Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Bab 3: Hubungan Ekonomi Antarabangsa

Syarikat buku Dinamik merupakan pengeluar buku cerita kanak-kanak di Malaysia. Buku keluaran syarikat
ini di pasarkan di seluruh negara dan juga beberapa negara lain seperti Brunei, Singapura dan Australia.

1. a. Nyatakan jenis aktiviti perdagangan yang dijalankan oleh syarikat buku Dinamik. (2m)
b. Terangkan dua persamaan dan dua perbezaan antara kedua-dua jenis aktiviti perdagangan yang diayatakan
dalam bahagian a (8m)

2. Terangkan kesan peristiwa berikut ke atas kadar pertukaran ringgit Malaysia


i. Malaysia mengeksport 1 000 tan kayu balak ke Jepun (3m)
ii. Malaysia melancarkan Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia (3m)

3. Bandingkan tarif dengan kuota (4m)

Kami amat berharap kerajaan Terima kasih atas cadangan ini.


akan memberi subsidi untuk Saya akan memaklumkan
pengeluar perabot tempatan cadangan persatuan tuan kepada
pihak kementerian kewangan

Wakil persatuan pengeluar Wakil Kementerian Kewangan


Perabot Malaysia

4. Nyatakan kesan kepada industri perabot tempatan jika cadangan


tersebut diterima oleh pihak kerajaan. (5m)

Tahun
Mata wang asing 2012 2013
Dolar Singapura 0.43 0.41
Pound Sterling 0.15 0.18

Jadual di atas menunjukkan perubahan kadar pertukaran asing bagi setiap ringgit Malaysia berbanding Dolar
Singapura dan Pound Sterling pada tahun 2012 dan 2013.

5. a. Tentukan kadar pertukaran antara dolar Singapura dengan Pound Sterling pada tahun 2013 (2m)
b. Terangkan kesan ke atas imbangan dagangan Malaysia akibat perubahan kadar pertukaran asing pada tahun
2013 berbanding tahun 2012 (8m)

6.Kenalpasti matawang yang diperlukan untuk setiap urusniaga perdagangan antarabangsa di bawah
i. Jepun mengimport perabot dari Malaysia
ii. Iran memesan lebih banyak minyak sawit dari Malaysia
iii. Keluarga Firdaus melancong ke Thailand
iv. Syarikat Setia mengimport 1000 tan kayu balak dari Indonesia

7.Kenalpasti jenis sekatan berikut


Pernyataan Jenis sekatan
Kereta import dikenakan cukai import sebanyak 60%
Pengeksport perabot kayu Malaysia menerima bantuan kerajaan untuk pembelian jentera
sebanyak RM5 juta
Pengimport Malaysia dibenarkan memiliki matawang asing maksimum sebanyak RM1
juta
Larangan import bahan kimia beracun
Permit import kereta dibekukan
Pada tahun 2012, jumlah import kereta yang dibenarkan oleh kerajaan ialah sebanyak
1000 unit

Jumlah Dagangan Malaysia dengan USA pada tahun 2011 ialah RM121.18 billion. Daripada jumlah ini eksport
Malaysia ialah sebanyak RM78.76 billion. Eksport Malaysia ke USA pada tahun 2012 dijangka meningkat sebanyak
11.3 % berbanding tahun 2011. import Malaysia dari USA pula dijangka meningkat sebanyak 22% pada tahun 2012
berbanding tahun 2011.

7
8.Berdasarkan maklumat di atas, hitungkan yang berikut:

a. jumlah import Malaysia pada tahun 2011

b. nilai eksport Malaysia pada tahun 2012

c. nilai import Malaysia pada tahun 2012

d. imbangan dagangan Malaysia pada tahun 2012

KUALA LUMPUR 4 Julai - Jumlah perdagangan Malaysia bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini berkembang
6.2 peratus kepada RM538.59 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), prestasi positif itu disokong oleh
pertumbuhan kukuh di rantau Asia khususnya negara-negara ASEAN, China, Jepun dan India.
Katanya, eksport Januari- Mei 2012 meningkat 3.9 peratus kepada RM290.24 bilion manakala import meningkat 8.9
peratus kepada RM248.35 bilion.

Di antara lima rakan dagang utama, jumlah perdagangan menunjukkan peningkatan pada lima bulan pertama 2012
dengan ASEAN merekodkan pertumbuhan 10.5 peratus atau RM14 bilion, China melonjak 14.1 peratus (RM8.95
bilion) dan Jepun naik 6.2 peratus (RM3.6 bilion) selain India meningkat sebanyak 8.2 peratus.
Utusan Malaysia

9. Berdasarkan petikan akhbar di atas, jawab soalan berikut:

a. Jelaskan tiga kebaikan yang dinikmati oleh Malaysia disebabkan peningkatan perdagangan tersebut.
i.___________________________________________________
ii. __________________________________________________
iii.____________________________________________________

b.Jelaskan tiga keburukan yang mungkin wujud daripada aktiviti perdagangan tersebut.
i.__________________________________________________
ii. __________________________________________________
iii.____________________________________________________

c.Kenalpasti empat rakan dagan utama Malaysia


__________________, __________________, __________________ dan _____________________

d. Hitungkan dan tafsirkan kedudukan imbangan dagangan Malaysia untuk tempoh Januari hingga Mei 2012.

