1.0 Kuantiti Fizik Dan Pengukuran

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 40

1.

1 Kuantiti Fizik dan Unit


1.1.1 Menyatakan tujuh kuantiti asas dan unit beserta simbol masing - masing
1.1.2 Menyatakan kuantiti terbitan beserta unit dan simbol
1.1.3 Menukar unit kepada imbuhan SI (pico tera)

Kuantiti Fizik
1. Kuantiti fizik ialah kuantiti yang boleh diukur.
2. Kuantiti fizik terbahagi kepada kuantiti asas dan kuantiti terbitan.

Kuantiti Asas
1. Kuantiti asas ialah kuantiti fizik yang tidak boleh ditakrifkan dalam sebutan
sebutan kuantiti fizik lain.
2. Setiap kuantiti fizik diungkapkan dalam sebutan nilai berangka dan unit.
Contoh:
Suhu badan = 37 C

Kuantiti Nilai Unit


fizik berangka

3. Unit ialah kuantiti yang diukur dengan satu saiz piawai tertentu.
4. Jadual 1 menunjukkan tujuh kuantiti asas dengan unit SI yang sepadan.
Kuantiti Asas Unit Asas (Unit SI)
Nama Simbol Nama Simbol
Panjang l meter m
Jisim m kilogram kg
Masa t saat s
Arus elektrik I ampere A
Suhu T kelvin K
Kuantiti bahan n mol mol
Keamatan cahaya Iv kandela cd

1
Contoh 1
Tinggi menara KL ialah 421 m.
Nyatakan (a) kuantiti fizik, (b) unit asas, (c) simbol unit dan (d) simbol tinggi.

Penyelesaian:
(a) Kuantiti fizik = panjang

(b) Unit asas = meter

(c) Simbol unit = m

(d) Simbol tinggi = h

Pada tahun 1960, satu persidangan antarabangsa


Info Konsep

tentang berat dan sukatan telah diadakan di Paris.


Satu sistem unit yang dikenali sebagai Sistem Unit
Antarabangsa (SI) atau Le Systeme International
dUnites telah diperkenalkan.

2
Kuantiti terbitan
1. Kuantiti terbitan ialah kuantiti fizik yang dihasilkan daripada gabungan kuantiti
asas melalui pendaraban atau pembahagian atau kedua duanya.
2. Unit kuantiti terbitan diterbitkan daripada komposisi unit unit asas.
3. Jadual 2 menunjukkan beberapa contoh kuantiti terbitan dan unit terbitan yang
sepadan.
Kuantiti Simbol Rumus Hubungan Unit
terbitan dengan unit asas terbitan
Luas A panjang x panjang mxm m2
Isi padu V panjang x panjang x mxmxm m3
panjang
ketumpatan kg m-3
3
Laju v m s-1

Pecutan a 1 m s-2

Momentum p Jisim x halaju kg x m s-1 kg m s-1
Daya F Jisim x pecutan kg x m s-2 kg m s-2
atau newton
(N)
Tekanan p N m-2
2
Kerja W Daya x sesaran kg m s-2 x m kg m2 s-2
atau joule
(J)
Kuasa P 2 2 kg m2 s-3
atau watt
(W)
Frekuensi f 1 1 -1
s atau
Herts, Hz
Cas elektrik Q arus x masa Axs coulomb, C

3
Bentuk Piawai
1. Nilai berangka kuantiti fizik yang sangat besar atau kecil boleh ditulis dalam bentuk
piawai supaya lebih kemas dan teratur.
2. Rumus bentuk piawai ditulis sebagai:
A x 10n
di mana 1 A < 10 dan n ialah satu integer dengan nilai positif

Contoh 2

Diberi panjang gelombang cahaya kuning ialah 0.000 000 58 m dan bergerak
dengan laju 300 000 000 m s-1. Ungkapkan kuantiti kuantiti tersebut dalam bentuk
piawai.

Penyelesaian:
Panjang gelombang cahaya kuning = 0.000 000 58 m = 5.8 x 10-7 m
Laju cahaya = 300 000 000 m s-1 = 3 x 108 m s-1

Contoh 3

Ungkapkan masa satu hari dalam unit saat dengan menggunakan bentuk piawai.

1 hari = 24 jam
Penyelesaian:
1 hari = 24 x 60 x 60 1 jam = 60 minit

= 86 400 s 1 minit = 60 saat


= 8.64 x 104 s

4
Imbuhan
1. Imbuhan digunakan untuk mewakili kuantiti fizik yang mempunyai nilai yang sangat
besar dan sangat kecil dalam unit SI.
2. Jadual 3 menunjukkan senarai imbuhan dalam bentuk piawai yang sepadan.
Magnitud
Imbuhan Simbol Nilai berganda Faktor
unit
tera T 1 000 000 000 000 1012
giga G 1 000 000 000 109
Besar
6
mega M 1 000 000 10
kilo k 1 000 103
hekto h 100 102
deka da 10 101
desi d 0.1 101
senti c 0.01 102
mili m 0.001 103
Kecil
6
mikro 0.000 001 10
nano n 0.000 000 001 109
piko p 0.000 000 000 001 1012

Contoh 4

Rangkaian radio sebuah stesen memancarkan gelombang radio pada frekuensi 96.7
MHz. Berapakah frekuensi gelombang radio itu dalam unit Hz?

Penyelesaian:
96.7 MHz = 96.7 x 106
= 9.67 x 107 Hz

5
3. Pertukaran unit kepada imbuhan boleh dilakukan dengan langkah langkah berikut:
Contoh:

Contoh 5

Tukarkan ukuran 1.25 x 107 mm dan 1.25 x 104 cm kepada unit asas m.

