Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA PADA ABAD KE 19

1. PERANCIS DI INDOCHINA
Kampuchea merupakan sebuah negara Asia Tenggara yang bersempadan dengan Thailand di
bahagian barat, Vietnam di bahagian timur dan Teluk Siam di bahagian Selatan. Kampuchea
merupakan negara pengganti Kerajaan Khmer yang telah mengalami zaman kegemilangannya
pada abad ke-11 hingga abad ke-14. Agama utama yang diamalkan di Kampuchea ialah agama
Buddha Thevarada dan agama lain termasuklah agama Islam yang kebanyakkannya dianuti
oleh penduduk Cham serta animisme di kalangan kaum peribumi.

Kemasukan pengaruh Perancis di Kampuchea boleh dilihat berdasarkan kepada dua aspek
penting. Aspek yang pertama adalah manfaat yang boleh diberikan oleh Perancis kepada
penduduk-penduduk tempatan dalam mengukuhkan kedudukan dan juga dalam usaha untuk
melepaskan diri daripada kongkongan kerajaan Siam dan Vietnam. Aspek yang kedua pula
ialah berkaitan dengan peranan penting yang dimainkan oleh individu-individu daripada
bangsa Perancis yang mana turut dikenali juga sebagai Imperialis.

Paderi Katolik Perancis telah mula datang ke Kampuchea pada tahun 1644 dan usahausaha
mereka mula menampakkan sedikit kejayaan pada pertengahan abad ke-19. Pada saat
Kampuchea sedang menghadapi ancaman dari Bangkok dan ekoran kebimbingan kedudukan
Raja Ang Duong tidak begitu kukuh pada ketika itu, maka baginda telah menyambut
kedatangan dua orang paderi daripada Perancis. Oleh yang demikian, Miche iaitu merupakan
salah seorang daripada paderi tersebut telah memberi jaminan untuk mendapatkan
perlindungan politik Perancis dan telah meminta Raja Ang Duong mengutus surat kepada raja
Perancis ketika itu Napoleon III.

Perutusan yang telah dihantar pada tahun 1853 menerima jawapan yang mengecewekan Raja
Ang Duong kerana Perancis pada ketika itu belum menunjukkan minat terhadap kerajaan
Kampuchea. Walau bagaimanapun, pada tahun 1862, Perancis mula berminat terhadap Phnom
Penh dan telah membuat satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Saigon. Melalui
perjanjian tersebut, Perancis telah berjaya mendapatkan tiga provinsi Vietnam di bahagia
selatan dan turut berjaya mendapatkan persetujuan Nguyen untuk melepaskan hak ketuanannya
ke atas Kapuchea.

Selepas kematian Raja Ang Duong pada tahun 1859, berlaku perebutan kuasa di antara putera-
putera Ang Duong. Hal ini telah memberi peluang yang luas kepada Perancis untuk campur
tangan dan menguasai sistem pentadbiran Kampuchea pada ketika itu. Walau bagaimanapun
pada tahun 1860, Ang Voley iaitu anak sulung Raja Ang Duong telah ditabalkan sebagai Raja
Norodom. Pada bulan Julai 1863, Lagrandiere telah mencadangkan kepada Raja Norodom
untuk menandatangani satu perjanjian perlindungan politik. Hal ini kerana Perancis tidak
menyenangi ketuanan Siam ke atas Kampuchea. Siam telah cuba untuk menggagalkan
perjanjian tersebut dengan memujuk Raja Norodom untuk mengakui kedudukannya sebagai di
bawah naungan Bangkok. Ketika Raja Norodom dijemput ke Bangkok, pemergiannya telah
dihalang oleh Residen Perancis di Phnom Penh dan baginda telah diugut. Ekoran daripada
peristiwa tersebut, Raja Norodom bersetuju dan telah menandatangani perjanjian tersebut pada
bulan April 1864.

