Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Doa sempena majlis perkahwinan










( 3)

Ya Allah, pada hari yang penuh berkat ini, kami berhimpun di sini sebagai tanda kesyukuran kami
atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua
mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka. Maha benarlah Ya
Allah, firmanmu yang mulia :

Ya Allah Ya Rahman,

Semaikanlah di atas kedua pengantin perasaan kasih sayang. Tunjukkanlah kepada keduanya jalan
petunjuk dan taqwa. Lanjutkan umur keduanya di dalam kehidupan bahagia dan menggembirakan.
Sentiasa dalam ketenangan dan lapang dada. Himpunkanlah di antara keduanya persefahaman dan
kemesraan, dan jadikanlah hidup keduanya sentiasa merasa Qanaah (kecukupan) dan terpelihara
dari segala godaan. Kurniakanlah Ya Allah! Kepada keduanya keturunan yang soleh dan solehah.
Limpahkanlah Ya Allah! Keduanya nikmat yang berkat.










Luaskanlah kepada keduanya pintu rezeki. Peliharalah keduanya dan lindungilah Ya Allah dari
fitnah-fitnah hidup. Jauhilah keduanya perangai buruk dan kurniakanlah keduanya peliharaan Mu
dan keredha Mu Ya Allah.

Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini serta eratkan hubungan
keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Nabi Adam & Hawa, Nabi
Ibrahim & Siti Hajar, seperti Nabi Yusuf & Zulaika, Nabi Ayub & Rahmah, Nabi Musa & Safurah,
Nabi Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda Nabi Muhammad s.a.w & Khadijah.

Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang
mendambakan rahmatMu.

You might also like