Penyelesaian:
1.25 x 107 mm = 1.25 x 107 x 10-3 1 mm = 1 x 10-3 m

= 1.25 x 107+(-3)
= 1.25 x 104 m

1.25 x 104 cm = 1.25 x 104 x 10-2 1 cm = 1 x 10-2 m


= 1.25 x 104+(-2)
= 1.25 x 102 m

6
Contoh 6

Tukarkan 6.09 mikrogram (g) kepada unit kilogram (kg).

Penyelesaian:
6.09 g = 6.09 x 10-6 g 1 = 1 x 10-6 g
Tukar g kepada kg = 6.09 x 10-6 x 10-3
= 6.09 x 10-6+(-3) 1 g = 1 x 10-3 kg
= 6.09 x 10-9 kg

Contoh 7

Tukarkan unit luas 2.5 cm2 kepada unit m2.

Penyelesaian:
2.5 cm2 kepada m2
2.5 x (10-2)2 = 2.5 x 10-2x2 m2 1 cm = 1 x 10-2 m
= 2.5 x 10-4 m2

Contoh 8

Tukarkan unit isi padu 2.5 cm3 kepada unit m3.

Penyelesaian:
2.5 cm3 kepada m3
2.5 x (10-2)3 = 2.5 x 10-2x3 m2 1 cm = 1 x 10-2 m
= 2.5 x 10-6 m2

7
Uji Diri 1
1. Rajah 1 menunjukkan sebuah cerek elektrik yang digunakan untuk memasak jisim air yang
tertentu.
Apabila suis dihidupkan, arus elektrik
menghasilkan tenaga haba dalam unsur pemanas.
Suhu air menaik secara beransuransur sehingga
air itu mendidih. Jika sebuah cerek elektrik
dengan kuasa yang lebih tinggi digunakan, masa
yang diambil untuk mendidih air dengan isi padu
yang sama akan menjadi lebih singkat.

Berdasarkan huraian di atas, kenal pasti kuantiti asas dan kuantiti terbitan yang terlibat.

Penyelesaian:
Kuantiti asas = jisim, arus elektrik, suhu, dan masa
Kuantiti terbitan = tenaga, kuasa, dan isi padu.

2. Nyatakan nilai nilai berikut dalam bentuk piawai :


(a) 0.000 000 000 521 m
(b) 0.024 132 J
(c) 3 036 000 000 km

Penyelesaian:
(a) 0.000 000 000 521 m = 5.21 x 10-10 m
(b) 0.024 132 J = 2.4132 x 10-2 J
(c) 3 036 000 000 km = 3.036 x 1010 km

3. Diberi panjang gelombang cahaya merah ialah 0.000 000 644 m. Tentukan panjang gelombang
ini dalam unit nm dan bentuk piawai.

Penyelesaian:
Diberi 0.000 000 644 m = 6.44 x 10-7 m
1 nm = 10-9 nm
6.44 x 10-7 x 109 = 6.44 x 10-7+9

= 6.44 x 102 nm

8
4. Tukarkan jisim jisim berikut kepada kilogram (kg) dan beri jawapan dalam bentuk piawai.
(a) 0.041 Mg
(b) 520 000 g
(c) 643 mg

Penyelesaian:
(a) 0.041 Mg = 4.1 x 10-2 Mg
= 4.1 x 10-2 x 106 x 10-3
= 4.1 x 10-2+6+(-3)
= 4.1 x 101 kg
(b) 520 000 g = 5.2 x 105 g
= 5.2 x 105 x 10-3
= 5.2 x 105+(-3)
= 5.2 x 102 kg
(c) 643 mg = 6.43 x 102 mg
= 6.43 x 102 x 10-3
= 6.43 x 102+(-3)
= 6.43 x 10-1 kg

5. Sebuah blok kayu berukuran 3.0 cm x 4.5 cm x 1.2 cm. Hitungkan isi padu blok kayu ini dalam
unit m3.

Penyelesaian:
Maka, isi padu blok kayu = 3.0 cm x 4.5 cm x 1.2 cm 1 cm = 10-2 m

= (3.0 x 10-2) x (4.5x10-2) x (1.2x10-2)

= 1.62 x 10-5 m3

ATAU

Isi padu blok kayu = 3.0 cm x 4.5 cm x 1.2 cm

= 16.2 cm3

= 1.62 x 101 x (10-2)3


= 1.62 x 10-5 m3

9
6. Ketumpatan air ialah 1000 kg m-3. Nyatakan ketumpatan air dalam unit g cm-3.

Penyelesaian:
1 m3 = (1 x 102 cm)3 = 1 x 106 m 1 kg = 103 g
1 m = 102 cm
1000 kg = 1 x 103 kg
1 x 103 kg
Ketumpatan air = 1000 kg m-3 =
1 m3

1x 103 x 103
=
1 x 106

= 1 g cm-3

7. Azmin menaiki basikalnya pada halaju 20 km j-1. Nyatakan halaju Azmin dalam unit m s-1

Penyelesaian:
20 km
1 km = 103 m
-1
Halaju = 20 km j = 1 j = 60 minit 1
1j
1 minit = 60 saat
20 x 103
=
1 x 60 x 60

= 5.55 m s-1

10
1.2 Skalar dan Vektor
1.2.1 Menyatakan kuantiti skalar dan kuantiti vektor
1.2.2 Menyelesaikan operasi penambahan vektor dan penolakan vektor menggunakan
gambarajah
1.2.3 Meleraikan satu vektor kepada dua komponen berserenjang (paksi-x dan paksi-y)

Kuantiti Skalar dan Kuantiti Vektor


1. Kuantiti skalar ialah kuantiti fizik yang mempunyai magnitud atau nilai.
Contoh: Masa, jisim, jarak, laju, ketumpatan, tenaga, kerja, suhu dan kuasa.
2. Kuantiti vektor ialaj kuantiti fizik yang mempunyai kedua - dua magnitud dan arah.
Contoh: sesaran, halaju, momentum, pecutan, dan daya.
3. Suatu vektor digambarkan oleh suatu tembereng garis iaitu suatu garis lurus yang
menghubungkan dua titik dengan suatu tanda arah dipanggil tembereng garis
berarah.
4. Panjang tembereng garis berarah itu mewakili magnitud manakala arahnya
mewakili arah vektor itu. Suatu vektor dalam arah dari P ke Q boleh ditulis sebagai
PQ
atau a.

