Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 140

Edisi Pertama 2008

ARIEFF SALLEH ROSMAN 2008

Hak cipta terpelihara. Tiada dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian


artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan cara apa
jua sama ada dengan cara elektronik, fotokopi, mekanik, atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan &
Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor Darul Ta'zim,
Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Isu wanita dalam perundangan Islam / editor Arieff Salleh Rosman.


Mengandungi indeks
ISBN 978-983-52-0506-4
1. Women--Legal status, laws, etc. (Islamic law). 2. Women in Islam.
I. Arieff Salleh Rosman, 1975-. II. Judul.
340.59082

Pereka Kulit: MOHD ASMAWIDIN BIDIN

Diatur huruf oleh / Typeset by


ARIEFF SALLEH ROSMAN & RAKAN-RAKAN
Pusat Pengajian Islam & Pembangunan Sosial
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Skudai
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by


PENERBIT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
34 38, Jalan Kebudayaan 1, Taman Universiti,
81300 Skudai,
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA.
(PENERBIT UTM anggota PERSATUAN PENERBIT BUKU MALAYSIA/
MALAYSIAN BOOK PUBLISHERS ASSOCIATION dengan no. keahlian 9101)

Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by


UNIVISION PRESS
Lot 47 & 48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9
Jln. Serdang Raya, Tmn Serdang Raya
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
v Kandungan

KANDUNGAN

Prakata vii

Bab 1 Hak Dan Peranan Wanita Dalam Al-Quran 1


Yahaya Jusoh & Azhar Muhammad

Bab 2 Kedudukan Wanita Dalam Undang-Undang


Keluarga Islam: Kajian Tentang Hadanah 19
Nurazmallail Marni, Mohd Zohdi Mohd Amin,
Norzulaili Mohd Ghazali & Ruzana Abu Nasir

Bab 3 Perlantikan Hakim Wanita: Satu Analisa


Ringkas 34
Husin Junoh, Habibah Awang, Mohamed Fadzli
Hj. Hassan, Ahmad Muhyiddin Hj. Hassan &
Sayed Mahussain Sayed Ahmad

Bab 4 Larangan Melantik Wanita Sebagai Hakim


Dalam Sistem Kehakiman Islam: Satu
Kritikan 48
Arieff Salleh Rosman

Bab 5 Keganasan Terhadap Wanita: Metodologi


Penyelesaian Islam 75
Mohd Nasir Ripin & Aminuddin Ruskam
vi Kandungan

Bab 6 Fenomena Kahwin Singkat Di Kalangan


Pasangan Islam: Cabaran Terhadap Wanita
Islam Masa Kini 93
Siti Norlina Muhamad, Abdul Hafiz Abdullah,
Ahmad Kilani Mohamed & Maznah Ali

Bab 7 Kesan Negatif Globalisasi Terhadap Wanita


Islam Dan Penyelesaiannya 108
Kamarul Azmi Jasmi & Nur Amiran Mohd
Rashid

Indeks 129
vii Prakata

PRAKATA

Segala pujian bagi Allah; Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam
buat junjungan besar; Nabi Muhammad s.a.w., pembawa sinar
kebenaran buat umat manusia sejagat. Seterusnya pujian dan salam
buat ahli keluarga baginda, para sahabat dan para pejuang agama
Allah yang berusaha untuk menegakkan kalimah Allah di atas
muka bumi ini.
Buku ini merupakan himpunan artikel yang
membincangkan beberapa isu berkaitan wanita menurut
perundangan Islam.
Artikel pertama membincangkan persoalan hak dan
tanggungjawab wanita dalam al-Quran. Metod yang digunakan
ialah menganalisa ayat-ayat al-Quran yang berkata dasar nisa.
Pengarang menjelaskan maksud perkataan nisa(wanita) dan
konteks penggunaannya dalam al-Quran. Seterusnya
membincangkan hak dan peranan wanita dalam aspek politik,
ekonomi, pendidikan, dan sosial.
Artikel kedua pula membincangkan isu hak penjagaan
anak. Pengarang membincangkan tentang definisi hadanah,
kedudukan wanita dalam pemilikan hadanah menurut para fuqaha,
kedudukan wanita dalam susunan penjaga, kedudukan wanita
dalam hadanah menurut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam.
Artikel ketiga pula membincangkan tentang analisa
perlantikan hakim wanita. Para pengarang membincangkan
pendapat para ulama terdahulu dan semasa berkaitan isu
perlantikan hakim wanita.
Artikel keempat juga masih lagi membincangkan isu
viii Prakata

perlantikan hakim wanita. Namun pengarang menggunakan


pendekatan berbeza dengan artikel ketiga iaitu dengan mengkritik
hujah larangan melantik hakim wanita.
Artikel kelima pula membincangkan tentang isu keganasan
terhadap wanita menurut perundangan Islam. Para pengarang
mengemukakan data-data terkini berkaitan isu kegansan terhadap
wanita di Malaysia yang sudah berada dalam keadaan yang
membimbangkan. Seterusnya pengarang menganalisa punca-
punca berlaku keganasan terhadap wanita di Malaysia. Kemudian
pengarang membincangkan metodologi penyelesaian isu tersebut
menurut Islam.
Artikel keenam membincangkan fenomena kahwin singkat
di kalangan pasangan Islam. Para pengarang mengemukakan data
kes perceraian yang berlaku di Malaysia. Seterusnya mereka
menganalisa faktor yang menyumbang kepada kes perceraian di
Malaysia. Kemudian mereka membincangkan tentang kesan
perceraian terhadap golongan wanita. Selanjutnya mereka
mengemukakan cadangan penyelesaian terhadap isu perceraian
kepada golongan wanita.
Artikel ketujuh membincangkan kesan negatif globalisasi
terhadap wanita Islam dan penyelesaiannya. Pengarang
membincangkan tentang definisi globalisasi, kesan negatif
globalisasi, globalisasi dan perubahan budaya terhadap wanita
muslimah. Seterusnya pengarang mengemukakan cadangan
sebagai penyelesaian kepada isu yang dibangkitkan dalam
subtajuk: hijrah untuk membantu wanita dalam masyarakat
hadhari dalam era globalisasi.

Arieff Salleh bin Rosman


Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
Universiti Teknologi Malaysia
2008
Hak dan Peranan Wanita dalam Al-Quran 1

1
HAK DAN PERANAN WANITA DALAM
AL-QURAN
Yahaya Jusoh
Azhar Muhammad

PENGENALAN

Wanita secara fitrahnya diciptakan Allah S.W.T. mempunyai hak


dan peranan sebagai hamba Allah yang menjadi khalifah-Nya di
dunia (surah al-Zariyat, 51:65; dan al-An'am, 6:165). Wanita
dijadikan berasal daripada Nabi Adam a.s. iaitu setelah Allah
menjadikan manusia pertama, Nabi Adam, maka dijadikan pula
isterinya, Hawa daripada tulang rusuknya. Daripada perkongsian
hidup bersama sebagai suami-isteri, maka berkembang biak
manusia lelaki dan wanita. Allah S.W.T. kemudiannya telah
menetapkan hak dan peranan manusia bagi menjaga hubungan baik
di kalangan mereka supaya mengikut perintah-Nya dan bertakwa
kepada Allah S.W.T. (surah al-Nisa', 4:1).
Allah menggambarkan hak dan peranan wanita dan lelaki
dalam al-Quran sebagai pakaian yang saling melengkapi antara
satu sama lain (surah al-Baqarah, 2:187). Isteri yang solehah
melaksanakan hak dan peranan supaya membantu suaminya
mewujudkan kesejahteraan hidup berumah tangga. Demikian juga
suami yang soleh melaksanakan hak dan peranan supaya
membantu isterinya mewujudkan kesejahteraan hidup berumah
tangga. Sebagai manusia, wanita mempunyai kepentingan yang
sama dengan lelaki diumpamakan sebagai pasukan kerja yang
saling bekerjasama dan hormat menghormati baik dalam bidang
2 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

sosial, pendidikan, ekonomi mahupun politik untuk membentuk


ummah yang mendapat keredaan Allah.(surah al-Baqarah, 2:228).
Umumnya, hak dapat ditakrifkan sebagai apa yang menjadi
kepunyaan, kewenangan, kekuasaan dan status seseorang mengikut
kedudukannya seperti sebagai anak, isteri, suami, jiran, anggota
masyarakat, ahli professional dalam sesuatu bidang, ketua, majikan
dan subordinat. Manakala peranan adalah tugas-tugas yang
menjadi tanggungjawab mengikut kedudukannya itu yang dituntut
untuk dilaksanakan bagi memenuhi hak-hak yang berkaitan
dengannya. Al-Quran menegaskan bahawa lelaki dan wanita Islam
beriman mempunyai hak dan peranan supaya sentiasa
mengingatkan Allah. Hak dan peranan ini adalah mengikut
kedudukannya wanita dalam keluarga, masyarakat, organisasi,
pasukan dan negara (surah al-Lail, 92:3,4; al-Nisa' 4:33). Wanita
yang menyempurnakan hak dan melaksanakan peranan dijanjikan
oleh Allah keampunan dan pahala yang besar (surah al-ahzab,
33:35).
Perkataan nisa' disebut sebanyak 59 kali dalam pelbagai
bentuk iaitu 58 kali dalam bentuk ism ma'rifah (kata nama bentuk
khusus) dan sekali sahaja dalam bentuk ism nakirah (kata nama
bentuk umum) yang maksud ayat-ayatnya menerangkan tentang
hak dan peranan wanita secara khusus dan secara umum (al-Baqi,
2002). Daripada 58 perkataan nisa' dalam bentuk ism ma'rifah
yang disebut dalam al-Quran, sebanyak 39 kali disebut dalam
bentuk tunggal i'sm ma'rifah iaitu dengan huruf al pada awal
perkataan nisa' mempunyai maksud ayat-ayat yang ditujukan
kepada wanita secara khusus seperti sebagai anak, isteri dan ibu.
Manakala perkataan nisa dalam bentuk tunggal i'sm nakirah
mempunyai maksud ayat yang ditujukan kepada wanita secara
umum yang dapat dikaitkan dengan fungsi umum dalam
masyarakat seperti dalam bidang pendidikan, ekonomi dan politik.
Perkataan nisa'ihinna (wanita-wanita) bentuk plural yang disebut 2
kali mempunyai maksud ayat-ayat yang berkaitan dengan hak dan
peranan wanita yang khusus dan umum. Selain itu, terdapat
perkataan nisa' yang disertakan dengan ism dhamir (kata ganti
nama) dalam bentuk plural berulang sebanyak 19 kali iaitu 10 kali
Hak dan Peranan Wanita dalam Al-Quran 3

perkataan nisa'akum (wanita kamu), sekali perkataan nisaana


(wanita kami), 6 kali perkataan nisa'ahum (wanita mereka) dan 3
kali nisa'ihim (wanita mereka) (al-Baqi, 2002). Maksud ayat-ayat
yang mengandungi perkataan-perkataan tersebut menerangkan
pandangan al-Quran tentang hak dan peranan wanita.
Artikel ini cuba memberi gambaran secara komprehensif
pembahasan al-Quran tentang hak dan peranan wanita daripada
segi politik, ekonomi, pendidikan dan fungsi sosial dengan
menggunakan kaedah tafsir tematik (maudu'i). Pendekatan kaedah
tafsir ini memerlukan analisis kepada ayat-ayat al-Quran yang
mengandungi perkataan nisa' (wanita) yang disebut sebanyak 59
kali dalam berbagai bentuk dan ayat-ayat lain yang berkaitan.
Kemudian ayat-ayat lain yang berkaitan dengan hak dan peranan
wanita dianalisis untuk merumuskan pandangan al-Quran tentang
hak dan peranan wanita dalam al-Quran.

PENGERTIAN WANITA (NISA') MENURUT AL-QURAN

Pengertian Nisa' Daripada Segi Etimologi, Terminologi dan


Epistemologi.

Secara etimologi perkataan nisa' (wanita) berasal daripada bahasa


Arab yang berakar kata daripada huruf nun, sin dan ya' (nasiya)
yang bererti lupa sesuatu atau meninggalkan; peluh dicelah paha
atau susu yang mencampuri air (Ibnu Faris, 1979). Pengertian
"lupa sesuatu atau meninggalkan sesuatu" dikaitkan dengan jika
tidak diberi peringatan maka wanita menjadi lupa atau
meninggalkan tanggungjawabnya. Pengertian "peluh dicelah paha"
dikaitkan dengan wanita sebagai tempat memenuhi hawa nafsu
kaum lelaki. Manakala pengertian "susu yang mencampuri air"
dikaitkan dengan wanita sebagai sumber kebahagiaan dan
kenikmatan laksana susu yang mencampuri air enak diminum lagi
mengandungi zat yang menyihatkan badan. Dengan itu, pengertian
wanita daripada segi etimologi menunjukkan wanita itu apabila
diingatkan akan hak dan peranannya, ia berpotensi untuk menjadi
4 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

sumber kesukaan, kenikmatan, kebahagiaan dan keturunan dalam


kehidupan manusia Maka, wanita amat diperlukan dalam mencapai
kenikmatan, kemajuan dan tamadun manusia. Perkataan insan atau
manusia juga mempunyai akar kata yang sama nas'iya yang bererti
lupa. Oleh itu, manusia sama ada lelaki atau wanita tidak lepas
daripada sifat lupa terhadap hak dan peranannya di dunia ini (al-
Raghib, 1972; surah al-Kahfi, 18:57; surah Taha, 20:115; dan
surah al-Zumar, 39:8).
Perkataan nisa' dalam bahasa Inggeris disebut woman
manakala dalam bahasa Melayu disebut wanita. Dengan itu, secara
terminologinya perkataan nisa' bererti wanita yang sifatnya sering
lupa dan perlu peringatan terhadap hak dan peranannya, namun
apabila ia berhati-hati, berdedikasi dan komited akan
berkompetensi menjadi wanita yang menjadi sumber kebahagiaan
dan keturunan yang membawa kesejahteraan hidup.
Seterusnya pengertian wanita secara epistemologi al-Quran
diertikan, wanita yang secara fitrahnya mempunyai hak dan
peranan yang penting daripada segi politik, ekonomi, pendidikan
dan fungsi sosial di dunia ini, sebagai hamba Allah dan khalifah-
Nya (surah al-Zumar, 39:8; surah al-Zariyat, 51:56; dan surah al-
An'am, 6:165).

Pengertian Nisa' Dalam al-Quran

Perkatan nisa' atau wanita yang disebut dalam al-Quran sebanyak


59 kali, dapat dibahagikan kepada sembilan pengertian seperti
berikut:

1) Perkataan al-Nisa'
Perkataan al-nisa' (wanita) bentuk tunggal ism ma'rifah (kata
nama bentuk khusus) disebut sebanyak 39 kali dalam berbagai
surah, menjelaskan tentang hak dan peranan wanita berwatak
khusus seperti anak, isteri atau ibu, daripada segi fungsi sosial,
politik, ekonomi dan pendidikan. Contohnya, dijelaskan hak dan
peranan wanita sebagai isteri melahirkan dan mendidik anak yang
Hak dan Peranan Wanita dalam Al-Quran 5

ramai, menghalang disetubuhi oleh suami waktu dalam haid (surah


al-Nisa', 4:34,1; dan surah al-Baqarah, 2:222); menutup aurat,
mengurus pertunangan, perkahwinan, dan perceraian, menjaga
keamanan dan keselamatan wanita beriman, menjaga diri daripada
menghina wanita lain (surah al-Ahzab, 33:59; surah Yusuf,
12:235; surah al-Nisa', 4:3, 22; surah al-Baqarah, 2:221, surah al-
Fath, 48:25; dan surah al-Hujurat, 48:11).
Selain itu, ayat-ayat yang mengandungi perkataan al-Nisa'
juga menjelaskan hak dan peranan wanita daripada segi ekonomi
iaitu mendapat bahagian harta peninggalan kedua ibu-bapanya;
memperolehi hak atas harta yang diusahakan dan tidak
mengabaikan hak harta pusakanya; membantu wanita yang
memerlukan bantuan dan wanita yang menjadi anak yatim (surah
al-Nisa', 4:7, 11, 32, 19, 98, 127).
Seterusnya, ayat-ayat yang mengandungi perkataan nisa'
juga menjelaskan hak dan peranan wanita daripada segi
pendidikan. Allah memberikan keistimewaan kepada wanita
mempunyai kelebihan-kelebihan sebagai pendidik seperti firman-
Nya yang bermaksud, Allah memilih Maryam mempunyai
kelebihan di kalangan wanita di dunia (surah Ali Imran, 3:42). Al-
Quran juga menonjolkan bahawa Allah mengajar Maryam ilmu
menulis dan hukum-hakam aturan agama agar Maryam dapat
memberi didikan yang baik kepada anaknya (Nabi Isa a.s) yang
bakal dilantik menjadi Rasul Allah di kalangan Bani Israil (surah
Ali 'Imran, 3:48,49). Ini menunjukkan bahawa wanita mempunyai
sifat-sifat kewanitaan yang amat sesuai untuk mendidik anak
berperibadi mulia yang beriman dan bertakwa kepada Allah. Al-
Quran juga menyebut bahawa Allah memerintah kepada isteri-
isteri Nabi agar menjadi wanita bertakwa kepada Allah SWT.,
(surah al-Ahzab, 33:32), menyuruh mereka membaca al-Quran dan
mempelajari hikmah atau falsafah untuk menambahkan ilmu
pengetahuan (surah al-Ahzab, 33:34). Dengan itu, wanita yang
ingin menjadi pendidik yang baik perlu beriman dan bertakwa
kepada Allah, tahu membaca al-Quran dan memahami serta
mengamalkan ajaran-ajaran Islam di samping sentiasa berusaha
menambahkan ilmu pengetahuannya.
6 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

Umumnya, kebanyakan daripada ayat-ayat mengandungi


perkataan nisa' secara khusus menyentuh hak dan peranan wanita
tentang persoalan fungsi sosial di samping menyentuh persoalan
ekonomi, politik dan pendidikan.

2) Perkataan Nisa'akum
Perkataan nisa'akum (wanita kamu) berbentuk plural ism damir
(kata ganti nama) yang disertakan dengan kata kum (kamu) disebut
sebanyak 4 kali dalam al-Quran.
Ayat-ayat yang mengandungi perkataan ini dapat dikaitkan
dengan hak dan peranan wanita daripada segi politik. Ayat-ayat itu
menerangkan tentang kisah Firaun yang tidak membunuh anak-
anak perempuan, sebaliknya membunuh anak lelaki kerana
dikhuatiri mereka akan menentang dan merampas kuasa
pemerintahannya (surah al-Baqarah, 2:49; surah Ali Imran, 3:61;
surah al-'Araf, 7:141; dan surah Ibrahim, 14:6.). Kisah ini
memberi pengajaran bahawa kestabilan pemerintahan digugat oleh
perebutan kuasa yang biasanya berlaku di kalangan kaum lelaki.
Kaum wanita dilihat sebagai tidak menjadi faktor politik yang
agresif dalam menggugat kekuasaan pemerintah Firaun.
Sebaliknya al-Quran juga mengambarkan wanita mempunyai hak
dan peranan dalam bidang politik dengan menerangkan bahawa
apa yang dilakukan oleh manusia (termasuk wanita) itu hendaklah
dimusyawarahkan (surah al-Syura,42:38). Dengan itu, dalam
politik demokrasi, wanita mempunyai hak menentukan kuasa
pemerintahan dengan memainkan peranannya dalam pilihanraya.

3) Perkataan Nisa'ukum
Perkataan nisa'ukum berbentuk plural ism damir (kata ganti nama)
yang disertakan dengan kata kum (kamu) disebut sekali dalam al-
Quran. Ayat yang mengandung perkataan ini menjelaskan hak dan
peranan wanita daripada segi fungsi sosial bahawa isteri sebagai
tempat memuaskan nafsu syahwat suaminya (surah al-Baqarah,
2:223). Ini menunjukkan bahawa wanita mempunyai hak dan
peranan yang penting dalam mewujudkan kerukunan rumah tangga
melalui hubungan suami isteri. Ketidakpuasan hubungan suami
Hak dan Peranan Wanita dalam Al-Quran 7

isteri boleh menjadi penyebab berlakunya keruntuhan rumah


tangga. Dengan itu, isteri mempunyai hak mendapat nafkah batin
daripada suaminya dan mempunyai peranan pula melayani
suaminya dalam hubungan suami isteri untuk mewujudkan
kesejahteraan rumahtangga bahagia seperti kata-kata yang
menyebut rumahku syurgaku.

4) Perkataan Nisa'ikum
Perkataan nisa'ikum (wanita kamu) berbentuk plural ism damir
(kata ganti nama) yang disertakan kata kum (kamu) disebut
sebanyak 5 kali dalam al-Quran. Ayat yang mengandungi
perkataan ini juga mempunyai hak dan peranan daripada segi
fungsi sosial dalam kekeluargaan Islam iaitu isteri berhak
mendapatkan nafkah batin dan seterusnya pula berperanan
melayani suaminya dalam hubungan suami isteri pada malam
bulan Ramadan (surah al-Baqarah, 2:187). Ayat al-Quran yang lain
pula menerangkan bahawa pertuduhan ke atas isteri yang
melakukan zina, hendaklah dibuktikan dengan empat orang saksi
yang melihat perbuatan tersebut, dan suami hendaklah menjaga
isterinya untuk menghindarkan berlakunya perbuatan zina (surah
al-Nisa', 4:15). Al-Quran juga menjelaskan bahawa suami tidak
boleh berkahwin dengan ibu isteri, anak tiri isteri dan wanita yang
belum cukup 'iddah (surah al-Nisa' 4:23; surah al-Talaq, 65:4).
Perintah Allah ini adalah untuk memelihara hak wanita sebagai
isteri yang solehah untuk mewujudkan suasana persekitaran hidup
yang sihat untuk mereka melaksanakan peranan bagi melahirkan
kesejahteraan keluarga dan masyarakat.

5) Perkataan Nisa'ana
Perkataan nisa'ana (wanita kami) berbentuk plural dengan ism
damir (kata ganti nama) na (kami) disebut sekali dalam al-Quran.
Ayat yang mengandungi perkataan tersebut dapat dikaitkan dengan
hak dan peranan wanita dalam bidang politik di mana maksud ayat
menunjukkan wanita hendaklah turut menentang orang yang
berbohong dengan kebenaran agama Allah (surah Ali 'Imran,
3:61). Dengan itu, wanita juga mempunyai hak untuk tidak
8 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

dianiayai di bawah kekuasaan ketua-ketua yang tidak


melaksanakan hukum Allah yang dengan itu memainkan peranan
bersama-sama dengan kaum lelaki bersepakat menentang segala
kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat dan negara untuk
menegak kebenaran ajaran Islam dan membentuk masyarakat
hadhari yang diredai Allah SWT.

6) Perkataan Nisa'ahum
Perkataan nisa'ahum (wanita mereka) berbentuk plural dengan ism
damir (kata ganti nama) hum (mereka) disebut sebanyak 3 kali
dalam al-Quran. Ayat-ayat yang mengandungi perkataan ini
menunjukkan bahawa Firaun tidak membunuh anak perempuan
tetapi ia membunuh anak lelaki kerana takut meruntuhkan
kerajaannya (surah al-A'raf, 7:127; surah al-Qasas, 28:4; dan surah
Ghafir, 40:25). Ini menunjukkan bahawa wanita dianggap pasif
dalam berperanan dalam menggugat kekuasaan politik. Namun
peranan ini dapat berubah menjadi aktif dengan perubahan zaman
di mana Islam mengangkat kedudukan wanita.

7) Perkataan Nisa'ihim
Perkataan nisa'ihim disebut sebanyak 3 kali yang mempunyai kata
ganti nama (i'sm damir) him (mereka). Maksud ayat yang
mengandungi perkataan ini menjelaskan tentang suami yang
menziharkan isterinya (mengatakan isterinya umpama belakang
ibunya), dengan bersumpah tidak mencampuri isterinya selama
empat bulan tetapi kembali mencampuri isteri setelah tempoh
tersebut tamat. Namun Allah bersedia memberi keampunan
kepadanya sekiranya dia bertaubat dengan memerdekakan seorang
hamba sebelum mencampuri isterinya kembali (surah al-Baqarah,
2:226; dan surah al-Mujadalah, 58:2). Perbuatan menziharkan
isteri adalah suatu kesalahan kerana isteri tidak boleh disamakan
dengan ibu. Dengan itu, menjadi hak isteri tidak diziharkan oleh
suami kerana ianya menghalang tanggungjawab suami memberi
nafkah batin dan memberi tekanan jiwa kepada isteri. Peranan
isteri pula berusaha menyedarkan suami terhadap kesalahan ini
dengan bertaubat kepada Allah. Hukuman Allah adalah untuk
Hak dan Peranan Wanita dalam Al-Quran 9

memberi pengajaran supaya suami tidak mengulangi kesalahan


tersebut (surah al-Mujadalah, 58:3). Ajaran al-Quran ini memberi
jaminan hak wanita untuk dilayani suami sewajarnya dan
melaksanakan peranannya sebagai isteri yang solehah.

8) Perkataan Nisa'ihinna
Perkataan nisa'ihinna (wanita-wanita) berbentuk plural dengan
kata ganti nama (ism damir) hinna (wanita-wanita Islam) disebut
sekali dalam al-Quran. Ayat yang mengandungi perkataan ini
menerangkan, sesama wanita Islam boleh membuka auratnya
(surah al-Nur, 24:31). Ajaran Islam membolehkan wanita Islam
membuka auratnya (had yang dibolehkan) melainkan ianya
menimbulkan perkara-perkara negatif seperti masalah lesbian.
Dengan itu, di hadapan wanita yang bukan Islam, wanita Islam
wajib menutup auratnya. Wanita Islam mempunyai hak supaya
dirinya dihormati dengan memelihara auratnya dan dengan itu
mempunyai peranan menutup aurat daripada dilihat oleh orang-
orang yang haram melihatnya supaya kehormatannya sebagai
wanita Islam terpelihara.

9) Perkataan Niswatun
Perkataan niswatun (wanita-wanita) berbentuk plural ism nakirah
(kata nama yang khusus) disebut sekali dalam al-Quran. Ayat
mengandungi perkataan ini mengisahkan bagaimana wanita-wanita
Mesir mencaci Zulaikha yang menggoda Nabi Yusuf a.s. Godaan
Zulaikha tidak dipedulikan oleh Nabi Yusuf a.s. kerana takutnya
kepada Allah SWT. Lantaran terlalu cinta Zulaikha kepada Nabi
Yusuf a.s., maka akhirnya Allah menjodohkan juga Zulaikha
dengan Nabi Yusuf setelah suami Zulaikha menceraikannya (Surah
Yusuf, 12:30, 51, 54, 55; Ibnu Atsir, 1979). Al-Quran
memperingatkan wanita supaya menjaga maruahnya daripada
melakukan perkara-perkara maksiat.
10 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

HAK DAN PERANAN WANITA DALAM POLITIK

Wanita mempunyai hak dan peranannya dalam politik negara


kerana tanpa wanita tidak akan wujud suatu masyarakat dan
negara. Perkataan politik berasal daripada perkataan Yunan
politica yang bererti kota atau bandar. Sebuah kota atau bandar itu
tidak akan lahir tanpa ada penduduk atau rakyat yang berkembang
biak daripada hubungan lelaki dan wanita. Al-Quran menerangkan,
Allah menjadikan manusia itu berbangsa-bangsa dan berkabilah-
kabilah supaya mereka saling berkenalan antara satu sama lain.
Namun al-Quran juga menegaskan orang yang paling mulia di sisi
Allah ialah orang yang bertakwa (surah al-Hujurat, 49:13).
Orang yang bertakwa, lelaki atau wanita mempunyai hak
dan peranan dalam politik negara. Hawa dan Nabi Adam a.s.
mempunyai hak dan peranan yang sama sebagai khalifah Allah.
Hasil perkahwinan mereka berdua, Allah telah mengurniakan 20
anak lelaki dan 20 anak perempuan yang berkahwin di kalangan
mereka sehingga berkembang biak menjadi berbagai bangsa dan
kabilah tersebar di seluruh dunia (Ibnu Atsir, 1979).
Pada zaman Nabi Adam itu kota Mekah menjadi pusat
pentadbiran pertama di dunia, membangun kemajuan dan tamadun
rabbani. Kemudian wujud pula kota-kota lain di seluruh dunia
(Ibnu Atsir, 1979). Ini menunjukkan, wanita mempunyai hak dan
peranan untuk membangun negara daripada segi mengembangkan
penduduk sebagai warganegara yang baik dalam organisasi potitik
sesebuah pemerintahan. Al-Quran tidak menyebut dengan
eksplisitnya, wanita tidak boleh memegang sebarang jawatan
dalam pentadbiran negara. Oleh itu, kaum wanita yang
berkompetensi daripada segi rohani dan jasmani boleh menjawat
jawatan penting dalam politik dan pentadbiran negara.
Allah menentukan wanita mempunyai hak dan peranan
yang sama dengan lelaki sebagai khalifahNya di dunia (surah al-
Zariyat, 51:65 dan surah al-An'am, 6:165). Secara khusus al-Quran
tidak melarang wanita untuk dilantik sebarang jawatan dalam
potitik dan pentadbiran negara sekiranya tugas dan
tanggungjawabnya sebagai isteri dapat dipenuhi dengan baik.
Hak dan Peranan Wanita dalam Al-Quran 11

Namun al-Quran menegaskan suami tetap menjadi pemimpin


kepada isteri kerana mempunyai tanggungjawab memberi nafkah
kepada keluarganya. Maka itu, menjadi pemimpin politik dan
pentadbiran negara diberikan keutamaan kepada kaum lelaki.
Sebaliknya. Allah juga memuji wanita solehah iaitu mereka yang
sentiasa taat kepada perintah Allah dan suaminya, memelihara
kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya ketika
ketiadaan suaminya mengikut ketentuan hukum Allah SWT.
seperti yang dijelaskan dalam surah-Nisa' 4:34 yang bermaksud,
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang
bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah
telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa
keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-
orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian
daripada harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang solehah
itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) dan yang
memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib
dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan
Allah dan pertolongan-Nya.
Pada zaman sekarang wanita mempunyai pencapaian
pendidikan dan status kedudukan ekonomi yang tinggi. Oleh itu,
wanita yang berkemampuan diberi keutamaan dalam memegang
jawatan dalam politik dan pentadbiran negara. Namun isteri yang
solehah itu bukan sahaja baik dengan urusan rumah tangga tetapi
juga balk dalam urusan pentadbiran negara untuk melaksanakan
perintah Allah. Walau bagaimanapun lelaki diberi keutamaan
menjadi pemimpin politik selagi dia berkemampuan mentadbir
dan mengurus urusan negara dengan baik. Al-Quran meletakkan
kedudukan wanita dalam politik sama-sama mempunyai hak dan
peranannya untuk menegakkan hukum Allah dan Rasul-Nya
seperti firman-Nya dalam surah al-Ahzab, 33:35 yang bermaksud,
Dan orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak dan
orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak,
Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan
pahala yang besar.
12 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

Dalam ayat ini, Allah menyebut lelaki dan wanita secara


beriringan pada mengingati Allah, menunjukkan bahawa kaum
wanita dan kaum lelaki mempunyai tanggungjawab yang sama
sebagai hamba dan khalifah Allah dalam menegakkan hukum-Nya.
Lelaki disebut terdahulu kerana selain daripada dijadikan lebih
dulu, ia juga dijadikan sebagai pemimpin dalam keluarga
berdasarkan keupayaan fizikal dan spiritual. Namun, wanita
menjadi penyokong kepada lelaki dalam urusan-urusan sosial,
pendidikan, ekonomi dan politik, malah wanita perlu memimpin
jika kaum lelaki lemah dan kurang berkemampuan dalam agama
yang berlaku di sesebuah negara (surah Ali lmran, 3:61).
Hak dan peranan wanita dalam bidang politik dapat
dibahaskan bersandarkan kepada peringatan Allah bahawa
manusia itu adalah khalifah Allah di dunia dengan mentadbir dan
mengurus hal-hal di dunia mengikut hukum-hakam Allah di
samping mencegah dan menjauhkan segala larangan-Nya (surah
al-Hajj, 22:41). Al-Quran tidak memisahkan ajaran agama dengan
politik. Dengan itu, setiap orang Islam lelaki dan wanita, sama-
sama mempunyai hak dan peranan dalam melaksanakan sistem
pemerintahan negara Islam yang bertujuan melaksanakan hukum
yang adil (Surah Sad, 38:26).
Khalifah bermaksud penguasa atau pemimpin yang
mengatur pengurusan dan pertadbiran mengikut perintah Allah dan
menjauhi larangan-Nya baik secara individu, masyarakat dan
negara. Sejauh mana hak dan peranan wanita sebagai khalifah
Allah dapat dilaksanakan dengan baik, dilihat sejauh mana wanita
itu dapat mengatur urusan keluarga, masyarakat dan negara
mengikut apa yang ditetapan oleh Allah (surah al-An'am, 3:165).
Khalifah Allah yang mempunyai kedudukan paling tinggi ialah
para nabi dan rasul yang mempunyai tanggungjawab
menyampaikan risalah Allah di dunia (surah al-Baqarah, 2:30 dan
surah Sad, 38:26).
Seterusnya, manusia (wanita) sebagai khalifah Allah yang
mendapat kedudukan tinggi di sisi Allah adalah orang-orang
beriman dan bertakwa menyambung risalah yang disampaikan oleh
para nabi dan rasul ini. Mereka berperanan menyampaikan risalah
Hak dan Peranan Wanita dalam Al-Quran 13

Allah mengikut kedudukan masing-masing (surah al-An'am,


3:165). Kedudukan wanita sebagai anak, ibu, isteri, jiran, ahli
masyarakat, jawatan yang disandangnya dalam organisasi tempat
kerja, persatuan sosial, ekonomi dan politik merupakan ujian Allah
(surah al-An'am, 6:116). Dalam keadaan tiada lelaki yang lebih
berkelayakan memimpin, wanita yang berkemampuan dalam
pengurusan dan pertadbiran perlu berperanan dalam urusan-urusan
mentadbir negara bagi menjaga lima perkara iaitu politik
membicarakan soal negara (state), kekuasaan (power), mengambil
keputusan (decision making), membuat dasar (policy making),
pembahagian, (distribution) dan peruntukan (allocation) (Ahmad
Murtadha, 1998). Dengan itu, khalifah Allah yang mendapat
kedudukan tinggi di sisi Allah mereka yang beriman dan beramal
soleh, menyembah Allah, tidak menyekutukan-Nya dan menegak
hukum dengan adil dan tidak mengikut hawa nafsu (Surah al-Nur,
24:55; al-Nisa', 4:58).

