Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

BAB 4: KOTAK BENTUK ( FORMWORK )

4.1 Pengenalan

Kotak bentuk atau formwork merupakan binaan sementara yang biasa


digunakan dalam industri pembinaan bagi sesebuah bangunan yang terdapat berbagai-
bagai jenis bahan yang boleh digunakan untuk membuat kotak bentuk iaitu seperti kayu,
keluli dan plastik. Kebanyakkan kotak bentuk yang digunakandalam industri pembinaan
adalah dari jenis kayu. Ini kerana ianya mudah dipasang dan dikendalikan. Kayu yang
hendak digunakan untuk membuat kotak bentuk mestilah dari jenis kayu yang baik dan
telah di jemur dengan sempurna. Ini kerana kayu jenis ini mempunyai kualiti dan
kekuatan yang boleh memastikan keteguhannyase masa konkrit dituang, dipadat,
digetarkan dan semasa konkrit diset. Manakala jika kayu yang digunakan untuk
membuat kotak bentuk terlalu kering maka kecacatan konkrit akan berlaku contohnya
seperti kecacatan sarang labah-labah ( Honey Comb ). Manakala jika kayu terlalu basah
pula digunakan ia akan merenggangkan penyambungan kotak bentuk dan akan
menghasilkan permukaan konkrit yang tidak rata.

35
Penggunaan kayu untuk kotak bentuk adalah lebih ekonomi jika penggunaannya
tidak berulang-ulang, iaitu tidak melebihi 4 kali. Disini saya ingin menerangkan
mengenai kotak bentuk untuk tiang, rasuk bumbung dan rasuk lantai yang diperbuat
daripada kayu. Penggunaan kotak bentuk menggunakan kayu di struktur binaan disini
amat penting bagi memastikan sesuatu struktur bangunan itu lengkap sempurna. Tanpa
adanya kotak bentuk, suatu binaan itu tidak dapat didirikan.

4.2 Spesifikasi / Jenis peralatan yang digunakan

i. Tukul digunakan untuk kerja kerja mengetuk papan kotak bentuk


supayadapat membentuk satu kotak bentuk yang sempurna. Disebut juga
tukul kuku kambing. Ia digunakan bersama paku.

Rajah 4.2 (i) Penukul

36
ii. Pita ukur digunakan untuk mengukur saiz kotak bentuk yang diperlukan
mengikut saiz yang dikehendaki. Panjang keseluruhan adalah 30 meter. Ianya
mudah digunakan dan ekonomik.

Rajah 4.2 (ii) Pita ukur

iii. Gergaji digunakan untuk menggergaji papan lapis mengikut saiz yang
diperlukan. Ianya tajam dan mudah dikendalikan menggunakan tenaga
manusia sepenuhnya. Kayu digergaji setelah diukur dengan tepat.

Rajah 4.2 (iii) Gergaji

37
iv. Kepala stagging ini digunakan untuk menyokong kotak bentuk bagi rasuk
bumbung atau lantai aras pertama. Berbentuk 4 segi dibahagian kepalanya.
Ia diketatkan dengan bolt dan nat. Ia dipasang bersama peranca.

Rajah 4.2 (iv) Kepala Stagging

v. Peranca diperbuat daripada keluli. Ia mempunyai kelebihan seperti tahan


lama, lebih kuat dan boleh didirikan lebih tinggi. Ia digunakan untuk
membolehkan dan memudahkan pekerja-pekerja menjalankan kerja kerja
pemasangan kotak bentuk dibahagian atas atau tinggi dan sebagainya.

Rajah 4.2 (v) Peranca yang digunakan

38
4.3 Penggunaan kayu untuk kotak bentuk

Penggunaan kayu untuk kotak bentuk adalah lebih ekonomi jika penggunaannya
tidak berulang iaitu tidak melebihi 4 kali. Sekiranya kotak bentuk yang sama digunakan
untuk beberapa kali untuk satu-satu pembinaan, maka adalah lebih baik menggunakan
kotak bentuk yang diperbuat daripada keluli. Keluli adalah bahan yang boleh tahan
lama dan tahan lasak. Ia boleh digunakan banyak kali selagi permukaannya tidak
terjejas. Ada kalanya juga kedua-dua bahan itu iaitu kayu dan keluli digunakan dalam
satu ketika.

