Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SJK ( T / TE ) BAGAN DATOH,36100 BAGAN DATOH ,PERAK.

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KE-4 , 2013.

Tarikh / Hari : 24 .10. 2013 ( Khamis )

Masa : 2.30 - 4.00 Petang

Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Agenda :

1.0 Ucapan Aluan ( Pengerusi Panitia)

1.1 Pengerusi meminta kerjasama semua guru untuk memberi pandangan dan pendapat yang
membina bagi menjayakan mesyuarat Panitia Kali ke-4.

1.2 Pengerusi memaklumkan agenda mesyuarat kepada semua guru dan meminta supaya diberi
cadangan aktiviti pengayaan dan pemulihan kepada murid-murid yang telah menduduki
Peperiksaan Akhir Tahun .

Tindakan : Cik.S.Moganasunthari

2.0 Ucapan Penasihat ( Penasihat Panitia )

2.1 Tuan Guru Besar telah mengalu-alukan kedatangan semua guru atas kerjasama yang
diberikan untuk menjayakan mesyuarat Panitia Bahasa Melayu kali ke -4 ini .

2.2 Beliau meminta semua guru mata pelajaran Bahasa Melayu menyemak analisis keputusan
Peperiksaan Akhir Tahun 2013 dan menyerahkan sesalinan laporan analisis kepada
Ketua Panitia.

2.3. Semua guru Bahasa Melayu tahun 1 hingga 6 , diminta melengkapkan borang analisis
Head Count bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi ruangan PAT dan membanding beza
pencapaian sebenar dengan Target Pencapaian yang disasarkan pada awal tahun .

2.4 Beliau memohon semua guru menyemak pelaksanaan program iaitu menilai kekuatan dan
kelemahan Program Panitia yang telah dirancang dan dilaksana.

2.5 Semua guru diminta mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pelajar Tahap 1 dan 11 secara
spesifik untuk tindakan selanjutnya yang akan membantu pencapaian GPMP -1.5

2.6 Beliau memohon kerjasama semua guru mencadangkan tindakan susulan ke atas
pelaksanaan segala program jangka pendek dan jangka panjang mata pelajaran yang telah
dijalankan demi meningkatkan prestasi akademik murid- murid ke tahap yang lebih baik .

Tindakan : Makluman

3.0 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

3.1 Pn.S.Parvathi selaku setiausaha panitia telah membentang minit mesyuarat panitia yang
ketiga dan pembentangan minit mesyuarat ke-3 telah dicadang oleh Pn.K.Kavitha dan
disokong oleh Pn.B.Kaithri .
Tindakan : Makluman
4. 0 Perkara Berbangkit

4.1 Cik.S.Moganasunthari selaku Pengerusi Panitia telah memberitahu bahawa ejaan kosa kata ,
perkataan dan bacaan ayat serta petikan mudah dalam Bacaan Pagi membawa perubahan
dalam diri murid-murid tahap 1 dan II.

4.2 Semua guru diminta supaya melaksanakan bacaan imbasan dan peluncuran setiap hari termasuk
ejaan selepas merancang pelaksanaan bahan bacaan yang hendak diberi iaitu dari mudah
kepada yang susah .

4.3 Semua guru diminta supaya berkomunikasi dalam Bahasa Melayu sepenuhnya dengan murid-
murid sepanjang minggu Bahasa Melayu.

4.4 Ketua Panitia Bahasa Melayu meminta semua guru Bahasa Melayu supaya melatih semua
murid tahap II khasnya mereka yang akan menyertai Ujian Bertulis dengan teknik menjawab
soalan pemahaman Bahasa Melayu dalam masa 1 jam .

4.5 Penggunaan LCD ketika P & P dijalankan dan perlu diperbanyakkan penggunaannya bagi
mengukuhkan pemahaman murid dan membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran .

4.6 Menggunakan Kaedah dan Teknik pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat
murid .

4.7 Mesyuarat sebulat suara telah mempersetujui pelaksanaan aktiviti- aktiviti tersebut diikuti
dengan cadangan - cadangan lain. Lampiran dikepilkan bersama .

4.8 Keputusan Peratus lulus PKSR 2 yang telah dianalisis dan diPost Mortem diserahkan oleh semua
guru Bahasa Melayu kepada Ketua Panitia .

