Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Refleksi Program Jom Sihat

Program Kempen Jom Sihat dilaksanakan bagi memenuhi tugasan subjek Pemikiran
Kritikal dan Penyelesaian Masalah. Sepanjang melaksanakan program yang diadakan saya
melaksanakan tugas dengan baik. Semasa ahli kumpulan berbincang untuk mencari idea dan
memikirkan masalah yang timbul bagi tugasan yang diberikan, saya juga turut
menyumbangkan idea untuk memilih masalah apa yang perlu diselesaikan.

Setelah mendapat kata putus, guru-guru memilih untuk melakukan Program Kempen
Jom Sihat. Hal ini kerana kami mendapati bahawa ramai yang tidak mengamalkan gaya hidup
yang sihat. Contohnya, mereka tidak mengambil sarapan yang menyebabkan mereka
mengambil makanan yang berkalori tinggi dengan berlebihan pada waktu tengah hari. Di
samping itu, ramai pelajar di kurang melakukan senaman. Hal ini kerana mereka sibuk untuk
membuat tugasan yang diberikan dan terdapat juga pelajar yang ada kelas pada waktu petang.
Berdasarkan masalah yang timbul ini, kami memilih tajuk Kempen Jom Sihat untuk
mendedahkan kepada pelajar bahawa kesihatan diri itu amat penting.

Seterusnya, semasa ingin menyediakan proposal kami membahagikan tugas. Tugas


saya adalah untuk membuat pengenalan. Saya mecari maklumat tentang amalan gaya hidup
sihat rakyat Malaysia dan seterusnya membaca journal yang berkaitan untuk mendapat
maklumat yang tepat. Walaupun kumpulan kami membahagikan tugas, namun kami
berbincang dahulu apa yang perlu ditulis untuk merangka projek dalam proposal. Semasa
mencari maklumat tentang gaya hidup yang sihat, saya memperolehi banyak ilmu yang perlu
didedahkan kepada pelajar.

Seterusnya, saya membuat flyers tentang kempen jom sihat untuk disebarkan kepada
pelajar PPSM. Antara flyers yang saya buat adalah flyers tentang kempen Minum Air 3L
sehari dan flyers tentang maklumat program-program yang akan diadakan. Ahli kumpulan
yang lain juga turut membuat flyers untuk Kempen jom sihat. Kemudian saya dan ahli
kumpulan berbincang untuk memilih flyers yang dibuat untuk digunakan dalam Kempen
Jom Sihat. Walaupun flyers yang saya buat tidak dipilih untuk digunakan bagi Kempen Jom
Sihat, saya tidak kecil hati. Hal ini kerana, flyers yang disediakan oleh ahli lain lebih baik
dan menarik untuk digunakan dalam Kempen ini.

Muka surat| 1
Seterusnya kami berbincang untuk membuat poster bagi program pameran poster.
Saya diberikan tugas untuk membuat poster tentang pengambilan makanan sihat. Sebelum
membuat poster tersebut, saya mencari maklumat tentang apa itu pengambilan makanan sihat.
Saya mendapati bahawa pengambilan sihat ini juga tuut berkait rapat dengan bahan yang
digunakan dalam makanan tersebut. Jika bahan yang digunakan itu mengandungi pengawet,
pewarna tiruan, ajinamoto dan lain-lain ianya tidak elok untuk kesihatan. Maka makanan
yang kurang gula, makanan yang tidak diubahsuai strutur makanannya ianya diperlukan oleh
tubuh badan. Justeru, makanan ringan seperti air kotak, meggi tidak elok untuk kesihatan
kerana ianya tidak dapat diproses untuk dijadikan sebagai tenaga.

Selain itu, jumlah kalori yang diperlukan oleh setiap orang juga berbeza. Contohnya,
lelaki memerlukan lebih banyak kalori berbanding wanita. Hal ini kerana lelaki memerlukan
lebih banyak tenaga berbanding wanita. Begitu juga dengan faktor umur. Semakin meningkat
umur, semakin sikit jumlah kalori yang diperlukan oleh badan. Seterusnya semasa program
senam robik dilakukan, saya menjalankan tugas sebagai teknikal. Saya menyediakan perlatan
yang diperlukan untuk senamrobik itu berjalan. Saya membawa komputer riba sebagai muzik
untuk senaman semasa program tersebut dilaksanakan. Saya juga turut mencari lagu yang
sesuai sebagai muzik yang akan digunakan dalam senam robik. Seterusnya, saya juga turut
serta melakukan senam robik bersama-sama dengan peserta. Senam robik tersebut berjalan
selama satu jam setengah.

Muka surat| 2

You might also like