Perancis telah mewujudkan dualisme dalam pentadbiran Kampuchea selepas tahun 1864 yang
mana ia bertujuan untuk menjimatkan serta mengurangkan perbelanjaan dari segi pengurusan
(Osborne, 1969: 219). Dasar ini masih mengekalkan jawatan para pembesar daerah dan
golongan bangsawan, namun fungsi mereka sahaja dihadkan iaitu hanya bertugas sebagai
pemungut cukai dan memastikan setiap rakyat menunaikan kewajipan kerah setiap tahun.
Perancis telah gagal melakukan perubahan di Kampuchea pada tahun 1885, namun telah
berjaya melakukan perubahan yang besar selepas tahun 1904.

Pelaksanakan pentadbiran baru di Vietnam menyebabkan Perancis terpaksa menggunakan


penterjemah yang mana merupakan lepasan sekolah Katolik, bagi mengisi jawatan pentadbiran
di peringkat rendah ataupun di peringkat lebih tinggi. Pegawai-pegawai di peringkat lebih
tinggi terdiri daripada pegawai tentera Perancis. Hal ini bertujuan untuk memudahkan urusan
pentadbiran. Pada peringkat awal kebolehan berbahasa Vietnam telah dijadikan syarat
perkhidmatan tetapi syarat ini telah diketepikan dan mereka terus bergantung kepada usaha
menambahkan golongan penterjemah yang amat dibenci oleh rakyat. Pada tahun 1880 sebuah
Majlis Tempatan dan Majlis Kolonial telah diperkenalkan tetapi penubuhannya hanya
bertujuan untuk mempertahankan kepentingan orang Perancis di Vietnam yang juga dikenali
sebagai colon. Namun begitu, pentadbiran Perancis pada peringkat awal di Vietnam khususnya
di Cochin-China menghadapi masalah kerana tidak disenangi oleh penduduk Vietnam. Bonard
yang merupakan Gabenor Perancis di Vietnam pada ketika itu pula tidak dapat
menyelesaikanmasalah ini dan Admiral La Grandiere telah dilantik sebagai gabenor yang baru
bagi menggantikan Bonard. Namun. Beliau juga menghadapi masalah yang sama kerana tidak
mendapat kerjasama daripada pegawai tempatan dan para sarjana.
Dengan itu, untuk menjalankan pentadbiran dengan lancar pihak Perancis telah menggunakan
dasar asimilasi dan dasar asosiasi. Dasar asimilasi bermakna usaha untuk memperanciskan
rakyat yang dijajah dari segi bahasa, adat dan idealisme. Namun, dasar ini kurang berhasil,
umpamanya dalam aspek pengajian bahasa Perancis yang mana dimansuhkan kerana
memerlukan belanja yang banyak dan digantikan dengan dasar asosiasi. Dasar asosiasi pula
merupakan satu dasar yang akan mengekalkan sistem pentadbiran tradisi sebaik mungkin,
seperti membenarkan pemimpin-pemimpin tempatan memungut cukai atau dijadikan alat
kepada pihak pemerintah pada ketika itu. Oleh itu, institusi raja dan mandarin masih dikekalkan
di Annam dan Tongking, walaupun kedua-duanya telah diubahsuai untuk dijadikan alat kepada
pentadbiran kolonial. Namun begitu, pelaksanaannya hanya mendapat sokongan kerajaan
ketika Albert Sarraut menjadi Gabenor Jeneral dari tahun 1911-1914. Kuasa raja telah
dihapuskan dan raja kini hanya menjadi alat kepada penasihat-penasihat Perancis di Hue serta
mandarin yang bekerjasama dengan Perancis. Selepas tahun 1885, Perancis telah menempatkan
residennya di semua wilayah di Annam dan pada tahun berikutnya pula, raja telah bersetuju
memberikan kuasa yang luas kepada wakilnya di Tongking yang dinamakan khin luoc
(wizurai). Selain itu, untuk melemahkan pentadbiran tradisional Vietnam, Vietnam dipecahkan
kepada tiga bahagian iaitu Tongking, Annam dan Cochin-China.

