Artikel Budaya Melayu

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Kebudayaan Melayu

oleh:
Norhayati binti Idris, BCM
norhayati.idris@ipgm.edu.my

Dalam Bahasa Melayu konsep budaya itu berasal dari perkataan budi yakni kata Sanskrit yang membawa
maksud akal. Budaya itu juga merupakan perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan dengan akal
fikiran. Dalam erti kata lain, budaya adalah rangkaian daya dan budi yang merangkumi cipta, rasa dan
penggunaan fikiran.
Budaya terbahagi kepada dua elemen iaitu budaya material dan juga budaya bukan material.
Budaya material adalah bahan-bahan artifak yang dicipta oleh masyarakat seperti keris, labu sayong,
lembing, ukiran pada rumah, pakaian, alatan muzik dan sebagainya. Manakala budaya bukan material pula
mencerminkan aspek intangible/idea abstrak iaitu idea yang dibentuk oleh ahli dalam masyarakat, seperti
kepercayaan, adat istiadat perkahwinan, adat kematian dan nilai kemasyarakatan.
Masyarakat Melayu merupakan satu kelompok suku bangsa di sekitar kepulauan Melayu ataupun
nama am bagi pelbagai kelompok serumpun bahasa dalam kalangan kelompok bahasa Melayu-
Polinesia(Austromesia). Masyarakat Melayu di Malaysia terdiri daripada semua kelompok penghuni
kepulauan Melayu yang telah berhijrah ke Tanah Melayu sejak ratusan tahun terdahulu seperti Aceh,
Minangkabau, Mandailing, Bengkulu, Rawa, Palembang, Lampung, Jawa, Sunda dan Melanau. Walaupun
pada dasarnya setiap kelompok akan mengekalkan identiti asal mereka dalam kelompok kecil di kawasan
petempatan masing-masing namun pada tahap yang lebih luas batasan kelompok perkampungan sendiri,
identiti Melayu digunakan secara subjektif, iaitu sebagai identiti peribadi.
Pemerintah Malaysia mendefinisikan Melayu sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam
bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan adat-istiadat Melayu. Tetapi dari segi
definisi budaya (cultural definition), Melayu itu merangkumi seluruh penduduk pribumi di Dunia Melayu
(Nusantara), yaitu penduduk serumpun tidak kira agama, bahasa, dan adat istiadat masing-masing yang
diikuti oleh masing-masing kelompok serumpun tersebut. Walau bagaimana pun jua, dalam artikel ini,
definisi Melayu mengikuti definisi Pemerintah Malaysia.
Sistem ekonomi masyarakat Melayu
Bagi masyarakat Melayu yang tinggal di desa, majoriti daripada penduduknya menjalankan aktiviti
seperti pertanian dan juga menangkap ikan manakala yang tinggal di kota kebanyakkannya berkerja dalam
sektor perindustrian,perdagangan, pengangkutan dan lain-lain.
Sistem politik masyarakat Melayu
Sistem politik masyarakat Melayu tradisional sebelum campur tangan British terbahagi tiga unit
politik yg utama. Unit politik yang paling besar ialah negeri yang diketuai oleh seorang raja, sultan ataupun
Yang Dipertuan Besar. Ini diikuti oleh unit politik seterusnya, iaitu daerah yang diketuai oleh seorang
pembesar daerah. Unit politik yang paling kecil ialah kampung yang diketuai oleh seorang penghulu atau
penggawa. Dalam sistem politik masyarakat Melayu tradisional, unit politik yang paling besar ialah negeri.
Pada abad ke-19, negeri merujuk kepada satu kawasan yang merdeka di bawah pemerintahnya sendiri.
Secara umumnya, sesebuah negeri tertaluk di kawasan muara sungai besar. Kedudukan yang strategik
ini sangat berguna untuk membolehkan seseorang pemerintah mengawal setiap pergerakan keluar masuk
penduduk ataupun pedagang luar.
Sistem sosial masyarakat Melayu
Dari aspek sosial,masyarakat Melayu hampir seluruhnya beragama Islam. Namun demikian, sisa-
sisa unsur agama Hindu dan animisme masih dapat dilihat dalam sistem kepercayaan mereka. Proses
sinkretisme terjadi di mana unsur kepercayaan sebelum Islam disesuaikan dengan unsur Islam. Proses ini
jelas dapat ditemukan dalam ilmu perbomohan Melayu (pengobatan tradisional), dan upacara adat yang
lain.
Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur lokal dan unsur luar selaras dengan
kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke Alam Melayu. Dalam pemerintahan Malaysia, unsur-
unsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam dibenarkan. Melalui principle of co-existence ini
orang Melayu dapat menyesuaikan adat dan agama secara harmonis,
Dalam masyarakat Melayu seni dapat dibagi menjadi dua seni persembahan (tarian, nyanyian,
persembahan pentas seperti makyong, wayang kulit, ghazal, hadrah, kuda kepang) dan seni tampak (seni
ukir, seni bina, seni hias, pertukangan tangan, tenunan, anyaman dll). Permainan tradisi seperti gasing,
wau, congkak, juga termasuk dalam kategori seni persembahan. Kegiatan seni Melayu mempunyai identiti
tersendiri yang juga memperlihatkan gabungan berbaga-bagai unsur tempatan dan luar.

Zapin, tarian yang terkenal di Johor

Pakaian Tradisional Melayu

Bonang, alat terpenting dalam muzik gamelan

You might also like