Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

TAJUK: KESAN KAEDAH STAD TERHADAP KETEKALAN PENGETAHUAN SEJARAH


DAN KEMAHIRAN SOSIAL MURID TINGKATAN DUA

MALAR A/P MUTHIAH (Phd)


IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
SUNGAI PETANI, KEDAH
drmmalar@gmail.com

ABSTRAK

Kertas kerja ini membincangkan kesan penggunaan kaedah STAD (Student Team
Achievement Division) dalam pembelajaran Sejarah murid Tingkatan Dua. Kertas
kerja ini berdasarkan satu kajian kuasi eksperimen. Dalam kajian ini pengkaji
mengkaji sama ada pengajaran dengan menggunakan kaedah STAD mampu
meningkatkan ketekalan pengetahuan sejarah murid kumpulan eksperimen secara
signifikan berbanding dengan murid kumpulan kawalan. Selain itu, pengkaji juga
mengenal pasti sama ada peningkatan kemahiran sosial murid kumpulan eksperimen
setelah diajar dengan menggunakan kaedah STAD. Sampel kajian ini terdiri daripada
74 orang murid tingkatan dua daripada dua buah sekolah di daerah Sungai Petani,
Kedah. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan eksperimen
dan kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen diajar dengan menggunakan kaedah
STAD manakala kumpulan kawalan diajar dengan menggunakan kaedah
konvensional. Kajian ini dijalankan selama lapan minggu. Instrumen kajian ialah
praujian, pascaujian dan soal selidik kemahiran sosial. Bagi tujuan analisis data,
pengkaji menggunakan program SPSS Versi 18.0. Ujian-t digunakan untuk
menganalisis data yang diperoleh daripada ujian pencapaian sejarah dan soal selidik
kemahiran sosial. Hasil dapatan kajian menunjukkan penggunaan kaedah STAD
berjaya meningkatkan pencapaian murid kumpulan eksperimen secara signifikan
dalam mata pelajaran Sejarah berbanding dengan kumpulan kawalan. Selain itu,
didapati kemahiran sosial murid kumpulan eksperimen juga meningkat secara
signifikan selepas menggunakan kaedah STAD. Kesimpulannya kaedah STAD
membantu dalam ketekalan pengetahuan sejarah, kemahiran sosial dalam kalangan
murid Tingkatan Dua di dua buah sekolah di Sungai Petani.

116

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

Pengenalan
Mata pelajaran sejarah dijadikan mata pelajaran teras yang wajib untuk semua
murid di peringkat sekolah menengah seperti yang tertera dalam Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) secara berterusan. Penyemakan semula kurikulum sejarah
adalah bersesuaian dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara (FPN) serta menyediakan
warganegara Malaysia untuk menghadapi cabaran pendidikan pada abad ke-21. Namun
begitu tidak boleh dinafikan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara hanya boleh dicapai
melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah dan 100%
bergantung kepada guru sejarah. Justeru guru sejarah memainkan peranan yang penting
dalam mempelbagaikan kaedah dan teknik agar pembelajaran lebih berpusatkan murid.
Penggunaan kaedah yang sesuai oleh guru secara langsung meningkatkan pemahaman
murid serta menarik minat murid.
Salah satu kaedah penting yang boleh meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan ialah kaedah STAD atau Student Team Achievement Division.
Kaedah STAD merupakan kaedah berpusatkan murid yang memberi peluang kepada murid
untuk menyelesaikan masalah, membandingkan fakta-fakta sejarah daripada buku rujukan
atau buku teks, kebolehan membuat generalisasi, kefahaman tentang isi-isi penting,
pengajaran yang berpusatkan isu, dilema dan konsep dalam kumpulan. Ini secara tidak
langsung meningkatkan kemahiran sosial dalam kalangan murid kerana diberi peluang
untuk mengkritik secara positif, berhujah, bebas mengeluarkan pendapat, meningkatkan
kebolehan berbincang menghubungkait fakta-fakta sejarah serta membuat tafsiran sendiri
yang dapat membina pengetahuan sejarah murid (Saridah Yusoff, 2010).
Elemen penting dalam kaedah STAD iaitu interaksi sosial murid berpeluang untuk
memperoleh kemahiran sosial. Sewaktu perbincangan murid yang malu berpeluang untuk
mengemukakan pendapat dan dapat mengikis perasaan malu masing-masing. Seterusnya
kaedah STAD mengalakkan setiap ahli kumpulan berkomunikasi antara satu sama lain
untuk menyatakan pendapat, idea ataupun untuk mendapatkan maklumat. Interaksi sosial
yang positif memotivasikan murid untuk belajar dengan lebih tekun dan tidak terasa
tertekan untuk belajar (Sharan, 1990 ; Slavin, 1987).

