Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 10
21/05 2018 11:UB FAR wyye v410 SEU UASAN OMB SERULAM > JPN rEMAK. gue Lead. Pk. (AU) 420 vanes KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Director Gonerel of Education Malaysia @ ieencren ye. OE Love! 6, Block £8 MALAYSIA KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E Government Complex Parcel E slaeererrn PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN ee cs pn aad Federal Government Administrative Centre 62504 PUTRAJAYA Laman Web: wirw.moe.govmy KP/KPPM6 Jid, 2 (41 ) Tarkh: 9 Jun 2016 ZG Meni Oe pire maa ee * 23 JUN 2016 Seton peanemy ‘Semua Ketua Bahagian ‘Semua Pengarah Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 4 TAHUN 2016 PELAKSANAAN HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP) BAHASA INGGERIS Di SEMUA INSTITUSI PENDIDIKAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MULA! TAHUN 2016 TUJUAN 1, Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan bertyjuan memaklumkan semua institusi_pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai pelaksanaan Highly Immersive Programme (HIP) bahasa Inggeris mulai tahun 2016. HIP dilaksanakan bertujuan mendedahkan murid kepada penggunaan bahasa Inggeris yang lebih meluas dengan mewujudkan persekitaran Highly Immersive bahasa Inggeris di sekolah. Persekitaran tersebut diwujudkan melalui pelibatan murid yang lebih aktif dalam aktivii bahasa Inggeris serta pelibatan menyeluruh semua warga sekolah termasuk ibu bapa dan komuniti dalam pelaksanaan aktiviti bahasa Inggeris di sekolah. LATAR BELAKANG 2, KPM mendapati bahawa pembelajaran dan pencapaian murid dalam bahasa Inggeris boleh dipertingkat dengan penggunaan bahasa Inggeris yang lebih meluas. Hal ini terbukti di sekolah-sekolah yang telah pun melaksanakan aktiviti-aktiviti pendedahan bahasa Inggeris di dalam dan di luar kelas yang melibatkan semua guru, murid, ibu bapa dan komuniti, Namun demikian, terdapat sekolah yang membataskan penggunaan bahasa Inggeris hanya kepada peruntukan masa dalam jadual waktu, dan melibatkan 21/06 2018 11:08 FAK Mua vars SEU UASAK SHE SEKULAH + JPW PERAK govzeor0 guru bahasa Inggeris sahaja. Melalui HIP, penggunaan bahasa Inggeris dapat dilaksanakan secara lebih meluas dengan pelibatan menyeluruh semua warga sekolah termasuk ibu bapa dan komuniti. PELAKSANAAN 3. Bagi membantu dan memudahkan pelaksanaan HIP, bersama-sama_ ini dilampirkan garis panduan pelaksanaan HIP sebagai rujukan. TARIKH KUAT KUASA 4, Surat pekeliling ikhtisas ini berkuat kuasa pada tarikh surat pekeliling ini dikeluarkan, PEMBATALAN 5. Dengan ini dimaklumkan bahawa Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1 Tahun 1999 bertarikh 4 Januari 1999 berkaitan garis panduan pengendalian Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris di Sekolah adalah terbatal, TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 6, YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan hendaklah mengambil tindakan memaklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di semua institusi pendidikan yang terlibat di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan, Sekian. Terima kasih. “BERKI UNTUK NEGARA” (TAN SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF) Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru merangkap Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 21/08 2016 11:08 FAX 8664 9418 SEC OASAR BHE SEKOLAH + JPN PERAK Sik: 10. YB Menteri Pendidikan Malaysia YB Timbalan Menteri Pendidikan | YB Timbelan Menteri Pendidikan Il Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia ‘Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Ketua Nazir Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan Mataysia Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia 003/010 21/08 2018 T15UB FAK BEES yet SEU UASAK JHU SEKULAH + JPN PERAK go04/010 LAMPIRAN GARIS PANDUAN PELAKSANAAN HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP) BAHASA INGGERIS