Folio Sivik Aisyah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 29

MUKADDIMAH

Khidmat Masyarakat ialah komponen amali Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang
mememerlukan penglibatan pelajar secara berkumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti.
Penglibatan ini ialah dalam bentuk projek atau kajian yang boleh membantu dan meningkatkan
imej diri, sekolah dan komuniti.

Melalui Khidmat masyarakat ini, pelajar dapat mengaplikasi pengetahuan, kemahiran


dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari di dalam bilik darjah. Dengan ini, pelajar
dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana dapat memberi sumbangan
kepada sekolah dan masyarakat.

OBJEKTIF UMUM
1. Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar
bilik darjah.

2. Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

3. Menjadi warganegara yang petriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap


masyarakat dan negara.

1
PENGENALAN
Permainan tradisional juga merupakan seni dan budaya masyarakat kita tapi ianya semakin
dilupakan oleh masyarakat terutama golongan remaja.

Di bandar-bandar contohnya, permainan tradisional semakin dilupakan ada diantaranya pula


tidak tahu apakah jenis permainan tradisional itu.

Perkara ini amat menyedihkan kerana ia merupakan adat resam masyarakat kita. Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara telah banyak mengusahakan pelbagai aktiviti bagi
mempertingkatkan lagi seni dan budaya dalam permainan tradisional.

Contoh yang boleh kita lihat ialah Festival Gasing Malaysia yang akan dianjurkan setiap
tahun. Di dalam Penganjuran Program Merakyatkan Seni dan Budaya juga terdapat beberapa
aktiviti yang disisipkan berbentuk permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, gasing
dan sebagainya.

Semoga Usaha Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan agensi di bawah
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan berjaya dalam memartabatkan seni dan budaya
permainan tradisional supaya tidak pupus ditelan zaman.

CONTOH-CONTOH:

Congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing, dam harimau, galah panjang, sepak bulu
ayam, ketuk keli, ketingting.

2
BAHAGIAN 1

PERMAINAN TRADISIONAL PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA:

1. Batu Seremban ( Permainan Tradisional Kaum Melayu )

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat.


Sering dimainkan di waktu lapang.

Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara


individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua
hingga empat orang atau lebih.

Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau
ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan
sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.

Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara
sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang
mudah dengan menggunakan sebiji batu yang dinamakan sebagai batu satu
hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas
dinamakan batu tujuh.

3
2. Go ( Permainan Tradisional Kaum Cina )

Permainan ini dimainkan oleh dua pemain yang berselang - seli meletakkan
batu hitam dan putih pada tempat yang kosong (dikenali sebagai "mata") grid
19 19 baris (baru: ia yang lebih kecil iatu 9 9 dan 13 13 papan).

Objektif permainan adalah untuk menggunakan batu seseorang untuk


mengelilingi sebahagian besar batu daripada pihak lawan. Sebaik sahaja
diletakkan di atas papan, batu hanya boleh bergerak jika mereka ditangkap.

Apabila permainan diakhiri, mata yang diprolehi (wilayah) akan dikira


bersama-sama dengan batu-batu yang ditangkap untuk menentukan siapa
yang mempunyai mata yang lebih. Permainan ini juga boleh hilang
disebabkan oleh perletakan jawatan.

Go berasal dari China purba; tarikh dibuat tidak diketahui. Oleh abad ke-3
Sebelum Masihi, ia sudah menjadi hobi yang popular.

Bukti arkeologi menunjukkan bahawa permainan ini peringkat awal telah


dimainkan di atas papan permainan dengan 17 17 grid, tetapi permainan ini
telah merebak ke Korea dan Jepun, kira-kira abad ke-5 hingga ke abad 7,
papan dengan grid 19 19 menjadi berubah.

4
Majoriti pemain ini daripada Asia Timur, Gabungan pesatuan Go
Antarabangsa mempunyai 71 negara yang mempunyai ahli di semua benua.
Jumlah pemain Go melibihi 40 juta.

Go mendapat sambutan di Barat melalui Jepun, yang ia biasanya dikenali di


peringkat antarabangsa dengan nama Jepun yang dipendekkan iatu Go, dan
dari segi konsep Go berasal dari sebutan Jepun.

