Kertas Kerja Khidmat Masyarakat Panitia Pendidikan Sivik Keceriaan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PANITIA PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

KERTAS CADANGAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT


TAJUK PROJEK : MENGINDAHKAN DAN MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN
Cadangan program khidmat masyarakat adalah salah satu program di bawah Panitia Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) bagi memenuhi keperluan komponen amali PSK yang
memerlukan penglibatan murid secara berkumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti.
Penglibatan ini adalah dalam bentuk projek atau kajian yang boleh membantu dan meningkatkan
imej serta member manfaat kepada diri, sekolah dan komuniti. Selain daripada itu, program ini juga
diharap dapat memberikan pendekatan, pendedahan, pengalaman, penghayatan dan motivasi kepada
pelajar dalam aktiviti yang dirancang.

2.0 MATLAMAT
Program khidmat masyarakat ini dijalankan di luar jadual waktu persekolahan. Murid perlu
melakukan kerja amali ini sekurang-kurangnya 10 jam setahun dan menyediakan laporan. Program
khidmat masyarakat harus dikaitkan dengan pembelajaran akademik dalam bilik darjah. Program ini
memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka situasi yang berbeza dalam kehidupan seharian
pelajar. Ianya juga membuka peluang kepada pelajar untuk menyerlahkan bakat kepimpinan,
kreativiti pelajar serta memberi peluang kepada pelajar untuk berbakti kepada sekolah dalam
meningkatkan imej serta identiti sekolah.

3.0 RASIONAL
Program ini merupakan satu program yang berkesan untuk meningkatkan pengetahuan dan
pengalaman kognitif pelajar-pelajar terhadap program kemasyarakatan yang melibatkan komuniti
sekolah sendiri. Program khidmat masyarakat di luar bilik darjah ini bertujuan memberi peluang dan
membuka minda pelajar-pelajar menjadi insan yang terbuka mindanya di samping dapat menilai dan
menghargai alam sekitar khususnya yang melibatkan kebersihan dan keindahan sekolah.

4.0 OBJEKTIF
Di akhir program ini, pelajar akan dapat:
4.1 Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar
bilik darjah.
4.2 Memberi sumbangan kepada sekolah, masyarakat dan negara.
4.3 Menghargai dan berbangga dengan imej sekolah.

1
4.4 Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara.

KUMPULAN SASARAN :
Semua pelajar tingkatan tiga

TEMPOH PERLAKSANAAN :
November.

ANGGARAN KOS DAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA PERBELANJAAN


Cat Palang Besi Taman
1 RM 270
Cat Besi (Putih) 3 x RM 90
Cat (bulatan pokok / border/batuan)
2 Cat simen luar (merah) 3 X RM 120 = RM 360 RM 720.00
Cat simen luar (kuning) 3 x RM 120 = RM 360
Peralatan mengecat
Berus cat (roller) 10 x RM8 = RM RM80
3 RM 200.00
Berus cat 4 dozen x RM 20 = RM 80
Tempat mengecat (pallet) RM40
Minyak Cat
4 RM 45.00
3 tong besar x RM 15 = RM45
Makanan dan minuman pelajar
4 RM 150.00
50 orang pelajar x RM 3.00 = RM 150.00
JUMLAH RM 1385.00

Makan dan minum untuk makan pagi


a) Minuman = Mineral water ( 1 x RM1.00)
b) Roti = Gardenia ( 1 x RM0.90)
Jumlah = RM1.90
Keseluruhan :180 x RM1.90 = RM342.00

Makan dan minum untuk makan tengahari


a) Makan = Nasi Ayam ( 1 orang = RM3.50)
b) Minum = Sirap ( 1 x RM1.00)
Jumlah = RM4.50
Keseluruhan : 180 x RM4.50 = RM810.00

JUMLAH BESAR UNTUK MAKANAN = RM342.00RM810.00


= RM1152.00

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN


(Makanan + Peralatan)
RM1152 + RM1385.00 = RM2537.00

PENUTUP.

2
Diharap projek khidmat masyarakat yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan dengan baik dan
berjalan lancar serta mencapai objektif.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

________________________ __________________________
________________________

( SITI IRANA BINTI ALI ) (PN. ROSLIZA BINTI SELAMAT) (PN. HJH.
ROHANI BINTI A. MANAF)
Ketua Panitia Ketua Bidang Sains Pengetua Smk Benut
Pend Sivik & Kewarganegaraan Kemasyarakatan

You might also like