4.9 Analisis keseluruhan PKSR 2 dan keputusan UPSR 2013 dilampirkan bersama.

4.10 Keseluruhan peratus lulus Bahasa Melayu 1 dan 2 tidak memuaskan dan harus
dipertingkatkan .

4.11 Laporan Post Morterm jelas menggambarkan murid-murid masih melakukan kesalahan PETAI,
lemah dalam penguasaan kosa kata dan huraian fakta terutamanya dalam Bahagian B iaitu
karangan terutamanya murid-murid tahap 11.

5.1 Program Peningkatan Bahasa Melayu

Pn.V.latha dan Cik.K.Kavitha juga telah mencadangkan beberapa aktiviti lain berkaitan
Peningkatan prestasi pencapaian Bahasa Melayu .

- Teknik Menjawab bagi setiap bahagian Kertas 1 & 2.


- Teknik Hafalan Karangan
- Penggunaan Kamus Bahasa Melayu
- Peranan Mento Menti kepada Guru Bahasa dan semua guru lain sebagai pembantu
- Kelas Tambahan & Kem Motivasi
- Analisis Kekuatan dan Kelemahan Jawapan Murid bagi Kertas 1 & 2 bagi ujian PKSR 1 & 11
- Tumpuan kepada latihan bertopikal diikuti set soalan serta pendekatan berfokus
- Latih Tubi & Skor Sheet
- Sehari bersama Ibu-Bapa bagi dua bulan sebelum peperiksaan

5.2 Cik.S.Moganasunthari memohon kerjasama semua guru untuk memastikan semua murid membaca
dan melatih ejaan kosa kata setiap hari sebelum latihan bacaan dan ejaan dijalankan pada hari
seterusnya sewaktu Sinar Pagi

5.3 Cik.S.Moganasunthari meminta semua guru Bahasa Melayu menyeru semua guru agar
menggunakan bahan bantu mengajar yang sedia ada dan Pusat Sumber sekolah sebaik-baiknya
untuk murid-murid supaya dapat meningkatkan keberkesanan P & P .

5.4 Pn.B.Kaithri mencadangkan agar murid-murid diberi latihan topikal yang mudah selepas satu sesi
pengajaran diikuti penyemakan jawapan secara pasangan ( belajar bersama rakan dalam aktiviti
perbengkelan )

5.5 En.SK.Harivalagan mencadangkan agar kaedah / sesi soal jawab secara spontan
Dijalankan seperti yang telah dijalankan pada tahun 2013 diteruskan pada tahun 2014 ketika waktu
rehat selama 15 minit untuk mengukuhkan ingatan disamping melatih kemahiran kognitif di
kalangan murid .

5.6 Pn.A.Devi mencadangkan agar papan skor disediakan di kelas dan kantin
sekolah supaya murid-murid sentiasa merujuk perubahan prestasi mereka dalam Bahasa Melayu
mahupun mata pelajaran lain.

5.7 Pn.S.Parvathi telah mencadangkan agar semua guru menyerahkan sesalian POST
MORTERM analisis kekuatan dan kelemahan murid- murid dalam menjawab Kertas 1 dan 2 untuk
tindakan serta aktiviti susulan Panitia sebelum ujian , peperiksaan UPSR dan Akhir Tahun
( PKSR 11 )

5.8 Semua guru diminta menjalankan PLBS sebanyak 3 kali dan merekod pencapaian murid dalam
BUKU PLBS dan sistem mic/d exell untuk simpanan fail dan rujukan panitia .
5.8 Cadangan telah diterima sebulat suara oleh semua ajk untuk tindakan selanjutnya . Lampiran
dikepilkan bersama .
Tindakan : Semua Guru

6.0 Umum

6.1 Tuan Guru Besar meminta semua program dan cadangan yang dikemukakan harus dirancang secara
teratur supaya dapat menepati objektif dan sasaran bagi murid-murid menghadapi ujian bulanan,
UPSR dan Peperiksaan Akhir Tahun.

Tindakan : Semua Guru


7.0 Ucapan Penutup

7.1 Setiausaha mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah memberi cadangan
yang membina . .
7.2 Kerjasama guru-guru dipohon untuk peningkatan akademik murid-murid sekolah ini.
7.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang

Disediakan oleh,

..

( MOGANASUNTHARI A/P SUBRAMANIAM )


Ketua Panitia BahasaMelayu

Disemak oleh,

..

( SK.HARIVALAGAN A/L SUBRAMANIAM )


Guru Kanan Pentadbiran

Disahkan oleh,

..

EN.ARUMUGAM A/L VELLO)


Penasihat Panitia Bahasa Melayu

You might also like