5. PQ ialah vektor yang magnitudnya sama dengan panjang PQ dan arahnya dari P ke

Q. Vektor PQ boleh ditandakan sebagai a dan magnitudnya ditulis sebagai a atau

| PQ |.

6. Vektor Sifar ialah vektor yang mempunyai magnitud sifar yang ditandakan sebagai
0.

7. Vektor Negatif bagi PQ ialah vektor yang mempunyai magnitud yang sama dengan

PQ tetapi dalam arah yang bertentangan dengan arah QP , iaitu QP = - PQ .

8. Dua vektor a dan b adalah sama jika


a b
(a) Magnitud vektor a = magnitud vektor b
(b) Arah vektor a = arah vektor b
11
9. a
a b, walaupun magnitud vektor a = magnitud vektor b.
b tetapi arah vektor a arah vektor b

Penambahan vektor
1. Penambahan dua vektor, P dan Q, boleh ditulis sebagai P + Q. Hasil tambah ini
merupakan suatu vektor, yang dinamakan vektor paduan.
(a) Vektor paduan bagi dua vektor yang selari

Vektor paduan = hasil paduan dua vektor

= +

Magnitud vektor paduan = | | + | |


= |62 + 82 | + |62 + 82 |

= 10 + 10 = 20 unit

(b) Vektor paduan bagi dua vektor yang tidak selari


Penambahan dua vektor yang tidak selari, P dan Q, boleh ditunjukkan dengan dua
hukum.
(I) Hukum Segitiga

Untuk mendapatkan hasil tambah vektor P dan Q, letakkan titik awal Q pada
titik akhir P, kemudian bina satu segitiga.

12
(II) Hukum Segiempat selari

Meletakkan vektor P dan vektor Q pada titik awal yang sama, kemudian
lukis segiempat selari dengan menggunakan P dan Q sebagai sempadan.

(III) Hasil tambah vektor vektor bebas

Beberapa vektor bebas boleh ditambah menjadi satu vektor tunggal.


Vektor P, Q, dan R boleh diwakili dengan menggunakan satu poligon.
Vektor paduan (P + Q + R) diwakili dengan garis yang lengkap seperti yang
ditunjukkan dalam rajah.

13
Penolakan Vektor
1. Penolakan dua vektor P dan Q, boleh ditunjukkan dengan P Q = P + (-Q)

Bina satu segitiga dengan meletakkan titik awal P dan titik awal Q pada titik yang
sama.

Contoh 9

Pelajar A dan pelajar B berlari sepanjang jalan yang lurus dengan kelajuan 10 m s-1
dan 8 m s-1 masing masing. Hitungkan,
(a) halaju pelajar A relatif kepada halaju pelajar B jika mereka pada arah yang
sama.
(b) halaju pelajar A relatif kepada halaju pelajar B jika mereka pada arah
bertentangan.

Penyelesaian:
(a) Pelajar A dan B pada arah yang sama
VA = 10 ms-1

VB = 8 ms-1 VA VB

| | = 10 8 m s-1 = 2 m s-1 pada arah sama dengan pelajar A

(b) Pelajar A dan B pada arah bertentangan

VB = 8 ms-1 VA = 10 ms-1

VA VB

| | = 10 (8) m s-1 = 18 m s-1 pada arah sama dengan pelajar A.

14
Leraian Vektor
1. Satu vektor boleh dileraikan kepada dua komponen yang arahnya berserenjang
antara satu sama lain.
2. Biasanya dua komponen ini ialah
a. komponen mengufuk (paksi-x)
b. komponen menegak (paksi-y)
3. Satu vektor R dengan dua komponen yang arahnya berserenjang antara satu sama
lain.

Magnitud R

R = 2 + 2
Y = R sin

tan =

Y = R kos

15
Uji Diri 2
1. Izzat sedang memandu keretanya dengan kelajuan 30 m s-1 dan dia mendapati bahawa suhu
dalam keretanya ialah 25 C. Seterusnya, dia menambahkan halaju keretanya dengan pecutan
5 m s-2. Dia perlu sampai ke Kluang dalam tempoh 20 minit yang berada sejauh 50 km dari
kedudukan asalnya.
Tentukan kuantiti skalar dan kuantiti vektor yang terlibat dalam situasi ini.

Penyelesaian:
Kuantiti skalar : laju, suhu, masa jarak

Kuantiti vektor : halaju, pecutan

2. Sebuah kereta bergerak ke utara sejauh 6 km dari A ke B. Kemudian ke timur dari B ke C sejauh
8 km dan akhirnya patah balik ke A. Lukis ketiga-tiga anjakan itu mengikut skala 1 cm : 2 km.
Tentukan magnitud dan arah sesaran tersebut dari C ke A.

Penyelesaian:

B 8 km C Magnitud: 8 2 62 = 10 km
Arah: 10 km arah barat daya
6 km

16
3. Tentukan vektor R dalam sebutan vektor P dan Q

Penyelesaian:
(a) R = P + Q
(b) R = - P + Q atau Q P
(c) R = - Q + P atau P Q
(d) R = - P Q atau (P+Q)

4. Tentukan magnitud untuk vektor berikut sepanjang Ox dan Oy

Penyelesaian:
(a) Ox = 10 N kos 30 = 8.66 N
Oy = 10 N sin 30 = 5 N
(b) Ox = 5 m s-1 kos 50 = 3.21 m s-1
Oy = 5 m s-1 sin 50 = 3.83 m s-1
(c) Ox = 20 m kos 60 = 10 m
Oy = 20 m sin 60 = 17.3 m
(d) Ox = 4 m s-2 kos 55 = 2.29 m s-2
Oy = 4 m s-2 sin 55 = 3.28 m s-2

17
5. Leraikan daya 100 N yang ditunjukkan kepada komponen x dan y.

