Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

1.

0 PENGENALAN

Tamadun China merupakan antara tamadun yang terawal dalam peradaban dunia.

Tamadun ini menyamai tamadun tua yang lain seperti tamadun India, tamadun

Mesopotamia dan tamadun Mesir. Tamadun China yang dibina dan diperkembangkan

sejak dari zaman Hwang Ho lagi berada pada kedudukan antara Sungai Kuning dan

Yang Tze. Kejayaan umat manusia pada hari ini juga adalah bergantung pada

kemakmuran dan sumbangan tamadun China yang membawa kegemilangan dalam

pelbagai bidang seperti pentadbiran, falsafah dan sains teknologi sejak ribuan tahun

dahulu. Masyarakat China purba boleh terbahagi kepada dua jenis kebudayaan iaitu

Yangshao dan Lungshan. Masyarakat Yangshao terletak di pergunungan utara dan barat

manakala masyarakat Lungshan di daratan timur China.1 Tamadun China boleh

dibahagikan kepada tahap pembinaan, perkembangan, peralihan dan pemodenan. Tahap

pembinaan dimulai oleh dinasti Xia, Shang, Chou dan Chin yang menekankan dasar

politik monarki. Tahap perkembangan pula diteruskan oleh wangsa Han, Sui dan Tang.

Wangsa Han dikatakan zaman keemasan bagi tamadun China kerana telah mempunyai

sistem pemerintahan yang baik sebelum diteruskan oleh wangsa Tang. Zaman peralihan

memperlihatkan cubaan orang gasar menakluk China manakala zaman pemodenan pula

sebagai tahap pencerobohan kuasa asing di China dan pengekalan negara China seperti

yang kekal pada hari ini.

Penulisan ini akan membincangkan mengenai konsep pusingan wangsa dalam

perkembangan sejarah China tradisional. Bahagian kedua pula akan membincangkan

mengenai bagaimana proses pusingan wangsa tersebut dapat menjelaskan kemunculan,

perkembangan dan keruntuhan sesebuah wangsa itu. Wangsa China yang akan diberi

fokus dalam penulisan ini ialah wangsa Chin.

1
Suffian Mansor, Tamadun China, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003, hlm. 18.

1
2.0 KONSEP PUSINGAN WANGSA

Pusingan wangsa dalam sejarah China tradisional merupakan satu gagasan sejarah

yang biasa ditemui oleh para pengkaji apabila mengkaji hubungan setiap wangsa China.

Pusingan wangsa boleh dirumuskan sebagai setiap kerajaan yang berkuasa di China akan

melalui proses yang berulang merangkumi kelahiran, perkembangan, kegemilangan dan

kejatuhan lalu diganti oleh kerajaan baru yang akan melalui proses yang sama juga. 2

Perkara tersebut melahirkan tanggapan bahawa pemerintahan manusia itu akan melalui

proses senasib dengan pemerintahan terdahulu jika sesebuah pemerintahan itu

mengulangi kesilapan yang sama seperti kerajaan sebelumnya. Konsep kitaran dinasti ini

merupakan satu konsep yang sinonim dengan politik China yang mesti difahami oleh ahli

sejarah yang mengkaji tamadun China.3 Masyarakat China secara umumnya sudah

mengetahui bahawa sesuatu kerajaan itu tidak akan kekal selama-lamanya dan

mengharapkan kerajaan yang memerintah pada masa itu akan melakukan kebaikan

supaya tidak mendatangkan kemungkaran Tien. Sebagai contoh, wangsa Chin yang

dikatakan melakukan kekerasan kepada rakyatnya telah mendatangkan kemungkaran

Tien yang menyebabkan kuasa pemerintah ketika itu dirampas oleh wangsa selepasnya

iaitu Han.

Jangka hayat sesebuah wangsa sebenarnya juga ada dipengaruhi oleh pelbagai

faktor penggerak. Terdapat ahli sejarah yang mengatakan bahawa kejatuhan sesebuah

kerajaan itu disebabkan unsur penaung yang menjadi pembentuk peribadinya itu sudah

tamat tempoh kekuasaannya. Unsur penaung itu terdiri daripada lima unsur seperti tanah,

api, logam, air dan kayu. Walau bagaimanapun, hakikatnya kita tidak boleh menafikan

faktor penggerak seperti peribadi, pentadbiran, ekonomi dan ancaman luar. Pertama iaitu

2
Abdul Rahman Haji Ismail, China Pensejarahan dan Pembinaan Tamadun, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2001, hlm. 42.
3
Frederic Wakeman, Jr. The Fall of Imperial China, London : Collier Macmillan, 1975, hlm. 55.