5
3. Kho-Kho ( Permainan Tradisional Kaum India )

'Kho-kho' merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan


kaum India. Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya
dimainkan menggunakan kereta kuda.

Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan


hasil pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana
seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain.

Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta


pergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain.

Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12


pemain.Namun, hanya 9 daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan.
Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap giliran diperuntukkan
selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8
pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang
permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang
bertentangan secara berselang-selang. Manakala, pemain yang kesembilan
akan bertindak sebagai pengejar.

Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan


menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar
menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan "foul", pemain lawan
telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke had
garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli
pasukannya yang lain sambil berkata "Kho Kho". Pemain yang disentuh
kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah seterusnya.
6
USAHA-USAHA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK
MENGEKALKAN PERMAINAN WARISAN DI MASA HADAPAN:

1. Kuat Kuasa Undang-Undang

Kerajaan telah menggubal Akta Warisan Kebangsaan 2005. Melalui akta ini,
beberapa bidang kesenian didaftarkan sebagai warisan negara. Oleh itu, sesuatu
warisan kesenian akan dilindungi dan dipelihara melalui undang-undang tersebut.

2. Pendidikan

Banyak bidang kesenian diajar di institusi pengajian tempatan. Para pelajar diberi
pendedahan, ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kesenian. Antara
institusi tersebut ialah Akedemi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
(ASWARA), Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti
Kebangsaan Malaysia dan Institusi Kraf Negara.

3. Mengadakan Kursus Kesenian

Dengan mengadakan kursus kesenian dapat menarik minat generasi muda untuk
mempelajari warisan kesenian yang terdapat di Negara ini. Dengan ini, ia dapat
menyebarkan kepada orang ramai dan ia boleh mengekalkan warisan kesenian.

7
BAHAGIAN 2
SENI REKA BENTUK TRADISIONAL DI MALAYSIA:

1.Rumah Tradisional Negeri Melaka

Rumah ini mempunyai reka bentuk ringkas dan mengandungi fungsi ruang secara asas,
menunjukkan kesederhanaan pemiliknya. Reka bentuk rumah ini mengandungi serambi,
rumah ibu, selang dan rumah dapur. Secara asas pelan rumah ini menyamai rumah kutai
negeri Perak, perbezaannya terdapat serambi di bahagian hadapan rumah ini.

Serambi adalah tempat berehat dan mengambil angin, melayan tamu dan meninjau aktiviti
di hadapan rumah.

8
Keseluruhan dinding rumah diperbuat daripada kayu, kecuali di bahagian dapur yang
mempunyai dinding pelupuh. Bahagian atap rumah ini dibuka sedikit untuk membenarkan
pengudaraan masuk ke dalam rumah. Bahagian selang rumah pula didinding, berbeza
dengan rumah kutai Perak.

Rumah ini mempunyai tebar layar bermotif bunga dan papan pemuka yang berkerawang
ringkas. Kayu jerejak di serambi juga mempunyai ukiran yang ringkas sesuai dengan
konteks kesederhanaan rumah ini.

2. Rumah Tradisional Negeri Perak

Keistimewaan reka bentuknya adalah kerana ia lebih etnik dan ringkas. Reka bentuk ini
juga dikenali sebagai rumah kutai. Rumah ini masih terdapat di negeri Perak dan telah

9
berusia lebih 100 tahun. Antaranya di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar,
Kampung Kota Lama Kanan dan Kampung Bota Kanan, Parit.
Rumah ini menggunakan sepenuhnya bahan binaan semula jadi yang terdapat di sekeliling
kampung. Struktur asas adalah kayu keras manakala atap dibuat dari daun rumbia dan
dinding pelupuh dari anyaman buluh atau rotan.

Rumah ini mempunyai bumbung yang agak tinggi, tetapi terdapat sedikit keunikan dari
segi keterbukaan rumah ini. Ia seolah-olah tidak mempunyai pengudaraan yang baik dan
mencukupi. Dinding rumah mencapai ke paras rabung atap tanpa diselangi kerawang atau
seumpamanya. Ini disebabkan dinding itu sendiri tembus angin, maka ianya tidak perlu
hiasan kerawang dan sikap rendah diri penghuni rumah ini.

