Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Case Study Evaluation Rubric

(Kajian Kes Penilaian Rubrik)

Kajian kes: Kajian Kes 1- Berdasarkan Aduan 3 Orang Pelajar Bangladesh


Kajian Kes 2- Berdasarkan Laporan Penyelamat Kolam Renang
Tarikh: 12 Januari 2017

1. Identification Of Issues (Pengenalpastian Isu):


1.1 Isu Aduan Dari Pelanggan

a) Isu yang terdapat dalam kajian kes ini ialah terdapat 3 orang pelajar
perempuan Bangladesh yang telah membuat aduan berkaitan seorang
kakitangan kolam renang yang bekerja sebagai penyelamat kolam renang
tersebut.
b) 3 orang pelajar perempuan Bangladesh itu tidak berpuas hati dengan sikap
penyelamat kolam renang tersebut kerana pada pendapat mereka, penyelamat
yang berjantina lelaki itu tidak sepatutnya berada di kawasan kolam renang
tersebut kerana kolam renang tersebut merupakan kawasan wanita dan mereka
tidak berpakaian berhijab sepenuhnya.
c) Sebelum ketiga-tiga pelajar Bangladesh membuat aduan, mereka telah
bertanya kepada gadis-gadis di kolam renang tersebut siapakah selalunya yang
menjadi penyelamat di kolam renang tersebut. Gadis-gadis tersebut menjawab,
penyelamat wanita.
d) Selain itu, ketiga-tiga pelajar perempuan terbabit turut membuat aduan
penyelamat lelaki tersebut sebagai seorang muslim, namun tidak bertindak
sebagai seorang muslim terhadap ketiga-tiga pelajar perempuan tersebut.

1.2 Isu Laporan Dari Penyelamat Lelaki Kolam Renang

a) Isu yang berkaitan dalam kes ini ialah seorang kakitangan kolam renang iaitu
penyelamat lelaki telah membuat laporan berkenaan 3 orang pelajar
Bangladesh yang mandi di kolam renang tidak mengikut Peratuan Kolam
Renang iaitu tanpa memakai topi kepaala dan menggunakan pelampung
keselamatan tanpa kebenaran.

1
b) Penyelamat lelaki tersebut telah memberi teguran dengan meniupkan wisel,
namun tidak dihiraukan oleh ketiga-tiga pelajar Bangladesh tersebut.
c) Penyelamat lelaki tersebut telah memasuki kawasan kolam renang tersebut
dan meminta pelajar-pelajar Bangladesh tersebut untuk memakai topi kepla
dan memulangkan pelampung. Tetapi pelajar-pelajar Bangladesh tersebut telah
berkata kepada penyelamat lelaki tersebut bahawa beliau merupakan seorang
muslim dan tidak sepatutnya berada dalam kawasan kolam renang wanita.
d) Penyelamat Lelaki itu sekali lagi memantau kolam renang tersebut dan masih
mendapati ketiga-tiga pelajar Bangladesh masih tidak memakai topi kepala
dan tidak memulangkan pelampung di kaunter.
e) 3 pelajar tersebut bersiap untuk pulang dan pergi ke kaunter untuk membuat
aduan mengenai kejadian lelaki masuk memantau ke kolam. Pelajar tersebut
berjumpa dengan kakitangan kaunter iaitu Nazmi untuk mengambil nama dan
gambar penyelamat lelaki tersebut. Penyelamat lelaki tidak mengizinkan lalu
pelajar tersebut mengeluarkan kata yag kesat (fucking) terhadap penyelamat
lelaki dan pekerja di kaunter.
f) Pelajar terbabit tetap tidak berpuas hati dan masih hendak berjumpa dengan
penyelia, namun penyelia tiada dan meminta pelajar terbabit berjumpa dengan
penyelia pada hari Ahad, jam 10 pagi. Namun pelajar tersebut tetap tidak
berpuas hati dan meninggikan suara terhadap penyelamat lelaki tersebut.
g) Pelajar tersebut masih tidak berpuas hati dan bertanya terhadap pekerja lain,
namun pekerja tersebut menerangkan prosedur di Kolam Renang tersebut.
Namun, pelajar tetap tidak berpuas hati dan mengatakan bahawa penyelamat
lelaki itu seorang muslim, tidak sepatutnya berada di situ.
h) Salah seorang pelajar Bangladesh tadi turun ke arah kolam lalu berjumpa
dengan penyelamat lelaki memberitahu barangnya tertinggal. Penyelamat
lelaki menunjukkan barang tersebut lalu pelajar tersebut mengaku bahawa
barang itu kepunyaannya dan tidak berkata terima kasih. Apabila pelajar itu
beredar, lalu dia berkata kepada penyelamat lelaki itu you stupid people.
Pekerja kaunter memberitahu salah seorang pelajar itu masuk untuk
mengambil barang tanpa meminta kebenaran pekerja di kaunter.
1.3 Isu-isu berkaitan kerja pengurusan kolam renang