HAK DAN PERANAN WANITA DALAM EKONOMI

Wanita juga mempunyai hak dan peranan yang penting dalam


ekonomi dirinya, keluarga, masyarakat dan negara. Secara
etimologi, kata ekonomi berasal dari kata Yunani, oikos dan nimos
yang mempunyai maksud peraturan mengurus rumah tangga.
Dengan itu, secara terminologinya, ekonomi adalah suatu disiplin
ilmu berkaitan cara manusia membuat pilihan penggunaan sumber
produksi yang terhad untuk menghasilkan berbagai macam
barangan dan perkhidmatan dan mendistribusikannya kepada
anggota masyarakat untuk konsumsi. Oleh itu, wanita juga
mempunyai hak dan peranan untuk membangun ekonomi dirinya,
keluarga, masyarakat dan negara. Wanita perlu memenuhi
keperluan primer (dharuriyyat) untuk kelangsungan hidup seperti
makanan, minuman, perumahan, perubatan dan pendidikan.
Wanita juga perlu memenuhi keperluan sekunder (hajiyyat) untuk
menikmati kesejahteraan hidup seperti makanan yang lazat dan
berzat, dan pakaian, rumah dan kenderaan yang bermutu.
14 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

Manakala keperluan tertier (tahsiniyat) juga boleh dipenuhi oleh


wanita untuk kemewahan hidup dan menunjang martabat dalam
masyarakat seperti makanan yang beraneka jenis, pakaian
berfesyen moden, rumah mewah, kenderaan mewah dan perhiasan
mewah (Muhammad Quraish Shihab: 1996).
Wanita boleh memiliki dan mengurus harta untuk dinikmati
dan dimanfaatkan untuk dirinya. Kepentingan ekonomi wanita ini
dijaga dalam Islam dengan memberi tanggung jawab kepada suami
untuk menjaga dan mengawas dengan baik harta isteri di samping
tidak dibenarkan suami mengambil harta isteri tanpa izinnya
terlebih dahulu. Sebaliknya isteri berhak mengambil sebahagian
harta suaminya sebagai memenuhi nafkahnya namun untuk
menjaga kasih sayang dan ketenteraman rumah tangga isteri
sebaiknya terlebih dahulu meminta izin suaminya.
Al-Quran memberi jaminan bahawa wanita berhak
memiliki sesuatu dengan usahanya kerana harta itu hak milik Allah
secara mutlak (surah al-Nur, 24:33). Wanita juga mempunyai hak
dan tanggungjawab untuk membelanjakan hartanya pada jalan
Allah (surah al-Taubah, 9:24; surah al-Baqarah, 2:261). Al-Quran
menjelaskan, wanita juga berhak memperoleh harta pusaka dengan
mendapat bahagian yang ditentukan bagi menjamin ekonominya
(surah an-Nisa' 4: 11) dan berkecimpung dalam berbagai bidang
kerjaya yang dibenarkan Islam menjana ekonominya. Walau
bagaimanapun, wanita perlu mendapatkan keizinan suaminya
untuk bekerja selain daripada urusan rumah tangga. Pendapatan
daripada aktiviti ekonomi adalah hak isteri dan suami tidak ada
hak memaksa isteri membantu suami dalam menyediakan
keperluan ekonomi rumah tangga yang menjadi tanggung
jawabnya. Namun isteri, demi kesejahteraan hidup berumah tangga
perlu membuat kebajikan dengan membantu suami dengan harta
kepunyaannya. Namun tanggungjawab nafkah perbelanjaan rumah
tangga itu masih atas suaminya.
Al-Quran menjelaskan bahawa harta dapat dikumpulkan
melalui sumber-sumber alam yang diterokai seperti pertanian
(surah 'Abasa, 80:24-32); penternakan (surah al-An'am, 6:142);
perdagangan (surah al-Jumu'ah,62:10-11). Di samping itu, al-
Hak dan Peranan Wanita dalam Al-Quran 15

Quran juga menjelaskan, harta itu juga boleh diperolehi daripada


pemberian-pemberian yang berhak diterima seperti pemberian
hadiah, hibah, sedekah (surah al-Tawbah,9:103); dan zakat (surah
al-Baqarah,2:177). Kepakaran dalam pelbagai bidang ilmu
pengetahuan dan kemahiran dalam ilmu-ilmu teknik menyebabkan
wanita lebih layak mengerjakan berbagai kerja dalam pelbagai
sektor ekonomi daripada kaum lelaki. Dengan itu, hak dan peranan
wanita kini menjadi begitu penting dalam membangunkan
ekonomi negara. Untuk menjaga martabat wanita yang beriman
dan solehah supaya tidak menjadi sombong dan bongkak dengan
kedudukan ekonomi yang lebih kuat daripada lelaki. Al-Quran
memperingatkan manusia sentiasa menyucikan dirinya daripada
dosa dengan membelanjakan hartanya ke jalan Allah (surah al-
Lail, 92:18).

HAK DAN PERANAN WANITA DALAM PENDIDIKAN

Ajaran al-Quran menuntut wanita untuk belajar dan menambah


ilmu pengetahuan seperti yang terdapat dalam peringatan Allah
kepada isteri-isteri nabi, agar membaca al-Quran yang penuh
hikmah. Allah berfirman dalam surah al-Ahzab 33:34 yang
bermaksud, Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu
daripada ayat-ayat Allah dan hikmah (sunnah Nabimu).
Sesungguhnya Allah adalah maha lembut lagi maha mengetahui."
Hikmah yang disebut pada ayat ini dapat ditafsirkan
sebagai falsafah ilmu bersumber al-Quran dan al-Hadis perlu
dihayati dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan. Wanita
memainkan peranan yang sama pentingnya dengan kaum lelaki
dalam menuntut ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah dan membina
tamadun dengan kepakaran ilmu yang dikuasai. Namun
bersesuaian dengan sifat kewanitaannya, wanita seharusnya
bijaksana dalam memilih bidang ilmu yang ingin dikuasai
terutamanya yang berkaitan dengan pendidikan dan tugas-
tugasnya sebagai wanita. Al-Quran telah memperlihatkan,
16 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

kedudukan wanita telah mencapai darjat yang lebih tinggi dengan


pencapaian ilmu dalam falsafah sains al-Quran.
Falsafah sains al-Quran perlu diungkapkan dan dihayati
dalam bidang-bidang ilmu sains dan teknologi kerana al-Quran,
kitab Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
mengandungi 77,439 kata dan 323,015 huruf; merupakan mukjizat
terbesar yang mempunyai rahsia ilmu pengetahuan (Muhammad
Quraish Shihab, 1996). Falsafah sains al-Quran mempunyai
kesepaduan antara tiga kategori utama ilmu iaitu ilmu keTuhanan
(divine science), ilmu sosial (social science) dan ilmu natural
(natural science). Ilmu keTuhanan menjadi landasan kebebasan
berfikir untuk perkembangan ilmu sosial dan ilmu natural untuk
memastikan manusia mentaati peraturan-peraturan yang
ditentukan oleh Allah SWT. untuk melahirkan insan yang
beriman, bertakwa dan bermasyarakat hadhari.

HAK DAN PERANAN WANITA DALAM FUNGSI SOSIAL

Daripada sekian banyak ayat al-Quran tentang wanita terdapat


kebanyakannya berkaitan dengan menjelaskan hak dan peranan
wanita daripada segi fungsi sosial iaitu dalam melaksanakan
tanggungjawab sebagai isteri, menjaga anak, menutup aurat, dan
memberi kebajikan kepada masyarakat demi untuk mewujudkan
keadilan sosial. Misalnya al-Quran menyatakan Allah mengutus
seorang nabi itu mempunyai isteri dan keturunan (surah al-Furqan,
25:54); Allah menjadikan isteri itu agar merasa aman dan timbul
kasih sayang maka berkahwinlah sekiranya mampu (surah al-Rum,
30:21). Tujuan perkahwinan itu untuk mendapat anak yang ramai
dan suami isteri hendaklah berdoa semoga Allah
menganugerahkan keturunan yang baik sebagai penawar hati
(surah al-Anfal, 8:28); Tempoh penyusuan anak yang paling baik
adalah dua tahun (surah al-Baqarah, 2:233).
Wanita juga mempunyai hak dan peranan membantu
golongan fakir (surah al-Taubah, 9:60), miskin (surah al-Zariyat,
51:19), dan anak yatim (surah al-Fajr, 89:17). Selain itu, wanita
Hak dan Peranan Wanita dalam Al-Quran 17

berperanan untuk berbuat baik dengan jiran (surah al-Nisa', 4:36),


teman (surah al-Nisa', 4:36), orang musafir (surah al-Rum, 30:38),
hamba dan memberi kebajikan pada jalan Allah (surah al-Taubah,
9:60). Ini menunjukkan, wanita mempunyai hak dan peranan
dalam fungsi sosial sebagai isteri yang solehah, memberi
pertolongan kepada golongan fakir, miskin, anak yatim, menjaga
jiran, sahabat, golongan yang memerlukan bantuan dan membantu
mengerjakan perkara kebajikan masyarakat dan negara.

KESIMPULAN

Al-Quran menjelaskan wanita itu mempunyai hak dan peranan


sama dengan kaum lelaki sebagai khalifah Allah untuk
menegakkan hukum Allah dan melarang kemungkaran. Hak dan
peranan wanita yang diutamakan adalah hak dan peranannya
dalam keluarga terlebih dahulu iaitu sebagai anak, isteri dan ibu.
Namun dengan kebenaran ibu-bapa atau suami, atau keadaan di
mana lelaki tidak atau kurang berkelayakan serta bersesuaian pula
dan watak dan peribadi kewanitaan, wanita pula mempunyai hak
dan peranan di luar keluarganya seperti dalam bidang
sosial,ekonomi dan politik untuk menjana kebahagiaan di dunia
dan akhirat.

RUJUKAN

Al-Quran
Abd al-Baqi, Muhammad Fu'ad (t.t.). al-Mu 'jam al-Mufahras li
Alfaz al-Quran al-Karim. Kaherah: Dar wa Matabi' al-
Sya'b.
Al-Farmawiy, Abd al-Hayy (1977). Al-Bidayah fi al-Tafsir al-
Maudu': Misr: Matba'ah al-Hadarah al-Garbiyyah.
Ibnu al-Atsir (1979). al-Kamil fi al- Tarikh. Beirut: Dar al-Sadr.
Ibnu Faris, Abi Husain Ahmad (1979). Mu'jam al-Lughah. Beirut:
Dar al-Fikr.
18 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

Muhammad Quraish Shihab (1996). Wawasan al-Quran Tafsir


Maudu'i atas Pelbagai Persoalan Umat. Bandung: Penerbit
Mizan.
Al-Raghib, Asfahaniy (1972). Mu 'jam Mufradat Alfaz al-Quran.
Beirut: Dar al-Fikr.
Yahaya Jusoh (2003). Penganfar Falsafah Sains al-Quran. Skudai:
PPIPS, UTM.
Yahaya Jusoh (2004). Konsep al-Quran Mengenai Harta, Sains
dan Pemikiran. Skudai: PPIPS, UTM
Kedudukan Wanita dalam Undang-Undang Keluarga Islam 19

2
KEDUDUKAN WANITA DALAM
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM:
KAJIAN TENTANG HADANAH

Nurazmallail Marni
Mohd Zohdi Mohd Amin
Norzulaili Mohd Ghazali
Ruzana Abu Nasir

PENGENALAN

Hubungan antara wanita dan keluarga adalah ibarat aur dengan


tebing. Begitu juga dengan anak yang merupakan harta paling
bernilai dan penyambung zuriat dalam kehidupan manusia. Al-
Quran menyatakan bahawa wanita dan anak-pinak merupakan
perhiasan hidup dan kesukaan manusia (Salih, 1996). Firman Allah
S.W.T.:
Maksudnya: Dihiaskan (dan dijadikan indah)
kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda
yang diingini nafsu. Iaitu perempuan-perempuan
dan anak-pinak; harta benda yang banyak
bertimbun-timbun, daripada emas dan perak; kuda
peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-
binatang ternak serta kebun-kebun tanaman.
semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan
(ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang
sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
(Surah Ali Imran 3:14)
20 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

Apabila dinyatakan wanita dan anak-anak adalah antara


kesukaan hidup di dunia, maka ia hendaklah dipelihara dengan
sebaik-baiknya. Anak-anak yang membesar dengan penjagaan dan
asuhan yang sempurna dapat menjamin kebahagiaan hidup di
dunia dan di akhirat. Oleh itu, istilah penjagaan anak dan keluasan
maksudnya perlu difahami sebelum perbincangan tentang hak
penjagaan tersebut dihuraikan.

DEFINISI HADANAH

Perbincangan tentang definisi hadanah dilihat daripada aspek


bahasa, hukum Syarak dan peruntukan Enakmen Undang-undang
Keluarga Islam.

Hadanah Daripada Aspek Bahasa

Daripada segi bahasa, al-hadanah atau al-hidanah ()


diambil daripada perkataan al-hidn ( )yang bermaksud, apa
yang terletak antara ketiak dan perut. Ia juga diertikan sebagai al-
janb ( )iaitu lambung kiri atau lambung kanan (Ibnu Manzur,
t.th., 13/122-123; Anis, t.th., 1/182). Dalam konteks penjagaan
anak, perkataan hadanah digunakan bagi maksud tarbiyah
(pendidikan) dan juga riayah (pengawasan) (Salih, 1994).

Hadanah Menurut Syarak

Menurut syarak, hadanah menpunyai pelbagai pengertian. Mazhab


Hanafi memberikan definisi hadanah sebagai mendidik anak bagi
sesiapa yang mempunyai hak penjagaan ke atasnya (Ibn Abidin,
1386H: 3/555; Musa, 1958:402.). Mazhab Maliki pula
mentakrifkan hadanah sebagai menjaga kanak-kanak serta
menanggung segala keperluan hidup dan kemaslahatannya
termasuk memberi makan, pakaian, tempat tinggal dan membiayai
Kedudukan Wanita dalam Undang-Undang Keluarga Islam 21

pelajarannya sehingga boleh mendatangkan kebaikan kepadanya


(al-Dusuqi, t.th.: 2/526).
Mazhab Shafii pula mendefinisikan hadanah sebagai
memelihara orang yang lemah dan tidak berdaya mengurus diri
sendiri seperti kanak-kanak, orang tua, orang yang bodoh ataupun
gila dengan memenuhi segala keperluan hidup yang mendatangkan
kebaikan kepada mereka (al-Khatib, 1994: 2/385). Menurut
mazhab Hanbali, hadanah ialah menjaga dan memelihara kanak-
kanak daripada sebarang mara bahaya memenuhi segala keperluan
hidupnya dan menjauhkannya daripada sebarang perkara yang
boleh memudaratkannya (Ibn Qudamah, 1992: 11/312).
Yusuf Qasim (1992: 401) pula mendefinisikan hadanah
sebagai mengambil berat tentang kanak-kanak dengan menjaga
serta menguruskan segala keperluan hidupnya termasuk makanan
dan kebersihannya pada peringkat awal kehidupannya.
'Abd al-Rahman al-Sabuni (1983: 196) menjelaskan, apa
yang dikehendaki dengan hadanah ialah mendidik kanak-kanak
dan mengambil berat terhadap seluruh keperluan hidupnya dengan
tujuan untuk memelihara kemaslahatan dirinya bagi orang yang
berhak atas penjagaannya.
Berdasarkan pengertian tersebut, dapat dirumuskan,
definisi hadanah daripada segi istilah syarak ialah menjaga orang
yang tidak mampu mengurus diri sendiri seperti kanak-kanak,
orang tua, gila atau bodoh; dengan memenuhi segala keperluan
hidupnya, di samping mengelakkan diri mereka daripada sebarang
perkara yang boleh memudaratkannya. Namun dalam kajian ini,
perbincangan berkenaan hadanah akan dikhususkan kepada hak
untuk menjaga, mendidik dan mengasuh kanak-kanak yang belum
sampai umur mumaiyiz dengan penuh kasih sayang, memberinya
makan dan minum, membersihkan tubuh badan dan mengurus
pakaian termasuk tempat tidurnya.
22 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

Hadanah Menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam

Definisi penjagaan anak menurut peruntukan Enakmen Undang-


undang Keluarga Islam agak terperinci dan hampir sama di semua
negeri yang merangkumi perkara-perkara seperti berikut:
1) Menjaga kanak-kanak. Enakmen Undang-undang Keluarga
Islam Selangor, Seksyen 81(4) memperuntukkan: Jika ada
beberapa orang daripada keturunan dan peringkat yang sama,
kesemuanya sama berkelayakan dan bersetuju menjaga kanak-
kanak itu, penjagaan hendaklah diamanahkan kepada orang
yang mempunyai sifat-sifat paling mulia yang menunjukkan
perasaan paling kasih sayang kepada kanak-kanak itu, dan jika
kesemuanya sama mempunyai sifat-sifat kemuliaan maka yang
tertua antara mereka adalah berhak mendapat keutamaan.
2) Memelihara kebajikan kanak-kanak. Seksyen 86(2), Enakmen
yang sama menyatakan: Untuk memutuskan dalam jagaan
siapakah seseorang kanak-kanak patut diletakkan,
pertimbangan yang paling utama ialah kebajikan kanak-kanak
itu.
3) Memberikan kasih sayang yang mungkin diperlukan kanak-
kanak itu, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen
81(4) yang lalu.
4) Menyediakan tempat tinggal yang selamat di mana kanak-
kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk
daripada segi akhlak atau jasmani. Seksyen 82(e) Enakmen
yang sama menjelaskan: Ianya tinggal di tempat di mana
kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi akibat buruk
daripada segi akhlak dan jasmani.
5) Memberi pendidikan dan membiayai pelajaran kanak-kanak.
Seksyen 87(1) Enakmen yang sama menyatakan: Sesuatu
perintah jagaan boleh dibuat tertakluk kepada apa-apa syarat
yang difikirkan oleh Mahkamah patut dikenakan dan, tertakluk
kepada syarat-syarat jika ada, yang dipakai daripada semasa ke
semasa, perintah itu adalah menghakkan orang yang diberi
jagaan itu untuk memutuskan semua soal berhubung dengan
pendidikan dan pelajaran kanak-kanak itu.
Kedudukan Wanita dalam Undang-Undang Keluarga Islam 23

Meninjau definisi penjagaan anak mengikut Undang-


undang Sivil, Mimi Kamariah Majid (t.th.) menyatakan terdapat
perbezaan ruang lingkup makna kepada perkataan 'jagaan'
(custody) dan 'penjagaan' (guardianship).
'Jagaan' seperti yang dinyatakan dalam Kamus Undang-
undang (2001: 149) bermaksud, tubuh badan seseorang berada
bersama dengan seseorang yang lain. Ini bermakna, jika si ibu
mendapat hak jagaan maka si anak akan tinggal atau duduk
bersama ibunya Manakala 'penjagaan' (ibid, 251) pula bermaksud
hak bagi penjaga untuk menentukan didikan anak, nama, agama
dan perwalian. Lazimnya, seseorang yang mendapat jagaan anak
akan mempunyai penjagaan anak itu. Tetapi kadangkala,
walaupun si ibu mendapat jagaan, si bapa pula yang mempunyai
penjagaan.
Kesimpulannya, hak jagaan bermaksud memiliki kanak-
kanak secara fizikal sahaja tanpa mempunyai kuasa ke atas harta,
penentuan agama, pendidikan dan perkahwinan kanak-kanak.
Contohnya, dalam kes Nur Aishah Tey bt Abdullah @ Tey Siew
Choo lwn Too Eng Hua (1996, 6 CLJ 308), Nur Aishah sebagai
ibu telah diberi hak jagaan ketiga-tiga anaknya, manakala Too Eng
Hua sebagai bapa telah diberikan hak penjagaan dan mempunyai
hak menentukan pendidikan serta agama anak-anaknya.
Perkara lain yang berkaitan dengan penjagaan anak ialah
'akses' iaitu hak melawat dan melihat kanak-kanak. Contohnya,
walaupun ibu yang diberikan dan mempunyai kedua-dua hak
jagaan serta penjagaan, bapa boleh diberi akses atau hak melawat
dan melihat anak mereka (Mimi Kamariah Majid, t.th.). Dalam kes
Nur Aisyah Suk bt Abdullah @ Sukwinder Kaur a/p Sajhan lwn
Harjeet Singh (1999, 4 AMR 444), hak jagaan dan penjagaan
anak; Thanisha Kaur telah diberikan kepada ibu, Nur Aisyah Suk
memandangkan kebajikan dan kepentingan kanak-kanak itu lebih
terjamin jika tinggal bersama ibunya. Sementara bapa, Harjeet
Singh telah diberikan hak akses.
Namun, definisi penjagaan anak menurut peruntukan
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam tidak membezakan
24 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

antara hak jagaan dan penjagaan. Sebaliknya, penjaga yang


mendapat hak jagaan kanak-kanak merupakan penjaga ke atas diri
(fizikal) dan juga penjaga ke atas harta, penentuan agama dan
pendidikan, melainkan jika hak penjagaan dimiliki oleh ibu, maka
hak pewalian dalam kekuasaan bapa.
Definisi yang diperuntukkan dalam Enakmen Undang-
undang Keluarga Islam iaitu penjaga yang mendapat hak jagaan
akan mempunyai hak penjagaan kanak-kanak lebih dipersetujui.
Ini kerana daripada segi praktikalnya, penjaga ke atas diri kanak-
kanak sudah pasti memahami kemaslahatan kanak-kanak; sama
ada daripada aspek perangai dan tingkah lakunya, pendidikan yang
sesuai untuknya, kawalan terhadap harta dan lain-lain.
Kesimpulannya, penjagaan anak (hadanah) ialah hak untuk
menjaga kanak-kanak dengan memiliki hak penjagaan ke atasnya
serta memelihara kebajikannya termasuk memberikan kasih
sayang, menyediakan tempat tinggal, memberi pendidikan dan
membiayai pelajaran kanak-kanak itu.

KEDUDUKAN WANITA DALAM PEMILIKAN HADANAH

Syariat telah menetapkan melalui hadis Nabi Muhammad s.a.w.,


ibu lebih berhak atas penjagaan anaknya selagi belum berkahwin
lain. Pernyataan ini berkait rapat dengan persoalan pemilikan
hadanah yang mempengaruhi beberapa perkara seperti sama ada
ibu boleh dipaksa menjaga ataupun tidak dan gugur ataupun tidak
hak ibu atas hadanah jika dia enggan menjaga. Para fuqaha'
berselisih pendapat tentang siapakah sebenarnya yang memiliki
hadanah seperti perbincangan berikut:

Hadanah Adalah Hak (Milik) Penjaga (Hadinah)

Hujah golongan ini berdasarkan dalil caqli iaitu sekiranya hadanah


adalah milik hadinah, maka ia bermaksud hadinah mempunyai
kuasa sepenuhnya atas hadanah tersebut dan dia tidak boleh
Kedudukan Wanita dalam Undang-Undang Keluarga Islam 25

dipaksa sekiranya enggan. Ini juga bererti hadinah boleh menolak


untuk menjaga sama ada dengan upah atau tanpa upah dan
hadanah itu tidak akan gugur dengan penolakan hadinah terhadap
hadanah. Ini adalah pendapat mazhab Hanafi (al-Kasani, t.th.:
4/204), Maliki (al-Maghribi, 1984, 4/216; al-Khurashi, t.th.:
4/214), dan Syafii (al-Khin et.al., 1992: 2/204-205).
Jumhur fuqaha' yang terdiri daripada mazhab Hanafi (al-
Kasani, t.th.: 4/43), Syafii (al-Sharbini, 1994: 2/391), dan Hanbali
(Ibn Qudamah, 1992: 11/30) mengatakan, sama ada ibu ataupun
hadinah yang lain tidak boleh dipaksa untuk menjaga sekiranya
mereka enggan, sepertimana mereka tidak boleh dipaksa sekiranya
enggan menyusukan kanak-kanak. Hanya dalam beberapa keadaan
tertentu, ibu ataupun hadinah boleh dipaksa seperti:
1) Sekiranya telah ditentukan hak penjagaan (hadanah) ke
atasnya,
2) Sekiranya tidak ada orang lain yang boleh menjaga atau jika
ada, orang itu tidak memenuhi syarat-syarat penjaga atau orang
lain tidak mahu menjaga dan,
3) Sekiranya bapa atau kanak-kanak sendiri tidak mempunyai
harta untuk mengupah orang lain.

Hadanah Adalah hak (Milik) Kanak-kanak (Mahdun)

Hujah golongan ini berdasarkan dalil aqli iaitu apabila telah sabit
hak hadanah atas hadin atau hadinah, maka pihak tersebut
mestilah melaksanakannya. Dengan kata lain, oleh kerana hadanah
dimiliki oleh kanak-kanak, maka hadin atau hadinah boleh dipaksa
sekiranya mereka enggan menjaga kanak-kanak. Ini adalah
pendapat kedua dalam mazhab Hanafi (al-Kasani, t.th.: 4/44).

Hadanah Melibatkan Tiga Hak Iaitu Hak Mahdun, Hak


Hadinah Dan Hak Bapa Kanak-Kanak Itu (Orang Yang
Menduduki Tempatnya)

Jika ketiga-tiga hak berhimpun dan boleh diselaraskan iaitu setiap


pihak mendapat hak masing-masing (mahdun mendapat hak untuk
26 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

dijaga, hadinah mendapat hak penjagaan dan bapa mendapat hak


ruyah iaitu hak ziarah). Dengan demikian, hak hadanah telah sabit
kepada mereka semua. Ini adalah pendapat mazhab Hanbali (al-
Khin, 1992, 2/205) dan pendapat ketiga dalam mazhab Hanafi (al-
Kasani, t.th.: 4/205).
Jika terdapat percanggahan antara ketiga-tiga hak tersebut,
seperti hadinah enggan melaksanakan atau bapa menuntut hak
hadanah sedangkan hadinah layak dan menuntut hak hadanah,
maka hak mahdun mestilah didahulukan daripada yang lainnya. Ini
bersesuaian dengan matlamat utama hadanah yang menekankan
supaya kemaslahatan kebajikan kanak-kanak diutamakan dan
dipelihara (al-Shaban, 1971: 613-615).
Pendapat yang paling kuat ialah pandangan ketiga yang
mengatakan, hadanah merupakan milik bersama bersama antara
hadinah, mahdun dan bapa atau orang yang menduduki tempatnya
(Salih, 1980: 97-98). Kesimpulannya, sekiranya sabit hak hadanah
ke atas hadinah (ibu), dia mesti menerimanya tanpa sebarang
alasan memandangkan tiada siapa yang layak selain daripadanya
atau ada pihak lain seperti nenek tetapi enggan, maka dalam
keadaan ini ibu wajib menerima hak penjagaan dengan tujuan
mengutamakan kebajikan kanak-kanak. Sekiranya hak hadanah
tidak disabitkan atas si ibu, seperti kana-kanak tersebut tidak
menyukai ibunya atas sebab-sebab tertentu dan pada masa yang
sama ada orang lain yang layak mendapat hak tersebut, maka si ibu
tidak boleh dipaksa menerima penjagaan dan melaksanakannya.
Sekiranya ibu menuntut khulu (tebus talak) dan suami
bersetuju dengan syarat, hak penjagaan anak mestilah diberikan
kepadanya, maka khulu itu sah dan jatuh talak. Walau
bagaimanapun, syarat perlucutan hak hadanah ibu tidak
diambilkira dan hak tersebut kekal menjadi milik ibu. Ini kerana,
jika syarat khulu tersebut dilaksanakan, ia akan mengakibatkan
banyak kemudaratan kepada kana-kanak seperti kehilangan
belaian kasih ibu atau diabaikan oleh bapanya yang sibuk mencari
nafkah.
Jika syarat khulu dilaksanakan tetapi tidak mengakibatkan
kemudaratan kepada kanak-kanak, maka hak hadanah tetap tidak
Kedudukan Wanita dalam Undang-Undang Keluarga Islam 27

berpindah kepada bapa. Hak hadanah sebaliknya diberikan kepada


siapa yang berhak selepas ibu mengikut susunan penjaga (iaitu ibu
kepada ibu). Ini berdasarkan prinsip mendahulukan kebajikan
kanak-kanak daripada yang lainnya. Selain itu, bapa juga tidak
berhak merampas hak hadanah danpada hadinah yang sah lalu
memindahkannya kepada orang lain yang tidak tersenarai dalam
susunan penjaga kecuali dengan sebab-sebab tertentu.
Sekiranya mahdun menyusu dengan ibu susuan yang bukan
daripada kalangan hadinat, maka ibu susuan tadi hendaklah
menjalankan tugasnya di sisi hadinah sama ada dengan datang ke
rumah hadinah atau tinggal bersamanya supaya tidak lupus hak
hadanah tersebut (al-Shaban, 1971: 613-615).

KEDUDUKAN WANITA DALAM SUSUNAN PENJAGA

Ijmak ulama mengatakan bahawa ibu adalah orang yang paling


layak dan berhak mendapat penjagaan anak (hadanah) selagi ia
memenuhi syarat-syarat hadinah (al-Kasani, t.th.: 4/204; al-
Maghribi, 1984: 3/215). Sabda Nabi s.a.w.: Engkau (ibu) lebih
berhak atasnya (anakmu) selagi engkau belum berkahwin.
(Riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Bayhaqi. al-Daruqutni dan al-
Hakim)
Jika ibu hilang kelayakan, maka hadanah berpindah kepada
umm al-umm (nenek sebelah ibu) secara ijmak (ibid).
Berdasarkan kenyataan tersebut, dapat difahami bahawa
dalam memikul tanggungjawab sebagai penjaga, golongan
perempuan diutamakan berbanding golongan lelaki. Ini kerana,
jika dilihat daripada segi fitrah semulajadinya, perempuan
mempunyai sifat yang lebih halus, lebih lemah-lembut, lebih
pengasih, lebih penyabar, lebih arif terhadap kanak-kanak dan
keperluan hidupnya berbanding golongan lelaki. Sementara
golongan lelaki pula, tugasnya lebih kepada tanggungjawab
mencari nafkah (Musa, 1958: 404).
Para ulama' berselisih pendapat tentang siapakah yang
sepatutnya didahulukan jika ibu dan juga nenek sebelah ibu hilang
28 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

kelayakan sebagai hadinah. Melihat dalam konteks Malaysia,


berikut dinyatakan susunan penjaga menurut mazhab Shafii yang
merupakan mazhab rasmi di Negara ini.
Menurut mazhab Syafi'i, golongan perempuan perlu
didahulukan berbanding golongan lelaki dalam memberikan hak
penjagaan anak (hadanah) berikutan golongan perempuan lebih
layak daripada segi sifat-sifat yang diperlukan oleh kanak-kanak
berbanding lelaki, Terdapat dua keadaan susunan melibatkan
wanita menurut mazhab ini iaitu (al-Ramli, t.th.: 7/215; al-
Nawawi, t.th.: 6/513-514):

1) Jika kesemua penjaga terdiri daripada golongan perempuan

Dalam keadaan sedemikian, susunannya adalah seperti berikut:


1) Al-umm (ibu).
2) Al-jaddat al-umm wa in alat (nenek-nenek sebelah ibu dan ke
atas).
3) Al-jaddat al-abb wa in alat (nenek-nenek sebelah bapa dan ke
atas).
4) Al-ukht (adik beradik perempuan).
5) Al-Khalah (ibu saudara sebelah ibu).
6) Banat al-ukht (anak-anak perempuan daripada adik beradik
perempuan).
7) Banat al-akh (anak-anak perempuan daripada adik beradik
lelaki).
8) Al-ammat (ibu saudara sebelah bapa).