Pada tahun 1887, Vietnam yang meliputi Cochin-China, Annam dan Tongking digabungkan
dengan Kemboja dan Laos untuk membentuk Persekutuan Indo-China. Ketua persekutuan ini
ialah Gabenor Jeneral. Cochin-China adalah salah satu daripada lima bahagian tersebut yang
bertaraf tanah jajahan di bawah kawalan secara langsung. Annam, Kemboja, Laos dan
Tongking merupakan negeri naungan. Cochin-China di bawah tangan seorang gabenor yang
dibantu oleh Majlis Privy dan Majlis Tanah Jajahan. Majlis Privy adalah sama dengan Majlis
Kerja, sedangkan Majlis Tanah Jajahan serupa dengan Majlis Mesyuarat Undangan dalam
sesebuah tanah jajahan Inggeris. Annam dan Tongking yang merupakan negeri naungan yang
ditadbir oleh Residen-General dibantu oleh Majlis Privy dan Majlis Naungan. Tiap-tiap negeri
naungan ini telah dibahagikan kepada beberapa buah wilayah di bawah kawalan Residen-
residen bangsa Perancis. Namum begitu, kedudukan Perancis di negeri-negeri naungan ini
adalah atas nama sahaja kerana urusan pentadbiran dikendalikan oleh pegawai tempatan di
bawah pimpinan pegawai-pegawai Perancis.

Semua perkara penting seperti keselamatan, kewangan, kerja raya, awam, pos, pertanian,
kesihatan, perdagangan dan lain-lain di bawah kuasa orang Perancis. Pentadbiran Gabenor
Jeneral pula dibantu oleh Majlis Mesyuarat Tertinggi Indo-China yang ahlinya terdiri daripada
gabenor-gabenor wilayah tadi dan residen-residen yang bertanggungjawab dengan beberapa
perkhidmatan di Indo-China. Ahli-ahli bumiputera dalam Majlis Mesyuarat Tertinggi
Indochina pula terhad kepada empat orang sahaja. Malahan majlis ini bertanggungjawab dalam
merumuskan dasar belanjawan umum, mengawal hasil-hasil tempatan dan menjalankan kuasa
membuat undang-undang tempatan dan juga berkuasa dalam mengendalikan hal ehwal tentera
dan tentera laut, kerjaraya, keretapi, perdagangan dan pertanian. Dalam usaha untuk melicinkan
urusan hal ehwal ini, jabatan-jabatan dan biro-biro telah ditubuhkan dan diselenggarakan oleh
Gabenor-Jeneral yang bertanggungjawab kepada Menteri Tanah-tanah Jajahan Perancis.

Tugas Khin Luoc di Tongking pula selepas tahun 1897 telah diambil alih oleh residen.
Sementara di Annam pula, ketua residen di Hue mengambil alih tugas sebagai pengerusi co-
mat vien yang masih diteruskan. Ini bermakna semua keputusan yang dibuat mandarin Hue
dan raja mesti mendapat kelulusan daripada seorang pegawai Perancis terlebih dahulu sebelum
dilaksanakan. Selepas tahun 1897, raja dan kerajaan Vietnam tidak lagi berkuasa ke atas
soalsoal ketenteraan dan diplomasi, sementara dalam bidang pentadbiran, kuasanya amat
terhad.

Malahan semasa pentadbiran Gabenor Jeneral Doumier (1897-1902) terdapat banyak


perubahan telah berlaku yang melibatkan Vietnam, antaranya pengenalan cukai-cukai baru ke
atas garam, alkohol dan candu serta meningkatkan cukai kastam bagi membiayai rancangan
kolonialnya. Beliau turut menyatupadukan angkatan perkhidmatan pentadbiran awam dan
menyatukan semula pentadbiran Tongking. Di Tongking juga, Doumier telah, menghapuskan
kesan-kesan otonomi lama dengan memansuhkan jawatan wazir-wazir, Tong-doc dan TuanPhn
dengan menukarkannya sebagai tanah jajahan. Tanah jajahan di sini bermaksud segala urusan
pentadbiran berada di bawah pengawasan pihak Perancis melalui Residen dan pegawai
pegawai yang dilantik.

