Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

SMK TENGKU INTAN ZAHARAH

23000 DUNGUN TERENGGANU


SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

KERTAS KERJA
MAJLIS MALAM APRESIASI
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR TAHUN 2017

TARIKH
6 OKTOBER 2017

HARI
JUMAAT

MASA
8.00 MALAM-11.00 MALAM

TEMPAT
DEWAN ISMAIL MANAF
SMK.TG. INTAN ZAHARAH.

ANJURAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
KERTAS KERJA
MAJLIS MALAM APRESIASI
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR TAHUN 2017

1.0 TUJUAN
1.1 Kertas kerja ini bertujuaan mendapat kelulusan daripada Tuan Haji Fauzi bin Hamzah ,
Pengetua SMK.Tg Intan Zaharah untuk melaksanakan Majlis Malam Apresiasi MPP bagi tahun
2017.
1.2 Memohon peruntukkan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK. Tg. Intan Zaharah
untuk menampung sebahagian daripada kos pelaksanaan untuk mengurus Majlis Malam
Apresiasi MPP bagi tahun 2017.

2.0 PENGENALAN
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), SMK Tengku Intan Zaharah merupakan sebuah organisasi
yang berada di bawah Unit Hal Ehwal Murid. Mempunyai ahli seramai 80 orang yang diwakili
oleh pelajar tingkatan 2 hingga tingkatan 5. Semua ahli bertanggungjawab membina
kepimpinan dalam diri dan membimbing pelajar lain untuk patuh kepada peraturan sekolah.
Selain dari itu mereka juga bertanggungjawab membantu pihak sekolah mengurus aktiviti yang
melibatkan warga sekolah.
Justeru bagi menghargai sumbangan ahli Majlis Perwakilan Pelajar ini, Majlis Malam Apresiasi dirancang
dan dilaksanakan sebagai aktiviti tahunan. Selain daripada itu ia juga bertujuaan untuk melahirkan
pemimpin pelajar yang berkredibiliti tinggi, berketerampilan, berkebolehan dan mahir berorganisasi
serta berkomunikasi.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Menghargai ahli MPP yang telah menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan.
3.2 Meningkatkan interaksi antara ahli MPP untuk membina kerjasama yang lebih progresif.
3.3 Menzahirkan rasa bersyukur kepada pihak sekolah kerana memilih mereka sebagai ahli
MPP.

4.0 TEMA
MENJALIN INTERAKSI , MEMBINA KREDIBILITI

5.0 TARIKH / HARI / MASA PELAKSANAAN


6 OKTOBER 2017
JUMAAT
8.00 11.00 MALAM
6.0 TEMPAT PELAKSANAAN
Dewan Ismail Manaf, SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun, Terengganu

7.0 SASARAN
102 orang :

80 orang ahli MPP


9 orang guru Badan Disiplin
4 orang guru MPP
9 orang pengurusan

8.0 TEMA PAKAIAN


Biru / Hitam / Kelabu

9.0 STRUKTUR ORGANISASI


Rujuk Lampiran A

10.0 ATURCARA MAJLIS


Rujuk Lampiran B

11.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C

12.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar Majlis Malam Apresiasi MPP bagi tahun 2017 ini akan dapat
dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang telah dinyatakan. Semoga sokongan
dan kerjasama daripada semua pihak akan dapat melahirkan pemimpin pelajar yang memiliki
modal insan yang berkualiti dan dapat bersaing dalam dunia globalisasi ini. Segala sokongan
dan kerjasama yang diberikan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.Besar harapan
agar majlis ini mendapat limpah kurnia dan keberkatan oleh Allah S.W.T.
DISEDIAKAN OLEH;

..
NUR AZNISYA INSYIRAH BINTI AZAM
Setiausaha
Majlis Perwakilan Pelajar 2017,
SMK Tengku Intan Zaharah.

DISEMAK OLEH;

.
NOR HAYATI BT MAT MIDIN
Guru penasihat,
Majlis Perwakilan Pelajar 2017,
SMK Tengku Intan Zaharah.

DILULUSKAN OLEH;

TUAN HAJI FAUZI BIN HAMZAH


Pengetua,
SMK Tengku Intan Zaharah.
LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI
MAJLIS MALAM APRESIASI
MPP TAHUN 2017

