Laporan Pertandingan Bercerita Arissa

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Laporan Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Tahap 1)

Peringkat Bahagian Miri


Tahun 2017
Anjuran Sekolah Kebangsaan Kampung Luak, Miri

Pengenalan

Sekolah Kebangsaan Kampung Luak telah menghantar seorang wakil pertandingan bercerita
tahap satu iaitu Arissa Amanina binti Arman dari kelas 3 Bestari. Pertandingan bercerita ini
telah diadakan mengikut maklumat seperti yang tertera di bawah

Tarikh : 15 Mac 2017


Hari : Rabu
Masa : 7.00 pagi 5.00 petang
Tempat: Dewan SK Kampung Luak

Laporan Sebelum Pertandingan Bercerita

Wakil pertandingan bercerita ini dipilih melalui saringan dari setiap kelas mengikut tahap dan
Arissa Amanina binti Arman merupakan peserta yang terpilih setelah mengambil kira faktor-
faktor tertentu seperti potensi, bakat, minat, kebolehan dan keupayaan menggalas
tanggungjawab sebagai wakil sekolah sejurus dilantik. Sepanjang tempoh latihan sebelum hari
pertandingan, Arissa Amanina binti Arman telah dilatih oleh guru-guru Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Kampung Luak, antaranya ialah Cikgu Bahari, Cikgu Suzana, Cikgu
Norehah, Cikgu Marni, Cikgu Jenifer, Cikgu Zainal dan beberapa orang cikgu lain. Cerita
yang telah dipilih bertajuk Putera Katak. Pemilihan cerita ini adalah melalui perbincangan
bersama guru-guru terlibat dan mengambil kira keupayaan peserta untuk mengingat teks
cerita. Teks cerita Putera Katak telah diambil dari peserta yang pernah mewakili sekolah
dalam pertandingan yang sama pada tahun 2016, sumber asal cerita adalah daripada buku
cerita kanak-kanak. Latihan antara peserta dengan guru-guru terlibat memberi penekanan
terhadap aspek gaya, suara, pernafasan, pemakaian dan keyakinan diri.
Arissa sedang mengayakan pakaian ala-ala puteri sehari sebelum pertandingan bercerita.

Pihak penganjur iaitu Sekolah Kebangsaan Kampung Luak telah mengadakan


perjumpaan bersama semua guru pengiring pada 13 Mac 2017, hari Isnin di Makmal
Komputer SK Kg Luak. Penolong Kanan Kokurikulum SK Kg Luak telah mengutip semua
dokumen yang diperlukan untuk pertandingan. Cabutan undi, penjelasan berkaitan peraturan
pertandingan dan lawatan ke dewan yang menjadi venue pertandingan juga telah diadakan.
Perjumpaan ini telah berula jam 2.30 petang dan tamat jam 5.00 petang.

Laporan Semasa Pertandingan Bercerita

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahap 1 Peringkat Bahagian Miri
telah berlangsung pada 15 Mac 2017, jam 7.00 pagi. Peserta yang telah mengikuti
pertandingan ini daripada 34 buah sekolah seluruh Miri. Peserta dari SK Kg Luak iaitu Arissa
Amanina binti Arman telah beroleh nombor giliran keenam. Arissa telah menyampaikan
cerita sekitar jam 8.30 pagi dan tamat lebih kurang 15 minit kemudiannya. Pusingan spontan
pula telah bermula jam 1.30 tengahari dan memperlihatkan Arissa juga beroleh nombor
giliran keenam. Beliau telah memperoleh tajuk Pekerjaan. Spontan telah dijawab oleh Arissa
dengan agak baik dan tamat lebih kurang lima minit kemudiannya. Majlis penutupan bermula
jam 4.30 petang. Pemenang pertama ialah peserta daripada sekolah S.K. Anchi, kedua ialah
daripada sekolah, dan ketiga ialah daripada sekolah.
Arissa sedang bersedia sebelum menyampaikan cerita yang bertajuk Putera Katak.

Majlis penutupan dan sesi penyampaian sijil penyertaan.


Laporan Selepas Pertandingan Bercerita

Setelah tamat pertandingan bercerita, sesi post-motem telah dibuat antara guru-guru terlibat
dengan peserta iaitu Arissa Amanina binti Arman. Kelebihan yang telah dapat dikesan adalah
dari segi keupayaan Arissa untuk menyampaikan cerita Putera Katak dengan sangat baik
beserta gaya, suara dan pakaian yang sangat sesuai. Namun, kelemahan yang agak ketara
adalah dari segi keupayaan Arissa untuk menjawab soalan dalam sesi kedua, iaitu sesi
Spontan. Hal ini kerana tajuk Pekerjaan yang diperoleh adalah tajuk yang kurang diberi
penekanan ketika latihan. Walau bagaimanapun, Arissa telah melakukan yang terbaik dan
kami sebagai guru-guru yang terlibat sepanjang latihan dan pertandingan sangat menghargai
usaha gigih beliau menghafal teks cerita, berlatih penyampaian, suara, gaya, pernafasan dan
lain-lain.

Pada masa-masa akan datang, tajuk-tajuk Spontan harus diberi penekanan dan
perhatian oleh guru-guru dan peserta. Hal ini kerana, pada pendapat saya markah ketika sesi
Spontan sangat memberi perbezaan antara peserta. Contohnya, markah kebanyakan peserta
adalah sama ketika sesi penyampaian cerita kerana mereka menghafal dan hanya perlu
menyampaikan semula isi cerita yang dihafal. Sebaliknya, sesi Spontan menguji kebolehan
sebenar peserta untuk bertutur di khalayak ramai dengan tajuk-tajuk yang sukar dijangka.
Oleh itu, latihan untuk sesi Spontan berkaitan isi untuk tajuk-tajuk yang dijangka keluar
mampu memberi peluang cerah kepada peserta untuk memperoleh nombor dalam
pertandingan ini. Walau bagaimanapun, peserta telah melakukan yang terbaik dan pujian serta
galakan adalah wajar diberi.

Penutup

Jangan ibarat kacang lupakan kulit, jasa dan usaha Arissa Amanina binti Arman, ibu dan bapa
beliau serta guru-guru yang terlibat untuk pertandingan bercerita ini harus dihargai walaupun
rezeki tidak menyebelahi sekolah SK. Kg Luak tahun ini. Pada tahun-tahun akan datang,
semestinya kita akan melakukan persediaan yang lebih baik dan mampu menempa nama
dalam pertandingan bercerita peringkat bahagian Miri kelak, in shaa Allah.
Lampiran
~ Teks Bercerita
~ Tajuk Spontan
~ Tentatif Program Pertandingan Bercerita

You might also like