Keutamaan penjaga berdasarkan kekerabatan yang dekat


berbanding yang jauh. Begitu juga adik beradik perempuan seibu
bapa diutamakan daripada adik beradik perempuan sebapa dan
adik beradik perempuan seibu.

2) Jika penjaga terdiri daripada lelaki dan perempuan

Apabila berhimpun antara lelaki dan perempuan, susunannya


adalah seperti berikut (ibid):
Kedudukan Wanita dalam Undang-Undang Keluarga Islam 29

1) Al-Umm (ibu).
2) Al-Jaddah al-umm wa in alat (nenek sebelah ibu dan ke atas).
3) Al-Abb (bapa).
4) Al-Jaddah al-abb (nenek sebelah bapa).
5) Al-Ukht al-shaqiqah (saudara-saudara perempuan seibu bapa).
6) Al-Akh al-shaqiq (saudara lelaki seibu sebapa).

Jika berhimpun penjaga yang layak daripada golongan


lelaki dan perempuan, maka hendaklah didahulukan golongan
perempuan. Selain itu, jika penjaga yang layak daripada golongan
lelaki sahaja ataupun golongan perempuan sahaja dan masing-
masing menuntut hak hadanah, maka hendaklah dilakukan
pengundian antara mereka (al-Khin, 1992: 4/194).

KEDUDUKAN WANITA DALAM HADANAH MENURUT


ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

Seksyen 81, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor)


1984 memperuntukkan, ibu adalah orang yang paling berhak
menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam
perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan, selama
mana ia belum berkahwin lain dan memenuhi syarat-syarat sebagai
penjaga.
Seksyen 81 (1) memperuntukkan seperti berikut; Tertakluk
kepada seksyen 82, ibu adalah orang yang paling berhak dari
segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih
dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.
Jika mahkamah mendapati bahawa ibu hilang kelayakan
terhadap hadanah atau penjagaan anaknya menurut hukum Syarak,
maka hak itu hendaklah berpindah kepada salah seorang daripada
ahli keluarga yang akrab mengikut susunan keutamaannya
sebagaimana diperuntukan dalam seksyen 81(2) seperti berikut,
Jika Mahkamah berpendapat bahawa ibu adalah hilang kelayakan
di bawah Hukum Syarak dan mempunyai hak terhadap hadhanah
30 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

atau penjagaan anaknya, maka hak itu, tertakluk kepada seksyen-


kecil (3), hendaklah berpindah kepada salah seorang yang berikut
mengikut susunan keutamaan yang berikut, iaitu:
1) nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya,
2) bapa,
3) nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya,
4) kakak atau adik perempuan seibu sebapa,
5) kakak atau adik perempuan seibu,
6) kakak atau adik perempuan sebapa,
7) anak perempuan dan kakak atau adik perempuan seibu sebapa,
8) anak perempuan dan kakak atau adik perempuan seibu,
9) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa,
10) emak saudara sebelah ibu,
11) emak saudara sebelah bapa,
12) waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai asabah atau
residurai.

Susunan keutamaan dalam Enakmen Undang-undang


Keluarga Islam (Johor) 1990 berbeza dengan peruntukan negeri-
negeri lain. Seksyen 82(2) enakmen tersebut rnemperuntukkan
susunan keutamaan seperti berikut:
1) nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya,
2) nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya,
3) kakak atau adik perempuan seibu sebapa,
4) kakak atau adik perempuan seibu,
5) kakak atau adik perempuan sebapa,
6) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa,
7) anak perempuan dari kakak atau adik seibu,
8) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa,
9) emak saudara sebelah ibu,
10) emak saudara sebelah bapa,
11) bapa, waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai asabah
atau residurai.

Manakala Enakmen Keluarga Islam (Kedah) 1984 tidak


menerangkan susunan keutamaan secara terperinci. Seksyen 69(2)
Kedudukan Wanita dalam Undang-Undang Keluarga Islam 31

hanya memperuntukkan, jika Mahkamah berpendapat bahawa ibu


hilang kelayakan rnenjadi hadinah. maka hadanah itu hendaklah
berpindah kepada orang-orang yang ditetapkan oleh Hukum
Syarak.
Jelasnya, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri
Johor 1990 mendahulukan golongan perempuan daripada
golongan lelaki yang mana bapa diletakkan dalam susunan yang
terakhir setelah dinyatakan mereka yang berhak daripada golongan
perempuan. Manakala Enakmen Keluarga Islam Kedah 1984 pula
hanya menerangkan susunan orang yang berhak menjadi penjaga
dengan merujuk secara langsung kepada hukum Syarak.

PENUTUP

Dalam memikul tanggungjawab sebagai penjaga, golongan


perempuan diutamakan berbanding golongan lelaki ini kerana, jika
dilihat daripada segi fitrah semulajadinya perempuan mempunyai
sifat yang lebih halus, lebih lemah-lembut, lebih pengasih, lebih
penyabar, lebih arif terhadap kanak-kanak dan keperluan hidupnya
berbanding golongan lelaki. Sementara golongan lelaki pula,
tugasnya lebih kepada tanggungjawab mencari nafkah.
Islam adalah agama yang begitu prihatin terhadap golongan
yang lemah dan memerlukan bimbingan seperti wanita dan kanak-
kanak. Atas dasar itulah syariat lebih mengutamakan kebajikan
kedua-dua golongan tersebut dan berusaha melindungi
kepentingan serta kemaslahatannya.

RUJUKAN

Abd Allah ibn Muhammad al-Maghribi (1984). Mawahib al-Jalil.


Juz 4. Beirut :Dar al-Fikr
Anis, Ibrahim, et. al (t,th). Mujam al-Wasit. Juz 1.Cet 2. t.tp.
32 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

al-Dusuqi, Muhammad ibn Ahmad ibn Arfah (t.th). Hashiyat al-


Dusuqi ala al-Sharh al-Kabir. Juz. 2. Beirut :Maktabat al-
Tijariyyah al-Kubra.
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor.
Ibn Abidin, Muhammad Amin (1386H). Radd al-Mukhtar. Juz. 3.
Cet 2. Beirut: Dar al-Fikr.
Ibn Qudamah, Abu Muhammad Abd Allah ibn Ahmad ibn
Muhammad (1992). al-Mughni. Juz 11. Cet 2. Kaherah:
Hajar.
Ibn Manzur, Abu al-Fadl Jamal al-Din Muhammad ibn Mukram
(t.th). Lisan al-Arab. Jil. 13. Beirut: Dar Bayrut.
al-Jurjani, Ali ibn Muhammad ibn Ali (1992). Al-Tarifat. Cet 2.
Beirut :Dar al-Kitab al-Arabi.
Kamus Dewan (2000). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala lumpur.
Kamus Undang-undang (2001). Cet. 3. Shah Alam: Penerbit Fajar
Bakti.
al-Khin, Mustafa dan Mustafa al-Bugho (1992). al-Fiqh al-
Manhaji ala Madhhab al-Imam al-Shafii. Jil. 2. Damsyik
: Dar al-Qalam.
Mimi Kamariah Majid (t.th.). Undang-undang Keluarga di
Malaysia. Kuala Lumpur: Malayan Law Journal.
Musa, Muhammad Yusuf (1958). Ahkam al-Ahwal al-Shakhsiyah
fi al-Fiqh al-Islami. Kaherah: Dar al-Kitab al-Arabi.
Qalaji, Muhammad Rawas dan Hamid Sadiq Qanibi (1998).
Mujam Lughat al-Fuqaha. Beirut: Dar al-Nafais.
al-Sabuni, Abd. al-Rahman (1983). Nizam al-Usrah wa Hall
Musykilatiha fi Dau al-Islam. Cet 9. Damsyik: Maktabah
Wahbah.
Salih, Baharith Adnan Hasan (1996). Masuliyyat al-Abb al-
Muslim fi Tarbiyat al-Walad fi Marhalat al-Tufulah. Cet. 5.
al-Madinah al-Munawarah: Dar al-Mujtama.
Salih, Suad Ibrahim (1994). Laqat al-Aba bi al-Abna fi al-
Shariat al-Islamiyyah. Jeddah: al-Kitab al-Jamii.
al-Shaban, Zaki al-Din (1971). Al-Ahkam al-Shariyyah li al-
Ahwal al-Shakhsiyyah. Libya: al-Jamiah al-Libiyyah.
Kedudukan Wanita dalam Undang-Undang Keluarga Islam 33

al-Sharbini, Shams al-Din Muhammad ibn Muhammad al-Khatib


(1994). al-Iqna fi hall Alfaz Abi Shuja. Juz. 2. Dar al-
Kutub al-Ilmiyyah.
Yusuf Qasim (1992). Huquq al-Usrah fi al-Fiqh al-Islami.
Kaherah: Dar al-Nahdah al-Arabiyyah.
34 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

3
PERLANTIKAN HAKIM WANITA: SATU
ANALISA RINGKAS

Husin Junoh
Habibah Awang
Mohamed Fadzli Hj. Hassan
Ahmad Muhyiddin Hj. Hassan
Sayed Mahussain Sayed Ahmad

PENDAHULUAN

Qadhi atau hakim adalah mempunyai kedudukan yang sangat


mulia mengikut kaca mata agama. Ini memandangkan ketinggian
darjat daripada sudut ilmunya dan juga beban tanggungjawab
sebagai orang yang memikul amanah secara langsung dalam
mendaulatkan hukum demi memastikan keadilan untuk semua
terlaksana. Oleh yang demikian, syariah meletakkan syarat-syarat
yang begitu ketat untuk dipenuhi bagi menjawat jawatan ini.
Berdasarkan amalan tradisi dalam sejarah Islam, jawatan ini
didominasi oleh kaum lelaki. Akhir-akhir ini, memandangkan
kehidupan umat manusia semakin kompleks dan berkembangnya
isu-isu yang menyentuh secara langsung kepentingan wanita, maka
perbahasan tentang kelayakan wanita menjawat jawatan hakim
menjadi semakin penting dan perlu.
Artikel ini akan mengupas beberapa pandangan dan hujah
ulama' yang terdiri daripada para fuqaha' tradisional dan semasa
dalam perbahasannya. Analisa ringkas ini mengambil kira
pandangan-pandangan serta hujah-hujah ulama fekah yang
menafikan kelayakan wanita menjadi hakim dan pandangan-
Perlantikan Hakim Wanita: Satu Analisa Ringkas 35

pandangan serta hujah-hujah ulama yang membenarkannya,


dengan berdasarkan sumber Al-Quran, Hadis dan Ijtihad para
mujtahidin. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti kedudukan dan
peranan kaum wanita dalam pembangunan masyarakat khususnya
dalam bidang perundangan.

HUJAH DAN PANDANGAN FUQAHA' TENTANG HAKIM


WANITA

Ibrahim al-Syirazi (t.th.: 407) berpandangan bahawa wanita tidak


boleh menjadi hakim. Mengikut pendapat beliau salah satu
daripada syarat untuk menjadi seorang hakim ialah antara lainnya
mestilah seorang lelaki. Beliau menyamakan kelayakan menjadi
qadhi dengan syarat untuk menjadi seorang saksi. Ini dapat dilihat
dalam tulisannya:
:


" :
"

.
Maksudnya: "Tidak dibenarkan dilantik menjadi qadhi
seorang kafir, fasiq, hamba, kanak-kanak dan orang
bodoh (ma'tuhah) kerana masing-masing tidak boleh
menjadi saksi apatah lagi untuk menjadi hakim. Wanita
juga tidak boleh menjadi hakim berpandukan sabda
Rasulullah: Tidak beruntung kaum yang menyerahkan
urusan kepemimpinannya kepada wanita. Selain itu
seorang qadhi mesti hadir dalam majlis yang dihadiri
36 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

kaum lelaki seperti fuqaha', saksi-saksi dan yang pihak


bertelingkah; sedangkan seorang perempuan dilarang
untuk menghadiri majlis seperti itu kerana dikhuatiri
mengundang fitnah.

Zakaria al-Ansari (1957: 11/207)juga membandingkan


syarat layak menjadi seorang hakim dengan syarat menjadi saksi.
Akhirnya beliau menyimpulkan bahawa seorang wanita tidak
boleh menjadi hakim kecuali dalam keadaan ketiadaan kaum
lelaki yang memenuhi syarat. Ini dapat dilihat dalam tulisannya
yang mana beliau menyebut:
) (
)(


)
(





)
(

Perlantikan Hakim Wanita: Satu Analisa Ringkas 37

) (
) (
) (
( )
)( )
.(
Maksudnya: "Syarat sah seorang qadhi adalah ia harus
memenuhi syarat untuk menjadi saksi iaitu Islam,
mukallaf, laki-laki, merdeka, adil, mampu mendengar
dan melihat, mampu berfikir dalam masalah
penghakiman (qadha'), tidak berada di bawah kekuasaan
kafir, tidak seorang kanak-kanak atau orang gila, tidak
juga khunsa, tidak fasik, tidak tuli, tidak buta, dan bisu
meskipun memahami bahasa isyarat, tidak pelupa, tidak
sempurna berfikir kerana terlalu tua atau sakit. Seorang
qadhi mestilah seorang mujtahid iaitu mengetahui
hukum-hakam yang terkandung dalam al-Quran, sunnah
serta qiyas dan jenis-jenisnya. Antara yang harus
diketahui dalam al-Quran dan al-sunnah adalah khas,
am, mujmal, mubayyan, muthlaq, muqayyad, nas, zahir,
nasikh, mansukh, dan jenis-jenis Hadis seperti
Mutawatir, Ahad, muttasil dan lain-lain; dan jenis-jenis
qiyas iaitu qiyas aula, musawiy dan adwan- seperti
mengqiyaskan hal memukul orang tua dengan
mengatakan cis, atau mengqiyaskan membakar harta
anak yatim dengan memakannya dalam pengharaman
kedua-duanya; dan mengqiyaskan epal dengan biji
gandum dalam urusan riba yang dilihat daripada aspek
pemakanan. Seorang qadhi harus mengetahui hal ehwal
rawi-rawi Hadis, iaitu yang kuat dan lemah; maka ia
harus mendahulukan dalil khusus dan yang umum, dalil
yang muqayyad daripada muthlaq, nash daripada zahir,
muhkam daripada mutasyabih, nasikh, muttashil kuat
daripada kebalikannya. Seorang qadhi juga harus
38 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

mengetahui lisan arab, iaitu bahasa, nahu, sharaf dan


balaghah, Seorang qadhi harus mengetahui pendapat-
pendapat ulama iaitu ijma' dan perbezaan pendapat;
maka dia tidak berijtihad menyalahi pendapat mereka.
Jika seseorang tidak memenuhi syarat yang telah
disebutkan dan tidak ada orang yang memiliki syarat-
syarat tersebut, maka kerajaan berhak untuk mengangkat
orang yang bukan ahlinya seperti fasiq, muqallid, kanak-
kanak, atau perempuan dengan sebab kesulitan dan
darurat agar kepentingan umum tidak terbengkalai.

Shihabuddin al-Ramli juga tidak membenarkan wanita


menjadi hakim kerana secara fizikalnya wanita memiliki
kekurangan. Ini dapat dilihat dalam tulisannya dalam kitab
Nihayat al-Muhtaj (al-Ansari, 1957: 3/226):

. .
". " :
Maksudnya: Wanita itu tidak boleh dilantik menjadi
hakim kerana kekurangan yang ada padanya. Seorang
hakim juga terpaksa bergaul dengan lelaki sedangkan
wanita dituntut memakai tabir (berselindung). Demikian
juga (tidak boleh dilantik menjadi hakim) seorang
khunsa yang keadaannya sama seperti seorang wanita.
Ini bersandarkan kepada hadis Nabi yang diriwayatkan
oleh Bukhari dan lain-lain iaitu: Tidak beruntung
sesuatu kaum yang menyerahkan urusannya kepada
wanita.

Bakri Syatha (t.th.: 4/211-212) juga meletakkan syarat


bahawa untuk menjadi seorang hakim mestilah seorang laki-laki
sebagaimana syarat menjadi saksi. Dalam tulisannya beliau
menjelaskan:
Syarat seseorang qadhi ialah ia boleh menjadi seorang
saksi iaitu dia mestilah seorang muslim, mukallaf,
Perlantikan Hakim Wanita: Satu Analisa Ringkas 39

merdeka, lelaki, adil, mendengar sekalipun harus


berteriak dan boleh melihat. Maka tidak boleh
mengangkat orang yang tidak memenuhi syarat tersebut
menjadi hakim.

Muhammad b. Ali b. Muhammad Al-Syaukani juga


berpendapat bahawa seorang wanita tidak layak menjadi hakim.
Beliau bersandarkan hadis yang sama iaitu ketika sampai berita
kepada Rasulullah bahawasanya orang-orang Parsi telah
mengangkat anak perempuan kisra mereka menjadi pemimpin,
maka baginda bersabda: Tidak beruntung suatu kaum yang
menyerahkan urusannya kepada wanita. Dalam kitabnya Nail al-
Authar, antara lainnya beliau menyatakan (1391H: 7/297-298):
: :
.

."
) (
.
) (

: .
. .



40 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

) (
".
Maksudnya: Dari hadis Buraidah bahawa Nabi
bersabda: "Hakim itu pada dasarnya terbahagi kepada
tiga. Satunya masuk syurga manakala dua yang lainnya
masuk neraka. Adapun yang masuk syurga ialah seorang
laki-laki (hakim) yang mengetahui kebenaran dan ia
memutuskan bersandarkan kebenaran tersebut. Adapun
seorang laki-laki (hakim) yang mengetahui kebenaran
tetapi ia berlaku curang dalam memberikan keputusan, ia
masuk neraka. Adapun seorang yang memutuskan tanpa
ilmu juga masuk neraka. Hadis ini sebagai dalil yang
menunjukkan bahawa hakim itu seorang laki-laki.
Adapun sabda Nabi yang berbunyi: "Tidak beruntung
suatu kaum yang menyerahkan urusannya kepada
wanita" adalah dalil yang menunjukkan bahawa wanita
itu bukan ahlinya untuk memegang pemerintahan dan
tidak boleh pula menyerahkan suatu urusan kepadanya.
Oleh kerana itu, menjauhi suatu perkara yang
mendorong kepada ketiadaan keuntungan itu adalah
wajib. Telah dinyatakan dalam kitab Fathul Bari bahawa
fuqaha' telah sepakat atas pensyaratan laki-laki untuk
menjadi hakim kecuali pendapat yang diriwayatkan oleh
golongan Hanafiah (iaitu mereka membenarkan
perempuan menjadi hakim) kecuali dalam masalah
Hudud. Ibnu Jarir berpendapat bahawa secara mutlak
wanita boleh menjadi hakim. Hujah lain yang
menguatkan pendapat Jumhur bahawa memutuskan
perkara itu memerlukan kepada akal yang sempuma.
Akal perempuan itu kurang dan tidak sempuma, apa lagi
pada tempat berkumpulnya orang laki-laki."

Dalam hal ini Ibn Rusyd dalam kitabnya yang masyhur,


Bidayat al-Mujtahid, telah membuat perbandingan umum
daripada berbagai pendapat ulama. Beliau merumuskan seperti
berikut (t.th.: 2/344):
Perlantikan Hakim Wanita: Satu Analisa Ringkas 41

:
:
: .
:



:

.
Maksudnya: Demikian pula fuqaha' berbeza pendapat
tentang syarat hakim mesti seorang lelaki. Jumhur ulama
berpendapat bahawa laki-laki merupakan syarat sahnya
seseorang untuk dijadikan hakim. Abu Hanifah
membolehkan wanita menjadi hakim dalam urusan harta.
Al-Tabari mengatakan bahawa wanita secara mutlak
boleh menjadi hakim dalam menangani segala perkara.
Saya tidak mengetahui sama ada terdapat di kalangan
para fuqaha' mensyaratkan 'merdeka'. Bagi orang yang
menolak keputusan (pelantikan) hakim wanita bererti ia
mengqiaskan (syarat menjadi) hakim sama dengan ketua
negara. Juga mengqiyaskan (wanita) dengan hamba
daripada segi kurang kehormatannya. Sementara fuqaha'
yang membolehkan perlantikan hakim wanita dalam
urusan harta benda menyamakannya dengan kedudukan
wanita sebagai saksi dalam urusan harta. Dan sesiapa
yang membolehkan hakim wanita menangani segala
perkara, maka ia berpendapat bahawa setiap orang, tidak
kira lelaki atau wanita, boleh menangani semua perkara
42 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

kecuali menjadi ketua negara yang telah ditakhsis oleh


ijma'.

'Oleh yang demikian, ternyata bahawa tidak semua ulama


klasik sepakat tentang wanita tidak boleh menjadi hakim. Jika ada
wanita yang lebih layak daripada sudut ilmu dan kebolehan
berbanding daripada lelaki yang ada, mengapa wanita tidak boleh
diberi ruang menjadi hakim.
Ibn Hazm dalam kitabnya al-Muhalla menyatakan perkara
yang serupa sebagaimana yang telah dikupas oleh Ibn Rusyd.
Beliau menyatakan (1967: 10/631-632):
: .
:
: " :
" :
.
"
.
:
:

.


Perlantikan Hakim Wanita: Satu Analisa Ringkas 43

.
.
Maksudnya: "Adalah harus bagi seorang wanita untuk
menjatuhkan hukuman. Ini menurut pendapat Abu
Hanifah. Telah diriwayatkan oleh Umar Ibn. Al-Khattab
r.a. bahawasanya beliau pernah menyerahkan urusan
pentadbiran pasar kepada Syifa', seorang wanita
daripada kaumnya. Apabila dikatakan oleh RasululLah
s.a.w.: "Tidak beruntung suatu kaum yang menyerahkan
urusannya kepada wanita", kami menjawab
bahawasanya Rasulullah bersabda tentang hal itu dalam
persoalan yang umum. Dalilnya adalah dalam hadith lain
Nabi s.a.w. bersabda: "Wanita itu adalah penjaga harta
suaminya dan ia akan diminta pertanggung-jawabannya
tentang penjagaannya." Oleh kerana itu golongan Maliki
membolehkan wanita menerima wasiat dan wakil, dan
tidak pernah datang suatu nas pun yang melarang wanita
menguruskan sesetengah urusan (dan membenarkan
sebahagian yang lainnya).
Hamba sahaya juga boleh memegang urusan kehakiman
kerana ia termasuk tuntutan umum mengerjakan amal
makruf nahi munkar. Firman Allah s.w.t:
"Sesungguhnya Allah memerintahkan kepada kamu
supaya menyampaikan amanah kepada yang berhak
menerimanya, dan apabila menetapkan hukum antara
manusia hendaklah kamu menghukum dengan adil." Ini
adalah merupakan perintah umum, sama ada kepada
kaum lelaki atau wanita, merdeka atau hamba sahaya,
dan menurut pandangan agama semua manusia adalah
sama, kecuali jika ada nas khusus yang membezakan
antara lelaki dengan wanita, orang merdeka dengan
hamba sahaya. Dalam keadaan sedemikian (iaitu ada nas
khusus), maka dikecualikan dan prinsip umum dan ijmal
agama. Imam Malik dan Abu Hanifah berkata: "(Ada
yang berpandangan) tidak boleh memberikan kekuasaan
kehakiman kepada seseorang hamba sahaya, dan kami
44 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

tidak mengetahui sama sekali apakah dalil asal bagi


pandangan ini."

Jika diperhatikan pandangan yang tidak membolehkan


wanita dilantik menjadi hakim, kita mendapati pandangan tersebut
diasaskan kepada al-Quran surah al-Nisa' ayat 34 dan hadis '"Tidak
berjaya atau beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusannya
kepada wanita." Ayat 34 surah al-Nisa' telah ditafsirkan daripada
sudut kepimpinan iaitu kaum lelaki itu dijadikan Allah sebagai
pemimpin bagi kaum wanita. Penafsiran ini dibuat berdasarkan
kelebihan fizikal yang ada kepada kaum lelaki dan kelemahan-
kelemahan yang selalunya dikaitkan dengan wanita sama ada
daripada segi fizikal dan psikologi (Masoodi, 1999).
Selain daripada itu, para ulama yang tidak membenarkan
wanita menjadi hakim ini juga berhujjah bahawa jawatan hakim itu
sememangnya memerlukan pergaulan dengan kaum lelaki yang
memerlukan keupayaan keintelektualan yang tinggi dan mampu
mengawal emosi. Bagi sesetengah ulama, sifat-sifat sebegini
secara umumnya tidak wujud dalam diri seorang wanita. Tetapi ini
tidak pula bermaksud bahawa semua wanita bersifat sebegitu
malah tidak langsung ada wanita yang mempunyai daya
keintelektualan dan ketahanan emosi yang tinggi. Kalau inilah
tanggapannya maka ianya tidak dapat diterima kerana bertentangan
dengan sejarah dan realiti yang ada. Pandangan yang menolak
perlantikan wanita ke jawatan-jawatan yang bersifat umum (al-
wilayah al-ammah) seperti bidang perundangan dan kehakiman,
ketua jabatan dan menteri atas alasan kelemahan-kelemahan
tersebut telah diperbahaskan dan ditolak oleh khususnya
cendikiawan Islam kontemporari (Raihanah Haji Abdullah, 1999).
Hadis tersebut pula sebenarnya bukan bermaksud Nabi
melarang menyerahkan sebarang urusan kepada wanita. Ia lebih
kepada informasi semata, iaitu Rasulullah memberitahu bahawa
umat yang menyerahkan urusannya kepada wanita tidak
memperoleh kemenangan. Menariknya berdasarkan hadis ini juga
Ibnu Jarir al-Tabari berpandangan bahawa wanita sebenamya
boleh menjadi hakim secara mutlak. Beliau mentakwilkan hadis ini
Perlantikan Hakim Wanita: Satu Analisa Ringkas 45

dengan mengatakan bahawa alasan sebenar ulama yang tidak


membenarkan wanita menjadi hakim adalah kekurangan yang ada
pada mereka. Kemampuan wanita waktu itu daripada sudut
kecekapan dan kemampuan ilmiahnya tidak seperti wanita hari ini.
Dengan itu, dalam keadaan di mana kecekapan, keahlian dan
kemampuan wanita sama atau melebihi daripada kaum lelaki yang
ada, maka tidak ada halangan untuk dilantik wanita menjadi
hakim. Hadis tersebut, menurut Ibnu Jarir, kerana dalalahnya tidak
jelas, maka ianya terbuka kepada ijtihad. Ibnu Jarir juga
mengqiyaskan masalah perlantikan hakim wanita ini dengan
perlantikan mufti wanita. Wanita boleh dilantik menjadi mufti,
maka sahlah juga untuk dilantik menjadi hakim (Ibrahim Hosen,
1990).
Pandangan Ibnu Jarir berhubung dengan hadis ini dikongsi
oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi (1999) seorang ulama kontemporari
yang terkenal. Al-Qaradhawi dalam bukunya Fiqh Kenegaraan
telah menjelaskan bahawa hadis ini mesti difahami dari sudut
kandungan maknanya yang am atau asbabul wurudnya (sebab-
sebab yang mendorong Rasulullah bersabda). Beliau mengatakan
bahawa jika kita melihat hadis ini daripada sudut tersebut maka
jelaslah bahawa Rasulullah hanya ingin mengkhabarkan kepada
kita kegagagalan bangsa Parsi yang telah melantik anak
perempuan raja mereka sebagai ketua Negara dan menjadikan
kekuasaan sebagai harta pesaka yang diwarisi secara turun
temurun, sedangkan mungkin di sana terdapat personaliti lain yang
jauh lebih baik darinya.
Al-Qaradhawi juga berhujjah bahawa penafsiran makna
hadis tersebut secara am akan bercanggah dengan konteks al-
Quran secara zahirnya. Al-Quran sendiri pernah menceritakan
kepada kita tentang Puteri Balqis iaitu seorang raja wanita yang
memimpin negeri Saba'. Baginda telah berjaya memimpin
bangsanya dengan gemilang, pemerintahannya pula adalah yang-
paling adil, juga telah membawa bangsanya kepada kejayaan di
dunia dan di akhirat setelah baginda memeluk agama yang dibawa
oleh Nabi Sulaiman. Al-Qaradhawi juga menyatakan bahawa hadis
ini sebenamya melarang wanita daripada menjadi khalifah kepada
46 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

seluruh umat Islam secara amnya. Walau bagaimanapun ia bukan


bermaksud melarang wanita daripada memegang jawatan dalam
pemerintahan seperti jawatan menteri dalam sistem negara moden.
Ini kerana jawatan khalifah yang mempunyai kuasa terhadap
keseluruhan urusan umat Islam mesti dibezakan dengan jawatan
menteri yang mempunyai kuasa terhad.

KESIMPULAN

Jumhur ulama, iaitu sebahagian besar ulama mazhab Shafie,


Maliki dan Hanbali, berpandangan bahawa wanita tidak boleh
dilantik menjadi hakim. Ini adalah kerana mereka meletakkan
antara syarat utama untuk menjadi hakim adalah seorang lelaki.
Sebenarnya tidak ada nas yang jelas berhubungan dengan
pengharaman wanita menjadi hakim. Jadi ia masih lagi dikira
sebagai perkara yang boleh diijtihadkan mengikut keperluan
semasa.
Bagi yang berpandangan bahawa wanita tidak boleh
menjadi hakim, mereka secara umumnya berasaskan ayat 34 surah
al-Nisa' dan hadis tentang tidak berjaya sesuatu kaum yang
menyerahkan urusannya kepada wanita. Setengah ulama juga
mengqiyaskan syarat menjadi hakim itu dengan syarat-syarat
menjadi saksi. Walau bagaimanapun Mazhab Hanafi
membenarkan wanita dilantik menjadi hakim. Adalah dirasakan
bahawa pandangan mazhab Hanafi ini dianggap bersesuaian
dengan perkembangan dan tuntutan semasa. Keupayaan wanita
hari ini juga, kalaupun tidak lebih adalah sama dengan pencapaian
kaum lelaki. Malah dalam kes-kes dan hal-hal tertentu adalah
sesuai sekali kalau wanita sendiri yang memutuskannya. Dalam hal
ini Prof. Mahmud Saedon Awang Othman berpandangan bahawa
suasana dan keperluan yang wujud pada hari ini merupakan asas
yang kuat mengapa pandangan mazhab Hanafi ini perlu diterima
dan diamalkan.
Perlantikan Hakim Wanita: Satu Analisa Ringkas 47

RUJUKAN

Al-Ansari, Abi Yahya Zakaria (t.th.) Fathul Wahab. t.tp.: Dar al-
Fikr.
Al-Dimyati, Abu Bakr Sayyid al-Bakri ibn al-Sayyid Muhammad
Syatha (t.th.) I'anah al-Thalibin. t.tp.: Dar al-Fikr.
Hosen, Ibrahim (1990). Ibrahim Hosen dan Pembaharuan Hukum
Islam di Indonesia. Jakarta: Putra Harapan.
Ibn Hazm, Ali Abu Muhammad ibn Ahmad Said (1967). al-
Muhalla. Mesir: Al-Jumhuriyah.
Ibn Rusyd, Abu al-Walid Muhammad ibn Ahmad ibn Muhammad
ibn Ahmad al-Qutubi al-Andalusi (t.th.). Bidayat al -
Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasisd. Semarang: Maktabah
Usaha Keluarga.
Masoodi, G. Saqlain (1999). "Muslim Women's Right to Testify in
Civil Matters and Hudud Offences: Jurisprudential
Antinomies, Social Undercurrents and Medical Dilemas",
dalam IKIM Law Journal. Vol. 3, No- 1, Jan.-Jun 1999,
hlm. 12-24.
Al-Qaradhawi, Yusuf (1999). Fiqh al-Daulah (Fiqh Kenegaraan).
Terjemahan Arsil Ibrahim. Kuala Lumpur: Angkatan Belia
Islam Malaysia.
Raihanah Haji Abdullah (1999). "Pegawai Shariah Wanita di
Mahkamah Shariah Malaysia", dalam Hukum Islam
Semasa Bagi Masyarakat Islam Yang Membangun.
Suntingan Dr. Abdul Karim Ali dan Raihanah Haji Azhari.
Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti
Malaya.
al-Ramli, Syahmsuddin Muhammad Abi Abbas (1957). Nihayat
al-Muhtaj. Mesir: Musthafa al-Babi at-Halabi.
Al-Shawkani, Muhammad ibn Ali (1391H). Nail al-Awthar. Mesir:
Mustafa al-Babi al-Halabi.
Al-Shirazi, Abu Ishaq Ibrahim ibn Ali ibn Yusuf al-Fairuzzabadi
(t.th.). al-Muhadzdzab. Dar al-Fikr li-Athaba'ah wa al-
Tauzi.
48 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

4
LARANGAN MELANTIK WANITA
SEBAGAI HAKIM DALAM SISTEM
KEHAKIMAN ISLAM: SATU KRITIKAN
Arieff Salleh bin Rosman

PENDAHULUAN

Kajian ini merupakan usaha untuk menilai semula warisan fiqh


terdahulu dalam isu yang melibatkan wanita. Perubahan yang
berlaku dalam kehidupan perlu diambil iktibar untuk memastikan
kesesuaian Islam sebagai penyelesai masalah dalam setiap masa
dan tempat dapat dipraktikkan. Namun keaslian hukum yang
berpandukan dalil-dalil qatci perlu dipertahankan supaya tidak
dipengaruhi oleh suasana semasa. Dalam masa yang sama, mana-
mana isu yang melibatkan dalil-dalil zanniperlu dianalisis semula
untuk memastikan ia boleh dipraktikkan dalam kehidupan ini.
Antara isu yang hangat dibahaskan; sama ada oleh ulama'
terdahulu atau semasa ialah isu perlantikan hakim wanita. Dari
pemerhatian yang dilakukan terhadap kajian-kajian lampau, isu ini
adalah isu ijtihad yang diperselisihkan oleh para ulama'. Masalah
ini adalah masalah yang tiada nas yang jelas menerangkan
hukumnya. Oleh sebab itu para ulama' berselisih pandangan sama
ada membenarkan wanita menjadi hakim atau melarangnya. Dalam
kertas kerja ini, analisis terhadap hujah larangan melantik wanita
sebagai hakim akan dilakukan.
Larangan Melantik Wanita Sebagai Hakim 49

LARANGAN MELANTIK WANITA SEBAGAI HAKIM

Majoriti ulama' berpendapat bahawa melantik wanita sebagai


hakim dalam sistem kehakiman Islam adalah tidak dibenarkan.
Larangan tersebut adalah berbentuk mutlak iaitu dilarang melantik
wanita sebagai hakim dalam semua kes; sama ada kes yang
melibatkan harta (mal) atau jenayah.

