Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

LAMPIRAN A

PERATURAN PERTANDINGAN
KEJOHANAN PETANQUE
MAKSAK MALAYSIA 2013

1- NAMA PERTANDINGAN:

Kejohanan Petanque MAKSAK Malaysia 2013

2- PENGANJUR:

MAKSAK Malaysia
Jabatan Perdana Menteri

3- PENGELOLA:

Majlis Sukan Penjara Malaysia

4- TARIKH PERTANDINGAN:

2-5 Mei 2013

5- TEMPAT:

Melaka

6- PERATURAN UMUM:

Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang Petanque yang


berkuatkuasa sebagaimana diperuntukan oleh Federation Internationa de
Petanque Et Jeu Provical (FIPJP) serta telah diterima oleh Persekutuan
Petanque Malaysia (PPM). Walau bagaimanapun, peraturan berikut akan
dikuatkuasakan:-

a) Pemain dikehendaki membuat ukuran kasar terlebih dahulu sebelum


memanggil pengadil.

b) Sekiranya untuk membuat ukuran terlalu sulit, pengadil boleh terus


dipanggil.

1
c) Sekiranya pengadil dipanggil pada jarak yang hampir (jarak bola dari
jack tidak melebihi 0.5m) dan didapati perbezaan jarak antara kedua-
dua bola dengan jack melebihi 2 cm, maka pasukan yang tidak puas
hati dengan ukuran yang dibuat oleh pemain akan diberi penalti
dengan cara memberi 1 mata kepada pasukan lawan.

7- PERATURAN TAMBAHAN:

Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Penganjur adalah berhak


meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan
matlamat penganjuran aktiviti sukan MAKSAK Malaysia.

8- KELAYAKAN PESERTA:

Kelayakan Peserta adalah seperti di Lampiran B.

9- PENDAFTARAN PEMAIN:

9.1 Setiap Badan Gabungan dikehendaki menghantar 1 Kontinjen


mengandungi:-

1 Ketua Kontinjen

Pasukan Lelaki Pasukan Wanita


1 Pengurus 1 Pengurus
1 Jurulatih 1 Jurulatih
7 Pemain Lelaki 7 Pemain Wanita
(Termasuk 1 simpanan) (Termasuk 1 simpanan)

Pasukan Veteran Lelaki Pasukan Veteran Wanita


4 Pemain Lelaki 4 Pemain Wanita
(Termasuk 1 simpanan) (Termasuk 1 simpanan)

9.2 Umur untuk pemain veteran ialah:

9.2.1 Veteran Lelaki hendaklah berumur (40) tahun ke atas pada


tahun 2013 (lahir pada atau sebelum tahun 1973);

9.2.2 Veteran Wanita hendaklah berumur (40) tahun ke atas pada


tahun 2013 (lahir pada atau sebelum tahun 1973).

9.3 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan


menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola,
hanya pemain-pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk
mengambil bahagian. Seorang pemain hanya boleh bermain satu
acara sahaja dalam setiap perlawanan.

2
9.4 Seorang pemain hanya boleh didaftarkan dalam satu pasukan sahaja.
Jika terdapat yang pasukannya telah kalah/menang dan kemudiannya
bermain untuk pasukan lain maka penyertaan kedua-dua pasukan
akan dibatalkan.

9.5 Pertukaran nama-nama pemain boleh dilakukan semasa mesyuarat


pengurus-pengurus pasukan yang akan diadakan sehari sebelum
pertandingan.

9.6 Pengurus dan Jurulatih dibenarkan bermain. Nama mereka hendaklah


didaftar juga dalam senarai pemain sebagai pemain.

10- CARA PERTANDINGAN:

10.1 Kejohanan ini adalah di antara pasukan.

10.2 Acara yang akan dipertandingkan adalah acara:

a) Berpasukan Lelaki i) Perseorangan (Single)


ii) Bergu (Double)
iii) Bertiga (Triple)

b) Berpasukan Wanita i) Perseorangan (Single)


ii) Bergu (Double)
iii) Bertiga (Triple)

c) Berpasukan Veteran Lelaki i) Bertiga (Triple)

d) Berpasukan Veteran Wanita i) Bertiga (Triple)

10.3 Semua pasukan yang mengambil bahagian dalam acara berpasukan


akan dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan pasukan-pasukan yang
menduduki tempat teratas pada kejohanan yang lepas akan mengetuai
kumpulan masing-masing. Pasukan-pasukan lain akan diundi untuk
menentukan kedudukan mereka.

10.4 Untuk kumpulan yang mempunyai tiga (3) pasukan, pasukan yang
menang dalam perlawanan pertama akan bermain dulu untuk
perlawanan seterusnya.

10.5 Semua perlawanan di peringkat awal akan dijalankan secara liga


kumpulan.

