Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 29

HMEF5033

BAHAGIAN A
REFORMASI PENDIDIKAN TINGGI DI HONG KONG : ANALISIS SATU
PERBANDINGAN

1.0 PENDAHULUAN

Kajian yang telah dijalankan oleh Michael Lanford bertajuk Perceptions Of Higher
Education Reform In Hong Kong : A Glocalisation Perspective daripada Pusat
Pengajian Tinggi Pullias, University of Southern California dan telah disiarkan di
dalam International Journal of Comparative Education and Development Bilangan 3,
Isu yang ketiga. Berdasarkan kajian tersebut Hong Kong adalah sebuah negara yang
terletak di Asia dengan populasi lebih daripada tujuh juta penduduk, Hong Kong
adalah sebuah negara yang dikenali sebagai bandaraya antarabangsa, mempunyai
sistem politik yang unik, sejarah budaya dan sistem kewangan yang kukuh dan
mampu memjadi hub pendidikan di kalangan negara-negara Asia Tenggara.
Penyerahan kembali Hong Kong kepada China oleh British pada tahun 1997
menyaksikan University Grants Committee (UGC) sebuah badan yang sangat
berpengaruh dalam sistem pendidikan tinggi yang mana ahli-ahlinya dilantik oleh
Ketua Eksekutif Hong Kong telah merangka untuk mentransformasikan sistem
pendidikan tinggi di Hong Kong. terdapat lapan institut pendidikan tinggi daripada
keseluruhan 17 buah institut pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf di Hong Kong
dananya adalah daripada UGC. Pada tahun 2012, lapan buah institut pengajian tinggi
tersebut telah mengalami proses transformasi dan majoriti program akademiknya
telah berubah jangka masa pengajiannya daripada tiga tahun kepada empat tahun bagi
menampung keperluan dalam sistem pendidikan baharu yang cuba untuk keluar dari
bayangan sistem pendidikan yang lama.
Kajian ini adalah bertujuan untuk membincangkan kenapa stakeholder pendidikan
di Hong Kong merasakan perlunya perubahan dan bagaimana perubahan tersebut
perlu diimplimentasikan. Reka bentuk kajian adalah qualitatif dan temubual bersama
23 orang pentadbir dan professor yang pernah membentangkan, memberi ucapan dan
yang aktif dalam menentukan konsep program-program prasiswazah di Hong Kong.
Individu-individu ini merupakan individu yang penting dalam sistem pendidikan
tinggi di Hong Kong. Terdapat empat keputusan yang diharapkan dalam kajian ini.
Pertama, pemimpin ahli akademik bersetuju bahawa perubahan dalam budaya

1
HMEF5033

peperiksaan, mengubah proses kemasukan dan membina budaya pembelajaran


sepanjang hayat akan meransang inovasi dan kreativiti. Kedua, Perubahan jangka
masa melengkapkan program ijazah sarjana muda kepada empat tahun akan
menjadikan sistem pendidikan di Hong Kong selari dengan China dan Amerika
Syarikat berbanding dengan eropah sebelum ini. Ketiga, perubahan kepada empat
tahun program ijazanah sarjana muda akan menyediakan tempat untuk lebih kurang
25% lepasan sekolah menengah berbanding 18% sebelum ini dan yang keempat
peralihan ini mampu menjadikan Hong Kong sebagai hab pendidikan.
Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan terdapat empat dapatan atau hasil kajian
yang diperolehi oleh penyelidik iaitu:
i. Tekanan antara penandarasan antarabangsa dan sistem penilaian dalaman.
ii. Keliru dengan paradigma pendidikan yang berbeza.
iii. Penceramah dan kepimpianan yang kurang efisien.
iv. Kontroversi mengenai hasil pentaksiran:satu sistem kawalan atau alat yang
sesuai.
Berdasarkan empat dapatan yang diperolehi oleh penulis, tugasan ini akan
membincangkan dengan lebih lanjut dapatan tersebut dan seterusnya membandingkan
dengan negara-negara lain yang mungkin mempunyai situasi yang sama dengan Hong
Kong.

2
HMEF5033

2.0 TEKANAN ANTARA PENANDARASAN ANTARABANGSA DAN


SISTEM PENILAIAN DALAMAN

Berdasarkan hasil dapatan kajian yang dijalankan, penyelidik meletakkan tekanan


antara penandaarasan antarabangsa dan sistem penilaian sebagai satu faktor kesan
daripada perubahan sistem pendidikan tinggi di Hong Kong. Mana-mana negara perlu
mempunyai penandaarasan dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan mereka
dan tidak terkecuali Hong Kong. Sistem penarafan antarabangsa yang digunakan
sebagai kayu ukur dalam perubahan sistem pendidikan tinggi di Hong Kong telah
menyebabkan ramai ahli akademik yang tersepit samada untuk memenuhi sistem
penarafan antarabangsa ataupun untuk menuju ke arah pendidikan yang berkualiti.
Menurut Rauhvargers (2011), ada kemungkinan yang besar untuk pengajian tinggi
dalam meningkatkan ranking, mereka hanya akan memfokuskan peningkatan
pencapaian yang hanya diukur dalam penilaian tersebut dan bukannya keseluruhan
kualiti. Inilah yang berlaku di Hong Kong di mana semua ahli akademik tertekan
kerana dipaksa untuk menghasilkan penulisan atau kajian bertaraf antarabangsa dalam
mengejar penarafan antarabangsa tersebut. Kebanyakkan ahli akademik di Hong
Kong mempersoalankan kebolehpercayaan sistem ranking tersebut kerana khuatir
kesan ke atas kualiti kursus-kursus yang ditawarkan di universiti mereka. Sistem
penarafan antarabangsa universiti mungkin akan dieksploitasi oleh sesetengah
universiti kerana tidak memberi gambaran sebenar universiti tersebut (Rauharvergers,
2013). Dalam mengejar sistem penarafan antarabangsa, universiti-universiti akan
cuba untuk memenuhi kriteria penilaian universiti sahaja tanpa mengambil kira kualiti
yang akan dihasilkan. Terdapat dua penilaian ranking universiti yang berpengaruh di
dunia iaitu QS World University Ranking dan Times Higher Education World
Ranking. Data daripada kedua-dua laporan ini sentiasa digunakan oleh kerajaan dan
universiti di seluruh dunia, tidak lupa juga ianya menjadi panduan pelajar di seluruh
dunia untuk memilih universiti untuk mereka melanjutkan pelajaran. Di Malaysia juga
mempunyai masalah yang sama di mana ahli akademik di universiti di Malaysia juga
telah diminta untuk menerbitkan hasil kajian dan hasilnya mereka akan diberikan
kenaikan pangkat. Menurut Profesor Madya Rosli Mahat, tekanan universiti di
Malaysia untuk mendapat tempat dalam senarai ranking dunia telah menyebabkan
ahli akademik kini hilang fokus mengajar dan tertekan untuk menerbitkan kertas
penyelidikan bagi memenuhi kuota penerbitan. Hasilnya, ada di antara mereka yang

3
HMEF5033

telah menerbitkan jurnal yang tidak berkualiti tanpa pemeriksaan editorial yang ketat
untuk memastikan kualiti jurnal tersebut.

