Strategi, Pendekatan Dan Kaedah DLM BM

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

PENGENALAN

Guru memerlukan kemahiran untuk merancang dan menguruskan kaedah dan


teknik pengajaran supaya dapat disampaikan kepada murid-murid untuk memperoleh
hasil pembelajaran maksimum. Aspek yang perlu diambil kira oleh guru semasa
menentukan strategi pengajaran yang sesuai ialah objetif pengajaran, Proses
pengajaran, isi kandungan, persediaan dan kebolehan mengajar, gaya pengajaran dan
persekitaran di dalam bilik darjah.
Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan
kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa
serta kemudahan secara optimum. Dalam proses pengajaran pula, seseorang guru
biasanya menggunakan gabungan beberapa pendekatan serta kaedah mengajar
tertentu dalam usaha untuk mencapai objektif-objektif pengajaran. Rancangan
gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu
dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Konsep strategi pula merupakan
kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik
dalam satu- satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditelah
ditentukan.

Dalam melaksanakan pengajaran, guru-guru perlu bijak menggunakan strategi


pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar. Guru-guru perlu membuat
perancangan yang rapi, sistematik dan kreatif supaya pembelajaran tidak
membosankan dan objektif pengajaran akan tercapai. Dalam membuat dan merancang
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, guru-guru perlu
mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam tentang strategi-strategi pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini bertujuan untuk membolehkan guru-guru menjalankan pengajaran
mereka dengan berkesan, manakala pelajar pula merasa seronok belajar .

1.0 STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK

1.0.1 STRATEGI

Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2010), strategi merupakan rancangan yang
teratur untuk mencapai maklamat atau kejayaan. Strategi merupakan satu perancangan
yang melibatkan satu operasi dan aktiviti pengurusan kaedah yang digunakan untuk
mencapai matlamat tertentu. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, strategi
merujuk kepada satu set aksi pengajaran yang bertujuan untuk mencapai objektif yang
diharapkan. Strategi merujuk kepada cara-cara bagaimana guru mengendalikan
sesuatu aktiviti pembelajaran dengan sistematik dan bukan dengan caracuba jaya.
Strategi merupakan tindakan-tindakan spesifik yang dilakukan dengan sengaja oleh
guru untuk mencapai matlamat-matlamat khusus dalam proses pembelajaran.

Beberapa jenis strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu boleh digunakan
oleh guru-guru untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dalam bilik darjah. Di antaranya ialah :

1.Pembelajaran masteri
2. Kajian masa depan
3. Konstruktivisme
4. Belajar cara belajar
5. Kecerdasan pelbagai
6. Pembelajaran akses kendiri
7. Kemahiran berfikir
8. Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT)
9. Pembelajaran konseptual
10. Pembelajaran Kontekstual

Guru-guru perlu bijak memilih strategi yang sesuai dengan keadaan dan pengetahuan
sedia
da pelajar-pelajar dalam kelas mereka. Melalui pemilihan strategi yang sesuai,
pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar, seronok dan objektif akan
tercapai dengan mudah dan berkesan. Penggunaan strategi yang sesuai membolehkan
pelajar-pelajar emahami isi pelajaran dengan mudah dan berkesan yang seterusnya
memberi kebaikan kepada guru dan pelajarSelain itu, guru-guru juga boleh
menggunakan strategi berikut dalam menyampaikan pengajaran kepada pelajarnya.
Strategi tersebut ialah:

1. Mencari jalan ke arah aktiviti yang berguna dan menyeronokkan yang membolehkan
pelajar berkongsi idea serta dapat bercakap mengenainya.
2. Memahami dan menghormati idea, penerangan dan pemahaman pelajar-pelajar
dengan cara mendengar, melihat dan memberi maklum balas.

3. Meninggalkan paradigma lalu dengan menyoal diri kita dan belajar daripada mereka
melalui cara yang berbeza.

4. Melihat dan mendekati pelajar-pelajar ketika mereka sedang menjalankan aktiviti


amali di samping membantu mereka secara individu atau kumpulan.