Kayu yang digunakan sebagai kotak bentuk adalah untuk menahan konkrit basah
sehingga ia dapat mengeras secukupnya. Dengan itu, kayu yang hendak digunakan itu
mestilah tidak terlalu kering dan tidak mengandungi lembapan yang berlebihan.
Andainya kayu yang digunakan terlalu kering, kotak bentuk didapati mengembang dan
membengkok apabila ia menyerap air daripada konkrit. Ini mengakibatkan terbentuknya
konkrit sarang lebah (honey comb).

Andainya kayu yang digunakan terlalu lembap, kayu ini akan mengecut dan
renggang terbentuk di antara penyambunagn kotak bentuk. Hasil daripada ini, air
konkrit akan mengalir melalui penyambungan yang renggang itu dan konkrit akan
menjadi tidak rata. Untuk mencapai satu hasil yang elok, kayu yang digunakan untuk
kotak bentuk hendaklah mengandungi lembapan sebanyak 20%.

Bahan-bahan baru yang diperkenalkan ialah fiberglass dan plastik. Bahan-bahan


ini menghasilkan mutu yang lebih kemas lagi tetapi ianya mudah terpengaruh dengan
keadaan cuaca sekeliling. Oleh itu, ia memerlukan pengawalan suhu yang betul.

39
4.4 Syarat-Syarat keteguhan kotak bentuk

Terdapat beberapa syarat dalam pembinaan kotak bentuk iaitu :

I. Semua sangga mesti cukup kuat untuk menanggung beban konkrit dan keluli
serta beban hidup dan ianya mesti teguh untuk menahan gegaran dan
hentakan semasa kerja-kerja konkrit dilakukan.

II. Cukup tegar untuk membolehkan konkrit dimampat dengan menggunakan


alat getar. Oleh itu, kotak bentuk mestilah berupaya untuk menahan sebarang
peranjakan atau pergerakan yang berlaku.

III. Mempunyai sambungan yang kemas di tempat penyambungan. Dengan itu,


air konkrit tidak dapat mengalir keluar.

IV. Kotak bentuk mestilah tidak telap air untuk menghasilkan satu kualiti konkrit
yang baik.

V. Mempunyai ukuran yang betul serta aras yang rata.

VI. Dapat ditanggalkan dengan mudah sama ada keseluruhannya atau pada
bahagian-bahagian tertentu sahaja.

VII. Dapat digunakan semula setelah kotak bentuk ditanggalkan.

40
4.5 Penggunaan kotak bentuk

Kotak bentuk ini digunakan pada banyak bahagian struktur bangunan seperti :

i. Tiang (coloum)
ii. Rasuk (beam)
iii. Lantai (slab)
iv. Dinding.
v. Longkang

4.5.1 Kotak bentuk untuk tiang

Struktur tiang dibina bertujuan untuk menyokong struktur rasuk bagi lantai atas
dan bumbung. Kotak bentuk untuk tiang mengandungi papan-papan yang dipanggil
pendinding (sheeting). Pendinding di atur dan dipasang tegak mengikut bentuk tiang
yang hendak di bina sama ada segi empat tegak, bulat dan sebainya. Pendinding yang
biasa di gunakan adalah ynag bersaiz 31.25mm dan 37.5mm tebal. Papanpapan ini
akan dipasang bersama-sama pengikat (cleat) .