3.0 KELIRU DENGAN PARADIGMA PENDIDIKAN YANG BERBEZA

Dapatan kedua pula adalah kekeliruan dengan paradigma pendidikan yang berbeza di
Hong Kong. Perubahan dalam sistem pendidikan tinggi di Hong Kong memberikan
persepsi yang pelbagai di kalangan ahli akademik. Terdapat kebimbangan di kalangan
ahli akademik di Hong Kong bahawa perubahan sistem pendidikan tinggi di Hong
Kong adalah proses untuk mengubah pengaruh tinggalan sistem pendidikan Britain
kepada pengaruh yang lebih condong kepada Amerika Syarikat terutama kurikulum
pengajian ijazah yang lebih mencerminkan dan serta menekankan kepada budaya
Amerika Syarikat dalam pelaksanaan kerja kursus dan kemenjadian diri seseorang
pelajar. Begitu juga dengan jangka masa program pengajian yang biasanya empat
tahun. Kekeliruan yang dialami ahli akademik ini juga boleh di lihat di Malaysia di
mana apabila banyak perubahan sistem dalam universiti dalam universiti mereka
menyebabkan mereka mual dan lebih suka untuk berbakti di universiti yang lebih
menghargai kebebasan dan tidak merasa diri terkongkong. Situasi yang sama juga
berlaku di Turki, perubahan yang berlaku di fakulti pendidikan di Turki yang
mengubah fokus daripada menyediakan bakal guru dengan model profesional
pendidikan dan lebih fokus kepada penyelidikan (Sedat, 2008). Akhirnya institusi ini
telah beralih hanya untuk membuat kajian berbanding daripada yang sepatutnya iaitu
untuk melahirkan guru yang berkualiti.

4.0 PENCERAMAH DAN KEPIMPIANAN DARI LUAR YANG KURANG


PENGETAHUAN TENTANG HONG KONG

Hasil dapatan yang ketiga oleh penyelidik adalah penceramah dan kepimpinan luar
yang dijemput ke Hong Kong untuk memberikan pendapat dalam perubahan sistem
pendidikan tingi di Hong Kong kebanyakannya tidak diterima dengan baik oleh ahli
akademik di Hong Kong. Ini adalah kerana kebanyakkan mereka hanya memberikan
pendapat yang lebih condong kepada USA, Australia dan Eropah. Apabila kita
hendak bercakap sesuatu perkara, kita perlu sesuai dengan khalayak yang akan kita
berikan pandangan. Dari aspek budaya, agama, politik dan sebagainya masyarakat

4
HMEF5033

tempatan perlu kita ambil kira. Setiap negara mempunyai kepelbagaian yang
mungkin berbeza di antara satu sama lain. Pemilihan pensyarah adalah sesuatu yang
penting kerana perubahan dasar di negara kita sepatutnya menjadi tanggungjawab
warga negara kita sendiri. Bukanlah tidak boleh menjemput pensyarah asing untuk
memberikan pandangan tetapi pastikan mereka yang hadir perlu lebih memahami
keperluan masyarakat tempatan walaupun pensyarah tersebut mempunyai ilmu
pengetahuan yang tinggi. Seorang profesor yang bertindak sebagai responden dalam
kajian ini memaklumkan bahawa terdapat pensyarah yang berpandangan inilah yang
harus dilakukan di Hong Kong tetapi pendapat tersebut adalah tidak sesuai dengan
konteks di Hong Kong. Pendapat daripada pihak luar yang tidak sesuai dngan konteks
di Hong Kong telah menyebabkan kehadiran peserta dalam seminar ataupun
persidangan adalah rendah. Satu lagi pendapat adalah, ahli akademik tempatan di
Hong Kong tidak bersetuju dengan reformasi pendidikan ini kerana mereka tidak
diberikan peluang untuk memberikan pendapat mereka atau terlibat dalam proses
membuat keputusan dalam mentransformasi pendidikan mereka sendiri. Di Malaysia,
menurut Datuk Prof Dr Hashin Yaacob universiti-universiti tempatan perlu
mengimport pensyarah-pensyarah dari luar negara untuk dibawa masuk ke universiti-
universiti tempatan untuk menyesuaikan dengan nisbah antara pensyarah tempatan
dan pensyarah asing berdasarkan kriteria penilaian ranking universiti dunia.
Kemasukan pensyarah-pensyarah asing yang mungkin kurang peka dengan budaya
atau situasi di Malaysia boleh menyebabkan kesan kepada pengajaran mereka
walaupun mereka memiliki kelulusan akademik yang tinggi dan itulah yang mungkin
berlaku di Hong Kong juga. Tetapi, untuk menyatakan ketidakperluan pensyarah
asing juga adalah tidak semestinya benar kerana semua universiti di seluruh dunia
mempunyai staf akademik yang asalnya dari negara yang lain dan mampu
meningkatkan kualiti pendidikan mereka.

5.0 KONTROVERSI MENGENAI HASIL PENTAKSIRAN : SATU


SISTEM KAWALAN ATAU ALAT KEPERLUAN

Pentaksiran adalah satu elemen yang penting dalam sesuatu pengajaran. Hasil dapatan
yang keempat adalah mengenai hasil pentaksiran. Selepas reformasi pendidikan tinggi
di Hong Kong, ahli akademik berasakan bahawa pentaksiran yang dilakukan oleh
mereka hanya bertindak sebagai alat kawalan kepada mereka sahaja dan bukannya

5
HMEF5033

untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Sesuatu yang menjadi pertikaian adalah


sistem peperiksaan. Menurut ahli akademik di Hong Kong, tidak semua pentaksiran
hanya boleh diukur dengan hanya menggunakan kertas peperiksaan sahaja. Asas
falsafah pendidikan di Hong Kong adalah pembentukan individu secara holistik, jadi
dengan hanya bergantung kepada satu sahaja bentuk pentaksiran akan menjejaskan
hasil ataupun outcome yang akan diperolehi. Pelajar mesti jelas dengan objektif
kursus yang diikuti mereka. Apa yang menjadi beban kepada ahli akademik dengan
pengenalan sistem peperiksaan ini adalah, bertambahnya beban kerja kepada mereka.
Mereka terpaksa menghasilkan kertas peperiksaan disamping membuat penyelidikan
pada masa yang sama dan inilah yang tidak dipersetujui oleh ahli akademik ini.
Kebanyakan ahli akademik merasakan perlunya satu kaedah pentaksiran yang
fleksibel untuk semua pensyarah dalam memastikan pembelajaran mereka dapat
dilaksanakan seperti yang sepatutnya. Kebanyakkan universiti-universiti di dunia
mempunyai kaedah pentaksiran yang berbeza mengikut kursis yang diambil dan ada
kalanya pentaksiran yang dilaksanakan hanyalah mengggunakan kerja kursus dan
projek sahaja bergantung kepada kursus yang diambil.

