Minit Mesyuarat RBT Kali 1 2017

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SEKOLAH

KEBANGSAAN SEGA
71200 RANTAU,
NEGERI SEMBILAN
MINIT MESYUARAT
PANITIA REKA BENTUK
DAN TEKNOLOGI (RBT)
KALI PERTAMA 2017
SENARAI KEHADIRAN
MESYUARAT PANITIA RBT
KALI PERTAMA 2017

Tarikh : 16 Januari 2017


Hari : Isnin
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Guru SK Sega

Nama Yang Hadir :-

Bil Nama Jawatan Tandatangan

1. Pn. Ramlah Ismail GPK Akademik

2. Pn. Nor Azlina Binti Hussein SU Panitia RBT dan Guru RBT Tahun 6

3. Pn. Rozasima Bt Razali Guru RBT Tahun 4

4. En Arshad Bin Mohd Noh Guru RBT Tahun 5

Disediakan oleh,

..
(PUAN NOR AZLINA BINTI HUSSEIN)
Setiausaha Panitia RBT,
Sekolah Kebangsaan Sega.
SK SEGA RANTAU
MESYUARAT PANITIA RBT
MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA 2017

Tarikh : 16 Januari 2017


Hari : Isnin
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Guru SK Sega

Nama Yang Hadir :-

Bil Nama Jawatan Tandatangan

1. Pn. Ramlah Ismail GPK Akademik

2. Pn. Nor Azlina Binti Hussein SU Panitia RBT dan Guru RBT Tahun 6

3. Pn. Rozasima Bt Razali Guru RBT Tahun 4

4. En Arshad Bin Mohd Noh Guru RBT Tahun 5

Agenda mesyuarat :-

2.1 Ucapan Alu-aluan Ketua Panitia


2.2 Ucapan Pengerusi ( GPK HEM)
2.3 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat
2.4 Pengagihan Tugas Panitia Kemahiran Hidup 2017
2.5 Pengajaran dan pembelajaran
2.6 Analisis Markah Peperiksaan Akhir Tahun 2016
2.7 Perancangan Tahunan
2.8 Hal-hal Mesyuarat
2.8.1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
2.8.2 Melindungi Masa Instruktional (MMI)
2.8.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
2.8.4 Pengurusan Panitia RBT 2017
2.8.5Pengurusan Post-Mortem
2.8.6 Frog- VLE
2.8.7 Pusat Sumber Sekolah (PSS)
2.8.8 Pencerapan
2.8.9 I-Think
2.8.10 KBAT
2.8.11 Perancangan Strategik
2.9 Kewangan
2.10 Hal-hal lain
2.11 Penutup
Bil Agenda Tindakan
1. Agenda 1 Ucapan Pengerusi Panitia RBT
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang
dapat menghadiri mesyuarat panitia RBT kali pertama 2017.
1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada Pn. Ramlah kerana
dapat menghadirkan diri mewakili pentadbir. Semua guru RBT
1.3 Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membuat perancangan sepanjang
tahun untuk panitia disamping mengenalpasti kekuatan dan kelemahan
murid dalam matapelajaran ini
1.4 Beliau mengucapkan terima kasih kerana panitia telah mengadakan
mesyuarat dan berharap agar segala permasalahan dapat dibincangkan
dalam mesyuarat hari ini.

2. Agenda 2 Ucapan Guru Penolong Kanan Akademik


2.1 Beliau mengucapkan terima kasih kerana panitia RBT telah menjemput
beliau ke mesyuarat hari ini.
2.2 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada panitia Kemahiran Hidup
kerana berjaya meningkatkan semula peratusan kelulusan
matapelajaran RBT dalam keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2016
yang lalu.
2.3 Beliau juga mengucapkan terima kasih kerana guru
Matapelajaran Kemahiran yang telah mengadakan projek-projek
mengikut tahun pada tahun lepas dan berharap dapat dipertingkatkan
lagi pada tahun ini.
2.4 Menurut beliau, tujuan sesebuah panitia ialah untuk : Semua guru
i. memperbaikidanmeningkatkanmutupengajaran danpembelajaran di matapelajaran
sekolah.
ii. berusaha mendapatkan strategi yang inovatif.
iii. membaiki prestasi pelajar.
2.5 Perkara-perkara yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat kali
pertama ini ialah:
i. Rancangan tahunan untuk semua matapelajaran.
ii. Membincangkan strategi PdP yang akan digunakan untuk
meningkatkan pencapaian murid,
iii. Mengenalpasti masalah dan membincangkan jalan
penyelesaian,
iv. Membuat analisis ujian dan langkah-langkah
mengatasi kelemahan murid,
v. Merancang aktiviti panitia sepanjang tahun 2017
vi. Menganjurkan bulan atau minggu panitia
vii. menyediakan laporan untuk aktiviti-aktiviti yang
telah dijalankan.

