Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Kamalanathan a/l Subramaniam

No 59 Kampung Baru Kerdau


28010 Temerloh,
Pahang. (Tel : 016-3624114)

JKKK,
Parlimen Kerdau ,
Kampung Baru Kerdau ,
28010 Temerloh, Pahang. 06 November 2017

Tuan,

MEMOHON JALAN MINI TAR

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya selaku wakil penduduk kampung baru, seperti yang beralamat di atas ingin memohon jasa baik
daripada pihak tuan untuk memohon jalan mini tar di simpanan jalan lot 51 dan 59 bagi kemudahan laluan
keluar masuk penduduk kampung ke jalan utama. Anggaran jarak jalan mini tar yang diperlukan ini ialah
lebih kurang 50 meter.

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, keadaan jalan yang sedia ada sekarang amat kurang memuaskan dan
berliku-liku. Keadaan ini juga akan bertambah sukar lagi apabila tiba musim hujan yang akan menyebabkan
laluan ini menjadi licin dan berair.

4. Sehubungan dengan itu, bersama-sama dengan surat ini saya lampirkan senarai tandatangan
penduduk kawasan ini beserta dengan gambar-gambar sebagai rujukan pihak tuan.

5. Besarlah harapan kami sekiranya permohonan ini mendapat perhatian serta pertimbangan yang sewajarnya
daripada pihak tuan. Segala jasa baik daripada pihak tuan, saya dahulukan dengan ucapan ribuan
terima kasih. Sekian.

Yang benar,

( Kamalanathan a/l Subramaniam )


SENARAI NAMA PENDUDUK KAMPUNG BARU KERDAU LOT 51 dan 59

BIL NAMA IC TANDATANGAN

1.

2.

3.

4.

5.

GAMBAR

You might also like