1) Pendapat ulama' H anabilah.


Para ulama' bermazhab H anbali sepakat mensyaratkan seseorang
hakim yang hendak dilantik mestilah seorang lelaki. (Ibn
Qudamah, 1981:11/380; Ibn Muflih, 1418h:6/374; al-Bahuti,
1402h:6/294; Maraci, 1389h:335) Syarat tersebut adalah bersifat
umum mencakupi semua kes, walaupun kes tersebut melibatkan
wanita secara khusus seperti penyaksian wanita bagi kes
mensabitkan kesahan mengandung, penyaksian bagi kes jenayah
yang berlaku di tempat yang hanya boleh dimasuki oleh wanita
seperti tandas wanita, dan seumpamanya. Imam Ibn Qudamah al-
Maqdisi(w. 620h) menyatakan:
Diriwayatkan bahawa Ibn Jarir tidak mensyaratkan lelaki
(sebagai syarat perlantikan hakim); kerana wanita
dibenarkan untuk menjadi mufti, oleh itu dia juga layak
untuk dilantik menjadi hakim. Manakala Abu H anifah
pula berpendapat: Wanita dibenarkan untuk menjadi
wanita dalam kes selain kes hudud kerana dia
dibenarkan untuk menjadi saksi dalam kes tersebut
(selain hudud). Ulama' H anabilah menolak pandangan
tersebut dengan mengatakan: (Wanita tidak dibenarkan
menjadi hakim) kerana hakim dikehendaki menghadiri
kes pertikaian dan majlis yang dihadiri oleh lelaki.
Hakim juga perlu mempunyai idea yang bernas, akal
yang sempurna dan bijak. Manakala wanita mempunyai
akal yang cetek dan idea yang terbatas, serta tidak
dibenarkan menghadiri majlis-majlis yang dihadiri oleh
lelaki. Wanita juga tidak diterima penyaksiannya dalam
mahkamah - walaupun bersama dengannya seribu wanita
lain menyaksikan penyaksian yang sama - selagi mana
50 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

tidak ada saksi dari kalangan lelaki. Wanita juga tidak


layak dilantik sebagai ketua Negara. Oleh sebab itu Nabi
s.a.w. tidak pernah melantik seorang wanitapun sebagai
pemimpin dan hakim semasa pemerintahan baginda.
Begitu juga pada zaman khulafa' al-rashidin dan zaman
selepas itu. Jika perlantikan wanita sebagai hakim tidak
dilarang, maka sudah tentu ada di kalangan mereka yang
dilantik mengisi jawatan itu dalam zaman tertentu.
(1981:11/380)

2) Pendapat ulama' Shaficiyyah.


Ulama' bermazhab Shafici sepakat mengatakan bahawa wanita
tidak boleh dilantik sebagai hakim. (al-Shirazi, t.th.:2/290; al-
Nawawi, 1405h.:11/95; al-Mawardi, 1971:1/626; al-Ramli, t.th.:
323) Imam al-Shirazi(w. 476h) menjelaskan:
Tidak dibenarkan untuk melantik wanita (sebagai hakim)
kerana Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak akan berjaya
suatu kaum yang menyerahkan urusan pentadbiran
mereka kepada wanita. Wanita juga tidak boleh dilantik
menjadi hakim kerana seseorang hakim perlu duduk
bersama-sama dengan golongan lelaki yang terdiri
daripada para fuqaha', saksi-saksi dan pihak yang
bertelagah. Golongan wanita adalah dilarang dari
melakukan perkara tersebut kerana ditakuti akan
menimbulkan fitnah. (t.th.:2/290)

3) Pendapat ulama' Malikiyyah.


Sebahagian besar ulama' Malikiyyah juga mengatakan bahawa
wanita tidak boleh dilantik sebagai hakim. (Ibn Juzzi, 1975:310;
al-Dusuqi, t.th.:4/129; Ibn Rushd, 1985:2/459) Ibn Farhun
menjelaskan:
Al-QadicIyad berkata dalam bukunya al-tanbihat: Syarat
kehakiman yang tidak sempurna sesuatu penghakiman
kecuali dengannya dan tidak sah perlantikan hakim jika
tidak memenuhi sepuluh syarat: Islam, berakal, lelaki,
dan tidak layak seorang wanita dilantik sebagai hakim
kerana kekurangan diri yang ada padanya dan suaranya
akan menimbulkan fitnah. (1985:1/23)
Larangan Melantik Wanita Sebagai Hakim 51

4) Pendapat ulama' semasa.


Beberapa orang ulama' semasa berpendapat bahawa wanita tidak
boleh dilantik sebagai hakim. Antaranya ialah Mustafa al-Zarqa',
Muhammad al-Banna, Muhammad Abu Zahrah (al-Qudah,
1998:138-139), dan Muhammad cAbd al-Qadir Abu Faris
(1984:39). Dr. Muhammad Abu Faris menjelaskan:
Jika wanita tidak layak memimpin keluarga kerana
ketidakmampuannya mengurus beberapa orang individu
yang hanya tidak sampai bilangan jari tangan, maka
wanita lebih tidak mampu untuk mengurus urusan rakyat
dan mengadili pertikaian di kalangan mereka serta tidak
mampu menyelesaikan permasalahan mereka. (1984:39)

Beberapa fatwa berkenaan larangan perlantikan wanita


sebagai hakim juga telah dikeluarkan. Lujnah Fatwa Universiti al-
Azhar telah membuat keputusan pada tahun 1952:
Ijmac telah dilakukan oleh para ulama' tentang larangan
perlantikan wanita sebagai hakim dan berdosa sesiapa
yang melantik mereka. Oleh itu tidak boleh diterima
pandangan yang menyatakan diizinkan melantik wanita
sebagai hakim selepas berlalu masa ijmac ulama' tanpa
sebarang dalil yang diterima sharac. (cA rif, 1999:27-8)

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dalam persidangannya


yang kelima bertarikh 16-17 November 1982 juga telah
menetapkan:
Dilarang melantik wanita sebagai hakim kerana institusi
kehakiman adalah termasuk dalam urusan kepimpinan
umum dan juga berpandukan kepada hadis Nabi s.a.w.:
Tidak akan berjaya sesuatu kaum yang dipimpin oleh
wanita. (Nuradilah, 2004:88)
52 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

ANALISIS HUJAH LARANGAN

Terdapat enam hujah utama majoriti ulama' yang melarang


perlantikan hakim wanita:

Hujah pertama: Firman Allah S.W.T.:













Maksudnya: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan
pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum
perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-
orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-
orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki
telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari
harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang salih
itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan
yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang
wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama,
dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya.
(Surah al-Nisa' 4:34)

Ayat ini menjelaskan bahawa urusan kepimpinan (al-


qawwamah) itu hanyalah milik lelaki. Hujahnya ialah penggunaan
alif lam al-jins pada lafaz al-rijal. Mengikut kaedah bahasa Arab
apabila sesuatu kata nama yang dikenali menggunakan lam al-jins
berada di tempat al-mubtada', maka ia membawa maksud
dikhususkan untuk khabarnya. Ayat ini bermaksud: Kepimpinan
(al-qawwamah) itu hanyalah untuk kaum lelaki ke atas kaum
wanita, bukannya untuk kaum wanita. Oleh itu ayat ini secara
jelasnya mengatakan tidak sah perlantikan seseorang wanita
sebagai hakim. Jika dikatakan boleh dilantik, maka ia bermaksud
kepimpinan itu untuk kaum wanita, dan ini bertentangan dengan
maksud ayat tersebut. (cUthman, 1989:88; cAbd al-cAlim,
Larangan Melantik Wanita Sebagai Hakim 53

1985:151; Abu Faris, 1984:39) Seterusnya, Allah S.W.T.


menjelaskan sebab kelayakan lelaki menjadi pemimpin ialah
"kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan
beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan". Imam al-
Mawardi (w. 450h) menjelaskan: "Maksudnya ialah kelebihan dari
segi 'fikiran dan pandangan'. Oleh itu mereka (wanita) tidak boleh
memimpin kaum lelaki" (1996:107).
Pendalilan kepada ayat ini oleh mereka yang mengatakan
wanita tidak boleh dilantik sebagai hakim adalah dipertikaikan.
Jika dirujuk kepada ayat ini dalam surah al-Nisa', ia dinyatakan
oleh Allah S.W.T. dalam persoalan hubungan suami isteri. Ayat
sebelum dan selepasnya menjelaskan hukum hakam berkaitan
hubungan tersebut. Oleh sebab itu, lelaki yang dimaksudkan dalam
ayat tersebut yang memiliki urusan kepimpinan (al-qawwamah)
merujuk kepada suami dan wanita yang dipimpin itu ialah isteri. Ia
bukan merujuk kepada persoalan kepimpinan lelaki atas wanita
secara umum. Perkara ini boleh dirujuk kepada sebab ayat ini
diturunkan.
Al-Qadi Ibn al-cArabi al-Maliki (t.th.:1/415) menjelaskan
sebab ayat ini diturunkan: Diriwayatkan bahawa isteri Sacad ibn al-
Rabic telah nusyuz, lalu Sacad pun memukulnya. Isteri Sacad
datang mengadu kepada Nabi s.a.w., lalu baginda bersabda: Antara
kamu berdua hendaklah dijatuhkan hukuman qisas. Lalu Allah
S.W.T. menurunkan ayat: Dan janganlah engkau (wahai
Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Qur'an sebelum selesai
dibacakan oleh Jibril kepadamu. (Surah Taha 20:114) Kemudian
Nabi s.a.w. pun senyap seketika kerana baginda tahu hukuman
qisas yang hendak dijatuhkan itu kurang tepat. Sejurus selepas itu
turunlah ayat: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal
yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan. (Surah al-
Nisa' 4:34) Kenyataan ini menunjukkan bahawa ayat kepimpinan
(al-qawwamah) lelaki itu merujuk kepada kepimpinan suami
dalam rumah tangga.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa asal dalam
memahami sesuatu ayat ialah merujuk kepada lafaznya yang
umum; kerana pengiktibaran itu diambil berdasarkan lafaz yang
54 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

umum bukannya sebab yang khusus. Dalam ayat tersebut lafaz


lelaki dan wanita adalah lafaz umum; mencakupi suami isteri dan
selain kedua-duanya. Bagi menolak hujah ini, kita perlu kembali
kepada ayat tersebut. Ayat tersebut menjelaskan, Allah S.W.T.
memberikan urusan kepimpinan kepada lelaki ke atas wanita
kerana: Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan
beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga
kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah)
sebahagian dari harta mereka. (Surah al-Nisa' 4:34) Siapakah
lelaki yang membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari
harta mereka kepada wanita? Bukankah suami yang bertanggung
jawab memberikan nafkah kepada isteri? Adakah seseorang lelaki
itu secara umumnya bertanggungjawab untuk memberi nafkah
kepada wanita-wanita yang ada di sekelilingnya? Oleh itu, kita
mengatakan bahawa lelaki yang dimaksudkan oleh ayat itu ialah
suami.
Walaupun dikatakan bahawa urusan kepimpinan rumah
tangga adalah diserahkan kepada suami, namun jika suami tiada di
rumah, maka isterilah yang bertanggungjawab untuk mengurus
keluarganya. Oleh itu kenyataan kepimpinan untuk lelaki bukanlah
bermaksud wanita langsung tidak layak untuk memimpin. Cuma
ayat tersebut menjelaskan bahawa diutamakan kepimpinan lelaki
adalah untuk mengutamakan yang lebih layak bukan satu-satunya
yang layak. (cA rif, 1999:23) Kelayakan wanita menjadi pemimpin
secara umumnya tidak bercanggah dengan mana-mana nas.
Dikuatkan lagi bahawa Nabi s.a.w. mengiktiraf kepimpinan wanita
dalam rumah tangga ketika ketiadaan suaminya. cAbd Allah ibn
c
Umar r.a. telah meriwayatkan, bahawa dia telah mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda, Setiap kamu adalah pemimpin dan
bertanggungjawab atas orang yang dipimpinnya. Ketua negara itu
pemimpin dan dia dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya.
Suami itu pemimpin kepada ahli keluarganya dan dia
dipertanggungjawabkan terhadap orang yang dipimpinnya. Wanita
di rumah suaminya itu pemimpin (kepada harta dan anak-anak)
dan dia dipertanggungjawabkan terhadap yang dipimpinnya.
Hamba abdi itu pemimpin kepada harta tuannya dan dia
Larangan Melantik Wanita Sebagai Hakim 55

dipertanggungjawabkan terhadap yang dipimpinnya. (Al-Bukhari,


1987:2/848)
Kesimpulannya: al-qawwamah dalam ayat 34 Surah al-
Nisa' tidak menafikan kelayakan wanita untuk menjadi pemimpin.
Ayat tersebut juga tidak menunjukkan larangan terhadap
perlantikan wanita sebagai hakim.

Hujah kedua: Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abi


Bakrah r.a.:

Maksudnya: Tidak akan berjaya sesuatu kaum yang
dipimpin oleh wanita
(Al-Bukhari, 1987: 4/1610)

Hadis ini menjelaskan bahawa ditegah melantik wanita


dalam semua urusan kepimpinan umat Islam walaupun sharac telah
memberikan bidang kuasa kepada wanita untuk menjadi pemimpin
dalam rumah tangga ketika ketiadaan suaminya. (al-Sancani,
1379h:4/123) Di samping itu, hadis ini menyatakan sesiapa yang
melantik wanita sebagai pemimpin tidak akan berjaya buat selama-
lamanya dan umat Islam adalah ditegah dari menjauhkan diri
mereka dari punca-punca kejayaan. Dan ia bererti umat Islam
mestilah mencari sebanyak mungkin sebab-sebab menuju
kejayaan. (ibid) Secara jelasnya, melantik wanita sebagai
pemimpin adalah punca kegagalan dan menjauhkan diri dari
kegagalan adalah wajib. Imam al-Khattabimenyatakan: "Hadis ini
menjelaskan bahawa seseorang wanita itu tidak boleh dilantik
sebagai pemimpin dan hakim." (al-cAsqalani, 1379h:8/128)
Golongan yang melarang perlantikan wanita sebagai hakim
menqiyaskan institusi kehakiman dengan institusi ketua negara
kerana kedua-duanya termasuk dalam urusan kepimpinan ummah
secara umum. Qiyas menyatakan bahawa ditegah melantik wanita
sebagai hakim kerana wanita ditegah dari menjadi ketua negara.
Wanita ditegah dari menjadi ketua negara kerana para ulama'
sepakat mengatakan lelaki adalah antara syarat kelayakan menjadi
56 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

ketua negara. Oleh sebab itu mereka mensyaratkan lelaki dalam


perlantikan hakim. (cAlyan, 1982:118)
Untuk mengkritik hujah ini, dua pendekatan digunakan;
menolak hujah secara total dan menolak bentuk pendalilan. Untuk
menjelaskan dua pendekatan ini beberapa kritikan digunakan:
1) Jika merujuk kepada suasana hadis ini diriwayatkan, ia
disampaikan oleh Abu Bakrah r.a. ketika berlakunya
peperangan Jamal. (al-Bukhari, 1987:4/1610) Beliau
menjelaskan hadis ini sebagai hujah untuk tidak menyertai
tentera yang diketuai oleh Saidatina cA 'ishah r.a. (al-cAsqalani,
1379h:8/128) Ini menunjukkan bahawa Abu Bakrah r.a.
menggunakan hujah ini secara politik dan ia boleh
menimbulkan keraguan.
2) Asbab wurud hadis ini ialah: Apabila pemimpin negara Parsi
mati, dia tidak meninggalkan seorang anak lelaki pun untuk
mewarisi takhtanya. Kaum keluarga pemimpin itu tidak mahu
tampuk kepimpinan jatuh kepada keluarga lain, lalu mereka
pun melantik anak perempuan pemimpin itu sebagai ketua
negara. Beliau ialah Buran binti Shirwih bin Kisra. Apabila
kisah tersebut sampai ke pengetahuan Nabi s.a.w, baginda pun
bersabda, Tidak akan berjaya sesuatu kaum yang dipimpin
oleh wanita. (lihat: al-cAsqalani, 1379h:8/128) Difahami dari
kenyataan ini bahawa maksud hadis Nabi s.a.w.: Tidak akan
berjaya sesuatu kaum yang dipimpin oleh wanita ialah negara
Parsi tidak akan berjaya kerana pemimpin mereka adalah
perempuan yang tidak berkelayakan kerana tidak tahu urusan
pentadbiran negara. Oleh itu hadis tersebut hanyalah khusus
untuk anak perempuan Kisra Parsi sahaja, bukan bermaksud
semua pemimpin wanita. (Muhammad Nur al-Din, 1999:93-4)
3) Di samping itu difahami hadis ini disampaikan oleh Nabi s.a.w.
sebagai komen politik daripada seorang ketua negara. Apabila
diketahui bahawa negara musuhnya melantik seorang wanita
yang tidak berkelayakan menjadi pemimpin negara, maka
baginda pun mengeluarkan kenyataan itu. Jelasnya, kenyataan
baginda itu termasuk dalam urusan siyasah sharciyyah.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Qarafi(w. 684h),
Larangan Melantik Wanita Sebagai Hakim 57

kenyataan baginda sebagai ketua negara tidak menjadi sunnah


yang mengikat. Oleh itu ketua negara Islam selepas kewafatan
Nabi s.a.w. boleh berijtihad mengikut keperluan semasa dalam
persoalan siyasah sharciyyah seperti dalam isu melantik wanita
sebagai hakim. (2001:1/346-7)
4) Jika difahami bahawa kepimpinan wanita secara umumnya
adalah punca kegagalan yang ditegah oleh Islam, kenapa
Saidatina cA ishah r.a. mengetuai sekumpulan sahabat Nabi
s.a.w. untuk menuntut Saidina Ali r.a. menghakimi segera kes
pembunuhan Saidina Uthman r.a. sehingga berlakunya
peperangan Jamal? Tidakkah ini membuktikan bahawa
Saidatina cA ishah r.a. memahami bahawa hadis tersebut adalah
khusus untuk anak perempuan Kisra itu?
5) Jika diterima bahawa hadis ini melarang kepimpinan wanita,
maka ia secara jelasnya hanya melarang perlantikan wanita
sebagai ketua negara bukan semua jawatan kepimpinan. Ini
bermakna yang ditegah oleh Rasulullah s.a.w. ialah untuk
jawatan kepimpinan umum, manakala kehakiman tidak
termasuk dalam kepimpinan umum. Imam Ibn H azm (w. 456h)
mengkritik golongan yang menjadikan hadis ini sebagai hujah
larangan melantik wanita sebagai hakim dengan katanya:
"Rasulullah s.a.w. menyatakan hadis itu berkenaan dengan
institusi kepimpinan umum iaitu khilafah (ketua negara).
Buktinya, baginda bersabda: Wanita itu pemimpin harta
suaminya dan dia bertanggungjawab terhadap yang
dipimpinnya" (t.th.:9/430) Oleh itu qiyas yang dilakukan oleh
majoriti ulama' untuk menegah perlantikan wanita sebagai
hakim dengan tegahan Rasulullah s.a.w. dari melantik wanita
sebagai ketua negara adalah qiyas yang tertolak.

Hujah ketiga: Ijmac.

Golongan yang mengatakan wanita dilarang dari menjadi hakim


menyatakan bahawa ijmac ulama' telah berlaku dengan mengatakan
58 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

wanita dilarang dari menjadi hakim. Mereka berhujah, mengatakan


pendapat yang bertentangan dengan ijmac adalah dilarang. Imam
al-Mawardi mengatakan: "Ibn Jarir telah mengemukakan pendapat
yang terpinggir dengan membenarkan wanita menjadi hakim.
Pendapat yang terpinggir seperti itu tidak boleh diterima kerana ia
telah bertentangan dengan ijmac" (1996:107) Lujnah Fatwa
Universiti al-Azhar telah membuat keputusan pada tahun 1952:
Ijmac telah dilakukan oleh para ulama' tentang larangan
perlantikan wanita sebagai hakim dan berdosa sesiapa
yang melantik mereka. Oleh itu tidak boleh diterima
pandangan yang menyatakan diizinkan melantik wanita
sebagai hakim selepas berlalu masa ijmac ulama' tanpa
sebarang dalil yang diterima sharac. (cA rif, 1999:27-8)

Syaikh cAbd al-H alim Mahmud berpendapat:


Tiada perbezaan pandangan tentang larangan perlantikan
wanita sebagai hakim. Oleh itu larangan tersebut adalah
berasaskan ijmac. Sesiapa yang melantik wanita sebagai
hakim, maka dia berdosa berasaskan ijmac dan dia telah
melanggar ketetapan sharac berasaskan ijmac.
(Muhammad Nur al-Din, 1999:41)

Kritikan yang ditujukan kepada pendapat ini ialah dakwaan


telah berlakunya ijmac yang melarang wanita dari menjadi hakim
adalah tidak tepat. Ini disebabkan Ibn Jarir al-Tobari, ulama'
H anafiyyah dan beberapa orang ulama' Malikiyyah mengeluarkan
pendapat yang bertentangan dengan pendapat yang melarang
perlantikan wanita sebagai hakim. Oleh itu ijmac berkenaan
larangan tersebut masih belum berlaku. Dan pendapat yang
mengizinkan perlantikan wanita sebagai hakim tidak bertentangan
dengan ijmac yang ditegah oleh sharac. (cA rif, 1999:29)

Hujah keempat:

Imam al-Khattabi menyatakan: "Hadis ini menjelaskan bahawa


seseorang wanita itu tidak boleh dilantik sebagai pemimpin dan
hakim. Tambahan pula wanita tidak boleh menikahkan dirinya
Larangan Melantik Wanita Sebagai Hakim 59

sendiri dan tidak boleh mewakilkan orang lain menikahkannya"


(al-cAsqalani, 1379h:8/128) Jika wanita tidak mempunyai kuasa
untuk menikahkan dirinya sendiri bagaimana pula jika dia diberi
kuasa sebagai hakim untuk menikahkan orang lain? Tambahan
pula wanita tidak mempunyai kuasa cerai, tetapi jika dia dilantik
sebagai hakim, bagaimana dia hendak menceraikan orang lain?
Oleh itu wanita tidak boleh dilantik menjadi hakim.
Hujah ini tertolak dari beberapa bentuk:
1) Pendapat yang mengatakan wanita tidak boleh menikahkan
dirinya sendiri hanyalah pendapat sebahagian ulama'.
Manakala ada ulama' khususnya yang bermazhab Hanafi
mengatakan bahawa wanita yang berakal boleh menikahkan
dirinya sendiri walaupun tanpa persetujuan walinya. (Ibn
c
A bidin, 1386h:3/223; al-Sarakhsi, 1406h:13/150) Jika wanita
berakal boleh menikahkan dirinya sendiri, maka dia juga
berkuasa untuk mewakilkan seseorang untuk menikahkan
dirinya. Oleh kerana persoalan ini adalah persoalan yang
diperselisihkan oleh para ulama', maka ia tidak boleh menjadi
hujah kepada masalah lain seperti larangan melantik wanita
menjadi hakim.
2) Berkaitan wanita tidak mempunyai kuasa cerai, maka dia tidak
boleh menjadi hakim kerana antara bidang kuasa hakim ialah
menceraikan pasangan yang bermasalah. Wanita tidak
mempunyai kuasa cerai dalam keadaan dia sebagai isteri,
kerana suaminya yang mempunyai kuasa cerai. Hujah inipun
masih boleh dikritik kerana sharac mengizinkan wanita
mensyaratkan dalam akad nikah supaya kuasa cerai berada
dalam tangannya. (Zaidan, 1994:6/135) Manakala wanita yang
dilantik sebagai hakim, beliau menceraikan seseorang bukan
pada kedudukan sebagai seorang isteri, kerana seseorang
hakim menceraikan pasangan di mahkamah atas kedudukannya
sebagai hakim, bukan dengan kedudukan lain. Walaupun
seseorang itu lelaki, tetapi jika dia bukan hakim, maka dia juga
tidak boleh menceraikan isteri orang lain kerana dia tiada
bidang kuasa padanya. (cA rif, 1999:31)
60 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

Hujah kelima:

Ibn Farhun menyatakan: "Tidak sah perlantikan wanita sebagai


hakim kerana kelemahannya, suaranya yang boleh menimbulkan
fitnah dan bagi sebahagian wanita wajahnya juga boleh
menimbulkan fitnah" (1958:1/380) Hujah ini menyatakan sebab
larangan perlantikan wanita sebagai hakim kerana suara dan
wajahnya boleh menimbulkan fitnah dan kedua-duanya adalah
aurat. Berasaskan kenyataan ini wanita dilarang dari menghadiri
majlis-majlis yang di dalamnya ada lelaki yang bukan mahramnya.
Oleh sebab itu wanita tidak boleh dilantik menjadi hakim sebagai
sad al-dhara'ic dan mengelakkan fitnah. (cA rif, 1999:31)
Hujah ini tertolak dari beberapa bentuk:
1) Dari kajian yang telah dilakukan oleh Dr. cAbd al-Karim
Zaidan, wajah wanita bukanlah aurat, selagi mana ia tidak
digunakan untuk menarik perhatian lelaki yang bukan mahram
seperti bersolek. (1994:3/96) Oleh itu tidak salah seseorang
wanita menjadi hakim dan wajahnya dilihat oleh orang ramai,
selagi mana hakim itu mampu mengelakkan fitnah.
2) Perkara yang menyebabkan fitnah dalam kehidupan ini terlalu
banyak. Allah S.W.T. menjelaskan dalam firman-Nya:
Sesungguhnya harta kamu dan anak pinak kamu adalah fitnah
(Surah al-Taghabun, 64:15) Namun manusia amat memerlukan
harta dan anak pinak. Arahan Allah untuk mengelakkan fitnah
bermakna manusia hendaklah sentiasa berhati-hati terhadap
perkara-perkara yang boleh menimbulkan fitnah itu. Oleh itu,
makna fitnah wanita ialah lelaki harus berhati-hati dari sebab-
sebab yang boleh mendorongnya melakukan zina dengan
wanita. Oleh sebab itu sharac menyediakan hukum dan
peraturan tentang hubungan lelaki dengan wanita untuk
mengelakkan fitnah seperti menutup aurat, merendahkan
pandangan mata, wanita ditegah dari memakai wangian yang
dibau oleh lelaki yang bukan suaminya dan sebagainya. Jika
peraturan ini diikuti maka ia tidak menimbulkan apa-apa
masalah dalam hubungan seharian antara lelaki dan
perempuan. Jika seseorang wanita itu mampu menjaga dirinya
Larangan Melantik Wanita Sebagai Hakim 61

dari menimbulkan fitnah, maka dia tidak terlarang dari


melibatkan diri dalam kehidupan sehariannya termasuklah
menjadi hakim.
3) Hujah golongan yang melarang wanita menjadi hakim
antaranya ialah persoalan suara wanita. Hujah ini lahir dari
kefahaman bahawa suara wanita itu aurat. Muhammad al-
Ghazali dalam kajiannya menyatakan, pendapat yang
mengatakan bahawa suara wanita adalah aurat adalah suatu
pembohongan yang tidak berasas. Beliau menjelaskan bahawa
pada zaman Nabi s.a.w., wanita turut sama meriwayatkan
hadis, mengajak perkara yang baik ('amr macruf) dan
mencegah kemungkaran (nahi munkar), berbincang dalam
Masjid Nabi dan sebagainya. Fatimah r.a. anak perempuan
Nabi s.a.w. telah mengherdik pembesar kafir Quraish ketika
mereka mentertawakan Nabi kerana diletakkan najis binatang
di atas belakang baginda ketika baginda sedang sujud di
hadapan Ka'bah. Tidak ada seorang Muslim pun pada ketika itu
yang mengatakan: Wahai Fatimah, suara wanita itu adalah
aurat! (1990:164-5) Oleh sebab itu hujah wanita tidak boleh
menjadi hakim kerana suaranya aurat yang boleh menimbulkan
fitnah adalah tertolak dan tidak berasas.