117

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

Penyataan Masalah
Kajian Ross (2003) menyarankan supaya murid diberikan peluang dan digalakkan
melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah melalui
aktiviti pembelajaran yang boleh memperkembangkan daya intelek seperti perdebatan,
perbincangan, kajian lapangan, aktiviti projek dan membuat interpretasi mengenai sesuatu
peristiwa sejarah yang telah dipelajari dan diberikan fakta-fakta yang menimbulkan rasa
kebosanan dan menganggap mata pelajaran Sejarah hanya untuk mengingati dan
menghafal fakta sejarah sahaja.

Kajian Malar (2010), menunjukkan 85% guru sejarah lebih suka menggunakan
kaedah berpusatkan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah. Selain itu,
100% guru sejarah hanya memberi tumpuan kepada topik-topik terpilih dalam pengajaran
sejarah dan mengabaikan topik-topik yang sudah keluar dalam peperiksaan. Manakala
kajian Abdul Manan Mohd Din (2005), Abdul Malik Selamat (2004) dan Aini Hassan (1998),
menunjukkan guru sejarah kurang mengambil berat mengenai kepentingan dan matlamat
sebenar mata pelajaran sejarah. Pengajaran guru sejarah lebih bercorak hafalan, terikat
dengan buku teks dan berorientasikan peperiksaan semata-mata. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang sedemikian membosankan murid dan menghilangkan minat murid
terhadap sejarah kerana mata pelajaran Sejarah berbeza dengan mata pelajaran lain.
Sewaktu pengajaran mata pelajaran Sejarah murid bukan sahaja diajar untuk mendapatkan
fakta sejarah, maklumat dari peristiwa sejarah, malah yang menjadi fokus utama ialah
murid faham makna sejarah bagi mengaplikasikannya serta merealisasikan maklumat
tersebut dalam kehidupan seharian mereka.

Mata pelajaran Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang memerlukan murid
menguasai konsep-konsep dan fakta sejarah. Oleh itu, tahap penguasaan setiap murid
adalah berbeza-beza serta bergantung kepada tahap kebolehan murid masing-masing
maka tidak semua murid boleh memahami dan menguasai mata pelajaran Sejarah secara
serentak.

118

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan kaedah STAD terhadap ketekalan
pengetahuan sejarah dan kemahiran sosial murid terhadap sejarah. Kesan penggunaan
kaedah STAD terhadap ketekalan pengetahuan sejarah adalah berasaskan pencapaian
murid bagi mata pelajaran Sejarah. Kesan penggunaan kaedah STAD terhadap kemahiran
sosial murid diukur dengan menggunakan soal selidik kemahiran sosial.

Hipotesis kajian
Terdapat tiga hipotesis nol yang dibentuk dan diuji dalam kajian ini pada aras signifikan
0.05. Hipotesis-hipotesis tersebut adalah seperti berikut:
Ho1 : Tidak ada perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen dengan
kumpulan kawalan dalam pencapaian keseluruhan Sejarah.
Ho2 : Tidak ada perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen dengan
kumpulan kawalan dalam ketekalan pengetahuan Sejarah
Ho 3 : Tidak ada perbezaan yang signifikan dari segi kemahiran sosial kumpulan
eksperimen sebelum dan selepas pengajaran dengan menggunakan kaedah
STAD

SOROTAN KAJIAN
Kaedah STAD (Student Team Achievement Division)
Kajian-kajian yang telah dilaksanakan oleh Slavin 1987; Vaughan 2002; Jacobs et
al. 2003; Van Wyk; 2010 menunjukkan amalan kaedah STAD dan pengajaran dan
pembelajaran sangat berkesan dalam pelbagai bidang pendidikan. Menurut Killen (2007)
kaedah STAD merupakan satu kaedah pengajaran yang merangsangkan interaksi serta
komunikasi dua hala antara rakan sebaya secara bersemuka untuk pembelajaran yang
lebih bermakna terutamanya dalam kalangan guru baharu.
Ciri-ciri penting kaedah STAD yang penting ialah pembentangan kumpulan,
demonstrasi dan kuiz interaktif individu. Markah kumpulan dinilai diberi berdasarkan
pembentangan kumpulan dan kuiz interaktif indidvidu. Kumpulan yang menang akan diberi
ganjaran dan pujian. Dalam kajian ini setiap kumpulan terdiri daripada 4 hingga 5 ahli yang

119

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

terdiri daripada pelbagai etnik dan jantina. Kajian Reinaldo Moraga and Regina Rahn (2010)
menunjukkan pembelajaran dengan menggunakan kaedah STAD telah membantu murid
untuk mengaplikasi pengetahuan dalam konteks yang berbeza dan menggalakkan sikap
yang positif terhadap isi kandungan matapelajaran dan meningkatkan ketekalan
pengetahuan
Oleh sebab itu, pengkaji telah memilih kaedah STAD yang merupakan salah satu
kaedah dalam pendekatan koperatif. Kaedah STAD juga berasaskan teori konstruktivisme
sosial Vygotsky (1930). Dari perspektif teori konstruktivisme sosial, interaksi sosial dapat
mempengaruhi perkembangan kognitif murid. Apabila berlaku interaksi sosial, seseorang
murid dipaksa memasuki Zon Perkembangan Proksimal yang membantu murid untuk
memproses maklumat, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran pemikiran aras
tinggi sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran sejarah. Kaedah STAD merupakan
satu aktiviti bekerjasama antara kumpulan bagi melengkapkan tugasan kumpulan dan
menjawab soalan kuiz spontan. Kuiz spontan memberi peluang murid menilai secara
berperingkat penguasaan murid dalam mata pelajaran Sejarah. Kaedah STAD ialah satu
kaedah yang mudah dikuasai oleh guru kelas tanpa memerlukan latihan yang intensif dan
lama.