3. Agenda 3 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat


3.1 Puan Nor Azlina mencadangkan agar minit mesyuarat panitia Kemahiran
Hidup kali kedua 2016 disahkan.
3.2 En Arshad menyokong.

4. Agenda 4 Pengagihan Tugas Panitia RBT 2017


4.1 Pengerusi memaklumkan pengagihan tugas bagi tahun 2017:
Ketua Panitia : Puan Rozasima Binti Razali Semua guru RBT
Setiausaha : Puan Nor Azlina Binti Hussein
AJK : Encik Arshad Bin Mohd Noh
4.2 Pengerusi berharap agar semua guru dapat melaksanakan tugas
yang di amanahkan dengan baik dan sempurna.

5. Agenda 5 Pengurusan Panitia RBT 2017


5.1 Pengerusi memaklumkan guru-guru yang mengajar RBT mengikut kelas Semua guru RBT
ialah :-
RBT Tahun 4 - Puan Rozasima Binti Razali
RBT Tahun 5 - Encik Arshad Bin Mohd Noh
RBT Tahun 6 - Puan Nor Azlina Binti Hussein

5.2 Pengerusi memaklumkan bahawa RPT bagi tahun 4,5 dan 6 perlu ada
dalam minggu pertama persekolahan. Jika ada masalah boleh berjumpa
dengan Ketua Panitia untuk makluman.
5.3 Format penulisan RPH adalah mengikut dokumen standard prestasi bagi
KSSR.
5.4 Pengerusi memaklumkan bahawa semua guru mesti menggunakan
bahan bantu belajar di dalam kelas. Guru-guru boleh menghasilkan
sendiri atau dapatkan dari simpanan sekolah.
5.5 Semua guru perlu mengisi head count dalam buku rancangan
Mengajar masing-masing untuk rujukan sepanjang tahun.
5.6 Penggunaan buku tulis murid perlu untuk latihan dan nota murid.
Panitia Kemahiran Hidup bersepakat menggunakan satu buku tulis
sebagai nota dan latihan disamping membeli buku kerja sebagai latihan
ulangkaji.
5.7 Pengerusi meminta guru menggunakan buku teks sebagai bahan
Rujukan wajib agar tidak tersasar dari landasan. Guru-guru boleh
Dapatkan pinjaman buku teks dari Puan Rozasima.
5.8 Pengerusi juga meminta agar guru-guru menanda buku murid dan
Mengarahkan murid membuat pembetulan yang salah. Diharap
juga guru-guru dapat member latihan yang mencukupi.

6. Agenda 6 Analisis Markah Peperiksaan Akhir Tahun 2016 Semua guru RBT
Rekabentuk dan Teknologi(RBT)

Bil/ Pep. Akhir Tahun Pep. Akhir Tahun


kelas lulus gagal
Tahun 31 -
4
Tahun 13 -
5
Tahun 21 -
6

6.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru-guru RBT kerana


peningkatan pencapaian sepanjang tahun 2016 yang lalu.
6.2 GPK Akademik juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru
yang telah mengajar dengan begitu tekun hingga murid-murid
mencapai kejayaan cemerlang.
6.3 Antara masalah-masalah yang dikenal pasti menyumbang kerana
Kegagalan murid ialah kurang membuat ulangkaji dan sering
Tidak membuat kerja rumah yang dibekalkan selain kurang memberikan
tumpuan semasa guru mengjar.
6.4 Bagi mengatasi masalah ini, GPK Akademik berharap agar guru-guru
yang berdepan dengan masalah murid ini menghantar mereka ke
pada beliau atau guru besar.

7 Agenda 7 Perancangan Tahunan


7.1 Minggu RBT - Setiap guru RBT akan memilih satu projek yang akan
dipamerkan atau dijalankan semasa minggu RBT .Pada minggu ini Bilik Semua guru RBT
RBT akan dibuka bagi member peluang kepada semua murid masuk
dan melihat di samping membaca info yang ada di dalam Bilik RBT ini
terutama untuk murid tahap 1 bagi menerapkan minat dalam
matapelajaran ini kelak.
7.2 Minggu RBT ini dicadangkan untuk di adakan pada bulan September
2017.
8 Agenda 8 Hal-hal mesyuarat
8.1 KSSR Makluman
8.1.1 KSSR telah bermula pada tahun 2011 dan telah memasuki fasa semua guru RBT
tahap 2 bermula dengan tahun 4 pada tahun 2014 diteruskan
dengan tahun 5 pada 2015 dan tahun 6 pada tahun 2016. Jika
sebelum ini tahap satu penggredan murid melalui band namun
bagi tahun 4, 5 dan 6 bermula 2014, 2015 dan 2016 ini,
pemarkahan adalah melalui tahap penguasaan dan dibuat secara
offline. Guru tahun 4,5 dan 6 boleh mengisi markah secara
manual di dalam borang transit sebelum mamasukkan markah ke
dalam komputer mengikut format yang disediakan dan dihantar
apabila di minta.
8.1.2 Pada Tahun ini merupakan permulaan untuk semakan semula
KSSR tahun 1. Semua murid perlu dapat pencapaian dalam PBS ini
sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan (TP) 4 iaitu tahap
pengetahuan. Semua guru perlu berusaha memastikan
kemenjadian murid dengan minima TP 4 dalam PBS.
8.1.3 Sekolah tidak perlu membuat sebarang ujian atau peperiksaan
akhir tahun namun jika sekolah berkehendak, ianya boleh
dilaksanakan dan bersepakat peperiksaan pertengahan dan akhir
tahun akan diadakan untuk matapelajaran ini.