Penyelesaian:
Pada Komponen x, leraian daya Fx = 100 kos 30
= 100 x 0.866
= 86.6 N
Pada Komponen y, leraian daya Fy = 100 sin 30
= 100 x 0.5 = 50 N
= 86.6 N

6. Laju sebuah bot merentasi sungai ialah 2.0 m s-1. Hitungkan magnitud dan arah halaju paduan
bot itu apabila hiliran semasa ialah 1.5 m s-1. Lebar sungai ialah 50 m.

Penyelesaian:

V2 = 1.5m s-1
Lebar sungai
50 m
V1 = 2.0 m s-1 V = V1 + V 2

Daripada rajah, v1 = laju bot, v2 = laju hiliran semasa.

Laju paduan, v = 2.02 + 1.52 m s-1

= 2.5 m s-1
1.5
tan = 2

= 36 52

Laju paduan ialah 2.5 m s-1 pada sudut 36 52

18
7. Kereta A dan kereta B bergerak sepanjang jalan raya yang lurus dengan kelajuan 30 m s -1 dan
25 m s-1 masing masing.
(a) Jika kedua-dua kereta bergerak pada arah yang sama, tentukan
(i) halaju kereta A relatif kepada kereta B
(ii) halaju kereta B relatif kepada kereta A
(b) Jika kedua-dua kereta bergerak pada arah yang bertentangan, tentukan halaju kereta A
relatif kepada kereta B

Penyelesaian:
(a) Jika kedua-dua kereta bergerak pada arah yang sama
(i)
VA = 30 m s-1

VB = 25 m s-1 VA - VB

= 30 25 m s-1 = 5 m s-1
Halaju kereta A relatif kepada B ialah 5 m s-1 dengan arah sama dengan kereta A.
(ii)

VA = 30 m s-1

VB = 25 m s-1 VB - VA

= 25 30 m s-1 = - 5 m s-1
Halaju kereta B relatif kepada A ialah 5 m s-1 dengan arah sama dengan kereta B.

(b) Jika kedua-dua kereta bergerak pada arah yang bertentangan

VA = 30 m s-1
-1
VB = 25 m s

VA VB

= 30 (25) m s-1 = 55 m s-1

Halaju kereta A relatif kepada B ialah 55 m s-1 dengan arah yang sama dengan
kereta A

19
1.3 Pengukuran dan Ralat
1.3.1 Mengukur kuantiti fizik dengan peralatan yang sesuai
1.3.2 Menulis nilai pengukuran berdasarkan kepekaan pelbagai alat pengukuran
(contoh: pembaris, termometer, angkup Vernier, tolok skru mikrometer, ammeter,
voltmeter, jam randik)
1.3.3 Membezakan ralat rawak dan ralat sistematik
1.3.4 Menyelesaikan masalah ralat dalam pengukuhan

Pengukuran
1. Fizik ialah cabang sains yang melibatkan pengukuran pelbagai kuantiti fizik.
2. Pemilihan alat pengukuran yang sesuai untuk mengukur sesuatu kuantiti fizik adalah
bergantung pada magnitud pengukuran dan kejituan yang diperlukan.
3. Contohnya, untuk mengukur panjang sesuatu objek, kita boleh memilih antara alat-alat
pengukuran berikut:
a. Pita pengukur
b. Pembaris meter
c. Angkup ernier
d. Tolok skru micrometer
4. Pengukuran kuantiti fizik mengandungi ralat atau ketidakpastian.
5. Apabila mengukur panjang sebatang wayar menggunakan pembaris meter. Panjang yang
dapat direkodkan ialah 41.0 cm. Ini bermakna kepekaan pengukuran panjang ialah 1 mm
atau 0.1 cm. Ralat dan ketidakpastian dalam pengukuran boleh dituliskan bahawa
panjang wayar ialah (41.0 0.1) cm.

Pita Ukur
1. Pita pengukur digunakan untuk mengukur jarak yang panjang tanpa keperluan untuk
kepersian.
2. Kejituan pita ukur ialah 0.1 cm.
3. Pita ukur adalah fleksibel dan sangat berguna untuk mengukur jarak dalam acara suka
seperti lompat jauh, lontar peluru dan lontar lembing.

Kepekaan suatu alat pengukur ialah kebolehan suatu alat untuk


mengesan perubahan kecil yang berlaku dengan cepat pada kuantiti fizik
Info Konsep

yang diukur.
Kejituan ialah darjah kehampiran nilai pengukur kepada nilai sebenar.

20
Pembaris Meter
1. Pembaris meter digunakan untuk mengukur panjang dari beberapa sentimeter
sehingga beberapa meter.
2. Kejituan pembaris meter ialah 0.1 cm atau 0.05 cm bergantung pada unit ukuran
terkecil.
3. Pembaris meter boleh memberi nilai pengukuran yang jitu jika langkah berjaga-jaga
berikut dipatuhi semasa pengukuran.
(a) Sentiasa rapatkan objek yang hendak diukur dengan pembaris.
(b) Elakkan ralat sifar. Tanda sifar pembaris meter biasanya bermula tepat pada
hujungnya. Hujung pembaris meter akan menjadi haus setelah lama digunakan.
Oleh itu, membuat pengukuran menggunakan bahagian yang lain daripada tanda
sifar seperti dalam Rajah 1.

Panjang bongkah kayu


= 3.2 cm 1.0 cm
= 2.2 cm

Rajah 1
(c) Elakkan ralat paralaks. Paralaks ialah gerakan relatif kerana antara dua objek
akibat daripada gerakan pemerhati itu sendiri. Ralat paralaks ialah ralat
pengukuran akibat daripada kedudukan pemerhati yang salah. Cara yang betul
untuk membuat pengukuran jitu dengan menggunakan pembaris ialah dengan
memastikan kedudukan mata pemerhati setentang dengan nilai skala pada
pembaris seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.