Kesan Penggunaan Kaedah STAD terhadap Pencapaian dan Ketekalan


Pengetahuan Sejarah
Waterworth (2002) dan Simon (2002), telah mengkaji kesan kaedah STAD
terhadap guru-guru pelatih di maktab. Hasil dapatan kajian mereka menunjukkan
pencapaian murid adalah tinggi dan signifikan setelah menggunakan kaedah STAD.
Dapatan kajian tersebut juga menunjukkan lima elemen penting yang dinyatakan oleh
Johnson dan Johnson (1999) tentang ciri-ciri kaedah STAD iaitu pergantungan positif,
akauntabiliti individu, interaksi semuka, kemahiran sosial dan aktiviti kumpulan dapat
diamalkan dengan baik oleh sampel kajian. Dapatan temubual kajian yang telah dijalankan
menjelaskan bahawa kaedah STAD dapat meningkatkan tahap kemahiran sosial murid
serta minat murid terhadap mata pelajaran.
Hasil kajian Zakaria Kassim (2003) dan Nagarajan (2006) juga mengukuhkan kesan
kaedah STAD berbanding dengan kaedah konvensional terhadap pencapaian murid dan

120

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

minat terhadap pelajaran. Hasil kajian mereka menjelaskan kaedah STAD telah membantu
sampel memperolehi pencapaian yang lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan
Kumpulan Kawalan. Murid juga menunjukkan minat yang tinggi selepas pengajaran
berasaskan kaedah STAD. Justeru, kaedah STAD juga berupaya membentuk murid di
dalam bilik darjah kepada satu kumpulan yang prihatin, bantu membantu, bekerjasama,
berinteraksi, berkongsi idea dan mempunyai matlamat yang sama dalam menyiapkan
tugasan dengan sempurna dan bermutu.

KAJIAN KESAN KAEDAH STAD TERHADAP KEMAHIRAN SOSIAL MURID

Kemahiran sosial adalah hubungan yang wujud antara individu hasil interaksi sesama
mereka. Ia boleh dilihat dari aspek tingkah laku seperti cara berkomunikasi, aspek emosi,
perasaan iaitu kasih sayang, tolak ansur, mengambil berat, tolong menolong dan memahami
perasaan orang lain (Suhaida Abdul Kadir, 2002 ; Saridah Yusoff, 2007). Interaksi sesama
murid dalam kumpulan kecil ialah satu unsur penting dalam perlaksanaan kaedah STAD. Di
dalam menerangkan kesan kaedah STAD ke atas kemahiran sosial, Vygotsky (1930)
berpendapat apabila murid berbincang dalam kumpulan kecil murid yang lemah akan
mendapat bimbingan daripada rakan sebaya mereka yang lebih berkebolehan, proses
kognitif murid berupaya meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Semasa perbincangan dalam
kumpulan, murid yang malu berpeluang untuk mengemukakan pendapat dan dapat
mengikis perasaan malu masing-masing.
Sewaktu pelaksanaan kaedah STAD semasa aktiviti kumpulan, setiap ahli kumpulan
perlu berkomunikasi antara satu sama lain untuk menyatakan pendapat, idea ataupun untuk
mendapatkan maklumat. Interaksi sosial dalam kaedah koperatif memberi banyak kepuasan
diri kepada murid. Bila murid berasa gembira dalam kerja kumpulannya, komunikasi
kumpulan berjaya dan ia memotivasikan murid untuk belajar dengan lebih tekun dan tidak
terasa tertekan untuk belajar. Oleh itu, kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dalam
kalangan ahli kumpulan merupakan salah satu ciri penting dalam kaedah STAD (Sharan,
1990 ; Slavin, 1987).
Kerjasama pasukan dan amalan bantu membantu antara satu sama lain semasa
aktiviti kumpulan dalam kaedah STAD dapat meningkatkan tahap kemahiran sosial murid.