10.6 Johan dan Naib Johan kumpulan di peringkat liga akan layak ke
pusingan seterusnya.

3
11- SUSUNAN PEMAINAN:

Susunan permainan untuk acara berpasukan sepanjang kejohanan ialah:-


(secara serentak)

i- Perseorangan
ii- Bertiga
iii- Berdua

12- PEMBERIAN MATA & PENENTUAN KEMENANGAN:

12.1 Tatacara perlawanan akan ditetapkan mengikut undang FIPJP.

12.2 Setiap pasukan bertanding akan diberi mata berdasar kepada format
berikut:-

a) Menang - 3 mata
b) Kalah - 0 mata

12.3 Sekiranya setelah semua perlawanan di peringkat liga selesai, dua


pasukan didapati memperolehi jumlah mata yang sama, maka pasukan
yang memenangi perlawanan di antara mereka akan dikira sebagai
pemenang.

12.4 Sekiranya setelah semua perlawanan di peringkat liga selesai, tiga


pasukan atau lebih didapati memperolehi mata yang sama, maka
tatacara mengikut susunan kaedah berikut akan diambilkira untuk
menentukan pemenang:-

a) Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan set yang


terbanyak dari pertandingan yang melibatkan pasukan yang seri
sahaja (internal difference) akan dikira sebagai pemenang dan
kedua terbanyak sebagai kedua dan seterusnya;

b) Jika keadaan masih seri, pasukan yang mempunyai jumlah


perbezaan set yang terbanyak dari keseluruhan pertandingan
dalam kumpulan masing-masing (external difference) akan
dikira sebagai pemenang dan kedua terbanyak sebagai kedua
dan seterusnya.

c) Jika masih seri, pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan


score yang terbanyak dari pertandingan yang melibatkan
pasukan yang seri sahaja (internal difference) akan dikira
sebagai pemenang dan kedua terbanyak sebagai kedua dan
seterusnya.

d) Jika keadaan masih seri, pasukan yang mempunyai jumlah


perbezaan score yang terbanyak dari keseluruhan
pertandingan dalam kumpulan masing-masing (external

4
difference) akan dikira sebagai pemenang dan kedua terbanyak
sebagai kedua dan seterusnya.

e) Jika keadaan masih seri, undian akan dibuat.

* Pada mana-mana pemecahan seri 12.4 bagi seri yang lebih dari tiga
pasukan yang keputusannya meninggalkan dua pasukan masih seri maka
kaedah 12.3 dipakai.

13- MASA PERTANDINGAN:

13.1 Kejohanan ini akan dijalankan dalam tempoh 3 hari

13.2 Setiap pasukan adalah diwajibkan bermain lebih daripada satu


perlawanan di dalam satu hari.

13.3 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang


telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.

13.4 Setiap perlawanan akan dijalankan selama 2 jam atau sebanyak 13


ends (mana yang sampai dahulu). Semua pasukan yang dijadualkan
untuk bermain mestilah berada di gelanggang permainan 30 minit
sebelum perlawanan dimulakan.

13.5 Pengurus atau Ketua Pasukan hendaklah menyerahkan nama pemain-


pemain kepada Pengadil Rasmi 30 minit sebelum perlawanan
dimulakan.

13.6 Pasukan yang gagal hadir digelanggang pada masa yang dijadualkan
akan diberi masa tangguhan selama 15 minit dengan berdenda dan
jika selepas (1) jam tidak juga hadir maka kemenangan percuma akan
diberikan kepada pasukan lawan yang hadir dengan mata 13-0.

13.7 Pasukan yang memberi kemenangan percuma (walkover) akan


dibatalkan dari penyertaan. Semua keputusan sebelum walkover akan
juga terbatal.

13.8 Walau bagaimanapun, tiada sebab bagi pasukan-pasukan memberi


kemenangan percuma kepada pasukan lawan. Urusetia MAKSAK
akan mengambil tindakan dengan menarik bantuan kewangan yang
diperuntukan dan akan melaporkan kepada Yang DiPertua Badan-
Badan Gabungan agar mengambil tindakan tegas kepada pihak yang
terlibat dan bertanggungjawab.

5
14- PENANGGUHAN PERLAWANAN:

Jawatankuasa Pertandingan akan memutuskan kedudukan perlawanan yang


ditangguhkan oleh pengadil kerana tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab
yang tidak dapat dielakkan.

15- PAKAIAN PESERTA:

15.1 Setiap peserta boleh memakai baju berwarna seragam untuk pasukan
masing-masing yang bertangan pendek atau panjang dan berkolar,
seluar slack atau track bottom dan kasut sukan. Seluar jeans tidak
dibenarkan.

16- PENGADILAN:

16.1 Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan pengadil-pengadil


yang bertauliah disepanjang pertandingan yang akan diadakan.

