Program Pembangunan Minda Insan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

Program Pembangunan Minda Insan

Latar belakang

Garis panduan Program Pembangunan Minda Insan (PPMI) adalah bertujuan untuk menerangkan
dasar dan kaedah perlaksanaan projek-projek dibawah Program Pembangunan Minda Insan bagi
Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK-9) sebagai panduan kepada agensi perlaksana. Mula
dilaksana semasa RMK-8 dibawah SPKR dan dibawah RMK-9, program ini diteruskan
perlaksanaannya yang bertujuan membangunkan minda dan sikap kumpulan sasar. Program ini
menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar mengikuti
kursus-kursus perubahan sikap, motivasi, dan pembangunan insan. Matlamatnya ialah untuk
membangunkan minda dan sikap kumpulan sasar supaya lebih bermotivasi untuk berusaha
meningkatkan ilmu, pendidikan, kemahiran, serta pendapatan keluarga

Golongan miskin tegar iaitu golongan yang berpendapatan isi rumah bulanan berjumlah
separuh atau kurang daripada paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) atau Makanan (Food
PLI) semasa, yakni ditentukan berdasarkan keperluan balance nutritional dietary
requirement bagi sesebuah keluarga. Di bawah RMK-9, kumpulan sasar bagi perlaksanaan
program ini adalah terdiri daripada golongan miskin yang tegar yang berdaftar dalam Sistem
Maklumat KIR Miskin Tegar (Sistem SPKR). Kumpulan sasar yang layak tetapi belum berdaftar
hendaklah didaftarkan terlebih dahulu dalam Sistem SPKR selepas diperakui oleh wakil rakyat
atau pemimpin tempatan. Keutamaan akan diberikan kepada golongan:
1. Ketua Isi Rumah (KIR)/tunggal miskin tegar yang mempunyai ramai tanggungan.
2. Ahli Isi Rumah (AIR) miskin tegar yang ditanggung oleh KIR ibu tunggal.
3. Suri Rumah (SR)/AIR miskin tegar yang ditanggung oleh KIR kurang upaya.
Program ini mempunyai tiga komponen utama iaitu kursus-kursus motivasi,
pembangunan minda (perubahan sikap), kem sahsiah, serta bengkel kebahagiaan dan
kecemerlangan keluarga. Komponen kurus boleh diselitkan dengan lawatan sambil belajar bagi
meningkatkan keberkesanan kursus. Skop program adalah meliputi aspek-aspek kendiri,
ekonomi, kesihatan, dan sivik. Skop dan sub-topik kurikulum teras bagi kursus-kursus dibawah
PPMI manakala kandungan kursus bagi setiap kategori kumpulan sasar.
Perbincangan

Kerajaan telah melancarkan RMK-9 iaitu rancangan pembangunan negara untuk tempoh 2006-
2010. RMK-9 merupakan sebahagian daripada perancangan 15 tahun kerajaan bagi
merealisasikan Misi Nasional iaitu Wawasan 2020. Ia mempunyai teras atau rangkaian strategi
bersepadu. Teras kedua menyatakan tentang usaha Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan
inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama, di kalangan rakyat negara ini. Empat
strategi utama telah dikenal pasti ke arah pencapaian matlamat tersebut iaitu:

(i) Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan.

(ii) Memupuk keupayaan sains, R&D dan inovasi.

(iii) Memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.

(iv) Memperkasakan golongan belia dan wanita.

Daripada strategi-strategi di atas, jelas bahawa penduduk negara ini disifatkan sebagai satu
sumber yang bermanfaat atau dikenali modal insan. Kerajaan mahu rakyat negara ini menjadi
modal yang berkualiti dan menjadi aset berharga kepada negara yang boleh disandarkan harapan
dan digembleng bagi melaksanakan strategi yang ditetapkan dalam RMK-9 dan seterusnya
berupaya memacu usaha negara untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Kekuatan

Program Pembangunan Minda Insan (PPMI), Program Penjanaan Pendapatan (PPP) dan
Program Latihan Kemahiran Kerjaya (PLKK) telah bermula pada tahun 2010. Sehingga
November 2011, 3 Pusat Pembangunan Minda Insan telah berjaya diwujudkan iaitu di