5. Berkongsi tentang apa yang telah pelajar-pelajar hasilkan melalui pendekatan dan
personaliti mereka sendiri.
Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika guru mengajar pelajar-pelajar
yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang
berbeza-beza. Guru perlu merancang pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk
mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Guru perlu memikirkan strategi
pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan
semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta
rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah,
nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid yang berbeza. Lantaran itu,
seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi
lebih penting ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu
untuk membentuk strategi pengajaran yang lebih berkesan dalam pengajarannya.

1.0.2 PENDEKATAN

Pendekatan merupakan satu penyusunan prosedur yang membezakan


pengajaran seseorang guru dengan seorang yang lain. Mengikut Kamus Dewan (1998),
pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan
melaksanakan sesuatu tugas. Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan
bermakna cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk
pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, pendekatan kepadacara bagaimana
sesuatu mata pelajaran diajar untuk mencapai objektifnya.
Kamarudin Husin (1998), menjelaskan pendekatan ialah satu kumpulan andaian
yang saling berkaitan, yang mencerminkan suatu pandangan atau falsafah yang
berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ditentukan oleh
cara sesuatu kandungan mata pelajaran diolah oleh guru dan juga ditentukan oleh
kriteria sejauh mana murid-murid terlibat dalam proses pengajaran dan pembelaran.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin ( 2004) mengatakan pendekatan dalam suatu
pengajaran dan pembelajaran adalah satu kumpulan andaian yang saling berkait
tentang sesuatu bentuk pengajaran dan pembelajaran. Setiap pendekatan
mencerminkan satu pandangan, atau falsafah atau teori. Menurut Edward M. Anthony
(1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses
pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik.
Gestalt ( 2004) pula mengatakan bahawa, dalam pendekatan, kita mempelajari
sesuatu perkara atau sesuatu situasi secara keseluruhan dan kemudiannya
mempelajari elemen-elemen perincian situasi itu. Jika kita menerima sebagai satu teori
pembelajaran, maka kita boleh dijadikan sebagai satu pendekatan dan pengajaran.

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk
menuju ke sesuatu sasaran. Pendekatan pengajaran pula merupakan haluan atau
aspek yang digunakan untuk memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, mata
pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran.
Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan
pelajar, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran
bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. Terdapat beberapa ciri-ciri pendekatan
dalam pengajaran yang telah lama diamalkan dalam sistem pendidikan ini.
Ciri-ciri tersebut ialah:

a. Daripada konkrit kepada abstrak


b. Daripada mudah kepada kompleks
c. Daripada keseluruhan kepada bahagian
d. Daripada umum kepada spesifik (deduktif)
e. Daripada spesifik kepada umum (induktif)
f. Daripada diketahui kepada belum diketahui

Manakala pendekatan-pendekatan pengajaran ini juga terbahagi kepada beberapa


bahagian. Antaranya
(i) Pendekatan pengajaran berpusatkan guru
(ii) Pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar
(iii) Pendekatan pengajaran berpusatkan bahan
(iv) Pendekatan induktif
(v) Pendekatan deduktif
(vi) Pendekatan inkuiri
(vii) Pendekatan masteri

Setiap jenis pendekatan itu mempunyai kaedah pelaksanaannya yang tersendiri. Bagi
pendekatan berpusatkan guru, mereka boleh menggunakan kaedah-kaedah seperti
syarahan, demonstrasi, bercerita serta pengajaran secara kelas. Pendekatan ini tidak
memberi peluang kepada palajar untuk mengambil bahagian dalam sesi P&P. Mereka
hanya mendengar sahaja apa yang disampaikan oleh guru. Manakala pendekatan
berpusatkan pelajar lebih menarik dan berkesan. Dalam pelaksanaannya, pelajar
berpeluang untuk mengambil bahagian serta memberi pendapat dan idea berkenaan
dengan topik yang dipelajari. Pendekatan ini lebih berkesan kerana pelajar dapat
menyampaikan apa yang ada dalam fikiran mereka. Antara pendekatan yang boleh
digunakan ialah pendekatan kumpulan, pendekatan individu, kaedah lawatan, kaedah
penyelesaian masalah, kaedah projek, simulasi dan bermain. Pelaksanaan pendekatan
ini membuatkan pelajar lebih seronok kerana mereka mengalami sendiri pengalaman
terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu.
Bagi pendekatan pengajaran berpusatkan bahan pula memerlukan guru untuk lebih
kreatif dalam mencari dan menggunakan bahan-bahan pengajaran untuk menarik minat
pelajar. Antaranya ialah melalui penggunaan sudut atau ruang bilik darjah, bahan
pengajaran guru dan bahan pembelajaran pelajar. Guru-guru boleh menggunakan
bahan-bahan seperti video, gambar, kertas mahjung, dan sebagainya bagi membuka
minda serta menarik perhatian pelajar dalam menyampaikan isi pelajaran. Melalui
tayangan video contohnya, pelajar-pelajar akan berfikir mengenai isi kandungan yang
cuba disampaikan oleh guru mereka pada hari berkenaan.