2
faktor peribadi. Kegemilangan sesebuah dinasti dikatakan berpunca daripada sikap moral

pemerintah dan begitu sebaliknya. Pengasas wangsa ini selalu dikaitkan dengan sifat

terpuji dan alam ghaib iaitu mandat dari Tuhan. Jika pemerintah wangsa itu lalai dalam

pentadbiran dan berlaku perkara terlarang dalam sistem politik maka kerajaan itu akan

kucar-kacir. Sebagai contoh, kejayaan pengasas Chou menewaskan wangsa Shang

dikaitkan dengan kehilangan mandat dari syurga oleh pemerintah wangsa Shang.

Seseorang pemerintah akan mendapat mandat syurga jika dirinya dipenuhi dengan

kewajaran moral.4

Selain itu ialah faktor pentadbiran. Pemerintah yang baik akan berjaya

memerintah negara dengan baik manakala pemerintah yang mempunyai sikap negatif

akan memporak-perandakan negara. Amalan rasuah, rakyat ditindas dan pembangunan

terabai akan menyebabkan golongan bawahan akan melakukan rusuhan kerana tidak

berpuas hati. Golongan rakyat sememangnya mahukan pelaksanaan tanggungjawab

sosial kerajaan kepada rakyat. Jika diabaikan oleh pemerintah pusat, maka akan muncul

golongan pemimpin sama ada di pinggir bandar mahupun daerah menuntut keadilan dan

berani untuk mempersendakan kepimpinan kerajaan pusat. Oleh itu, kecerdikan dalam

kepimpinan amatlah penting dalam sesebuah pemerintahan kerana sekurang-kurangnya

dapat meletakkan pemerintahannya bukan antara yang teruk dalam tamadun China

walaupun kita mengetahui bahawa sesebuah wangsa tidak akan kekal selama-lamanya.5

Seterusnya ialah faktor ancaman luar. Ketenteraan yang hebat merupakan satu elemen

yang penting dalam kewibawaan sesebuah negara kerana sesebuah wangsa itu sentiasa

menjadi pemerhatian oleh puak gasar di bahagian utara dan barat China. Oleh itu,

perluasan empayar oleh wangsa China merupakan satu perkara yang biasa. Contoh ialah

Maharaja Shih Huang Ti yang telah meluaskan empayar dan menyatukan politik China.

4
Frederic Wakeman, Jr. The Fall of Imperial China, hlm. 56.
5
Frederic Wakeman, Jr. The Fall of Imperial China, hlm. 58.

3
Saat penaklukan orang cina ke atas orang gasar juga dikatakan saat bermulanya

kemampuan orang gasar menandingi orang cina.6 Penaklukan mereka terhadap orang

gasar sebenarnya mendekatkan lagi orang gasar terhadap pemikiran, budaya dan seni

orang cina. Perkembangan ini sekali gus telah meningkatkan kemampuan mereka untuk

menakluk kerajaan orang cina. Sebagai contoh, kejayaan wangsa orang Monggol iaitu

Yuan menewaskan wangsa Sung.

Pusingan wangsa boleh dijelaskan sebagai jangka hayat yang hanya mengikuti

putaran roda. Namun begitu, ada sebahagian sarjana yang berpendapat pusingan wangsa

tidak dapat menjelaskan sejarah China secara keseluruhan kerana tiada satu had tempoh

khusus bagi setiap wangsa. Ada wangsa yang berusia ratusan tahun dan ada wangsa yang

hanya mampu bertahan beberapa tahun sahaja. Pusingan wangsa boleh terbahagi kepada

tiga iaitu berusia panjang, berusia pendek tetapi meninggalkan kesan yang mendalam dan

pusingan wangsa berusia pendek yang tidak menghasilkan sesuatu sejarah. Walaupun

pusingan wangsa dikatakan mempunyai kelemahan tertentu, konsep ini tetap boleh

digunakan untuk mengkaji secara khusus hayat sesuatu wangsa dan bukannya kajian

secara menyeluruh sejarah China.