1. Kg. Kabog, Kunak, Sabah

2. Kg Pulau Tandoan, Semporna, Sabah

3. Pulau Mabul, Semporna, Sabah.


Manakala Program Penjanaan Pendapatan (PPP), 2 buah rumah cendawan telah berjaya
dibina di Kg Naka, Kedah dan menghasilkan pendapat lebih kurang RM 3,000 sebulan. Sebuah
premis pemproses mee kuning (kering) telah berjaya diwujudkan di Kg Bubul, Semporna, Sabah
dan mula menjana pendapatan RM 3,000.00 - RM4,000.00 sebulan awal tahun 2012. Di samping
itu, pada akhir Disember 2011, 1 premis pemprosesan keropok lekor bakal diwujudkan di Kunak,
Sabah.

PPMI buat masa ini bertumpu kepada masyarakat Bajau Laut di Sabah yang amat
terpinggir dari arus pembangunan dalam semua aspek. Mereka tidak mempunyai rumah
kediaman di darat kerana selesa mendiami perahu-perahu kecil. Masyarakat ini, yang juga
dikenali sebagai Palauh, kebanyakannnya tidak mempunyai pegangan agama sejak kelahiran
nenek moyang mereka. Mereka adalah golongan yang amat perlu dibela dan dibangunkan secara
terancang seperti masyarakat orang asli di Semenanjung Malaysia. Sehubungan itu HALUAN
mengambil inisiatif untuk membantu mereka dalam aspek pembangunan rohani, jasmani dan
intelek serta pembangunan agar ekonomi menjadi insan yang berguna kepada negara pada masa
depan.

Dalam suasana semasa kita boleh katakan bahawa apa yang dimaksudkan generasi muda
ini merujuk kepada golongan belia kerana merekalah yang bakal mewarnai corak peradaban
bangsa pada masa hadapan. Nilai kepentingan belia dapat diperhatikan melalui frasa-frasa yang
sering dikaitkan dengan mereka seperti belia aset negara, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara dan lain-lain lagi. Justeru, tidak hairanlah kebanyakan peradaban yang ada di muka bumi
ini memberi penumpuan yang jitu terhadap pembangunan golongan belia. Untuk itu, pihak
kerajaan memperuntukkan sejumlah besar kewangan dan sumber yang ada bagi melatih,
mendidik dan memperlengkapkan golongan belia ini dengan pelbagai kekuatan berbentuk
keilmuan dan kemahiran.

Masyarakat sedar bahawa jika golongan muda ini tidak diperlengkapkan dengan ilmu dan
kemahiran maka mereka akan kehilangan penyambung kepada masa depan. Dengan kata lain
golongan muda merupakan satu jaminan kepada kelangsungan fikrah dan dasar yang
diwujudkan oleh golongan sebelumnya dan seterusnya mereka berperanan untuk memperkasa
dan memartabatkan lagi pandangan ini.
Pada usia muda ini juga, kemampuan seseorang itu untuk ketajaman dan pemahaman
fikiran serta keupayaan minda untuk menyerap sebarang pendekatan, pemikiran serta ilmu
pengetahuan berada pada peringkat yang terbaik. Ini juga menjadikan golongan muda ini
sebagai sasaran utama pergerakan sahsiah dan kebudayaan untuk memastikan penguasaan
sistem yang cuba di bentuk ke atas masyarakat berterusan. Justeru kemampuan yang ada pada
generasi muda ini dan kekuatan pengaruh mereka di dalam sesebuah masyarakat menjadikan
golongan muda sebagai aset atau harta yang paling bernilai. Di samping itu, mereka juga
menjadi unsur utama yang boleh memberi kesan kepada arus pembangunan dan kemajuan masa
depan.

Kelemahan

Dalam usaha membangunkan modal insan, kerajaan telah menghadapi beberapa cabaran hebat.
Sebagai status negara yang sedang membangun, negara kita sememangnya menghadapi cabaran
yang semakin mencabar dari segi semua aspek seperti sosial, ekonomi, politik dan sebagainya.
Namun begitu, cabaran itu seumpama pembangkit semangat negara bangsa untuk bergerak lebih
maju ke hadapan.

Untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi, cabaran yang paling hangat sekali
yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan adalah dari aspek pendidikan. Pendidikan merupakan satu
medium yang terpenting sekali bagi membentuk jati diri modal insan yang akan memimpin
negara. Pendidikan yang mampu menaikkan nama negara adalah pendidikan yang diiktiraf oleh
dunia. Segala kekurangan dalam sistem negara hendaklah segala diperbaiki dan diperbaharui
supaya modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi mampu dilahirkan dalam satu
angka yang besar.

Warga pendidik merupakan golongan yang amat penting sebagai instruktur di sekolah
mahupun di peringkat tinggi seperti di Universiti, kolej-kolej, maktab dan sebagainya. Warga
pendidik sentiasa menghadapi cabaran di dalam usaha negara yang ingin melahirkan modal insan
yang mampu bersaing di peringkat global. Tanpa warga pendidik yang amanah dan prihatin
sudah pasti usaha melahirkan modal insan kelas pertama akan tergendala.
Selain itu, aspek ekonomi juga turut memberikan cabaran yang kuat kepada pihak
kerajaan. Hal ini kerana perkembangan globalisasi yang sangat cepat dan kompetitif. Negara
terpaksa memberikan saingan sehingga ke peringkat akal umbi untuk merebut peluang-peluang
ekonomi di pasaran antarabangsa. Dari aspek ekonomi ini, negara bukan sahaja menghadapi
cabaran persaingan dari negara-negara luar sahaja. Negara juga menghadapi beberapa cabaran
yang wujud di dalam negara kita sendiri juga.

Oleh itu, segala cabaran yang dihadapi oleh negara, adalah satu tanggungjawab bersama
kita sebagai rakyat Malaysia. Kerjasama yang berterusan haruslah diberikan oleh lapisan
masyarakat agar modal insan yang kita lahirkan dapat menjadi pembangkin utama untuk
merealisasikan impian Wawasan 2020.

Cabaran Kepada Para Pendidik

Harta paling berharga bagi sebuah negara adalah warganya sendiri. Kualiti rakyat sesebuah
negara disifatkan modal insan yang perlu ditagih buat memacu kegemilangan.Cabaran
pembinaan modal insan terletak sebahagian besar di bahu pendidik. Mereka terbabit dalam dunia
pendidikan dan latihan untuk mengembangkan potensi, bakat dan kualiti seseorang murid atau
pelajar.Pendidikan penting dalam menyediakan negara dengan modal insan berkualiti yang
memiliki sahsiah, berkemahiran tinggi serta mampu berfikir secara kreatif dan kritis khususnya
untuk mengisi ruang pemodenan menuju wawasan 2020.Antara tugas penting warga pendidik
dalam membangun modal insan ialah membentuk personaliti unggul dalam membina
kepemimpinan mantap.

Personaliti unggul bakal diterjemahkan melalui peribadi mulia, mempunyai sifat amanah
dan kepemimpinan mulia serta berdisiplin dalam setiap tugasan.Cabaran warga pendidik
pastinya pada menyemai benih nilai murni ke arah pembentukan personaliti unggul itu.
Perancangan rapi harus direncana bagi merealisasikan impian itu. Di antara tugas utama warga
pendidik ialah meningkatkan keupayaan, minat dan bakat murid bagi menguasai ilmu
pengetahuan dan kemahiran. Penguasaan bahasa Inggeris sebagai penambah nilai modal insan
dikenal pasti antara perkara yang amat dititikberatkan.
Selain itu, pendidikan sains adalah usaha memperkasakan minda saintifik di kalangan
murid. Rangsangan minda mampu melahirkan murid yang berfikir secara kreatif dan inovatif
serta mempunyai daya inkuiri tinggi. Untuk itu, pengenalan Program F1 Technology Challenge
and Robotic kendalian Kementerian Pelajaran memberikan pendedahan minat berfikiran ala
saintifik dan berinovasi di kalangan anak muda.Galakan penggunaan ICT pula dalam pengajaran
dan pembelajaran seperti pengenalan pengajaran ICT Learning seawal peringkat tahap satu di
sekolah rendah dapat merangsang minda murid untuk menerapkan elemen teknologi maklumat
di dalam pemikiran bercorak futuristik.

