Ekonomi Johor k1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

SULIT 3757/1

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

PEPERIKSAAN PERCUBAAN (SET 1)


SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 3757/1
EKONOMI ASAS
Kertas 1
September
1 jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu, A, B, C dan D. Bagi
setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas
jawapan objektif yang disediakan.

4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baru.

5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh di program.

Kertas soalan ini mengandungi 14 halaman bercetak


[Lihat Halaman Sebelah
3757/1 SULIT
SULIT 2 3757/1

1 Maklumat di bawah berkaitan dengan masalah ekonomi yang dihadapi oleh pihak kerajaan.

Peruntukan kerajaan : RM3.8 juta


Pilihan :
Membina sekolah di Kampung A
Membina hospital di B

Sekiranya kerajaan membina projeknya di Kampung A, apakah kos lepas yang terlibat?
A Sekolah di Kampung A
B Hospital di Pekan B
C Bahan mentah diperlukan untuk membina sekolah
D Bahan mentah diperlukan untuk membina hospital

2 Pernyataan di bawah menjelaskan tentang jenis barang dalam ekonomi.

Individu dalam sesuatu ekonomi tidak boleh dinafikan haknya untuk menggunakan
sesuatu barang dan perkhidmatan walaupun tidak perlu dibayar. Kuantiti barang dan
perkhidmatan tersebut adalah terhad.

Antara jenis barang berikut yang manakah paling tepat mewakili pernyataan di atas ?
A Barang awam
B Barang percuma
C Barang ekonomi
D Barang keperluan

3 Pernyataan di bawah adalah berkenaan dengan masalah asas ekonomi.

Kenaikan kadar upah dalam sektor perkilangan telah menyebabkan sebuah syarikat
perkilangan menggunakan lebih banyak mesin dan kurang buruh dalam pengeluaran.

Pernyataan tersebut merujuk kepada masalah


A Jenis barang yang hendak dikeluarkan
B Kuantiti barang yang hendak dikeluarkan
C Cara barang yang hendak dikeluarkan
D Untuk siapa barang dikeluarkan

4 Siapakah yang mengeluarkan barang dan perkhidmatan dalam sistem ekonomi perancangan
pusat?
A Firma kerajaan dengan tujuan mencapai untung maksimum
B Firma kerajaan dengan tujuan menjaga kebajikan rakyat
C Firma swasta dengan tujuan mencapai untung maksimum
D Firma swasta dengan tujuan menjaga kebajikan rakyat

[Lihat Halaman Sebelah


3757/1 SULIT
SULIT 3 3757/1

5 Pernyataan di bawah adalah berkenaan dengan masalah asas ekonomi.

Ciri-ciri sistem ekonomi Negara Z:


Bebas memiliki faktor pengeluaran
Bebas membuat keputusan
Bebas mendapat untung

Bagaimanakah Negara Z mengatasi masalah untuk siapakah dikeluarkan ?


A Menjalankan pencatuan
B Mengikut agihan pendapatan yang tidak setara
C Menggunakan kepakaran perancang ekonomi
D Mengikut kehendak kerajaan

6 Jadual di bawah menunjukkan anggaran gaji bagi jawatan-jawatan tertentu.


Jawatan Upah (RM)
Pengetua sekolah 6 000
Penyelia kilang 2 500
Akauntan bank 7 800
Berdasarkan jadual di atas, manakah bukan disebabkan oleh perbezaan upah mungkin
disebabkan oleh faktor-faktor berikut kecuali
A kelayakan akademik
B kemahiran
C lama berkhidmat
D minat

7 Pernyataan di bawah merujuk kepada faktor pemilihan pekerjaan.

Cik Syuhada seorang graduan dalam jurusan seni bina daripada Universiti Ohio, memilih
menjadi seorang guru di sebuah tadika yang berdekatan dengan rumahnya. Walau pun
tidak menawarkan bonus, Cik Syuhada tetap menerima jawatan tersebut.

