Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Inti pati ekonomi Bajet 2018

KUALA LUMPUR: Berikut ialah inti pati Bajet 2018 yang dibentangkan oleh
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertemakan 'Memakmur Ekonomi Yang
Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi, Demi Mensejahtera
Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50, di Dewan Rakyat, hari ini.
Jumlah peruntukan bajet sebanyak RM280.25 bilion, meningkat daripada
RM260.8 bilion pada 2017, dengan RM234.25 bilion untuk perbelanjaan mengurus
dan RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan
tertinggi sebanyak RM26.34 bilion, sektor sosial (RM11.72 bilion), keselamatan
(RM5.22 bilion) dan sektor pentadbiran am (RM2.72 bilion).
Defisit fiskal dijangka terus mengecil kepada 2.8 peratus pada 2018 daripada
3 peratus pada 2017.
Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan pada 2018 dijangka meningkat kepada
RM239.86 bilion pada 2018 atau daripada RM219.7 bilion pada 2017.
Jumlah pelaburan dijangka meningkat sebanyak 6.7 peratus atau
menyumbang 25.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada
2018.
Pelaburan swasta dijangka dijangka meningkat kepada RM260 bilion pada 2018
daripada RM230 bilion pada 2017.

*Hasil Kerajaan Persekutuan 2018 dijangka mencecah RM239.86 bilion.

*Peruntukan sebanyak RM200 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM),


menjadikan jumlah pembiayaan keseluruhan AIM mencecah RM2.7 bilion yang
memanfaatkan hampir 400,000 peminjam.

*Peruntukan RM6.5 bilion kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan,


pekebun kecil, penternak dan penoreh getah, termasuk RM2.3 bilion bagi bantuan
dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil,
getah dan nelayan.

*Tahun 2020 diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia di mana Malaysia


akan menjadi tuan rumah antaranya kepada APEC, WCIT dan CHOGM.

*RM2 bilion diperuntukkan kepada Tabung Pelancongan PKS sebagai pinjaman


kepada pengusaha pelancongan dengan memberi insentif subsidi kadar faedah
dua peratus.

*Menambah RM1 bilion kepada Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan


sebagai pinjaman mudah.

*Peruntukan RM30 juta disediakan kepada Malaysian Healthcare Travel Council


untuk melaksanakan beberapa perkara termasuk mempromosi Malaysia sebagai
Hab Rawatan Kesuburan, termasuk IVF dan Kardiologi Asia dan memperkenalkan
program Flagship Medical Tourism Hospital.

*Pembinaan projek East Coast Rail Link (ECRL) yang menghubungkan Pelabuhan
Klang ke Pengkalan Kubor, Kelantan bermula Januari 2018.

*Mempercepatkan pembinaan MRT3 atau Circle Line, dijangka siap pada 2025,
lebih awal berbanding 2027.

*Pulau Pangkor, Perak diisytiharkan Pulau Bebas Cukai, tetapi tidak termasuk
barang-barang seperti minuman keras, rokok dan kenderaan bermotor.

*Membangunkan Special Border Economic Zone di Bukit Kayu Hitam untuk


merancakkan ekonomi di bahagian Utara.

*Peruntukan RM1 bilion diperuntukkan kepada Tabung Pengangkutan Awam bagi


modal kerja dan pembelian aset seperti bas dan teksi.

*RM45 juta peruntukan untuk mewujudkan satu sistem kawalan biometrik bagi
memantau pemanduan perkhidmatan bas ekspres.

*Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan


Terbang Antarabangsa Langkawi.

*Pembinaan baharu lapangan terbang Mukah dan pembesaran Lapangan Terbang


Kota Bharu dan Sandakan.

*Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) diperkenalkan dengan


memberi Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham
PNB kepada anak Malaysia yang lahir mulai 1 Jan 2018 sehingga 2022.

*Sebanyak RM250 juta diperuntukkan untuk pendidikan generasi TN50, termasuk


menubuhkan pusat Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dan Matematik (STEM),
mempertingkatkan modul Computer Science termasuk program Coding dan
menaik taraf 2,000 kelas menjadi Bilik Darjah Pintar Pembelajaran Abad ke-21.

*Peruntukan RM2.2 bilion bagi pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam,


Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan.

*Membina 14 kompleks sukan baharu di seluruh negara dengan kos RM112 juta.

*Peruntukan RM61.6 bilion disediakan untuk sektor pendidikan termasuk RM654


juta bagi membina empat pra sekolah, sembilan pusat PERMATA termasuk dua
pusat baharu untuk kanak-kanak autisme, 48 sekolah rendah, menengah dan kolej
vokasional serta sebuah pusat matrikulasi.

*Pelanjutan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 31 Disember 2018.

*Peruntukan RM4.9 bilion untuk melaksanakan Pelan Induk TVET Malaysia.

