2sejarah Baru

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

9) RUMUSAN

Pengetahuan yang dipoleh daripada tajuk kajian ini ialah imperialisme Barat telah
menyebabkan kekayaan hasil bumi negara kita telah dikuasai oleh penjajah Barat untuk
kemajuan dan keuntungan mereka. Tanah jajahan seperti negara kita dibiarkan dalam
keadaan mundur dalam aspek ekonomi dan pendidikan. Pengenalan sistem
pentadbiran Barat telah mengancam kedudukan pemerintahan tempatan dan adat
istiadat yang diwarisi sejak turun temurun. Penjajah Barat turut menindas penduduk
tempatan dengan memperkenalkan Sistem Tanaman Paksa di Indonesia dan Sistem
Poolo di Filipina.

Nilai patriotriotisme yang daripada dasar imperialisme Barat di Asia Tenggara ialah,
rakyat Malaysia perlu bersatu padu agar kestabilan politik negara sentiasa terpelihara,
perpaduan rakyat juga mampu menghalang kemaraan penjajahan asing pada masa
hadapan. Rakyat Malaysia juga perlulah berani dalam mempertahankan kedaulatan
negara pada masa hadapan, kerana disinilah tanah tumpah darah kita. Rakyat Malaysia
juga perlu memiliki semangat jati diri yang tinggi agar tidak mudah terpengaruh
dengan budaya dan dakyah asing yang boleh mengancam kedaulatan negara kita.

Harapan saya agar rakyat Malaysia sentiasa menghargai keamanan dan kestabilan
politik negara agar kedaulatan negara sentiasa terpelihara. Rakyat Malaysia juga perlu
berusaha menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran agar pembangunan
negara tidak terlalu bergantung kepada kepakaran daripada negara luar. Pemimpin
negara perlu mentadbir negara dengan cekap agar kebajikan rakyat sentiasa diberi
keutamaan.

You might also like