Apakah faktor yang mempengaruhi Cik Syuhada memilih kerjaya tersebut?


A Jarak
B Upah wang
C Faedah sampingan
D Kelayakan akademik

8 Maklumat berikut berkaitan dengan jenis pendapatan individu

Pendapatan individu - X = Pendapatan boleh guna

Apakah X ?
A Bayaran ansuran kereta
B Pelepasan cukai
C Perbelanjaan penggunaan
D Potongan wajib

[Lihat Halaman Sebelah


3757/1 SULIT
SULIT 4 3757/1

9 Jadual di bawah menunjukkan pendapatan, perbelanjaan dan tabungan Encik Zaki.

Bil Jawatan Upah (RM)


1 Pendapatan 40 000
2 Perbelanjaan 28 000
3 Tabungan 5 000

Berdasarkan jadual di atas, berapakah jumlah potongan wajib yang telah dikenakan ke atas
Encik Zaki ?
A RM6 000
B RM7 000
C RM12 000
D RM33 000

10 Jadual menunjukkan jumlah pendapatan dan pembayaran bagi satu tahun tertentu.

Butiran Jumlah ( RM )
Pendapatan tahunan 35 000
Caruman KWSP 3 850
Premium insurans nyawa 1 600
Cukai pendapatan 250
Bayaran zakat 400
Caruman PERKESO 525

Hitungkan pendapatan boleh guna.


A RM 28 375
B RM 28 900
C RM 29 300
D RM 29 975

11 Pilih pasangan pernyataan yang betul berkaitan keperluan dan kehendak pengguna

Keperluan Kehendak
I Tidak menjadi keutamaan Sebahagiannya tidak tercapai
II Tidak Dipengaruhi oleh tingkat Dipengaruhi oleh tingkat
pendapatan pendapatan
III Sama untuk semua pengguna Berbeza antara pengguna
IV Harga barang ditentukan oleh Harga barang dikawal oleh
mekanisme harga kerajaan

A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV

[Lihat Halaman Sebelah


3757/1 SULIT
SULIT 5 3757/1

12 Gambar di bawah berkaitan tujuan pinjaman.

SYARIKAT ALIFF FOOD

Pengeluar Makanan Sejuk Beku

Sejak 2004 Saya perlu pinjam wang dari


bank perdagangan

Pengurus
Antara yang berikut, yang manakah tujuan individu di atas membuat pinjaman?
A Untuk membiayai kekurangan wang harian
B Untuk membeli rumah
C Untuk memulakan perniagaan
D Untuk menambahkan modal perniagaan

13 Pernyataan yang benar mengenai konsep permintaan.


A Keluk permintaan mencerun ke atas dari kiri ke kanan.
B Permintaan individu ditakrifkan sebagai permintaan berkesan.
C Hubungan antara harga dan kuantiti diminta adalah secara langsung.
D Semakin tinggi harga barang, semakin kurang kuantiti yang diminta

14 Maklumat berikut boleh menyebabkan perubahan dalam permintaan barang V?

Harga barang V dijangka menurun pada masa depan


Kadar cukai pendapatan individu meningkat

Keluk yang manakah menunjukkan perubahan permintaan bagi barang V?

[Lihat Halaman Sebelah


3757/1 SULIT
SULIT 6 3757/1

15 Rajah di bawah menunjukkan pergerakan titik A ke B di sepanjang keluk permintaan.

Harga ( RM )
Barang X
D
PO A

P1 B

0 QO Q1 Kuantiti Barang X (Unit)

Apakah faktor yang menyebabkan pergerakan titik dari B ke A ?


A Kenaikan harga barang penggenap
B Kejatuhan harga barang penggenap
C Kenaikan harga barang itu sendiri
D Kejatuhan harga barang itu sendiri

16 Pernyataan berikut berkaitan dengan pengeluaran jangka pendek.

Kilang X menggunakan 20 orang pekerja untuk mengeluarkan 280 pasang kasut sehari.
Tambahan 4 orang pekerja menyebabkan pengeluaran bertambah kepada 380 pasang sehari.