8.2 Melindungi Masa Instruksional (MMI)


8.2.1 Semua guru perlu mengurus masa dengan baik dengan
menjalankan PdP mengikut objektif yang telah dirancang. Jika
tidak mencapai objektif, anggaplah guru telah berhutang dengan
murid dan cuba capai objektif yang tidak tercapai di masa lain.
8.2.2 Perancangan PdP untuk keesokkan harinya perlu disiapkan awal.
Gunakan masa antara 1.30 hingga 2.30 petang untuk rancang PdP
yang berkesan.

8.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


8.3.1 Pesanan Guru Besar bahawa semua guru perlu menyiapkan murid
untuk keperluan di sekolah menengah dan sukatan di sekolah
menengah adalah kesinambungan dari sekolah rendah terutama
semasa di tahap 2.
8.3.2 Penyediaan soalan perlu bermutu dan menggunakan Jadual
Spesifikasi Ujian (JSU) untuk menjamin soalan yang berkualiti dan
sama standard dengan sekolah lain. Penyediaan soalan perlu lebih
awal sekurang-kurangnya sebulan lebih awal juga diserahkan
kepada pihak pentadbiran dan pastikan soalan yang diberikan
telah diajar.
8.3.3 Banyak pendedahan kepada soalan KBAT perlu dari peringkat awal
dan berformatkan kertas peperiksaan sebenar iaitu separuh
daripada jumlah soalan.

8.4 Pembelajaran dan Pengajaran (PdP)


8.4.1 Guru besar menyatakan keberkesanan pengurusan pentadbiran
dinilai dari PdP guru jadi persediaan guru penting sebelum
memasuki kelas.
8.4.2 Guru dinasihatkan merujuk buku supaya dapat membantu
meningkatkan PdP guru. Guru juga perlu perbanyakkan PdP
melibatkan ICT disamping itu guru yang tidak menggunakan
komputer tidak perlu berada di bilik komputer.
8.4.3 Guru dinasihatkan menanda latihan murid dengan teliti. Masa
seminggu diberikan untuk menyiapkan buku rancangan mengajar.

8.5 Pengurusan Post-Mortem


8.5.1 Semua aktiviti yang dijalankan oleh panitia perlu dibuat post- Makluman
mortem selepas aktiviti tersebut.Disamping itu fail panitia perlu semua guru RBT
dikemaskini dan perkara di dalam minit kurikulum perlu di
bincangkan semasa mesyuarat panitia.

8.6 FROG-VLE
8.6.1 Dalam tempoh beberapa bulan terakhir sekolah tidak mencapai kpi
untuk melepasi FROG VLE, oleh kerana bilangan murid yang
kurang adalah lebih mudah untuk mencapai kpi yang ditetapkan
iaitu pengaktifan seramai 30 orang murid setiap bulan.
8.6.2 Guru telah dibahagikan dengan id murid, jika tidak berkesempatan
untuk membuat FROG-VLE semasa PdP boleh panggil murid di
luar PdP.
8.6.3 Setiap guru perlu buat 10 laman pembelajaran maksimum dalam
setahun dan guru besar berharap agar FROG-VLE pada tahun ini
akan berjalan . Rujuk Penyelaras ICT untuk belajar membuat
laman pembelajaran.

8.7 Pusat Sumber Sekolah


8.7.1 Segala aktiviti oleh panitia perlu membuat salinan perancangan
aktiviti dan laporan kepada penyelaras PSS untuk simpanan PSS.
8.7.2 Guru guru digalakkan menempah penggunaan bilik tayang
melalui FROG-VLE.

8.8 Pencerapan
8.8.1 Pencerapan semua guru akan menggunakan SKPM 4. Sila rujuk
dalam buku rekod mengajar guru.
8.8.2 Peer teaching digalakkan sekali seminggu disamping menjalankan
Program Coching and Mentoring. Buku log akan diisi oleh guru
kelas di bilik guru untuk merekodkan PLC dan aktiviti Coaching and
Mentoring.Setiap kali perjumpaan bincangkan isu sekurang-
kurangnya 4 kali setahun.
8.8.3 Jadual PLC seperti dalam minit mesyuarat kurikulum lalu.