121

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

Tambahan pula, murid dari kumpulan etnik yang berbeza dan pelbagai kebolehan akan
membawa pengalaman yang unik sewaktu perbincangan kumpulan. Pengalaman berbeza
yang dikongsi bersama oleh ahli kumpulan juga meluaskan pemikiran murid. Struktur
ganjaran dalam kaedah STAD selepas melaksanakan kuiz spontan yang memerlukan murid
bekerjasama bagi mencapai matlamat kumpulan tanpa mengira tahap kebolehan murid
membentuk tanggapan murid bahawa mereka adalah setaraf.
Berasaskan ciri-ciri STAD yang berasaskan teori konstruktivisme sosial ramai pengkaji
mengkaji kesan kaedah STAD ke atas pencapaian akademik murid. Antara pengkaji yang
telah menjalankan kesan kemahiran sosial terhadap pencapaian akademik ialah Nagarajan
(2006) dan Fletcher (2008) sikap murid terhadap rakan sekelas menjadi lebih positif dan
hubungan dalam kalangan mereka bertambah erat selepas melakukan aktiviti kumpulan.
Sikap murid yang positif terhadap rakan dan kerjasama dalam kumpulan secara langsung
mempengaruhi pencapaian murid dalam pelajaran. Analisis data menunjukkan peningkatan
kemahiran sosial bagi kumpulan yang didedahkan dengan kaedah STAD. Ciri-ciri kemahiran
sosial dalam kaedah STAD seperti memberi galakkan, mendengar, meminta penjelasan
dalam nada dan intonasi yang bersesuaian dapat memupuk ciri-ciri kepimpinan,
kepercayaan dan keyakinan dalam kalangan murid.
Berasaskan kajian di atas amalan kaedah STAD dalam proses pengajaran dan
pembelajaran menggalakkan penglibatan murid secara aktif dan usaha sama secara kolektif.
Kaedah STAD juga menegaskan pembentukan kumpulan kecil yang terdiri daripada murid
pelbagai tahap kecerdasan serta memberi peluang kepada murid untuk membina kemahiran
berkomunikasi dalam kumpulan. Dalam perkataan lain, penggunaan kaedah STAD
membantu murid melibatkan diri secara aktif kerana murid digalakkan untuk banyak
bercakap sambil serta mengurangkan beban tugas guru yang berperanan sebagai fasilitator
dalam kelas.

Teori Konstruktivisme Sosial


Konstruktivisme sosial menjadikan interaksi sosial sebagai tunjang kepada proses
pembinaan pengetahuan. Konstruktivisme Zon Perkembangan Terdekat (ZPD) teori
Vygotsky (1930) merupakan contoh terbaik bagi menghuraikan bagaimana perkembangan
kognitif dan pembinaan pengetahuan terhasil akibat daripada interaksi sosial. Konsep

122

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

perancahan yang terdapat dalam ZPD seperti bimbingan dan sokongan individu yang lebih
berpengalaman seperti guru, ibubapa atau rakan sebaya yang lebih arif dapat membantu
murid mencapai keupayaan kognitif yang lebih tinggi (Dulberg, 2002). sosial tidak
menerima andaian tentang perkembangan budaya dan sosial seseorang individu maupun
kumpulan. Vygotsky (1930) berpendapat kesedaran manusia dipengaruhi oleh faktor luaran
dan dikukuhkan oleh aktiviti dan bahasa. Idea utama Vygotsky (1930) ialah keupayaan
mental yang tertinggi dibentuk melalui interaksi sosial dan dipindahkan melalui proses
pembudayaan. Sekiranya kaedah-kaedah pemikiran yang disediakan oleh murid berubah,
struktur minda murid tersebut berubah secara ketara (Vygotsky, 1930).

METODOLOGI
Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen dan dijalankan selama lapan
minggu. Sampel kajian dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan. Fokus utama kajian untuk menentukan ketekalan pengetahuan sejarah
murid dengan menggunakan kaedah STAD (Student Team Achievement Division). Kaedah
STAD merupakan kaedah berpusatkan murid dalam kumpulan heterogeneous. Murid-murid
ditugaskan untuk bekerjasama dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada 4 hingga 5
orang murid. Setiap kumpulan kecil terdiri daripada murid lelaki dan perempuan, pelbagai
kaum serta pelbagai aras kecerdasan. Setelah guru memberi penjelasan tentang isi
kandungan pelajaran, murid akan bergerak dalam kumpulan masing-masing dan
berbincang bagi memastikan semua anggota kumpulan menguasai isi pelajaran pada hari
tersebut. Guru akan mengedarkan tugasan yang perlu dilengkapkan dalam kumpulan.
Sewaktu pembentangan kumpulan, guru akan menjumlah markah setiap kumpulan.
Markah kumpulan akan dijumlahkan dengan markah kuiz interaktif bagi setiap wakil
kumpulan. Markah kumpulan akan dijumlahkan dengan markah individu. Kumpulan yang
terbaik akan diberi ganjaran seperti hadiah yang akan diberikan kepada setiap ahli
kumpulan. oleh itu, bagi mendapatkan markah yang baik setiap ahli kumpulan harus saling
bekerjasama antara satu sama lain.