Cabaran Dalam Ekonomi

Keadaan ekonomi semasa masih lagi menggalakkan. Asas ekonomi negara terus kukuh,
termasuk tabungan yang tinggi, kadar pengangguran yang rendah dan inflasi yang terkawal.
Keyakinan penggunaan dan sentiment pelabur pula semakin mantap. Berdasarkan perangkaan
terkini, pertumbuhan ekonomi negara didorong oleh kegiatan ekonomi dalam negeri, iaitu :

Pertama, perbelanjaan permintaan dalam negeri terus mantap dengan peningkatan penggunaan
dan pelaburan sector swasta yang disokong oleh pengukuhan kuasa beli rakyat, pendapatan
korporat yang meningkat serta kadar faedah yang rendah.

Kedua, jumlah pinjaman dalam sistem perbankan terus meningkat sebanyak 8.3 peratus.
Prestasi sector perbankan pula kian kukuh dengan paras Hutang Tak Berbayar atau NPL nyata
berkurangan daripada 6.8 peratus pada Februari 2004 kepada 5.8 peratus pada bulan Februari
2005.

Ketiga, kedudukan perdagangan negara terus kukuh dengan imbangan perdagangan negara
berada pada kedudukan lebihan selama 88 bulan berturut-turut sejak bulan November 1997.

Perangkaan di atas jelas menunjukkan bahawa keadaan ekonomi negara pada masa ini
berada pada landasan yang kukuh untuk terus maju dan berkembang. Sungguhpun demikian, kita
perlu meningkatkan lagi usaha memandangkan negara berhadapan dengan persekitaran luar yang
masih tidak menentu dan kian mencabar. Era globalisasi menyebabkan berlakunya persaingan di
pasaran antarabangsa. Keadaan ini menyebabkan harga minyak tinggi, peningkatan kadar faedah,
bencana alam seperti gempa bumi, penularan penyakit, ketegangan geopolitik dan keganasan, di
samping kebangkitan ekonomi baru seperti China dan India turut memberi cabaran kepada kita.

Selain itu, cabaran dalam negeri juga perlu diberi perhatian. Antaranya termasuklah
usaha untuk meningkatkan trickle down effect dalam ekonomi supaya faedah pertumbuhan
dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Oleh itu, kualiti hidup rakyat dapat diperkukuhkan lagi
sementara kos kehidupan terus terkawal, peluang pekerjaan diperbanyakkan (termasuk kepada
para graduan) dan usaha terus diambil untuk meningkatkan tahap daya saing negara dan
mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang mantap.

Dalam hal ini, penerokaan sumber pertumbuhan baru perlu dipertingkatkan, termasuk
dalam sektor perkhidmatan dan pertanian. Umpamanya, sektor pertanian mempunyai potensi
yang tinggi. Contohnya, dalam kegiatan ternakan ikan laut, ikan hiasan, haiwan berbaka baik dan
penanaman sayur-sayuran, bunga-bungaan serta herba. Sektor swasta pula turut memainkan
peranan supaya lebih dinamik dan lebih banyak membuat pelaburan di dalam pertanian dan juga
sektor-sektor lain supaya terus menerajui pertumbuhan ekonomi.

Sungguhpun kita berhadapan dengan cabaran luaran dan dalaman, pertumbuhan ekonomi
negara dijangka terus kukuh. Oleh yang demikian, kita perlu bekerja dengan lebih gigih untuk
mencapai kadar pertumbuhan yang lebih tinggi bagi mengimbangi pertumbuhan yang perlahan,
terutamanya semasa negara mengalami krisis kewangan Asia pada tahun 1997 dan 1998.

Cabaran Dalam Perkhidmatan Awam

Perkhidmatan awam selalu berubah. Namun begitu, kadar perubahan dunia menjadi lebih pesat,
lebih-lebih lagi dalam masa satu dekad yang lalu. Dunia kini semakin kompetetif. Ia membawa
cabaran besar kepada semua sektor dalam negara, termasuk sektor awam. Jika dahulu Malaysia
bersaing dengan negara membangun lain, kini Malaysia harus bertanding dengan negara-negara
lain dipelosok dunia. Perkhidmatan awam mempunya peranan yang besar untuk menyahut
cabaran ini, supaya Malaysia lebih berdaya saing. Kita tidak boleh lagi bertanding atas
kerendahan kos pekerja atau atas penyediaan pakej insentif semata-mata. Kita sudah termasuk
dalam kategori negara yang harus bersaing atas asas kualiti, sama ada kualiti barangan mahupun
kualiti perkhidmatan dan ini termasuklah perkhidmatan awam.