6
HMEF5033

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, reformasi yang berlaku di Hong Kong mendapat bantahan secara


meluas oleh kebanyakan ahli akademik dan ini akan menyebabkan mereka kurang
minat untuk mengajar di bawah sistem baharu mereka dan menyebabkan mereka
berasa terbeban dan boleh menjejaskan prestasi kerja mereka. Satu perbincangan
antara kerajaan, UCG dan semua ahli akademik yang terlibat bagi memastikan
reformasi pendidikan ini mendapat sokongan ahli akademik dan sesuai dengan
kehendak masyarakat tempatan bagi memastikan kualiti pendidikan dan memenuhi
hasrat kerajaan Hong Kong yang mahukan Hong Kong menjadi hub pendidikan di
rantau ini. Perlu diingatkan bahawa Hong Kong sebelum ini diperintah oleh Britain
dan mereka terpaksa mengikut sahaja acuan yang telah disediakan oleh Britai.
Namun, selepas tahun 1997 barulah Hong Kong dapat merencanakan sendiri sistem
pendidikan tinggi mereka. Reformasi pendidikan tinggi yang berlaku di Hong Kong
sebenarnya lebih kepada proses untuk menghapuskan tinggalan Britain yang ada di
Hong Kong tetapi kebanyakan ahli akademik yang ada di Hong Kong telah biasa
dengan sistem lama yang telah menjadi darah daging mereka selama ini. Jadi, untuk
menerima perubahan yang berlaku mungkin mengambil sedikit masa dan penerimaan
daripada masyarakat setempat.

7
HMEF5033

RUJUKAN

Rauhvargers, A. (2011), EUA Report- Global university rankings and their impact,
European University Assosiation : Belgium

Rauhvargers, A. (2013), EUA Report - Global university rankings and their impact -
II, European University Assosiation : Belgium

Sedat Yuksel (2008), The Tension in Turkish Education : Conflict And Controvercy
During The Transormation From An Academic Approach To A Professional
Approach. Uludag University : Turkey

8
HMEF5033

BAHAGIAN B
PERBANDINGAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN
DI NEGARA MALAYSIA DAN SINGAPURA : IMPAKNYA DALAM
MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN

1.0 PENDAHULUAN

Pembangunan Profesionalisme Berterusan Guru adalah satu cara ataupun usaha


bersepadu untuk memastikan guru melengkapkan diri atau dilengkapkan dengan
pengetahuan profesional, kemahiran profesional dan nilai serta amalan profesional
keguruan melalui program latihan dalam perkhidmatan (LDP) yang terancang
berteraskan pembangunan kompetensi, pembelajaran berterusan dan laluan kerjaya.
Setiap negara di dunia mempunyai kaedah mereka yang tersendiri dalam
melengkapkan guru-guru di negara mereka dengan ilmu keguruan atau kemahiran
yang diperlukan dalam memastikan guru-guru di negara mereka dibekalkan dengan
ilmu yang mencukupi sewaktu di dalam kelas. Guru yang berkualiti adalah penentu
kepada keberhasilan murid (BPG, 2014) dan sudah pasti untuk menghasilkan guru-
guru yang berkualiti, mereka harus didedahkan dengan pelbagai alat bagi menghadapi
murid-murid generasi y yang sentiasa bergerak ke hadapan berbanding murid-murid
zaman dahulu.Fokus tugasan ini adalah untuk membincangkan perbandingan dan
perbezaan pelaksanaan program-program Pembangunan Profesionalisme Berterusan
Guru di negara Malaysia dan jirannya iaitu Singapura dan kesannya dalam
memartabatkan profesion perguruan.Perbandingan pelaksanaan Pembangunan
Profesionalisme Berterusan Guru di dua buah negara ini dibuat kerana ianya terletak
berdekatan dan mempunyai kedudukan geografi yang hampir sama iaitu di asia
tenggara. Selain itu, penduduk di negara ini mempunyai penduduk yang berbilang
bangsa. Menjadikan perbandingan ini menarik adalah kerana kedudukan ranking
pendidikan di dua buah negara ini jauh berbeza dan inilah yang akan kita lihat adalah
apabila keberhasilan murid dijadikan sebagai kayu ukur, salah satunya adalah
keputusan murid-murid yang mengambil bahagian dalam Programme in International
School Assessment (PISA) juga akan diambil untuk membandingkan keberhasilan
murid di dua buah negara ini kerana guru yang berkualiti akan menghasilkan pelajar
yang berkualiti terutama melibatkan pentaksiran antarabangsa.

9
HMEF5033

2.0 LATAR BELAKANG MALAYSIA

Malaysia adalah sebuah negara yang terletak di asia tenggara. Mendapat kemerdakaan
daripada British pada 31 Ogos 1957 dan membentuk Malaysia pada 16 September
1963. Secara geografinya, malaysia terletak bersempadan darat dengan negara
Thailand, Indonesia, Brunei dan bersempadan laut dengan negara Singapura, Vietnam
dan Filipina. Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur manakala Putrajaya merupakan
pusat pentadbiran persekutuan. Malaysia terdiri daripada 14 buah negeri dan setiap
negeri diketuai oleh Sultan atau Yang Dipertua Negeri. Malaysia mengamalkan
sistem raja berpelembagaan. Ketua negara dikenali sebagai Yang Dipertuan Agong
Agong yang dipilih di antara sembilan negeri yang mempunyai sultan pada setiap
lima tahun. Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri. Menurut Unit Perancangan
Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri jumlah penduduk Malaysia setakat tahun 2016
adalah kira-kira 31.7 juta, yang terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina,
India dan lebih daripada 30 kumpulan etnik lain seperti Kadazan, Bajau, Iban dan
Bidayuh. Islam merupakan agama rasmi tetapi agama-agama lain bebas diamalkan.
Berikut adalah data mengikut pecahan kaum-kaum utama yang terdapat di Malaysia
dalam rajah 1.

7.0% 1.0%
23.4% CINA
BUMIPUTERA
68.6% INDIA
LAIN-LAIN

Rajah 1
Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia

10
HMEF5033

Sektor pendidikan Malaysia diselia oleh Kementerian Malaysia. Sistem pendidikan


Malaysia terdiri daripada pendidikan prasekolah bukan wajib iaitu untuk kanak-kanak
berusia 5 dan 6 tahun, diikuti enam tahun pendidikan rendah yang wajib untuk kanak-
kanak berusia 7 tahun hingga 12 tahun dan lima tahun pendidikan lagi di sekolah
menengah.

Sekolah rendah yang diuruskan oleh kerajaan dibahagikan kepada dua, iaitu sekolah
kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK). Sekolah kebangsaan
menggunakan bahasa Malaysia sebagai perantara, manakala sekolah jenis kebangsaan
menjadikan bahasa Mandarin atau Tamil untuk tujuan yang sama. Sebelum ke
sekolah menengah, murid-murid Tahun 6 wajib menduduki Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR). Pendidikan menengah di Malaysia di Sekolah Menengah
Kebangsaan selama lima tahun. Pada akhir Tingkatan Tiga, murid-murid mengambil
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan telah diganti dengan Pentaksiran
Tingkatan 3 (PT3) mulai tahun 2015. Pada tahun terakhir persekolahan menengah
iaitu tingkatan lima, para pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM). Sekolah menengah kebangsaan menjadikan bahasa Malaysia
sebagai perantara utama, tetapi wujudnya juga sekolah menengah swasta yang
berantara dalam bahasa Cina dan Inggeris. Sekolah antarabangsa juga didirikan di
Malaysia khas untuk anak-anak warga asing. Selepas SPM pelajar boleh memilih
untuk menyambung pembelajaran samada di universiti-universiti, Politeknik, Kolej-
kolej atau meneruskan lagi persekolahan menengah selama 18 bulan untuk Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