i. Dari aspek pengurusan kolam renang


2
Isu yang berkaitan kerja pengurusan kolam renang dari segi pengurusan ialah
pengurusan dalam kolam renang mempunyai 3 kompenan utama iaitu
recirculation (sistem pusingan semula air), filtration (penapisan) dan water
chemistry (bahan kimia). Betapa pentingnya sistem pengurusan kolam renang
kerana ianya melibatkan orang awam, memastikan berfungsi dengan baik,
mestilah selamat digunakan, bebas dari jangkitan, menjaga aspek kebersihan,
aspek kesihatan dan estatika. Selain itu, amalan pengurusan risiko merupakan
amalan yang penting dalam proses pengurusan aktiviti sukan lagi-lagi ianya
melibatkan kolam renang. Hal ini kerana ianya melibatkan keselamatan
pengunjung yang mudah berlakunya kemalangan ketika mandi di kolam
renang. Oleh yang demikian, dari segi pengurusan sangat menitikberatkan soal
keselamatan pengguna di kolam renang.

ii. Dari aspek kewangan kolam renang


Aspek kewangan di kolam renang melibatkan melibatkan 3 sumber yang
utama iaitu pertama, sumber daripada pengunjung itu sendiri. Pada
kebiasaannya, sumber dana kewangan yang diperolehi di kolam renang
universiti, ianya bukan sahaja melibatkan sumbernya dari pengunjung peajar
universiti sahaja. Malah terbuka kepada seluruh masyarakat setempat
khususnya penduduk sekitarnya untuk bersama-sama merasai kemudahan
yang disediakan. Ianya juga merupakan salah satu usaha dan inisiatif universiti
dalam menambahkan dana pihak kolam renang khususnya di universiti untuk
membantu dari segi penyelenggaraan kolam renang itu sendiri. Kedua, sumber
kewangan didapati melalui bajet peruntukan untuk membaik pulih prasarana
terutamanya di universiti-universiti. Dan ketiga, suber keawangan kolam
renang dari sumbangan pihak-pihak yang memberi sumbangan untuk
prasarana kolam renang.

3
iii. Dari aspek pemasaran kolam renang
Pemasaran sangat penting untuk menarik minat pelanggan. Untuk kolam
renang, mempromosikan kelebihan dan kebaikan kolam renang sangat
penting. Hebahan boleh dilakukan dengan menampal poster-poster yang
menarik, mengedarkan brosur, meletakkan promosi atau hebahan di internet
dengan menggunakan laman social seperti website, facebook mengalukan dan
mengajak beriadah di kolam renang. Selain itu hebahan mulut ke mulut juga
boleh digunakan untuk mempromosikan kolam renang sebagai salah satu
tempat riadah yang baik untuk kesihatan.

Rajah 1 : Contoh Hebahan

iv. Dari aspek peraturan /akta di kolam renang


Peraturan di kolam renang hendaklah jelas baggi memsatikan kesematan
pengguna kolam renang tidak mudah berlaku kemalangan dan kecederaan.
Antara langkah-langkah kesihatan dan keselamatan untuk kolam renang ialah:
a) Orang yang berpenyakit tidak boleh berkerja di kolam. Pekerja yang
bekerja di kolam renang hendaklah disahkan oleh Pegawai Kesihatan.