Rajah 2

21
Ralat sifar berlaku jika sesuatu alat pengukuran
Info Konsep menunjukkan suatu nilai pengukuran apabila ia
seharusnya menunjukkan sifar.

Contoh 10

Rajah berikut menunjukkan pengukuran panjang sebuah blok kayu dengan


menggunkan pembaris.

(a) Nyatakan kejituan pembaris itu.


(b) Nyatakan satu jenis ralat yang
perlu dielakkan semasa membaca
pengukuran
(c) Berapakah panjang blok kayu itu?

Penyelesaian:
(a) Kejituan = 0.1 cm
(b) Ralat paralaks
(c) Panjang blok kayu = (2.8 0.6) cm
= 2.2 cm

Angkup Vernier
1. Angkup vernier digunakan untuk mengukur panjang objek sehingga 12.0 cm dengan
kejituan 0.01 cm.
2. Rahang luar dan dalam masing masing digunakan untuk mengukur diameter luar
dan diameter dalam.
3. Kedalaman objek diukur dengan menggunakan penghujungnya.

22
Rajah 3
4. Senggatan terkecil pada skala utama ialah 0.1 cm manakala senggatan terkecil bagi
skala vernier ialah 0.01 cm.
5. (a) Untuk mendapatkan bacaan pada skala utama, tanda 0 bagi skala vernier
digunakan. Berdasarkan Rajah 3, tanda 0 terletak di antara 4.4 cm dengan 4.5
cm. Bacaan 4.4 cm diambil.
(b) Bacaan bagi skala vernier diperoleh dengan merujuk kepada tand apada skala
vernier yang selaras dengan mana-mana tanda pada skala utama. Bilangan tanda
pada skala vernier didarabkan dengan kejituan skala Vernier iaitu 0.01 cm. Dalam
Rajah 3, bacaan skala vernier ialah 6 x 0.01 cm = 0.06 cm.
(c) Oleh sebab itu, bacaa angkup vernier yang ditunjukkan dalam Rajah 3 ialah jumlah
bacaan bagi skala utama dan skala vernier.
4.4 cm + 0.06 cm = 4.46 cm
6. Bagi angkup vernier, ralat sifar wujud apabila kedua-dua tanda sifar skala utama dan
skala vernier tidak sebaris semasa angkupnya rapat tanpa sebarang objek di
antaranya.
7. Rumus yang ditunjukkan boleh digunakan untuk menghapuskan ralat sifar.
Bacaan sebenar = Bacaan angkup vernier ralat sifar
(a) Tiada ralat sifar

Tanda 0 pada skala utama sebaris


dengan skala vernier apabila
angkup Vernier rapat tanpa
sebarang objek di antaranya.

23
(b) Ralat sifar positif

(c) Ralat sifar negatif

Contoh 11

Rajah berikut menunjukkan sebuah angkup vernier sedang digunakan untuk


mengukur saiz suatu objek.

Tentukan ukuran sebenar jika angkup vernier ini mempunyai ralat sifar + 0.06 cm

Penyelesaian:
Bacaan skala utama = 5.2 cm
Bacaan skala vernier = 4 x 0.01 cm = 0.04 cm
Bacaan angkup vernier = (5.2 + 0.04) cm = 5.24 cm
Ukuran sebenar saiz objek = bacaan angkup vernier ralat sifar
Ukuran sebenar saiz objek = 5.24 cm 0.06 cm
= 5.18 cm

24
Tolok Skru Mikrometer
1. Tolok skru mikrometer merupakan suatu alat pengukuran yang lebih jitu dan peka
daripada angkup vernier.
2. Kejituan tolok skru mikrometer ialah 0.001 cm atau 0.01 mm.
3. Tolok skru mikrometer digunakan untuk mengukur panjang dari 0.10 mm sehingga
kira-kira 25.00 mm.
4. Tolok skru mikrometer boleh digunakan untuk mengukur diameter wayar dan
ketebalan kepingan keluli.

Rajah 4
5. Senggatan terkecil pada skala utama ialah 0.5 mm manakala senggatan terkecil pada
skala bidal ialah 0.01 mm.
6. Apabila mengambil suatu ukuran,
(a) Bidal dipusing sehingga anvil (rahang) dan spindal mengapit objek dengan ketat.
(b) Racet dipusing sehingga bunyi tik didengan untuk memastikan tekanan yang
sesuai dikenakan pada objek.
7. Bacaan tolok skru mikrometer dalam Rajah 4 boleh didapati seperti berikut:
Bacaan pada skala utama = 12.0 mm
Bacaan pada skala bidal = 45 x 0.01 mm = 0.45 mm
Bacaan tolok skru mikrometer = bacaan pada skala utama + bacaan pada skala bidal
= 12.0 + 0.45 mm
= 12.45 mm
8. Ralat sifar wujud apabila tanda sifar bidal tidak sebaris dengan garis rujukan semasa
anvil (rahang) rapat tanpa sebarang objek di antaranya. Ralat sifar boleh dibetulkan
dengan menggunkanan rumus :
Bacaan sebenar = bacaan tolok skru mikrometer ralat sifar

25
(a) Tiada ralat sifar (b) Ralat sifar positif (a) Ralat sifar negatif

+ 0.02 mm - 0.04 mm

Contoh 12

Rajah berikut menunjukkan sebuah tolok skru mikrometer sedang digunakan untuk
mengukur diameter suatu objek.