123

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

Prosedur Kajian
Pengkaji telah melatih guru yang mengajar kumpulan eksperimen tentang langkah-
langkah pengajaran dalam kaedah STAD. Pengkaji juga telah membekalkan tajuk
pengajaran, rancangan pengajaran yang lengkap dan bahan bantu mengajar selama lapan
minggu untuk guru kumpulan eksperimen. Guru kumpulan kawalan pula hanya dibekalkan
dengan tajuk pengajaran (sama seperti guru kumpulan eksperimen) untuk selama lapan
minggu.
Mulai minggu pertama kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan diberikan
praujian. Pada minggu kedua hingga minggu kelima kumpulan eksperimen diajar selama
empat minggu dengan menggunakan kaedah STAD, dan kumpulan kawalan pula diajar
dengan menggunakan kaedah konvensional. Pada minggu kelima kumpulan eksperimen
dan kumpulan kawalan diberikan pascaujian 1 dan soal selidik kemahiran sosial. Pengkaji
telah mencerap pengajaran kumpulan eksperimen bagi memastikan guru telah mengikut
langkah-langkah pengajaran yang telah disediakan oleh pengkaji. Pengkaji juga mencerap
pengajaran kumpulan kawalan sebanyak empat kali bagi memastikan guru kumpulan
kawalan tidak menggunakan kaedah STAD dan menggunakan kaedah konvensional. Pada
minggu kelima hingga minggu ketujuh tiada pengajaran diberikan kepada kedua-dua
kumpulan. Pada minggu kelapan murid daripada kedua-dua kumpulan diberikan pascaujian
2 untuk melihat ketekalan pengetahuan sejarah dalam kalangan murid..

Sampel kajian

Sampel kajian ini terdiri daripada 74 orang murid Tingkatan Dua daripada dua buah
sekolah menengah di Sungai Petani, Kedah Setiap sekolah mewakili satu kumpulan kajian
agar pengajaran yang diberikan kepada satu kumpulan tidak mempengaruhi kumpulan
yang lain. Bilangan murid bagi kumpulan eksperimen ialah 38 orang manakala kumpulan
kawalan terdiri daripada 36 orang. Kedua-dua kumpulan murid berpencapaian sederhana
dalam mata pelajaran Sejarah berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun Tingkatan
Satu, 2012.

124

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

Instrumen kajian
Pengkaji menggunakan dua jenis instrumen kajian seperti berikut :
i) Praujian dan pascaujian bagi mengukur ketekalan pengetahuan sejarah
(pencapaian murid dalam mata pelajaran Sejarah).
ii) Soal selidik kemahiran sosial

Praujian dan Pascaujian


Kandungan praujian dan pascaujian adalah sama iaitu terdiri daripada 30 soalan
objektif dan 10 soalan struktur yang memerlukan murid menulis jawapan di tempat kosong
yang disediakan. Jumlah markah untuk soalan objektif ialah 30 dan untuk soalan struktur
adalah 20. Jumlah keseluruhan markah adalah 50.
Bagi mendapatkan kesahan praujian dan pascaujian pengkaji telah meminta dua
orang ketua panitia Sejarah yang berpengalaman mengajar Sejarah selama 15 tahun untuk
menyemak soalan-soalan dan skema jawapan bagi praujian, pascaujian 1 dan pascaujian 2
untuk memastikan kesahannya. Guru tersebut tiada kaitan serta tidak terlibat dengan
sampel kajian.

Soal selidik
Soal selidik tentang kemahiran sosial murid terhadap mata pelajaran Sejarah terdiri
daripada 15 item berdasarkan skala Likert. Pengkaji telah mengambil 15 item daripada
soal selidik yang digunakan oleh Nagarajan (2006), dalam kajiannya dan mengubahsuainya
untuk kajian ini. Skor untuk setiap respons terhadap soal selidik diberikan berdasarkan
skala Likert 4 mata yang mempunyai julat 1 hingga 4. Bagi kenyataan positif (item 1,2,3,4,
6, 9, 10, 11, 12,14, 15), 4 mata diberikan untuk pilihan sangat bersetuju, 3 mata untuk
bersetuju, 2 mata untuk tidak bersetuju dan 1 mata untuk sangat tidak bersetuju. Bagi
kenyataan negatif pula (item 5, 7, 8, dan 13) dan skor yang diberikan adalah sebaliknya.

Kajian Rintis

Sebelum kajian sebenar satu kajian rintis telah dijalankan ke atas 34 orang murid
Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah di Kuala Muda Yan yang keupayaan muridnya
hampir sama dengan murid kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Dapatan kajian

125

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

rintis menunjukkan bahawa murid dapat memahami segala arahan dan kehendak soalan
dalam praujian / pascaujian. Selain itu masa selama 2 jam yang diperuntukkan untuk
menjawab soalan adalah mencukupi.

Data yang diperoleh daripada soal selidik telah diproses dengan menggunakan
program SPSS Windows Versi 18.0. Kebolehpercayaan item dalam soal selidik diuji dengan
menggunakan Cronbachs Alpha. Nilai Alpha bagi soal selidik dalam kajian ini ialah 0.786.
Menurut Mohd Majid Konting (1990), pekali kebolehpercayaan yang melebihi 0.60 adalah
sesuai dan boleh digunakan dalam kajian.