11
HMEF5033

3.0 LATAR BELAKANG SINGAPURA

Republik Singapura adalah sebuah negara yang maju dan terletak di asia tenggara
bersebelahan dengan Malaysia. Terletak di hujung sebelah selatan Semenanjung
Malaysia dan dipisahkan oleh selat Johor dan Singapura merupakan sebuah bandaraya
metropolitan yang memainkan peranan yang penting sebagai pusat kewangan dan
ekonomi terunggul di dunia sehinggakan pelabuhan Singapura adalah antara lima
pelabuhan tersibuk di dunia. Singapura merupakan sebuah negara republik
berparlimen dan perlembagaan Singapura adalah berdasarkan sistem Wesminster.
Pemerintahan Singapura adalah diperintah oleh Perdana Menteri yang mempunyai
kuasa memerintah dan merupakan ketua kepada parti politik yang mempunyai
majoriti undi di parlimen. Berdasarkan data daripada Jabatan Statistik Singapura,
setakat Jun 2016 jumlah penduduk di Singapura adalah berjumlah 5.61 juta. Rakyat
Singapura juga terdiri daripada pelbagai kaum dan rajah 2 berikut adalah pecahan
kaum yang terdapat di Singapura.

7.4% 1.5%
15.1%
CINA
MELAYU
76.1% INDIA
LAIN-LAIN

Rajah 2
Sumber : Jabatan Statistik Singapura

Sistem persekolahan Singapura terdiri daripada enam tahun sekolah rendah, lima
tahun sekolah menengah, dan peringkat pengajian tinggi, tetapi tidak mengamalkan

12
HMEF5033

sistem persekolahan vernakular dan Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan


semua sekolah di Singapura.

Seperti di Malaysia murid-murid ke sekolah rendah selama enam tahun mulai usia
tujuh tahun sehingga berakhir dengan peperiksaan Primary School Leaving
Examination (PSLE) sama seperti UPSR di Malaysia. mengajar empat mata pelajaran
teras, iaitu Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Ibunda (Mandarin, Melayu
dan Tamil). Semua mata pelajaran diajar dan diperiksa dalam bahasa Inggeris kecuali
Bahasa Ibunda yang diajar dan diuji dalam bahasa masing-masing. Biarpun "Bahasa
Ibunda" secara umumnya memaksudkan bahasa pertama, namun dalam sistem
pendidikan Singapura, istilah tersebut memaksudkan bahasa kedua atau tambahan
kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa pertamanya. Sekolah rendah awam tidak
mengenakan yuran persekolahan, tetapi mungkin ada yuran tambahan nominal untuk
kemudahan sekolah.

Selepas sekolah rendah, pelajar biasanya menghadiri sekolah menengah selama


empat hingga lima tahun. Terdapat pelbagai subjek yang ditawarkan di sekolah
menengah, termasuk bahasa Inggeris, bahasa ibunda, geografi, sejarah,
matematik asas, matematik tambahan, kimia, fizik, biologi, bahasa Perancis dan
bahasa Jepun. Seseorang pelajar lazimnya mengambil tujuh atau lapan mata
pelajaran, tetapi tidak kurang juga yang mengambil lebih daripada lapan. Pada
akhir sekolah menengah, para pelajar mengambil peperiksaan Singapore-
Cambridge GCE 'O' Level, yang mana keputusannya menentukan jenis laluan
pendidikan pasca menengah yang boleh dikejar oleh mereka. Yuran sekolah di
kebanyakan sekolah menengah awam adalah nominal, iaitu sekitar S$5 selepas
subsidi. Namun, terdapat beberapa sekolah menengah swasta yang mengenakan
yuran beratus dolar sebulan.
Tidak semua pelajar menghadiri sekolah menengah ada juga yang menghadiri
institusi pendidikan vokasional seperti Institut Pendidikan Teknikal (ITE) di mana
mereka mengejar sijil vokasional. Ada juga yang menghadiri Sekolah Sukan
Singapura atau sekolah yang ada Integrated Programme, di mana mereka dapat
memintas peperiksaan Singapore-Cambridge GCE 'O' Level sepenuhnya. Selepas
peperiksaan O Level yang diambil sekitar usia 16 tahun, para pelajar biasanya
berdaftar dalam Kolej Rendah, Institut Berpusat atau Politeknik.

13
HMEF5033

4.0 ANALISIS PERBANDINGAN


4.1 KUSTODIAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN
GURU

Perbandingan pertama adalah dari aspek kustodian untuk pembangunan


profesionalisme berterusan di Malaysia dan Singapura. Pembangunan profesionalisme
berterusan (PPB) guru di Malaysia merupakan satu agenda utama dalam
memartabatkan profesion perguruan. Di Malaysia Pembangunan profesionalisme
berterusan guru adalah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan
diterajui oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Objektif utama BPG adalah sebagai
peneraju utama dalam pendidikan guru bertanggungjawab merealisasikan hasrat
negara dalam melahirkan insan guru yang berkualiti. BPG bertindak sebagai sebuah
badan professional keguruan yang bertanggungjawab sepenuh terhadap peningkatan
kualiti guru dan memastikan pemantapan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Antara
fungsi BPG adalah seperti berikut :

1. Merancang hala tuju latihan pembangunan profesionalisme keguruan


menggubal dan menilai pelaksanaan dasar latihan guru.
2. Memberi khidmat kepakaran, merancang, membangun, menilai dan
menentukan pematuhan standard latihan keguruan.
3. Memberi khidmat kepakaran, merancang, melaksana, menyelaras dan menilai
program bina upaya keguruan.
4. Memberi khidmat kepakaran, merancang, mengurus dan menilai pelaksanaan
program kompetensi pembelajaran dan pengajaran.
5. Memberi khidmat kepakaran, merancang, melaksana serta menilai program
peningkatan keilmuan dan akademik.
6. Memberi khidmat kepakaran, merancang, mengurus dan melaksana latihan
ICT serta menyelaras program dan kandungan pedagogi untuk pembelajaran
dan pengajaran berasaskan ICT.
7. Merancang, mengurus, menyelaras, melaksana dan memantau hal-hal
berkaitan pentadbiran perkhidmatan, perjawatan, kewangan dan pembangunan
BPG dan cawangannya.

Sumber : www.moe.gov.my

14
HMEF5033

Perancangan latihan yang diberikan kepada guru biasanya melalui Jabatan Pendidikan
Negeri yang akan bertindak sebagai penyampai kepada guru-guru di negeri mereka
dan melalui kursus-kursus on-site.
Manakala di Singapura, latihan pembangunan profesionalisme berterusan di
Singapura sama seperti di Malaysia dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan
Singapura tetapi melalui Akademi Guru Singapura yang ditubuhkan khusus untuk
memberi latihan pembangunan profesionalisme berterusan kepada guru-guru dalam
perkhidmatan di Singapura. Objektif Akademi Guru Singapura adalah untuk membina
budaya kepimpinan guru berpusatkan kecemerlangan profesional dalam
pembangunan holistik kanak-kanak. Manakala fungsi Akademi Guru Singapura
adalah seperti berikut :
1. Peneraju etos kepada profesion keguruan.
2. Menggalakkan budaya kepimpinan guru melalui kolaborasi profesionalisme.
3. Membina budaya pembelajaran berterusan dan penambahbaikan.
4. Memperkasakan kebolehan untuk pembangunan profesionalisme.