DI SEMUA INSTITUS! PENDIDIKAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2016 4, TUJUAN Garis panduan ini bertujuan memaklumkan pelaksanaan Highly Immersive Programme (HIP) bahasa Inggeris di semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mull tahun 2016, 2. LATAR BELAKANG HIP merupakan program yang diperkenalkan di bawah dasar MBMMBI yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid melalui Pengunaan bahasa inggeris yang lebih meluas di sekolah, Program ini telah diumumkan oleh YAB Dato’ Sti Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangsn Bajet 2015 pada 23 Oktober 2018, HIP menyokong lima (5) anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2028) seperti berikut: |. Anjakan Pertama © Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. ji, Anjakan Kedua ¢ Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, iii, Anjakan Ketiga ‘¢ Melahirkan rakyet yang menghayati nilai. v. Anjakan Keenam + Mengupayakan JPN, PPD dan sekolah menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperiuan, vi. Anjakan Kesembilan © Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas, 21/08 2018 11:06 FAX 8684 9416 SEC DASAR BHE SEKOLAH + JPN PERAK 1g.005/010 I 3. OBJEKTIF Objektif HIP adalah seperti berikut: i. _ mewujudkan persekitaran highly immersive yang menggalakkan pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah; ji, meningkatkan penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan warga sekolah; meningkatkan pelibatan murid secara lebih aktif dalam aktiviti bahasa Inggeris yang dilaksanakan di sekolah secara berterusan; iv. menggalakkan Pengetua/Guru Besar memainkan peranan sebagai penggerak lutama dalam merancang altiviti bahasa Inggeris di sekolah; dan V. mempertingkat pelibatan ibu bapa serta komuniti yang lebih aktif dalam pembelajaran bahasa Inggeris murid di sekotah. 4, PENDEKATAN HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP) HIP dilaksanakan melalui ‘* Whole School Approach © Konsep Outreach ‘Whole Schoo! Approach dalam HIP melibatkan pemimpin sekolah, guru, murid, ibu bapa serta komuniti dalam aktiviti bahasa Inggeris yang dijalankan. Pelibatan yang ‘menyeluruh daripada semua pihak di atas merupakan faktor penting dalam memastikan pencapaian objektif serta kelestarian dan kemampanan HIP yang dilaksanakan di sekolah. HIP juga mempertingkat pelibatan ibu bapa dalam aktivii bahasa Inggeris di sekolan. Pelibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran dapat membawa perubatan yang ketara dalam kejayaan murid. bu bapa boleh menyumbang buah fikiran, kepakaran dan member sokongan berterusan kepada murid dan sekolah dalam aktiviti bahasa Inggeris yang dilaksanakan. Program HIP memperkukuh konsep Outreach sebagai satu usaha yang berkesan dalam membantu sekolah meningkatkan pelibatan murid dalam aktiviti bahasa Inggeris. Melalui Konsep Outreach sekolah berupaya mewujudkan kolaborasi dengan pihak luar seperti alumni sekolah, pakar Bahasa Inggeris, serta agensi kerajaan dan badan buken 21/06 2018 11:08 FAK WHE YaTs SEU UASAH HH SEKULAH + JPN PERAK g008/010 kerajaan, Kesemua pihak tersebut boleh membantu sekolah dengan memberi pelbagai ‘sumbangan seperti kepskaran, masa serta sokongan yang berterusan. 5. PELAKSANAAN HIP dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari 2016. Pada tahun 2016 pelaksanaan HIP adalah dalam 1,200 buah sekolah rendah, menengah dan Kolej \Vokasional. HIP akan diperluaskan kepada 5,500 buah sekolah rendah, menengah dan Kole] Vokasional pada tahun 2017. Peluasan HIP di sekolah rendah, menengah dan Kolej Vokasional seluruh negara akan dilaksanakan pada tahun 2018, 5.1 HIP TOOLKIT Sekolah dibekalkan dengan HIP Toolkit, tanya adalah satu panduan untuk melaksanaken HIP di sekolah, HIP Toolkit ini terditi daripada panduan menggunakan instrumen penilaian kenditi serta HIP Guidebook, Instrumen penilaian kendiri yang terkandung dalam HIP Toolkit hendaklah diisi oleh sekolah untuk menial tahap immersive