Selain itu, pendekatan induktif, deduktif, inkuri dan masteri pula mempunyai maksud
yang tersendiri.
Keempat-empat pendekatan itu dapat diterjemahkan sebagai;
(a) Pendekatan induktif merupakan satu proses penaakulan yang tinggi di mana
pelajar-pelajar tidak diajar sesuatu bahan pengajaran itu secara langsung, mereka
hanya diberitahu berhubung hal-hal berkaitan dengan pelajaran tersebut.

(b)Pendekatan deduktif merupakan satu pendekatan mengajar murid kepada


hukum-hukum tertentu dengan mengaplikasikan peraturan-peraturan yang telah
diberikan untuk menuju ke suatu fakta.

(c)Pendekatan inkuiri- pelajar akan menjalankan penyelidikan tentang masalah yang


hendak diselidiki. guru membimbing pelajar untuk mengutarakan soalan yang
jawapannya boleh diperolehi melalui aktiviti yang telah pun dirancang sebelumnya.

(d)Pendekatan masteri- ujian diagnos dijalankan untuk memastikan pelajar menguasai


sepenuhnya isi pelajaran, kemahiran atau sikap yang dinyatakan dalam objektif.

1.0.3 KAEDAH DAN TEKNIK


Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2010), kaedah bermaksud cara atau aturan
(membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri
tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Kaedah
pengajaran pula terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai
urutan tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk
menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain.
Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran ini terbahagi kepada beberapa jenis. Ianya
merangkumi:

Kaedah terus
Kaedah semulajadi
Kaedah askar atau tentera
Kaedah ajuk-hafaz
Kaedah linguistik
Kaedah oral-aural
Kaedah terjemahan
Kaedah psikologi
Kaedah kod-kognitif
Kaedah khusus

Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ialah kaedah pengajaran secara
perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak. Menurut
Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan
psikologi pelajar. Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas iaitu:

Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan
fikiran atau sebaliknya.
Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada.
Timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah
dirancangkan.
Mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undang-undang tentang bahasa yang
hendak dipelajari, mengutamakan sebutan yang betul, ulangan dan pengukuhan harus
dibanyakkan, dan mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks.

Kaedah Semulajadi pula hampir sama dengan kaedah Terus. Pengajaran dimulakan
dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan gambar.
Perkataan-perkataan yang baru diterangkan dengan menggunakan
perkataan-perkataan yang telah diketahui oleh murid. Terjemahan tidak langsung
digunakan dalam kaedah ini. Manakala Kaedah Oral-Aural pula merupakan kaedah
mendengar dan kemudiannya bertutur dengan menggunakan dialog untuk dihafaz dan
diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistic dengan
memberi perhatian kepada intonasi yang betul. Seterusnya kaedah Linguistik yang
membolehkan murid-murid menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk
mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. Aktiviti dimulakan dengan latihan
pendengaran yang kemudiannya diikuti oleh aktiviti menyebut. Pengajaran tatabahasa
dilakukan mengikut pendekatan Induktif (Kamarudin Hj. Husin,1988).