Sumber : www.moe.gov.sg

Akademi Guru Singapura adalah berperanan untuk menyediakan pembangunan


profesional dan latihan untuk guru dalam perkhidmatan, pemimpin sekolah
menengah, pendidik dan kakitangan pentadbiran di dalam sektor pendidikan.
Akademi Guru Singapura juga berttindak untuk membina budaya kecemerlangan
pembangunan profesionalisme keguruan terutama dari aspek pedagogi melalui
perkongsian guru-guru di Singapura. Selain itu terdapat juga Institut Pendidikan
Kebangsaan Singapura yang ditubukan dengan kerjasama Universiti Teknologi
Nanyang khusus untuk melatih bakal-bakal guru di Singapura selain menganjurkan
program Diploma Lanjutan, program sarjana dan doktor falsafah khusus untuk guru-
guru dalam perkhidmatan di Singapura yang mahu meningkatkan tahap akademik
mereka.
Berdasarkan ini kedua-dua negara mempunyai organisasi yang khusus untuk
menguruskan pembangunan profesionalisme berterusan guru-guru di negara masing-
masing. Walaupun pembangunan profesionalisme berterusan di Malaysia
dikawalselia oleh BPG tetapi terdapat juga bahagian-bahagian lain di Kementerian
Pendidikan Malaysia yang terlibat secara langsung denagn pembangunan

15
HMEF5033

profesionalisme guru seperti Kurikulum oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum,


Pengurusan guru oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Institut Aminuddin
Baki (IAB) yang mempunyai cawangan di hampir setiap negeri di Malaysia khusus
untuk memberi latihan pembangunan profesionalisme berterusan kepada pemimpin
sekolah. Kadang-kadang, akan berlaku pertindihan program pembangunan
profesionalisme berterusan yang cuba diberikan kepada guru-guru. Ini berbeza
dengan di Singapura di mana hanya Akademi Guru Singapura sahaja yang akan
menyelaras latihan atau program pembangunan profesionalisme berterusan kepada
guru-guru dalam perkhidmatan di Singapura. Jadual 1 di bawah menunjukkan
perbandingan kustodian pembangunan profesionalisme berterusan di malaysia dan
Singapura

Perkara Malaysia Singapura


Perancangan Kementerian Pendidikan Kementerian Pendidikan
Pembangunan Malaysia Singapura
Profesionalisme
Berterusan
Kustodian Bahagian Pembangunan Guru Akademi Guru Singapura
(AST)
Pusat / Bahagian English Learning Training Bahagian Pembangunan
Center (ELTC) Profesional
Pusat Latihan Guru dalam Bahagian Pembangunan
Perkhidmatan Korporat
Pusat Bahasa Tamil Umar
Pulavar
Bahgian kajian dan Standard
Pusat Warisan
Pusat Bahasa Melayu
Singapura

Jadual 1

16
HMEF5033

4.2 PELAKSANAAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL BERTERUSAN


GURU

Pembangunan profesionalisme berterusan (PPB) perlu bagi melengkapkan guru-guru


dengan amalan profesionalisme berterusan yang akan digunakan oleh guru-guru
dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terutama dari aspek
kandungan, pedagogi dan nilai dalam diri seseorang guru. Guru yang berkualiti adalah
penentu kepada keberhasilan murid (BPG, 2014). Dalam melangkah arus transformasi
pendidikan dunia, banyak kemahiran-kemahiran yang mungkin tidak dibekalkan
kepada guru-guru dalam melaksanakan pengajaran di dalam kelas pada masa dahulu
yang mungkin relevan pada masa kini, contohnya kemahiran guru dalam
pembelajaran abad ke-21. Perubahan dari aspek pendekatan dan cara berfikir pelajar
memainkan peranan yang penting pada masa kini. Sehubungan itu, kedua-dua negara
aitu Malaysia dan Singapura telah mewajibkan guru-guru di negara tersebut untuk
melaksanakan aktiviti pembangunan profesionalisme berterusan di kedua-dua negara.
Ini menunjukkan kepentingan guru-guru untuk memastikan ilmu mereka sentiasa
dipertingkatkan dari masa ke semasa supaya sejajar dengan perubahan pada masa
kini. Dalam surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia pekeliling perkhidmatan
bilangan 4 tahun 2016, semua guru perlu melengkapkan diri dengan sikap, kemahiran
dan pengetahuan yang bersesuaian melalui program sumber manusia yang terancang
berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan (BPG, 2014).
Sehubungan itu, semua guru di Malayia diwajibkan mengikuti latihan sekurang-
kurangnya 7 hari setahun. Ini menunjukkan bahawa keperluan untuk menjalani latihan
pembangunan profesionalisme berterusan yang oleh guru melalui pelbagai kaedah dan
cara dan mereka perlu merekodkan jumlah kehadiran mereka dalam mana-mana
latihan pembangunan profesionalisme berterusan yang disertai. Di Singapura pula,
pada tahun 1999 Kementerian Pendidikan Singapura telah menetapkan semua guru
dikehendaki menjalani latihan pembangunan profesionalisme berterusan 100 jam
setahun. Tujuan arahan ini kepada guru-guru dalam perkhidmatan adalah supaya guru
dapat membugarkan kemahiran dan pengetahuan mereka selari dengan perkembangan
terkini dalam pendidikan. Perkara ini dinyatakan oleh Dr. Alline Wong, Menteri
Kanan Pedidikan Singapura pada 17 Mac 1999 dalam ucapan beliau dalam
Jawatankuasa Latihan Guru Singapura (Kementerian Pendidikan Singapura, 1999). Di
Malaysia, sehari latihan bersamaan dengan 6 jam jadi, sekiranya 7 hari setahun