Hujah keenam:

Pendapat yang melarang wanita menjadi hakim berhujah bahawa


bidang kehakiman memerlukan kecerdikan, akal yang sempurna
dan idea yang bernas. Manakala wanita lemah akalnya dan tidak
mempunyai banyak idea. Sebagaimana hujah Imam Ibn Qudamah
al-Maqdisi ketika menguatkan hujah bahawa wanita adalah
dilarang dari menjadi hakim: "Hakim juga perlu mempunyai idea
yang bernas, akal yang sempurna dan bijak. Manakala wanita
mempunyai akal yang cetek dan idea yang terbatas, serta tidak
layak menghadiri majlis-majlis yang dihadiri oleh lelaki. Wanita
juga tidak diterima penyaksiannya dalam mahkamah - walaupun
bersama dengannya seribu wanita lain menyaksikan penyaksian
yang sama - selagi mana tidak ada saksi daripada kalangan lelaki"
62 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

(1981:11/380) Oleh sebab itu Allah S.W.T. telah mengingatkan


tentang penyelewengan yang dilakukan oleh wanita dan sifat
pelupa mereka dalam firmanNya:


Maksudnya: Supaya jika yang seorang lupa dari saksi-
saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan
oleh yang seorang lagi.
(Surah al-Baqarah 2:282)

Rasulullah s.a.w. juga telah mengingatkan bahawa wanita


itu lemah akal dan agamanya berdasarkan hadis:
:
- -
)) ! :
)) : :((

: ((
)) :
)) : . : ((
: . : ((
(())
Maksudnya: Daripada Abi Sacid al-Khudri, beliau
berkata: Pada suatu hari raya adha atau fitri
Rasulullah s.a.w. keluar ke masjid, lalu baginda pun
bertemu dengan sekumpulan wanita dan baginda
bersabda: "Wahai wanita! Keluarkanlah sedekah kerana
aku telah melihat kebanyakan ahli neraka terdiri dari
kalangan wanita". Mereka bertanya: Kenapa wahai
Rasulullah? Baginda menjawab: "Kamu banyak mencela
Larangan Melantik Wanita Sebagai Hakim 63

dan tidak mentaati suami. Aku juga tidak melihat dari


kalangan kamu ini kecuali wanita yang lemah akal dan
agama tetapi telah mempengaruhi hati kaum lelaki"
Mereka bertanya: Apakah maksud lemah agama dan akal
kami wahai Rasulullah? Baginda menjawab: "Bukankah
penyaksian wanita itu separuh dari penyaksian lelaki?"
Mereka menjawab: Ya. Baginda menyambung lagi:
"Itulah yang dikatakan lemah akal wanita itu. Bukankah
jika wanita itu didatangi haid, maka dia tidak akan
bersembahyang dan tidak berpuasa?" Mereka menjawab:
Ya. Baginda menjelaskan lagi: "Itulah yang dikatakan
lemah agama wanita itu."
(Al-Bukhari, 1987:1/116)

Hadis ini menyatakan wanita itu lemah akalnya kerana


penyaksiannya di mahkamah adalah separuh daripada penyaksian
lelaki. Jika seseorang wanita itu lemah penyaksiannya, maka dia
juga lemah dalam bidang kuasa kehakiman. Sebab itu mereka
ditegah daripada menjadi hakim. (cA rif, 1999:42)
Kritikan terhadap hujah ini boleh dilakukan dalam
beberapa hal:
1) Ayat berkenaan dua saksi wanita menyamai satu saksi lelaki
tidak menjelaskan bahawa akal wanita itu lemah. Said Qutub
menjelaskan maksud firman Allah S.W.T.: Supaya jika yang
seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka
dapat diingatkan oleh yang seorang lagi (Surah al-Baqarah
2:282): "Lupa dalam ayat ini terjadi kerana sebab yang
pelbagai. Ia mungkin berlaku kerana kurangnya pengalaman
wanita dalam persoalan kontrak yang menjadikannya kurang
memahami perinciannya dan permasalahannya" (1992:1/335-
6). Ini menunjukkan, disyariatkan saksi dalam kes tertentu dua
saksi wanita menyamai satu saksi lelaki, kerana kurangnya
penglibatan wanita dalam kes seumpama itu, bukannya kerana
wanita itu mudah lupa atau akalnya lemah. Oleh sebab itu
dalam kes yang melibatkan wanita secara khusus seperti kes
pengesahan dara atau janda, haid, kelahiran dan seumpamanya;
maka para ulama' menerima saksi seorang wanita sahaja,
64 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

kerana pengalaman wanita dalam bidang itu dan


penglibatannya secara langsung dalam kes itu. (Bek, 1985:173;
al-Zuhayli, 1989:6/572) Dalam hadis sahih yang diriwayatkan
oleh cUqbah ibn al-H arith, beliau bertanya kepada Nabi s.a.w.,
Saya telah berkahwin dengan seorang wanita lalu datang
seorang hamba perempuan berkulit hitam. Dia berkata bahawa
dia telah menyusukan kami. Lalu Nabi s.a.w. menyuruh
c
Uqbah menceraikan isterinya (kerana mereka berdua adalah
saudara susuan). cUqbah memprotes, Perempuan itu
pembohong. Nabi s.a.w. menjawab, Ceraikanlah isterimu.
Imam Ibn Qayyim menjelaskan, "Hadis ini menjelaskan
bahawa penyaksian seorang wanita adalah diterima, walau pun
dia seorang hamba dan menjadi saksi atas perbuatannya
sendiri" (2002:1/83). Oleh itu hujah yang mengatakan bahawa
dilarang wanita menjadi hakim kerana penyaksiannya hanya
menyamai separuh penyaksian lelaki dan ini menunjukkan
kelemahan akalnya; adalah tertolak.
2) Jika dikatakan bahawa ayat 282 Surah al-Baqarah tidak
menunjukkan kelemahan akal wanita, maka kenapa Nabi s.a.w.
menyatakan bahawa sebab kelamahan akal wanita adalah
kerana penyaksiannya menyamai separuh penyaksian lelaki?
Ini berasaskan hadis riwayat Abu Sacid al-Khudri yang
dinyatakan sebelum ini. Dr. Muhammad Abu al-Layth (2004:1)
menyatakan bahawa hadis naqisat caql wa din (lemah akal dan
agama wanita) adalah antara beberapa hadis yang menjadi
pertikaian di kalangan sarjana Muslim dan juga sarjana bukan
Islam. Oleh itu hadis ini perlu difahami dengan sebetulnya
supaya keraguan tentang maksud hadis ini dapat dihilangkan.
Status hadis ini ialah masyhur dan sahih. Hadis masyhur
bermaksud hadis yang diriwayatkan oleh lebih daripada
seorang sahabat tetapi tidak mencapai tahap mutawatir. Hadis
ini adalah hadis masyhur kerana ia diriwayatkan oleh empat
orang sahabat Nabi s.a.w. dengan beberapa perbezaan lafaz
dalam riwayat tersebut. Mereka itu ialah Abu Sacid al-Khudri,
Abu Hurairah, cAbd Allah ibn cUmar, dan cAbd Allah ibn
Mascud r.a. Hadis ini juga hadis sahih yang boleh dijadikan
Larangan Melantik Wanita Sebagai Hakim 65

hujah kerana tiada keraguan pada perawi-perawinya, di


samping ia diriwayatkan oleh majoriti ahli hadis seperti Imam
al-Bukhari, Muslim, Ibn H ibban, al-Tirmidhi, Ibn Khuzaimah,
al-Darimi, al-Nasa'i, Ahmad, Ibn Majah, dan al-Baihaqi. Fokus
hadis ini ialah motivasi Nabi s.a.w. kepada para wanita untuk
membanyakkan amal soleh seperti bersedekah. Dan baginda
menyatakan bahawa ramai di kalangan ahli neraka adalah
wanita, adalah untuk memberi peringatan kepada wanita
supaya mereka tidak turut sama terjebak ke dalam kancah itu
dengan melakukan dosa seperti yang dinyatakan dalam hadis
iaitu suka menghina dan tidak mentaati suami. Hadis ini bukan
berbentuk celaan kepada kaum wanita, malahan ia adalah
berbentuk galakan. Hujahnya ialah baginda menyampaikan
hadis ini pada hari raya, di mana perawi hadis ini tidak pasti
sama ada hari raya fitri atau adha. Hari raya adalah hari untuk
menggalakkan umat beribadah dan bergembira bukan untuk
mencela. Tambahan pula, adakah logik seorang Rasul yang
tinggi akhlaknya akan mencela wanita dan merendahkan
kedudukan mereka dalam suasana seperti itu? (Abu Shuqqah,
1990:1/275). Manakala bahagian kedua hadis ini yang
menyatakan tentang kelemahan akal dan agama wanita
bukanlah menjadi fokus kepada hadis tersebut. Daripada kajian
yang telah dilakukan oleh Shaykh Abu Shuqqah (1990) dan Dr.
Muhammad Abu al-Layth (2004), baginda hanya bergurau
dengan sekumpulan wanita yang baginda temui. Hujahnya
sabda baginda, Saya juga tidak melihat dari kalangan kamu
ini kecuali wanita yang lemah akal dan agama tetapi telah
mempengaruhi hati kaum lelaki. Kenyataan ini
menggambarkan kehairanan Nabi s.a.w. kepada kaum lelaki
yang ada di Madinah yang tertarik kepada isteri-isteri mereka.
Dan baginda bermaksud memuji wanita-wanita Madinah yang
berjaya menawan hati suami-suami mereka. Ini dibuktikan
dengan kenyataan Saidina cUmar, "Kami daripada kalangan
kaum Quraish yang datang dari Mekah biasanya lebih
menguasai kaum wanita (tidak memberikan kebebasan kepada
mereka). Apabila kami bertemu dengan golongan Ansar
66 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

(penduduk Madinah), kami dapati mereka memberikan


kebebasan kepada wanita mereka; kerana wanita mereka
berjaya memikat hati mereka. Lalu wanita kami (daripada
golongan Quraish) pun mencontohi akhlak wanita Ansar" (al-
Bukhari, 1987:5/1991). Dengan itu dapat difahami bahawa
hadis tersebut adalah berbentuk galakan dan gurauan. Maksud
baginda: Wahai wanita! Jika Allah telah memberikan kepada
kamu keupayaan untuk mempengaruhi hati lelaki yang gagah
(suami-suami kamu yang menjadi pahlawan di medan perang)
dalam keadaan kamu lemah, maka bertakwalah kamu kepada
Allah dan janganlah kamu guna kelebihan kamu itu kecuali
untuk kebaikan (Abu Shuqqah, 1990:1/275-6). Oleh itu hadis
tersebut tidak boleh dijadikan hujah dengan mengatakan
bahawa wanita tidak boleh menjadi hakim kerana mereka
lemah dari sudut akal dan agama.
3) Dalam sejarah Islam ramai di kalangan wanita yang menjadi
sumber rujukan. Saidatina cA 'ishah menjadi rujukan utama para
sahabat selepas kewafatan Nabi s.a.w. berkaitan masalah
agama. Di samping itu, Ummu Salamah telah memainkan
peranan yang penting dalam menyelesaikan masalah besar
yang berlaku ketika perjanjian Hudaibiyah. Dan tidak
ketinggalan, ramai di kalangan sahabat dan tabicin yang
perempuan telah meriwayatkan hadis dan riwayat mereka
diterima. Adakah dengan contoh-contoh ini kita masih lagi
boleh berhujah bahawa wanita itu lemah akal dan agamanya?
Adakah kita terlupa bahawa orang pertama yang beriman
dengan kerasulan Nabi s.a.w. adalah seorang wanita? Apakah
yang menyebabkan Saidatina Khadijah beriman? Adakah
kerana akalnya yang lemah atau kecerdikannya?

PERLANTIKAN HAKIM WANITA

Berdasarkan analisis yang lalu, didapati bahawa hujah larangan


melantik wanita sebagai hakim adalah tertolak. Dalam bahagian
ini, analisis kepada pendapat yang mengizinkan wanita dilantik
Larangan Melantik Wanita Sebagai Hakim 67

sebagai hakim akan dilakukan. Terdapat dua aliran pendapat yang


mengizinkan wanita menjadi hakim; terhad dan umum.

1) Keizinan yang terhad.


Aliran ini mengatakan bahawa wanita hanya diizinkan menjadi
hakim bagi kes-kes yang pada asalnya diizinkan wanita menjadi
saksi iaitu bagi kes selain hudud dan qisas. Pendapat ini didokong
oleh ulama' bermazhab Hanafi dan Ibn Zarqun ulama' Malikiyyah.
(cA rif, 1999:14-15)
Imam al-Kasani (w. 587h) berpendapat: "Lelaki bukanlah
syarat menjadi hakim, kerana wanita juga berkelayakan menjadi
saksi. Tetapi wanita tidak boleh menjadi hakim bagi kes hudud dan
qisas, kerana mereka tidak layak menjadi saksi bagi kes-kes
tersebut" (1982:7/3) Imam al-Marghinani (w. 593h) pula
menjelaskan: "Dibenarkan wanita menjadi hakim dalam semua kes
kecuali hudud dan qisas" (t.th.:3/107) Di samping itu, Imam al-
Kamal ibn al-Humam (w. 861h) juga berpendapat: "Lelaki
bukanlah syarat kelayakan menjadi hakim kecuali bagi kes hudud
dan qisas. Wanita boleh menjadi hakim dalam semua kes kecuali
dua kes tersebut" (t.th.:7:253) Ibn Zarqun (w. 622h) berkata: "Aku
berpendapat wanita boleh menjadi hakim bagi kes yang boleh
menerima saksi wanita" (al-Khattab, 1398h:6/87)
Hujah yang dikemukakan oleh aliran ini ialah qiyas antara
penyaksian dengan kehakiman. Jika seseorang wanita itu boleh
diterima penyaksiannya dalam sesuatu kes, maka bagi kes
seumpama itu juga dia boleh menjadi hakim kepada orang lain. Ibn
al-Shihnah menjelaskan: "Perkara yang menghubungkan antara
penyaksian wanita dengan kehakimannya ialah setiap satu dari
kedua-duanya adalah mempraktikkan kata-kata ke atas orang lain"
(1973:244) Hujah ini kurang tepat kerana qiyas antara penyaksian
dengan kehakiman adalah tidak tepat. Tidak terdapat cillah yang
jelas yang menghubungkan kedua-duanya. Penyaksian tidak sama
seperti kehakiman kerana kehakiman bermaksud mempraktikkan
sesuatu pandangan terhadap orang lain seperti menghukum
seseorang tertuduh berdasarkan maklumat yang diterima daripada
saksi-saksi. Manakala penyaksian bermaksud menyampaikan
68 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

maklumat yang ada sahaja dan maklumat yang diterima daripada


seseorang saksi tidak semestinya diterima dan dijatuhkan hukuman
berdasarkannya. (lihat: cA rif, 1999:49-51)

2) Keizinan umum.
Aliran ini berpendapat bahawa wanita boleh menjadi hakim dalam
semua kes. Pendapat ini didokong oleh Ibn H azam al-Zahiri, Ibn
Jarir al-Tobari, al-H asan al-Basri dan Ibn al-Qasim ulama'
bermazhab Maliki. Pendapat ini juga disokong oleh beberapa
orang ulama' semasa seperti Dr. Muhammad Sacid Ramadan al-
Buti, Dr. Yusuf al-Qaradawi, Dr. cAbd al-Qadir Zaidan, Qadi
Samir cA liyah, Shaikh cAbd al-H alim Abu Shaqqah dan Dr. cA rif
c
Ali cA rif. (cA rif, 1999:18) Hujah aliran ini ialah:

Hujah pertama: Firman Allah S.W.T.:



Maksudnya: Dan jika kamu menjalankan hukum di
kalangan manusia, maka hendaklah kamu menghukum
dengan adil.
(Surah al-Nisa', 4:58)

Ayat ini bersifat umum mencakupi lelaki dan perempuan


(Ibn Hazm, t.th.:9/430). Imam al-Qurtubi (w. 671h) menjelaskan,
"Ia adalah merupakan arahan kepada para pemimpin dan hakim
serta termasuklah semua makhluk sebagaimana yang telah kami
sebutkan dalam hukum melaksanakan amanah" (5/258). Pendalilan
ayat ini ialah sesiapa yang menjadi hakim dalam menyelesaikan
sesuatu pertikaian, maka hendaklah dia berlaku adil. Tugas
seorang hakim ialah menyelesaikan pertikaian dengan adil. Oleh
itu sesiapa yang berkemampuan; sama ada lelaki atau perempuan,
untuk berlaku adil, maka dia layak untuk menjadi hakim (cArif,
1999:66).
Imam al-Shafici (w. 204h) mentafsirkan, "Adil itu ialah
mengikut hukum yang diturunkan oleh Allah S.W.T."
(1400h:2/121). Dalam sistem kehakiman Islam, bagi membolehkan
Larangan Melantik Wanita Sebagai Hakim 69

seseorang hakim itu berlaku adil, maka disyaratkan mempunyai


dua ilmu; ilmu berkaitan dengan kes yang diadili dan ilmu
berkaitan hukum Allah S.W.T. yang telah ditetapkan bagi kes
tersebut (Bek, 1985:26). Untuk mendapatkan ilmu berkaitan
dengan kes yang diadili, maka seseorang hakim perlu mendapatkan
sebanyak mungkin fakta kes yang dikemukakan oleh pihak
pendakwa dan pihak tertuduh. Ini boleh dilakukan dengan cara-
cara yang ditetapkan oleh sharac seperti pengakuan tertuduh, saksi
dan seumpamanya. Oleh itu sesiapa yang boleh mendapatkan
kedua-dua ilmu tersebut, maka dia layak untuk menjadi hakim;
sama ada lelaki atau perempuan.

Hujah kedua:
Ibn Jarir al-Tobari berpendapat bahawa tidak disyaratkan lelaki
bagi jawatan hakim "kerana wanita dibenarkan untuk menjadi
mufti, oleh itu dia juga layak untuk dilantik menjadi hakim" (Ibn
Qudamah, 1981:11/380). Para ulama' sepakat mengatakan bahawa
wanita layak menjadi mufti, maka diqiyaskan jawatan hakim
dengan mufti; kerana kedua-dua jawatan tersebut
c c
bertanggungjawab menzahirkan hukum shara ( Arif, 1999:64).
Imam al-Qarafi berkata, "Fatwa dan kehakiman kedua-duanya
menjelaskan hukum Allah S.W.T." (2001:4/48)
Walaupun kedua-dua institusi tersebut; kehakiman dan
fatwa mempunyai bidang kuasa dan tanggung jawab yang berbeza
(lihat: cArif, 1999:64-5), namun qiyas berkaitan dengannya masih
boleh diterima. Kerana cillah yang dimiliki oleh kedua-dua
institusi itu boleh diterima iaitu objektifnya menjelaskan dan
mempraktikkan hukum Allah S.W.T. dalam kehidupan manusia.

Hujah ketiga:
Seorang sahabat bernama Samra' binti Nahik al-Asadiyyah telah
dilantik menjadi anggota hisbah pada zaman Nabi s.a.w. Imam al-
Tabarani telah meriwayatkan daripada Yahya ibn Abi Salim, dia
berkata, Saya telah melihat Samra' binti Nahik pada zaman Nabi
s.a.w. Dia memakai baju besi yang kukuh dan menutup aurat
dengan sempurna. Di tangannya ada rotan yang digunakan untuk
70 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

menghukum orang yang bersalah dan dia menjalankan tugas


hisbah iaitu menyuruh orang berbuat baik dan mencegah orang
dari melakukan kemungkaran. (al-Haythami, 1407h:9/264) Ibn
Hazm al-Zahiri meriwayatkan bahawa dalam pemerintahan cUmar
r.a., beliau telah melantik seorang wanita bernama al-Shifa'
sebagai salah seorang pegawai hisbah (t.th.:9/429). Institusi hisbah
adalah sebahagian dari institusi kehakiman, walaupun kedua-
duanya mempunyai bidang kuasa yang tersendiri. Oleh itu riwayat
ini menjadi hujah bahawa wanita tidak dilarang dari menjadi
hakim.

PENUTUP

Daripada kajian yang telah dilakukan beberapa kesimpulan boleh


dilakukan:
1) Hujah majoriti ulama' yang melarang perlantikan hakim wanita
adalah tertolak kerana bentuk pendalilan kepada hujah-hujah
tersebut adalah dipertikaikan.
2) Persoalan utama dalam bidang kehakiman ialah menyelesaikan
kes dengan adil. Adil yang dimaksudkan dalam sistem
kehakiman Islam ialah melaksanakan hukum yang telah
ditetapkan oleh Allah dengan menilai fakta-fakta kes yang
dikemukakan dalam setiap kes yang diadili. Oleh itu sesiapa
yang mampu berlaku adil; sama ada lelaki atau perempuan,
maka dia layak untuk menjadi hakim.

BIBLIOGRAFI
c
Abd al-cAlim, Faruq. 1985. Al-Qada' fi al-sharicah al-Islamiyyah.
Jeddah: cAlam al-Macrifah.
Abu Faris, Muhammad cAbd al-Qadir. 1984. Al-Qada' fi al-Islam.
Cet. ke-2. cAmman: Dar al-Furqan.
Larangan Melantik Wanita Sebagai Hakim 71

Abu al-Layth, Muhammad al-Khayr Abadi. 2004. Hadith "naqisat


c
aql wa din": Ishkaliyah, asbab, hulul. Nota Kuliyah RKQS
7030. Gombak: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Abu Shuqqah, cAbd al-Halim Muhammad. 1990. Tahrir al-mar'ah
fi casr al-risalah. Jil. 1. Kuwait: Dar al-Qalam.
c
Alyan, Shaukat Muhammad. 1982. Al-Sultah al-qada'iyyah fi al-
Islam. Al-Riyad: Dar al-Rashid.
c
Arif, Ali cArif. 1999. Tawalli al-mar'ah mansab al-qada' bayn
c

turathina al-fiqhi wa al-waqic al-mucasir. cAmman: Dar al-


Nafa'is.
Al-cAsqalani, Abu al-Fadl Ahmad ibn cAli ibn Hajr al-Shafici.
1379h. Fath al-bari sharh sahih al-Bukhari. Sunt.
Muhammad Fu'ad cAbd al-Baqi dan Muhib al-Din al-
Khatib. 13 jil. Beirut: Dar al-Macrifah.
Al-Bahuti, Mansur ibn Yunus ibn Idris. 1402h. Kashshaf al-qannac
c
an matn al-iqnac. Sunt. Hilal Musaylihi Mustafa Hilal. 6
jil. Beirut: Dar al-Fikr.
Bek, Ahmad Ibrahim. 1985. Turuq al-ithbat al-sharciyyah. Al-
Qaherah: Matbacah al-Qaherah al-Hadithah li al-Tibacah.
Al-Bukhari, Abu cAbd Allah Muhammad ibn Ismacil al-Jacfi. 1987.
Sahih al-Bukhari. Sunt. Dr. Mustafa Dib al-Bugha. Cet. ke-
3. 6 jil. Beirut: Dar Ibn Kathir.
Al-Dusuqi, Muhammad ibn Ahmad ibn cUrfah. T.th. Hashiyah al-
Dusuqi cala al-sharh al-kabir. Misr: Dar Ihya' al-Kutub al-
c
Arabiyyah.
Al-Ghazali, Muhammad. 1990. Qadaya al-mar'ah bayn al-taqalid
al-rakidah wa al-wafidah. Beirut: Dar al-Shuruq.
Al-Haythami, cAli ibn Abi Bakr. 1407h. Majmac al-zawa'id. 10 jil.
Beirut: Dar al-Kitab al-cArabi.
Ibn Abidin, Muhammad Amin. 1386h. Hashiyah Ibn cAbidin. Cet.
c

ke-2. 6 jil. Beirut: Dar al-Fikr.


Ibn al- Arabi, Abu Bakr Muhammad ibn cAbd Allah. T.th. Ahkam
c

al-Qur'an. 4 jil. Misr: Dar al-Kutub al-cArabiyyah.


Ibn Farhun. 1958. Tabsirat al-hukkam. Misr: al-Halabi.
Ibn Hazm, Abu Muhammad cAli ibn Ahmad ibn Sacid al-Zahiri.
T.th. Al-Muhalla. 11 jil. Beirut: Dar al-Afaq al-Jadidah.
72 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

Ibn al-Humam, al-Kamal Muhammad ibn cAbd al-Wahid ibn cAbd


al-Hamid ibn Mascud al-Siwasi. T.th. Sharh fath al-qadir.
Cet. ke-2. 7 jil. Beirut: Dar al-Fikr.
Ibn Juzzi, Muhammad ibn Ahmad al-Kilabi al-Gharnati. 1975.
Qawanin al-ahkam al-sharciyyah wa masa'il al-furuc al-
fiqhiyyah. Misr: al-Tibacah al-Fanniyyah.
Ibn Muflih, Abu cAbd Allah Muhammad al-Maqdisi. 1418h. Al-
Furuc. Sunt. Abu al-Zahra' Hazim al-Qadi. 6 jil. Beirut: Dar
al-Kutub al-cIlmiyyah.
Ibn Qayyim al-Jawziyyah. 2002. Iclam al-muwaqqicin can Rab al-
c
alamin. Sunt. cIsam al-Din al-Sababati. 4 jil. Al-Qaherah:
Dar al-Hadith.
Ibn Qudamah, Muwaffaq al-Din Abu Muhammad cAbd Allah ibn
Ahmad al-Maqdisi. 1981. Al-Mughni. Al-Riyad: Maktabah
al-Riyad al-Hadithah.
Ibn Rushd, Muhammad ibn Ahmad. 1985. Bidayat al-mujtahid wa
nihayat al-muqtasid. Beirut: Dar al-Macrifah.
Ibn al-Shihnah. 1973. Lisan al-hukkam. Cet. ke-2. Misr: Mustafa
al-Halabi.
Al-Kasani, cAla' al-Din. 1982. Bada'ic al-sana'ic. Cet. ke-2. 7 jil.
Beirut: Dar al-Kitab al-cArabi.
Al-Khattab, Abu cAbd Allah Muhammad ibn cAbd al-Rahman al-
Maghribi. 1398h. Mawahib al-jalil. Cet. ke-2. 6 jil. Beirut:
Dar al-Fikr.
Maraci, Ibn Yusuf al-Hanbali. 1389h. Dalil al-talib. Cet. ke-2.
Beirut: al-Maktab al-Islami.
Al-Marghinani, Abu al-Husayn cAli ibn Abi Bakr ibn cAbd al-Jalil.
T.th. Al-Hidayah sharh al-bidayah. 4 jil. Beirut: Al-
Maktabah al-Islamiyyah.
Al-Mawardi, Abu al-Hasan Muhammad ibn Habib al-Basri al-
Baghdadi. 1971. Adab al-qadi. 2 jil. Baghdad: Matbacah al-
Irshad.
Al-Mawardi, Abu al-Hasan Muhammad ibn Habib al-Basri al-
Baghdadi. 1996. Al-Ahkam al-sultaniyyah wa al-wilayah
al-diniyyah. Sunt. cIsam Faris al-Harastani dan Muhammad
Ibrahim al-Zaghli. Beirut: al-Maktab al-Islami.
Larangan Melantik Wanita Sebagai Hakim 73

Muhammad Nur al-Din Merbau Banjar al-Makki. 1999. Istitlac


ara' al-culama' hawl qawlihi salla Allah calayhi wa sallam:
Lan yufliha qawmun wallau amrahum imra'ah. Al-Machad
al-cAlami li al-Tafaqquh fi al-Din.
Al-Nawawi, Abu Zakariyya Yahya ibn Sharf. 1405h. Rawdat al-
talibin. Cet. ke-2. 12 jil. Beirut: al-Maktab al-Islami.
Nuradilah Hasan. 2004. Tawalli al-mar'ah mansab al-qada':
Maliziya namudhajan. Tesis M.A. Gombak: Universiti
Islam Antarabangsa.
Al-Qarafi, Shihab al-Din Abi al-cAbbas Ahmad ibn Idris ibn cAbd
al-Rahman al-Sanhaji. 2001. Kitab al-furuq. Sunt. Dr.
Muhammad Ahmad Sarraj dan Prof. Dr. cAli Jumcah
Muhammad. 4 jil. Al-Qaherah: Dar al-Salam.
Al-Qudah, Muhammad Tacimah. 1998. Al-Wilayat al-cammah li
al-mar'ah fi al-fiqh al-Islami. Beirut: Dar al-Nafa'is.
Al-Qurtubi, Abu cAbd Allah Muhammad ibn Ahmad ibn Abi Bakr
ibn Farh. 1372h. Tafsir al-Qurtubi. Sunt. Ahmad cAbd al-
c
Alim al-Barduni. Cet. ke-2. 20 jil. Al-Qaherah: Dar al-
Shacb.
Al-Ramli, Muhammad ibn Ahmad al-Ansari. T.th. Matn zabd Ibn
Ruslan. Beirut: Dar al-Macrifah.
Said Qutub. 1992. Fi zilal al-Qur'an. Beirut: Dar al-Shuruq.
Al-Sancani, Muhammad ibn Ismacil al-Amir. 1379h. Subul al-
salam. Sunt. Muhammad cAbd al-cAziz al-Khawli. Cet. ke-
4. 4 jil. Beirut:Dar Ihya' al-Turath al-cArabi.
Al-Sarakhsi, Abu Bakr Muhammad ibn Abi Sahl. 1406h. Al-
Mabsut. 30 jil. Beirut: Dar al-Macrifah.
Al-Shafici, Abu cAbd Allah Muhammad ibn Idris. 1400h. Ahkam
al-Qur'an. Sunt. cAbd al-Ghani cAbd al-Khaliq. 2 jil.
Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.
Al-Shirazi, Abu Ishaq Ibrahim ibn cAli ibn Yusuf. T.th. Al-
Muhadhdhab. 2 jil. Beirut: Dar al-Fikr.
c
Uthman, Muhammad Ra'fat. 1989. Al-Nizam al-qada'i fi al-fiqh
al-Islami. Al-Kuwait: Maktabah al-Falah.
74 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

Zaidan, cAbd al-Karim. 1994. Al-Mufassal fi ahkam al-mar'ah wa


al-bayt al-Muslim fi al-sharicah al-Islamiyyah. Cet. ke-2.
11 jil. Beirut: Mu'assasah al-Risalah.
Al-Zuhayli, Wahbah. 1989. Al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu.
Cet.ke-3. 8 jil. Dimashq: Dar al-Fikr.
Keganasan Terhadap Wanita: Metodologi Penyelesaian Islam 75

5
KEGANASAN TERHADAP WANITA:
METODOLOGI PENYELESAIAN ISLAM
Mohd Nasir Ripin
Aminuddin Ruskam

PENDAHULUAN

Mengikut Jabatan Perangkaan Negara dalam kajian suku pertama


2004, penduduk Malaysia kini berjumlah 25.99 juta orang.
Daripada populasi yang terus meningkat kepelbagaian kaum, etnik
dan agama memerlukan persefahaman dan sikap bertolak ansur.
Kemajmukan serta keharmonian kaum semenjak negara mencapai
kemerdekaan berlangsung melalui kestabilan politik, perpaduan
dan pelaksanaan pembangunan ekonomi negara. Pembangunan
ekonomi dan kesejahteraan sosial bergerak seiring agar wujud
keseimbangan dan kemakmuran yang boleh dinikmati oleh seluruh
rakyat. Walaupun sebahagian besar warga Malaysia berupaya
mencapai matlamat kehidupan masing-masing, namun masyarakat
Malaysia pada hari ini terdedah juga dengan pelbagai cabaran dan
hambatan. Mereka seringkali dikejutkan dengan pelbagai kejadian
atau insiden yang menggerun dan mengejutkan perhatian umum
khususnya mengenai keganasan terhadap wanita.