Manakala teknik pengajaran pula adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang
terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru tidak dapat menguasai
teknik-teknik yang terdapat dalam sesuatu kaedah, kemungkinan matlamat kaedah itu
tidak akan berhasil.
Terdapat pelbagai teknik yang boleh diamalkan oleh seoarang guru dalam sesi P&P.
antaranya ialah:

Teknik main peranan


Teknik permainan bahasa
Teknik latih tubi
Teknik bercerita
Teknik inkuiri
Teknik perbahasan
Teknik kuiz
Teknik sumbangsaran
Teknik soal jawab
Teknik simulasi
Teknik drama
Teknik perbincangan

Bagi teknik perbincangan, ianya berbentuk perbualan dan dilakukan dalam kalangan
pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Teknik brainstorming ialah teknik yang
berbentuk perbincangan yang mana pelajar digalakkan untuk berfikir secara kreatif dan
aktif bagi menghuraikan pendapatnya. Seterusnya teknik soal jawab yang merupakan
teknik yang kerap digunakan oleh guru. Ia mewujudkan interaksi antara guru dengan
pelajar-pelajarnya. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru bertanyakan soalan dan
pelajar akan menjawab soalan tersebut. Setiap soalan yang ditanya mempunyai aras
kesukaran yang tertentu. Bagi teknik main peranan pula, ianya melibatkan
gambaran-gambaran pelajar terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan
melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip. Hal ini berlaku secara spontan yang
mana pelajar-pelajar perlu bijak dalam memainkan peranan mereka semasa sesi ini
berlangsung.

Teknik bercerita pula membawa maksud guru memilih cerita yang sesuai dengan
pelajar dan isi pengajaran yang hendak disampaikan. Guru bercerita dalam keadaan
yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek bahasa yang hendak
diajarkan. Manakala teknik tunjuk cara sesuai digunakan terutama dalam proses
pengajaran yang memerlukan pelajar bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang
betul dan sempurna. Di samping menunjuk cara, pelajar-pelajar juga diminta untuk
menerangkannya melalui bahasa yang baik. Sebelum pelajar menunjuk cara, guru
perlulah menerangkan maksud tunjuk cara tersebut dan perkara-perkara yang harus
dicakapkan. Seterusnya adalah teknik penyelesaian masalah di mana teknik ini
dilaksanakan di bawah penyeliaan guru. Pelajar-pelajar diberi masalah dan cuba
menyelesaikan masalah tersebut. Teknik latih tubi pula merupakan pengulangan
fakta-fakta yang telah dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan
kemahiran tersebut dan di samping untuk menjamin pengekalannya. Teknik terakhir
ialah teknik permainan bahasa iaitu guru membentuk satu situasi yang memerlukan
pelajar menggunakan bahasa yang ada pada mereka untuk menyelesaikan tugas-tugas
permainan yang diberi.
2.0 RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU(RPH)
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

Hari : Isnin.
Tarikh : 18 Februari 2013.
Masa : 9.15 10.15 pagi.
Tahun : 4 Bestari.
Bil. Murid : 32 orang.
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu.
Tema : Sekolahku Berjasa.
Tajuk : Pemimpin Hebat.
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
1) Menulis perenggan dengan ayat tunggal dan ayat majmuk.
2) Membina a yat berdasarkan kata adjektif yang diperolehi melalui
petikan.
3) Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.

Fokus Utama :
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu
penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 2 (i) Membina perenggan dengan ayat tunggal dan ayat majmuk.
Fokus Sampingan:
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul
serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 3 (i) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Kemahiran Bahasa : Kemahiran membaca dan menulis.


Sistem Bahasa : kata adjektif.
Ilmu : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
Nilai : keberanian, patriotisme dan kerajinan.
Kemahiran Bernilai Tambah : visual ruang dan verbal linguistik.
Kemahiran Berfikir : berfikir secara kritis dan meneroka idea.
Bahan Bantu Mengajar : teks/petikan dan gambarajah.

LANGKAH/MASA ISI KANDUNGAN AKTIVITI P&P CATATAN

SET INDUKSI Gambarajah Murid melihat KBT : visual-ruang


( 5 minit ) Pemimpin Negara. gambarajah yang dan verbal-linguistik.
ditunjukkan oleh KBF: berfikir secara
guru. kritis.

Murid memberi lmu: pendidikan sivik


espon pada dan
gambarajah yang kewarganegaraan.
ditunjukkan oleh
guru. Nilai: keberanian dan
patriotisme.
Murid mendengar
perkaitan isi BBM: gambarajah.
pelajaran dari guru.

