam kalangan ahli secara terbuka
iii. Membuat kritikan, mencabar, menyerang dan reaksi emosi yang
agresif
iv. Mengalami konflik personaliti, pergeseran, tegang dan
mempertahankan status quo.
v. Mempunyai agenda tersembunyi, cemburu, berpolitik dan berpuak-
puak.
vi. Bersaing, perebutan dalaman dan mengejar kedudukan.
vii. Menentang perkongsian kerja dan pembentukan pasukan kerja kerana
bimbang akan kehilangan kepentingan dan habuan.
viii. Mula melaksanakan tugas atau kerja secara berhati-hati

c. Penerimaan (Norming)
Pada peringkat ini, masing-masing mula mempunyai keyakinan antara satu
sama lain dan bertindak dalam satu pasukan. Keadaan ini berlaku apabila;
i. Kekeliruan mampu diperjelaskan, menentukan peraturan bagi
memulakan kerja.
ii. Menyesuaikan perbezaan bagi membolehkan diambil consensus ke
atas isu-isu berkenaan.
iii. Menghargai, percaya-mempercayai dan mula mendorong untuk
membangun secara bersama.
iv. Mewujudkan gelagat yang boleh diterima oleh pasukan dan menginsafi
terdapatnya sempadan tugas antara satu dengan yang lain.
v. Saling menyokong dan seterunya membina perkongsian
vi. Mewujudkan suasana keterbukaan dengan membina emosi yang
konstruktif.
vii. Ahli-ahli akan mengambil berat mengenai pasukan dan tugas yang
akan dilaksanakan.
viii. Mula menunjukkan suasana yang menggembirakan, lebih kreatif dan
penyelesaian kerja secara sederhana.

d. Pelaksanaan (Performing)
Pada peringkat ini, semua perkara yang boleh menghindarkan keakraban
pasukan mampu diselesaikan dengan baik bagi membolehkan pasukan
berfungsi sepenuhnya. Suasana ini berlaku hasil daripada tindakan-tindakan
berikut:
i. Pasukan bertindak secara kolektif sebagai satu kesatuan.
ii. Mengutamakan kerja sepasukan dalam semua situasi.
iii. Perkongsian tanggungjawab secara aktif dan tugas dilakukan
bersama.
iv. Saling menyokong dan seterusnya bersedia berkongsi faedah dan
risiko.
v. Suasana terbuka dengan membuka peluang untuk kritikan yang
membina.
vi. Ahli mengambil berat mengenai pasukan dan tugas yang akan
dilaksanakan.
vii. Mula menunjukkan suasana yang menggembirakan, lebih kreatif dan
penyelesaian kerja secara sederhana.
e. Pembubaran/Penamatan (Adjourning)
Pasukan yang dibina selalunya tidak kekal selama-lamanya. Pada peringkat
ini, pasukan akan bersetuju untuk dibubarkan/ditamatkan sekiranya matlamat
telah tercapai dan mungkin juga kerana tidak ada harapan untuk dicapai.
Pembubaran/penamatan pasukan berlaku kerana ahli-ahli berpuas hati dengan
kejayaan atau ahli kecewa kerana matlamat yang diperjuangkan oleh mereka
tidak tercapai. Peringkat ini lebih khusus kepada pasukan yang dibentuk hanya
untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu secara ad hoc. Apabila
masalah yang dihadapi berjaya diselesaikan atau tiada keyakinan masalah
berkenaan boleh diselesaikan, maka ahli akan mengambil keputusan untuk
membubarkan pasukan yang telah dibina. Pembubaran/penamatan boleh
berlaku apabila ahli mengambil keputusan untuk berhenti daripada menjadi ahli
secara rasmi atau mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan tanpa
mengikuti proses yang telah ditetapkan.

Nyatakan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengharmonikan


hubungan ahli dalam pasukan.
Pembentukan-Pengarahan
1. Memastikan ahli pasukan kerja merasakan kehadiran mereka diperlukan,
diterima dengan baik, bagi membolehkan mereka memberikan sumbangan
yang terbaik dan seterusnya matlamat peribadi mereka akan tercapai melalui
pasukan.
2. Menggalakkan perkongsian maklumat dan latihan secara silang
3. Membantu mengenali antara satu dengan yang lain.
4. Memperkukuhkan wawasan pasukan dan menyediakan garis panduan
ke arah yang akan dituju.
5. Mendefinisikan struktur pasukan seperti perkara yang perlu diberikan
tumpuan, peranan dan tanggungjawab dan peraturan yang perlu diikuti.
Pencetusan-Bimbingan

1. Bersabar tetapi tegas semasa mengadakan perbincangan.


2. Pastikan semua pihak merasakan pendapat mereka didengari dan dihormati.
3. Menangani konflik dengan penuh bijaksana.
4. Mengutamakan konsensus pasukan sebaik mungkin.
5. Memastikan terdapatnya pengiktirafan yang adil dan bebas daripada
perasaan terancam apabila memberikan pandangan secara terbuka.
6. Sebarang perbezaan pendapat diselesaikan melalui peraturan yang telah
dipersetujui bersama.
7. Menyediakan peranan dan tanggungjawab yang jelas.
8. Tenang apabila berhadapan dengan kekeliruan dan salah laku ahli yang
menyimpang.
9. Menggalakkan penglibatan dalam kepimpinan pasukan.
10. Memastikan situasi menang-menang jika timbulnya konflik personaliti dalam
kalangan ahli.

Penerimaan-Menyokong

1. Bersedia menyerahkan kepada pasukan kerja untuk mencari jawapan


bersama-sama terhadap ketegangan yang mungkin timbul.
2. Bersedia mengarahkan tugas kepada ahli.
3. Memberi keyakinan kepada pasukan untuk membina identiti sendiri.
4. Menggalakkan membuat penyesuaian terhadap peraturan-peraturan yang
asas.
5. Pengiktirafan berterusan ke atas pencapaian ahli.
6. Membuat keputusan secara konsensus apabila diperlukan.
7. Laksanakan program pengukuhan secara konsisten.
Pelaksanaan-Memperkasakan

1. Memberikan keyakinan kepada ahli untuk melakukan sesuatu secara


tersendiri.
2. Membenarkan fleksibiliti sepenuhnya.
3. Membenarkan pasukan menjalankan fungsi pengurusan tradisi seperti
perjawatan, belanjawan, penilaian dan lain-lain.
4. Berhati-hati supaya tidak mengongkong ahli.
5. Mencabar pasukan melaksanakan tugas yang lebih kompleks.
6. Memastikan setiap individu ahli mengutamakan matlamat pasukan daripada
kepentingan peribadi.

You might also like