Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

990703-01-6267 MUHAMAD AIMAN SYAKIR BIN ZAMZURI ANAS

ECM3: Keburukan Penggunaan Rokok Elektronik


(Vape)

Dasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap
penjuru dunia akan isu penggunaan rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai
vape. Pada dasarnya rokok elektronik ini telah mula diperkenalkan oleh Herbet
A.Gilbert pada tahun 1963 dan dikomersialkan oleh seorang ahli farmasi China yang
bernama Hon Lik pada tahun 2003. Stigma masyarakat dunia pada hari ini
menyatakan bahawa rokok elektronik merupakan satu revolusi daripada
penggunaan rokok konvensional dan selamat untuk digunakan malah ada yang
berpendapat bahawa penggunaan rokok elektronik mampu menjadi wahana untuk
seseorang itu berhenti merokok. Hal ini kerana kononnya bahan yang terkandung di
dalam rokok elektronik tidak berbahaya dan hanya mengeluarkan sejenis wap jika
dihisap berbeza seperti rokok. Namun sayang seribu kali sayang, setelah meneliti
beberapa kajian yang telah dilakukan ke atas vape, ternyata masih terdapat kesan
negatif kepada pengguna yang menggunakan alat ini dalam jangka masa panjang
bak kata pujangga,air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Jangan sampai
ketaksuban melangkaui kewarasan dan memudaratkan kesihatan.Oleh yang
demikian, dalam konteks ini segala keburukan mengenai rokok elektronik akan
dikupas satu persatu demi kebaikan sarwajagat.

Pada hemat saya, antara kebobrokan rokok elektronik yang perdana ialah
penggunaannya boleh menjejaskan kesihatan manusia dalam jangka masa yang
panjang. Hal ini kerana kandungan cecair nikotin yang terdapat di dalam rokok
elektronik boleh menyebabkan penyakit seperti darah tinggi, serangan jantung,
kecacatan bayi, rabun, putus haid awal dan kesan sampingan lain. Sebagai contoh,
pengambilan nikotin yang berlebihan dan tidak terkawal juga boleh membawa
kepada penyakit barah. Menurut Pegawai Perubatan Pusat Saringan Kanser,
Institut Kanser Negara, Dr. Dalillah Kamarudin menyatakan bahawa proses
pengewapan yang dihasilkan cecair nikotin di dalam rokok elektronik mempunyai
sifat yang sama dengan asid nitrik. Hal ini turut diperkukuhkan lagi oleh Timbalan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr.Helmi Yahya yang menyatakan bahawa di dalam
rokok elektronik terdapat nikotin dan apabila dipanaskan melebihi lima volt, bahan
tersebut akan bertukar menjadi pengawet. Bahan pengawet inilah yang
meningkatkan risiko atau kemungkinan penyakit kanser dalam tubuh badan.
Memang tidak dinafikan bahawa menghisap rokok elektronik boleh mengurangkan
gejala merokok namun selagi bahan berbahaya nikotin kekal sabagai teras
pembuatannya, nyawa dan kesihatan manusia masih dalam bahaya. Natijahnya,
pesakit kanser di seluruh dunia akan bertambah dan sukar untuk dibendung. Oleh
itu, sememangnya rokok elektronik akan menjejaskan keaadan fisiologi seseorang
manusia dari aspek kesihatan amnya.
990703-01-6267 MUHAMAD AIMAN SYAKIR BIN ZAMZURI ANAS

Selain itu, impak negatif yang selanjutnya ialah rokok elektronik akan
menyebabkan penggunanya mengalami ketagihan akibat daripada elemen candu
yang terkandung dalam gadjet berkenaan. Dalam hal ini, apabila seseorang itu
menggunakan rokok elektronik sebagai alternatif daripada menggunakan rokok
biasa ataupun rokok tembakau adalah menjadi satu kesalahan yang amat besar.
Hal ini kerana,rokok elektronik mengandungi kandungan nikotin cair yang memiliki
unsur candu seperti bahaya narkoba yang tidak kurang hebatnya dengan tembakau
biasa.Tamsilya,nikotin yang terkandung dalam rokok elektronik akan menyebabkan
tubuh seseorang itu merasakan perasaan sensasi yang amat menyenangkan dan
adakalanya menghairahkan sehingga mereka ingin melakukannya berulang kali.Jika
ditelusuri,para remaja pada masa ini cenderung untuk menggunakan rokok
elektronik kerana salah satunya tujuannya adalah untuk melepaskan tekanan dan
rasa ingin cuba yang tinggi. Perkara yang dibimbangkan ialah jika para remaja ini
tidak dikawal,perkara budaya hedonisme dan liberalisme mungkin akan menular
dalam jiwa mereka. Natijahnya, tidak akan wujud golongan belia yang sihat dan kritis
serta mampu mendepani cabaran negara yang bakal menghambat kelak bak kata
peribahasa, pemuda harapan bangsa,pemudi tiang Negara.