Kotak bentuk diperkukuhkan dan di perkuatkan lagi dengan memasang atau


menambah perembat(yokes) pada jarak yang berubah-ubah, bergantung kepada saiz dan
ketinggian tiang yang dibina. Kemudian pengikat akan pakukan pada satu ahli yang
dipasang selari dengan pendinding yang menjadikannya seperti anak tangga. Perembat
dipasang melalui anak tangga ini dan ikatan ahli-ahli struktur tadi di perkuatkan lagi
dengan penggunaan di antaranya.

41
Rajah 4.5.1 Kotak bentuk untuk tiang

4.5.2 Kotak bentuk untuk rasuk

Setelah pemasangan kotak bentuk bagi tiang telah siap dibina dan telah dikonkrit
dan di buka kotak bentuk bagi tiang tersebut mengikut waktu pembukaannya, kotak
bentuk bagi rasuk dibuka satu persatu. Reka bentuknya adalah seperti palung dengan
kedua-duanya sisinya serta tapak.

Kerja pemasangannya dilakukan dengan menaikkan bahagian lantai atau tapak


rasuk di mana pada setiap hujung tapak tersebut ditemukan bersama-sama di tepi tiang
dan di atas permukaan tiang. Untuk mengelakkan daripada ia melengkung, tupang
sementara digunakan dari bawah tapak rasuk sehinggalah di atas permukaan lantai.
Jarak di antara tupang adalah di antara 0.75 m dari tengah ke tengah. Selepas daripada
itu, barulah kedua-dua sisi rasuk dinaikkan mengikut ukuran yang telah ditetapkan dan
ia dipakukan dan juga diketatkan dengan menggunakan baji.

42
Rajah 4.5.2 Kerja pemasangan kotak bentuk untuk rasuk

4.5.3 Kotak bentuk untuk lantai

Bagi struktur ini, rasuk mestilah dipasang terlebih dahulu. Apabila kotak bentuk
rasuk ini telah siap dipasang, barulah kerjakerja memasang kotak bentuk lantai
bahagian atas ini dipasang.

Pada bahagian sisi kotak bentuk rasuk, satu kayu pengalas di pasang dengan
dipakukan kepada kotak bentuk rasuk tersebut. Kayu pengalas ini adalah kayu bersaiz
1" x 2 " di mana ianya merupakan kayu penyokong bagi gelegar yang akan di pasang.
Ianya mestilah cukup kukuh untuk menahan beban kayu gelegar nanti mestilah dipilih
dari kayu yang baik.

Manakala pada bahagian atas kayu pengalas, dipasang pula kayukayu yang
dipanggil gelegar yang disusun mengikut jaraknya tertentu agar ia boleh menahan berat
beban yang di tanggungnya.

43
Kayu yang digunakan adalah kayu yang bersaiz 2 " x 4 ". Ianya dipasang pada
bahagian yang sama dengan kedudukan kotak bentuk rasuk dan dipaku. Kemudian,
papan plywood akan di pasang pada kayukayu gelegar ini. Pemasangan papanpapan
ini perlu dilakukan dengan cermat. Walaupun kerja pemasanganya nampak mudah,
namun ia perlu dilakukan dengan cermat dan teliti supaya tiada lubang yang kelihatan
yang mana boleh mencacatkan struktur konkrit .

Rajah 4.5.3 (i) Kerja-kerja pemasangan kotak bentuk untuk lantai

Rajah 4.5.3 (ii) Kotak bentuk untuk lantai yang telah dipasang besi

44
4.5.4 Kotak bentuk untuk dinding

Bagi struktur ini, kotak bentuk bergerak dan memanjat digunakan. Ianya
mengandungi papan yang disusun rapat dan diteguhkan lagi dengan perembat dan
pengikat-pengikat bolt dan nat dipasang menerusi kotak bentuk dinding yang
dicadangkan itu. Bolt yang digunakan ialah batang keluli lembut bergaris pusat 3 mm
dan berbenang pada kedua-dua hujung.

Proses ini akan menggenggam bahagian-bahagian kotak bentuk pada tempatnya.


