Hari Sukan Negara Kertas Kerja

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

1.

0 PENGENALAN

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 telah memperakukan aktiviti sukan


adalah penting di semua peringkat persekolahan. Semua murid sekolah diwajibkan
mengambil bahagian dalam kelab atau persatuan sukan dan juga digalakkan
mengambil satu jenis permainan atau sukan. Dapatan kajian sukan telah mengatakan
aktiviti sukan dapat menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan (espirit
de corps) antara pelajar-pelajar pelbagai keturunan yang mempunyai latar belakang
dan cara hidup yang berlainan.

Pelancaran Hari Sukan Negara telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri
Malaysia pada 24 Mac 2015 yang lalu bertempat di Perkarangan Pusat Membeli Belah
Pavilion bersempena dengan 200 hari ke arah Hari Sukan Negara.

Pelaksanaan aktiviti.

Aktiviti adalah berlandaskan Prinsip 3M (mudah, murah dan menarik) Antara


aktiviti yang boleh dijalankan adalah pertandingan,pertunjukan demo dan sesi mencuba.
Aktiviti boleh dijalankan serentak di tempat yang sama atau di tempat yang berlainan.

Pengisian Program/Aktiviti.

Antara pengisian aktiviti di sepanjang sambutan Hari Sukan Negara adalah


program Sukan, Rekreasi dan Kecergasanberbentuk pertandingan, pertunjukan dan
riadah. Maklumat lanjut boleh menghubungi pihak Sekretariat Hari Sukan Negara di
Peringkat Negeri dan juga boleh dilayari di laman sesawang harisukannegara.my

2.0 LATAR BELAKANG HARI SUKAN NEGARA

2.1 Sambutah Hari Sukan Negara telah diistiharkan pada setiap hari Sabtu minggu
kedua bulan Oktober setiap tahun. Pelaksanaan Hari Sukan Negara ini telah
diumumkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak Perdana
Menteri Malaysia pada 24 Mac 2015 di Putrajaya.

2.2 Pelaksanaan dasar Program Hari Sukan Negara,melibatkan semua lapisan


masyarakan di negara ini untuk turut serta dalam program yang dijalankan.Bagi
peringkat sekolah, murid perlu menyertai sekurang-kurangnya satu sukan atau
permainan yang diadakan.
2.3 Dasar Program Hari Sukan Negara ini merupakan usaha KBS dalam
menggalakkan penglibatan menyeluruh (mass participation) murid dalam
sekurang-kurang satu sukan di sekolah khususnya bagi murid-murid yang
kurang atau tidak aktif dalam sukan agar dapat melahirkan pelajar yang sihat
dari segi fizikal dan mental.

2.4 Dasar Program Hari Sukan Negara ini juga akan mengenengahkan murid yang
aktif dalam sukan agar dapat memperkembang potensi dan bakat murid ke
arah kecemerlangan sukan.

2.5 Pelaksanaan Program Hari Sukan Negara dilaksanakan berdasarkan prinsip-


prinsip berikut:-
i. Elemen keseronokan.
ii. Dapat memberi pendedahan kemahiran asas permainan.
iii. Sebagai elemen untuk mempertingkatkan sosialisasi.
iv. Dapat menerapkan elemen inovasi dan kreativiti dalam pengurusan
sukan.

2.6 Pelaksanaan Program Hari Sukan Negara dapat memberi peluang secara
menyeluruh kepada semua murid agar melibatkan diri dalam sukan secara
terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam
melahirkan modal insan secara holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia
yang berdaya saing tinggi.

3.0 MATLAMAT PROGRAM HARI SUKAN NEGARA

3.1 Membina satu kumpulan murid yang dapat membantu guru penasihat kelab
sukan menjalankan aktiviti di sekolah.
3.2 Melalui rangsangan/tugasan murid dapat :
i. Membantu menubuh dan menguruskan kelab sukan.
ii. Membantu merancang dan mengurus aktiviti kelab.
ii. Membantu dalam penganjuran pertandingan.
3.3 Guru dan murid dapat menjalankan aktiviti sukan dengan menggunakan kaedah
stesen yang melibatkan ramai ahli kelab.
3.4 Bersukan melalui aktiviti yang diubah suai.

4.0 OBJEKTIF PROGRAM HARI SUKAN NEGARA

1. Meningkatkan keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan aktiviti


sukan yang mempunyai unsur keseronokan.
2. Menerapkan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif di kalangan
murid dan guru.

3. Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui aktiviti kelab sukan.

4. Mewujudkan integrasi kaum melalui penyertaan dalam kelab sukan.


5. Meningkatkan kesedaran guru dan murid terhadap kepentingan aktiviti sukan
dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dan invovatif.