3.0 KEMUNCULAN, PERKEMBANGAN DAN KEJATUHAN

3.1 KEMUNCULAN DINASTI CHIN

Kelemahan pemerintah wangsa Chou telah membuka peluang kepada pembukaan

wangsa Chin pada 221 S.M. Pada peringkat awal Zhou, kerajaan pusat dapat mengawal

golongan pembesar dan wilayah mereka walaupun golongan ini diberi kebebasan

mengumpul kekayaan dan kekuatan. Namun begitu, kepercayaan yang diberi telah

dikhianati oleh ketua wilayah untuk menakluk kerajaan pusat. Hal ini menyebabkan

6
Abdul Rahman Haji Ismail, China Pensejarahan dan Pembinaan Tamadun, hlm. 53.

4
perpecahan dalaman berlaku apabila kuasa mandat syurga tidak dihormati lagi.

Pembunuhan raja Chou barat terakhir telah memulakan era Zhou timur yang terbahagi

kepada zaman musim bunga dan zaman negeri-negeri berperang. Zaman negeri-negeri

berperang khususnya telah memunculkan tujuh negeri terkuat iaitu ChI, Chu, Yen, Han,

Chao, Wei dan Chin.7 Negeri Chin terletak di barat laut China dan penduduk asal Chin

ialah orang gasar namun secara beransur-ansur telah menjadi orang cina disebabkan

mengamalkan budaya masyarakat cina kuno. Negeri Chin melalui Tuan Hsiang sentiasa

berusaha meningkatkan taraf negeri apabila memberi perlindungan pada ibu negeri Chou

yang diserang oleh puak Jung yang sebenarnya memberi manfaat pada negeri Chin yang

dinaikkan taraf untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan negeri lain.8 Sebelum

menjadi sebuah wangsa yang kuat di China, negeri Chin sudah pun menunjukkan usaha

untuk menyatupadukan politik China melalui usaha Shang Yang yang melakukan

pembaharuan dari segi geografi dengan menakluk bahagian barat Sungai Kuning dan

melakukan pelbagai pembaharuan dari segi sosial seperti pemusatan kuasa kerajaan,

penghapusan pemilikan tanah secara warisan, pelaksanaan undang-undang yang tegas dan

memberi keutamaan kepada bahagian ketenteraan.

Apabila menceritakan mengenai kemunculan wangsa Chin, kita tidak boleh

melupakan jasa Raja Cheng yang berperanan besar dalam sejarah tamadun China. Beliau

telah memegang jawatan raja pada tahun 238 S.M sambil dibantu oleh negarawan

Legalisme iaitu Li Ssu sebagai penasihat Diraja. Jika kawasan selatan dan barat China

telah ditawan sebelum itu, Raja Cheng berperanan pula meneruskan dasar penyatuan

China dengan kempen penaklukan di kawasan timur China dengan menawan kerajaan

Chi pada 221 S.M. Perubahan pertama dilakukan oleh Raja Cheng ialah pemakaian

gelaran dari raja kepada Maharaja. Hal ini kerana gelaran maharaja menunjukkan beliau

7
Suffian Mansor, Tamadun China, hlm. 38.
8
Suffian Mansor, Tamadun China, hlm. 57.

5
seorang yang paling berkuasa berbanding raja-raja yang lain. Raja Cheng menggelarkan

dirinya sebagai Shih-Huang Ti (Rujuk Lampiran 1) yang bermaksud First August

Emperor.9 Definisi First August Emperor ini juga menjadi persoalan sama ada nama itu

ada kaitan dengan bulan ogos atau gelaran Augustus iaitu Maharaja pertama empayar

Rom. Mengikut perspektif ahli sejarah, August bermaksud permulaan dan tujuan

Maharaja Shih Huang Ti menggunakan gelaran itu untuk menunjukkan bahawa beliau

ialah Maharaja pertama dalam sejarah China seperti Julius Caeser dalam tamadun Rom.

Ti juga bermaksud dewa yang berkuasa dan pemimpin yang harus dipuja. Bagi Shih-

Huang Ti, kemerosotan wangsa sebelumnya yang menyebabkan juga gelaran wang turut

merosot perlu diganti dengan gelaran baru agar keagungan wangsa Chin akan jelas

dilihat.