17
HMEF5033

latihan yang wajib diikuti oleh guru di Malaysia hanya 42 jam setahun. Dengan kata
lain, kedua-dua negara Malaysia dan Singapura mewajibkan guru-gurunya
melaksanakan pembangunan profesionalisme berterusan tetapi tempoh pentapan yang
ditetapkan adalah berbeza. Menurut kajian oleh Tan Aik-Ling, Chang Chew-Hung
dan Teng Paul dari Institut Pendidikan Kebangsaan Singapura dalam kajian bertajuk
Tensions and dilemmas in teacher professional development menunjukkan dilema
utama yang dihadapi oleh guru di Singapura dalam melaksanakan pembangunan
profesional mereka ialah dilema rasa tanggungjawab apabila mereka menghadiri
aktiviti pembangunan profesionalisme mereka ini akan memgganggu pembelajaran
pelajar mereka sewaktu ketiadaan mereka. Dari aspek positifnya, sekiranya masa
yang diwajibkan kepada guru untuk mengikuti pembangunan profesionalisme
berterusan sudah pasti guru-guru tersebut akan mengikuti lebih banyak lagi kursus
atau latihan pembangunan profesionalisme yang mereka inginkan. Natijahnya, guru di
singapura akan memiliki ilmu keguruan yang lebih berbanding rakan guru mereka di
Malaysia. Dari aspek pelaksanaannya pula menunjukkan ada kelompangan dalam
pelaksanaan pembangunan profesionalisme berterusan di Malaysia. Sebagaimana
yang kita sedia maklum, di Malaysia terdapat 14 buah negeri dan 16 buah Jabatan
Pendidikan Negeri. Dengan faktor geografi yang agak besar berbanding Singapura
pelaksanaan pembangunan profesionalisme berterusan kepada guru-guru mempunyai
beberapa peringkat dari pihak atasan kepada guru-guru di sekolah tidak seperti di
Singapura yang mana guru-gurunya menerima makluman atau bengkel terus daripada
pihak yang berkenaan. Salah satu kelebihan penting yang yang ada pada Singapura
dalam membangunkan profesionalisme guru mereka adalah skala negara yang kecil di
mana Singapura adalah seperti sebuah bandaraya atau sebuah negeri yang kecil
dengan lebih kurang 522,00 murid dan 360 buah sekolah menyebabkan penyampaian
kepada sekolah lebih berkesan (OECD, 2010). Pengurangan lapisan penyampaian
akan mengelakkan kecairan maklumat dalam penyampaian maklumat yang ingin
disampaikan.
Berdasarkan perbandingan kedua-dua negara menunjukkan Perbandingan
penyampaian pembangunan profesionalisme berterusan melalui bengkel atau kursus
bolehlah dilihat seperti di rajah 3:

18
HMEF5033

MALAYSIA SINGAPURA

Bahagian Pendidikan Guru Akademi Guru Singapura


National Institute of Education (NIE)

Jurulatih Utama Negeri Guru


(JUN)

Jurulatih Utama Daerah


(JUD)

Ketua Panitia

Guru

Rajah 3 : Perbandingan Kaedah Pelaksanaan Pembangunan Profesionalisme


Berterusan

19
HMEF5033

4.3 HASRAT DAN KEHENDAK PELAKSANAAN PEMBANGUNAN


PROFESIONALISME BERTERUSAN

Perbandingan yang ketiga adalah dari segi hasrat dan kehendak pembangunan
profesionalisme berterusan di kedua-dua negara. Perancangan pembangunan
profesionalisme berterusan dirancang dengan teliti agar mencapai hasrat yang
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan masing-masing. Dalam perancangan yang
telah dibentangkan oleh kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Singapura, kedua-dua
negara berhasrat untuk melahirkan guru dan pemimpin seperti di dalam jadual 2
berikut:
Bil Malaysia Singapura
1 Beraspirasi Pendidik Beretika
2 Kompeten Profesional yang Kompeten
3 Profisien Pelajar yang berkolaborasi
4 Strategis Pemimpin yang Boleh Mengubah
5 Berwawasan Pembina Jaringan Komuniti

Jadual 2
Sumber : Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan, KPM dan A Teacher
Education Model for 21st Century, NIE Singapura
Berdasarkan hasrat yang telah disediakan kedua-dua negara mempunyai hasrat yang
diinginkan melalui pembangunan profesionalisme berterusan oleh kedua-dua negara
dan yang menariknya, kedua-dua negara mempunyai lima hasrat dan jika dilihat satu
persatu hasil yang diinginkan oleh kedua-dua negara melalui pembangunan
profesionalisme berterusan adalah hampir sama. Singapura mengeluarkan dahulu
dokumen mereka pada tahun 2012, manakala Malaysia mengeluarkan pelannya pada
tahun 2014. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua negara mempunyai kemahuan dan
pandangan yang hampir sama dalam menjadikan pembangunan profesionalisme
berterusan ini sebagai platform dalam mengembangkan dan membangunkan
profesionalisme guru di negara mereka.

20
HMEF5033

Menurut buku pelan pembangunan profesionalisme berterusan yang diterbitkan oleh


Bahagian Pembangunan Guru (BPG) Kementerian Pendidikan Malaysia, terdapat
enam kepentingan pembangunan profesionalisme berterusan yang digariskan iaitu :
Meningkatkan keberhasilan murid bagi memenuhi keperluan pasaran tenaga
kerja abad ke-21.
Memperoleh pengalaman baharu melalui aplikasi pengetahuan dan kemahiran
yang terkini.
Meningkatkan prestasi dan produktiviti kerja yang memaksimumkan pulangan
pelaburan.
Membangunkan kompetensi, potensi, bakat dan kualiti diri setaraf guru di
negara berpencapaian tinggi dalam bidang pendidikan.
Meningkatkan kapasiti pembelajaran kendiri dan pembelajaran sepanjang
hayat supaya dapat memberikan sumbangan secara berterusan dan berkesan.
Memenuhi kepuasan kendiri melalui peningkatan imej profesional dan
kemajuan kerjaya.

Sumber : Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan, KPM

Secara tuntasnya, pelan yang dirancang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini
begitu lengkap bagi memastikan pembangunan profesionalisme berterusan guru dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Sehubungan itu proses pelaksanaan pembangunan
profesionalisme berterusan di Malaysia adalah seperti gambar rajah 4:

21
HMEF5033

Aspirasi Murid

Pengetahuan
Kemahiran Berfikir
Kemahiran Memimpin
Kemahiran Dwibahasa
Etika dan Kerohanian

Peningkatan Kompetensi Guru

Aktiviti Pembangunan Profesionalisme Berterusan

Inisiatif Kendiri Inisiatif KPM

Analisis Keperluan Latihan

Rajah 4
Kerangka Pelaksanaan Pembangunan Profesionalisme Berterusan di Malaysia

Di Singapura, program pembangunan profesionalisme berterusan juga seperti di


Malaysia mempunyai pelan jangka masa panjang dalam membangunkan
profesionalisme berterusan. Setiap pusat yang berada di bawah Akademi Guru
Singapura mempunyai pelan strategik dan pelan operasi mereka yang tersendiri.
Setiap tahun pusat-pusat ini akan mengeluarkan takwin aktiviti pembangunan
profesionalisme berterusan mereka sendiri supaya guru dapat merancang aktiviti
mereka sepanjang tahun tersebut. Di dalam pelan strategik pembangunan
profesionalisme berterusan di Singapura, terdapat empat asas domain yang akan
dibangunkan iaitu pembangunan kanak-kanak, kurikulum dan suasana pembelajaran,
keluarga dan penglibatan komuniti dan yang terakhir adalah pengurusan, pentadbiran
dan kepimpinan. Berdasarkan empat asas ini latihan kepada guru akan dirancang dan
guru bebas memilih aktiviti pembangunan profesionalisme berterusan mana yang

22
HMEF5033

akan mereka sertai dalam tahun tersebut di mana mereka akan dpat merancang masa
mereka bagi mengikuti mana-mana aktiviti pembangunan profesionalisme berterusan
mereka disamping memenuhi keperluan 100 jam berkursus setahun. Menurut laporan
TALIS 2013, sebanyak 71% guru-guru menghadiri bengkel ataupun kursus
pembangunan profesionalisme berterusan. Di Malaysia terdapat 91.3% guru sekolah
menengah menghadri aktiviti pembangunan profesionalisme berterusan setahun
berbanding 93.6% di Singapura (OECD, 2014). Ini menunjukkan guru-guru di kedua-
dua negara memberikan komitmen dalam aktiviti pembangunan profesionalisme
berterusan mereka dan seterusnya memartabatkan profesion perguruan sebagai suatu
profesion yang disegani oleh semua.