Pelabur asing, usahawan tempatan, pekerja berpengetahuan tinggi semuanya akan


berinteraksi dengan anggota perkhidmatan awam dalam menjalankan aktiviti mereka, dari hal-
hal besar seperti permohonan permit eksport, kepada hal-hal kecil seperti pembaharuan eksport.
Sektor swasta, sama ada orang asing atau tempatan, memerlukan perkhidmatan yang cekap dan
memudahkan pekerjaan mereka. Jika perkhidmatan yang baik tidak dapat diberikan, peniaga dan
pelabur akan mencari negara lain, di mana kualiti perkhidmatan dipentingkan.

Begitulah derasnya arus dunia sekarang, yang cepat dan efisen mendapat habuan luar
biasa, sementara yang lambat dan tidak cekap akan mendapat sisa-sisa. Oleh itu, sektor awam
harus menjadi pemberi khidmat dan pemudah cara kepada aktiviti sektor swasta. Malah peranan
sektor awam ini telah dijelaskan melalui Dasar Pensyarikatan Malaysia yang bermula pada tahun
1983.

Jesteru itu, dari luar sempadan, kita menghadapi cabaran arus dunia yang semakin deras
dan bergelora. Dari dalam pula, kita menghadapi cabaran besar untuk memenuhi keperluan
rakyat yang semakin bertambah. Pada tahun 1990 hingga 2002, jumlah penduduk Malaysia
bertambah daripada 18 juta ke 24 juta, iaitu peningkatan sebanyak 33 peratus. Dalam jangka
masa yang sama, jumlah anggota perkhidmatan awam bertambah daripada 1.06 juta ke 1.23 juta
orang, iaitu sebanyak 16 peratus, separuh daripada kadar peningkatan penduduk negara.
Peningkatan dalam beban kerja ini sedikit sebanyak dapat dikurangkan melalui sistem
berkomputer dan penambahbaikan proses kerja. Walaupun begitu, kita tidak dapat menafikan
bahawa tanggungjawab anggota perkhidmatan awam telah meningkat.

Seperti perubahan arus dunia, kita juga tidak dapat lari dari peningkatan keperluan dan
kesedaran rakyat. Apabila sesebuah negara menjadi semakin maju, dan rakyatnya semakin
berpengetahuan, tuntutan ke atas kualiti perkhidmatan awam sentiasa meningkat. Anggota
perkhidmatan awam adalah daripada kalangan rakyat. Oleh itu, rakyat haruslah bersama-sama
dengan perkhidmatan awam untuk meningkatkan kualiti dan mengejar pembaikan, supaya kita
dapat menjadi satu masyarakat maju dalam erti kata sebenar.
Penambahbaikan

Graduan-graduan yang lahir daripada Institusi Pengajian Tinggi pada hari ini merupakan aset
terpenting negara untuk masa hadapan. Pada bahu mereka, tergalas tanggungjawab bagi
meneruskan lagi pembangunan negara disamping membentuk kemajuan dari segenap aspek
termasuk ekonomi, sosial dan politik. Di dalam utusan Malaysia, (2005) mengatakan dalam
wawasan 2020, modal insan yang memiliki personaliti unggul adalah pemangkin kepada
matlamat untuk menjadikan Malaysia negara maju sepenuhnya.

Di dalam ucapan bajet 2007 yang disampaikan oleh bekas Perdana Menteri YAB Dato
Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi menyatakan bahawa sebanyak 10.4 billion ringgit telah di
peruntukkan oleh pihak kerajaan bagi Pengajian Tinggi. Ini adalah bertujuan untuk
memantapkan lagi intitusi pengajian Tinggi di negara ini sebagai tempat untuk melahirkan
generasi yang berpesonaliti unggul kerana pembangunan modal insan ini merupakan pra-syarat
penting di dalam pembangunan negara sama ada dari segi sosial, ekonomi mahupun politik.
Dalam Rancangan Malaysia Ke-9 menyatakan usaha membangunkan modal insan berkualiti
akan digiatkan. Pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik,
menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual termasuk ilmu
sains, teknologi dan keusahawanan, dan juga pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan
moral yang tinggi. Inilah yang dikatakan modal insan berminda kelas pertama.