LANGKAH 1 Menulis teks Murid menyalin Nilai : keberanian


( 20 minit ) Pemimpin Hebat. petikan Pemimpin dan kerajinan.
Hebat pada papan
hitam setelah BBM: teks/petikan.
mendengar petikan
yang dibaca oleh
guru.

Murid menulis
dengan ejaan dan
ulisan yang betul.

Murid dan guru


berbincang tentang
kesalahan ejaan dan
atabahasa yang
dilakukan oleh murid
adi.
LANGKAH 2 Membina ayat Murid mengesan kata Nilai : kerajinan.
( 15 minit ) daripada kata adjektif yang terdapat
adjektif yang di dalam petikan. KBF: meneroka idea
dijumpai di dalam dan berfikir secara
petikan. Murid membina ayat kritis.
berdasarkan kata
adjektif yang BBM:
dijumpainya. eks/petikan/Slaid
pwp
Murid mendengar
dan menyemak kata
adjektif yang
disenaraikan oleh
guru melalui petikan
ersebut.

Guru menerangkan
kata adjektif
Guru Menayangkan
slaid pwp kata
adjektif untuk
menambahkan
kefahaman pelajar.

Murid melihat sambil


bersoaljawab dengan
guru tentang kata
Adjektif.

LANGKAH 3 Pertandingan Murid membaca Nilai : keberanian.


( 15 minit ) membaca berita. petikan berita yang
diberikan oleh guru KBT:
dengan verbal-linguistik.
menggunakan
ntonasi yang betul. BBM: petikan berita.

Murid yang membaca


berita tersebut
dengan
menggunakan
ntonasi yang betul
diberi peneguhan
positif oleh guru.

PENUTUP Penutup kognitif Murid menjawab KBF: berfikir secara


(5 minit) soalan daripada guru kritis.
berkaitan pemimpin
Penutup sosial yang mereka kenal. KBT:
verbal-linguistik.
Guru memberi pujian
kepada murid yang
menjawab dengan
betul.

TEKS BACAAN
Pemimpin Hebat

Hairi merupakan Ketua Pelajar di Sekolah Kebangsaan Pendeta Zaba. Beliau


merupakan seorang pelajar yang pintar dan sentiasa bersemangat ketika belajar. Hairi
amat disenangi oleh guru-guru dan rakan-rakan disekolahnya. Hal ini kerana, beliau
mempunyai perwatakan yang menarik dan sentiasa berpakaian kemas.
Selain itu, Hairi juga aktif dalam kegiatan kokurikulum dan sering mewakili
sekolah dalam pelbagai pertandingan. Di setiap pertandingan yang dimasuki oleh Hairi,
beliau akan menjadi juara. Hairi sentiasa berusaha dalam apa jua yang diceburinya.
Hairi merupakan seorang anak dan pelajar yang rajin. Beliau sentiasa membantu
sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan beliau.
Sifat dan perwatakan yang ditonjolkan Hairi menjadikan beliau seorang amat
disegani oleh rakan-rakannya yang lain. Walaupun memegang jawatan disekolah,
beliau tidak sombong dan sentiasa bergaul mesra dengan semua orang.

3.0 ANALISIS KEPENTINGAN PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH DAN


TEKNIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
DALAM RPH YANG DIKAJI.

Kepentingan Pendekatan:
Apabila melihat konsep pendekatan iaitu cara mendekati sesuatu, ia merujuk
kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya.
Maka dengan itu dapatlah dikenalpasti akan kepentingan pendekatan dalam
pengajaran dan pembelajaran di mana sebagai guru yang mengajarkan sesuatu
kepada murid-muridnya mestilah mengetahui terlebih dahulu latar belakang mereka. Ini
kerana, dengan mengetahui latar belakang mereka, guru tersebut dapat memilih
dan merancang pengajarannya dengan menggunakan pendekatan yang sesuai.
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini saya memilih kaedah deduktif .Pemilihan
ini amat sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
kefahaman murid yang lebih mendalam.