Imbangan dagangan = Jumlah nilai eksport nampak nilai import nampak

RM _________ billion RM ___________ billion

= RM __________________biliom

Malaysia mencatat imbangan dagangan ___________________

10. Malaysia bercadang untuk mengurangkan tarif untuk semua kereta import sebanyak 20%.
Jelaskan kesan tindakan kerajaan tersebut kepada
a. Pengeluar kereta tempatan (4)
b. Ekonomi negara (4)

Ali : Aku tak faham dengan dasar kerajaan ni. Kenapa kerajaan mengenakan cukai yang tinggi untuk kereta import?
Wong: Tindakan kerajaan itu ada kebaikannya

11.Adakah anda bersetuju dengan pendapat Wong?


Berikan alasan anda. (5)

Jenis sekatan A Jenis sekatan B


Pada tahun 2013, jumlah gula mentah yang dibenarkan Perabot import dikenakan cukai sebanyak 25%
import adalah sebanyak 200 juta tan

12.a. Kenalpasti jenis sekatan A dan sekatan B (2)


b. Bandingkan dua sekatan tersebut.

8
Kajian kes 1

Encik Firdaus yang baru besara daripada jawatan pensyarah universiti telah menerima wang ganjaran sebanyak
RM300 000 dan pencen bulanan sebanyak RM5 000. Dengan wang ganjaran itu, beliau telah menubuhkan syairkat
Firdaus Sports Sdn. Bhd. yang mengeluarkan pakaian sukan untuk murid sekolah. Pada asalnya syarikat ini
bercadang untuk mengeluarkan pakaian sukan dan kasut sukan tetapi terpaksa menangguhkan pengeluaran kasut
sukan disebabkan masalah ekonomi.

Beliau sangat gembira kerana permintaan terhadap pakaian sukan syarikatnya semakin meningkat. Tambahan pula
kerajaan Malaysia menggalakkan persaingan sihat di kalangan pengeluar. Kerajaan juga memberikan sokongan
dengan melancarkan kempen seperti 1 murid 1 sukan yang memberi kesan positif kepada pasaran pakaian sukan.
Kerajaan juga melindungi pengeluar pakaian tempatan daripada persaingan pakaian sukan import.Kajian yang dibuat
oleh pihak pengurusan syarikat mendapati permintaan terhadap pakaian sukan syarikatnya mempunyai nilai keanjalan
1.5.Berdasarkan kajian tersebut, Syarikat Firdaus telah menaikkan harga keluaran syarikatnya untuk meningkatkan
keuntungan.

Oleh sebab keluaran syarikatnya berkualiiti, syarikat Firdaus bercadang untuk memasarkan keluarannya ke Negara
Asia Timur. Walaupun syarikat mungkin menghadapi masalah apabila memasarkan keluarannya ke Negara Asir Timur ,
Encik Firdaus berpendapat syarikat sedia menghadapi segala halangan tersebut.

Berdasar situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut:

(a) Huraikan dua cara lain wang ganjaran itu boleh digunakan oleh Encik Firdaus untuk meningkatkan
pendapatannya. [4 markah]

(b) Terangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh syarikat Firdaus Sports. [6 markah]

(c) Adakah anda bersetuju dengan tindakan syarikat Firdaus menaikkan harga keluarannya untuk meningkatkan
keuntungan syarikat?
Beri alasan anda. [3 markah]

(d) Huraikan kesan daripada kempen 1 Murid 1 Sukan kepada pasaran pakaian sukan Malaysia. [4 markah]

(e) Jelaskan empat cara kerajaan melindungi pengeluar pakaian sukan tempatan. [4 markah]
(f) Jelaskan empat masalah yang mungkin dihadapi oleh Syarikat Firdaus apabila memasarkan keluarannya ke
negara Asia Timur. [4 markah]

Kajian kes 2

Syarikat Maju ditubuhkan pada 1989 dan merupakan penerbit novel kanak-kanak dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa
Melayu. Kebanyakan buku terbitan syarikat ini dijual di pasaran tempatan. Walaupun tindakan kerajaan seperti kempen
galakan membaca dan kenaikan jumlah pelepasan cukai untuk pembelian buku memberi kesan positif kepada jualan
buku syarikat ini, pihak pengurusan khuatir tentang peningkatan kos pengeluaran buku seperti kenaikan harga kertas.
Di samping itu syarikat ini juga menghadapi persaingan daripada kemasukan buku import khususnya dari negara
China yang berharga murah.