Di dalam berita Harian (2005) menyatakan bahawa Usaha kerajaan membangun modal
insan harus mendapat sokongan semua pihak, terutama mereka yang diberi tanggungjawab serta
peruntukan melalui bajet kerajaan. Ini termasuk semua sekolah dan institusi pengajian, institusi
latihan serta agensi yang memainkan peranan membina sahsiah masyarakat

Ini jelas menunjukkan IPTA memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan
hasrat kerajaan bagi melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tapi
juga dari segi pembangunan sahsiah. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sentiasa memberi
penekanan kepada modal insan sebagai ciri utama membangun dan memajukan negara. Modal
insan yang perlu dibina bukan sekadar mereka yang berpelajaran. Untuk menjadi negara berdaya
saing dan berdaya maju, kita perlu membina modal insan yang lengkap dari segi ilmu,
kemahiran dan keperibadian unggul.
Di dalam Laporan Parlimen kesebelas, (2005) Setiausaha Parlimen Kementerian
Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Adham bin Baba menyatakan bahawa bagi melahirkan mahasiswa
dan mahasiswi yang mempunyai ciri-ciri Towering Personality, Kementerian Pengajian
Tinggi telah meminta agar semua IPTA memantapkan program pengajian yang melibatkan
kurikulum dan aktiviti kokurikulum masing-masing. Program-program yang mantap akan dapat
mempertingkatkan lagi keupayaan pelajar dalam membina sikap yang lebih berdaya saing,
berkeyakinan dan mempunyai perwatakan unggul di samping memberi ruang kepada pelajar
untuk membina kemahirankemahiran lain seperti kemahiran dalam bidang pengurusan,
keusahawanan dan kepimpinan. Dengan itu menjadi tugas pihak pengurusan di IPTA untuk
memastikan program-program yang dilaksanakan di institusi itu mampu untuk melahirkan
graduan yang mempunyai nilai-nilai modal insan sejajar dengan kehendak pihak kerajaan dalam
usaha membangunkan negara.

Pada masa ini, megara malaysia adalah berada di titik pertengah untuk mencapai
matlamat Wawasan 2020. Jadi dalam Rancangan Malaysia Kesembilan telah memperkenalakan
Misi Nasional yang mengariskan lima teras utama untuk tempoh 15 tahun akan datang. Misi
Nasional akan menumpukan usaha negara kepada bidang-bidang utama yang akan membawa
kepada pencapaian Wawasan 2020. Bidang-bidang utama ini meliputi keupayaan negara untuk
bersaing di peringkat global, pembangunan modal insan, integrasi nasional, hubungan antara
kaum, pengagihan pendapatan dan kekayaan, serta mutu hidup rakyat. Misi Nasional yang
dirangka merangkumi lima teras utama.

Teras Pertama adalah Meningkatkan nilai ditambah dalam ekonomi negara. Dalam teras
pertama kerajaan mensasarkan untuk meningkatkan nilai tambah sektor ekonomi sedia ada
dengan mewujudkan aktiviti berasaskan pengetahuan dan peluang pekerjaan dalam bidang ICT,
bioteknologi, nanoteknologi dan perkhidmatan. Bagi Teras Kedua pula kerajayaan ingin
meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta memupuk minda
kelas pertama. Kerana kejayaan negara kita di masa hadapan bergantung kepada mutu modal
insan yang dimiliki. Mutu modal insan yang dimaksudkan bukan sahaja dinilai dari segi intelek
tetapi juga keperibadian.

Teras Ketiga adalah menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi secara membina


dan produktif. Manakala Teras Keempat adalah untuk meningkatkan tahap dan kemampanan
kualiti hidup rakyat. Bagi teras terakhir iaitu, Teras Kelima yang menjurus kepada pengukuhan
keupayaan institusi dan pelaksanaan negara. Modal insan adalah teras kedua dalam Misi
National negara. Oleh itu, jelas bahawa dalam Bajet 2007, pembangunan modal insan dititik
berat oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri menekanan membangunkan modal insan yang
berpengetahuan, kreativiti, inovasi serta mempunyai minda kelas pertama. Kerana ia
merupakan prasyarat yang penting dalam membina negara yang lebih berdaya saing dan maju.