5.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN PROGRAM SUKAN NEGARA


5.1 Hari Sukan Negara ialah agenda nasional untuk menuju wawasan 2020 dengan
melahirkan lebih ramai rakyat yang sihat dan dapat meningkatkan produktiviti
rakyat.Pelaksanaan dasar ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada
24 Mac 2015 dalam Mesyuarat Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh
YAB sendiri.
5.2 Dasar Hari Sukan Negara mempunyai enam (6) objektif utama bagi memenuhi
pembentukan insan yang syumul dalam akademik dan pembentukan kecergasan
individu iaitu:-

5.3.1 Meningkatkan kecergasan


5.3.2 Meningkatkan kecergasan jasmani
5.3.3. Membentuk sahsiah
5.3.4 Membina jati diri
5.3.5 Meningkatkan disiplin
5.3.6. Dapat membentuk nilai murni serta memupuk perpaduan antara kaum

5.3 Pelaksanaan Program Hari Sukan Negara adalah bagi meneruskan dasar
1MURID 1SUKAN mengatakan penyertaan sekurang-kurangnya satu sukan
telah dilaksanakan mulai tahun 2011.

5.4 Memberi peluang kepada semua murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti
sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.

5.5 Dalam jangka masa panjang, dasar Program Hari Sukan Negara ini berhasrat
membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan
murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan
dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan
gaya hidup sihat, cergas, cerdas serta berdaya saing tinggi.

5.6 Memberi peluang kepada semua murid yang kurang aktif, berbakat dan
berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

5.7 Falsafah Pendidikan Kebangsaan memberi penekanan untuk melahirkan insan


yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
Penekanan juga diberi dalam membangunkan murid dari aspek domain
psikomotor, kognitif dan afektif.

5.11 Kem Sukan Sekolah merupakan alat perantaraan yang amat penting untuk
menjana dan mewujudkan perpaduan antara kaum dalam masyarakat.

6.0 SENARAI PERMAINAN PROGRAM HARI SUKAN NEGARA

BIL PERMAINAN KATEGORI BILANGAN BILANGAN SISTEM


PASUKAN PEMAIN PERTANDINGAN
1 Futsal Tahap 1 8 Pasukan 8 pemain Liga / Kalah mati
2 Futsal Tahap 2 8 Pasukan 8 pemain Liga / Kalah mati
3 Bola Jaring Tahap 1 4 pasukan 10 pemain Liga
4 Bola Jaring Tahap 2 4 pasukan 10 pemain Liga
5 Badminton (L) Tahun 1 3 x 4 pasukan 12 pemain Kalah mati
Tahap 1 Tahun 2 4 x 4 pasukan 12 pemain Kalah mati
Tagun 3 3 x 4 pasukan 12 pemain Kalah mati
6 Badminton (P) Tahun 1 5 x 4 pasukan 12 pemain Kalah mati
Tahap 1 Tahun 2 6 x 4 pasukan 12 pemain Kalah mati
Tagun 3 3 x 4 pasukan 12 pemain Kalah mati
7 Badminton (L) Tahun 1 7 x 4 pasukan 12 pemain Kalah mati
Tahap 1 Tahun 2 8 x 4 pasukan 12 pemain Kalah mati
Tagun 3 3 x 4 pasukan 12 pemain Kalah mati
8 Badminton (L) Tahun 1 9 x 4 pasukan 12 pemain Kalah mati
Tahap 1 Tahun 2 10 x 4 pasukan 12 pemain Kalah mati
Tagun 3 3 x 4 pasukan 12 pemain Kalah mati
7.0 JAWATANKUASA PROGRAM SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH
KEBANGSAAN MENJALARA (2015 )

Penasihat : En Zaifuddin Bin Baharum


( Guru Besar SK Menjalara )

Pengerusi : Pn Rosnani Binti Shariff


(GPK Kokurikulum)

Naib Pengerusi : Pn Hanita Bt Yaakob ( GPK Tadbir & Kurikulum )


Pn. Sharmila BInti Shahrom ( GPK Hal Ehwal Murid )

Setiausaha : Mohd Rizal Bin Hj Ithnain (Penyelaras )


Penolong Setiausaha : Abd Hadi Bin Ibrahim

Bendahari : Pn Noradilah Bt Abu Bakar.

Ahli Jawatankuasa:
Nama Bidang tugas

1. Pendaftaran peserta /pasukan Memastikan ketua rumah sukan


Pn Ezwany Bt Azmi menghantar borang penyertaan.
Menyemak nama pemain mengikut
syarat yang telah ditetapkan

2.Ketua Rumah Sukan Memastikan kehadiran peserta pada


Pn. Saufeea Bt Abdullah(Rajawali ) hari pertandingan.
Pn Yusliza Bt Yusof ( Helang ) Menyediakan peserta mengikut
Pn Nabila Bt Shafie ( Jentayu ) permainan yang telah ditetapkan.
Pn. Remei Arwani Bt Wook Memastikan disiplin pemain berada
(Kenyalang ) dalam keadaan terkawal.

