Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN CATOR AVENUE, IPOH

30450 LEBUH CATOR


PERAK DARUL RIDZUAN

________________________________________________________________________

KERTAS KERJA PROJEK II


GURU BERTUGAS MINGGUAN
________________________________________________________________________

PROJEK INTERNSHIP (INDIVIDU)


PISMP BAHASA MELAYU AMBILAN JUN 2013
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
1.0 PENDAHULUAN

Guru bertugas mingguan merupakan salah satu tugas yang perlu dilaksanakan oleh setiap guru
di Sekolah Kebangsaan Cator Avenue, Ipoh secara bergilir. Guru bertugas akan melaksanakan
setiap tugas yang perlu dilaksanakan dan akan membuat laporan.

2.0 OBJEKTIF

Berikut merupakan antara objektif-objektif yang ingin dicapai melalui program ini :

1. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sampah telah dibuang/ tingkap telah
ditutup setelah tamat persekolahan.
2. Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti pada waktu rehat dan waktu
sebelum loceng pertama dibunyikan, di sekitar sekolah dan mengambil tindakan segera
dan munasabah jika perlu.
3. Mengurus hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.
4. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu
laporkan terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.
5. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum
persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit selepas sekolah
berakhir.

3.0 PELAKSANAAN

DILAKSANAKAN OLEH :
Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

HARI / TEMPOH :
13 Februari 2017 17 Februari 2017
TEMPAT :
Sekolah Kebangsaan Cator Avenue, Ipoh

PENGLIBATAN :
Semua guru dan murid SK Cator Avenue, Ipoh

4.0 AHLI JAWATAN KUASA (AJK) PELAKSANA

Pengerusi : Tuan Guru Besar (Encik Noor Haris Bin Dzulkifli)


Naib Pengerusi : Semua Penolong Kanan
Setiausaha : Puteri Afdzal Binti Ahmad
AJK : Guru Disiplin dan semua guru

5.0 PENUTUP

Dalam menjayakan program ini, kerjasama dan komitmen sepenuhnya daripada semua pihak
amat diperlukan. Dengan melaksanakan tugas sebagai guru bertugas mingguan, guru pelatih
dapat meningkatkan kemahiran dalam mengendalikan murid serta tugas-tugas lain sepanjang
tempoh menjadi guru bertugas. Dalam pada itu guru pelatih akan dapat pengalaman yang tidak
dapat dibeli dengan wang ringgit iaitu melaksanakan tugas guru bertugas mingguan.
Disediakan oleh :

(PUTERI AFDZAL BINTI AHMAD)


Guru Bertugas Mingguan,
Sekolah Kebangsaan Cator Avenue
Lebuh Cator, 30450 Ipoh
Perak Darul Ridzuan

Disemak oleh :

...
( )
Guru Pembimbing,
Sekolah Kebangsaan Cator Avenue
Lebuh Cator, 30450 Ipoh
Perak Darul Ridzuan

Disahkan oleh :

(Encik Noor Haris Bin Dzulkifli)


Tuan Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Cator Avenue
Lebuh Cator, 30450 Ipoh
Perak Darul Ridzuan

You might also like