4
b) Orang yang berpenyakit berjangkit / berluka tidak boleh berada di
kolam.
c) Pengunjung tidak dibenarkan membawa barang-barang merbahaya
seperti pisau, kaca, bahan kimia, dan sebagainya di kolam renang
d) Kemudahan seperti telefon, alat penampung, kotak kecemasan
(peralatan, dressing, bandage, dan antiseptic) haruslah disediakan dan
berfungsi dengan baik.
e) Sediakan papan tanda yang jelas dan ditempat yang strategic seperti
abjad yang digunakan biar jelas, minimum fond adalah 2.5cm tinggi
(besar lagi baik), latarbelakang yang contrast, dan pengendali kolam
kena sedia papan tanda tentang peraturan kolam. Di antara peraturan-
peraturan kolam yang perlu ada tanda adalah menyelam, chewing gum,
makanan, tanda haluan perenang, tiada alcohol, jangan berlari di deck
dan rehat ketika penat.
f) Pengunjung digalakkan mandi sebelum masuk ke kolam renang untuk
membersihkan diri.
g) Penyelamat (lifeguard) sentiasa berada, memerhati dan bersedia segala
kemungkinan semasa pengunjung menggunakan kolam renang (Kerusi
setinggi sekurang-kurangnya 1 meter disediakan untuk penyelamat
membuat pantauan)
h) Alat pelampung untuk menyelamat diikat degan tali sekurang-
kurangnya panjang menyamai lebar kolam.
i) Kayu galah (bukan jenis konduktor) untuk menyelamat sekurang-
kurangnya 3.6 meter panjang.
j) Bagi kolam jenis separuh awam (semi-public) tiada penyelamat
(peralatan keselamatan mesti ada).
k) Tidak boleh melebihi bather load yang telah ditentukan iaitu i.
Shallow water (Bawah 1m)
Peraturan-peraturan tersebut perlu diletakkan di tempat yang jelas dan mudah
dilihat serta mudah difahami supaya tiada dakwaan jika berlaku perkara yang
tidak diingini.selain itu, oleh kerana Negara Malaysia merupakan Negara yang
memiliki rakyat yang berbilang kaum, maka papan-papan tanda tersebut
hendaklah ditulis dalam pelbagai aneka bahasa supaya mudah difahami.

5
v. Dari aspek etika di kolam renang
Etika adalah tata cara atau sopan santun Etika dalam berenang untuk menjaga
kebersihan dan keselamatan. Pengunjung sebaiknya sebelum berenang,
perenang perlu makan dulu agar tidak sakit. Apabila memasuki area kolam
renang, janganlah membawa makanan yang dapat menyebabkan banyak
sampah. Atau, jangan mengotori kolam renang dengan sisa-sisa makanan.
Sampah-sampah yang berserakan dikolam renang atau sekitarnya dapat
menyebabkan penyakit dan merosakkan pemandangan. Etika yang perlu
diperhatikan selama di kolam renang adalah sebagai berikut iaitu memakai
pakaian renang yang baik dan sopan, memerhatikan tata tertib di kolam
renang, tidak berenang bila sakit, mempunyai penyakit menular, atau penyakit
yang membahayakan, tidak membawa barang berharga, tidak berlari-lari di
tepi kolam, menyesuaikan kemampuan diri dengan kedalaman kolam renang,
tidak saling menarik atau mendorong, mengikuti semua petunjuk dan aturan
dan tidak memakan atau membawa makanan ke kolam renang.

vi. Dari aspek ekonomi kolam renang


Jika kolam renang mempunyai ekonomi yang baik, seharusnya pihak
pengurusan mengambil pegawai penyelamat yang lebih ramai dan memberi
pengkhususan kepada penyelamat wanita hanya menjaga kawasan wanita
manakala penyelamat lelki hanya menjaga kawasan ekonomi. Akan berlaku
isu jika kekurangan kakitangan.

vii. Dari aspek antarabangsa/international


Isu antarabanngsa di kolam renang disini boleh diungkapkan sebagai pengurus
kolam renang harus mengetahui isu-isu sensitif daripada pengunjung dari
Negara luar. Contohnya jika pengunjung itu dari Negara Islam contohnya
Negara Arab, Pakistan dan sebagainya, aurat sangat penting bagi mereka.
Manakala jika pengujung itu dari Negara Barat, mereka sudah menjadi lumrah
mandi dengan cara yang lebih terbuka. Seharusnya pihak pengurusan kolam
renang ada kerjasama dengan kedutaan mengenai isu-isu sensitif ini agar tiada
isu yang boleh dibangkitkan.

viii. Dari aspek tanggungjawab sosial


6
Dari aspek tanggungjawab sosial, pihak kakitangan mestilah
bertanggungjawab dalam segala pekerjaan yang dilakukan. Namun, sebagai
kakitangan tempat yang mudah dihadiri oleh pengunjung tempatan dan
pengunjung luar, seharusnya faham dan harus menangani masalah yang
dihadapi dengan cara yag sangat berhemah. Contohnya dari aspek khidmat
pelanggan seharunya pekerja terssbut hendaklah yang jenis mudah mesra. Hal
ini kerana khimat pelanggan merupakan cerminan hadapan atau individu
pertama yang akan berurusan dengan para pelanggan sebelum bertemu dengan
mana-mana pihak. Peranan Pegawai Khidmat Pelanggan ialah mengendalikan
dengan cekap semua panggilan telefon, melayani para tetamu atau pelanggan
yang ingin berurusan dengan jabatan, memberi penerangan mengenai
perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan, membantu tetamu atau pelanggan
yang menghadapi masalah sehingga isu berbangkit selesai dan memaklumkan
dari masa ke semasa tentang aduan yang dilaporkan oleh pelanggan.