Keringkasan reka bentuk menunjukkan yang rumah kutai adalah untuk orang biasa
berbanding rekaan lain yang lebih moden dan canggih seperti bumbung limas dan
bumbung Perak. Rumah ini menyaksikan beberapa unsur seni struktur yang agak menarik,
ringkas dan mempunyai fungsinya tersendiri.

3. Rumah Tradisional Negeri Sembilan

10
Negeri Sembilan mempamerkan secara keseluruhan reka bentuk bumbung panjang yang
bersifat Minangkabau. Ia mempunyai sifat reka bentuk atap yang bertingkat yang dialas
daun rumbia. Rumah ini mempunyai serambi hadapan dan anjung yang meneduhkan
tangga utama kemasukan ke Rumah Ibu melalui Serambi. Serambi dihiasi ukiran
kerawang yang bercorak silang-menyilang. Rekaan tangga adalah ringkas. Tangga diikat
atau dimatikan dengan rekaan kekunci dipapan yang menarik seperti yang boleh dilihat di
dalam gambar.

Rumah ini dihiasi ukiran kayu yang banyak di sekeliling rumah, lebih-lebih lagi di sekitar
Serambi hadapan rumah. Ukiran adalah bermotifkan silang dan bunga yang agak bersifat
grafik. Bahagian anjung, serambi dan rumah ibu mempunyai aras yang berbeza.

Rumah ibu mempunyai ruang yang terluas dan tertinggi. Terdapat bilik di rumah ibu dan
tangga menghala ke loteng. Loteng ini mengambil lebihan ketinggian dan tingkat atap
yang diberi ruang oleh struktur rumah ini.

Rumah ibu bersifat terbuka dan disambung ke rumah dapur melalui pintu yang menghala
ke selang. Selang tidak berdinding dan merupakan pelantar kepada sebahagian fungsi
dapur. Ianya berperanan sebagai ruang bersembang untuk kaum wanita. Rumah Negeri
Sembilan ini memaparkan seni kraf kayu yang menyeluruh hingga sampai ke rumah
dapur. Paras tingkapnya adalah sangat rendah, iaitu direka untuk paras orang duduk dan
bukannya berdiri.

11
USAHA-USAHA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENGEKALKAN WARISAN
SENI BINA DI MASA HADAPAN:

1. Membuat lawatan ke muzium balai seni untuk mendapatkan maklumat tentang


warisan seni bina pelbagai kaum.

2. Menghormati dan menghargai warisan seni bina.

3. Melibatkan diri dalam usaha mengekalkan warisan keseniaan seni bina di Malaysia.

4. Membaikpulih bangunan seni bina tersebut untuk dibuka kepada orang tempatan dan
juga pelancong.

5. Pendidikan dalam bidang seni bina perlu daijar di institusi pengajian tempatan.

6. Para pelajar perlu diberi pendedahan, ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam
bidang seni bina

12
BAHAGIAN 3
MUZIK

FUNGSI
Alat ritual bagi menghubungkan
manusia dengan alam luar

Lambang budaya bangsa

Sebagai alat penyebar maklumat

Media dalam pembelajaran dan pengajaran

HADRAH

Terkenal di Perak
Memukul rebana kecil atau
kompang
Dimainkan beramai-ramai
Diiringi nyanyian
Dipersembahkan di majlis
perkahwinan dan ketika
menyambut tetamu

13
OPERA CINA

Gabungan muzik, nyanyian,


tarian dan akrobatik
Solekan tebal untuk
menyerlahkan ekspresi
Mengenakan pakaian
tradisional bangsawan
Menyampaikan mesej dan
sebagai hiburan

KARNATIK

Merupakan muzik tradisional

Berasal dari selatan India

Dinyanyikan oleh perempuan


dan lelaki

Diiringi gabungan alat muzik


seperti sitar dan veena

14
BAHAGIAN 4
JENIS JENIS ALAT MUZIK KEBUDAYAAN DI MALAYSIA

GAMBUS
Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah.
Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya membujur bulat seakan-akan labu air dengan
belakangnya yang melengkung.
Lehernya ialah persambungan dari badannya.
Ia dipetik sama seperti bermain gitar.
Alat muzik ini digunakan dalam permainan Ghazal atau
tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian serta tarian Andai-
Andai oleh orang Brunei di Sabah.