3.2 PERKEMBANGAN DINASTI CHIN

Perkembangan ini akan meliputi aspek politik, ekonomi, ketenteraan dan

kebudayaan. Pertama dari segi politik, Shih Huang Ti atas nasihat Li Ssu telah

mewujudkan satu sistem pemerintahan secara berpusat bagi mengukuhkan kuasa

pemerintahan. Hal ini bermaksud sistem feudal telah diketepikan seperti mana wangsa

sebelum ini. Kewujudan sistem pentadbiran yang baik seperti penubuhan jabatan hal

ehwal korban dan agama, istana, keselamatan dan kereta kuda bagi kegunaan maharaja

juga telah melicinkan pemerintahan.10 Ciri yang penting dalam era Chin ialah golongan

bangsawan telah diketepikan dan mementingkan golongan tentera dalam pentadbiran bagi

mengelakkan kebangkitan menentang kerajaan daripada golongan bangsawan. Shih

Huang Ti telah membahagikan empayar kepada beberapa wilayah yang dijaga oleh

pegawai wilayah dan wilayah tersebut akan dipecahkan lagi kepada beberapa daerah yang

9
Denis Twitchett & Michael Loewe, The Cambrige of History China Volume 1 The Chin and Han Empires, New
York : Cambridge University, 1986, hlm. 53.
10
Suffian Mansor, Tamadun China, hlm. 61.

6
diperintah oleh hakim. Pegawai wilayah dan hakim perlu sentiasa menghantar laporan

dari semasa ke semasa kepada kerajaan pusat bagi mengelakkan penyelewengan. Perkara

penting yang terjadi semasa perkembangan Chin juga ialah pelaksanaan ideologi

Legalisme dalam pemerintahan. Amalan perundangan di Chin bukan sahaja merangkumi

jenayah tetapi juga berkenaan cukai, kerahan tenaga, aktiviti pertanian dan sebagainya.

Legalisme mempunyai tanggapan bahawa manusia bersifat jahat dan mementingkan diri

sendiri sejak lahiriah lagi dan manusia itu akan sentiasa dicurigai malah beranggapan

bahawa undang-undang yang ketat merupakan jalan penyelesaian bagi menjamin

kestabilan negara.11 Pengaruh Legalisme begitu kuat dalam jiwa Shih Huang Ti di mana

beliau telah menjalankan dasar pengharaman penyebaran falsafah lain seperti

Konfucianisme. Peristiwa pembakaran buku yang dilaksanakan oleh Shih Huang Ti

membuatkan golongan intelektual beranggapan tindakan tersebut telah mencabuli hak

intelek mereka. Hanya buku berkepentingan sahaja seperti perubatan, pertanian dan

rekod-rekod lama tidak dimusnahkan. Shih Huang Ti juga melaksanakan hukuman bunuh

kepada pengikut Konfucianisme supaya golongan ini tidak akan menyebarkan idea-idea

penentangan kepada kerajaan pusat. Li Ssu pernah menyatakan bahawa pengharaman

falsafah selain hukum undang-undang merupakan satu tindak balas yang beranggapan

perkara tersebut mampu memberi bahaya kepada negara.12

Selain itu, perkembangan Chin juga merangkumi aspek pertahanan dan ketenteraan

iaitu pembinaan tembok besar China (Rujuk Lampiran 2). Pembinaan tembok besar China

ini dimulakan oleh Shih Huang Ti sepanjang 5 kilometer sebelum disambung pada

wangsa Ming sepanjang 6.5 kilometer. Ancaman orang gasar khususnya di bahagian utara

China dan perlindungan keselamatan jalan perhubungan oleh pedagang antara sebab

11
Abdul Rahman Haji Ismail, Aliran Kanun Dan Kekerasan Pemerintah di China dalam Qasim Ahmad (peny.),
Kekerasan Dalam Sejarah : Masyarakat dan Pemerintah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993,
hlm. 245.
12
Denis Twitchett & Michael Loewe, The Cambrige of History China Volume 1 The Chin and Han Empires, hlm.
73.