2. Stake Holder (Pihak Yang Berkepentingan):

Pihak yang berkepentingan yang terlibat dalam situasi aduan pelanggan dan
laporan penyelamat lelaki itu ialah seperti berikut:
Pertama, pengunjung wanita dan mereka beragama Islam (muslimah). Dalam
hal ini, pengujung wanita tersbut mahukan privasi dan tidak mahu pihak lelaki yang
bukan mahram berada dalam kawasan mereka.
Kedua ialah Penyelamat lelaki (lifeguard) dan kakitangan pekerja di kolam
renang itu. Dalam hal ini, mereka menjalankan tanggungjawab mereka. Namun tidak
diterima oleh pengunjung-pengunjung wanita itu.
Ketiga pua ialah pihak pengurusan kolam renang. Dalam hal ini, apabila aduan
telah dibuat, Penyelia Kolam Renang terssebut hendaklah mendengar hujah daripada
kedua-dua belah pihak tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Prosedur dan Peratuan
Kolam renang hendaklah dinyatakan dengan jelas.

3. Connections To Theoretical And Empirical Research


(Sambungan Untuk Penyelidikan Teori Dan Empirik):

7
Dalam isu kajian ini, teori Kohlberg boleh digunakan. Walaupun Piaget tokoh
pertama menerangkan perkembangan kognitif dalam perkembangan moral, tetapi
akhir tahun 1950-an pelopor Teori Perkembangan Moral ialah Lawrence Kohlberg
dimana teori ini lebih memberi kepada keutamaan dan hak kepada individu. Hal ini
kerana masing-masing mempertahankan hak masing-masing untuk keadilan diri
masing-masing.

Selain itu juga, Teori Perkembangan Personaliti Sigmund Freud (1856) juga
boleh digunakan. Menurut Sigmund Freud, Kewujudan ingatan tidak sedar yang
berfungsi untuk melindungi kesedaran kita ketika menghadapi konflik emosi dan
ketegangan. Dalam hal ini, masing-masing dalam keadaan emosi, jika kedua-dua
pihak mengambil fikiran yang positif, masalah akan dapat diselesaikan dengan baik.

Selain itu, Teori Perkembangan Emosi Fizikal (Psikososial)Erickson perlu


diterapkan dalam mengatasi kesulitan yang timbul. Menurut Erikson, manusia
berpotensi mengalami perkembangan psikologi yang sihat dan mampu mengatasi
kesulitan mengikut masa dan peringkat perkembangan tertentu. Terdapat lapan
peringkat perkembangan emosi manusia. Setiap peringkat timbul tingkah laku positif
dan negatif yang membawa masalah penyelesaian psikologikal kerana konflik
emosinya.

Selain itu, antara teori yang berkaitan dengan risiko berlakunya kemalangan di
kolam renang ialah seperti Teori Penyebab Kemalangan Domino, Teori Faktor
Manusia Ferrel dan juga Teori Kemalangan Petersen. Beberapa teori pengukuran yang
seringkali digunakan telah di perkenalkan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu dalam
menjalankan pengukuran amalan pengurusan risiko. Teori kemalangan Domino
diperkenalkan oleh Herbert W. Heinrich pada tahun 1920. membuat beberapa
kesimpulan iaitu sebanyak 88 peratus kemalangan disebabkan oleh tindakan tidak
selamat yang dilakukan oleh pekerja, 10 peratus kemalangan adalah disebabkan oleh
keadaan yang tidak selamat dan 2 peratus kemalangan disebabkan oleh punca-punca
yang tidak dapat dielakkan. Heinrich menyatakan bahawa, teori penyebab
kemalangan adalah hubungan antara manusia dan kemudahan, frekuensi dan
hubungan yang teruk, sebab akta yang tidak selamat, peranan pengurusan dalam
mencegah kemalangan, kos kemalangan dan kesan keselamatan terhadap kecekapan.
8
Teori Faktor Manusia Ferrel (1997) pula diperkenalkan oleh Doktor Russel
Ferrel. Beliau mempercayai bahawa kesalahan manusia merupakan sebab yang paling
utama kemalangan yang berlaku. Kemalangan yang berlaku adalah disebabkan
beberapa faktor iaitu bebanan berlebihan, tindak balas yang tidak bersesuaian dan
aktiviti yang tidak sesuai. Teori Kemalangan Petersen merupakan salah satu teori
yang dibina berasaskan sistem pengurusan bukan hanya disandarkan pada individu
semata-mata. Pendekatan ini merujuk kepada kelemahan dalam pengurusan sesebuah
organisasi sehingga menyebabkan kemalangan berlaku. Tiga elemen yang penting
dalam teorinya iaitu elemen perangkap ergonomik, keputusan yang mendorong
kesilapan dan juga kegagalan sistem.