LATAR BELAKANG MASALAH

Malaysia terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah negara yang


stabil, selamat, dan aman. Rakyatnya yang berbilang kaum
mengamalkan budaya yang beradab, bersopan, penyayang, saling
76 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

hormat menghormati antara satu sama lain. Jika dibandingkan


dengan banyak negara lain, Malaysia pada amnya masih mampu
mempertahankan budaya ini. Malaysia boleh dikategorikan sebagai
sebuah negara yang stabil, selamat dan makmur.
Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, terdapat satu aliran
keganasan terhadap wanita amat membimbangkan. Hampir setiap
hari warga Malaysia dikejutkan dengan berbagai kes keganasan
seperti mencabul kehormatan wanita, gangguan seksual, sumbang
mahram, rogol, liwat dan pembunuhan-pembunuhan dengan cara
yang paling terkutuk dan kejam. Audrey Melissa, Noor Suzaily,
Nursyuhadah Burak, Rafeeza Razali, Wong Lay Yee, Farah Deeba
Rustam, Norliza Sotorus, Mohd Faris Hailzwan, Nurul Hanis
Kamil dan ramai lagi wanita, lelaki dan kanak-kanak adalah di
antara mangsa-mangsa jenayah paling kejam Begitu juga dengan
kematian Laei Pai Sea (23 tahun), Khairun Bee Sharif (52 tahun),
Goh Lee Fang (26 tahun), Li Ming Qian (17 tahun) dan Rosbaita
Yahya (35 tahun) yang dibunuh kejam dalam masa lima hari
(Utusan Malaysia, 13, 18, 21, 23 dan 27 Febuan 2005, Berita
Harian, 14, 22, 24 Febuari 2005, Harian Metro 24 Febuari 2005,
New Straits Times, February, 22, 24 & March 4, 2005)
Dalam kontek ini Perdana Menteri Dato Seri Abdullah
Ahmad Badawi menganggap gejalanya sebagai "the dark side of
human nature" (http://www.kpwkm.gov.my /mal/ucapan, shtml).
Mengikut statistik yang diperolehi daripada pihak polis, tahun
2002 telah merekodkan sebanyak 2,755 kes keganasan terhadap
isteri. Manakala dalam kes rogol tahun 2002 terdapat 1418
meningkat kepada 1,471 (2003) dan menjadi 1,718 (2004)
(http://www.rmp.gov.my/rmp03/ statjsjindeks 97_02 htm)
Sebagai respon terhadap peningkatan kes-kes jenayah,
terutama jenayah terhadap wanita, satu Jawatankuasa Pemandu
Kebangsaan Mengenai Keganasan Terhadap Wanita telah pun
ditubuhkan pada bulan November 2000 bagi mengenalpasti cara-
cara mengatasi masalah keganasan terhadap wanita. Jawatankuasa
ini ditubuhkan di bawah naungan Jabatan Pembangunan Wanita
(HAWA) semasa ia masih berada di Jabatan Perdana Menteri.
Salah satu cadangan yang dibuat ialah supaya HAWA mengadakan
Keganasan Terhadap Wanita: Metodologi Penyelesaian Islam 77

satu kempen Membanteras Keganasan Terhadap Wanita atau


kempen Violence Against Women (http://www.kpwkm.gov.my
/mal/ucapan. shtml)
Setelah Kementerian Pembangunan Wanita dan Kemajuan
Masyarakat (KPWKM) ditubuhkan selain dari menjaga hal ehwal
wanita, tanggungjawab KPWKM telah memutuskan untuk
melaksanakan kempen membanteras keganasan khususnya yang
berlaku ke atas masyarakat yang meliputi wanita lelaki dan kanak-
kanak. Namun begitu, pengkhususan dan perhatian yang
mendalam diberi kepada Keganasan Terhadap Wanita dan
Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Mengenai Keganasan
Terhadap Wanita yang telah ditubuhkan untuk menjadi jentera
utama kempen ini. Mengikut Menteri Pembangunan Wanita dan
Kemajuan Masyarakat fokus utama hanya diberi kepada wanita
dan keluarganya kerana seperti katanya,
we care about what happens to our men and children, too.
We believe that women can and will make the difference,
because they are the center and strength, not only of the
family , community and nation, but the world as well. We
care that our men are being murdered, our children's
throats being slit, just as we care about our women being
violated. After all, isn't instilling positive, nurturing and
caring values, part of family development?"
(http://www.kpwkm.gov.my/mal/ucapanwanita.pl?actions
display record1&year=2001&db=1047549482&start=1)

Berbagai aktiviti telah dilaksanakan menggunakan pelbagai


cara dan usaha untuk mencapai keberkesanan yang menyeluruh.
Pertama, maklumat mengenai kempen ini telah disebarkan selama
3 bulan melalui ikian-iklan tv, akhbar, radio, poster serta risalah.
Pihak media seperti RTM. TVS, NTV7 dan akhbar-akhbar telah
memberi sumbangan 'air-time' dan ruangan kepada iklan-iklan
pencegahan. Begitu juga kempen anti keganasan turut disertai oleh
pihak swasta seperti Arab-Malaysian Banking, Petronas,
Perodua, Siemens, Clara International, Ivoli Sdn.Bhd, Bumiputra
Commerce, Prudential, Bernas, Sime Darby, Jaya Jusco, Philip
78 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

Wain, Nestle, Avon, MacDonald's dan agensi-agensi kerajaan


seperti sekolah dan masjid.
Melalui HAWA dan LPPKN (Lembaga Penduduk dan
Pembangunan Keluarga Negara) yang terdapat di setiap negeri,
ahli-ahlinya telah bergerak hingga ke akar umbi untuk memberi
pendidikan dan kesedaran tentang peranan yang boleh dimainkan
oleh kaum wanita, sebagai ibu, isteri dan anak, dalam
membanteras keganasan. LPPKN pula memainkan peranannya
dengan memasukkan satu bab tambahan mengenai jenayah
keganasan di dalam program-program keibubapaannya. Kempen
ini juga mengenengahkan peranan penting kaum bapa dalam
membantu kaum ibu mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni
serta akhlak yang mulia dan seterusnya menjamin pembangunan
generasi muda yang berkualiti.
Masyarakat umum turut diseru mengambil bahagian dalam
kempen ini dengan mendaftarkan nama sebagai sukarelawan di
halaman web kempen www.wave.gov.my atau www.ombak.
gov.my. Para sukarelawan ini dilatih sebelum disalurkan ke pusat-
pusat krisis "One-Stop-Crisis-Centre" di hospital-hospital Kerajaan
seluruh negara bagi membantu mangsa-mangsa keganasan. Ada
yang dilatih untuk tugas-tugas khas seperti kaunseling dan ada
yang akan dilatih sebagai penyedia khidmat sokongan kepada
mangsa dan kakitangan pusat krisis. Di samping itu KPWKM terus
berusaha menubuhkan lebih banyak rumah perlindungan wanita,
pusat-pusat krisis, serta pusat-pusat khidmat wanita dan keluarga
di seluruh negara.
KPWKM juga mengkaji serta membuat cadangan terhadap
undang-undang seperti undang-undang mengenai jenayah rogol,
sumbang mahram dan penderaan kanak-kanak. Antara cadangan-
cadangan yang akan diketengahkan termasuk penggubalan satu
undang-undang khas untuk jenayah sumbang mahram; serta
hukuman yang lebih berat ke atas mereka yang bersalah di atas
jenayah rogol, sumbang mahram dan rogol beramai-ramai. Dalam
melaksanakan program dan aktiviti, kementerian turut
mendapatkan kerjasama daripada NGO-NGO berkaitan.
Keganasan Terhadap Wanita: Metodologi Penyelesaian Islam 79

Di antara tahun 2000-2005 pastinya telah banyak kempen,


aktiviti, program dan usaha-usaha pencegahan jenayah keganasan
yang dijalankan. la melibatkan berbagai sektor sama ada kerajaan
atau swasta. Begitu juga dengan perbelanjaan jutaan dan ratusan
ribu diperuntukkan khusus untuk membasmi gejala keganasan dari
berleluasa. Walapun demikian isu keganasan terhadap wanita terus
berkembang dan menjadi semakin membimbangkan. Selain
laporan akhbar jadual berikut menjelaskan keganasan terhadap
wanita yang membimbangkan di Malaysia:

Jadual 1 Kes Keganasan Terhadap Wanita 2000-2003

BIL NEGERI 2000 2001 2002 2003


1. Perlis 0 0 0 0
2. Kedah 21 12 31 14
3. Pulau Pinang 6 13 11 1
4. Perak 16 14 27 11
5. Selangor 29 32 47 21
6. Kuala Lumpur 9 15 10 5
7. Negeri Sembilan 7 17 10 11
8. Melaka 13 8 10 7
9. Johor 29 34 47 36
10. Pahang 13 18 35 12
11. Terengganu 16 18 15 5
12. Kelantan 9 21 16 7
13. Sabah 24 30 27 17
14. Sarawak 20 13 16 6
JUMLAH 213 246 306 154
Sumber : Royal Malaysian Police, BukitAman http://www.rmp.gov.
my/rmp03/stat.htm

Jadual 2 Kes Keganasan Terhadap Wanita Bawah Umur 2000-


2003

BIL NEGERI 2000 2001 2002 2003


1. Perlis 0 0 0 0
2. Kedah 0 0 0 0
3. Pulau Pinang 0 24 13 0
4. Perak 16 8 3 10
5. Selangor 60 49 41 3
6. Kuala Lumpur 113 123 66 5
80 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

7. Negeri Sembilan 4 1 0 0
8. Melaka 16 14 1 0
9. Johor 131 82 43 0
10. Pahang 9 20 5 4
11. Terengganu 0 0 0 0
12. Kelantan 0 0 0 0
13. Sabah 1 0 0 2
14. Sarawak 23 13 3 0
JUMLAH 373 334 175 24
Sumber : Royal Malaysian Police, BukitAman http://www.rmp.gov.
my/rmp03/stat.htm

Jadual 3 Kes Keganasan Domestik 2000-2003

BIL NEGERI 1999 2000 2001 2002 2003


1. Perlis 39 39 27 39 7
2. Kedah 212 177 179 177 118
3. Pulau Pinang 452 399 431 269 138
4. Perak 169 269 185 135 106 J
5. Selangor 760 877 855 942 474
6. Kuala Lumpur 322 264 162 131 76
7. Negeri Sembilan 459 349 318 242 162
8. Melaka 134 92 56 67 38
9. Johor 392 377 379 187 125
10. Pahang 191 150 161 202 133
11. Terengganu 32 24 29 10 5
12. Kelantan 103 33 36 47 11 1
13. Sabah 139 102 86 85 40
14. Sarawak 393 316 203 222 132
JUMLAH 3,806 3,468 3,107 2,755 1,565
Sumber : Royal Malaysian Police, BukitAman http://www.rmp.gov.
my/rmp03/stat.htm

Jadual 3 Kes Rogol 2000-2003

BIL NEGERI 1998 1999 2000 2001 2002 2003


1. Perlis 8 14 12 10 13 1
2. Kedah 115 129 110 123 132 39
3. Pulau Pinang 71 75 61 75 72 14
4. Perak 119 146 91 79 100 32
5. Selangor 251 224 216 269 253 105
6. Kuala Lumpur 104 70 67 97 120 27
Keganasan Terhadap Wanita: Metodologi Penyelesaian Islam 81

7. Negeri Sembilan 83 81 59 82 62 21
8. Melaka 51 46 43 43 57 16
9. Johor 175 229 194 234 235 104
10. Pahang 126 93 74 79 79 26
11. Terengganu 69 75 48 48 45 6
12. Kelantan 59 35 52 74 70 17
13. Sabah 159 146 109 94 115 38
14. Sarawak 99 106 81 79 77 18
JUMLAH 1,489 1,469 1,217 1,386 1,431 464
Nota: 2003 setakat Julai 2003
Sumber: Royal Malaysian Police, BukitAman http://www.rmp.gov.
my/rmp03/stat.htm

PUNCA-PUNCA KEGANASAN

Berdasarkan kajian dalam dan luar negara menunjukkan bahawa


antara punca-punca keganasan yang dikenalpasti termasuk
kemiskinan, pengangguran, ketidakstabilan ekonomi,
penyalahgunaan dadah dan alkohol serta pengaruh bahan lucah.
Terdapat juga kajian yang mendapati bahawa sebab utama wanita
menjadi mangsa keganasan ialah kerana wujudnya
ketidaksamarataan atau 'inequality' di antara lelaki dan wanita.
Ketidaksamarataan antara jantina ini didapati wujud di dalam
masyarakat di mana kaum bapa berada di tahap lebih berkuasa dan
ada di antara mereka yang merasakan boleh membuat apa sahaja
ke atas wanita, (http://www. Kpwkm.gov.my/mal/ucapan.shtml)
Kanak-kanak yang membesar dalam persekitaran ini akan
mempelajari tentang jurang kuasa ini dan di sinilah bermulanya
disempowerment' terhadap wanita. Apabila digabungkan dengan
konsep kuasa (power and control), pembesaran generasi muda di
dalam kitaran keganasan dan penderaan serta pemikiran tentang
sifat-sifat kelelakian yang macho, terbitlah pula faktor penyebab
keganasan rumahtangga. Disamping itu terdapat banyak konsep
baru mengenai keganasan seperti klasifikasi diskriminasi gender,
ketidaksamarataan "inequality" dan ketidaksamarataan peluang-
peluang (inequal opportunities) terutama terhadap wanita sebagai
82 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

satu bentuk keganasan. la dianggap sebagai satu keganasan kerana


ia menghalang wanita daripada menikmati hak asasi mereka
(http://www.kpwkm.gov.my /mal/ucapan.shtml)
Dalam kajian yang dibuat oleh Nicholas Groth, penulis
buku Men Who Rape: The Psychology Offender mendapati mereka
yang terbabit dalam rogol dan bunuh selalunya disebabkan oleh
kemarahan serta kuasa dan tidak selalunya nafsu. (Utusan
Malaysia, 27 Febuari 2005). Berdasarkan latar belakang ini, maka
tidak salahlah kalau ada tanggapan bahawa pembunuhan terhadap
mangsa yang lemah seperti kes bunuh lima wanita di Selangor dan
Kuala Lumpur ini sebagai satu cara untuk menunjukan kuasa.

METODOLOGI PENYELESAIAN ISLAM

Manusia merupakan makhluk Allah yang ciptakan dengan


berbagai kelebihan dan keistimewaan. Di antaranya di beri rezeki
yang baik serta dimuliakan dengan gelaran sebagai khalifah di
muka bumi. Dalam hal ini Allah SWT berfirman:

Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah


memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri
mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat
dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada
mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami
telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas
banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.
(al-lsra':70)

Islam adalah agama wahyu yang diturunkan oleh Pencipta


yang Maha Agong. Sesuai dengan status yang mulia, manusia
dikurniakan agama Islam sebagai cara hidup. Agama inl
menganjurkan agar manusia sebagai penghuni alam ini hidup
secara harmoni serta mendokong prinsip perdamaian dan
kesejahteraan. Islam tidak merestui sebarang bentuk keganasan,
Keganasan Terhadap Wanita: Metodologi Penyelesaian Islam 83

kezaliman, pencerobohan, penindasan, pembunuhan, dan


pemusnahan harta benda. Firman Allah SWT

Maksudnya: Janganlah kamu berbuat kerosakan di


muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya.
(al-A'raaf:56)

Allah SWT pemilik segala yang ada di alam ini memberi


peluang hidup kepada semua manusia. la juga membimbing
mereka yang mahu menuruti jalan kebenaran bagi mendapat
keredaanNya. Oleh yang demikian, amatlah jelas bahawa Islam
mengajar keamanan dan Islam adalah agama atau cara hidup yang
amat bertolak ansur terhadap semua golongan manusia lelaki dan
wanita. Masyarakat Islam dipandu pemikiran dan tindakannya oleh
al-Quran dan al-Sunnah untuk berfungsi menegakkan keadilan
walaupun untuk orang yang dibenci.

Maksudnya: Hai orang beriman, hendaklah kamu


menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi
dengan adil. Janganlah kamu tertarik kerana
kebencianmu kepada satu kaum, sehingga kamu tidak
berlaku adil. Berlaku adillah kerana keadilan itu lebih
dekat kepada takwa dan takutlah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang
kamu kerjakan."

(al-Maidah: 8)

Seandainya fungsi Islam dinafikan nescaya norma dan nilai


akan menjadi bercelaru. Manusia tanpa agama dan peraturan hidup
seolah-olahnya telah menjadi haiwan. Malah kemungkinan
keadaannya lebih buruk dari haiwan. Sebab manusia telah
mengeksploitasi kemampuan dan fasiliti ilmiahnya di jalan yang
menyimpang. Kerana itu mematuhi Islam dan panduannya yang
berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah menjadi satu kemestian.
84 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

Maksudnya: Dan Kami turunkan kepadamu (wahai


Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa
kebenaran, untuk mengesahkan benamya Kitab-kitab
Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk
memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah
hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa
yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan
Janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu
mereka (dengan menyeleweng) dan apa yang telah
datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat
yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu
Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh ma'mg-
masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya la
menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama
yang satu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam
menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu.
Oleh itu behumba-lumbalah kamu membuat kebaikan
(beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah
tempat kembali kamu semuanya, maka la akan
memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.

(al-Maidah: 48)
Berdasarkan kenyataan ini, jelas menunjukkan penghayatan
atau amalan Islam dapat mencegah manusia daripada dikuasai oleh
hawa nafsu yang sering mempengaruhi manusia melakukan dosa,
maksiat dan keganasan. Islam adalah satu-satunya prinsip Rabbani
yang benar, jauh dari penyimpangan dan kesalahan. Islam dapat
menyempurnakan kemanusiaan di bawah naungannya. Tanpa
Islam, segala sesuatu yang ada dalam manusia dan untuk manusia
akan musnah. Muhammad Abu Zuhrah dalam kitabnya al-Jarimah
wal-Uqubah Fi al Fiqh al-lslam menyebut lima asas atau pokok
persoalan kemanusiaan iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan
harta, semuanya akan musnah sekiranya Islam tidak mengawalnya.
Keganasan Terhadap Wanita: Metodologi Penyelesaian Islam 85

1) Menjaga kepentingan agama

Dalam sejarah, Islam tidak pernah memaksa seseorang untuk


mengubah agama dan keyakinan. Lebih-lebih lagi untuk
membunuh seseorang dengan paksaan supaya mengubah agama
dan keyakinannya.Masyarakat Islam telah memerintah India
selama berabad-abad. Padahal mereka berkemampuan untuk
menghapuskan semua keyakinan yang bertentangan dengan Islam.
Tetapi, tidak pernah terjadi satu peristiwa pemaksaan mengubah
agama terhadap seseorang. Kerana itu penduduk India yang bukan
Islam jumlahnya masih tetap melebihi masyarakat Islam
(Aminuddin Ruskam, 2005:105)
Arnold Toynbee berkata "Di Itali ramai penduduk yang
merindukan kekuasaan Turki (Islam). Mereka mengharap
mendapatkan kembali penjagaan mereka seperti pernah terjadi
sebelumnya, dengan kebebasan dan toleransi yang tidak pernah
diperolehi dalam pemerintahan Kristian manapun." Selanjutnya
beliau mengatakan, "Orang-orang Yahudi Sepanyol yang tertindas
melarikan diri dalam kelompok yang besar. Mereka hanya
meminta perlindungan kepada Turki pada akhir abad kelima
belas." (Ahmad Sarwat, http://www.mail-archive.com/media-
dakwah@yahoo groups, corn /msg00017.html)

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah pasti menolong orang


yang menolong (agama)Nya. Sesungguhnya Allah
benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (iaitu)
orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan
mereka di muka bumi niscaya mereka mendihkan shalat,
menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma'ruf dan
mencegah perbuatan yang munkar; dan kepada Allahlah
kembali segala urusan."

(al-Hajj: 40-41)
86 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

Ayat tersebut dengan jelas menyuruh setiap muslim agar


mendirikan solat yang disifatkan sebagai tiang agama
Pemeliharaan agama akan mengarahkan manusia menyuruh
kepada yang makruf serta mencegah dari kekasaran dan
kemungkaran. Dengan demikian mereka yang menjaga agama
tidak akan terpengaruh dengan gejala yang merosakkan manusia
dan kehidupannya

Sebaliknya Amerika Syarikat dan negara-negara kuasa


besar terang-terangan melakukan pemerkosaan nilai kebebasan
beragama. Di negara-negara kapitalis penafian kebebasan
beragama dilakukan kadang-kadang dengan terang-terangan dan
kadang-kadang secara sembunyi. Tegasnya orang tidak akan dapat
memelihara agamanya kecuali Islam hadir di tengah-tengahnya.
Tanpa Islam tidak akan ada kebebasan beragama.

2) Menjaga keselamatan jiwa

Hak untuk mendapat kehidupan merupakan hak suci semua


makhluk di bumi ini termasuk juga manusia, kecuali dalam
beberapa keadaan tertentu. Sehubungan dengan itu Allah
berfirman:

Maksudnya: "Barangsiapa yang membunuh seorang


manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang
lain, atau bukan kerana membuat kerosakan di
muka bumi.maka seakan-akan dia telah membunuh
manusia seluruhnya. Dan barangsiapa yang
memelihara kehidupan seorang manusia, maka
seolah-olah ia telah memelihara kehidupan manusia
seluruhnya."
(al-Ma'idah: 32)
Keganasan Terhadap Wanita: Metodologi Penyelesaian Islam 87

Situasi dunia kini menunjukkan sebaliknya jika Islam


berundurdari percaturan dunia. Manusia akan begitu mudah
membunuh sesama manusia, semudah meminum air, dengan alasan
atau tanpa alasan. Dunia sekarang, yang dinilai sebagai dunia
peradaban, telah menyaksikan kekejian di sebarkan dengan terang-
terangan. Di Rusia sebagai contoh, untuk mewujudkan dan
melaksanakan ajaran komunisme, telah terbunuh 19.000.000
orang. Setelah komunisme berkuasa, rakyatnya telah dihukum
secara keji sekitar 2,000,000 orang manakala 4 atau 5 juta orang di
usir dari Rusia (Ahmad Sarwat, http://www.mail-
archive.com/media-dakwah@yahoo groups, corn /msg00017.
html)

Apa erti semua pembunuhan dan penghapusan kaum di


Afrika, Panama, Jerman, Bosnia, Palestin, Afghanistan dan Iraq.
Apa ertinya bom atom, hidrogen, kimia dan senjata nuklier? Apa
ertinya penentangan di negara-negara yang mengamalkan
demokrasi terhadap rakyatnya yang menentang
penguasa? Apa ertinya penghapusan lawan-lawan politik di
setengah negara? Apa ertinya pembunuhan terus-menerus terhadap
masyarakat Islam di India? Apa ertinya membangun istana-istana
dan tengkorak manusia? Semua itu menunjukkan bahwa jiwa
manusia sudah tidak ada nilainya. Sekiranya Islam hadir secara
nyata di tengah-tengah percaturan dunia, pastinya tidak akan
terjadi pembunuhan, penindasan dan pencerobohan hak ke atas
manusia (Aminuddin Ruskam, 2005: 105).

3) Menjaga kepentingan akal

Masyarakat dunia dengan sistem pemerintahnya telah mencapai


puncak pembangunan yang menyeronokkan. Bagaimanapun tujuan
utamanya bukan untuk menjaga kemuliaan akal manusia. Sistem
pemerintahan sekular membenarkan bahwa ilmu berada di satu
sudut dan kenyataan berada di sudut lain. Misalnya, ilmu
88 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

mengatakan arak adalah membahayakan kesihatan, tetapi


kenyataannya hampir di semua negara dan sistem pemerintahan
membolehkannya. Ilmu menyatakan bahawa rokok boleh
membawa penyakit, tetapi kenyataannya, seluruh dunia
menggalakkannya. Ilmu membuktikan bahwa perzinaan boleh
merosakjenerasi manusia, tetapi kenyataan menunjukkan di
beberapa negara perzinaan dihalalkan. Hmu juga membuktikan
bahwa wanita berbeza dengan lelaki dari segi fungsinya, tetapi
kenyataannya wanita menuntut hak persamaan dengan kaum
lelaki. Dalam isu penagihan arak, al-Quran menjelakan bahawa ia
merupakan punca berlakunya maksiat, kerosakan dan keganasan
(Aminuddin Ruskam, 2005: 105) Firman Allah SWT:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman!


Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan
berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak
panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan
Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya
kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah
bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan
kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi,
dan rnahu memalingkan kamu daripada mengingati
Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu,
mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-
perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih
berdegil)?
(al-Maidah: 90-91)

Dalam era modenisme, pascamodenisme dan rasionalisme


kepalsuan dan pembohongan tersebar tanpa batas dalam media
eletronik dan media massa. Desas-desus dan gosip bermaharajalela
tanpa kawalan. Manipulasi dengan bukti rekaan membenarkan
penindasan dan tindakan kriminal. Oleh itu jadilah politik sebagai
kancah dusta dan penipuan. Bagi mendokong kerja-kerja kejahatan
digunakanlah berbagai disiplin ilmu yang dimanipulasi untuk
menghalalkannya. Pokoknya akal manusia dicemari dengan
berbagai kesalahan dan kesesatan. Hanya dengan berpegang
Keganasan Terhadap Wanita: Metodologi Penyelesaian Islam 89

kepada Islam, manusia dapat mengembalikan maruah dirinya dan


memelihara akalnya. Apabila akal waras terpelihara, tindakan
manusia akan berlandaskan nilai kemaknusiaan yang setaraf
dengan kemuliaannya (Aminuddin Ruskam, 2005:105)

4) Menjaga keturunan

Manusia tidak akan mampu memelihara keturunannya kecuali


dengan tegaknya Islam. Apabila masyarakat Islam memerintah
dunia, maka keturunan manusia akan dijaga dan dipelihara. Di
negara Perancis misalnya, angka kelahiran terus menerus menurun
sejak dekad enam puluhan. Pada permulaan abad 20 pemerintah
Perancis terus kekurangan pemuda-pemuda yang layak menjadi
sukarelawan. Di Sweden pula berlaku penurunan angka individu
yang berkeluarga dibandingkan dengan rakyatnya yang tidak mahu
berkeluarga. Nisbah kelahiran anak haram terus meningkat dengan
pesat. Dua puluh peratus (20%) dari muda-mudinya yang sudah
akil baligh bertekad tidak akan berkahwin buat selama-lamanya.
Manakala nisbah penceraian adalah terbesar di dunia. Menurut
statistik Kementerian Hal Ehwal Sosial Sweden, penceraian
berlaku pada setiap enam atau tujuh daftar perkahwinan.
Hubungan sexual lelaki dan perempuan telah berubah 95%.
Mereka mengubah cara hubungan sex melalui proses pencegahan
kehamilan. Sedangkan 5% yang hamil dihalalkan menggugurkan
anaknya atau membunuhnya. Menurut Hakim Lancy Di Amerika
sekurang-kurangnya satu juta kehamilan dalam setahun dan
beribu-ribu anak lahir kemudiannya dibunuh". Manakala di gadis-
gadis Jerman akan merasa malu jika masih berstatus perawan.
(Ahmad Sarwat, http://www.mail-archive.com/ media-
dakwah@yahoo groups.com/msg00017.html)
Apakah semua itu untuk memelihara keturunan manusia?
Jelas keturunan manusia tidak akan terpelihara dengan sempurna
kecuali berpegang pada ajaran Islam. Kerana itu, manusia tanpa
Islam bererti membunuh dan menganiaya dirinya serta hidup
dalam kepedihan walaupun nampak mewah. Kemanusiaan tanpa
90 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

Islam bermakna merosakkan masa depan dirinya, meruntuhkan


kebahagiaannya dan hidup dalam duka lara yang berpanjangan.

Maksudnya: Perempuan yang berzina dan lelaki yang


berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari
keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu
dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap
keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika
benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat: dan
hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan
kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang
yang beriman.
(al-Nur: 2)

5) Menjaga keselamatan harta

Menjaga dan memelihara harta manusia merupakan sesuatu yang


fundamental dan merupakan keperluan asasi bagi manusia.
Sekiranya Islam tiada maka musnahlah harapan terpelihara harta
benda. Suatu fenomena historis tentang pemeliharaan harta terjadi
ketika Abu 'Ubaidah bin Jarrah merasa tidak mampu melindungi
penduduk Nashrani, la mengembalikan jizyah (cukai) yang
diterimanya daripada penduduk Nasrani. Ini jelas lahirnya satu era
keadilan yang sukar ditemui dalam sejarah manusia. Lahirnya
masyarakat baru yang tidak didapati di dunia sesudah mereka. laitu
masyarakat yang menjamin seluruh tonggak kehidupan dan
eksistensi manusia (Ahmad Sarwat, http://www.mail
archive.com/media-dakwah@yahoo groups.com /msg00017. html)
Bandingkan fenomena tersebut dengan apa yang dilakukan
imperialis di negara-negara jajahan khususnya apa yang dilakukan
oleh Amerika terhadap Iraq. Khazanah dan artifak yang sangat
berharga dan tinggi nilainya diangkut ke Amerika. Dalam
masyarakat Islam, mereka bebas memiliki harta dan hartanya tidak
diambil kecuali dengan haq. Dalam masyarakat komunis rakyat
tidak diberikan hak pemilikan. Semua harta adalah milik negara.
Dalam masyarakat kapitalis pula secara lahiriah harta manusia
Keganasan Terhadap Wanita: Metodologi Penyelesaian Islam 91

dijaga, tapi hakikatnya harta mereka dicuri dengan jalan riba,


penimbunan modal, eksploitasi, menghancurkan hak-hak kaum
fakir dan orang-orang miskin. Harta manusia tidak akan terpelihara
oleh manusia kecuali dengan Islam. Islam tidak akan memberikan
harta kepada siapapun dengan cara zalim dan tidak akan
mengambil harta dengan cara zalim pula. Jadi tidak akan ada
manusia yang boleh berbuat zalim atau dizalimi dalam masyarakat
muslim.

Maksudnya: Dan orang lelaki yang mencuri dan orang


perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah
tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa
yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu
hukuman pencegah dari Allah Dan (ingatlah) Allah
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(al-Maidah: 38)

KESIMPULAN

Tegasnya Islam adalah agama wahyu yang menganjurkan agar


manusia sebagai penghuni alam ini hidup kesejahteraan dan
mendokong prinsip perdamaian. Islam tidak merestui keganasan
kezaliman pemusnahan harta benda, kehilangan dan korban nyawa.
Sekiranya Islam tiada dan pentas kehidupan nescaya segala sesuatu
yang ada di bumi irn tidak ada yang berada pada tempatnya dan
semuanya dalam keadaan yang tidak tetap. Norma-norma akan
menjadi tidak menentu dan nilai-nilai menjadi bercelaru. Tiada
Islam di alam ini akan menjadikan segala sesuatu berada bukan
pada tempatnya. Islam adalah satu-satunya prinsip Ketuhanan yang
benar dan lurus, jauh dari penyimpangan dan kesalahan. Cara
hidup Islam satu-satunya yang dapat menyempurnakan
kemanusiaan di bawah naungannya. Tanpa Islam, segala sesuatu
92 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

yang ada pada manusia akan musnah. Islam datang untuk menjaga
dan memelihara lima asas kemanusiaan iaitu agama, jiwa, akal,
keturunan dan harta benda.

RUJUKAN

Muhammad Abu Zuhrah (t.t) al-Jarimah wal-uqubah fi al Fiqh al-


Islam, Kaherah: Dar al-Kitab.
Aminuddin Ruskam al-Dawamy (2005). Islam dan isu-isu semasa.
Pusat Pengajian Islam danPembangunan Sosial; UTM
Skudai
http://www.kpwkm.gov,my/rnai/ucapanwanita.pl?action=
displayrecord1&year=2001&db=1047549482&star t=1
http://www.kpwkm.gov.my/mal/ucapan.shtml
http://www.mail-archive.com/mediadakwah@yahoogroups.com
/msg00017.html
http://www.statistics.gov.my/Melayu/frameset_datapenting.php?
fid=top
Tafsir Pimpinan Kepada Pengertian al-Quran (1988) Bahagian
Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri: Kuala
Terengganu, Yayasan Islam Terengganu
Utusan Malaysia, 13 Febuari 2005
Utusan Malaysia, 18 Febuari 2005
Utusan Malaysia, 21 Febuari 2005
Utusan Malaysia, 23 Febuari 2005
Utusan Malaysia, 27 Febuari 2005
Berita Harian, 6 Januari 2005
Berita Harian, 7 Januari 2005
Berita Harian, 14 Febuari 2005
Berita Harian, 22 Febuari 2005
Harian Metro, 21 Febuari 2005
Harian Metro, 24 Febuari 2005
New Straits Times, February 22, 2005
New Straits Times, February 24, 2005
New Straits Times, March 4, 2005
Fenomena Kahwin Singkat di Kalangan Pasangan Islam 93

6
FENOMENA KAHWIN SINGKAT DI
KALANGAN PASANGAN ISLAM:
CABARAN TERHADAP WANITA ISLAM
MASA KINI
Siti Norlina Muhamad
Abdul Hafiz Abdullah
Ahmad Kilani Mohamed
Maznah Ali

PENDAHULUAN

Peningkatan kadar perceraian di kalangan pasangan Islam


merupakan salah satu isu yang perlu diketengahkan dan dikaji
bersama kerana ia merupakan satu cabaran besar terhadap peranan
yang sepatutnya dimainkan oleh wanita. Di samping itu, ia juga
turut menjejaskan keharmonian keluarga dan masyarakat.
Perceraian sering mengakibatkan nasib anak-anak tidak terbela dan
meningkatkan gejala sosial dalam negara.
Secara puratanya, kadar perceraian di Malaysia
membabitkan 13,000 pasangan setahun sejak tahun 1998. Statistik
berikut menunjukkan kes perceraian yang berlaku di semua negeri
di Malaysia. Walau bagaimanapun kes-kes yang dinyatakan di
bawah tidak semestinya yang berlaku pada tahun 2003 sahaja.
94 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

Jadual 1.1: Statistik Perkahwinan dan Perceraian 2003

NEGERI KAHWIN CERAI % PERCERAIAN


Perlis 1868 253 13.5
Kedah 16735 1085 6.5
Pulau 3226 925 28.7
Pinang
Perak 8247 1363 16.5
Selangor 12314 3158 25.6
Kuala 3736 892 23.8
Lumpur
Negeri 3488 684 19.6
Sembilan
Melaka 2573 508 19.7
Johor 10510 1612 15.3
Pahang 7521 917 12.2
Terenggan 5965 897 15
u
Kelantan 13205 1926 14.6
Sarawak 4333 651 15
Sabah 7112 570 8.1
Labuan 237 28 11.8
Jumlah 101,070 15,469 15.3
Sumber:Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Kadar perceraian ini boleh dikurangkan jika setiap


pasangan yang belum berkahwin memahami tujuan, matlamat dan
arah tuju perkahwinan tersebut. Masyarakat Islam seharusnya
menyedari bahawa tujuan pembentukan rumahtangga menurut
Islam adalah bagi mencapai tujuan hidup individu dan masyarakat.
Mendirikan rumahtangga menurut Islam adalah bagi mencapai
tujuan hidup individu dan masyarakat. Mendirikan rumahtangga
sebenarnya bukan hanya satu kepentingan untuk individu tetapi ia
juga merupakan satu keperluan sosial.
Perkahwinan bertujuan mengikat suami, isteri dan anak-
anak dengan ikatan yang kukuh. Ikatan tersebut boleh
menghilangkan perasaan kesunyian. Ia juga menjadikan seseorang
itu lebih berupaya memikul tanggungjawab yang lebih besar dan
Fenomena Kahwin Singkat di Kalangan Pasangan Islam 95

berat serta dapat menghadapi hidup dengan berani dan dedikasi.


Seseorang individu itu juga akan lebih gembira dan bersemangat
kerana menyedari kerja yang dilakukan itu bukan sahaja untuk
dirinya seorang sahaja tetapi juga untuk mereka yang dikasihi iaitu
anak dan isteri.
Perceraian biasanya terjadi kerana pasangan tersebut
kurang didikan agama, sikap tidak matang suami atau isteri,
hubungan pasangan yang tidak positif serta gagal menjalankan
amanah, tugas dan tanggungjawab masing-masing. Kasih sayang
yang sepatutnya dibajai dalam rumahtangga bertukar menjadi
benci dan dendam. Islam menghalalkan cerai sebagai satu cara
untuk menyelesaikan perselisihan antara suami isteri setelah tidak
ada lagi cara lain untuk mengatasinya. Firman Allah S.W.T yang
bermaksud: Dan jika kamu (suami-isteri) bercerai, Allah akan
melapangkan hidup masing-masing dan adalah Allah itu maha luas
kurniaan-Nya dan maha bijaksana. (al-Nisa:130)
Data perceraian di negeri Johor turut menunjukkan kadar
yang semakin meningkat. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh
Jabatan Agama Johor, data perceraian bagi tahun 1999 ialah 1351,
tahun 2000 ialah 1628, tahun 2001-1955 kes, tahun 2002-1818 kes
dan tahun 2003 ialah 1612 kes. Jadual di bawah menunjukkan kes-
kes perceraian yang berlaku di daerah-daerah di Johor mengikut
tempoh perkahwinan mereka.
96 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

Jadual 1.2: Kes-kes perceraian yang berlaku di Johor mengikut tempoh


perkahwinan mereka.