Penerapan ICT merangkumi semua aspek termasuk aspek ekonomi. Dalam ucapan Bajet
2007, Perdana Menteri telah menyatakan bahawa semua sektor ekonomi negara menampakkan
kemajuan termasuklah pengembangan sektor ekonomi baru seperti teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT). Modal insan dalam sektor ekonomi baru penting dalam proses transformasi
ekonomi berpaksikan teknologi dan pengetahuan. Pembangunan sumber manusia perlu digilap
kerana ianya elemen terpenting dalam memastikan negara terus berdaya saing dan berdaya tahan,
lebih-lebih lagi dalam zaman ekonomi sejagat yang berlandaskan pengetahuan, serta
bertunjangkan sains dan teknologi.

Untuk membangunan modal insan dalam sektor ekonomi baru, kerajaan perlu
menyediakan sumber manusia yang berpengetahuan dan mempunyai kompetensi bersesuaian
dengan keperluan industri. Sebagai contoh, penubuhan Institut Pembangunan ICT untuk
menambahkan lagi bekalan pekerja berpengetahuan (knowledge workers) dengan menyediakan
kemahiran yang diperlukan oleh industri ICT, terutamanya syarikat shared services dan
outsourcing. Kualiti pendidikan akan diutamakan supaya warga Malaysia dibekalkan dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai murni untuk menjadi tenaga kerja yang menghayati budaya
kerja berprestasi tinggi.

Pembangunan negara haruslah berpaksikan kepada konsep pembangunan yang seimbang.


Ia bukan sahaja seimbang dari segi pembangunan ekonomi malah ia juga perlu seimbang dari
segi pembangunan dan kemajuan sosial. Kemajuan sosial ini adalah dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelektual dimana ia bertujuan untuk mencapai matlamat utama pembangunan, iaitu
kesejahteraan dalam masyarakat secara keseluruhannya.

Usaha-usaha perlu diambil untuk memperkuatkan faktor-faktor seperti kesejahteraan,


keharmonian, persefahaman, perkongsian dan sebagainya yang mendorong anggota masyarakat
untuk saling memahami, bekerjasama dan berkompromi demi mempertahankan kepentingan
bersama dalam merealisasikan masyarakat yang maju dan mantap. Segala usaha perlu diambil
untuk memperkuatkan sistem sokongan sosial yang sedia wujud iaitu sistem keluarga, komuniti,
agama, pendidikan dan organisasi sosial.

Golongan belia adalah golongan muda yang berdaya membangunkan sesebuah Negara.
Oleh itu, golongan ini haruslah berusaha dan bergiat aktif dalam mencapai wawasan 2020.
Kegiatan dan aktiviti golongan belia ditumpukan ke arah penjanaan kualiti modal insan yang
berdaya maju, progresif, proaktif, dan tanpa kita menolak belia tentang pasukan untuk bersukan,
berhibur dan bersosial. Kegiatan belia juga dijana bagi menjayakan agenda pembangunan modal
insan sebagaimana yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri.
Dengan itu, golongan belia, perlulah merangka aktiviti-aktiviti untuk menyahut cabaran dan
agenda kerajaan secara individu dan kolektif. Kerajaan juga telah melaksanakan Program
Latihan Khidmat Negara dalam melahirkan insan yang berdaya saing dan proaktif. Program ini
diadakan bertujuan untuk membantu kerajaraan dalam mengurangkan gejala sosial dan
seterusnya melatih golongan ini dalam mengekalkan kesejahteraan dan keselamatan Negara.