*Peruntukan RM6.5 bilion untuk penyediaan infrastruktur asas terutama di luar


bandar.

*Peruntukan RM1 bilion melalui SKMM bagi membangunkan infrastruktur


komunikasi serta kemudahan jalur lebar di Sabah dan Sarawak.

*Peruntukan RM300 juta untuk program NBOS termasuk pembinaan UTC baharu,
Blue Ocean Entrepreneur Township dan Mobile CTC.

*Mengembalikan wang ses yang telah dibayar peneroka getah yang membuat
tanaman semula kelapa sawit, dari 2010 hingga 2016.

*Peruntukan RM14 bilion untuk Angkatan Tentera Malaysia, hampir RM9 bilion
untuk Polis Diraja Malaysia dan lebih RM900 juta kepada Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia.

*Peruntukan RM3 bilion untuk pembelian dan penyelenggaraan aset pertahanan.

*Peruntukan RM720 juta bagi pembinaan 11,000 ibu pejabat dan enam balai polis
serta pembelian kelengkapan senjata api dan kenderaan operasi.

*Pembinaan 10,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia-PDRM (PPA1M-


PDRM)

*Peruntukan RM250 juta kepada ESSCOM bagi mempertingkatkan kawalan


keselamatan di kawasan sempadan Sabah dan Sarawak.

*Peruntukan RM2.5 bilion, iaitu yang tertinggi pernah diberikan untuk biasiswa
pengajian tinggi dan latihan di bawah MARA.

*PNB membuat pengagihan khas sejumlah RM1.5 bilion unit tambahan Amanah
Saham 1Malaysia untuk masyarakat India, terhad kepada 30,000 unit setiap
pelabur.

*Bantuan sebanyak RM3,000 kepada ibu bapa masyarakat Orang Asli sebagai
perbelanjaan persediaan anak-anak mereka memasuki institusi pengajian tinggi.
*Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan
bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM20,000 hingga RM70,000.

*Peruntukan RM3.9 bilion subsidi barangan dan pengangkutan termasuk gas


memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik dan tol.

*50 Kedai Rakyat 1Malaysia akan distruktur semula sebagai Kedai Rakyat
1Malaysia 2.0 dan diperluaskan kepada 3,000 KR1M 2.0 dalam tempoh tiga tahun.

*Mulai 1 Januari 2018, kutipan tol di Batu Tiga Shah Alam dan Sungai Rasau,
Selangor, tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan tol di Eastern Dispersal Link, Johor
dimansuhkan.

*Kerajaan akan mengkaji semula kos pengambilan pembantu rumah asing supaya
dapat dikurangkan pada masa hadapan, memberi pilihan kepada majikan
mengambil pembantu rumah asing secara langsung daripada sembilan negara
sumber, tanpa melalui ejen.

*Peruntukan RM2.2 bilion untuk merancakkan usaha pemilikan rumah untuk


rakyat termasuk membina Projek Perumahan Rakyat, Rumah Mesra Rakyat dan
program PR1MA yang berharga RM250,000 ke bawah.

*Peruntukan RM27 bilion untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang


berkualiti.

*Peruntukan geran sepadan RM245 juta di bawah Dana Strategik Pelaburan


Domestik bagi menaik taraf kemudahan Smart Manufacturing.

* Peruntukan RM5 bilion di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau bagi


menggalakkan pelaburan industri teknologi hijau.

*Melaksanakan Program Non-Revenue Water untuk mengurangkan kadar purata


kehilangan air dengan kos RM1.4 bilion.

*Peruntukan RM1.7 bilion kepada warga emas, OKU dan kanak-kanak.

*Untuk penjawat awam, kenaikan pangkat time-based kali kedua untuk kumpulan
pelaksana bagi tempoh 13 tahun selepas kenaikan kali pertama.

*Penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas dibenarkan pulang
awal sejam, manakala suami yang bekerja kerajaan juga dibenarkan berbuat
demikian dengan syarat suami dan
isteri bekerja di lokasi berdekatan.
*Bayaran khas one-off RM1,500 kepada 9,800 ketua kampung dan Tok Batin
dengan RM1,000 dibayar pada Januari 2018 dan selebihnya sebelum Aidilfitri.

*Lebih 65,000 imam, bilal, guru KAFA, guru takmir dan tok siak mendapat bayaran
khas RM1,500 dengan RM1,000 dibayar pada Januari 2018 dan selebihnya
menjelang Hari Raya Aidilfitri.

*Bayaran khas RM1,500 kepada semua penjawat awam iaitu RM1,000 pada awal
Januari 2018 dan RM500 menjelang Aidilfitri.

*Pesara kerajaan menerima bayaran khas RM750 iaitu RM500 dibayar pada
Januari 2018 dan RM250 lagi menjelang Aidilfitri. - BERNAMA

You might also like