3. Pegawai teknik Memastikan kedudukan pegawai di


Mohd Rizal Bin Ithnain tempat yang telah ditetapkan
Abd Hadi Bin Ibrahim mengikut bidang tugas masing-
Muhamad Khairi Bin Abd Rahim masing.
Menyediakan borang untuk
pertandingan dan memberi taklimat
kepada pemain.
Memastikan keadaan
padang/gelanggang sesuai dengan
ukuran yang betul
Menyediakan peralatan dan
gelanggang permainan.

4. Jurugambar/ Dokumentasi Bertugas sebagai jurufoto pada hari


Pn. Nik Khairani Bt Nik Salleh(K) pertandingan.
Pn. Nur Hufaidah Bt Mohd Yusoff Menyediakan laporan untuk rekod
sekolah dan PPWS

.
5. Juruacara Menjadi pengacara majlis dan
Pn Riza Rahayu Bt Ab Rahim (K) membuat segala pengumuman
berkaitan dengan permainan
Pengacara untuk majlis penyampaian
hadiah.

6. Bacaan doa Bacaan doa sebelum acara bermula.


En Ahmad Raihan Bin Abd Rahman

7. Siaraya Memastikan keadaan PA sistem berada


Mohd Rizal Bin Ithnain (K) dalam keadaan baik dan berfungsi
En Saifullizan Bin Abd Jamil dengan baik.

8. Kebersihan/disiplin dan kawalan murid Memastikan murid tidak membuang


En.Muhammad Muzhafar sampah merata-rata.
Pn Nurfarizan Akmal Bt Sulaiman Memastikan murid tidak berlegar-legar
Pn Rosmawati Bt Mahamod dan masuk keluar kawasan
gelanggang agar tidak menggangu.

9. Kecemasan Menyediakan satu tempat khas untuk


En Ahmad Raihan Bin Abd Rahman tujuan rawatan.
Pn Saufeea Angela Rengon Abdullah Memastikan peralatan di dalam peti
kecemasan mencukupi.

10. Pengadil Memberi taklimat tentang undang-


undang permainan sebelum
Futsal / Bowling perlawanan bermula.
Abd Hadi Bin Ibrahim Mengadili perlawanan yang dijalankan
Muhamad Khairi Bin Abd Rahim mengikut waktu yang ditetapkan.
Mohd Rizal Bin Ithnain Menayatakan keputusan perlawanan
kepada pegawai pencatat.
Badminton /
Abd Farouk Bi Abd Rahman
Muhd Zaki Bin Jasni
Saifullizan Bin Abd Jamil

Bola Jaring / Captain Ball


Pn Kamisah Bt Abd Aziz
Pn. Roziyana Bt Rosli
Pn. Nurul Amalina Mohd Rodzuan
11 Pencatat Mencatat keputusan perlawanan dan
Pn Aliza Bt Boh ( Futsal Tahap 1) di hantar ke bahagian penyelaras
Pn Rogayah Bt Nawi (Futsal T 2) pertandingan.

Pn Nabilah Bt Shafie (B. Jaring T 1)


Pn Yusliza Bt Yusof (BbJaring T 2 )

Pn Hayatul Hidayah Bt Muhd Yasin


(Badminton T 1)
Pn Kam Wai Kuan ( Badminton
Tahap 2)

12. Pengurusan Hadiah Membawa semua hadiah kejohanan


Pn Faridah Bt Mohd Yusof ke foyer sekolah untuk disusun.
Pn.Tuan Noraliza Bt Tuan Idris Menyediakan peralatan seperti
dulang, kain dan meja

13. Pengurus Pemenang Menguruskan peserta/pasukan yang


Pn Aziah Bt Jamaluddin akan mengambil hadiah.
Mohd Rizal Bin Ithnain Mengambil keputusan perlawanan
daripada penyelaras pertandingan.