7
mengapa benteng ini dibina. Pengaruh Legalisme seperti yang telah dikatakan

merangkumi kerahan tenaga rakyat dan hal ini jelas dilihat dalam pembinaan tembok

besar China. Seramai 300 000 tentera dan 500 000 rakyat telah dikerah untuk

menjalankan tugas tersebut. Mengikut Legalisme, rakyat hendaklah sentiasa dilemahkan

dengan cara mengalirkan kekuatan dan kekayaan mereka kepada kepentingan negara.13

Pembinaan tembok besar China juga meninggalkan sejarah pengorbanan hidup rakyat

jelata yang ditindas dan dipaksa menjadi buruh tanpa dibayar upah oleh pemerintah.

Kematian juga banyak berlaku semasa proses pembinaan sehingga tembok ini turut

digelar sebagai perkuburan terpanjang di dunia.

Selain itu ialah sumbangan dalam bidang kebudayaan. Pembinaan patung tentera

terracotta (Rujuk Lampiran 3) juga membuktikan kemahiran masyarakat Chin dalam seni

bina. Menurut sejarawan Sima Qian, makan ini mula dibina sekitar 246 S.M ketika usia

Shih Huang Ti berumur 13 tahun.14 Tujuan pembinaan makam ini ialah Shih Huang Ti

mahukan kehidupan yang abadi yang memimpin kerajaan di dunia dan akhirat juga. Oleh

sebab itu, beliau telah mengarahkan pembinaan sebuah istana sebagai pusat pentadbiran,

tentera, pegawai kerajaan dan pasukan berkuda yang hanya menggunakan sumber tanah

liat sahaja. Pembuatan patung manusia ini yang mempunyai perbezaan dari segi rupa dan

sebagainya menunjukkan kemahiran mengukir yang tinggi dalam kalangan masyarakat

Chin. Hal ini menunjukkan salah satu perkembangan dalam wangsa Chin yang masih

kekal sehingga kini dan boleh dilihat. Seterusnya ialah perkembangan bahasa dan sistem

tulisan. Setelah dapat menyatukan negeri-negeri di China, Shih Huang Ti sedar akan

perlunya menyeragamkan sistem tulisan dan bahasa supaya menjadi satu sebagai

pengekalan identiti masyarakat China. Masyarakat China sebelum zaman Chin telah

menggunakan tulisan cina kuno di atas kulit kura-kura dan tulang binatang yang mampu

13
Abdul Rahman Haji Ismail, Aliran Kanun Dan Kekerasan Pemerintah di China, hlm. 249.
14
Ray Huang, China A Macro History, London : M.E Sharpe, 1997, hlm. 32.

8
memberi makna tertentu seperti ramalan nasib dan sebagainya. Perkembangan sistem

tulisan pada zaman Chin juga telah menjadikannya lebih sempurna berbanding gambaran

objek sebagai simbol makna. Bahasa Mandarin juga telah dijadikan sebagai bahasa utama

masyarakat cina oleh Shih Huang Ti dengan tujuan menyatukan masyarakat China yang

berpecah belah seperti pada zaman negeri-negeri yang berperang. Keseragaman bahasa

berperanan untuk melicinkan hal pentadbiran, pendidikan dan perkara rasmi negara.15

Selain itu ialah aspek ekonomi. Pertanian menjadi satu elemen ekonomi yang

penting pada masa itu. Rakyat telah digalakkan untuk memaksimakan pengeluaran

melalui pertanian dan penternakan. Sesiapa yang didapati malas untuk bekerja akan

dijadikan hamba oleh kerajaan. Kerajaan Chin juga menggalakkan pembukaan tanah

oleh imigran luar dan menghapuskan sistem pemilikan tanah secara warisan. Sumbangan

terpenting ialah keseragaman unit ukuran, mata wang dan pasak pada roda gerabak.16

Pembaharuan ini bertujuan untuk mengawal masyarakat China keseluruhannya dan

mewujudkan perpaduan secara tidak langsung. Shih Huang Ti turut membina sistem jalan

raya kebangsaan secara besar-besaran. Tujuan ialah memudahkan perhubungan antara

kerajaan dengan rakyat, kepentingan ekonomi dan ketenteraan. Ukuran panjang jalan

secara kasar semasa era Chin ialah 6 800 kilometer dan dikatakan lebih panjang

berbanding jalan di Rom iaitu 5984 kilometer.17 Walau bagaimanapun, bermulanya abad

ketiga dan seterusnya, sistem jalan raya darat di China mengalami kemerosotan

disebabkan kemajuan pengangkutan air dan perdagangan.

