Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG PUTERI RESORT,

JALAN LAMPAM,
81700,
PASIR GUDANG, NO TEL:07-2175955
JOHOR. NO FAX:07-2513509
KOD SEKOLAH : JBA 1125

Rujukan Tuan :
Rujukan Kami :JBA1125/700-1/2
Tarikh : 8 NOVEMBER 2017
Ibu bapa/Penjaga
Pengusaha Van dan Bas Sekolah
SK Tanjung Puteri Resort

Tuan,Puan,

MAKLUMAN TENTANG PERTANDINGAN KAWAD KAKI UNIT BERUNIFORM SKTPR DAN AKTIVITI
KOKURIKULUM NOVEMBER 2017

Perkara di atas adalah dirujuk,

2. Sukacita dimaklumkan pihak sekolah akan mengadakan aktiviti kokurikulum seperti butiran
berikut :

1. TARIKH 11 NOVEMBER 2017


2. HARI SABTU
3. MASA 7.30 PAGI 11.30 PAGI
4. PELAJAR YANG TERLIBAT TAHAP 2 (TAHUN 4,5 DAN 6)
5. PAKAIAN UNIT BERUNIFORM

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah meminta agar pihak ibu bapa dan penjaga menguruskan
pengangkutan pergi dan balik anak tuan/puan dan memastikan kehadiran anak tuan/puan sepanjang
aktiviti kokurikulum itu dijalankan. Murid yang tidak hadir dikehendaki menulis surat secara rasmi
kepada Unit Kokurikulum SKTPR atau kepada Guru Penyelaras Unit masing masing untuk mengelakkan
dikenakan tindakan. Kehadiran anak tuan/puan dalam aktiviti kokurikulum direkod dan diambil kira
dalam markah Pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum (PAJSK).
4. Untuk sebarang maklum balas dan pertanyaan, pihak tuan/puan boleh menghubungi Guru
Besar, En. Yusri Bin Zakariah (012-7955261), Guru Penolong Kanan Kokurikulum, EN. Mohd Yurizani Bin
Che Husin (019-7945955). Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/puan didahului ucapan terima
kasih.

Sekian,terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

You might also like