Justeru itu, di Vietnam, struktur pentadbirannya dikawal oleh Gabenor di Cochin-China yang
merupakan tanah jajahan secara langsung. Raja-raja pula masih terus mentadbir kerajaan atau
wilayah bersama-sama dengan ketua Residen Perancis umpamanya di Annam dan Tongking
yang dikenali sebagai negeri naungan. Namun, pada tahun 1899, pentadbiran Perancis telah
melarang pentadbiran diraja mengutip cukai. Oleh itu, walaupun Perancis masih menggunakan
khidmat para maharaja dalam pentadbiran Perancis di Vietnam namun ia hanya secara teori
sahaja seperti apa yang telah berlaku di Tanah Melayu. Sistem pentadbiran Perancis ini tidak
banyak berubah sehingga tamatnya pemerintahan kolonial Perancis di Vietnam.
Di Laos pada peringkat awalnya, pihak Perancis telah melakukan pelbagai pembaharuan
dalam sistem politik di Laos dan memberi kesan positif kepada sistem politik di Laos yang
lebih teratur. Sebagai contohnya, pada Disember 1895, Konvensyen 3 telah diadakan antara
Raja Zakarine dan Ketua Residen Perancis iaitu Boulloche yang hanya bertujuan untuk
menentukan pentadbiran dalam negeri Laos. Seterusnya Konvensyen kedua telah dipersetujui
pada 26 Februari pada tahun 1914 antara Raja Sisavang Vong dan Ketua Residen Bourcier de
SaintChaffray. Namun demikian, perlaksanaannya pula digantung dan hakikat sebenarnya
Luang Prabang juga masih belum disahkan oleh kerajaan Perancis. Pada 24 April 1917,
Konvensyen ketiga ditandatangani antara Raja Sisavang Vong dan Gabenor Jeneral Albert
Sarraut. Konvensyen ini menjadi peraturan kerajaan Luang Prabang sehingga tahun 1941.
Dalam persetujuan pada 21 September 1933, Laos telah mendapat wilayah Houa Phan
(Samneua). Selain itu, sebuah Dewan Perhimpunan Peribumi telah dibentuk dalam tahun 1923
di Vientiane. Dewan dipilih dalam satu pengundian terhad dan tugas utama dewan ialah
membincangkan belanjawan tahunan bagi Laos. Seterusnya, pada tahun 1927, telah berlaku
pemisahan kuasa pentadbiran dan perundangan. Satu sistem perundangan telah dibentuk dan
taraf pentadbirpentadbir Khoueng (wilayah) dan Moung juga diselaraskan. Selain itu,
organisasi wilayah juga telah disusun semula. Manakala, dalam tahun1928 pula telah muncul
sebuah sekolah undangundang dan pentadbiran telah ditubuhkan di Vientiane dan ia bertujuan
melatih pegawai tadbir dan pegawai undang-undang moden. Satu generasi baru golongan
pegawai kerajaan Laos yang yang terdiri daripada keluarga yang kaya ataupun golongan
bangsawan. Latihan ini perlu ditubuhkan kerana terdapat kesukaran daripada pegawai Perancis
untuk berkhidmat di Laos. Keadaan ini telah memberi kesan yang positif kepada golongan
banagsawan di Laos namun secara tidak langsung ia juga telah menarik golongan bangsawan
untuk berkhidmat di bawah Perancis.

Perancis telah menubuhkan Majlis Pentadbiran Tertinggi yang secara tidak langsung telah
membuka peluang kepada golongan bangsawan dalam mendapat peluang pekerjaan seperti
menjadi guru, doktor dan pembantu kerajaan. Manakala, juru bahasa, kerani, pencuci dan
lainlain lagi dilakukan oleh rakyat Laos dan juga Vietnam. Walaupun, Laos memperolehi
pelbagai pembaharuan di negara mereka, namun tetap tidak berpuas hati dengan pentadbiran
Perancis yang jelas bukan untuk membantu Laos. Mereka juga dipaksa membayar cukai
langsung seperti cukai kepala dan juga caj-caj yang dikenakan dalam pentadbiran. Seterusnya,
kehadiran Perancis di Laos telah mengembalikan sesetengah wilayah Laos yang berada
dibawah naungan Siam, walaupun begitu, niat Perancis bukanlah untuk memerdekakan Laos
tetapi hanya untuk memudahkan urusan mereka sahaja.