3.3 KERUNTUHAN DINASTI CHIN

Kematian pengasas kerajaan Chin yakni Shih Huang Ti pada 210 S.M

merupakan detik-detik terakhir kemerosotan wangsa Chin. Umur Shih Huang Ti pada

15
Suffian Mansor, Tamadun China, hlm. 75.
16
Suffian Mansor, Tamadun China, hlm. 62.
17
Denis Twitchett & Michael Loewe, The Cambrige of History China volume 1 The Chin and Han Empires, hlm.
61.

9
masa tersebut ialah 49 tahun dan kematian itu dirahsiakan oleh penasihatnya Li Ssu

sehinggalah tiba di ibu kota Hsien Yang. Mayatnya disimpan di bawah tanah bersama-

sama ribuan patung tentera Terracotta. Bukan sahaja patung tentera tetapi turut

mengandungi patung kuda, pedati dan istana yang melambangkan kerajaan Shih Huang

Ti di alam kematian.

Kemerosotan wangsa Chin ini juga dikaitkan dengan faktor moral pemerintah

semasa era Shih Huang Ti dan selepasnya. Penindasan Shih Huang Ti terhadap rakyat

jelata sehingga menyebabkan jumlah kematian yang tinggi semasa pembinaan tembok

besar China, patung Terracotta dan sebagainya tidak boleh dilupakan dengan mudah.18

Pekerja yang mengukir patung tentera Terracotta juga dibunuh dengan serta-merta bagi

mengelakkan rahsia mengenai makam itu dibocorkan. Selain itu, berlaku juga

kemerosotan moral di kalangan penasihat maharaja iaitu Li Ssu dan Chao Kao kerana

cubaan untuk membunuh dan menyingkirkan Fu-Su iaitu anak sulung Shih Huang Ti

daripada menjadi pengganti maharaja disebabkan beliau dilihat kurang bersungguh-

sungguh mengamalkan Legalisme dan melantik Hu-hai. Sikap tamak juga melanda diri

Chao Kao apabila membunuh Li Ssu dan mengambil alih jawatan Canselor pada 207

S.M. Moral negatif Chao Kao itu ditambah lagi dengan rancangan rampasan kuasa

terhadap Hu-hai sebelum maharaja kedua itu membunuh diri dan melantik cucu Shih

Huang Ti iaitu Tzu Ying sebagai maharaja ketiga. Namun begitu, Tzu Ying tidak diberi

gelaran maharaja tetapi hanya sebagai wang yang menyebabkan beliau bertindak

membunuh Chao Kao untuk membalas dendam.

Kemerosotan wangsa Chin juga dikaitkan dengan intelektual pemerintah Chin. Hal

ini kerana sifat maharaja pertama dan kedua yang dianggap mementingkan diri, enggan

18
Denis Twitchett & Michael Loewe, The Cambrige of History China Volume 1 The Chin and Han Empires, hlm.
85.

10
menerima nasihat dan enggan berubah selepas melakukan kesalahan.19 Tzu Ying

dianggap sebagai lemah dan hanya berdiri sendiri sebelum realiti kejatuhan Chin. Shih

Huang Ti dianggap sebagai seorang yang kejam dan penindas kerana dasarnya yang

mementingkan perluasan wilayah dan penyatuan politik. Hu-hai pula dianggap sebagai

seorang yang kurang moral dan intelektual kerana bergantung pada Chao Kao dan

membenarkan pelaksanaan pembunuhan Li-Ssu. Tzu Ying pula dianggap sebagai

maharaja yang lemah namun keberaniannya membunuh Chao Khao dianggap sebagai

memenuhi kebenaran pada masa itu. Kelemahan pemerintah selepas era Shih Huang Ti

dikatakan antara penyebab utama kejatuhan wangsa Chin.

Seterusnya ialah keadaan sosial juga menjadi penyebab kejatuhan wangsa Chin.

Keadaan petani yang semakin terdesak menyebabkan golongan ini terpaksa memberontak

untuk kali pertama yang dimulakan oleh Chen Sheng pada 209 S.M namun gagal.