Berapakah keluaran sut bagi pekerja yang ke 24?


A 10.0
B 15.0
C 20.0
D 25.0

17 Jadual di bawah menunjukkan kos pengeluaran sebuah firma dalam jangka pendek.

Keluaran ( Unit ) Jumlah Kos ( RM )


0 100
1 180
2 250
3 300
4 440

Hitungkan kos berubah untuk mengeluarkan 4 unit keluaran .


A RM 40
B RM 85
C RM 100
D RM 140

[Lihat Halaman Sebelah


3757/1 SULIT
SULIT 7 3757/1

18 Jadual di bawah menunjukkan peratus perubahan kuantiti yang ditawar dan peratus
perubahan harga bagi barang A dan barang B

Peratus Perubahan Peratus Perubahan


Barang
Harga Kuantiti Ditawar
A 22.0 26.0
B 30.8 15.2

Apakah jenis keanjalan harga penawaran untuk barang A dan B?


Barang A Barang B
A Anjal Tidak anjal
B Anjal Anjal satu
C Anjal satu Tidak anjal
D Tidak Anjal Anjal

19 Jadual di bawah menunjukkan permintaan pasaran

Harga Kuantiti Diminta (unit)


(RM) Pengguna A Pengguna B
10.50 80 70
20.50 70 65
30.50 60 60
40.50 55 55

Berapakah harga keseimbangan, jika kuantiti penawaran ialah 110 unit.


A RM 10.50
B RM 20.50
C RM 30.50
D RM 40.50

[Lihat Halaman Sebelah


3757/1 SULIT
SULIT 8 3757/1

20 Rajah di bawah menunjukkan permintaan dan penawaran bagi ubat gigi di pasaran.

Pilih pernyataan yang benar tentang permintaan dan penawaran ubat gigi tersebut
A Harga RM6, wujud lebihan penawaran sebanyak 160 unit.
B Harga RM6, wujud lebihan permintaan sebanyak 120 unit
C Harga RM2, wujud kekurangan permintaan sebanyak 80 unit.
D Harga RM2, wujud kekurangan penawaran sebanyak 80 unit.

21 Jadual di bawah menunjukkan permintaan pasaran dan penawaran pasaran di pasaran buruh.

Upah ( RM ) Kuantiti ( orang )


Permintaan Pasaran Penawaran Pasaran
20 30 60
30 50 50
50 60 30

Pilih pernyataan yang benar berkaitan dengan jadual tersebut.


A Pada upah RM 20, penawaran buruh adalah seramai 60 orang.
B Lebihan penawaran buruh adalah seramai 60 orang.
C Pada upah RM 20, penawaran buruh melebihi permintaan buruh sebanyak 30 orang.
D Upah cenderung turun pada kadar upah RM 20 untuk mencapai keseimbangan.

[Lihat Halaman Sebelah


3757/1 SULIT
SULIT 9 3757/1

22 Rajah di bawah menunjukkan aliran pusingan pendapatan dalam ekonomi dua sektor.

IV
X

III

Syarikat Indah Encik Kamal


Permai Pengurus

II
Y

Antara yang berikut, yang manakah betul tentang aliran dalam rajah tersebut?
I Encik Kamal membuat bayaran penggunaan
II Syarikat Indah Permai membuat bayaran upah
III Encik Kamal menyewakan rumah kedai di Y
IV Syarikat Indah Permai menawarkan perabot di X
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

23 Wang digunakan untuk mengatasi masalah kehendak serentak.


Apakah fungsi wang tersebut?
A Ukuran nilai
B Simpanan nilai
C Bayaran tertunda
D Perantaraan pertukaran

24 Maklumat berikut berkaitan dengan kemudahan pinjaman yang disediakan oleh bank
perdagangan. Puan Suraya mempunyai akaun semasa di bank CIMB Johor Bharu. Berikut
adalah transaksi akaun beliau pada 21 Jun 2017.