Baru-baru ini , syarikat Maju telah mendapat kontrek untuk menerbitkan buku teks sekolah rendah dan kemudahan
kilang yang sedia ada sukar untuk menampung pengeluaran buku teks. Lembaga pengarah syarikat ini meneliti dua
cadangan pengurus pengeluaran untuk mengatasi masalah ini.

Cadangan 1: Membeli mesin baru Cadangan 2:Menambahkan bilangan pekerja

Kos pengeluaran meningkat sebanyak RM500 000 Kos pengeluaran meningkat sebanyak RM100 000 dan
dan peningkatan pengeluaran buku dari 100 000 peningkatan pengeluaran buku dari 100 000 kepada
kepada 300 000 sebulan. 150 000 sebulan.

Pihak pengurusan memilih cadangan pertama dan membuat pinjaman sebanyak RM5 juta daripada Bank perdagangan
untuk membeli mesin baru. Syarikat Makmur telah mencagarkan tanah milik syarikat ini di Sungai Buloh untuk
mendapatkan pinjaman tersebut. Pihak pengurusan syarikat ini berharap dengan adanya mesin baru, pengeluaran
buku teks akan berjalan lancar dan mampu membekalkan buku teks mengikut jadual.

Berdasarkan kajian kes di atas, jawab soialan berikut:


a. Terangkan kesan peristiwa berikut ke atas pasaran buku tempatan
i. kerajaan melancarkan kempen membaca buku (3m)
ii. peningkatan kos pengeluaran buku (3m)

b. Nyatakan dan terangkan dua langkah kerajaan untuk mengurangkan kemasukan buku dari negara china. (4m)
9
c. i. Kenalpasti jenis kos yang dihadapi oleh syarikat Makmur untuk setiap cadangan berkenaan. (2m)
ii. Berikan dua ciri untuk setiap kos tersebut. (4m)
iii. Hitungkan kos sut untuk setiap cadangan tersebut. (2m)

d. i. Nyatakan jenis pinjaman yang dimohon oleh syarikat Maju. (1m)


ii. Terangkan tiga tujuan syarikat itu membuat pinjaman tersebut (6m)

Kajian kes 3

Maklumat di bawah berkaitan dengan pendapatan dan perbelanjaan tiga orang individu.
Encik Anuar bekerja sebagai pegawai Encik Wong merupakan Encik Kumar merupakan seorang pengusaha
bank dan menerima pendapatan pemilik kedai kek Tamania pusat tuisyen dan menerima pendapatan
bulanan sebanyak RM4 500. Isterinya dan menerima pendapatan bersih sebanyak RM50 000 setahun. Isterinya
merupakan pemilik Tadika PTK dan bulanan sebanyak RM5 000. tidak bekerja dan beliau mempunyai lima
menerima pendapatan sebanyak RM3 Perbelanjaan bulanan ialah orang anak yang masih bersekolah. Beliau
500 sebulan. Perbelanjaan bulanan RM 4 500. Encik Wong telah membelanjakan RM2 000 untuk rawatan
keluarga Encik Anuar ialah RM 8 500. menyediakan belanjawan ibunya dan membeli buku dan majalah bernilai
baru-baru ini Encik Anuar telah peribadi setiap bulan dan RM400 setahun. Bayaran premium insurans
memohon pinjaman peribadi sebanyak berbelanja ikut nyawa pada tahun berkenaan ialah RM4 000
RM15000 dari Bank Simpanan Nasional perancangannya. Perbelanjaan keluarga Encik Kumar pada
untuk menampung perbelanjaannya. tahun berkenaan ialah
RM 45 000

Pelepasan cukai yang dibenarkan


Pelepasan diri RM8 000
Pelepasan isteri RM3 000
Pelepasan anak di bawah tanggungan RM800 seorang
Pelepasan Caruman KWSP dan insurans nyawa sehingga RM 5 000
Pelepasan rawatan ibu bapa sehingga RM5 000
Pelepasan belian buku dan majalah sehingga RM500
Kadar cukai pendapatan
RM2 500 pertama 0%
RM2 500 berikut 1%
RM5 000 berikut 3%
RM15 000 berikut 5%
RM15 000 berikut 8%
Berdasarkan kajian kes di atas, jawab soalan berikut.

a.Individu manakah tidak membelanjakan pendapatannya dengan bijak


dan berikan alasan anda (4m)

b.i. kenalpasti jenis pendapatan yang diterima oleh Encik Anuar dan Encik
Wong. (2m)

ii. Berikan dua perbezaan antara dua jenis pendapatan tersebut. (4m)

iii. Kirakan cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Encik Kumar. (9m)

iv. Berikan tiga kebaikan yang dinikmati oleh Encik Wong kerana menyediakan belanjawan peribadi (6m)

10

You might also like