bahasa Inggeris sedia ade. Hasil penilaian instrumen kendiri tersebut hendaklah digunakan untuk merancang aktiviti bahasa Inggeris yang bersesuaian bagi meningkatkan tahap immersive bahasa inggeris sekolah. HIP Guidebook mengandungi contoh-contoh amalan terbalk aktiviti dalam kelas, luar kelas, kelas bimbingan dan Outreach, Amalan-amalan terbaik ini diperoleh daripada sekolah-sekolah di seluruh negara. Sekolah boleh memilih aktiviti daripada HIP Guidebook sekiranya bersesuaian atau pun melaksanakan altiviti tersendiri bordasarkan keperluan, 5.2 AKTIVITIHIP HIP meliputi aktivit! dalam kelas, luar kelas, kelas bimbingan dan outreach. Kesemua aktiviti ini bertujuan membina persekitaran Highly Immersive bahasa Inggeris dan meningkatkan pendedahan dan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Apabila._murid berinteraksi dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi dan pembelajaran, ianya akan meningkatkan penguasaan bahasa tersebut. 5.2.1 Aktiviti Dalam Kelas Guru bahasa Inggeris bertanggungjawab terhadap aktiviti dalam kelas. Aktiviti ini merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dan melibatkan semua murid. Nilai tambah HIP akan memperkukuh pengajaran dan 21/08 ZuIw 11: Uw FAR 5.2.2 5.23 5.24 sued sare SEL UASAN EH SEKULAN — # UPN PERAK gue Pembelajaran sedia ada dalam kelas. Pembelajaran kritis serta kreatif adalah diutamakan dan interaksi murid dalam bahasa Inggeris diberi penekanan dalam semua aktivit, Guru perlu mewujudkan persekitaran yang seronok dan non- threatening yang menggalakkan pertuturan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Guru juga digalakkan untuk meleksanakan aktiviti yang mencaber menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). HIP menggalakkan perkangsian amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru Aktiviti Luar Kelas Aktiviti luar kelas adalah aktiviti sokongan bahasa Inggeris yang dijalankan di Ivar kelas, Akfiviti Ivar kelas yang melibatkan guru daripada semua mata pelajaran selain guru Bahasa Inggeris merupakan nilal tambah bagi HIP. Semua murid harus terlibat dari semua tahap. Suasana perlu dwuludkan agar murid tidak segan untuk menggunakan bahasa Inggeris. Suasana yang kaya dengan bahan bahasa Inggeris seperti visual, auditori dan kinestetik perlu diadakan untuk mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran murid, Aktiviti yang dilaksanakan juga petlu mengambil kira minat dan kebolehan murid yang berbeze. Pelbagai insentif termasuk sijil boleh ditawarkan sebagai tanda pelibatan muria, Aktivitl Kelas Bimbingan Aktiviti Kelas bimbingan merupakan aktiviti pengukuhan dan pemullhan bahasa Inggeris yang menerapkan aktiviti didik hibur (fun learning) yang berpusatkan murid (Leamer-Centredness). Aktiviti ini dilaksanakan dalam masa tambahan selepas waktu sekolah dan menyokong murid dalam pembelajaran bahasa Inggeris dalam kelas. HIP menggalakkan pelibatan guru Bahasa Inggetis bersama-sama guru mata pelajaran lain, murid yang lebih berkebolehan (peer fearing) serta pihak ibu bapa dalam melaksanakan aktiviti kelas bimbinger Aktiviti Outreach Sekolah hendakiah mengadaken aktiviti Outreach sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Outreach adalah aktiviti sokongan bahasa Inggeris yang boleh melibatkan ibu bapa serta masyarakat. Masyarakat bermaksud badan kerajaan, badan bukan kerajaan, pihsk swasta serta alumni yang boleh menyumbang 21/08 2UIB 11K FAR BHBe EID SEU UASAN Ui SERULAN PH PEHAK guvssur0 dalam bentuk kepakaran, masa atau sokongan. Outreach antara sekolah juga digalakkan. Dalam mewujudkan kerjasama dengan pinak-pihsk di stas sekolah perlu merujuk kepada dokumen Sarana Sekolah serta garis panduan Pub/io Private Partnership (PPP) yang disediakan. 