Butiran Jumlah ( RM )
Baki dalam akaun RM 1500
Overdraf diluluskan RM 5000
Pengeluaran dilakukan RM 4000

Berapakah jumlah overdraf yang telah digunakan oleh Puan Suraya pada tarikh tersebut?
A RM 1500
B RM 2500
C RM 4000
D RM 5000

[Lihat Halaman Sebelah


3757/1 SULIT
SULIT 10 3757/1

25 Encik Razak membeli sebuah rumah dengan bayaran ansuran sebanyak RM 1200 sebulan.
Apakah perkhidmatan bank perdagangan yang memudahkan Encik Razak untuk membuat
pembayaran ansuran kereta tersebut.
A Draf bank
B Debit langsung
C Pindahan kredit
D Perintah sedia ada

26 Maklumat di bawah berkaitan dengan satu perkhidmatan bank perdagangan.


Puan Fatiha telah menggunakan perkhidmatan kad kredit. Dia telah membeli seutas rantai
emas bernilai RM 3500 secara kredit. Kadar faedah harian yang dikenakan oleh bank
perdagangan ialah 0.5 peratus sehari.
Berapakah jumlah bayaran balik yang perlu dilakukan oleh Puan Fatiha kepada bank jika dia
mengambil masa satu minggu untuk membayar balik?
A RM 3622.50
B RM 3517.50
C RM 3522.50
D RM 3500.50

27 Bagaimanakah bank pusat mengawal kemelesetan ekonomi?


A Menaikkan nisbah rizab berkanun
B Menurunkan kadar faedah
C Mengetatkan syarat sewa beli
D Menjual surat jaminan kerajaan

28 Maklumat berikut berkaitan dengan fungsi dua institusi kewangan bukan bank K dan L.

K L
Menyediakan kemudahan pinjaman Membantu membiayai projek kerajaan dengan
perumahan kepada orang ramai membeli surat jaminan kerajaan dan projek lain.
Melabur 70% daripada deposit dalam Membayar zakat bagi pihak penyimpan kepada
sekuriti kerajaan Majlis Agama Islam di negeri masing-masing

Apakah K dan L?
K L
A Bank Simpanan Nasional Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja
B Lembaga Tabung Haji Syarikat insurans

C Kumpulan Wang Simpanan Bank Simpanan Nasional


Pekerja

D Bank Simpanan Nasional Lembaga Tabung Haji

[Lihat Halaman Sebelah


3757/1 SULIT
SULIT 11 3757/1

29 Carta di bawah menunjukkan peratus sumbangan sektor perkhidmatan dan sektor pertanian
mengikut negeri pada tahun 2015.

Pernyataan yang manakah benar tentang sumbangan kedua-dua sektor di atas kepada KDNK
Malaysia pada tahun 2015?
A Sumbangan sektor utama mengatasi sumbangan sektor ketiga
B Selangor penyumbang terbesar dalam sektor ketiga dan sektor utama
C Sumbangan sektor utama Johor lebih besar berbanding sektor perkhidmatan
D Sabah dan Sarawak penyumbang utama dalam sektor utama.

30 Rajah di bawah menunjukkan bajet kerajaan persekutuan yang berjumlah RM 260 800 juta
bagi tempoh satu tahun.

Pernyataan manakah benar bagi menerangkan hasil kerajaan persekutuan bagi tahun 2017?
A Kutipan cukai tidak langsung merupakan sumbangan terbesar
B Jumlah hasil cukai langsung ialah RM 112 404.8 juta
C Cukai langsung telah menyumbang sebanyak 46.3%
D Jumlah hasil bukan cukai ialah RM 39 000 juta