Tentukan ukuran sebenar jika tolok skru mikrometer ini mempunyai ralat sifar
(a) + 0.02 mm
(b) 0.05 mm

Penyelesaian:
Bacaan skala utama = 4.0 mm
Bacaan skala bidal = 20 x 0.01 mm = 0.20 mm
Bacaan tolok skru mikrometer = (4.0 + 0.20) mm = 4.20 mm
Diameter sebenar saiz objek = bacaan tolok skru mikrometer ralat sifar
(a) Diameter sebenar saiz objek = 4.20 mm 0.02 mm
= 4.18 mm
(b) Diameter sebenar saiz objek = 4.20 mm (- 0.05 mm)
= 4.25 mm

26
Termometer
1. Termometer digunakan untuk mengukur darjah kepanasan atau suhu.
2. Rajah 5 menunjukkan dua jenis termometer merkuri yang biasa digunakan:
(a) Termometer merkuri dengan julat pengukuran di antara 10 C hingga 110 C
dengan kejituan 1 C.
(b) Termometer merkuri dengan julat pengukuran di antara 0 C hingga 360 C dengan
kejituan 2 C.

Rajah 5
3. Termometer merkuri mengukur suhu berdasarkan prinsip pengembangan dan
pengecutan merkuri yang terkandung di dalam termometer.
4. Termometer merkuri ialah alat yang peka kerana:
(a) Merkuri merupakan logam yang sangat peka terhadap perubahan suhu. Merkuri
dapat mengemabng dan mengecut dengan seragam mengikut perubahan suhu.
(b) Mempunyai dinding bebuli kaca yang nipis untuk membolehkan pemindahan
haba dari luar ke dalam merkuri dengan cepat.
(c) Mempunyai diameter tiub yang kecil supaya pengembangan merkuri yang kecil
dalam bebuli akan menyebabkan peningkatan turus bacaan yang besar dalam tiub.
5. Langkah berjaga-jaga yang perlu diambil semasa mengendalikan termometer:
(a) Kedudukan mata semasa mengambil bacaan mestilah pada aras yang sama
dengan meniskus merkuri untuk mengelakkan ralat paralaks seperti dalam
Rajah 6.

pemerhati

Rajah 6

27
(b) Cecair yang hendak diukur suhunya perlu dikacau dengan pengacau untuk
memastikan suhu cecair adalah seragam ke seluruh cecair sebelum bacaan
diambil.
(c) Bebuli thermometer hendaklah direndam sepenuhnya ke dalam cecair yang
hendak diukur suhunya.
(d) Bacaan hanya boleh diambil selepas aras merkuri menjadi tetap. Ralat paralaks
juga perlu dielakkan semasa mengambil bacaan.
(e) Jangan mengacau cecair dengan termometer kerana ini akan menyebabkan bebuli
termometer pecah.
(f) Kenal pasti julat bacaan termometer yang digunakan supaya suhu ceair yang bakal
diukur tidak melebihi had termometer.

Contoh 13
Rajah berikut menunjukkan sebuah termometer.

(a) Nyatakan kejituan termometer ini.


(b) Berapakah bacaan termometer ini?

Penyelesaian:
(a) Kejituan termometer = senggatan terkecil
10
= C
5

= 2 C
(b) Bacaan termometer = 74 C

28
Jam Randik
1. Jam randik digunakan untuk mengukur selang masa.
2. Kejituan pengukuran boleh dipertingkatkan dengan mengelakkan ralat sifar dan
ralat paralaks.
3. Rajah 7 menunjukkan dua jenis jam randik yang biasa digunakan iaitu:
(a) Jam randik analog (mekanikal) yang mempunyai kejituan 0.1 s atau 0.2 s.
(b) Jam randik digital (elektronik) yang mempunyai kejituan 0.01 s.

Rajah 7
Contoh 14

Rajah berikut menunjukkan masa yang diambil untuk 10 ayunan lengkap sebuah
banduk ringkas.

(a) Nyatakan kejituan jam


randik itu.
(b) Hitungkan masa yang
diambil untuk satu ayunan
lengkap.

Penyelesaian:
(a) Kejituan jam randik = senggatan terkecil
1
= s
5

= 0.2 s

(b) Masa untuk 10 ayunan lengkap = 45.0 s


45.0
Masa untuk 1 ayunan lengkap = s
10
= 4.5 s

29
Ammeter dan Voltmeter
1. Ammeter digunakan untuk mengukur arus elektrik yang mengalir melalui satu
konduktor elektrik.
2. Unit SI arus elektrik ialah ampere, A.
3. Ammeter disambungkan secara bersiri dalam litar elektrik seperti dalam Rajah 8 dan
mempunyai kejituan 0.1 A atau 0.2 A.
4. Untuk mengukur mengukur arus yang lebih kecil, millimeter dan mikrometer yang
mempunyai kejituan yang lebih kecil.
Mentol

Bekalan kuasa
Rajah 8
5. Voltmeter digunakan untuk mengukur beza keupayaan di antara dua titik dalam
satu litar elektrik.
6. Unit SI ialah volt, V.
7. Ia disambungkan secara selari kepada beban elektrik (perintang) dalam litar elektrik
seperti dalam Rajah 9 dan mempunyai kejituan 0.1 V atau 0.2 V.
Bekalan kuasa

Mentol

Rajah 9 Voltmeter
9. Sebelum sebarang pengukuran dilakukan, ammeter dan voltmeter perlu diperiksa
untuk mengenal pasti ralat sifarnya dan membetulkannya dengan melaraskan skru
pelaras sifar supaya jarum penunjuk berada tepat di kedudukan bacaan sifar.
10. Semasa pengukuran dilakukan, ralat paralaks juga perlu dielakkan.

30
Ralat Pengukuran
1. Pelbagai jenis ralat atau ketidakpastian boleh wukud semasa membuat pengukuran.
2. Terdapat dua jenis ralat iaitu ralat sistematik dan ralat rawak.