4.4 INISIATIF DALAM PENINGKATAN KUALITI GURU

Perbandingan keempat adalah inisiatif dalam peningkatan kualiti guru. Salah satu
komponen di dalam pembangunan profesionalisme berterusa guru adalah
meningkatkan tahap akademik guru-guru di sekolah. Selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu anjakan 4 untuk memartabatkan profesion
keguruan, banyak program yang telah dirancang di Malaysia khusus untuk
peningkatan guru di Malaysia. Secara dasarnya, kedua-dua negara mempunyai
persamaan dalam memberi peluang kepada guru-guru bukan ijazah untuk
meningkatkan lagi pembangunan profesionalisme mereka dengan memberi peluang
kepada guru-guru ini meningkatkan tahap akademik mereka. Di dalam Program
Pensiswazahan Guru di Malaysia yang telah dilaksanakan di bawah Rancangan
Malaysia Ke 10 bermula pada tahun 2011, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) ang
merupakan kustodian untuk pembangunan profesionalisme guru di Malaysia telah
diberi tanggungjawab untuk merancang dan mengurus program ini. Program ini
merupakan perluasan dasar pensiswazahan guru dalam Rancangan Pembangunan
Pendidikan 2001-2010. Matlamat Program Pensiswazahan Guru adalah untuk
meningkatkan tahap kelayakan pendidikan akademik Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) dan seterusnya meningkatkan kualiti
pengajaran dan pengurusan sekolah. Program yang bermula pada tahun 2011 di
Malaysia ini melibatkan lebih kurang 100,000 orang guru PPPLD terutama guru di
sekolah rendah. Kerajaan Malaysia memberi sokongan dengan menaja yuran
pengajian semua guru yang terpilih untuk mengikuti program ini. Selain itu, terdapat

23
HMEF5033

juga biassiswa untuk guru-guru menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana


dan Ijazah Doktor Falsafah melalui program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP).
Tidak jauh dengan program yang dilaksanakan di Malaysia, Singapura juga
mempunyai program mereka yang tersendiri untuk membantu guru-guru dalam
perkhidmatan untuk meningkatkan tahap akademik mereka. Dalam tahun 1990an, di
Singapura terdapat 22,000 guru dalam perkhidmatan pendidikan mereka. Guru yang
mengajar di sekolah-sekolah rendah merupakan guru yang tidak memiliki ijazah.
Kebanyakan guru-guru ini hanya memiliki diploma pendidikan daripada kolej
pendidikan guru untuk mengajar di sekolah rendah. Guru siswazah di Singapura
ditempatkan untuk mengajar sekolah menengah dan pra universiti. Dari tahun ke
tahun bilangan tenaga kerja pendidikan untuk mengajar di sekolah rendah semakin
hari semakin bertambah kira-kira 26,400 pada tahun 2005 dan seterusnya 32,800 pada
tahun 2013 (Lee C C, 2016). Kerjasama di antara Kementerian Pendidikan Singapura
bersama Institut Pendidikan Kebangsaan (NIE) telah memberi peluang kepada guru-
guru di sekolah rendah untuk meningkatkan lagi tahap akademik guru-guru sekolah
rendah di Singapura. Di bawah program ini, semua guru yang layak akan ditaja oleh
Kementerian Pendidikan Singapura untuk mengikuti pengajian peringkat ijazah
sarjana muda di NIE. Tindakan ini adalah sama seperti di Malaysia melalui Program
Pensiswazahan Guru. Natijahnya, pada hari ini daripada 14, 800 orang guru yang
mengajar di sekolah rendah di Singapura, 70 peratus guru tersebut memiliki ijazah
Sarjana Muda, 9 peratus memiliki Ijazah Sarjana dan 0.1 peratus memiliki Ijazah
Doktor Falsafah. Manakala di sekolah menengah pula, daripada 15,000 orang gurunya
84 peratus telah memiliki Ijazah Sarjana Muda, 14.7 peratus memiliki Ijazh Sarjana
dan 0.3 peratus memiliki ijazah Doktor Falsafah (Lee C C, 2016). Di Singapura, guru-
guru bukan sahaja di bantu untuk mendapat Ijazah Sarjana Muda tetapi guru-guru di
dalam perkhidmatan juga di bantu untuk mendapatkan ijazah sarjana dan Ijazah
Doktor Falsafah melalui biasiswa Kementerian Pendidikan dengan kerjasama NIE.
Dengan pelancaran Teacher Growth Model oleh Kementerian Pendidikan Singapura
pada tahun 2012 dengan harapan dapat mempromosikan supaya guru-guru di
Singapura dapat meningkatkan lagi tahap akademik mereka ke satu tahap yang lebih
baik lagi. Penglibatan NIE ini dalam menyediakan program-program pengajian
khusus untuk guru-guru yang ada dalam perkhidmatan pendidikan. Ini menunjukkan
bahawa kerajaaan di Singapura bersungguh-sunggu membantu guru-gurunya untuk
meningkatkan pembangunan profesionalisme berterusan guru dari aspek tahap

24
HMEF5033

akademik. Ada satu kelebihan lagi yang dimiliki oleh guru-guru di Singapura, semua
guru-guru yang telah mengajar lebih daripada 3 tahun akan diberi peluang untuk
memilih laluan mereka samada sebagai guru master, pakar dalam aspek kurikulum
dan pemimpin sekolah (OECD, 2010). Setiap satu laluan ini mempunyai kelebihan
masing-masing dari segi kenaikan gaji dan inilah yang menjadi satu inisiatif yang
menarik bagi guru-guru di Singapura dalam membangunkan profesionalisme mereka.
Selain itu, di Singapura hanya mereka yang benar-benar berkualiti akan dilantik
sebagai guru melalui proses pemilihan yang ketat sebelum diterima sebagai guru.
Kesimpulannya, kedua-dua negara Malaysia dan Singapura telah mengambil inisiatif
dalam aspek meningkatkan tahap akademik guru-guru di negara mereka terutama
guru-guru di sekolah rendah. Peningkatan tahap akademik guru-guru ini akan
menajadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas akan lebih
berkualiti. Gurur-guru ini akan dapat meningkatkan lagi kemahiran mereka terutama
dari aspek kandungan pengajaran mereka. Selain itu profesion perguruan akan dapat
dimartabatkan lagi dan mampu bersaing pada masa kini dalam menongkah arus dan
cabaran perubahan serta kehendak semasa. Selain itu, inisiatif yang diberikan kepada
mereka akan lebih memotivasikan lagi diri mereka bagi memberi semangat kepada
mereka untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan.