Ini membolehkan ia menanggung segala beban yang dikenakan apabila kerja konkrit
dijalankan. Papan kotak bentuk ditanggalkan apabila konkrit telah mengeras. Setelah
dibersihkan, papan ini dipasang di atas dinding konkrit untuk menyambung kerja-kerja
yang dilakukan tadi dengan cara yang sama. Cara ini digunakan untuk dinding di mana
ketinggiannya lebih dari 1 meter.

Rajah 4.5.4 Kotak bentuk untuk dinding penanggung beban tangga

45
4.5.5 Kotak bentuk untuk tangga

Kotak bentuk untuk tangga dipasang mengikut kedudukan dalam pelan yang
telah ditetapkan. Kotak bentuk ini terdiri daripada lapisan papan lapis sahaja. Ia
dipasang mengikut susunan anak tangga. Kerja-kerja untuk melukis detail bagi tangga
adalah agak sukar sedikit. Bentuk tangga yang akan dibuat bergantung kepada
rekabentuk pelan bagi tangga yang dibuat oleh akitek. Tangga yang biasa dibuat adalah
jenis yang lurus.

Jika rekabentuk pelan untuk tangga yang dibuat oleh akitek berbentuk berpusing
atau berpusing separuh, maka detail bagi tangga mestilah dilukis seperti rekabentuk
yang telah dibuat oleh arkitek. Biasanya, tangga jenis ini jarang dibuat dan lebih sukar
berbanding dengan tangga yang biasa dibuat kerana bentuknya yang berpusing.

Rajah 4.5.5 Kotak bentuk untuk tangga berpusing separuh

46
4.6 Pemeriksaan ke atas kotak bentuk

Pemeriksaan ke atas kotak bentuk untuk tiang amat penting sebelum kerja-kerja
pengkonkritan dijalankan. Antara faktorfaktor yang diambil kira semasa kerja-kerja
pemeriksaan dijalankan ialah :

a. Kepugakan tiang iaitu dengan menggunakan batu pelambap dan spirit


level.

b. Kualiti kotak bentuk yang mana kotak bentuk tersebut mematuhi spesifikasi.

c. Keteguhan tupang untuk tiang tersebut

Pemeriksaan kotak bentuk dijalankan bersama-sama dengan wakil P.P iaitu


Juruteknik JKR dan wakil daripada pihak perunding. Jika wakil P.P tidak berpuas hati
dengan keadaan kotak bentuk yang di buat, kerja-kerja baik pulih mesti di buat mengikut
kehendaknya dan perlulah tidak bercanggah dengan peraturan.

4.7 Membuka kotak bentuk

Kotak bentuk hendaklah dibuka dengan baik tanpa ada gegaran dan kejutan yang
melampau supaya tidak berlakunya kerosakan kepada permukaan struktur konkrit dan
kepada kotak bentuk itu sendiri. Kerja-kerja penanggalan atau pembukaan kotak bentuk
ini perlulah di lakukan demgam cermat serta berperingkat bagi memastikan struktur
konkrit yang telah di buat telah mengeras dengan secukupnya.

47
Simen cepat
Bahagian kotak bentuk Simen biasa
mengeras

Sisi rasuk,dinding dan tiang 3 Hari 2 Hari

Sangga kepala lantai 10 Hari 5 Hari

Sangga kepala rasuk 21 Hari 8 Hari

Sisi rasuk (sangga tidak tanggal) 8 Hari 5 Hari

Sisi lantai (sangga tidak tanggal) 4 Hari 3 Hari

Jadual 4.7 Jadual jangka masa minimum untuk kerja-kerja penanggalan kotak bentuk

Pembukaan kotak bentuk ini hendaklah dilakukan dengan cermat supaya dapat
mengelakkan daripada konkrit itu rosak. Bagi mengukuhkan lagi konkrit yang baru itu
daripada rosak, kotak bentuk hendaklah dibuka mengikut spesifikasi yang ditetapkan
oleh pemaju. Namun begitu ia juga bergantung kepada kekuatan konkrit itu sendiri.

48

You might also like