Hakikat perlu kita tahu bahawa golongan ini sudah tertekan sejak di bawah Shih Huang

Ti di mana kerajaan pusat mengawal gerak geri rakyat dan kadangkala petani juga

dipaksa menjadi buruh paksa. Selepas kematian Shih Huang Ti, golongan ini semakin

tertekan disebabkan berlaku pergolakan dalaman istana. Pemerintahan yang tidak

munasabah menyebabkan ada sebahagian golongan ini melarikan diri ke hutan dan

menjadi pemberontak. Golongan yang terdesak dan marah akan situasi ini telah

membentuk satu pakatan dan mengambil bahagian dalam pemberontakan apabila berlaku

banyak masalah dalam kerajaan sejurus kematian Shih Huang Ti.20 Pemberontakan

seterusnya yang diketuai oleh Liu Pang meruntuhkan dinasti Chin yang bertahan selama

15 tahun sahaja.

19
Denis Twitchett & Michael Loewe, The Cambrige of History China Volume 1 The Chin and Han Empires, hlm.
86.
20
Denis Twitchett & Michael Loewe, The Cambrige of History China Volume 1 The Chin and Han Empires, hlm.
88.

11
4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya ialah setiap wangsa China akan melalui proses pusingan wangsa

yang dianggap sebagai satu roda yang akan sentiasa berpusing. Kemunculan sesuatu

wangsa itu akan dianggap sebagai ciri-ciri kebaikan pemerintah dan pemberian mandat

dari syurga manakala kejatuhan wangsa sering dikaitkan dengan kemerosotan moral

pemerintah dan penarikan mandat dari syurga. Chin antara wangsa yang hanya mampu

memerintah tidak lama iaitu setakat 15 tahun sahaja berbanding wangsa selepasnya iaitu

wangsa Han selama 422 tahun.

Perbandingan antara dua wangsa ini tidak bererti wangsa Chin merupakan sebuah

pemerintahan yang gagal. Melihat kepada kejayaan wangsa Han, sebenarnya pemerintah

wangsa Han telah mengambil iktibar dan pengajaran daripada wangsa Chin. Sebagai

contoh, wangsa Han menyedari akan beberapa kelemahan dalam wangsa Chin dan tidak

mengulanginya lagi atau mengisi kelompongan kelemahan itu seperti pengaruh

Legalisme ditukarkan kepada Konfucianisme. Walaupun pengaruh Legalisme memberi

kesan positif dalam pengawalan fizikal namun sebaliknya memberi kesan negatif juga

kepada pemerintahan negara. Kekejaman dan keganasan wangsa Chin telah membawa

keruntuhan wangsa Chin dan ketakutan yang dialami oleh rakyat Cina terhadap pengaruh

Legalisme menyebabkan pemerintahan Chin telah ditolak.21 Selain itu, wangsa Chin

juga telah memberi satu pengaruh yang besar kepada negara China sekarang seperti

penyatuan dari segi politik, bahasa, sistem tulisan dan binaan sejarah Tembok Besar

China yang memberi keuntungan dari segi pelancongan. Akhir kata, sejarah Chin

diibaratkan sebagai cerminan kelemahan sebelum wangsa Han memperbaikinya dan

memajukan diri ke hadapan sehingga digelar zaman keemasan China yang dimulai

dengan Liu Pang atau gelarannya iaitu Maharaja Kao Tsu.

21
Wing Tsit Chan, A Source Book In Chinese Philosophy, New Jersey : Princeton University Press, 1963, hlm.
251.

12
5.0 SUMBER RUJUKAN

Abdul Rahman Haji Ismail. 2001. China Pensejarahan dan Pembinaan Tamadun. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahman Haji Ismail. 1993. Aliran Kanun Dan Kekerasan Pemerintah di China
dalam Qasim Ahmad (peny.), Kekerasan Dalam Sejarah : Masyarakat dan
Pemerintah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Huang Ray. 1997. China A Macro History. London : M.E Sharpe.

Suffian Mansor. 2003. Tamadun China. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka.

Twitchett Denis & Loewe Michael. The Cambrige of History China volume 1 The Chin
and Han Empires. New York : Cambridge University.

Jr. Wakeman Frederic. 1975. The Fall of Imperial China, London : Collier Macmillan.

Wing Tsit Chan. 1963. A Source Book In Chinese Philosophy. New Jersey : Princeton
University.

13
6.0 LAMPIRAN

Lampiran 1 : Shih Huang Ti

Lampiran 2 : Tembok Besar China

14
Lampiran 3 : Patung tentera Terracotta

15

You might also like