Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Resepi Ayam Golek Sedap Dan Lazat.

Google Image

A) Bahan-bahan untuk perencah ayam :

3 biji bawang besar


4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir @ gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan-bahan diatas
Sedikit mentega

Cara-cara :

1. Campur kesemua bahan-bahan diatas dengan sedikit air dan kisar.


2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan di dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam @ 3 jam
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
5. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.
6. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah
yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
B) Bahan-Bahan Untuk Sos Lada Hitam:

Bahan-Bahan :

1 1/2 cawan stok ayam@daging


1/2 cawan susu segar - nak kurangkan pun boleh
4-5 sudu serbuk lada hitam
Sedikit batang salery - dicincang
1/2 biji bawang besar - dicincang
2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yang dikehendaki
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega/marjerin
1/2 tin cendawan butang - dihiris
2 sudu besar tepung gandum - bancuh dengan air
Garam dan gula - jika perlu

Cara-cara :

1. panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang salery. didihkan.
2. Kemudian tapis. buang bawang dan juga salery. kalau tak nak tapis pun takpe. didihkan semula.
3. Kemudian masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan
butang.
4. Selepas itu masukkan garam dan gula mengikut citarasa anda.
3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.

You might also like