SAPE
Sape mempunyai empat utas tali. Pada masa dahulu,
tali-tali sape diperbuat daripada rotan yang diraut
halus. Kini, dawai-dawai halus pula digunakan sebagai
tali sape kerana lebih mudah diperolehi dan bunyinya
lebih mantap.
Diperbuat daripada kayu. Badan sape berbentuk bujur
dan panjang. Bahagian muka sape rata sahaja manakala
bahagian belakang sape pula ditebuk sebagai kotak
bunyi.
Sape dimainkan dengan cara meribanya seperti
gambus.
Tali sape dipetik menggunakan jari

15
REBAB
Merupakan alat muzik yang tertua di dalam sejarah
permainan muzik tradisi Melayu.
Ia dikenali juga dengan nama anak umbang di kalangan
bomoh-bomoh Melayu. Pada awalnya digunakan di dalam
masyarakat Melayu sebagai alat perubatan tradisi yang disebut main
peteri.
Gesekan rebab oleh pawang menjadi sebagai penawar kepada
pesakit. Perubatan cara ini disokong oleh kekuatan jampi oleh
pawang. Bentuk rebab dapat dibahagikan secara kasarnya kepada 3
bahagian iaitu pangkal, leher dan kepala.
Ukuran tingginya antara 7.55sm hingga 8.5sm.

GONG
Gong ini diperbuat daripada besi.
Ada juga gong yang diperbuat daripada gangsa yang
bercampur timah. Jenis gong yang biasa digunakan
dipanggil tawak-tawak.
Gong dimainkan dalam pelbagai persembahan
muzik tradisi misalnya dalam persembahan Mak
Yong. Mukanya satu sahaja dan di tengah mukanya
dilekukkan daripada dalam serta membonjol keluar.
Gong dimainkan secara dipalu dengan kayu berbalut
getah dihujungnya dan bunyinya berdengung

CANANG
Canang diperbuat daripada perenggu atau loyang. Saiz canang kecil.
Bahagian tepi canang melengkung ke dalam. Pada bahagian muka canang ada tombol
kecil. Canang disusun di atas para khas dan dipalu. Pemalu canang diperbuat daripada
kayu.
Bahagian yang dipalu ialah bahagian
tombol canang. Biasanya canang
dimainkan secara berpasangan. Canang
dimainkan untuk mengiringi persembahan
wayang kulit dan wayang Melayu.

16
KESI

Sejenis alat idiofon dari keluarga simbal yang dibentuk daripada kepingan tembaga.
Bahagian tengah permukaannya kelihatan melengkung ke dalam.
Berperanan sebagai alat pelengkap irama dalam ensemble paluan tradisional. Ianya
disertakan dalam dua pasangan iaitu salah satu daripadanya dipaku pada tapak kayu
secara kekal dan yang satu lagi dipasang dengan tali. Untuk menghasilkan bunyi, alat-alat
tersebut dilagakan dengan menggunakan kaedah hentakan.
Digunakan dalam ensemble paluan tradisional yang pada mulanya berkembang di negeri
Kelantan seperti Wayang Kulit, Mak Yong dan Menora serta ensemble paluan untuk
tarian tradisional seperti Asyik dan Wau Bulan.

BONANG CAKLEMPONG

Caklempong diperbuat daripada tembaga atau perunggu. Saiz caklempong kecil. Bentuk
caklempong seperti periuk iaitu melengkung ke bawah. Muka caklempong licin.
Pada bahagian tengah muka caklempong ada satu tombol kecil. Caklempong dimainkan
dengan cara menyusunnya sebaris di atas para khas.
Caklempong dimainkan untuk mengiringi pencak silat, tarian piring, tarian lilin, tarian
inai, wayang kulit, menora, main puteri, mengarak pengantin, persembahan randai dan
lagu-lagu tempatan.
Kebiasaanya dimainkan oleh masyarakat Melayu di Perak dan Kelantan serta masyarakat
Minangkabau di Negeri Sembilan.

17
MONG DAN KENUNG

Mong diperbuat daripada perunggu.


Dimainkan dalam satu set yang diatur atas regangan tali-tali pada para khas.
Pemalu berbalut digunakan untuk memalu tombol mong. Mong dimainkan oleh seorang
pemain sahaja.
Kebiasaannya mong dimainkan untuk mengiringi persembahan menora, wayang gedak,
wayang Jawa dan gamelan.