Analisis data
Dalam kajian ini, data yang diperoleh bagi praujian dan soal selidik sebelum
pengajaran telah dianalisis dengan menggunakan independent sample t-test.
Memandangkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen dengan
kumpulan kawalan bagi kemahiran sosial terhadap Sejarah sebelum pengajaran, pengkaji
menggunakan ujian independent t-test bagi menganalisis data pascaujian 1, pascaujian 2
manakala paired sample t-test digunakan untuk menganalisi data kemahiran sosial bagi
kumpulan eksperimen selepas pengajaran. Bagi melihat perbezaan antara ketekalan
pengetahuan sejarah pengkaji telah menganalisis perbezaan antara ujian pascaujian 1 dan
pasca ujian 2

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Ho 1 : Tidak ada perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen
dengan kumpulan kawalan dalam pencapaian keseluruhan Sejarah.
Jadual 1 : Ujian t menunjukkan kesan pengajaran menggunakan kaedah STAD bagi
pencapaian keseluruhan Sejarah

Kumpulan N Min beza sd nilai-t df p

Eksperimen 38 10.090 2.540 17.800 72 0.000

Kawalan 36 2.090 0.903


Tahap signifikan adalah pada aras p<0.05

Analisis data dalam bahagian ini adalah untuk dapatan Ujian-t (dalam Jadual 1)
jelas menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara min kumpulan eksperimen

126

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

dengan min kumpulan kawalan (t = 17.800, df = 72, p = 0.000). Oleh itu hipotesis nul
yang pertama ditolak. Dapatan kajian juga menunjukkan penggunaan kaedah STAD telah
membantu murid kumpulan eksperimen untuk mendapat pencapaian yang lebih tinggi dan
signifikan dalam pencapaian keseluruhan Sejarah berbanding dengan murid kumpulan
kawalan yang diajar dengan menggunakan kaedah konvensional. Kaedah STAD
menekankan tanggungjawab setiap individu dalam menyumbangkan idea-idea yang bernas
dan logik secara tidak langsung mengukuhkan pemahaman fakta dan penghayatan
peristiwa Sejarah. Hasil dapatan ini menyokong dapatan kajian Waterworth (2002),
Suhaida (2002), Del Marie Rysavy dan Sales, (1991) dan Slavin (1986) yang mengukuhkan
ciri STAD yang penting iaitu mampu membentuk murid di dalam bilik darjah kepada satu
kumpulan yang prihatin, bantu membantu, bekerjasama, berinteraksi, berkongsi idea dan
mempunyai matlamat yang sama dalam menyiapkan tugasan dengan sempurna dan
bermutu. Ciri -ciri ini kurang ditekankan oleh guru yang mengajar dengan menggunakan
kaedah konvensional yang lebih menekankan pembelajaran individu serta latih tubi supaya
murid lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.

Ho 2 : Tidak ada perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen


dengan kumpulan kawalan dalam ketekalan pengetahuan Sejarah

Jadual 2: Ujian-t menunjukkan kesan pengajaran menggunakan kaedah STAD bagi


ketekalan pengetahuan Sejarah (pasca ujian 1 dan pasca ujian 2)

Kumpulan N Min beza sd Nilai-t df p


Eksperimen 38 12.090 2.705 21.320 72 0.000

Kawalan 36 1.970 0.747

Analisis data dalam Jadual 2 memaparkan dapatan Ujian-t jelas tentang perbezaan
yang signifikan antara min kumpulan eksperimen dengan min kumpulan kawalan (t =
21.320, df = 72, p = 0.000). Oleh itu hipotesis nul yang kedua ditolak. Dapatan kajian juga
menunjukkan penggunaan kaedah STAD telah membantu murid kumpulan eksperimen
dalam peningkatan ketekalan pengetahuan sejarah berbanding dengan murid kumpulan
kawalan yang diajar dengan menggunakan kaedah tradisional. Hasil dapatan kajian
disokong dengan kajian Warren Hitz (2001) tentang kesan dua jenis kaedah terhadap

127

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

ketekalan pengetahuan dalam mata pelajaran Matematik. Hasil dapatan kajian


menunjukkan kumpulan kawalan memperolehi skor min yang tinggi dan signifikan dalam
pascaujian-1 tetapi menurun dalam pascaujian susulan berbanding dengan kumpulan
eksperimen. Sewaktu pelaksanaan kaedah STAD, guru memberi ganjaran kepada kumpulan
yang berjaya dalam bentuk pujian, hadiah atau gred, dan ini menyebabkan murid
menyimpan maklumat lebih lama berbanding dengan murid kumpulan kawalan yang diajar
dengan kaedah konvensional. Hasil dapatan kajian ini adalah konsisten dengan hasil
dapatan kajian Hidir Karaduman (2007), Michael (2005) dan Koc (2002) dalam aspek
ketekalan pengetahuan sejarah murid secara signifikan.