2) STRATEGI
Definisi:
Strategi juga boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan pendekatan
dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga,
masa serta kemudahan secara optimum.Sebenarnya strategi meliputi kempat-empat
aspek seperti kaedah, pendekatan, teknik dan aktiviti.
Namun begitu, terdapat empat jenis strategi dalam pengajaran dan pembelajaran
seperti yang dinyatakan oleh Mok Song Sang (2002):
1. Pemusatan Guru
2. Pemusatan Murid
3. Berasaskan Bahan
4. Berasaskan Tugasan/aktiviti
Kepentingan Strategi:

Berdasarkan kepada jenis strategi pengajaran dan pembelajaran maka kepentingan


strategi dapat dikenalpasti iaitu ia membantu guru dalam merancang kaedah dan
teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan obejektif-objektif pelajaran
yang telah ditentukan. Rancangan pengajaran itu sangat penting bagi seorang guru
kerana ia akan menentukan pencapaian optimum seorang murid di dalam kelas iaitu
dengan melihat respon yang diberikan semasa sesi pengajaran. Selain itu, strategi juga
penting dalam menyusun kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan
mengikut prinsip dan teori pembelajaran. Apabila ada strategi, seorang guru itu dapat
melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lancar tanpa ada sebarang
masalah kerana dia sudah membuat persediaan awal dengan mengatur
langkah-langkah pengajaran dengan sebaiknya.Dalam merangka sesi pengajaran dan
pembelajaran ini saya telah memilih untuk menggunakan semua strategi yang
digariskan.Perlaksanaan amat berkesan sekali semasa saya menggunakan startegi
berasaskan bahan dan aktiviti ,jelas menampakan murid berminat untuk belajar dan
seronok belajar.

Konsep Kaedah:
Pada umumnya, kaedah ialah cara atau peraturan digunakan untuk
melaksanakan sesuatu. Berlainan dengan pendekatan, kaedah merujuk kepada satu
siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik
dalam jangka pendek. Dengan perkataan lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati
sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.

1. Prosedur pertama: Mengnal pasti masalah


2. Prosedur kedua: Merancang penyelesaian
3. Prosedur ketiga: Mengumpul maklumat
4. Prosedur keempat: Membuat tafsiran
5. Prosedur kelima: Membuat kesimpulan

Konsep Teknik:
Menurut Kamus Dewan edisi keempat(2010), teknik adalah kaedah mencipta
sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.Dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran yang dirangka saya meilih untuk menggunakan teknik
1. Teknik sumbangsaran

2. Teknik soal jawab

3. Teknik perbincangan

Kepentingan Kaedah dan Teknik


Kepentingan menggunakan variasi teknik dan kaedah mengajar dalam
situasi pengajaran ialah untuk menarik perhatian murid. Dengan teknik dan kaedah
pengajaran yang kreatif, murid akan berasa seronok dan secara tidak langsung mereka
akan member perhatian terhadap apa yang ingin disampaikan oleh guru. Kaedah dan
teknik juga penting untuk mengekalkan perhatian murid terhadap sesi pengajaran guru.
Apabila murid tertarik dengan kaedah dan teknik mengajar yang digunakan oleh guru,
perhatian murid akan dapat dikekalkan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu juga, pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai boleh membangkitkan rasa
ingin tahu dalam diri murid. Contohnya seorang guru menggunakan teknik bercerita
untuk mengajar, murid akan tertanya-tanya apakah pengakhiran cerita tersebut.
RUJUKAN
Samri Sainuddin dan Kanthasamy Nallusamy, 2010. Pengajaran, Teknologi dan
Penaksiran. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Dalina Yusuf, 2010. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Seni
Visual. Diperoleh pada April 2, 2011 daripada
http://www.scribd.com/doc/40534233/Strategi-Pengajaran-Dan-Pembelajaran-Dalam-P
endidikan-Seni-Visual.

Noor Zaliza binti Zahari, Noriha binti Mohamad Nawawi dan Roslina binti Ghazali, 2011.
trategi Pengajaran dan Pendekatan Mengajar. Diperoleh pada April 4, 2011 daripada
http://www.scribd.com/doc/18091624/STRATEGI-PENGAJARAN.

Siti Sarinah Hj. Kifli dan Noorzainah Hj. Awg Omar, 2011. Strategi dan Pendekatan
P&P. Diperoleh pada April 6, 2011 daripada
http://www.slideshare.net/Dr22s/strategi-pendekatan-pp-272853.

You might also like