Tempoh 1 1-5 6-10 11-15 16-20 21 Tiada Jumlah


Perkah- tahun tahun tahun tahun tahun tahun makl-
winan ke ke umat
bawah atas
Johor
Bahru 73 374 393 229 122 116 52 1359
Muar
23 88 53 54 44 31 52 345
Batu
Pahat 32 114 92 87 53 72 14 464

Segamat 12 51 61 32 22 26 1 205

Kluang 32 91 99 71 52 46 49 447
Kota
Tinggi 35 118 89 56 32 53 5 388

Pontian 12 59 74 49 28 27 16 265

Mersing 8 35 30 14 11 10 9 117

Jumlah 227 930 891 592 364 381 204 3590


Statistik Perceraian Jan-Dis 2003 Hingga Bulan Februari 2004
Sumber:Unit Kaunseling, Jabatan Agama Johor. April 2004

FAKTOR SEBELUM PERKAHWINAN

1) Tidak menampilkan kemampuan diri yang sebenar kepada


pasangan

Ini merupakan satu perkara yang penting kerana apabila bakal


suami atau isteri telah mengenali bakal pasangannya dengan baik,
sudah tentu dia dapat menentukan hala tuju rumahtangganya. Oleh
Fenomena Kahwin Singkat di Kalangan Pasangan Islam 97

itu kedua-dua pihak tidak sepatutnya menyembunyikan tabiat dan


kecenderungan masing-masing kerana orang yang
menyembunyikan apa yang ada pada dirinya pada hakikatnya dia
menipu dirinya sendiri. Sifat-sifat yang disembunyikan sebelum
berkahwin tetap akan terserlah apabila mereka hidup bersama.
Seseorang individu juga tidak dapat hidup tenang di
samping pasangan yang bersifat pembohong, penipu, tidak amanah
atau perangai buruk yang lain. Akhlak yang terpancar melalui
pergaulan seharian dapat mendedahkan hakikat peribadi seseorang.
Akhlak buruk individu walau di mana sahaja berada tetap buruk,
begitu juga dengan akhlak baik.

2) Memilih pasangan tanpa mengutamakan ciri beragama

Pasangan suami isteri juga mestilah mempunyai nilai agama dan


pandangan hidup yang teguh. Kedua-dua ciri ini dapat membantu
memberi tenaga dan nafas baru kepada hubungan yang sedang
menghadapi krisis. Kekurangan pengetahuan dan didikan agama
menyebabkan mereka tidak ada panduan dalam membina
rumahtangga yang aman.
Kebanyakan pasangan kini tidak meletakkan faktor agama
dan ketakwaan sebagai perkara paling utama dalam memilih jodoh.
Pasangan yang dipilih bukanlah seorang yang berpegang teguh
kepada ajaran agama dan berakhlak mulia. Akibatnya ada
pasangan yang berlaku curang. Walaupun sudah berkahwin
mereka masih lagi membuat hubungan sulit atau nyata dengan
lelaki atau wanita lain. Ada suami atau isteri yang sanggup berlaku
curang dengan berzina bersama perempuan atau lelaki lain.
Terdapat juga kes di mana suami bersekedudukan dengan wanita
yang menyaranya tempat tinggal, pakaian, makan minum sehingga
lupa tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak.
98 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

3) Tidak mendapat restu sepenuhnya daripada ibubapa

Dalam kes-kes tertentu ada sesetengah pasangan menerima


tekanan hebat daripada mertua yang tidak merestui perkahwinan
mereka. Perasaan tidak puas hati dan tidak menyukai menantu
pilihan anak, menyebabkan mereka tidak dapat menerima
kehadiran menantu tersebut dalam keluarga mereka. Menghadapi
situasi begini memanglah satu cabaran besar terhadap pasangan
terbabit. Sikap mertua yang tidak dapat menerima bahawa jodoh
pertemuan di tangan Allah boleh menyebabkan timbul ketegangan
yang berterusan dalam rumahtangga anak-anak.

4) Tempoh perkenalan dan percintaan terlalu lama

Kesan daripada perkenalan dan percintaan yang terlalu lama di


antara kedua-dua pasangan juga boleh menyebabkan berlakunya
perkahwinan singkat. Usia percintaan yang terlalu lama
mendorong mereka mengenali pasangan masing-masing dengan
mendalam hingga tiada lagi kemanisan dalam hidup
berumahtangga. Selepas perkahwinan, masing-masing mudah
berasa jemu sehingga hubungan mereka menjadi hambar, sejuk
dan basi. Inilah punca bagi sesetengah kes perceraian di mana
mereka telah bercinta berbelas tahun iaitu dari bangku sekolah
tetapi apabila selamat diijabkabulkan perkahwinan tersebut hanya
dapat bertahan sebulan atau dua bulan sahaja.

FAKTOR SELEPAS PERKAHWINAN

1) Tidak memahami tanggungjawab masing-masing

Setiap manusia mempunyai hak dan tanggungjawab. Begitu juga


dengan kehidupan suami-isteri. Kewajipan suami adalah
merupakan hak bagi seorang isteri dan kewajipan isteri merupakan
satu hak bagi seorang suami. Walau bagaimanapun kebiasaannya
individu beria-ia menuntut haknya tanpa berusaha menyedarkan
Fenomena Kahwin Singkat di Kalangan Pasangan Islam 99

diri sendiri terhadap tanggungjawab yang seharusnya dilaksanakan


terhadap orang lain. Situasi ini juga berlaku dalam kehidupan
suami isteri yang akhirnya membawa kepada keruntuhan
rumahtangga.
Antara tanggungjawab suami terhadap isteri yang biasanya
diabaikan oleh para suami ialah:
1) Memberi nafkah zahir dan batin, pakaian dan tempat tinggal
mengikut kemampuan suami.
2) Tidak membuka keaiban isteri di khalayak ramai termasuk
dalam perkara yang bersangkutan dengan soal rumahtangga.
3) Tidak mengasingkan diri di luar rumah isteri bila terjadi
perselisihan dalam rumahtangga.
4) Memberi nasihat kepada isteri dengan cara yang lemah lembut
kerana mereka manusia yang berjiwa lemah.
Bagi pihak isteri pula tanggungjawab yang sering
diabaikan oleh para isteri terhadap suami mereka ialah:
1) Menyerahkan dirinya zahir dan batin untuk suami.
2) Mendahulukan kepentingan suami dari kepentingan orang lain
walaupun ibubapa sendiri, di dalam perkara kebaikan.
3) Tidak membiarkan orang lain masuk ke dalam tempat tidurnya
kecuali keluarga atau orang yang ada kepentingan dalam
urusan suami-isteri.
4) Tidak melakukan puasa sunat tanpa izin suami.
5) Tidak bercakap kasar dengan suami yang boleh mengguris
hatinya. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
Seseorang isteri tidak menyakiti suaminya di dunia ini
melainkan berkata isterinya dari bidadari, Janganlah engkau
menyakitinya. Dia hanya berada di samping engkau buat
sementara sahaja. Besar kemungkinan tidak berapa lama lagi
dia akan memisahkan engkau. (Riwayat Tirmizi)
6) Menjaga rumahtangga suami dan anak-anaknya serta
mendidiknya dengan pendidikan yang baik. Sabda Rasulullah
S.A.W. yang bermaksud: Isteri adalah penjaga rumahtangga
suaminya dan anak-anaknya. Dan kamu semua adalah penjaga
dan kamu semua akan ditanya (dipertanggungjawabkan) ke
atas jagaanmu. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
100 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

7) Membersihkan diri dan pakaian untuk kepentingan suami,


tidak membuat hutang piutang tanpa diketahuinya dan
memperlihatkan muka yang manis setiap hari supaya suami
reda dan gembira.

2) Sikap dan perwatakan pasangan

Dalam kes-kes perkahwinan singkat, punca perceraian selalunya


disebabkan sikap dan perwatakan pasangan itu sendiri. Ramai
antara mereka tidak mempunyai pegangan yang tegas sehingga
menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan orang lain.
Sepatutnya setiap pasangan harus berusaha untuk mengatasi dan
menangani masalah yang dihadapi bukan berserah bulat-bulat
kepada nasib sahaja. Mereka sepatutnya mencari pendekatan yang
munasabah supaya segala masalah dapat dirungkaikan. Pasangan
juga tidak seharusnya mempunyai sikap suka menyalahkan orang
lain dan tidak sanggup menerima kelemahan diri sendiri.
Suami atau isteri juga seharusnya bangga berada di
samping pasangan masing-masing. Ada di kalangan suami yang
berasa jengkel berjalan dengan isteri berbaju kurung kerana
beranggapan isteri kekampungan sebaliknya lebih suka isterinya
berpakaian mendedahkan aurat atau berpakaian you can see agar
kelihatan anggun di matanya walaupun ketika berada di khalayak
ramai. Inilah sikap suami yang tidak sensitif terhadap harta yang
bernilai yang ada di sisinya sebaliknya berasa bangga dengan
kecantikan isteri ditatapi dan dinikmati oleh orang lain. Akhirnya
tindakan tersebut menyebabkan isterinya dipikat oleh orang lain
dan ikatan perkahwinan terlerai di pertengahan jalan.
Setiap pasangan juga haruslah menyedari bahawa harta
bukanlah satu-satunya asas penting dalam menentukan kebahagian
rumahtangga. Apa yang lebih penting ialah peribadi seseorang itu
sendiri. Oleh itu kemahiran menilai kekuatan dan kelemahan diri
masing-masing amat perlu bagi mengelak berlaku perceraian.
Fenomena Kahwin Singkat di Kalangan Pasangan Islam 101

3) Tidak dapat menerima diri pasangan seadanya.

Suami atau isteri perlu menerima diri pasangan masing-masing


seadanya kerana manusia tidak ada yang sempurna. Islam telah
menunjukkan garis panduan yang berguna kepada pasangan suami
isteri dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Perkara paling
penting adalah bertolak ansur dan jangan berburuk sangka dalam
menghadapi apa jua keadaan. Nabi S.A.W. bersabda yang
bermaksud: Janganlah seseorang mukmin membenci seorang
mukminah (isteri). Ini kerana walaupun ada satu perangainya yang
tidak disukai oleh suami, tetapi (tentu) ada perangainya yang lain
yang disukai. (Riwayat Ahmad dan Muslim)
Dalam hadis ini Rasulullah S.A.W. menekankan agar
seorang suami tidak membenci isteri semata-mata atas satu perkara
yang tidak disukainya. Jangan jadikan perkara kecil untuk
bersengketa, sedangkan banyak lagi perkara baik yang dilakukan
isteri yang perlu diberi perhatian dan penghargaan oleh suami.

4) Kurang persefahaman.

Dalam membina kerukunan rumahtangga, suami-isteri haruslah


mempunyai pertalian jiwa. Kegembiraan, kemesraan dan
kebahagiaan tidak akan wujud tanpa adanya ikatan pertalian jiwa.
Perkahwinan lahiriah sahaja tidak akan kekal lama dan yang paling
baik ialah perkahwinan lahir dan batin.
Dalam pergaulan seharian suami isteri seharusnya berusaha
memperlihatkan kejujuran masing-masing terhadap satu sama lain.
Bagi perkara-perkara yang tidak perlu dipertengkarkan elakkanlah
pertengkaran. Begitu juga dalam perkara yang dibenarkan oleh
Islam atau dalam hal kebenaran, janganlah salah satu pihak
berusaha menentangnya. Suami adalah pakaian untuk isteri begitu
juga di pihak isteri sebagaimana firman Allah S.W.T. yang
bermaksud: Mereka (para isteri) adalah paakian bagimu dan kamu
pula menjadi pakaian pula bagi mereka. (al-Baqarah: 187)
Kehidupan rumahtangga tidak selalunya tenang. Kadang-
kadang timbul kemarahan dan kebencian disebabkan sesuatu
102 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

perkara sehingga akhirnya timbul pertengkaran. Untuk itu Allah


S.W.T berfirman yang bermaksud: Maka jika kamu telah
membenci mereka (kerana sesuau hal) maka barangkali sesuatu
yang kamu benci itu, Allah menjadikan padanya kebajikan yang
banyak. (al-Nisa:19)
Permuafakatan suami-isteri penting kerana ia dapat
menghindarkan persengketaan yang mungkin berlaku di samping
memudahkan mereka mencari penyelesaian terhadap segala
masalah yang timbul.

5) Perkahwinan tidak sekufu.

Perkahwinan tidak sekufu boleh diertikan daripada pelbagai sudut.


Kemungkinan tidak sekufu tersebut dilihat daripada sudut taraf
pendidikan, rupa paras, keturunan, tahap ekonomi atau status
keluarga. Walau bagaimanapun untuk menilai sama ada seseorang
itu sekufu ataupun tidak, ia hanyalah satu amalan yang dilakukan
sebelum memilih pasangan. Apabila pasangan itu sudah
berkahwin, kufu bukan lagi satu persoalan yang penting. Kedua-
dua pihak seharusnya cuba merapatkan jurang perbezaan antara
mereka agar salah satu pihak tidak berasa rendah diri atau tidak
sesuai dengan pasangannya.

6) Masalah kewangan

Masalah kewangan juga turut menjadi punca keruntuhan sesebuah


rumahtangga. Suami isteri tidak mencapai kata sepakat dalam
menguruskan perbelanjaan keluarga. Masing-masing beranggapan
diri mereka dipergunakan oleh pasangan untuk kepentingan
sendiri.
Pada hakikatnya urusan kewangan adalah satu perkara kecil
yang tidak sepatutnya menjadi punca pertelingkahan dalam
rumahtangga. Suami-isteri seharusnya sedar peranan mereka dalam
menjaga keharmonian rumahtangga. Masing-masing bekerja
mencari rezeki adalah untuk menyara keluarga dan memenuhi
keperluan rumahtangga. Suami sepatutnya berterima kasih kepada
Fenomena Kahwin Singkat di Kalangan Pasangan Islam 103

isteri yang sanggup keluar bekerja untuk membantu meringankan


beban kewangan suami. Isteri pula seharusnya berterima kasih
kepada suami kerana mengizinkan beliau bekerja untuk membantu
menambahkan sumber pendapatan keluarga. Tanpa keizinan
suami, isteri juga tidak akan berpeluang memperolehi pendapatan
walau lumayan mana sekalipun.
Sekiranya suami isteri tahu menghargai sumbangan
pasangan masing-masing, sudah tentu tidak akan timbul perbuatan
ungkit-mengungkit terhadap perbelanjaan yang mereka keluarkan
setiap bulan dalam mengurus keluarga. Masing-masing reda-
meredai antara satu sama lain dan berusaha mengelakkan sebarang
perasan tidak puas hati.

KESAN PERCERAIAN TERHADAP KAUM WANITA

1) Pandangan masyarakat terhadap wanita janda

Perceraian daripada sudut sosial lebih mendatangkan kemudaratan


kepada kaum wanita berbanding kaum lelaki. Kebiasaannya
apabila berlaku perceraian, orang lebih bersangka buruk terhadap
isteri. Begitu juga dengan perasaan malu akibat perceraian lebih
dirasai oleh kaum wanita. Status janda yang disandang biasanya
mengundang pelbagai kesulitan dan penghinaan masyarakat.
Golongan wanita sering menjadi mangsa keadaan.

2) Tekanan emosi dan kecelaruan fikiran

Wanita yang menghadapi kegagalan rumahtangga juga biasanya


mengalami tekanan emosi yang kuat. Fikiran bercelaru
memikirkan suasana dan status baru yang sedang dihadapi. Ini
ditambah lagi dengan usikan dan pandangan serong rakan sekerja,
sahabat handai, jiran dan keluarga. Konflik yang berlaku akibat
emosi tidak stabil dan emosi yang dibiarkan menguasai fikiran
merupakan perkara biasa yang dihadapi oleh orang yang
mengalami kegagalan dalam hidup.
104 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

Perceraian bukan sahaja mengakibatkan hubungan suami


isteri terumbang ambing, bahkan secara tidak langsung turut
mengugat pertalian kekeluargaan dan persefahaman keluarga
kedua-dua belah pihak. Oleh itu, anggaplah masalah yang dihadapi
ada hikmah yang tersembunyi. Musibah yang besar akan tampak
kecil jika kita sentiasa melihat dunia orang lain. Apabila
berhadapan dengan masalah, ingatlah selalu ada orang lain yang
berhadapan dengan masalah yang lebih besar daripada yang kita
hadapi. Di samping itu individu yang mengalami kegagalan
rumahtangga juga seharusnya kembali kepada konsep Qada dan
Qadar, menerima takdir dengan hati yang lapang bukan dengan
keluh kesah dan murung. Untuk meleraikan segala kekusutan
fikiran dan bebanan perasaan dalam menghadapi masalah tersebut,
sentiasalah mengingati Allah, kerana hanya dengan mengingati
Allah hati akan menjadi tenang.

3) Memikul beban tanggungjawab yang berat

Kebiasaannya apabila berlaku perceraian, kaum wanita terpaksa


menanggung keperluan diri dan anak-anak tanpa bantuan nafkah
daripada bekas suami. Bekas suami bersikap lepas tangan hingga
mengakibatkan beban mengurus keluarga terpaksa digalas oleh si
ibu seorang diri. Kaum wanita terpaksa berhempas pulas mencari
rezeki untuk membesarkan anak-anak. Walaupun mereka boleh
mendapatkan hak saraan anak-anak daripada bekas suami melalui
tuntutan mahkamah, kebiasaannya ia memakan masa yang lama
atau bekas suami ingkar dan mempermainkan mahkamah.

PENYELESAIAN DAN SOKONGAN MORAL KEPADA


KAUM WANITA

Kebanyakan jabatan Agama Islam Negeri tidak mempunyai


kemudahan dan layanan mesra yang mencukupi dalam membantu
membendung perceraian daripada berlaku. Rata-rata pembimbing
Fenomena Kahwin Singkat di Kalangan Pasangan Islam 105

Jabatan Agama pada peringkat daerah yang ditugaskan


membimbing pasangan bermasalah bukanlah kaunselor yang
berkelayakan atau bertaraf pegawai. Dalam sesetengah kes ada
pembimbing yang merupakan seorang kerani tetap diberi tugas
tersebut kerana mengambil kira pengalaman beliau dalam
berumahtangga semata-mata. Ini menyebabkan mereka tidak dapat
mengendalikan masalah pasangan tersebut dengan baik (Berita
Harian 13/10/2004).
Oleh itu wanita yang mengalami kegagalan rumahtangga
mesti berusaha keras membina kekuatan dan jati diri mereka tanpa
terlalu bergantung harap kepada orang lain. Mereka seharusnya
berani berusaha menjalani kehidupan dalam suasana baru ini.
Antara cara yang boleh dipraktikkan ialah:

1) Menyayangi diri sendiri

Setiap individu perlu dididik agar menyayangi diri sendiri.


Seseorang hanya akan menyayangi dirinya jika dia tahu
menghargai diri sendiri. Wanita yang diceraikan seharusnya tidak
mudah berasa jauh hati atas kekurangan yang ada pada diri malah
mempunyai keinginan yang cukup kuat untuk memperbaiki diri.

2) Berlapang dada

Individu yang menyedari hakikat kewujudan akan faham bahawa


sebagai hamba Allah, kita sebenarnya memang wajar diuji dan
setiap yang berlaku itu adalah ujian Allah. Menyedari hakikat ini,
seseorang akan dengan mudah berlapang dada menerima sesuatu
yang menimpa sama ada ia menampakkan manfaat yang jelas atau
kelihatannya memberi mudarat.

3) Tidak mudah panik

Sikap berlapang dada biasanya diikuti oleh sifat tidak mudah panik
dengan apa yang berlaku. Individu yang teguh emosinya tidak
mudah panik apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini.
106 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

Kebiasaanya orang yang tidak mudah panik ialah individu yang


amat yakin dengan ketentuan Allah dan meyakini bahawa setiap
sesuatu sudah tercatat di bawah kekuasaan takdir Allah.

4) Tidak mudah membuat andaian

Salah satu sikap yang boleh membawa kemusnahan keperibadian


seseorang ialah sikap mudah membuat andaian terhadap sesuatu
peristiwa. Ketika ditimpa kesusahan yang berupa ujian Allah,
maka ketika itulah masanya jiwa kita mudah dipengaruhi oleh
syaitan. Pelbagai anadaian dan penyesalan menghantui diri. Sikap
membuat andaian ini adalah satu sifat yang menghalang diri
daripada berlapang dada dan menyebabkan emosi semakin
bercelaru. Justeru itu, setiap individu harus melatih dirinya agar
tidak mudah kalah dengan hasutan syaitan serta menjauhkan diri
daripada tabiat suka membuat andaian.

KESIMPULAN

Punca berlaku perkahwinan singkat selepas setahun atau dua tahun


berlangsungnya ikatan perkahwinan adalah akibat tiang-tiang asas
tidak sempurna. Bagaimana rumahtangga dapat berdiri teguh jika
ikatannya hanya bertujuan untuk mencapai matlamat peribadi
tanpa melihat kepada kepentingan-kepentingan masyarakat umum.
Begitu juga jika tujuan asas perkahwinan semata-mata untuk
mencari keseronokan lahiriah atau untuk memuaskan hawa nafsu
tanpa diberikan perhatian berat kepada sudut-sudut lain. Selepas
melalui fasa-fasa tertentu, sudah tentu tiada lagi kemanisan
rumahtangga dan akhirnya berlakulah perceraian. Oleh itu, setiap
pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga mestilah
mempersiapkan diri dengan kemahiran berumahtangga agar dapat
melalui kehidupan rumahtangga dengan baik.
Fenomena Kahwin Singkat di Kalangan Pasangan Islam 107

RUJUKAN

Ahmad Jad (2003). 50 Wasiyyah Min Wasaya al-Rasul Li al-Nisa.


Mesir: Dar al-Ghad al-Jadid.
Idris Ahmad S.H. (1990). Bimbingan Hidup Suami Isteri. Kuala
Lumpur: Pustaka Antara.
Mahadi Osman, Syed Nurul Akla Syed Abdullah, Saadiah Hassan
(ed.) (1995). Masyarakat Melayu dan Gejala Sosial:
Proses Penyelesaian Ke Arah Pembinaan Masyarakat
Melayu Cemerlang Abad ke 21. Kuala Lumpur: Institut
Perkembangan Minda (INMIND).
Miqdad Yaljan (1988). Rumahtangga Islam: Bagaimana
Sepatutnya. Mohd Kamil bin Abd Majid (pentrj). Kuala
Lumpur: Syarikat al-Muslimah.
Raimah bt Kamat. Krisis Rumahtangga, Sebab-sebab dan Cara
Mengatasinya. Perkahwinan dan Kekeluargaan dalam
Islam. (1991). Johor Bahru: Jabatan Agama Johor.
Ummu Abdullah Atif (2002). Ila Kulli Muslimah Tabghi al-
Saadah. Kuwait: Maktabah Ibnu Kathir.
108 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

7
KESAN NEGATIF GLOBALISASI
TERHADAP WANITA ISLAM DAN
PENYELESAIANNYA
Kamarul Azmi Jasmi
Nur Amiran Mohd Rashid

PENDAHULUAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, globalisasi bermaksud


fenomena yang menyebabkan dunia kelihatan mengecil daripada
segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan
teknologi maklumat. Menurut Martin (1990) dalam Fariza (2000),
globalisasi merujuk kepada semua proses yang mana manusia di
dunia ini akan bersatu dan menjadikannya satu masyarakat dunia
(single word society) atau masyarakat global (Fariza Md. Sham, et.
al, 2000:13).
Ini bermakna, globalisasi merupakan satu proses; bukan
keadaan di mana sempadan negeri semakin runtuh dan seluruh
dunia ini berubah menjadi satu unit. Dengan perkembangan
telekomunikasi yang canggih dan pengaruh teknologi maklumat
termasuk wujudnya masyarakat internet di seluruh dunia, maka
pengaliran maklumat berlaku dengan begitu pantas, sukar dikawal
dan mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan terutamanya
terhadap kaum wanita Islam.
Globalisasi dalam bahasa Perancis iaitu monodialisation
yang bermakna menjadikan sesuatu bersifat internasional. Menurut
Yusuf al-Qaradhawi, perkataan monodialisation ini merupakan
terjemahan daripada bahasa Inggeris iaitu globalization yang
pertama kali muncul di Amerika (al-Qaradhawi, 2001:23). John
Kesan Negatif Globalisasi Terhadap Wanita Islam 109

Naisbitt menggunakan istilah globalization dalam pelbagai bidang


seperti ekonomi, politik, sosial, komunikasi dan lain-lain yang
membawa maksud luas, menyeluruh dan meliputi keseluruhannya
(Ghazali Darussalam, 1998:108).
Menurut al-Qaradhawi, Globalisasi juga bermakna
pemaksaan yang dilakukan oleh Amerika terhadap bangsa-bangsa
di dunia dan tidak terkecuali negara-negara Islam untuk menerima
budaya dan pemikiran Barat yang berdasarkan kepada falsafah
kebendaan dan kebebasan hingga kepada pemikiran serba boleh.
Oleh itu, globalisasi yang berlaku pada hari ini lebih dikenali
sebagai westernisasi dunia atau dengan ungkapan lain,
Amerikasasi dunia (al-Qaradhawi, 2001:28).
Kesan globalisasi ini bukan sahaja menimpa umat Islam
pada masa kini, namun ia telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w.
sejak 1400 tahun yang lalu. Abu Said r.a melaporkan, Rasulullah
s.a.w. bersabda: Sudah pastinya kamu akan mengikut cara hidup
umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi
sehasta sehingga jika mereka masuk ke lubang Dhab sekalipun,
kamu tetap mengikutnya. Kami bertanya, Wahai Rasulullah,
adakah tuan maksudkan orang Yahudi dan Nasrani? Rasulullah
menjawab. Siapa lagi (kalau bukan mereka). (al-Bukhari,
1994:190/8; Muslim, 2001:1000)
Hadith tersebut menjelaskan, umat Nabi Muhammad s.a.w.
akan mengikut cara hidup kaum Yahudi dan Nasrani sedikit demi
sedikit. Gambaran inilah yang terjadi pada masa kini dalam era
globalisasi yang dipelopori oleh masyarakat di barat sehingga
menimbulkan pergolakan dalam kehidupan seharian sebagai
seorang muslim. Jika hendak dibahaskan tentang kesan globalisasi
terhadap masyarakat, ruang lingkupnya amat luas. Oleh itu, penulis
hanya akan membincangkan tentang kesan-kesan negatif
globalisasi terhadap wanita Islam dalam kehidupan seharian.
Wanita merupakan tunggak dalam keluarga dan berperanan
penting bagi mendidik anak-anak. Sekiranya wanita telah
terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang dibawa oleh egen-egen
globalisasi, bagaimana untuk membentuk anak-anak menjadi
manusia yang soleh? Persoalan ni perlu dibincangkan supaya
110 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

kesan negatif ini tidak terus menular dan mengasyikkan wanita


muslimah.

KESAN NEGATIF GLOBALISASI

Kewujudan dunia tanpa sempadan memberi impak yang besar


kepada kehidupan manusia bukan sekadar impak yang positif ke
arah kehidupan yang lebih selesa dan mudah malah ia juga
melahirkan kesan negatif kepada sesuatu masyarakat terutamanya
terhadap wanita Islam masa kini. Antara kesan-kesan negatif yang
dihasilkan oleh dunia global terhadap wanita lain ialah:

1) Politik

Penglibatan wanita dalam politik masa kini amat


memberangsangkan. Kuasa dan pengaruh yang dimiliki ini jelas
dilihat terutamanya di kalangan pemimpin wanita di benua Asia
yang begitu sinonim dengan kedua-dua negara wanita seperti
Glorio Arroyo Macapagal dan Megawati Sukarnoputri.
Penglibatan wanita dalam bidang warisan keluarga atau melalui
sistem pemerintahan demokrasi (Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof,
2004).
Perkataan demokrasi diambil daripada dua perkataan Greek
(Yunani) iaitu demos yang bermaksud rakyat dan kratos yang
bermaksud pemerintahan (Azhar Muhammad, 2002:195). Menurut
Kamus Dewan Edisi Ketiga, demokrasi bermaksud pemerintahan
oleh rakyat atau wakil yang dipilh dalam pilihan raya. Di
Malaysia, wanita Islam turut terlibat dalam pemerintahan negara
melalui kemenangan dalam pilihan raya. Orang ramai biasanya
memilih pemimpin tidak berdasarkan kebolehan dan kebijaksanaan
seseorang memimpin tetapi kerana terpengaruh dengan
propaganda mereka ketika berkempen.
Pada pendapat penulis, kaum wanita lebih ramai keluar
mengundi semasa pilihanraya dan tentunya mereka mengundi
wanita yang masuk bertanding. Kebanyakan pengundi lelaki pula
Kesan Negatif Globalisasi Terhadap Wanita Islam 111

lebih cenderung memilih pemimpin wanita terutamanya mereka


yang mempunyai daya tarikan tersendiri seperti kecantikan paras
rupa. Ini dapat dibuktikan apabila seramai 28 orang wanita telah
memenangi kerusi Ahli Undangan Negeri (ADUN) dalam
pilihanraya di Malaysia pada tahun 1999 (Suruhanjaya Pilihanraya
Malysia, 1999). Keadaan ini bertentangan dengan hadith
Rasulullah s.a.w., Tidak akan berbahagia (berjaya) suatu kaum
yang menyerahkan urusan mereka kepada wanita (mengangkat
wanita sebagi pemimpin). (al-Bukhari, 1994:158/6; al-Tirmidzi,
1994:116/4)
Rasulullah s.a.w. telah menjelaskan dalam sabda baginda
bahawa pemerintahan di bawah pimpinan seorang wanita tidak
akan berjaya. Namun, pada masa kini semakin ramai wanita Islam
berjinak-jinak dalam bidang ini kesan daripada pengaruh
globalisasi melalui sistem demokrasi.

2) Ekonomi

Seiring dengan perkembangan globalisasi ialah penggunaan


teknologi moden yang mempertingkatkan kecekapan. Urusan
boleh diselesaikan dengan lebih pantas dan produktiviti meningkat
berlipat ganda. Selain itu, pengeluaran peralatan secara berleluasa
seperti peralatan memasak, mesin basuh dan sebagainya telah
mengubah kehidupan kaum wanita yang mampu membeli
peralatan ini. Teknologi menggunakan ketuhar gelombang sebagai
ganti kayu api untuk memasak mengurangkan masa memasak
sebanyak 75 peratus daripada masa yang pernah diambil (Khalijah
Mohd Salleh, 2003). Mesin basuh pula dapat mengurangkan satu
lagi beban kerja fizikal wanita tetapi pengurangan masa bagi
aktiviti ini sebenarnya tidak memberi banyak masa bagi wanita
berehat. Sebaliknya, kaum wanita mengambil peluang untuk keluar
bekerja.
Penghijrahan wanita daripada tugas asal mereka sebagai
suri rumah kepada pekerjaan di luar rumah merupakan hasil idea
gerakan pembebasan wanita Barat (Sidi Gazalba, et. al., 1993:58).
Salah satu daripada caranya ialah menggalakkan wanita bekerja di
112 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

luar rumah atas tuduhan bahawa wanita yang bekerja di rumah


tidak bernilai. Menurut Betty Freid, seorang wanita Yahudi selaku
presiden pertama gerakan Pembebasan Wanita di Amerika
Syarikat, Wanita akan dapat memperkenalkan harga dirinya
hanya dari nilai kerja yang benar-benar berharga kepada
masyarakat kita sahaja iaitu pekerjaan yang lazimnya masyarakat
yang membayarnya. (Sulaiman Noordin, 200:93)
Wanita yang bekerja merasakan tugas keibuan
membebankan sehingga menyebabkan sebahagian daripada
mereka merancang keluarga, sedangkan Rasulullah s.a.w. amat
berbangga dengan umatnya yang ramai sebagaimana sabda
Baginda s.a.w., Bernikahlah kamu supaya kamu lebih ramai,
sesungguhnya aku berbangga terhadap kamu dengan umat (yang
ramai) pada hari Kiamat sehinggalah kandungan yang gugur.
(Abu Bakar al-Marday dalam al-Ghazali, 1998:359/2).
Allah telah menetapkan bahawa nafkah ditanggung oleh
kaum lelaki dan wanita serta anak-anak merupakan amanah Allah
kepada mereka. Oleh itu, wanita tidak sepatutnya berlumba-lumba
bekerja di luar rumah. Dalam Islam, wanita tunggal khususnya ibu
tunggal, pembiayaan kehidupan mereka ditangung oleh pemerintah
dan masyarakat setempat.