17- BANTAHAN:

17.1 Kelayakan Peserta

i) Sebarang bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus atau


Ketua Pasukan SAHAJA dan hendaklah dibuat SEMASA
MESYUARAT PENGURUS PASUKAN SAHAJA (tidak perlu
wang cagaran RM 500/-).

ii) Pihak yang membuat bantahan perlu mengemukakan bukti


kukuh berkenaan bantahan yang dibuat.

iii) Pihak yang dibantah hendaklah memberikan bukti dengan


SEGERA di dalam majlis bantahan tersebut (bahawa peserta /
pemain yang dibantah adalah SAH bermain dan MENGIKUT
SEGALA SYARAT KELAYAKAN BERMAIN.

iv) Jika terdapat mana-mana pasukan/kontinjen yang membawa


dan menyenaraikan pemain-pemain yang tidak layak
bermain dan bukan kakitangan awam serta di dapati
bersalah dalam majlis bantahan, pasukan tersebut akan
digantung dari menyertai kejohanan MAKSAK pada tahun
tersebut dan tahun berikutnya dan pemain tersebut tidak
akan dibenar menyertai kejohanan MAKSAK sehinggalah
pihak penganjur membatalkan hukuman tersebut.

6
17.2 Teknikal dan Lain-lain Bantahan

i) Sebarang bantahan berkenaan teknikal/pengadilan dan lain-lain


selain kelayakan peserta hendaklah dibuat secara lisan kepada
pengadil yang bertugas ketika itu.

ii) Kemudian bantahan tersebut hendaklah dikemukakan secara


bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola tidak lewat
daripada 30 minit selepas tamat pertandingan tersebut (jika
berkaitan pertandingan/teknikal/pengadilan dan lain-lain
berkaitan).

iii) Surat bantahan hendaklah ditandatangani oleh Pengurus


Pasukan dan disertakan dengan wang cagaran sebanyak
RM500.00 (tunai). Wang cagaran ini tidak akan dikembalikan
samada bantahan itu berjaya, gagal atau ditolak.

iv) Sebarang keputusan yang dibuat dari keputusan Jawatankuasa


Bantahan dan tatatertib adalah muktamad.

18- JAWATANKUASA BANTAHAN & TATATERTIB

Pengerusi : Setiausaha Agung MAKSAK atau Wakil

Setiausaha : Penolong Setiausaha Agung/Wakil

Ahli-Ahli : Setiausaha MAKSAK Jawatankuasa


Pengelola/Wakil

: Pengerusi Jawatankuasa Teknik &


Pertandingan/Wakil

: Pengerusi Jawatankuasa Pengadil/Wakil

19- HADIAH:

MAKSAK Malaysia akan menyediakan hadiah seperti berikut:-

19.1 Keseluruhan Berpasukan Lelaki:

a) Johan - 1 Piala Pusingan


- 1 Piala Iringan
- 10 Medal
- 10 Hadiah Iringan

b) Naib Johan - 1 Piala Iringan


- 10 Medal
- 10 Hadiah Iringan

7
c) Ketiga Bersama - 1 Piala Iringan x 2
- 10 x 2 Medal
- 10 x 2 Hadiah Iringan

d) Pemain Paling Senior - 1 Cenderamata

19.2 Keseluruhan Berpasukan Wanita:

a) Johan - 1 Piala Pusingan


- 1 Piala Iringan
- 10 Medal
- 10 Hadiah Iringan

b) Naib Johan - 1 Piala Iringan


- 10 Medal
- 10 Hadiah Iringan

c) Ketiga Bersama - 1 Piala Iringan x 2


- 10 Medal
- 10 Hadiah Iringan

d) Pemain Paling Senior - 1 Cenderamata

19.3 Pasukan Veteran Lelaki:

a) Johan - 1 Piala Pusingan


- 1 Piala Iringan
- 4 Medal
- 4 Hadiah Iringan

b) Naib Johan - 1 Piala Iringan


- 4 Medal
- 4 Hadiah Iringan

c) Ketiga Bersama - 1 Piala Iringan x 2


- 4 Medal x 2
- 4 Hadiah Iringan x 2

d) Pemain Paling Senior - 1 Cenderamata

19.4 Pasukan Veteran Wanita:

a) Johan - 1 Piala Pusingan


- 1 Piala Iringan
- 4 Medal
- 4 Hadiah Iringan

b) Naib Johan - 1 Piala Iringan


- 4 Medal
- 4 Hadiah Iringan

8
c) Ketiga Bersama - 1 Piala Iringan x 2
- 4 Medal x 2
- 4 Hadiah Iringan x 2

d) Pemain Paling Senior - 1 Cenderamata

20- HAK JAWATANKUASA PENGANJUR:

Jawatankuasa Penganjur adalah berhak untuk meminda/menambah


peraturan-peraturan yang difikirkan perlu. Sebarang keputusan adalah
muktamad.

21- PERINTAH AM:

Sepanjang kejohanan diadakan, pegawai dan para peserta adalah tertakluk


kepada Perintah Am Kerajaan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.
Urusetia MAKSAK Malaysia atau Urusetia Kejohanan akan memanjangkan
laporan kepada Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan, sekiranya
terdapat pegawai atau peserta yang melanggar peraturan-peraturan tatatertib
serta peraturan-peraturan pertandingan yang berkenaan.

URUSETIA MAKSAK MALAYSIA


JABATAN PERDANA MENTERI

You might also like