Kesimpulan

Kesimpulannya, modal insan adalah aset terpenting kepada organisasi dan negara. Jatuh bangun
sesebuah bangsa dan negara itu bergantung sepenuhnya kepada kualiti yang ada pada modal
insan. Justeru, agenda pembangunan modal insan perlu diutamakan dalam proses pembangunan
sesebuah negara kerana ia adalah pemangkin yang bakal mencorak tahap kemajuan dan
kemunduran bangsa itu. Pembangunan modal insan ini perlu digerakkan secara produktif dan
proses pendidikan menjadi titik tolak kepada usaha itu. Perlu diingatkan bahawa proses
pendidikan di sini adalah proses berterusan dan perlu dilakukan secara komprehensif. Unsur
kemahiran dan nilai itu diadun bersama agar modal insan yang bakal mewarnai negara adalah
modal insan yang mempunyai nilai dalam erti kata sebenar. Jatuh bangun sesebuah bangsa dan
negara itu bergantung sepenuhnya kepada kualiti yang ada pada sumber manusianya. Justeru itu,
agenda pembangunan sumber manusia perlu diutamakan dalam proses pembangunan sesebuah
negara kerana ia adalah pemangkin yang bakal mencorak tahap kemajuan dan kemunduran
bangsa itu. Sumber manusia ini perlu digerakkan secara produktif dan proses pendidikan
menjadi titik tolak kepada usaha itu. Unsur kemahiran dan nilai itu diadun bersama agar sumber
manusia yang bakal mewarnai negara adalah sumber manusia yang mempunyai nilai dalam erti
kata sebenar. Oleh itu kita sebagai warganegara Malaysia perlu menyemarakkan semangat
pembelajaran sepanjang hayat, senantiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dan
melaksanakan kerja yang terbaik dan berkualiti. Kita juga harus mempraktikkan budaya kerja
cemerlang. Tugas kita untuk memastikan negara terus berada di landasan pertumbuhan ekonomi
yang kukuh adalah besar dan mencabar. Namun, kita akan menjadi sebuah negara yang benar-
benar maju dan kaya dengan nilai-nilai murni, jika kita mempunyai iltizam dan berusaha dengan
bersungguh-sungguh.
Rujukan

Abdullah Ahamad Badawi (2006). Kata Pendahuluan : Rancangan Malaysia Kesembilan.

http://www.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/RMK9/bahasa/kata_pendahuluan.pdf.

Muhammad Hisyam Mohamad, (2005). Islam Hadhari Bentuk Modal Insan Berkualiti.
Institut Kefahaman Islam Malaysia. http://www.ikim.gov.my/v5/index.php

Muhammad Hisyam Mohamad, (2006). Penagih Dadah : Beban Kepada Masyarakat. Institut

Kefahaman Islam Malaysia. http://www.ikim.gov.my/v5/index.php

Nik Mustapha Nik Hassan (2006). Islam Dan Pengurusan Organisasi. Institut Kefahaman

Islam Malaysia. http://www.ikim.gov.my/v5/index.php

Pesona (2006). Keutuhan Budaya dan Moral Masyarakat Malaysia.

http://www.islamhadhari.net

Berita Harian, (2005). Pembangunan modal insan usaha lahirkan graduan berdaya saing. 10
Oktober 2005. Diperolehi dari http://groups.yahoo.com/group/SiberMelayu/message/911.

(Tarikh ambilan 3 Oktober 2006)

Ishak Yussof, (2003). Pelaburan Pendidikan Tinggi: Analisis PerbandinganIPTA-IPTS di


Malaysia. Journal Pendidikan 28 (2003) 33 46. Diperolehi dari

http://www.penerbit.ukm.my/jdidik28-03.pdf. (Tarikh ambilan 3 Oktober 2006)

Laporan Parlimen kesebelas, (2005). Rancangan dan langkah melahirkan Towering


Personality di kalangan mahasiswa dan mahasiswi . Diperolehi dari

http://www.malaysia-today.net/parlimen/2005_04_21_MT_parlimen_archive.htm.

(Tarikh ambilan 3 Oktober 2006)


Ucapan Bajet, (2006). Melaksanakan Misi Nasional Ke Arah Mencapai Wawasan Negara.

http://www.customs.gov.my/ub07.pdf#search=%22modal%20insan%20di%20IPTA%22.

(Tarikh ambilan 3 Oktober 2006)

Utusan Malaysia, (2005). Menaikkan Martabat IPTA ke tahap yang lebih Membanggakan. 27

Mei 2005. Diperolehi dari http://www.mohe.gov.my/pict_main/mei_05/pg6-

27mei05.pdf. (Tarikh ambilan 3 Oktober 2006)

You might also like