Selain kesan positif yang dapat kita lihat terhadap pembaharuan yang dilaksanakan oleh
Perancis, ia juga telah menjerat masyarakat Laos berada dibawah bumbung mereka selama
berabad-abad dan menyebabkan kuasa pemerintah hanya sebagai bahan bualan sahaja.
Walaupun, Perancis melaksanakan pembaharuan, namun pembaharuan yang terdapat di Laos
hanyalah untuk kepentingan pihak mereka sahaja bukan niat untuk memajukan sistem politik
di Laos. Hal ini jelas menunjukkan yang pihak barat hanya mementingkan diri mereka sahaja
dalam melakukan setiap tindakan. Pembaharuan yang telah dilaksanakan di Laos menyebabkan
pemerintah Laos tidak boleh bertindak sesuka hati dan juga perlu membayar ufti kepada
Perancis. Kekuasaan mereka kian luntur dan hanya perlu berada di bawah ketiak Perancis
sahaja. Setiap pembaharuan yang dilakukan, pihak pemerintah hanya perlu bersetuju sahaja
tanpa dibawa berunding terlebih dahulu, hal ini secara realitiknya menampakkan bahawa
peranan mereka tidak penting walau sedikit pun. Mereka hanya diperlukan kerana, rakyat akan
mendengar setiap arahan yang dikeluarkan oleh mereka. Oleh itu, Perancis mengambil
kesempatan di atas ketaatan rakyat terhadap golongan pemerintah untuk melaksanakan apa-
apa sahaja pembaharuan di Loas. Selain itu, pembaharuan yang dilakukan oleh Perancis adalah
tidak menyeluruh, terdapat juga di kawasan-kawasan pedalaman, rakyat masih terpinggir dan
tidak mendapat pelbagai manfaat. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa sistem politik di Laos
semasa di bawah pemerintahan Siam mahupun Perancis tidak lah berubah begitu ketara. Hal
ini kerana, peranan golongan pemerintah tidak jauh bezanya jika dibandingkan mereka berada
di bawah Siam atau Perancis. Laos boleh diibaratkan seperti keluar mulut buaya dan masuk
mulut harimau.

2. BELANDA DI INDONESIA

Di Indonesia pula setelah runtuhnya VOC, pemerintah kerajaan Belanda mengambil alih
seluruh wilayah kekuasaanya, terutama di kepulauaan Indonesia yang berpusat di Batavia,
Jawa. Bagi menangani peralihan dan serangan Inggeris, Raja Belanda Lodewjik Napolean telah
menghantar gabenor ke Batavia iaitu Wilhem Herman Daendels. Dia telah menyusun kembali
sistem pemerintahan dan membangunkan pertahanan. Langkah penting yang harus
dilakukannya ialah membangunkan birokrasi dan tentera yang profesional dengan meniru
model Revolusi Perancis, mengubah sistem politik tradisional dan melakukan kerahan tenaga
tentera. Daendels juga telah mengubah hubungan politik dan ekonomi dalam sistem politik
tradisional dengan menghapuskan penyerahan wajib terhadap hasil tanah dan kerja wajib untuk
para bupati.

Dengan berpusat di Betawi, penjajah Belanda secara beransur-ansur menawan Kepulauan


Indonesia satu persatu. Di bawah pentadbiran Kerajaan Hindia Belanda, kuasa politik
dipegang oleh Gabenor-Jeneral Belanda dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Pulau-pulau Hindia
Timur. Wilayah-wilayah yang diperintah oleh Gabenor Jeneral dan Majlis Mesyuarat
dibahagikan kepada tanah kerajaan dan rakyat dikehendaki angkat sumpah setia terus kepada
kerajaan pusat dan negeri-negeri Kepulauan Indonesia. Rakyat hendaklah taat setia kepada raja
dari kalangan bumiputera yang mengiktiraf Belanda. Kedatangan Belanda ke Indonesia telah
menggabungkan beberapa kerajaan berasingan seperti Mataram, Bantam dan juga Jawa.
Kerajaan ini pada mulanya memiliki raja dan pembesar-pembesar diraja. Setelah penguasaan
Belanda di Indonesia pentadbiran Indonesia dibahagikan kepada dua iaitu pentadbiran
tempatan dan pentadbiran pusat. Dari segi teori, wilayah-wilayah ini diambil alih sepenuhnya
oleh jentera politik Belanda. Dari segi praktiknya ada perbezaan besar antara penggunaan dan
cara pemerintahan secara langsung dan tidak langsung. Hal ini kerana Tanah Kerajaan rakyat
dibawah kawalan penghulu-penghulu bumiputera secara tidak langsung dan secara langsung
diselia oleh pegawai Belanda.