4. Analysis And Evaluation (Analisis dan Penilaian):

Terdapat 2 kajian kes dalam isu ini. Yang pertama berdasarkan aduan ketiga-
tiga pelajar Bangladesh yang tetap dengan pendirian mereka dan rasa ketidakpuasan
hati mereka kerana terdapat penyelamat lelaki kolam renang yang memasuki kawasan
kolam renang wanita. Dan yang kedua berdasarkan laporan penyelamat lelaki di
kolam renang tersebut yang menyatakan bahawa ketiga-tiga pelajar Bangladesh yang
tidak patuh arahan, tidak mendengar teguran, berlaku biadap dengan mengeluarkan
kata-kata yang kesat dan tidak sopan terhadap penyelamat kolam renang dan
kakitangan kolam renang tersebut.

Teori yang dipilih ialah Teori Hierarki Keperluan Maslow. Teori ini
menekankan bahawa seseorang individu perlu memenuhi kesemua keperluan asas
iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan dan keperluan kasih sayang sebelum
memenuhi keperluan penghargaan kendiri dan mencapai kesempurnaan kendiri. Jika
keperluan asas telah dipenuhi, seseorang individu akan lebih yakin pada diri dan
seterusnya membina konsep kendiri yang positif. Penggunaan Teori Hierarki
Keperluan Maslow menekankan komponen keperluan asas seseorang individu yang
perlu dipenuhi terlebih dahulu iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan dan
keperluan kasih sayang sebelum memenuhi komponen keperluan yang lebih tinggi
iaitu penghargaan kendiri dan kesempurnaan kendiri. Seseorang individu akan

9
mempunyai konsep kendiri yang positif jika individu tersebut telah mencapai
kesempurnaan kendiri. Keperluan asas perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum
mencapai tahap kesempurnaan kendiri.

Seperti di dalam kajian kes ini, faktor keselamatan amat dititikberatkan oleh
kedua-dua pihak. Ketiga-tiga pelajar Bangladesh mendapati faktor keselamatan
mereka terancam akibat kemasukan penyelamat lelaki itu kerana mereka tidak
berhijab sepenuhnya. Manakala penyelamat lelaki di kolam renang itu merasakan
faktor keselamatan orang awam adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh penyelamat
lelaki itu kerana itu merupakan tugasnya sebagai penyelamat di kolam renang itu. Hal
ini kerana ketiga-tiga pelajar itu memasuki kolam renang tanpa memakai topi kepala
renang.

Kesimpulannya, kedua-dua pihak berasakan keselamatan merupakan aspek


penting dan mereka sangat menetapkan pendirian masing-masing untuk
mempertahankan hak masing-masing.

5. Action Plan (Pelan Tindakan):

Terdapat beberapa pelan tindakan yang boleh dilakukan iaitu dengan memberi
penerangan secara berhemah. Sepatutnya, penyelamat yang memasuki kawasan kolam
renang wanita merupakan juga seorang wanita. Hal ini kerana ada pelanggan yang
memberitahu bahawa kebiasaannya penyelamat yang memasuki kawasan kolam
renang wanita itu merupakan seorang wanita.

Pelan tindakan yang kedua pula ialah dengan menunjukkan Prosedur dan
Peraturan secara jelas. Hal ini kerana merupakan tanggungjawab pihak kolam renang
jika berlaku perkara yang tidak diingini berlaku.