Minggu 1 dan 3 Isnin (Tahun 1), Selasa (Tahun 2) dan


Khamis ( Tahun 3)
Minggu 2 dan 4 Isnin (Tahun 4), Selasa (Tahun 5) dan
Khamis (Tahun 6)
8.8.4 Perbincangkan perlulah berbentuk ilmiah dan professional.

8.9 I-Think
8.9.1 Semua guru digalakkan menggunakan I-Think dan mencatatkan
penggunaannya di dalam buku rekod mengajar.

8.10 KBAT
8.10.1 Guru perlu memberikan soalan berbentuk KBAT kepada murid
semasa PdP. Rujuk buku di pasaran bagi membiasakan soalan
KBAT kepada murid.

8.11 Perancangan Strategik


8.11.1 Perancangan strategik perlu berasaskan Pelan Pembangunan
Pendidikan.
8.11.2 Perancangan strategik bermula dari tahun 2016 hingga 2018.
Pencapaian strategik 2016 tidak tercapai kerana keputusan
peperiksaan awam tidak mencapai target.
8.11.3 Pdp perlu bermula dalam tempoh 5 minit jadual waktu bermula
jadi diharapkan perhimpunan dapat ditamatkan lagi.
8.11.4 Gred purata sekolah diubahsuai daripada 1.6 kepada 1.84
berdasarkan prestasi tahun 2016 yang lalu. Walaupun berlaku
penurunan GPS namun ia masih merupakan satu nilai yang besar
berbanding pencapaian tahun 2016 iaitu 2.62.
8.11.5 Pemberian latihan kepada murid perlu segara disemak dan
dipulangkan kepada murid dalam tempoh 2 hari.
8.11.6 Semua murid perlu mendapat keputusan sekurang-kurangnya D
untuk semua matapelajaran dalam peperiksaan.
8.11.7 Bagi aktiviti ko-kurikulum pula, 90 % murid mesti mendapat
markah terkumpul 7 pada penghujung tahun semasa.
8.11.8 Semua guru bertanggungjawab membentuk sahsiah murid
terpuji dengan mengamalkan budaya member salam kepada
semua warga sekolah.
8.11.9 KPI sarana ditetapkan iaitu sebanyak 65%.
8.11.10 Murid yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang
kokurikulum akan diraikan dengan memberi makan di bilik
makan guru dengan hidangan istimewa.

8.12 Kewangan
8.12.1 Permohonan pembelian barang mesti menggunakan nota minta
untuk mendapatkan kelulusan guru besar. Semua guru boleh Makluman
memberikan senarai barang yang diperlukan kepada pengerusi. semua guru RBT
8.12.2 Peruntukkan RBT untuk tahun 2017 ialah RM 880.

9 Agenda 9 Hal-hal lain.


9.1 Puan Rozasima memaklumkan tahun 4, 5 dan 6 tahun ini masih 2 masa
seminggu tetapi bergilir dengan TMK. Namun begitu, beliau berharap Tindakan
semua guru-guru RBT berusaha untuk menghabiskan sukatan mengikut Pengerusi
tempoh yang diberi.
9.2 Pengerusi memaklumkan bahawa peruntukan panitia belum sampai
walau bagaimanapun di dalam mesyuarat ini bolehlah diputuskan
tentang keperluan panitia.
9.3 Puan Nor Azlina meminta untuk membaik pulih kerusi-kerusi di dalam
Bilik RBT yang banyak skrunya tercabut.Mohon bantuan Encik Sandra
bantu.
9.4 Encik Arshad memohon semua peralatan diselenggara, mohon
pembelian minyak gris, kertas las dan beberapa peralatan elektrik dan
elektronik.
9.5 Pengerusi akan berjumpa dengan kerani kewangan untuk tindakan
selanjutnya dan semua guru sila lengkapkan borang senarai
permohonan alatan dan kembalikan secepat mungkin.
9.6 Pengerusi berharap semua guru-guru RBT dapat bekerjasama
membantu menceriakan, mengemas selepas penggunaan dan menjaga
Bilik RBT.
9.7 Setiap kali selepas masuk ke dalam Bilik RBT perlulah tulis nama dan
kelas di dalam buku rekod penggunaan yang disediakan.

10. Agenda 10 Penutup


10.1 Semoga semua guru dapat memberikan kerjasama bagi memastikan
PdP murid berjalan dengan lancar dan terbaik.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh,

..
(PUAN NOR AZLINA BINTI HUSSEIN)
Setiausaha Panitia RBT,
Sekolah Kebangsaan Sega.

You might also like