(A) Ralat Sistematik


1. Ralat sistematik ialah ralat atau ketidakpastian dalam sesuatu pengukuran yang
disebabkan oleh:
(a) Ketidakpastian alat pengukur, seperti ralat sifar atau ralat hujung.
(b) Kegangan fizikal oleh pemerhati.
(c) Keadaan persekitaran.
2. Ciri utama ralat sistematik ialah magnitud yang diperoleh adalah sentiasa konsisten.
Nilai pengukuran sentiasa lebih besar atau lebih kecil daripada nilai sebenar.
(a) Ketidakpastian alat pengukur
Ralat sifar ialah keadaan yang mana alat pengukur memberikan satu nilai
bacaan walaupun alat pengukur itu sepatutnya menunjukkan bacaan sifar.

Rajah 10
Rajah 10 menunjukkan sebuah tolok skru mikrometer yang rahangnya
dirapatkan, tetapi bacaan menunjukkan 0.01 mm, bukan sifar (0).

Pada suhu
rendah
Pada suhu
tinggi

Rajah 11

31
Rajah 11 menunjukkan perubahan panjang pembaris meter keluli atau angkup
vernier pada suhu persekitaran yang berbeza.
Pada suhu lebih rendah, panjang pembaris meter keluli menurun. Bacaan yang
diperoleh lebih besar daripada nilai sebenar.
Pada suhu lebih tinggi, panjang pembaris meter keluli meningkat. Bacaam
yang diperoleh lebih kecil daripada nilai sebenar.
(b) Kegangan fizikal oleh pemerhati
Masa tindak balas yang diambil oleh pemerhati semasa menggunakan jam
randik.
(c) Keadaan persekitaran
Pecutan graviti, g, dianggap ialah 9.81 m s-2, tetapi nilai sebenar mungkin lebih
besar atau lebih kecil disebabkan oleh lokasi eksperimen dijalankan.
3. Ralat sistematik tidak boleh dikurangkan atau dihapuskan dengan mengambil
bacaan berulang kali sekiranya menggunakan kaedah, peralatan dan pemerhati yang
sama.
4. Ralat sistematik boleh dikurangkan atau dihapuskan dengan memperbaiki kaedah
untuk mengambil bacaan, dengan menggunakan peralatan lain atau pemerhati yang
lain untuk mengambil bacaan.

(B) Ralat Rawak


1. Ralat rawak ialah ralat yang disebabkan oleh kesilpan pemerhati. Ralat ini boleh
berlaku semasa mengambil bacaan atau semasa membuat pengukuran.
2. Ciri utama ralat rawak ialah magnitudnya aladah tidak konsisten. Magnitud yang
diperoleh boleh positif atau negati, iaitu sama ada lebih besar atau lebih kecil daripada
nilai sebenar.
3. Contoh ralat rawak ialah:
(a) Ralat paralaks

Rajah 12

32
Rajah 12 menunjukkan empat kedudukan mata pemerhati A, B, C, dan D untuk
menentukan bacaan pada skala sebuah silinder penyukat. Ralat paralaks berlaku
pada kedudukan A, B, dan D menyebabkan bacaan yang diperoleh kurang tepat.
(b) Ralat rawak juga boleh berlaku apabila tekanan yang berbeza digunakan untuk
merapatkan rahang pada sebuah tolok skru mikrometer.
(c) Perubahan suhu semasa eksperimen dijalankan akan menjejaskan pengukuran di
mana suhu persekitaran sentiasa dianggap konsisten.
(d) Silap semasa membaca skala pada peralatan, ini selalu berlaku apabila
mengunakan dwi skala meter elektrik

(e) Ralat paralaks berlaku pada jarum penunjuk sebuah ammeter atau voltmeter.
(f) Salah mengira bilangan ayunan lengkap bagi satu bandul ringkas.
4. Ralat rawak boleh dikurangkan dengan mengambil lebih bacaan dan mencari purata
bagi bacaan-bacaan tersebut. Bacaan yang terlalu besar atau terlalu kecil diabaikan
semasa menentukan bacaan purata.
5. Cara mengelakkan ralat paralaks:
(a) Kedudukan mata pemerhati hendaklah selaras dengan tanda skala, seperti
kedudukan C dalam Rajah 12.
(b) Satu jalur cermin yang dikenali sebagai cermin antiparalaks di bawah skala satu
meter elektrik dapat membantu mengelakkan ralat paralaks.

Rajah 13 (a) Rajah 13 (b)

33
Kedudukan mata pemerhati hendaklah diselaraskan sehingga imej jarum penunjuk
ditutup oleh jarum itu sendiri dan tidak dapat dilihat lagi.

Ketidakpastian dalam Pengukuran


1. Ketidakpastian dalam pengukuran boleh ditentukan dengan kepersisan atau
senggatan terkecil pada skala sesebuah alat pengukuran.
2. Ketidakpastian bagi sesuatu bacaan daripada sesebuat alat pengukuran dapat
ditentukan sebagai separuh daripada senggatan terkecil pada skala alat pengukuran
itu.
Contoh:

Senggatan terkecil pada satu pembaris meter ialah 0.1 cm.


0.1
Maka, ketidakpastian bacaan bagi pembaris meter = = 0.05 cm
2

Bacaan daripada pembaris meter untuk mengukur panjang rod boleh dituliskan
sebagai
l l di mana l ialah ketidakpastian mutlak
Bacaan pada tanda x direkodkan sebagai (65.50 0.05) cm.
panjang rod ialah, l = (65.50 0.05) cm
Ketidakpastian mutlak, l = 0.05 cm

3. Bacaan untuk menentukan panjang satu plat dengan menggunakan angkup


vernier boleh dituliskan sebagai
l = (5.00 0.01) cm
ketidakpastian mutlak dituliskan sebagai, l = 0.01 cm
0.01
ketidakpastian pecahan atau relatif dituliskan sebagai, = = 0.002
5.00
0.01
peratusan ketidakpastian dalam l ialah x 100% = x 100% = 0.20%
5.00

4. Jadual 4 menunjukkan beberapa anggaran ketidakpastian untuk alat


pengukuran yang biasa digunakan.