[Lihat Halaman Sebelah


3757/1 SULIT
SULIT 12 3757/1

31 Pernyataan yang manakah berkaitan dengan cukai tidak langsung?


A Syarikat Suria membayar cukai sebanyak 25% untuk keluaran kayu balak yang dieksport
ke luar negara
B Kerajaan mengenakan cukai sebanyak 35% ke atas barangan keluaran kilang kasut yang
memasarkan keluarannya di pasaran tempatan
C Syarikat Jasa membayar cukai sebanyak 28% daripada keuntungannya kepada kerajaan
D Puan Suraya membayar tambahan 5% daripada jumlah harga makanan di hotel

32 Perbualan di bawah merujuk kepada satu masalah ketidakstabilan ekonomi yang dihadapi
oleh negara X.

Bagaimanakah bank pusat di negara X mengatasi masalah itu?


I Menaikkan kadar faedah
II Membeli surat jaminan kerajaan
III Memperketat syarat sewa beli
IV Meningkatkan kadar rizab berkanun
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

33 Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber pinjaman luar negara?
I Pinjaman pasaran
II Pinjaman projek
III Sekuriti kerajaan
IV Kredit pembekal
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

34 Semua yang berikut merupakan perbezaan antara perdagangan dalam negeri dengan
perdagangan antarabangsa, kecuali
A mobiliti faktor pengeluaran
B jarak dan kos
C khidmat sokongan
D kebudayaan

[Lihat Halaman Sebelah


3757/1 SULIT
SULIT 13 3757/1

35 Maklumat di bawah adalah berkaitan dengan sekatan perdagangan.

Malaysia mengenakan sekatan perdagangan ke atas produk susu dari Negara China
apabila didapati produk susu tersebut mengandungi bahan kimia yang berbahaya untuk
kesihatan

Apakah jenis sekatan perdagangan yang dinyatakan di atas?


A Tarif
B Kuota
C Embargo
D Sekatan bukan ekonomi

36 Antara yang berikut, yang manakah dapat memperbaiki imbangan pembayaran Malaysia?
I Firma Amerika Syarikat membuat pelaburan dengan membuka kilang di Petaling Jaya
II Menganjurkan Sukan Komanwel
III Pembantu rumah dari Indonesia menghantar wang balik ke Indonesia
IV JPA membiayai pelajar tempatan untuk melanjutkan pelajaran di New Zealand
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

37 Maklumat berikut berkaitan dengan perubahan kadar pertukaran Ringgit Malaysia (RM)
berbanding Dolar Singapura (S$) pada tahun 2009.

Jun September

S$1.00 =kesan
Apakah RM 2.30 S$1.00
perubahan = RM
kadar 2.50
pertukaran tersebut kepada eksport dan import Malaysia?

Eksport Import
A Meningkat Menurun
B Meningkat Meningkat
C Menurun Menurun
D Menurun Meningkat

[Lihat Halaman Sebelah


3757/1 SULIT
SULIT 14 3757/1

Pilihan jawapan bagi Soalan 38 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut.

Pilihan Pernyataan I Pernyataan II


A Betul Salah
B Salah Betul
C Salah Salah
D Betul Betul

38 I Pendapatan boleh guna boleh digunakan setelah ditolak potongan wajib

II Semakin tinggi potongan wajib, semakin rendah pendapatan boleh guna

39 I Jika pendapatan boleh guna melebihi perbelanjaan penggunaan, tabungan adalah negatif.
Sebaliknya, jika pendapatan boleh guna kurang daripada perbelanjaan penggunaan,
tabungan adalah positif.

II Pelaburan ialah perbelanjaan terhadap barang-barang modal atau penambahan stok


modal.

40 I Pertukaran asing ialah nilai mata wang sesebuah Negara dalam sebutan mata wang asing

II Kadar pertukaran asing ditakrif sebagai jumlah mata wang asing yang disimpan di bank
pusat sesebuah Negara.

KERTAS SOALAN TAMAT

[Lihat Halaman Sebelah


3757/1 SULIT

You might also like