Selain itu, bahasa mencerminkan budaya. Seperti yang dimaklumi, bahawa


setiap budaya lain caranya. Berkemungkinan besar budaya Negara Bangladesh tidak
membenarkan lelaki berada di kawasan mandian perempuan. Jadi, ketiga-tiga pelajar
terasa terancam apabila melihat lelaki berkenaan. Manakala budaya di Malaysia juga

10
lain. Hal ini kerana kebanyakan pegawai penyelamat di kolam renang adalah lelaki.
Oleh itu, peranan berbahasa amat penting untuk keharmonian bersama.

6. Evaluation Of Consequences (Penilaian Akibat):

Objektif kajian ini adalah untuk menghuraikan masalah-masalah, faktor-faktor


yang menyumbang kepada masalah dan memberi cadangan kepada penyelesaian kes
ini. Masalah-masalah yang dihadapi adalah perasaan tidak puas hati 3 orang pelajar
Bangladesh terhadap penyelamat kolam renang tersebut. Mereka sangat tidak berpuas
hati apabila ada lelaki yang memasuki kawasan mandian wanita walaupun sudah
diberitahu oleh penyelamat tersebut bahawa beliau merupakan pekerja sebagai
penyelamat di kolam renang tersebut. Selain itu, masalah dalam isu ini ialah adalah
kelakuan ketiga-tiga pelajar Bangladesh tersebut yang tidak mematuhi arahan, tidak
menghiraukan teguran, berkelakuan kasar terhadap pekerja-pekerja kolam renang dan
mengeluarkan kata-kata kesat.

Manakala faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini ialah apabila


kedua-dua pihak mempertahankan prinsip dan hak masing-masing. Dalam skop kajian
saya ini, saya mendapati salah satu punca mengapa perselisihan faham ini tidak dapat
diselesaikan adalah disebabkan kegagalan berkomunikasi dengan baik.

Selain itu, sebagai seorang pelajar, peraturan-peraturan perlu diikuti kerana


pelajar terbabit masih dalam kawasan universiti. Adab dan tatasusila perlu dijaga agar
tindakan tatatertib tidak dikenakan oleh pihak universiti terhadap pelajar terbabit
kerana melanggar peraturan dan tidak menghormati insan lain.

Untuk langkah jangka pendek, pihak pengurusan seharusnya mencari jalan


penyelesaian dengan mewujudkan kakitangan pekerja yang bersesuain dengan jantina
dan ditempatkan di tempat yang bersesuaian. Hal ini kerana tempat kolam renang
merupakan tempat yang sensitif bagi sesetengah insan yang sangat menjaga
keperibadiannya.

Manakala langkah jangka panjang pula pihak pengurusan hendaklah


Memperkukuhkan organisasi dan pembangunan modal insan dengan memantapkan

11
struktur organisasi dengan pertambahan pekerja yang bersesuaian. Kedua,
meningkatkan sistem pengurusan bagi menyokong penggubalan dasar dan membuat
keputusan. Ketiga, Meningkatkan sumber kewangan dan memantapkan pengurusan
kewangan dengan meningkatkan perundingan dan kepakaran dan yang terakhir
memantapkan perundangan, peraturan dan garis panduan.

Kesimpulannya kes seperti ini boleh di atasi dengan baik melalui tindakan
bijak oleh kedua-dua pihak. Dalam hal ini, pihak pengurusan kolam renang
seharusnya lebih peka dengan keadaan persekitaran kolam renang dari awal lagi.
Peraturan-peraturan hendaklah diberitahu dengan lebih jelas supaya tiada masalah
kefahaman komunikasi. Kes seperti ini dapat diaatasi dengan pendekatan toleransi
antara satu sama lain.

Rujukan

Compiled Rachel M. Cory. (1986). Kohlberg's Stages Of Moral Development.

https://deenaezzati.wordpress.com/teori-perkembangan-moral/teori-kohlberg/
diakses pada 1/12/20016.

http://modul.mercubuana.ac.id/files/pbael/pbaelmercubuanaacid/Modul%20Backlink/Modul
%20Ganjil%202010-2011/Fakultas%20Psikologi/Filino%20Firmansyah%20-%20Kode
%20Etik%20Psikologi/ModulKodeEtikPsikologiGJ1011TM7.pdf
diakses pada 1/12/20016.

http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/teori-perkembangan.pdf
diakses pada 1/12/20016.

http://retnasatriyani.blogspot.my/2010/11/kolam-renang.html
diakses pada 11/1/20017.

12
http://gurupintar.com/threads/bagaimana-etika-saat-di-kolam-renang.8032/
diakses pada 11/1/20017.

13

You might also like