Belanda lebih suka mentadbir dengan cara pentadbirannya. Misalnya pentadbiran di Jawa
dimana dalam sistem pentadbiran di wilayah-wilayah kecil merupakan asas sistem penjajahan
British di India dan Burma. Di Jawa pula, Belanda meneruskan pentadbiran tentera selama
beberapa abad. Pentadbiran di Jawa juga terdapat golongan pertengahan yang berpendidikan
Barat dan muncul sebagai golongan yang berpengaruh dan menggantikan ketuaketua
tradisional. Mereka ini dikenali sebagai priyayi. Golongan priyayi tradisi terpaksa menerima
peranan baru dalam pentadbiran Belanda. Selain itu, Belanda juga telah menghapuskan ketua-
ketua feudal seperti thungyi dan mewujudkan kelompok baru. Perubahan ini semakin jelas
selepas perjanjian Yandabo ditandatangani pada tahun 1826.

Pihak kerajaan Belanda cuba untuk mengawal bahagian pentadbiran daerah. Hal ini dapat
dilihat apabila pihak Belanda meletakkan kedudukan pegawai mereka diperingkat tertinggi.
Keadaan ini menyebabkan kedudukan pemerintah tempatan tertinggi Jawa adalah dibawah
pengawasan Residen. Di Jawa, Belanda meletakkan dua orang Residen untuk mengawal
pemerintah. Tugas Residen pertama ialah mengawasi Susuhunan dan Dinasti Mangkunegara.
Manakala Residen kedua ditugaskan mengawal Sultan dan Dinasti Pakualam. Melalui
penyerapan pegawai Belanda dalam pentadbiran tempatan, ia memudahkan Belanda
menguasai pentadbiran Indonesia seperti di Mataram, Jawa dan Bantam. Selain itu, semasa
Pulau Jawa diserahkan kepada Raffles, beliau telah membahagikan Pulau Jawa menjadi 16
residen dan setiap residen dibentuk badan keadilan (laadraad) dan kemudian telah dikurangkan.

Perubahan dalam pentadbiran merupakan tujuan utama Belanda. Hal ini kerana campur tangan
dalam politik dan pentadbiran akan menentukan kepentingan ekonomi kepada Belanda.
Sebagai contoh, Belanda menambahkan otonomi tempatan dengan memberi rakyat tempatan
peluang untuk mengambil peluang dalam kerajaan tempatan. Belanda kemudian menukar
kampung kepada perbandaran kecil pada tahun 1908 dengan kuasa untuk menetapkan perkara
yang berkaitan dengan tanah dan harta. Ini jelas memperlihatkan bahawa rakyat tidak diberi
peluang untuk berkerajaan sendiri. Pada tahun 1918, Majlis Mesyuarat rakyat atau Volksraad
telah ditubuhkan bagi menguruskan hal ehwal tempatan. Walau bagaimanapun, dengan adanya
penubuhan ini, banyak aspek telah diperkenalkan tetapi rakyat masih tidak mendapat hak
sepenuhnya. Kuasa yang terdapat dalam Volksraad ini masih di tangan pihak penjajah kerana
majoriti ahli Volksraad ini terdiri daripada orang Belanda dan orang Cina. Hal ini menunjukkan
masyarakat tempatan tetap menjadi golongan minoriti dalam majlis yang ditubuhkan itu.