Ho 3 : Tidak ada perbezaan yang signifikan dari segi kemahiran sosial


Kumpulan eksperimen sebelum dan selepas pengajaran dengan
menggunakan kaedah STAD

Hasil ujian paired sample t test menunjukkan min kumpulan eksperimen sebelum
pengajaran dengan menggunakan kaedah STAD ialah 30.040 manakala min selepas
pengajaran dengan menggunakan kaedah STAD ialah 33.689. Ini menunjukkan terdapat
peningkatan sebanyak 3.649. Peningkatan min ini adalah signifikan (t=5.992,df=37,
p=0.000). Oleh itu hipotesis nul yang ketiga ditolak. Dapatan ini menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan dari segi kemahiran sosial kumpulan eksperimen sebelum dan
selepas pengajaran dengan menggunakan kaedah STAD. Murid kumpulan eksperimen yang
diajar dengan menggunakan kaedah STAD, menunjukkan peningkatan dari segi kemahiran
berkomunikasi sama ada dengan guru, rakan sepasukan dan cara berbincang
menggunakan bahan pelajaran. Murid juga didapati lebih berkeyakinan dalam memberikan
idea dan pendapat, disokong oleh persekitaran yang memberi ruang dan peluang untuk
mereka berbincang secara sistematik. Hasil dapatan disokong dengan hasil dapatan kajian
kualitatif oleh Mohd Fadzli dan Normah (2011) iaitu murid yang lebih pandai akan
menolong rakan kumpulannya untuk memahami tugasan atau topik yang diberi. Murid-
murid dari kumpulan eksperimen juga menyatakan mendapat pengalaman yang menarik
sewaktu bekerjasama dalam kumpulan terutamanya semasa berbincang serta bertukar-
tukar pendapat ketika menyiapkan tugasan secara berkumpulan. Murid juga mengakui
wujudnya sikap saling bergantung atau bersandar secara positif dalam kalangan pelajar

128

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

dalam sesuatu kumpulan bagi mencapai matlamat. Seterusnya, hasil dapatan kajian yang
diutarakan oleh Diggins (2004) menunjukkan murid mesti menjadi pendengar yang baik,
berfikir sebelum bercakap, menerima pandangan orang lain, berkeupayaan menerangkan
dengan jelas, berterus terang dan sabar dengan kerenah rakan.

Kesimpulan
Kajian ini telah menghasilkan beberapa dapatan yang penting antaranya penggunaan
kaedah STAD dalam pengajaran sejarah dapat meningkatkan pencapaian murid secara
signifikan bagi pencapaian keseluruhan soalan. Kaedah ini melibatkan murid secara aktif
dalam proses pembelajaran kerana melengkapkan tugasan dalam kumpulan. Penggunaan
kaedah STAD juga memberi kesan positif terhadap ketekalan pengetahuan sejarah dalam
kalangan murid. Murid bekerjasama dalam mengorganisasi fakta-fakta sejarah dan konsep-
konsep sejarah dengan jelas dan dapat melihat hubung kait antara satu konsep dengan
yang lain yang membantu dalam membina pengetahuan secara terancang yang secara
tidak langsung meningkatkan ketekalan pengetahuan Sejarah. Setiap ahli bekerjasama
dalam kumpulan untuk melengkapkan tugasan, berkongsi idea dan saling bantu
membantu untuk menyelesaikan masalah secara kolektif sebelum meminta bantuan
daripada ahli kumpulan yang lain atau daripada guru. Justeru, kaedah STAD wajar
diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai satu kaedah alternatif yang
boleh diamalkan oleh guru sejarah. Ciri-ciri kemahiran sosial dalam pembelajaran STAD
menekankan kepimpinan, bekerjasama dalam kumpulan, pembinaan kepercayaan,
penerimaan kritikan membina, serta kemahiran membuat keputusan telah membantu
murid kumpulan eksperimen berjaya memperolehi min yang lebih tinggi dan signifikan
berbanding dengan kumpulan kawalan.

129

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

Rujukan
Abdul Malek Selamat (2004). Pembelajaran Untuk Kefahaman Kajian Keberkesanan
Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah Dengan Menggunakan Teori Pembelajaran
Konstruktivisme. Tesis Sarjana Pendidikan Yang Yidak Diterbitkan. Universiti
Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim.

Abdul Manan Mohd Din (2005). Persepsi Pelajar Tingkatan DuaTerhadap Pembelajaran
Mata Pelajaran Sejarah di Mukim Sungkai. Tesis SarjanaPendidikan Yang Tidak
Diterbitkan. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Abdul Rahim Abdul Rashid (2002). Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sosial (Teori dan
Amalan ), Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Adlan Abdul, Cheah Tong Tiat, Baskaran, N. & Lim Chin Li. (2002). Keberkesanan
Kaedah Pembelajaran Koperatif dalam Pembelajaran bacaan Pemahaman teks
Dalam kalangan Murid SJK(C) dan SJK(T). Laporan kajian Maktab Perguruan
Sultan Abdul Halim, Sg.Petani,Kedah

Aini Hassan (1992). Mata Pelajaran Sejarah KBSM. Apakah yang baru? Jurnal Pendidikan
Guru. 8, hlm.83-93.