Di samping itu, implikasi negatif rokok elektronik yang paling berbahaya


kepada pengguna ialah rokok elektronik berupaya untuk menghasilkan ledakan atau
letupan minor tanpa dijangka oleh pengguna yang sedang menghisapnya. Hal ini
kerana penggunaan rokok elektronik yang semakin menjadi trend pada era
urbanisasi ini telah menyebabkan sesetengah peniaga rokok elektronik menjadi
lintah darat dengan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan sehingga
sanggup menjual serta mengedarkan rokok elektronik yang tidak diluluskan oleh
SIRIM yang akhirnya mendatangkan kemudaratan kepada si pengguna. Lanjutan
daripada huraian di atas, pengguna yang pada awalnya tidak bersalah secara
implisit akan menjadi mangsa kerakusan peniaga-peniaga yang tidak
bertanggungjawab tersebut.Walaupun kapasiti bateri atau arus yang mengalir dalam
rokok elektronik tersebut sedikit namun ledakan yang dihasilkan mampu
menyebabkan mulut seseorang pengguna itu terbakar.Sebagai analoginya,menurut
utusan online bertarikh 10 Februari 2016, Ryan Balley, seorang remaja yang berasal
Britain nyaris maut apabila rokok elektronik miliknya meletup di mulutnya ketika
sedang asyik menghisap gadget tersebut. Dalam masa yang sama, seorang
eksekutif sebuah bank di ibu Negara baru baru ini dikejarkan ke hospital apabila
rokok elektronik yang disimpan di dalam poketnya meletup secara tiba-tiba. Jika
dikaji, hal ini bukan sahaja membahayakan pengguna tetapi mungkin akan
membahayakan keselamatan komuniti sekeliling. Oleh sebab itu, mencegah adalah
lebih baik daripada merawat kerana tiada gunanya seseorang itu menyesal setelah
badan binasa akibat vape kerana nasi sudah menjadi bubur dan sesal dahulu
pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Seterusnya, rokok elektronik juga boleh menyebabkan pembaziran wang


berlaku. Hal ini kerana rokok elektronik bukan datang bergolek secara percuma dan
sudah pasti mereka yang menginginkannya perlu mengeluarkan wang untuk
990703-01-6267 MUHAMAD AIMAN SYAKIR BIN ZAMZURI ANAS

membelinya. Namun jika kita lihat senario pada hari ini, ada rokok elektronik yang
mencecah ratusan ringgit dan pengguna sanggup untuk membelinya kerana
pembeliannya hanya sekali sahaja dan jika cecair nikotin di dalam gadjet tersebut
sudah habis maka mereka hanya perlu membeli cecair tersebut sahaja. Horizon
perspektif pengguna rokok elektronik atau vape ini biasanya akan menganggap
rokok biasa lebih mahal harganya kerana pengenaan cukai terhadap barangan
tembakau ini. Namun, perlu ditegaskan di sini bahawa seseorang yang berfikiran
waras dan jauh tidak akan menggunakan wang ringgit pada jalan yang membawa
kepada pembaziran apatah lagi pembaziran yang secara berkala ini sebaliknya
menggunakannya untuk tujuan yang berfaedah demi menjamin masa depan diri dan
keluarga. Misalnya, seseorang yang ketagih terhadap rokok elektronik diramal
mampu membelanjakan duit untuk membeli gadjet ini bermula daripada RM 100 ke
atas sehinggalah ribuan ringgit. Bagi cecairnya pula, jika jenis tempatan harganya
dalam lingkungan RM 25 hingga RM 30 manakala cecair import pula harganya
antara RM 90 hingga RM 100. Maka anggaran kos paling minimum bagi seseorang
itu membeli gadjet ini lengkap dengan aksesorinya adalah berjumlah RM 200
manakala maksimum boleh mencecah kepada RM 1500 per seorang. Itu baru
seorang, jika puluhan ribu manusia yang menggunakannya,gejala pembaziran akan
terus meningkat. Dalam konteks, adalah lebih baik jika wang yang digunakan untuk
membeli rokok elektronik itu disalurkan kepada badan-badan kebajikan yang lebih
memerlukan atau boleh dijadikan modal untuk membuka perniagaan bagi
menambah pendapatan bulanan. Pembelian gadjet ini dikatakan suatu pembaziran
kerana kenikmatan yang mereka alami hanyalah sementara sahaja sama seperti
merokok. Jika masyarakat pada hari ini terus melabur wang mereka ke arah
pembaziran, hal ini akan mempengaruhi gaya hidup generasi yang akan datang
kerana Imam Al-Ghazali pernah berkata,bagaimana bentuk pemuda masa ini,itulah
bentuk masyarakat akan datang. Oleh itu, pembelian vape ini sememangnya indah
khabar dari rupa kerana menggalakkan aktiviti pembaziran bukannya agen
penyembuhan.