GEDUK

Adalah sejenis gendang yang mempunyai dua muka.


Muka geduk diperbuat daripada belulang lembu atau
kerbau.
Pada mulanya belulang diletakan pada badan geduk
menggunakan perekat. Kemudian belulang itu
dipancang dengan baji kayu atau besi. Badan geduk
disebut temalang yang diperbuat daripada kayu keras
seperti kayu nangka dan bentuknya agak cembung
sedikit.
Bahagian dalam temalang disebut lompang. Dua bilah buluh dipasang pada satu sisi
temalang. Bilah-bilah tersebut lebih panjang daripada temalang dan berfungsi sebagai
kaki.

REBANA

Rebana adalah sejenis gendang satu muka yang berbentuk seperti pasu. Ianya sering
digunakan dalam ensemble muzik sinkretik yang berkembang di kalangan masyarakat
Melayu bandaran seperti Dondang Sayang, Joget, Inang, Masri,
Zapin, Cinta Sayang dan Ayam Didik.
Peranannya dalam ensemble adalah sebagai penyokong
irama dengan pola-pola paluan yang dapat dikategorikan sebagai
irama asas (basic) penambahan (additire) dan menyilang iaitu
cross rythmn.

18
GENDANG SILAT

Sepasang gendang bulat besar, anak dan ibu.

Temalang atau badannya diperbuat daripada kayu merbau dan kedua-duanya ditutup dengan
kulit harimau.

Kedua-dua gendang dipalu dengan tangan atau pemukul yang diperbuat daripada kayu merbau.

Lilitan rotan halus diselitkan di antara tebing dan belulang untuk menetapkan ketegangannya.

SERUNAI

Serunai adalah sejenis alat muzik tradisi yang perlu ditiup apabila
hendak membunyikannya.

Alat tiupan ini mempunyai pipit berlapis-lapis. Pelidaknya


sebanyak empat lapis diperbuat daripada daun lontar kering.

Pemegang pipit ialah tiub-logam yang dipasang pada kemuncak


badan serunai.

Badan serunai diperbuat daripada kayu keras dalam bentuk kun


dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng.

19
BAHAGIAN 5
JENIS-JENIS TARIAN KEBUDAYAAN DI MALAYSIA
Tarian zapin merupakan tarian yang terkenal di negeri Johor.
Perkataan zapin berasal daripada Al-zaffan iaitu gerak kaki.
Mengikut sejarah tarian ini pada mulanya adalah sebagai tarian hiburan di istana yang
dibawa dari Hadramaut,Yaman Selatan oleh pedagang Arab pada abad ke-13 yang
bertujuan digunakan amalan berzikir untuk menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah
tamadun islam.
Kini,tarian zapin masih lagi dipersembahkan dalam majlis formal dan tidak formal.

TARIAN ZAPIN

TARIAN MAK YONG

Tarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional.


Dicipta untuk hiburan kerabat di Raja khususnya dari golongan Selatan Thailand, tarian
ini juga menggabungkan drama romantis,
tarian dan nyayian dengan gaya menawan
yang mengisahkan zaman kegemilangan
kesultanan melayu.
Sesuai dipersembahkan selepas orang-orang
kampung selesai menuai padi dibendang.

20
TARIAN GAMELAN

Tarian Gamelan mula dipersembahkan di Istana di Empayar Riau dan Lingga pada kurun
ke-17.
Tarian ini dipersembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh dipentaskan secara
dalaman ataupun persembahan terbuka.
Unsur Jawa boleh dilihat dari segi seni tari tersebut.
Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang
paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan adat tarian Melayu.

TARIAN SUMAZAU

Tarian sumazau adalah tarian kaum kadazan yang lazimnya dipersembahkan sewaktu
acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan.
Ia dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk
menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit.
Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan
gerak-geri yang perlahan serta pergerakan yang menggambarkan burung yang sedang
terbang.

21
TARIAN NAGA

Sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam


budaya Cina.
Sepertilah tarian singa,tarian naga sering
dipersembahkan pada musim perayaan.
Orang Cina selalu menyebut Keturunan Naga
sebagai lambang identiti etnik.
Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang
boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah
jenayah.