Deveci, Handan (2003). The Effect of Problem Based Learning to Attitudes, Success and`
Retention in Social Studies. Eskisheir: Anadolu University Publications.

Del Marie Rysavy, S., & Sales, G.C. (1991). Coopeative learning in computer based
instruction. Educational Technology Research and Development, 39(20), 70-79.

Doppen, F.H. (2000) .Teaching the past through oral history. The Journal of American
History, 87(2), 602-605.

Doreen Tan.H. (2004). What is history teaching and learning? Teaching and Learning,
Vol.25, (2), hal. 197-206.

Frankel, J.R., & Wallen (2000). How to design and evaluvate research in education. New
York: McGraw Hill.

Gresham,F.M; Sugai, G. & Horner,R.H.(2001). Interpreting outcomes of social skills


training for students with high incidence disabilities. Exceptional Children Reston. 67
(3), 331-344. Retrieved Julai 2013 from Proquest:
http://web19,epnet.com/citation.asp?tb.

Hayes, B.(2000). An experiment using teacher centered instruction versus student centered
instruction as means of teaching American government to high school seniors.
http://www.secondaryyenglish.com/approaches.html.
Diakses pada 29 Disember 2012

130

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

Hazri Jamil (2003). Teknik Mengajar Sejarah, Pahang : PTS Publication & Distribution Sdn
Bhd.

Husbands,C.(2000).What is History Teaching? Language,Ideas and meaning in learning


about the past. Buckingham; Open University Press.

Malar, M (2010). Membanding Kesan Kaedah Lima Fasa Needham, Kaedah STAD dan
Kaedah Konvensional Terhadap Pencapaian, Kemahiran Sosial dan Minat Murid
Dalam Pembelajaran Sejarah Tingkatan Empat. Tesis bagi memenuhi keperluan
bagi Ijazah Doktor Falsafah, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains
Malaysia.

Michael Lubelfeld (2005). Effective Instruction in Middle School Social Studies. Doctor
Dissertation, Loyola University Chicago, Illionis.

Mohd Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Sultan Faudjar (2000). Kualiti Pengajaran Sejarah di Sebuah Sekolah Menengah
Daerah Sabak Bernam. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur.

Nagarajan a/l Muniyandy (2006). Kesan Penggunaan kaedah STAD terhadap penulisan
karangan Bahasa Tamil. Laporan Praktikum Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan,
Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang.

Norijah Mohamad. (1997). Keberkesanan Pembelajaran Koperatif dan Pengajaran


Secara Modul Bagi Peningkatan Pencapaian Pelajar Dalam Bahasa Melayu
Peringkat Sekolah Menengah. Tesis M.Ed, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan,
Universiti Sains Malaysia.

Nuthall, Graham. (2000). The role of memory in acquisition and retention of knowledge
in science and social studies units. Cognition and Instruction. V18, 83-139.

Penelope Nelson Ross (2003). The Effect of Technology-Enhanced, Problem Based


Instruction on Students Atitudes, Academics, Engagement, and Acquisition and
Retention o Knowledge (Doctoral of Philosophy Dissertation, University of George
Mason).

Saridah Md Yusoff (2007). Keberkesanan Kaedah STAD dalam Pembelajaran Sejarah


Tingkatan Dua. Laporan Praktikum Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti
Sains Malaysia.

Virginia Germanaou (2007). Teaching and Learning History in Cyprus Secondary

131

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 30 Ogos 2013)

Education level: What are students perceptions of History and history Teaching.
Part of dissertation submitted in partial fulfillment of the requirements for the
degree of Master of Education. University of Hull.

Van Wyk MM (2010). Do student teams achievement divisions enhance economic literacy?
A quasi-experimental design. Journal of Social Science, 23(2): 83-89.

Vaughan W (2002). Effects of cooperative learning on achievement and attitude among


students of color.The Journal of Educational Research, 95(6):359-364

Vygotsky,L.S.(1978). Mind in Society:The development of higher psychological processes.


Cambridge, Mass: Harvard University Press.

Wadsworth,B.J. (1996). Piagets theory of cognitive and affective development:


Foundations of Constructivisme (5th ed). White Plains, New York: Longman
Publishers. USA.

Waterworth, P& Duangpeng.A.(2002). Contexts in cooperative learning: Using


cooperative learning strategies in teacher educations in Australia and
Thailand.

Zarei, A.A. (2012). The Effects of STAD and CIRC on L2 Reading Comprehension andVocabulary
Learning.Frontiers of Language and Teaching, Vol. 3, 161-173.

Zahide YILDIRIM, (2006). Preservice Computer Teachers As Hypermedia Designers:


The Impact of Hypermedia Authoring on Knowledge Acquisition and Retention.
The Turkish Online Journal of Educational Technology. Vol 5 Issue 3(5).

132

You might also like