34
Alat Pengukuran Senggatan terkecil Ketidakpastian

Pembaris meter 1 mm atau 0.1 cm 0.05 cm


Angkup vernier 0.1 mm atau 0.01 cm 0.01 cm
Tolok skru mikrometer 0.01 mm 0.01 mm
Jam randik analog 0.1 s 0.1 s
Jam randik digital 0.01 s 0.01 s
Termometer 1 C 0.5 C
Ammeter 0.1 A 0.05 A
Voltmeter 0.2 V 0.1 V
Buret 0.1 cm3 0.05 cm3
Silinder penyukat 1 cm3 0.5 cm3

5. Bacaan diambil berulang kali untuk mengelakkan ralat rawak. Nilai purata atau min
dihitungkan. Ketidakpastian dalam nilai purata ialah sisihan min.
Contoh:
Satu eksperimen dijalankan untuk mengukur diameter, d bagi satu wayar dengan
menggunakan tolok skru mikrometer.
Bilangan bacaan, n = 6

Diameter purata, =

0.45+0.47+0.45+0.46+0.47+0.46
= mm
6

= 0.46 mm

35
Uji Diri 3
1. Rajah menunjukkan bacaan skala utama dan skala vernier apabila angkup vernier digunakan
untuk mengukur ketebalan 100 keping kertas yang sama. Hitungkan ketebalan bagi sekeping
kertas.

Penyelesaian:
Bacaan skala utama = 2.4 cm
Bacaan skala Vernier = 5 x 0.01 cm
= 0.05 cm
Bacaan sebenar anggup vernier = (2.4 + 0.05) cm
= 2.45 cm
Ketebalan 100 keping kertas = 2.45 cm
2.45
Ketebalan 1 keping kertas = cm
100

= 0.0245 cm

36
2. Rajah berikut menunjukkan sebuah angkup vernier sedang digunakan untuk mengukur saiz
sebiji bebola.

(a) Nyatakan nilai senggatan terkecil bagi


(i) Skala utama
(ii) Skala vernier
(b) Apakah fungsi angkup vernier?
(c) Berapakah Saiz bebola yang diukur oleh angkup vernier?

Penyelesaian:
(a) (i) skala utama
Senggatan terkecil = 0.1 cm
(ii) skala vernier
Senggatan terkecil = 0.01 cm
(b) Anggup vernier digunakan untuk mengukur panjang sehingga 12 cm
(c) Bacaan skala utama = 2.1 cm
Bacaan skala Vernier = 5 x 0.01 cm
= 0.05 cm
Bacaan sebenar anggup vernier = (2.1 + 0.05) cm
= 2.15 cm

37
3. Rajah berikut menunjukkan sebuah tolok skru mikrometer yang digunakan untuk mengukur
suatu bahan.

Tentukan Saiz bahan tersebut sekiranya tolok skru mikrometer mempunyai ralat sifar sebanyak
(a) + 0.01 mm
(b) 0.03 mm

Penyelesaian:
Bacaan pada skala utama = 4.50 mm
Bacaan pada skala bidal = 21 x 0.01 mm = 0.21 mm
Bacaan tolok skru mikrometer = bacaan pada skala utama + bacaan pada skala bidal
= 4.50+ 0.21 mm
= 4.71 mm

(a) Ralat sifar = + 0.01 mm


Bacaan sebenar = bacaan tolok skru mikrometer ralat sifar
= 4.71 (+ 0.01) mm
= 4.70 mm

(b) Ralat sifar = - 0.03 mm


Bacaan sebenar = bacaan tolok skru mikrometer ralat sifar
= 4.71 (- 0.03) mm
= 4.74 mm

(i) skala utama


Senggatan terkecil = 0.1 cm
(ii) skala Vernier
Senggatan terkecil = 0.01 cm
(d) Anggup Vernier digunakan untuk mengukur panjang
38
(e) Bacaan skala utama = 2.1 cm
Bacaan skala Vernier = 5 x 0.01 cm
4. Rajah berikut menunjukkan tiga kedudukan yang berbeza untuk membaca ukuran panjang
sebatang rod logam.

(a) Kenalpasti jenis ralat yang berlaku semasa membaca ukuran panjang.
(b) Pilih kedudukan yang tepat untuk membaca ukuran panjang daripada pembaris.
(c) Berapakah panjang rod logam ini.
(d) Tentukan ketidakpastian mutlak (l) bagi pembaris meter ini.

Penyelesaian:
(a) Ralat paralaks
(b) Kedudukan B.
(c) Panjang rod logam = 2.9 cm
(d) Senggatan terkecil = 0.1
0.1
Ketidakpastian mutlak bagi pembaris meter, l = 2
= 0.05 cm

5. Dimensi satu kad segi empat tepat ialah, panjang, l = (8.0 0.1) cm, lebar, b = (4.0 0.1) cm.
Tentukan ketidakpastian dalam unit perimeter bagi kad itu.

Penyelesaian:
Perimeter, p = (l + l + b + b)
p = (l + l + b + b)
= (0.1) + (0.1) + (0.1) + (0.1)
= 0.4

39
6. Panjang sebuah buku ialah (268 1) mm dan lebarnya ialah (1941) mm.
(a) Berapakah ralat mutlak bagi panjang?
(b) Berapakah peratusan ralat bagi panjang?
(c) Tentukan luas permukaan bagi buku ini. Berikan jawapan anda betul kepada dua angka
bererti.

Penyelesaian:
(a) Ralat mutlak = 1mm
1
(b) Peratusan ralat = peratusan ketidakpastian = 268 x 100%

= 0.373 %
(c) Luas permukaan = panjang x lebar
= 268 mm x 194 mm
= 51992 mm
= 5.2 x 104 mm

40

You might also like