25
HMEF5033

5.0 PENUTUP

Berdasarkan perbandingan dalam melaksanakan pembangunan profesionalisme


berterusan di Malaysia dan Singapura terdapat persamaan dan perbezaan.
Perbandingan antara dua negara melaksanakan pembangunan profesionalisme
berterusan dibanding dari empat aspek iaitu yang pertama adalah kustodian
pembangunan profesionalisme berterusan guru dari segi organisasi yang mnguruskan
pembangunan profesionalisme berterusan di negara tersebut dan objektifnya dalam
menjadikan pembangunan profesionalisme berterusan ini sebagai satu budaya dan
seterusnya mampu meningkatkan dan memartabatkan lagi profesion keguruan.
Dengan adanya kustodian untuk pembangunan profesionalisme berterusan ini,
pelaksanaannya akan lebih teratur dan mencapai objektif yang telah ditetapkan iaitu
tidak lain dan tidak bukan untuk membantu guru-guru dalam meningkatkan lagi tahap
profesionalisme meraka. Melalui pengurusan yang mantap, pelaksanaan
pembangunan profesionalisme berterusan akan dapat dilaksanakan dengan jayanya
dan seterusnya akan melancarkan lagi proses yang akan diperolehi.
Aspek yang kedua adalah pelaksanaan pembangunan profesionalisme di kedua-dua
negara. Sebagaimana yang kita sedia maklum faktor geografi juga memainkan
peranan dalam penyampaian dan pelaksanaan pembangunan profesionalisme
berterusan di Malaysia dan Singapura. Keadaan di Malaysia yang agak besar
berbanding Singapura menyukarkan proses menyampaikan maklumat kepada guru-
guru di Malaysia sehingga melalui beberapa lapisan. Perkara ini berbeza dengan apa
yang berlaku di Singapura di mana semua gurunya mendapat maklumat terus daripada
pihak yang menyampaikan.
Aspek ketiga pula hasrat dan kehendak pembangunan profesionalisme berterusan
dilaksanakan di malaysia dan Singapura. Secara dasarnya, kedua-dua negara
mempunyai hasrat yang hampir sama dalam pelaksanaan pembangunan
profesionalisme berterusan guru. Namun, melalui pelan yang dibentangkan di
Malaysia pada tahun 2014 lebih holistik dan lebih khusus kepada pembangunan
profesionalisme berterusan seorang guru berbanding yang dibentangkan oleh
Singapura pada tahun 2012. Tetapi tidak mustahil Malaysia menjadikan pelan dari
Singapura yang telah dibentangkan lebih awal iaitu pada tahun 2012 sebagai model
untuk Kementerian Pendidikan Malaysia menghasilkan Pelan Pembangunan
Profesionalisme Berterusan di Malaysia memandangkan banyak kejayaaan yang telah

26
HMEF5033

diperolehi oleh Singapura sehingga dianggap sebagai salah satu sistem pendidikan
yang terbaik di dunia.
Aspek yang terakhir di bandingkan antara Malaysia dan Singapura adalah bagaimana
kedua-dua negara membantu guru-guru dalam perkhidmatan untuk meningkatkan
tahap kelulusan akademik mereka sehingga hampir semua guru terutama guru-guru di
sekolah rendah telah memiliki ijazah sarjana muda berbanding sebelum ini yang
kebanyakkan nya hanya memiliki diploma pendidikan. Apa yang membezakan
mereka hanyalah institusi yang dipertanggungjawab untuk melaksanakan program
pensiswazahan iaitu di Malaysia banyak universiti dilibatkan manakala di Singapura
hanya Institut Pendidikan Kebangsaan (NIE) sahaja yang dipertanggungjawabkan
supaya kualiti yang dikeluarkan adalah sama. Berdasarkan perbandingan yang telah di
buat menunjukkan bahawa pelaksanaan pembangunan profesionalisme berterusan di
Singapura sebenarnya telah bermula lebih awal sebelum Malaysia. Singapura telah
berada beberapa langkah di hadapan Malaysia berdasarkan perbandingan yang telah
dibuat. Hasilnya guru-guru di Singapura telah mempunyai mempunyai senjata yang
ampuh dalam menangani perubahan pendidikan yang bergerak ke arah pembelajaran
abad ke 21. Sekiranya keputusan Programme for International Student Assessment
2012 (PISA) dijadikan perbandingan, pelajar-pelajar di Singapura telah jauh berada di
hadapan pelajar-pelajar seusia dengannya di Malaysia. Berdasarkan keputusan PISA
2012, pelajar Malaysia berada pada kedudukan di bawah markah purata OECD pada
ketiga-tiga komponen Matematik, Sains dan Bacaan (OECD, 2016). Ini menunjukkan
keberhasilan pelajar-pelajar di Malaysia masih belum dapat dicapai sepenuhnya
kerana pelan pembangunan profesionalisme di Malaysia baru bermula pada tahun
2014 tidak seperti di Singapura yang telah bermula lebih awal lagi dan hasilnya sudah
dapat di lihat dalam memartabatkan kualiti guru di Singapura. Sebagai rumusan
perbandingan dan perbezaan dirumuskan seperti di jadual 3.

27
HMEF5033

ASPEK MALAYSIA SINGAPURA


Kustodian Bahagian Pembangunan Akademi Guru
Guru (BPG) Singapura
Institut Pendidikan
Kebangsaan
Pelaksanaan Wajib. Wajib.
7 hari setahun. 100 jam setahun.
Banyak lapisan. Satu lapisan.
Hasrat Beraspirasi Pendidik Beretika.
Kompeten Profesional yang
Profisien Kompeten.
Strategis Pelajar yang
Berwawasan berkolaborasi.
Pemimpin yang
Boleh Mengubah.
Pembina Jaringan
Komuniti.
Inisiatif Biasiswa Biasiswa
menyambung menyambung
Ijazah. Ijazah
Dengan Kerjasama Dengan Kerjasama
Institut Pendidikan Institut Pendidikan
Guru, Open Kebangsaan (NIE)
Universiti. Inisiatif tambahan
Inisiatif sambung sambung sarjana
Sarjana dan Phd dan Phd di NIE.
melalui Hadiah
Latihan
Persekutuan.
Jadual 3
Perbandingan Pelaksanaan Pembangunan Profesionalisme Berterusan di
Malaysia dan Singapura
TAMAT

28
HMEF5033

RUJUKAN

Bahagian Pendidikan Guru (2014). Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan


(Guru dan Pemimpin Sekolah). Kementerian Pendidikan Malaysia : Putrajaya

Aik-Ling Tan (2014). Tensions and dilemmas in teacher professional development.


Journal Social and Behavioral Science 174 (2015) 1583 1591. National Institute of
Educations : Singapura.

Lee Chin Chew (2015). Teacher Training And Continuing Professional Development
: The Singapore Model. Prosiding ICTTE FJKIP UNS 2015. National Institute of
Educations : Singapura.

OECD (2011). Singapore : Rapid Improvement Followed by Strong Improvement.


OECD Publishing.

OECD (2014) TALIS 2013 Results : An International Perspective On Teaching And


Learning. OECD Publishing.

OECD (2016) Economic Surveys : Malaysia. OECD Publishing.

NIE (2012). A Teacher Education Model for the 21st Century. National Institute of
Education : Singapura.

Singapore Department of Statistics (2016) Population Brieft 2016. Pejabat Perdana


Menteri Singapura : Singapura

Jabatan Perangkaan Malaysia (2016). Siaran Akhbar Penduduk Semasa Malaysia


2016. Pejabat Ketua Perangkawan Malaysia : Kuala Lumpur

29

You might also like