Keburukan rokok elektronik yang terakhir ialah penggunaannya yang tidak


terkawal menimbulkan rasa tidak senang kepada masyarakat sekeliling. Hal ini
disebabkan oleh sesetengah pengguna vape khususnya golongan remaja berasa
bangga meniup asap palsu tersebut tidak mengira tempat dan waktu. Malah
sehingga pada satu tahap nanti,penggunaan vape bukan lagi menjadi alat untuk
menggantikan rokok tetapi akan menjadi budaya liberal yang tidak sihat dan boleh
memberikan imej yang negatif kepada Negara. Seyogianya, bukan semua manusia
menyukai rokok elektronik atau vape, maka para pengguna gadjet ini perlu
memikirkan perasaan orang yang berada di sekeliling mereka kerana asap vape
yang dilepaskan ke udara akan mengganggu ketenteraman awam lebih lebih lagi di
tempat tumpuan orang ramai seperti restoran, pusat beli-belah, taman rekreasi dan
tempat tumpuan pelancong asing. Meskipun ada dalam kalangan masyarakat yang
menyokong aktiviti tersebut dengan alasan kurang memudaratkan kesihatan
berbanding rokok dan sebahagiannya tidak mengandungi nikotin, namun sebagai
seorang yang beragama dan berpegang kepada prinsip hidup yang murni hendaklah
dinilai dari sudut adab dan budaya. Malangnya, pada hari ini kita lihat pengguna
vape tidak hanya didominasi oleh kaum lelaki malah kaum wanita juga telah
berjinak-jinak dengan gadjet ini. Hal ini memperlihatkan bahawa kaum wanita pada
hari ini semakin luntur nilai kesantunan dan malu mereka. Menurut pakar motivasi,
990703-01-6267 MUHAMAD AIMAN SYAKIR BIN ZAMZURI ANAS

Datuk Dr. Fadhilah Kamsah berkata bahawa kaum wanita sewajarnya menyuburkan
jiwa mereka dengan sifat malu dan kaum lelaki pula perlu disuburkan dengan adab.
Implikasinya ,jika perasaan malu senipis kulit bawang, maka bermacam-macam
kebobrokan dan kemerosotan nilai adab dan akhlak boleh berlaku seperti kes di
atas. Oleh sebab itu, sememangnya sudah terang lagi bersuluh bahawa
penggunaan vape ini bertentangan dengan norma ketimuran dan kesantunan
masyarakat tempatan. Seseorang itu perlu menilai sendiri, adakah dengan
menghisap vape tersebut dapat memberi nilai dan qudwah yang baik terhadap anak-
anak dan masyarakat sekeliling?

Secara ikhtisarnya, tak tumbuh tak melata,tak sungguh orang tak


kata.Ironinya,penggunaan rokok elektronik atau vape pada masa ini sememangnya
lebih banyak mendatangkan impak negatif dari aspek kesihatan,keselamatan,
pembaziran wang dan soal jati diri berbanding impak positif berdasarkan fakta yang
telah dikemukan dalam hujah dia atas. Memang tidak dinafikan bahawa rokok
elektronik merupakan teknologi baru yang dicipta untuk menggantikan penggunaan
rokok. Namun perlu diingat bahawa selagi terdapat bahan-bahan berbahaya seperti
nikotin,gliserin dan sebagainya dalam gadjet ini, teknologi ini belum mampu dapat
diterima oleh manusia. Demi merealisasikan visi dan kudsi wawasan 2020, seluruh
strata masyarakat perlu bergerak seiring dengan menjalankan sinergi bagi
mengurangkan penggunaan rokok elektronik agar dapat mewujudkan suasana
kehidupan yang lebih kondusif dan sihat dalam kalangan masyarakat sarwajagat
dalam tempoh jangka masa yang panjang.

(1515 patah perkataan)

You might also like