6 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB. 6.1 Pemimpin Sekolah Pemimpin sekolah memainkan peranan yang penting dan bertindsk sebagal penggerak utama HIP di sekolah. Pemimpin sekolah sentiasa memberi galakan serta motivasi yang berterusan kepada watga sekolah dalam pelaksanaan HIP. Pemimpin sekolah menyumbang idea dalam merancang pelan strategik pelaksanaan HIP di sekolah dan memastikan bahawa lanya dilaksanakan dengan berkesan untuk mencapai abjektif HIP, Pemimpin sekolah juga merupakan penggerak utama dalam mewujudkan kerjasama dengan ibu bapa dan komuniti dalam melaksanakan HIP. Pemimpin sekolah bertanggungjawab menubuhkan satu jawatankuasa yang merancang dan memantau pelaksanaan HIP di sekolah. Jawatankuasa ini boleh melibatkan guru-guru semua mata pelajaran. Pemimpin sekolah digalakkan berkongsi pengetahuan dan pengalaman melaksanakan altivii bahasa Inggeris HIP di sekolah masing-masing dengan sekolah lain melalui mekanisme perkongsian maklumat sedia ada 6.2 Guru Sekolah ‘Guru semua mata pelajaran memainkan perenan penting sebagai pelksena HIP di sekolah, Guru menyokong pemimpin sekolah dalam mewujudkan persekitaran highly Immersive yang menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris di sekolah. Guru Bahasa Inggeris bertanggungjawab terhadap HIP yang dilaksanakan dalam kelas, Guru mata pelajaran bukan Bahasa Inggeris bersama-sama melibatkan diri dalam pelaksanaan HIP yang lain iaitu aktiviti luar kelas, kelas bimbingan dan Outreach. 6.3 Murid sekolah Murid bertanggungjawab terhadap perkembangan pembelajaran sendiri dan berusaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris masing-masing melalui 21/08 2018 11°08 FAK 7 6.4 ways 3a ie SEU UASAN One SERULAM 7 uEW rEnAn wivearvia pelibatan dalam semua aktiviti HIP yang dianjurkan oleh sekolah, Murid peru berusaha dalam meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris di dalam dan di luar kelas. Ibu bapa/Penjaga Pelibatan Ibu bapa merupakan satu usaha bagi meningkatkan pelibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah. HIP menggalekkan ibubapa memainkan peranan penting dalam pembela| Bahasa Inggeris anak mereka. Ibu bapa menyediakan peluang dan ruang belajar yang seluas-luasnya untuk anak mereka belajar di rumah. Ibu bapa juga boleh menyokong sekolah dalam pelaksanaan aktivii HIP seperti aktiviti luar Kelas, aktiviti kelas bimbingan dan aktiviti Outreach dengan pelbagai cara seperti menyediakan kepakaran, menjadi sukarelawan dan memberi bantuan di mana sahaja diperlukan, Maklumbalas ibubapa mengenai perkembangan anak-anak mereka dalam pembelajaran bahasa Inggeris kepada guru dan sekolah merupakan faktor penting dalam menjayakan HIP di sekolah. MEKANISME PERKONGSIAN MAKLUMAT HIP Mekanisme perkongsian maklumat HIP penting untuk kelestarian program tersebut. Pemimpin sekolah periu membincang tentang status HIP dan berkongsi smalan terbaik aktiviti HIP semasa dialog prestasi di peringkat sekolah, daerah dan negeri PEMANTAUAN Pemantauan berterusan pelaksanaan aktiviti HIP adalah tanggungjawab pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Negeri (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pihak PPD akan melaporkan dapatan mereke terhadap pelaksanaan HIP di sekolah kepada plhak JPN. Pemeriksaan HIP di sekolah juga akan dilaksanakan oleh bahagian berkaitan di KPM. KEBERHASILAN HIP Keberhasilan HIP adalah berdasarkan kepada: 94 92 peningkatan tahap immersive bahasa Inggeris di sekolah; peningkatan peratus pelibatan murid dalam aktiviti HIP di sekolah; dan 21/08 BUTE TITUL FAR Bee BH Io SEU UASAN cme SERULAM 0 7 JPW FeMAN aviv 10, PENUTUP Keberkesanan program HIP banyak bergantung kepada kecekapan kepimpinan sekolah dalam melaksanakan HIP di peringkat sekolah. Aktiviti HIP akan membantu mewujudkan persekitaran highly immersive bahasa Inggeris di sekolah dan memberi pendedahan yang meluas tethadap penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid, Secara tidak langsung, ini akan membantu meningkatkan keyakinan murid dalam menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik. Sesungguhnya, kerjasama antara semua pihak adalah penting untuk memastikan kejayaan HIP.

You might also like