GB Hari Konvo

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Salam Sejahtera,

Pihak jawatankuasa PIBG mengucapkan tahniah di atas penamatan pelajaran anak-anak anda
di sekolah ini.

Seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini, pihak sekolah akan mengadakan Hari
Konvokesyen bagi menghargai penamatan pelajaran mereka dengan jayanya di sekolah ini.
Hari Konvokesyen ini juga merupakan satu medan bagi mereka untuk terus bersemangat
mengorak langkah ke satu era yang baharu.

Justeru, kami di pihak jawatankuasa PIBG akan menyediakan bungkusan bunga untuk dijual
kepada ibu bapa sebagai hadiah bagi meraihkan graduasi anak-anak anda. Selain itu, murid-
murid juga digalakkan membeli bunga untuk diberikan kepada guru-guru yang telah banyak
membantu dan mendidik mereka sebagai tanda terima kasih.

Akhir sekali, kami di pihak jawatankuasa PIBG sekali lagi mengucapkan tahniah di atas
kejayaan anak-anak anda menamatkan pelajaran di sekolah ini dengan jayanya. Semoga anak-
anak anda akan terus cemerlang dan menjadi simbol kebanggaan kita kelak.

Yang benar,

Peringatan mesra : Majlis Konvokesyen ini akan diadakan pada 16 November 2017, pukul 7:00
pagi bertempat di Dewan Foo Chow. Sila datang pada Hari Konvokesyen untuk mengambil
bunga yang telah dibeli.

You might also like