Penyata Professional Semasa Praktikum

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

1.

0 Penyata professional semasa Praktikum

Minggu pertama praktikum saya telah memulakan hari saya di sekolah dengan

melapor diri serta menghadiri taklimat bersama guru besar selepas perhimpunan

sekolah berakhir dan berjumpa dengan guru pembimbing. Minggu pertama

merupakan peluang yang diberikan kepada saya untuk mengenali senario di

sekolah. Hal ini termasuk guru-guru, murid-murid, cabaran dalam menghadapi

masalah murid dan budaya kerja di sekolah tersebut. Pada minggu pertama, saya

telah diminta untuk masuk terus ke kelas yang saya bakal ajar. Berikutan daripada

peluang tersebut, saya berpeluang untuk mengenali sedikit sebanyak mengenai

murid saya dan memberi gambaran kepada saya latar belakang murid tersebut.

Oleh itu, saya perlu bersedia dari segi fizikal dan mental dalam menghadapi

cabaran dalam mendidik murid-murid.

Setelah melalui proses pengajaran untuk kelas sejarah iaitu kelas 4B dan 5A

saya sentiasa berusaha untuk memperbaiki kaedah dan teknik pengajaran agar

bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Antara cabaran yang saya hadapi

semasa proses pengajaran berlangsung ialah murid sukar untuk menerima

pengajaran yang berkonsepkan bermain sambil belajar di mana murid sukar

untuk mendapatkan konsep atau isi pelajaran dengan hanya bermain. Selain itu

terdapat juga kelas yang pasif dimana murid tidak memberikan respon semasa

sesi pengajaran. Oleh itu, saya telah mengabungkan kedua-dua kaedah agar

murid selesa untuk mengikuti proses pengajaran dan dapat mengikuti sesi

pembelajaran secara aktif


Sesi pengajaran mata pelajaran major saya iaitu sejarah merupakan satu mata

pelajaran yang memerlukan saya berfikir untuk merancangan aktiviti yang boleh

meningkatkan semangat patriotisme murid serta membantu murid memahami

peristiwa penting dalam sejarah. Pelbagai usaha telah saya lakukan dengan

memastikan kesesuaian aktiviti dengan kemampuan murid bagi mencapai objektif

pelajaran. Pelbagai cara dan kaedah telah dilakukan namun terdapat cabaran

yang paling besar di mana murid sering ponteng kelas dan kehadiaran pada setiap

kali kelas amat tidak menggalakkan. Oleh itu, bagi memastikan murid-murid rajin

ke sekolah pelbagai strategi bermain telah saya selitkan dalam proses pengajaran

agar murid berminat untuk belajar dan terlibat sekali dalam proses pembelajaran

Manakala, dari segi mata pelajaran minor pula iaitu Sains, antara cabaran yang

saya hadapi ialah untuk memastikan aktiviti yang dirancang mampu mencapai

objektif pembelajaran pada hari tersebut kerana apabila murid sukar mnguasai

konsep maka mereka tidak akan faham apa yang berlaku seterusnya.. Segala

usaha saya laksanakan agar setiap aktiviti yang dijalanan menjurus kepada isi

pelajararn di samping menerapkan kemahiran proses sains dalam kalangan murid.

Hal ini merupakan satu cabaran yang saya sering hadapi semasa menjalankan

aktiviti pengajaran. Berkat bimbingan yang diberikan oleh guru pembimbing, saya

akhirnya memahami teknik yang betul agar proses pengajaran saya mampu

mencapai objektif pelajaran yang telah saya tetapkan.

Selain itu, melalui penglibatan saya dalam menguruskan aktiviti sekolah juga

menjadi satu latihan dan pendedahan awal kepada saya untuk menganjurkan

sebarang aktiviti apabila berkhidmat sebagai seorang guru kelak. Antaranya ialah
dari segi perancangan yang rapi, pengurusan yang teliti dan perlaksanaan yang

teratur dan berjaya. Perancangan ini penting agar setiap guru mengetahui peranan

mereka masing-masing.

Kesimpulannya, sepanjang saya mengikuti program praktikum, saya telah

mempelajari banyak perkara. Di mana saya perlu menggunakan teori

pembelajaran yang telah saya pelajari dalam usaha memastikan kawalan bilik

darjah saya dalam keadaan yang baik. Di samping itu, penggunaan teori

behaviorisme contohnya iaitu dengan memberikan ganjaran dan dendaan dari segi

pujian, hadiah dan hukuman menjadi satu rangsangan yang cukup berkesan untuk

menarik minat murid untuk belajar dan memberikan tumpuan semasa proses

pengajaran dilaksanakan. Oleh itu, perlaksanaan program praktikum merupakan

satu latihan yang sangat berguna buat kami selaku bakal guru.

You might also like