8.0 KUMPULAN SASARAN PROGRAM HARI SUKAN NEGARA

8.1 Murid-murid Tahun 1,2,3,4,5 dan


8.2 Warga Sekolah SK Menjalara.

9.0 SUMBER KEWANGAN


9.1 Peruntukan daripada Bantuan Sukan Sekolah ( KERAJAAN )
9.2 Kedai Buku Sekolah ( SUWA )
10.0 PERBELANJAAN
Pembelian Hadiah .
BIL ACARA KEDUDUKAN JUMLAH JUMLAH
KESELURUHAN
Johan 8
1 Futsal Tahap 1 16
Naib Johan 8

Johan 8
2 Futsal Tahap 2 16
Naib Johan 8

Johan 10
3 Bola Jaring Tahap 1 20
Naib Johan 10

Johan 10
4 Bola Jaring Tahap 2 20
Naib Johan 10

Johan 3
5 Badminton Tahun 1 (L) 6
Naib Johan 3

Johan 3
6 Badminton Tahun 2 (L) 6
Naib Johan 3

Johan 3
7 Badminton Tahun 3 (L) 6
Naib Johan 3

Johan 3
8 Badminton Tahun 4 (L) 6
Naib Johan 3

Johan 3
9 Badminton Tahun 5 (L) 6
Naib Johan 3

Johan 3
10 Badminton Tahun 6 (L) 6
Naib Johan 3

Badminton Tahun 1 Johan 3


11 6
(P) Naib Johan 3

Badminton Tahun 2 Johan 3


12 6
(P) Naib Johan 3

Badminton Tahun 3 Johan 3


13 6
(P) Naib Johan 3

Badminton Tahun 4 Johan 3


14 6
(P) Naib Johan 3

Badminton Tahun 5 Johan 3


15 6
(P) Naib Johan 3

Badminton Tahun 6 Johan 3


16 6
(P) Naib Johan 3
JUMLAH 144 x RM 5.00 RM720.00
11.0 JADUAL PROGRAM HARI SUKAN NEGARA

MASA AKTIVITI
7.30 8.00 pagi Pendaftaran / Taklimat
8.00 8.30 pagi Senamrobik
8.30 10.10 pagi Pertandingna Futsal, Bola Jaring dan Badminton
10.10 10.30 pagi REHAT
10.30 12.00 pagi Pertandingna Futsal, Bola Jaring dan Badminton
12.00 -12.15 Semua murid berkumpul di foyer mengikut rumah
sukan.
-Pengurus pemenang akan mengumpulkan
pasukan yang menerima hadiah.
12.15-12.45 Penyampaian hadiah Tahap 1

12.45-1.15 Penyampaian hadiah Tahap 2

1.30 ptg Bersurai

12.0 IMPAK / HASIL PROGRAM HARI SUKAN MALAYSIA.

i. Membina satu kumpulan penggerak sukan atau penggiat sukan sekolah dari
kalangan murid.
ii. Guru Penasihat Sukan yang kreatif dan inovatif dalam mengurus dan
mengendalikan aktiviti Kelab Sukan.
iii. Meningkatkan penyertaan dan penglibatan murid dalam sekurang-kurangnya
satu jenis sukan.
iv. Menghasilkan golongan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran
asas sukan serta mengamalkan gaya hidup yang sihat dan cergas.

13.0 PENUTUP
Sambutan Hari Sukan Negara ini di harap menjadi sebagai satu medium untuk
meningkatkan kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang kepentingan melibatkan diri dalam
aktiviti sukan mahupun program yang berkaitan sukan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah
negara bersukan (Sporting Nation).

Kem Sukan Sekolah ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada semua murid
Sekolah Kebangsaan Menjalara merasai sendiri pengalaman menyertai sukan . Selain itu, kem
ini juga diharapkan dapat meningkatkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid
.
BORANG FUTSAL :

RUMAH SUKAN : ___________________

TAHAP : ___________________

BIL NAMA PEMAIN TAHUN


1
2
3
4
5
6
7
8

BORANG BOLA JARING :

RUMAH SUKAN : ___________________

TAHAP : ___________________

BIL NAMA PEMAIN TAHUN


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
BORANG PERMAINAN BADMINTON :

RUMAH SUKAN : ___________________

TAHAP : ___________________

TAHUN : ___________________

BIL NAMA PEMAIN TAHUN

BORANG PERMAINAN BADMINTON :

RUMAH SUKAN : ___________________

TAHAP : ___________________

TAHUN : ___________________

BIL NAMA PEMAIN TAHUN

BORANG PERMAINAN BADMINTON :

RUMAH SUKAN : ___________________

TAHAP : ___________________

TAHUN : ___________________

BIL NAMA PEMAIN TAHUN


Di sediakan oleh, Disemak oleh,

________________________ ___________________________

MOHD RIZAL BIN HJ ITHNAIN PN ROSNANI BT SHARIFF

Setiausaha sukan GPK Kokurikulum

Sekolah Kebangsaan Menjalara, Sekolah Kebangsaan Menjalara,

Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.

Disahkan oleh,

__________________________

ZAIFUDDIN BIN BAHARUM

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Menjalara,

Kuala Lumpur.

You might also like