AJK INDUK

Pengerusi ; Tn. Hj. Fauzi bin Hamzah

Timbalan Pengerusi : Tn. Abd.Aziz bin Nik Mat

Timbalan Pengerusi I1 : Tn. Hj. W.Abd. Shukor bin W.Awang

Naib Pengerusi I : Pn. Hjh. Mas Ayu Ros Aida bt Haron

Naib Pengerusi 11 : Pn. Che Ros bt Maulud

Penyelaras : Pn Maizatul Akmaliah bt. Yusof

: Pn. Hjh.Kamariah bt. Abd.Rahman

: Tn .Hj. Abd. Gani bin Jaya

: Pn.Nozana bt

Setiausaha : Pn. Nor Hayati bt Mat Midin

Bendahari : Pn. Wan Zalelawati bt Wan Othman

AJK : En. Mat Ghani bin Muda


En. Mohd.Hafizan Armin bin Abd. Manan

AJK PELAKSNAAN

TUGAS NAMA PETUGAS BIDANG TUGAS

1.Pendaftaran BIRO DISIPLIN Menguruskan pendaftaran


Sofea Adrina ahli MPP mengikut senarai
Nur Ain Farhanah kehadiran MPP

Mengendalikan dan
2.Dokumentasi/ BIRO IT memastikan PA Sistem
PA Sistem BIRO MAJLIS KHAS berfungsi dengan baik
sepanjang majlis
Menyediakan video
perpisahan 2017
Menyediakan tayangan slaid
yang bersesuaian
Menguruskan penyediaan
3.Pengurusan hadiah BIRO DISIPLIN hadiah mengikut kategori
Aina Syadiyah Menyusun atur hadiah bagi
Ammar Zaqwan acara penyerahan hadiah
Wan Natasya Ayuni dalam majlis

4.Penyambut BIRO DISIPLIN Menyambut kedatangan ahli


Tetamu majlis sebelum majlis
bermula
Menyediakan senarai
5.Persembahan BIRO DAKWAH persembahan dari setiap
BIRO LATIHAN DAN KEPIMPINAN tingkatan
Nur Syuhada Memastikan wakil setiap
Aisyah Azmi tingkatan bersedia dengan
persembahan mereka

Mengesahkan kehadiran
6.Kehadiran dan Mohd Amir Syazwan MPP dan membuat senarai
bayaran MPP Khairunisah lengkap kehadiran MPP
Sofea Adrina Memastikan wang dikutip
mengikut bayaran yang
ditetapkan

Menguruskan menu dan


7.Makanan dan Mohd Arif Firdaus pembayaran makanan
minuman kepada pihak katering

Mengendalikan acara majlis


8.Pengacara Lili Haslini dengan lancar
Majlis Norhafieqa Aliesya

Mengendalikan permohonan
9.Pengurusan Aina Zahirah Alias sumbangan bagi pengurusan
sumbangan Syamila Nurain Mohd. Zamree kewangan Malam Apresiasi
MPP

Menyediakan kad jemputan


10.Pamplet/ kad BIRO IT bagi para guru dan tetamu
Jemputan Wan Nurul Arisya jemputan (VIP)
Ain Afiqah Menyediakan pamplet acara
bagi diagihkan kepada ahli
majlis
Menyusun atur dan
11.Kebersihan dan BIRO KECERIAAN BILIK GERAKAN memastikan kebersihan
keceriaan dewan BIRO DAKWAH DAN KEBAJIKAN dewan dalam keadaan baik
Melakukan hiasan yang
bersesuaian bagi
menceriakan dewan

12.Bacaan doa WAKIL BIRO DAKWAH Menyediakan teks bacaan


doa yang sesuai
Mengetuai bacaan doa
sebelum majlis bermula

Merancang dan melakukan


13. Gimik BIRO LATIHAN DAN KEPIMPINAN persembahan gimik yang
BIRO MAJLIS KHAS sesuai dengan majlis
LAMPIRAN B
ATURCARA MAJLIS

7.40 p.m : Kehadiran ahli MPP.

7.50 p.m : Kehadiran Pengurusan Sekolah dan YDP PIBG

8.00 p.m : Ucapan alu-aluan pengerusi majlis.


: Ucapan Ketua Pelajar Arus Perdana.
Muhammad Arif Firdaus bin Norisan
: Ucapan Penolong Kanan HEM.
En. Abdul Aziz bin Nik Mat

: Ucapan YDP PIBG


Tn. Haji Ahmad Jelani bin Abd. Ghani
: Ucapan Perasmian Majlis Malam Apresiasi
Tn. Haji Fauzi bin Hamzah
Pengetua SMK.Tg Intan Zaharah

: Persembahan Gimik

8.40 p.m : Jamuan makan .


: Cabutan bertuah

9.10 p.m : Tayangan video dan montaj.


: Persembahan pentas.
: Penyampaian Anugerah Kepimpinan

11.00 p.m : Majlis bersurai.


LAMPIRAN C
BELANJAWAN

A. PENDAPATAN
BIL PERKARA RM/UNIT UNIT RM
1. Sumbangan PIBG - - RM 1 100.00
2. Kutipan Ahli MPP RM 20.00 70 orang RM 1 400.00

JUMLAH RM 2 500.00

B. PERBELANJAAN
BIL PERKARA RM/UNIT UNIT RM

1. Makan dan Minum RM 14.00 102 orang RM 1428.00

2. Meja bulat dan skirting - - RM 300.00

3. Plak Umum RM 5.50 80 orang RM 440.00


4. Plak Anugerah Kepimpinan RM 7.00 10 orang RM 70.00

5. Jambangan coklat RM 10.00 10 orang RM 100.00


6. Kain Rentang RM 42.00 1 helai RM 42.00

7. Bunting RM 20.00 1 helai RM 20.00


8. Rencam RM 100.00 - RM 100.00

JUMLAH RM 2 500.00

You might also like