Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN (JKPAK)

KALI PERTAMA, 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER PUTEH, 34700 SIMPANG, PERAK

TARIKH : 29.01.2015

MASA : 1.30 PETANG

TEMPAT : BILIK MESYUARAT

KEHADIRAN :

1. Pn Hjh Rokiah Bt Ahm ad Pengerusi


2. Pn. Hjh. Nor Azizah Bt Najri Naib Pengerusi/Pegawai Aset
3. Pn. Hafizaih Bt Mad Zain Naib Pengerusi
4. Pn Ham im ah Bt Ahm ad Naib Pengerusi
5. Shafiah binti Ahm ad Jantan Setiausaha
6. En.Shuhem i bin Mat Nordin Pegawai Pelupusan
7. Cik Maria Ulfa binti Abdullah Saud Pen,Pegawai Pelupusan
8. En Mohd Saaid bin Mat Hassan Pegawai Pem eriksa
9. En Abdul Rani bin Mat Assain Pegawai Penyiasat
10. Cik Rohanizah binti Abdul W ahab Pen Pegawai Penyiasat
11. Pn Adlina Hanie binti Abu Bakar Panitia Muzik
12. Pn Faridah binti Jaafar Panitia PSV
13. Pn Nurul Faiza binti Melan Panitia B.Inggeris
14. En Shuhem i bin Mat Nordin Panitia Kajian Tem patan/ PSK
15. Pn Juriah binti Abd W ahid Panitia Sains
16. Tn Hj Bahari bin Zakaria Panitia B.Melayu
17. Pn Salm ah binti Hj Hassan Panitia Pen. Agam a Islam
18. En Mohd Fadzli bin Yusof Panitia Kem ahiran Hidup
19. En Ainnurnizam Ashan bin Abd Shukor Panitia Pendidkan Jasm ani
20. En Sharifud-din bin Usuluddin Guru Pusat Sum ber
21. Pn Noor Zaiha binti Zainal Abidin PraSekolah
22. Pn Jarinah binti Sahari Penbantu Tadbir
AGENDA

1. Ucapan pengerusi
2. Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara berbangkit
4. Membincangkan bidang tugas jawatankuasa aset
5. Pengurusan aset alih
6. Laporan tindakan pelupusan
7. Laporan surcaj / tindakan tatatertib
8. Masalah yang berkaitan
9. Hal hal lain
10. Penutup

1.0 UCAPAN PENGERUSI

Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli jawatan kuasa dan membentangkan carta
organisasi jawatankuasa aset/ alih harta sekolah serta menerangkan bidang kuasa dan tugas
kepada semua ahli.

2.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Minit mesyuarat JKPAK Bil. 4 / 2014 telah disahkan melalui cadangan Pn Noor Zaiha binti
Zainal Abidin Guru Pra Sekolah dan disokong oleh Pn Faridah binti Jaafar Guru Panitia
PSV.

3.0 PERKARA BERBANGKIT

Tiada

4.0 MEMBINCANGKAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA ASET

Pengerusi menerangkan terdapat 6 tugas utama ahli jawatankuasa aset/alih harta


(PegawaiAset) sekolah iaitu:

1. Menyelaraskan semua urusan berkaitan dengan Pengurusan Aset Alih Kerajaan iaitu
dari segi penerimaan, pendaftaran, penyimpanan, penggunaan, pemeriksaan,
pelupusan, hapus kira dan kes kehilangan aset alih kerajaan;

2. Memastikan dua (2) Pegawai Pemeriksa yang telah dilantik menjalankan pemeriksaan
ke atas aset setiap tahun;

3. Memastikan dua (2) Lembaga Pemeriksa yang dilantik menguruskan pelupusan aset .
4. Mengemukakan Laporan Tahunan iaitu Laporan Harta Modal dan Inventori,
LaporanPemeriksaan Harta Modal dan Inventori, Laporan Perlupusan Aset Alih
Kerajaan dan LaporanTindakan Surcaj / Tatatertib ke Jabatan pada setiap hujung/
awal tahun berikutnya untukdisemak sebelum dikemukakan kepada Perbendaharaan
oleh Bahagian Perolehan danPengurusan Aset Kementerian Pelajaran Malaysia.
Laporan tahunan aset disediakan sebelum 16 Januari setiap tahun.
5. Bertanggungjawab untuk mengurangkan jumlah aset /alih harta sekolah dengan
berkesan.

6. Pegawai Aset Sekolah memastikan semua aset alih Kerajaan diuruskan mengikut
PekelilingPerbendaharaan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TOA) bil.5
Tahun 2007.

Tindakan : Makluman

5.0 PENGURUSAN ASET ALIH

5.1 Buku Stok

Pengerusi juga memaklumkan bahawa setiap stok yang dapat sama ada dibekalkan atau
dibeli hendaklah direkod dalam buku stok. Semua guru diminta untuk kemaskini buku rekod
dengan betul dan teratur .

5.2 Pendaftaran Semula Aset Sekolah

Pengerusi memaklumkan matlamat jawatankuasa pada tahun ini adalah mengemaskini stok
sedia ada. Jawatankuasa telah memutuskan untuk mendaftar semula aset baru dan sedia ada
(wujud) disekolah seperti:

1. Meja murid
2. Kerusi
3. Komputer
4. Projektor
5. Papan tulis
6. Almari
7. Barangan Pusat Sumber
8. Meja guru
9. Kerusi guru
10. Barangan PJK
11. TV
12. Barangan pejabat

Aset akan disemak mengikut tempat yang mempunyai guru/PPM/penjaga bilik. Menjadi
tanggungjawab pemilik tempat tersebut untuk mengemaskini maklumat aset menggunakan
borang yang akan disediakan oleh Pegawai Aset sekolah.

Tindakan : Pegawai Aset


6.0 LAPORAN TINDAKAN PELUPUSAN

Mesyuarat telah membentangkan laporan pelupusan Aset Alih Kerajaan ( peralatan ICT ).
Semua dokumen telah disediakan dan ditandatangai oleh pegawai-pegawai aset. Seterusnya
akan dihantar ke JPN.

Tindakan : Pegawai Pelupusan


7.0 LAPORAN SURCAJ / TINDAKAN TATATERTIB

Tiada

8.0 MASALAH YANG BERKAITAN

Tiada

9.0 HAL HAL LAIN

Laporan penggunaan aset-aset yang terdapat di sekolah adalah digunakan dengan


sepenuhnya dan dijaga dan diuruskan dengan baik. Segala baik pulih serta pembelian alat
ganti aset hendaklah direkodkan ke dalam stok alat ganti.
Tindakan : Pemegang Stok

10.0 PENUTUP

Pengerusi berharap semua ahli jawatankuasa dapat memainkan peranan untuk memastikan
aset sekolah berada di dalam keadaan terkini. Mesyuarat bersurai jam 3.00 ptg.

Disediakan Oleh,

(SHAFIAH BT AHMAD JANTAN)


Setiausaha JKPAK

Disahkan oleh,

(PN HJH ROKIAH BT AHMAD)


Guru Besar,

You might also like