3) Sosial

Dengan perkembangan-perkembangan baru dalam era globalisasi,


wanita menjadi semakin terhimpit antara kehendak zaman ini
sebagai wanita berkarier dan tanggungjawab tradisional sebagai
anak, isteri dan ibu. Wanita kini dikatakan perlu menjadi
superwoman untuk menghadapi cabaran-cabaran alaf baru ini.
Gerakan Emansipasi Wanita atau lebih dikenali sebagai
Womans Liberation merupakan gerakan yang didominasi oleh
kaum wanita dalam perjuangan menuntut hak serta kebebasan
mereka. Gerakan ini bermula di Barat dan mempengaruhi negara-
negara Timur termasuk Mesir dan mendapat perhatian di kalangan
wanita-wanita Islam. Antara tuntutan yang dibuat ialah (Wan Ab.
Rahman Khudzri Wan Abdullah, et. al., 2002:123):
Kesan Negatif Globalisasi Terhadap Wanita Islam 113

1) Persamaan dalam kuasa perkahwinan, di mana ada persamaan


hak dalam akad pernikahan; sama ada bagi gadis atau janda.
2) Persamaan hak talak, di mana hak talak lelaki diberi kepada
hakim.
3) Persamaan dalam perwarisan agar mereka mendapat bahagian
yang sama dengan lelaki.
4) Dihapuskan hak berpoligami.
5) Persamaan dalam persaksian.
Gerakan pembebasan wanita Islam khususnya di Mesir
bermula apabila Syeikh Rifaat Rafie al-Tahtawi yang merupakan
bekas penasihat pelajar-pelajar di Paris menulis beberapa buah
buku dan menyebarkan fahaman-fahaman kebebasan wanita.
Antaranya membuka aurat dan percampuran bebas antara lelaki
dan wanita serta menyeru supaya wanita mencari pekerjaan di luar
rumah. Qassim Amin merupakan orang Islam yang pertama
menentang pemakaian purdah bagi wanita Islam melalui bukunya
yang berjudul Wanita Moden. Wanita-wanita di Mesir seperti
Huda Sharawi dan Nabawiyyah Musa; mendukung gerakan
pembebasan ini melalui ceramah dan penulisan pada pertengahan
kurun ke-20 kerana terpengaruh dengan gerakan Womans
Liberation di Barat (Wan Ab. Rahman Khudzri Wan Abdullah, et.
al., 2002:124).

4) Keruntuhan Akhlak

Keruntuhan akhlak remaja bukan lagi satu isu baru di Malaysia.


Isu mencuri, pergaulan bebas, mengambil pil estacy, melepak dan
lain-lain, sering mendapat liputan hangat di dada akhbar. Dalam
isu ini, remaja Islam terutamanya wanita tidak terkecuali daripada
terlibat sama akibat serpihan daripada budaya Barat yang
semakin merebak ke seluruh negara. Antaranya ialah:

i) Perzinaan
Seminar Antarabangsa Mengenai Penduduk dan Pembangunan
diadakan di Kaherah, Mesir, pada September 1994 menyatakan
114 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

beberapa jenis resolusi yang ingin dijalankan iaitu akta yang


mengiktiraf perkahwinan sejenis, kebebasan bagi anak-anak dalam
perilaku seks, pengiktirafan anak hasil hubungan luar nikah, dan
akta-akta yang jelas bertentangan dengan agama Islam serta agama
samawi yang lain (al-Qaradhawi, 2001:28). Akta-akta ini secara
tidak langsung memberi kesan yang amat buruk terhadap
masyarakat Barat sehingga wanita Islam turut mendapat
bahananya.
Majalah Newsweek iaitu sebuah majalah sosial yang
diterbitkan di Amerika melaporkan, jumlah pelacuran remaja di
Amerika Syarikat meningkat sehingga 70 peratus dalam tempoh
setahun. Kebanyakan mereka berusia 13 tahun, malah terdapat
juga mereka yang berusia 9 tahun (Hidayatullah.com, 2003).
Negara Jepun turut menerima kesan buruk ini apabila dilaporkan
seramai 49 peratus wanita di negara itu telah berzina sebelum
berkahwin (Berita Minggu, 21 Feb 2005).
Perangkaan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM)
menunjukkan sepanjang tahun 1993-1996, terdapat sejumlah 567
wanita mengandung luar nikah di 10 buah institusi JKMM yang
menunjukkan kebanyakan responden yang melahirkan anak luar
nikah berumur antara 18 hingga 20 tahun (Wan Ab. Rahman
Khudzri Wan Abdullah, et. al., 2002:96).
Pada tahun 2004, statistik Polis Kuala Lumpur melalui
akhbar Utusan Malaysia mendapati, wanita Melayu merupakan
kaum yang paling ramai terlibat dengan pelacuran iaitu 60%,
diikuti kaum Cina sebanyak 30%, lain-lain kaum 8% dan kaum
India dengan peratusan yang paling rendah iaitu 2%
(Siswimalaysia, 2004). Ini menunjukkan, kegiatan perzinaan ini
merupakan suatu penyakit alaf baru yang memberi impak yang
besar dalam kehidupan seharian.

ii) Lesbian
Hubungan sesama jenis atau dikenali sebagai lesbian semakin
menular di kalangan masyarakat Barat. Ini bertentangan dengan
Kesan Negatif Globalisasi Terhadap Wanita Islam 115

fitrah manusia sebagaimana firman Allah yang bermaksud, Dan


kami jadikan kamu berpasang-pasangan (al-Naba: 8)
Tamadun Barat pada hari ini cuba menjadikan amalan
kaum Luth sah di sisi undang-undang dan mahu menjadikannya
suatu amalan yang dibenarkan di peringkat antarabangsa. Keadaan
ini samalah seperti amalan lesbianisme iaitu antara wanita dengan
wanita. Salah satu pertubuhan yang menganjurkan lesbian ini ialah
The Daughter of Bilitis, New York. Sehubungan dengan itu,
salah sebuah akhbar di New York melaporkan, Pergerakan
Pembebasan Wanita mempunyai anggota-anggota yang terdiri
daripada wanita lesbian yang telah lama terjebak dalam perbuatan
keji. Sesetengah kaum lesbian menganggap lesbianisme
merupakan satu bentuk protes politik. Seorang pejuang pergerakan
wanita pernah dilaporkan berkata: lesbianisme adalah salah satu
jalan ke arah kebebasan daripada penganiyaan kaum lelaki. (Che
Zainon Yusof, 1995:80)
Keadaan ini membimbangkan kita sebagai wanita Islam.
Kegiatan anak-anak muda terutamanya perlu diperhatikan dan
diawasi lebih-lebih lagi di sekolah-sekolah yang hanya mempunyai
pelajar perempuan. Mereka terpengaruh dengan gaya hidup lesbian
ini melalui filem-filem Barat yang banyak dijual di pasaran.

iii) Keruntuhan Rumahtangga


Majalah Newsweek edisi Mei 1978 menyiarkan mengenai hasil
pengumpulan pendapat para pembaca tentang kehidupan
berumahtangga di Amerika menunjukkan separuh daripada
pasangan suami isteri di Amerika Syarikat berakhir dengan
perceraian, kemudian diadakan akad yang baru, kemudian sekali
lagi akan berlaku perceraian (al-Qaradhawi, 1999:53). Di sini jelas
membuktikan bahawa kehidupan berkeluarga di Barat mula hancur
sejak berbelasan tahun yang lalu dan institusi ini semakin hari
semakin menuju ke arah kehancuran. Salah satu faktor
kemusnahan keluarga di Barat adalah disebabkan lahirnya keluarga
tanpa bapa yang melanggar fitrah sebagai manusia.
116 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

iv) Keluarga Tanpa Bapa


Kewujudan keluarga tanpa bapa yang hanya terdiri daripada
seorang ibu sahaja di Barat telah mengalami kegagalan. Di Barat
telah wujud sebuah bank unik yang dikenali sebagai Bank Nobel
untuk cairan sperma yang mengumpulkan sperma daripada tokoh-
tokoh yang memenangi anugerah Nobel. Kaum wanita yang ingin
memiliki anak yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi
tanpa sebarang ikatan perkahwinan mengunakan khidmat bank ini
(al-Qaradhawi, 1999:72).
Menurut David Blackenhorn di dalam bukunya yang
berjudul Fartherless America: Confronting Our Most Several
Social Problem menyatakan bahawa pada akhir abad yang ke-20,
Amerika Syarikat berusaha mencipta semula institusi keluarga
yang mempunyai bapa. Pendapat ini disokong oleh 72 peratus
rakyat Amerika dalam satu pungutan suara yang berpendapat
bahawa ketiadaan bapa dalam rumah sebagai masalah keluarga
yang paling serius dihadapi oleh negara mereka. Kanak-kanak
yang membesar tanpa bapa mempunyai risiko dua hingga tiga kali
ganda untuk menghadapi masalah emosi dan perilaku. Mereka juga
berisiko tinggi untuk terbabit dalam penagihan dadah, merokok,
minum alkohol (arak), perzinaan dan sebagainya (Hafidzah
Mustakim, 2004). Di sini jelas menunjukkan, kesan keluarga tanpa
bapa ini akan memberi kesan jangka panjang pada diri anak-anak
seperti terlibat dalam masalah keruntuhan akhlak.
Wanita Islam sepatutnya mengambil iktibar daripada
masalah kehancuran keluarga di Barat ini dengan membantu suami
menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin dan
bapa di rumah. Keunggulan sesebuah institusi keluarga dapat
membentuk masyarakat yang tidak menyalahi norma atau fitrah
kehidupan.
Kesan Negatif Globalisasi Terhadap Wanita Islam 117

GLOBALISASI DAN PERUBAHAN BUDAYA

Pengaruh globalisasi memberi kesan yang besar kepada


masyarakat dunia amnya dan wanita Islam khasnya. Boleh
diringkaskan pengaruh-pengaruh lain dalam globalisasi:

1) Pakaian

Perkembangan fesyen pada masa kini pesat berkembang dengan


pelbagai fesyen yang menjolok mata dan kebaratan. Fesyen-fesyen
ini sememangnya tidak menepati kehendak Islam yang
mementingkan kesederhanaan dan sopan santun pemakainya.
Dalam kajian Fauziah Ramly untuk bengkel anjuran Asia-
Pacific Development Centre pada 1992 terhadap sampel majalah
Her World, didapati 35 peratus halaman diperuntukkan untuk
fesyen. Jumlah itu melebihi peruntukan halaman artikel tentang
pembangunan luar bandar, alam sekitar, kesihatan dan kerjaya
(YADIM, 2004).
Jenama-jenama pakaian yang mahal seperti Bonia, Versace
dan Padini turut menjadi pilihan para remaja wanita (Azhar Mad
Aros, et., al. 2001: 84). Wanita Islam masa kini lebih cenderung
untuk memakai t-shirt dan seluar jeans dengan alasan
memudahkan pergerakan mereka tanpa memikirkan hukum
mendedahkan aurat.
Selain itu, melalui perkembangan dunia model atau
peragawati menjadikan wanita-wanita lain meniru dan mencontohi
pakaian yang digayakan oleh mereka. Model-model wanita
dieksploitasi oleh pihak-pihak yang tertentu dengan tujuan untuk
mengutip derma. Majalah-majalah Barat kerap menggunakan
wanita untuk dimuatkan di dalam majalah-majalah seperti
Playboy yang mana pelanggannya terdiri daripada kaum lelaki
(Che Zainon Yusof, 1995:130). Di sini jelas menunjukkan bahawa
globalisasi memberi kesan yang besar terhadap wanita tanpa
mereka sedari.
118 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

2) Hiburan

Pada masa kini, muzik, nyanyian, filem, kartun dan komik dari
Barat telah menembusi pasaran dunia. Media massa merupakan
wahana utama dalam menyebarkan unsur-unsur luar termasuklah
yang negatif. Di Malaysia, terdapat lebih daripada 30 saluran
tempatan, Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura dan
termasuklah televisyen satelit seperti ASTRO dan MEGA TV.
Rangkaian televisyen CNN dan stesyen-stesyen televisyen
antarabangsa yang lain sentiasa melaporkan model-model ciptaan
terbaru dengan bantuan teknologi komunikasi moden, mendapat
perhatian yang sangat menggalakkan di seluruh dunia.
Melalui rangkaian televisyen inilah budaya-budaya Barat
diserapkan ke dalam jiwa masyarakat sehingga pelbagai rancangan
yang bercorak hiburan yang diciplak daripada Barat seperti
Survivor, American Idols telah menjadi kegilaan di kalangan
masyarakat melalui siri-siri seperti Akademi Fantasia, Audition,
Malaysian Idols, Top Star dan sebaginya (Mohd Azhar Abdul
Hamid, 2004: 469). Rancangan-rancangan ini sudah tentunya
digemari oleh kaum wanita. Iklan-iklan kecantikan seperti jika
inginkan rambut yang lurus seperti teknik rebonding, perlu
menggunkan jenis syampoo tertentu. Iklan-iklan ini mempengaruhi
wanita untuk membeli barangan tersebut tanpa mengetahui
kesahihan dan kelebihan syampoo tersebut. Jika sesuatu iklan itu
menggunakan artis, semakin ramailah wanita yang terpedaya
lebih-lebih artis kegemaran mereka yang memperagakannya.
Cara dan gaya hidup penghibur-penghibur ini menjadi
ikutan anak-anak muda masa kini terutamanya remaja wanita tanpa
menghiraukan gaya hidup penghibur yang bersifat negatif.
Ketaksuban mereka diterjemahkan melalui perbuatan menampal
poster-poster artis idaman masing-masing di dalam bilik, almari
dan yang paling tidak disangka, mereka turut menampal pada
buku-buku nota pembelajaran.
Kesan Negatif Globalisasi Terhadap Wanita Islam 119

3) Makanan

Globalisasi telah membina rangkaian francais-francais makanan


segera seperti Kentucky Fried Chicken, Mcdonald, Pizza Hut dan
Kenny Rogers, yang telah menjadi tumpuan utama industri
makanan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan di
negara-negara Islam. Minuman-minuman berkarbonat seperti Coca
Cola, Pepsi, Seven Up dan 100 Plus telah menjadi lumrah di
kalangan masyarakat malah dijadikan sebahagian daripada juadah
sambutan hari raya di Malaysia (Ghazali Darussalam, 1998:113).
Globalisasi yang disebarkan melalui agen makanan
menyebabkan masyarakat masa kini mengabaikan kepentingan
pemakanan seimbang yang diperlukan oleh badan. Para ibu yang
sibuk bekerja sehingga tidak sempat menyediakan juadah makanan
untuk keluarga, sanggup menghabiskan berpuluh-puluh ringgit
untuk membeli makanan segera yang kurang berkhasiat.
Akibatnya, ramai wanita pada masa kini yang menghidap pelbagai
penyakit kronik seperti kanser.

4) Sukan

Sukan merupakan aktiviti riadah yang amat bermanfaat untuk


kesihatan badan. Aktiviti sukan di zaman globalisasi ini tidak
menepati tuntutan Syara di mana pakaian khususnya bagi kaum
wanita tidak menutup aurat. Undang-undang pakaian bagi acara
sukan tertentu seperti renang dan gimnastik sememangnya
bertentangan dengan Islam. Namun, ramai ibu bapa masa kini
menghantar anak-anak mereka untuk mengikuti kelas-kelas
gimnastik dan renang dengan harapan anak-anak mereka dapat
mewakili sekolah atau ke peringkat yang lebih tinggi bagi acara
ini.
Selain itu, acara-acara sukan yang lasak turut
diperkenalkan kepada wanita seperti bola sepak, ragbi, berbasikal,
renang, gimnastik, hoki dan sebagainya. Hakikatnya, permainan ini
langsung tidak melambangkan kesopanan dan kelembutan
seseorang wanita sebaliknya menjadikan wanita bersifat lasak,
120 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

kasar dan agresif yang sama sekali bertentangan dengan fitrahnya


sebagai wanita. Aktiviti sukan ini tidak sepatutnya menjadikan
wanita lalai daripada menunaikan kewajipan agama. Oleh itu,
kaum wanita perlu mengimbangkan antara kehendak diri iaitu
bersukan dengan kewajipan agama dalam menghadapi cabaran di
era globalisasi ini.

5) Pertandingan Ratu Cantik

Pertandingan ratu cantik merupakan kegiatan yang diadakan di


Barat yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan yang besar
melalui iklan, poster, jualan majalah ke seluruh dunia. Pemenang
pertandingan ini akan diberikan gelaran seperti ratu fotogenik,
ratu kebaya, ratu pesta dan sebagainya. Fanasia Siger
menyebutkan, Misi yang dibawa oleh pelaksana konteks
kecantikan ini menelan dana yang besar telah memberi kesan yang
negatif bagi wanita biasa yang menjadi ibu terutama yang
ditakdirkan menjadi wanita yang memiliki bentuk tubuh dan wajah
yang tidak cantik. Mereka menjadi tidak percayakan diri; sama ada
di rumah atau di tempat kerja. (al-Qaradhawi, 2001:70)
Selain itu, keadaan ini juga menyebabkan penyakit jiwa
seperti Anorexia Nervosa iaitu merasa tidak berpuas hati dan jijik
walaupun pada hakikatnya, dirinya cantik sehingga menyebabkan
timbul kegelisahan, tidak mahu makan dan kadang kala berakhir
dengan kematian (al-Qaradhawi, 2001:72). Pada masa kini,
penyakit ini semakin berleluasa.
Pengusaha-pengusaha barat mempromosikan produk-
produk kecantikan seperti Avon, Maybeline dan Christian Dior
dengan tujuan supaya wanita-wanita Islam turut terpengaruh
dengan pertandingan ratu cantik dan membeli barangan mereka
(Azhar Mad Aros, et. al., 2001:84). Sebahagian wanita Islam
sanggup membuat pembedahan plastik dan mewarnakan rambut
semata-mata untuk kelihatan lebih cantik dan menawan.
Kesan Negatif Globalisasi Terhadap Wanita Islam 121

HIJRAH UNTUK MEMBANTU WANITA DALAM


MASYARAKAT HADHARI DALAM ERA GLOBALISASI

Umat Islam terutamanya kaum wanita perlu mengambil iktibar


daripada ingatan Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda: Abu
Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, Orang
mukmin tidak akan masuk lubang sama ada dua kali. (Bukhari,
1994, Muslim, 2001)
Kini, suatu gelombang baru atas nama globalisasi
disebarkan ke seluruh dunia. Justeru itu, semua umat Islam
khususnya wanita perlu berhati-hati supaya tidak terpedaya dengan
agenda-agenda Barat.
Wanita Islam memainkan peranan penting untuk
mengembalikan martabat mereka daripada dieksploitasi oleh Barat.
Firman Allah:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak mengubah
keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah
keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
(al-Rad: 11)

Oleh itu, setiap wanita Islam perlu kembali kepada ajaran


Islam yang sebenar bagi mengatasi kesan negatif globalisasi ini.
Langkah-langkah yang boleh diambil bagi menjaga diri wanita
daripada terpengaruh globalisasi negatif ialah:

1) Al-Quran Dan Al-Sunnah Dijadikan Asas Rujukan Hidup


Wanita
Umat Islam perlu menghayati tuntutan Allah melalui al-Quran dan
al-Sunnah. Firman Allah S.W.T.:
x
122 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

Maksudnya: Maha suci Allah yang telah


menurunkan al-Furqaan (al-Quran) kepada hamba-
Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada
seluruh alam.
(al-Furqaan: 1)

Begitu juga dalam firman-Nya yang lain:


u
Maksudnya: Dan ini (al-Quran) adalah Kitab yang
telah Kami turunkan yang diberkahi; membenarkan
kitab-kitab yang (diturunkan) sebelumnya dan agar
kamu memberi peringatan kepada (penduduk)
ummul Qura (Mekah) dan orang-orang yang di luar
lingkungannya.
(al-Anam: 92)

Kedua-dua ayat ini disokong oleh sabda Rasulullah s.a.w,


Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan
sesat selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu Kitab
Allah dan Sunnah Rasul-Nya. (Riwayat Malik b. Anas, 1988)
Umat Islam perlu menterjemahkan al-Quran dan al-Sunnah
supaya bersesuaian dengan perkembangan serta kemajuan manusia
pada hari ini tanpa mengingkari perintah Allah dan Rasul dalam
usaha menangani kesan buruk globalisasi.

2) Mengamalkan Cara Hidup Islam Yang Syumul

Rajah I menggambarkan keseluruhan Islam yang menjadi pedoman


kepada umat Islam dalam mengamalkan ajaran Islam yang syumul.
Keseluruhan ajaran Islam ini mampu memberikan satu kehidupan
yang sempurna dan mampu memberikan perlindungan kepada
pengamalnya daripada sebarang kerosakan kehidupan insan
terutamanya apa yang dibawa oleh globalisasi.
Kesan Negatif Globalisasi Terhadap Wanita Islam 123

Al-Quran dan Hadis

Akidah & iman


Pekerjaan hati

Syariah Ihsan
Pekerjaan anggota Penimbang anggota

Ibadah Muamalat Munakahat


Perhubungan antara Keperluan hidup Kekeluargaan
manusia dan Allah

Akhlak

Khalifah

Diri Keluarga Negara & politik

Jihad & ribat Jenayah


Kedaulatan
undang-undang

Rajah 1: Cara Hidup Islam yang Syumul


(Adaptasi daripada Ghazali Darusalam,1998:123)

3) Akidah dan Iman


Berpegang dengan akidah yang benar lagi murni adalah teras atau
syarat pertama bagi seseorang yang mengaku dirinya beragama
124 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidupnya (Fathi Yakan,


2000:15). Pegangan akidah ini mestilah selari dengan al-Quran dan
al-Sunnah. Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman,


penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila
Rasul menyeru kamu kepada perkara-perkara yang
menjadikan kamu hidup sempurna.
(al-Anfaal: 24)

Menurut Imam Hassan al-Banna, mengenal Allah


merupakan kekuatan yang memimpin perubahan dan yang
mengubah manusia dari satu keadaan kepada suatu keadaan yang
lain. Al-Maududi menjelaskan hubungan iman dan Islam,
Hubungan antara Islam dan Iman adalah laksana hubungan antara
pokok dengan akarnya sebagaimana sepohon pokok tidak dapat
tumbuh dan hidup tanpa akarnya. Demikianlah pula seseorang itu
tidak dapat menjadi Muslim tanpa mempunyai keimanan.
(Sulaiman Endut, 1995:12)
Dengan iman, seseorang itu akan terdorong untuk
melakukan amalan-amalan soleh yang akan membawa kebaikan
kepada seluruh umat manusia.

4) Syariah
Syariah daripada sudut bahasa bermaksud jalan yang lurus
sebagaimana firman Allah:

Maksudnya: Kemudian kami jadikan kamu berada


di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama
itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu
ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak
mengetahui.
(al-Jaatsiyah: 18)
Kesan Negatif Globalisasi Terhadap Wanita Islam 125

Menurut istilah, syariah bererti segala hukum-hukum yang


diperundangkan oleh Allah ke atas hamba-Nya supaya mereka
beriman dan beramal dengannya untuk mendapat kebahagiaan
hidup di dunia dan akhirat. Syariah ini meliputi tiga aspek iaitu
ibadah, muamalat dan munakahat.
Ibadah merupakan hubungan antara manusia dengan Allah
yang meliputi cara bersuci, solat, puasa, zakat, sedekah, haji,
umrah, zikir, taubat dan lain-lain. Muamalat pula merupakan
keperluan dalam kehidupan yang merangkumi hal-hal jual beli,
perdagangan, gadaian, perusahaan dan sebagainya. Manakala
munakahat, berkaitan dengan kekeluargaan dan keturunan seperti
nikah kahwin, wali, penyusuan, hadanah dan sebagainya.

5) Ihsan
Ihsan menurut bahasa bererti bekerja dengan baik, beramal dan
berusaha dengan tekun. Daripada segi istilah pula bermaksud
mengabdikan diri kepada Allah dengan melakukan ibadah kepada-
Nya menurut cara yang sebaik-baiknya (Rosmawati Ali, et. al,
1998:65). Umar b. Khattab melaporkan, Pemuda itu bertanya,
Jelaskan kepadaku apa itu ihsan? Rasulullah menjawab, Ihsan
itu bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-
Nya, tetapi jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya
Allah melihat engkau. (Riwayat Muslim, 2001:30-31)
Seseorang yang bersifat ihsan akan melakukan sesuatu
amalan atau pekerjaan dengan cara yang terbaik dan sentiasa
berusaha memperbaiki serta mempertingkatkan amalannya. Umat
Islam dituntut oleh Allah supaya bersungguh-sungguh dalam
memenuhi kehendak agama bagi melahirkan suasana yang
harmoni dalam keluarga, masyarakat dan negara. Firman Allah:
126 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

Maksudnya: Dan orang-orang yang berjihad untuk


(mencari keredaan) Kami, benar- benar akan Kami
tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.
Sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-
orang yang berbuat baik.
(al-Ankabut: 69)

6) Akhlak
Apabila akidah dan iman, syariah yang meliputi ibadah, muamalat
dan munakahat serta ihsan diamalkan dalam kehidupan secara
sempurna dan berterusan (istiqamah), secara tidak langsung, dapat
membentuk akhlak yang mulia dalam diri seseorang muslim.
Menurut Ibnu Maskawih, akhlak ialah keadaan jiwa seseorang
yang mendorongnya untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa
perlu pertimbangan fikiran terlebih dahulu (Sulaiman Noordin,
2000:70). Akhlak merupakan sifat rohani (dalaman) manakala
perilaku merupakan terjemahan atau kesan daripada akhlak.
Firman Allah:

Maksudnya: Sesungguhnya telah ada pada (diri)


Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu)
bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan
(kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut
Allah.
(al-Ahzab: 21)

Rasulullah s.a.w. bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan


untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Riwayat Ahmad,
1980)

7) Khalifah
Rentetan daripada kesempurnaan dalam keempat-empat aspek
tersebut, maka akan lahirlah sistem khalifah iaitu sistem
pemerintahan berlandaskan Islam. Setiap muslim merupakan
Kesan Negatif Globalisasi Terhadap Wanita Islam 127

pemimpin bagi diri, keluarga dan negara. Melalui kepimpinan


negara atau disebut juga sebagai politik, maka, lahirlah konsep
jihad dan ribat (mempertahankan negara) serta undang-undang
jenayah yang merangkumi hudud, qisas dan tazir. Firman Allah:
y
Maksudnya: Dan Allah telah berjanji kepada
orang-orang yang beriman antara kamu dan orang
yang mengerjakan amal-amal soleh bahawa Dia
sungguh-sungguh akan menjadikan mereka
berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah
menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa,
dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka
agama yang telah diredai-Nya untuk mereka, dan
Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka,
sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman
sentiasa. (al-Nur: 55)

Dalam ayat tersebut, Allah menerangkan bahawa Dia akan


menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini dengan
syarat mereka beriman dan beramal soleh yang dapat digambarkan
melalui rajah 1.

PENUTUP

Islam merupakan agama yang lengkap dan sempurna dalam semua


bidang kehidupan di mana ia bersifat syumul (menyeluruh) atau
boleh juga dikatakan global. Dalam konsep global, umat Islam
perlu menterjemahkan al-Quran dan al-Sunnah mengikut
peredaran zaman dan bersifat terkini selagi ia tidak bercanggah
dengan perintah-perintah Allah dan Rasul-Nya. Pegangan yang
teguh terhadap Islam dapat mengatasi masalah kesan-kesan negatif
globalisasi khususnya terhadap wanita Islam.
128 Isu Wanita Dalam Perundangan Islam

RUJUKAN

_________(1998). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Basmeih (1982). Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada
Pengertian Al-Quran. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana
Menteri.
Ahmad b. Hanbal (1980). Musnad al-Imam Ahmad. Mesir: Dar al-
Maarif.
Al-Bukhari (1994). Sahih Al-Bukhari. Beirut: Jil. 1-8. Beirut: Dar
al-Fikr. Sunt. Syeikh Abd. Aziz Abdullah.
Al-Ghazali (1988). Ihya Ulum al-Din. Kuala Lumpur: Victory
Agensi. Jil 1-8.
Al-Qaradhawi, Yusof (1999). Tamadun Islam Alternatif Masa
Depan. Selangor: Maktabah al-Qaradhawi.
Al-Qaradhawi, Yusof (2001). Islam dan Globalisasi Dunia.
Jakarta: Pustaka al-Kautsar.
Al-Tirmidzi (1994). Sunan al-Tirmidzi. Beirut: Dar al-Fikr. Jil 1-5.
Azhar Mad Aros, Azharuddin Mohd Dali, Arbaiyah Mohd Noor
dan Salina Zainol (2001). Titas Kertas 1. Selangor;Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Azhar Muhammad (2002). Pengantar Institusi-institusi Islam.
Johor: Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial.
Che Zainon Yusof (1995). Penyelewengan Wanita Menurut
Pandangan Islam. Selangor: Pustaka Ilmi.
Fathi Yakan (2000). Apa Ertinya Saya Menganut Islam. Selangor:
Dewan Pustaka Fajar.
Ghazali Darusalam (1998). Dakwah Islam Dan Ideologi Barat.
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.
Bhd.
Hafidzah Mustakim (2004). Wadah Wanita Islam: Kemahiran
Bapa Mendidik Anak Elak Gejala Sosial.
Http://www.jim.org.my/modules.php?name=news&file=art
icle&sid=69.
Kesan Negatif Globalisasi Terhadap Wanita Islam 129

Hidayatullah.com, 14hb. Ogos, 2003. Pelacur Remaja Meningkat


di AS. http://www.hidayatullah.com/
modules.php?name=news&file=article&sid=617
Hussin Salamon (2002). Islam dan Isu-isu semasa. Johor: Pusat
Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial.
Khadijah Mohd Salleh, 2003. Http://www.bernamacom
/events/ulama/rpp.shtml?km/kmkhalijah
Malik b. Anas (1988). Al-Muwatta. Beirut: Dar ihya Ulum.
Mohd Azhar Abdul Hamid (2004). Wajah Moral Masyarakat
Melayu Pasca Moden: Antara Realiti, Harapan Dan
Gagasan Pendidikan Moral Tinggi. Seminar Antarabangsa
Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIK2005).
Langkawi: Universiti Utara Malaysia.
Muslim, Abu al-Husain Muslim b. al-Hajjaj b. Muslimal-Qushairi
al-Nisaburi (2001). Sahih Muslim. Beirut: al-maktabah al-
Asriyyah.
Rosmawati Ali@Mat Zin dan Abdul Latif Muda (1998).
Pengantar Ilmu Tauhid. Kuala Lumpur; Pustaka Salam
Sdn. Bhd.
Sidi Gazalba dan Zainab Ismal 91993). Dakwah Islamiah Malaysia
Masa Kini. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Siswimalaysia. Wednesday 18 feb 2004. Kertas Fakta Pelacuran,
Lucah dan Eksploitasi Wanita. http://sufisiber.tblog.com.
Sulaiman Endut (1995). Asas-asas Fardu Ain. Kuala Lumpur:
Pustaka Haji Abdul Majid.
Sulaiman Noordin (2000). Islam, al-Quran dan Ideologi Masa
Kini. Bangi: pusat Pengajian Umum, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Wan Ab. Rahman Khudzri Wan Abdullah, Munif Zariruddin Fikri
Nordin dan Solahuddin Ismail (2002). Tamadun Islam
Suatu Sorotan. Pahang: PTS Publications & distributors
Sdn. Bhd.
YADIM, 2004. wanita dalam Media: Apresiasi atau eksploitasi?
Http://www.yadim.com.my/Wanita/wanitaFull.asp?offset=10&Wa
nitaID=63
130 Indeks

INDEKS

Globalisasi Hakim wanita


definisi, 115-116 larangan melantik
kesan negatif analisis hujah, 53-68
ekonomi, 118 fatwa, 52
keruntuhan akhlak, 120- ulama Hanabilah, 50
123 ulama Malikiyyah, 51
politik, 117 ulama semasa, 52
sosial, 119 ulama Syafiiyyah, 51
perubahan budaya pandangan fuqaha
hiburan, 125 Bakri Syatha, 39
makanan, 126 Ibn Hazm, 43
pakaian, 124 Ibnu Jarir, 46
ratu cantik, 127 Ibn Rusyd, 41
sukan, 126 Ibrahim al-Syirazi, 36
penyelesaian, 128-135 al-Qaradhawi, 46-47
al-Syaukani, 40
Hadanah Shihabuddin al-Ramli, 39
bahasa, 20 Zakaria al-Ansari, 37
enakmen, 22, 30-31 perlantikan
pemilikan, 24-27 keizinan terhad, 68
Syarak, 21 keizinan umum, 69
susunan penjaga, 27-29
Kahwin singkat
Hak dan peranan wanita faktor sebelum perkahwinan,
ekonomi, 13-15 102-104
pendidikan, 15-16 faktor selepas perkahwinan,
politik, 10-13 104-109
sosial, 16-17 kesan, 109-110
penyelesaian, 111-112
statistik, 100-102
131 Indeks

Keganasan terhadap wanita Pengertian wanita (nisa')


latar belakang masalah, 77-83 al-Quran, 4-9
metodologi penyelesaian Islam, etimologi, 3
84-96 epistemologi, 4
punca, 83-84

Lima asas (daruriyat khamsah)


agama, 88
akal, 92
harta, 95
jiwa, 90
keturunan, 93

You might also like