TARIAN IBAN

Tarian Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai.
Penari memakai tarian tradisi seperti sirat, gagung,
atau baju burung serta topi yang dihias dengan bulu burung.
Tarian ini ditarikan dengan berdiri diatas bulatan
langsaran ke atas dan ke bawah,penari akan melompat
bersama iringan lagu dimana setiap rentak yang dimainkan
adalah bersesuaian dengan upacaranya.
Alat-alat yang digunakan dalam tarian ini adalah
seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai,
engkurumong dan Sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.

TARIAN KIPAS

Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7
wanita dan 2 lelaki.
Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam
masyarakat cina di mana dewa-dewi pada
masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai
alat keperluan.
Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi
masyarakat cina yang mana masyarakat cina
mempercayai Fung Shui iaitu suatu
kepercayaan masyarakat cina umumnya
tentang suatu petanda yang baik dan buruk
terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka.

22
TARIAN KATHAK

Tarian Kathak merupakan salah satu tarian klasikal India yang berasal dari utara India.
Perkataan Kathak berasal dari perkataan india iaitu katha yang bermaksud seni
bercerita .
Dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada dewa-dewa
Hindu. Kathak telah berkembang ke istana-istana pemerintah.

TARIAN BHARATA NATYAM

Tarian klasik india ini bagaikan sebuah puisi dalam gerak tari.
Tarian yang dramatik dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India purba, dan
memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya badan.
Memandangkan tarian ini memakan masa yang lama untuk dikuasai, terdapat sesetengah
penari kanak-kanak yang mula berlatih pada umur semuda lima tahun.

23
TARIAN KUDA KEPANG

Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian rakyat


Melayu traditional.
Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa dengan
pengaruh Islam.
Ciri Jawa itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur
Islam jelas pada jalan cerita itu semasa ditarikan iaitu
mengisahkan peperperangan Rasulallah dan
para sahabat.
Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah
Islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar datang
beramai-ramai menyaksikan persembahan
mereka.

TARIAN ULEK MAYANG

Ulek Mayang ialah tarian tradisional Melayu yang berasal


dari negeri Terengganu, Malaysia.
Ia merupakan sejenis tarian penyembahan di mana
sebuah lagu unik dinyanyikan dengan iringan
orkestra Melayu yang terdiri dari gendang, gong, biola
dan akordian .
Ada banyak versi legenda Ulek Mayang, menurut salah satu
darinya, tarian ini berasal dari upacara rawatan kuno yang
dilakukan oleh seorang bomoh ke atas seorang nelayan
yang berada dalam keadaan tidak sedar, dipercayai
telah dipukau oleh seorang puteri laut .

TARIAN INAI

Tarian Inai atau Terinai merupakan sejenis tarian tradisional.


Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa majlis berkhatan anak pembesar-
pembesar istana.
Ia dipersembahkan kepada kanak-kanak ini semasa
mereka hendak dikhatankan dan duduk di atas pelamin.
Tarian Inai ini popular di Perlis, utara Kedah dan
Kelantan. tarian ini jarang dipersembahkan berbanding
tarian istana yang lain. Ini disebabkan ia dikhususkan bagi
peristiwa tertentu seperti perkahwinan, berkhatan dan
pertabalan diraja.

24
BAHAGIAN 6
LUKISAN

MOTIF BATIK

Fauna Geometri Flora

25
BENTUK SENI LUKIS

Khat Ranggoli Kaligrafi

Cara menghargai pelukis

Memperbanyak pameran lukisan


Menubuhkan akademi seni lukis negara
Mengabdikan nama pelukis pada bangunan
Menyediakan anugerah pelukis terbaik
Membeli karya-karya pelukis

26
BAHAGIAN 7
KRAF TANGAN

Seni tenun

Seni tekat

Seni anyaman

27
Menjadikan kraf tangan sebagai koleksi
Belajar untuk membuat kraf tangan
Menurunkan ilmu membuat kraf tangan
kepada orang lain
Menyertai pertandingan membuat kraf
tangan
Mempromosikan kraf tangan kepada
rakan

28
1
Kempen Persembahan
kesenian

Kursus Undang-
kesenian undang

29

You might also like