Dalam aspek pentadbiran sistem perundangan, Daendels telah mengubah sistem kehakiman
dan mahkamah. Beliau berhasrat untuk mendirikan mahkamah-mahkamah disetiap daerah dan
bahagian dimana keadilan akan dilaksanakan mengikut adatrecht. Dalam sistem keadilan ini,
terdapat persamaan dengan sistem keadilan dengan Belanda. Anggota yang mengendalikan
mahkamah rendah bumiputera ialah pegawai dan ulama-ulama bumiputera. Bagi mahkamah
daerah pula dipimpin oleh landdrost bersama dengan seorang pegawai Belanda yang
ditugaskan sebagai setiausaha serta beberapa orang pembantu yang terdiri daripada orang
bumiputera.

Walau bagaimanapun, umumnya, semua dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Belanda


misalnya Dasar Etika atau Ethical Policy serta Sistem Kultur atau Culture System memberi
keuntungan kepada pihak Belanda sahaja, sebaliknya, kebajikan rakyat terus diabaikan dan
ditindas. Hal ini menyebabkan munculnya anti-kolonial dan pemberontakan menentang
penjajah. Dasar politik Raffles terutamanya berdasarkan ideologi liberal bertujuan untuk
meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan memberikan kebebasannya. Akibat pelaksanaan
politik liberal itu, maka struktur tradisional dan feudal dirombak dan diganti dengan sistem
baru yang berdasarkan pada prinsip legal rasional.
3. BRITISH DI BURMA

Di Burma, pentadbiran lebih berbentuk paternalistik iaitu berpusat kepada Pesuruhjaya yang
mengetuai divisyen dan Timbalan Pesuruhjaya pula mengetuai daerah. Setiap Pesuruhjaya
dibantu oleh jabatan-jabatan khas seperti Jurutera, Pelajaran, Hutan, Kastam serta mempunyai
sekretariatnya sendiri. Burma dibahagikan kepada 8 divisyen dan dipecahkan kepada
daerahdaerah. Aspek-aspek penting dalam pentadbiran termasuklah pengutipan hasil cukai,
pentadbiran undang-undang dan pengawasan pentadbiran tempatan. Timbalan Pesuruhjaya
mengetuai pentadbiran di peringkat daerah dan beliau dibantu oleh Ketua Polis Daerah dan
Pengawas Kesihatan. Pentadbiran kolonial memberi tumpuan kepada institusi myothughi
selepas tahun 1826 dan kemudiannya selepas tahun 1886. Walaupun myothughi berada di tahap
yang paling rendah dalam hierarki pentadbiran kolonial tetapi mereka tetap diberikan pelbagai
tugas berat seperti mengutip cukai, menubuhkan pertahanan tempatan, mengadili kes jenayah
yang kecil, melaporkan kes-kes penyakit manusia dan haiwan, menyimpan rekod kelahiran,
kematian, suntikan, dan sebagainya. Usaha-usaha untuk meninggikan darjat jawatan ini dengan
memberi ganjaran lebih, dan penggunaan payung merah serta pedang sebagai simbol kuasa.
Perubahan pentadbiran terutamanya di peringkat desa telah memberi kesan seperti cara
pungutan cukai menjadi lebih cekap dan myothughi kehilangan sumber kewangan yang
lumayan. Hal ini menyebabkan golongan myothughi terus bergantung dengan kerajaan untuk
menyara kehidupan. Mereka juga dianggap sebagai alat penguasaan kerajaan ke atas rakyat
dan sering kali menjadi tumpuan berhubung dengan masalah sosial.

British juga memperkenalkan sistem undang-undang Inggeris bagi undang-undang jenayah dan
undang-undang sivil di Burma. Donnison berpendapat bahawa pengenalan undangundang
Inggeris membawa kesan negatif kepada Burma seperti meningkatkan kes pendakwaan di
mahkamah. Keadaan ini menyebabkan lebih ramai penuntut tempatan memberikan perhatian
kepada undang-undang sedangkan Burma amat memerlukan lebih banyak doktor dan jurutera.
Sementara itu, perbezaan di antara pandangan British dan Burma berkenaan perundangan
seringkali menimbulkan salah faham dari segi pelaksanaan terutamanya kepada Burma seperti
untuk melaksanakan undang-undang kontrak yang telah Berjaya membawa perubahan besar
ekonomi Burma yag pada awalnya bersifat sara diri bertukar menjadi ekonomi kapitalis.

You might also like