Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

1.

0 PENGENALAN

Guru merupakan seorang role model bagi pelajar di sekolah. Hal ini bermakna guru
merupakan orang yang penting dalam mendidik dan membimbing pelajar supaya menjadi
seorang yang cemerlang dari segi akademik dan nilai murni. Asmah Haji Omar (1989) pula
menyatakan bahawa pengajaran merupakan proses komunikasi yang meliputi segala keadaan
yang dapat menimbulkan dan menghasilkan tindak balas murid-murid. Oleh itu, guru
haruslah peka dan bertindak aktif dalam memberikan peneguhan kepada murid bagi
menaikkan semangat mereka untuk belajar justeru murid akan terus menunjukkan prestasi
yang memberangsangkan. Oleh demikian, kaedah pengajaran oleh guru amat memainkan
peranan penting supaya proses pengajarannya mendatangkan keberkesanan. Wawasan 2020
yang dilaksanakan oleh Tun Dr. Mahathir iaitu Perdana Menteri 4 pada tahun 1991 telah
mengubah dasar pendidikan itu sendiri kerana matlamat pendidikan itu telah direvolusikan
yang mahu menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan pada abad ke 21.
Oleh yang demikian, kaedah pengajaran pada abad 21 lebih menumpukan kepada komunikasi
dua hala antara guru dan murid. Guru juga hanya berperanan sebagai pembimbing dan
fasilitator manakala pelajar akan mendapat pendidikan melalui pengalamannya sendiri.

Pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah sering kali dilihat sebagai membosankan
dan kurang menarik oleh murid kerana sejarah itu sendiri dilihat sebagai satu subjek yang
hanya mementingkan pemerolehan pengetahuan melalui hafalan. Kini, pengajaran dan
pembelajaran yang berpusatkan guru tidak lagi sesuai untuk diaplikasikan dalam subjek
sejarah. Dunia pendidikan sejarah di Malaysia memandang sejarah sebagai berpusatkan
murid dan wujudnya penggunaan bahan bantu mengajar. Dalam esei ini, penulis akan
memfokuskan kepada kepentingan bahan bantu mengajar iaitu bahan maujud dan
kepentingan strategi pembelajaran berpusatkan murid dalam kelas sejarah.

1
2.0 DEFINISI BAHAN MAUJUD

Menurut Sufean Hussin et.al (2005), bahan maujud merupakan bahan konkrit atau
bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Manakala Mohktar Affandi Amran, Poh
Swee Hiang dan Tajuddin Hassan (1996) menyatakan bahawa bahan maujud adalah bahan
yang kelihatan nyata dan benar. Penggunaan bahan maujud dalam pengajaran dan
pembelajaran seorang guru merupakan salah satu kaedah yang boleh menarik minat murid
kerana bahan maujud ini memang wujud dan jelas serta mempunyai sifat-sifat yang boleh
dikenalpasti melalui deria-deria murid seperti mata, telinga, lidah, hidung dan sentuhan.
Terdapat tiga jenis bahan maujud iaitu realia, diorama dan model. Realia merupakan bahan
sebenar yang mudah didapati dan selamat digunakan. Realia digunakan untuk membantu
pengajaran pendedahan atau ekpositori. Contoh realia ialah batuan, tumbuhan, bahan awet
basah dan kering. Diorama pula sistem pameran yang menggabungkan latar depan tiga
dimensi dengan latar belakang dua dimensi. Kombinasi latar depan dan belakang dapat
menghasilkan kesan realistik yang tinggi. Diorama digunakan untuk mengajar sejarah, agama
dan drama. Jenis bahan maujud iaitu model terdiri daripada model keratan, model pepejal dan
model keratan.
Kelebihan yang terdapat pada bahan maujud ini adalah melalui penglibatan murid
secara langsung dengan penggunaan bahan maujud. Hal ini menjadikan mereka lebih aktif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan murid. Bahkan, murid juga dapat
membuat interpretasi sejarah berdasarkan bahan maujud tersebut. Ciri bahan maujud tersebut
yang bersifat realistik turut menggerakkan murid untuk meneroka idea yang kompleks dan
abstrak selaras dengan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) yang harus diaplikasikan
oleh murid. Walaubagaimanapun, setiap sumber pengajaran dan pembelajaran ada
kelemahannya tidak terkecuali sumber bahan maujud. Para guru sukar untuk memperolehi
bahan untuk menghasilkan bahan. Kesukaran ini boleh berlaku sama ada kepada guru yang
berada di pedalaman mahu pun yang berada di bandar. Sebagai contoh, jika guru ingin
membawa bahan maujud berupa getah asli, guru harus ke kawasan pedalaman untuk
mendapatkannya. Sebaliknya, bagi guru yang berada di kawasan pedalaman pula mereka
terpaksa keluar ke bandar bagi membeli bahan untuk menghasilkan bahan maujud yang tidak
terdapat di kawasan pedalaman seperti globe untuk menunjukkan kepada pelajar kawasan-
kawasan Eropah yang telah menjajah negara kita melalui terusan Suez bagi mendapatkan
sumber bahan mentah di Tanah Melayu. Terdapat juga sesetengah bahan maujud yang

2
mempunyai kos yang tinggi menyebabkan guru sukar untuk mendapatkannya. Selain itu, reka
bentuk bahan maujud yang besar turut menyukarkan guru untuk membawa bahan tersebut,

3.0 KEPENTINGAN MENGGUNAKAN SUMBER PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN SEJARAH

Di dalam merancang pengajaran dan pembelajaran, tidak lengkap sekiranya seseorang


guru sejarah tersebut hanya menggunakan kaedah chalk and talk sahaja. Kaedah tersebut
merupakan kaedah tradisional yang mana tidak bersesuaian dengan pembelajaran abad ke-21
khususnya dalam subjek sejarah. Peratusan murid yang meminati subjek sejarah adalah
sangat rendah. Oleh itu, kaedah yang pelbagai perlu dilaksanakan oleh guru dalam pengajaran
dan pembelajaran sejarah yang antaranya ialah kaedah bahan maujud. Oleh itu, kita akan
melihat signifikan bahan maujud dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.
3.1 Merangsang Pemikiran Murid
Kepentingan penggunaan sumber bahan pengajaran dan pembelajaran yang pertama
adalah merangsang pemikiran murid. Menurut Sufean Hussin (2005), penggunaan sumber
bahan pengajaran dan pembelajaran amat perlu kerana melalui bahan tersebut, pembelajaran
murid akan jauh lebih bermakna berbanding dengan proses pembelajaran yang berlangsung
tanpa sumber pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana penggunaan sumber akan
merangsang setiap aspek perkembangan murid yang bukan sahaja merangkumi kognitif
murid malah bahasa, komunikasi dan fizikal murid. Contohnya, seorang guru sejarah
mengajar tajuk berkaitan dengan berkaitan British memperkenalkan penanaman baru yang
salah satunya adalah getah. Penggunaan sumber bahan maujud seperti getah asli akan dapat
membantu mereka membuat persepsi berdasarkan apa yang telah dilihat secara realiti dan
bukan satu persepsi atas dasar andaian sahaja. Bahkan murid turut akan lebih tertarik untuk
mempelajari tajuk tersebut sekiranya dapat melihat getah asli, bagaimana torehan untuk
mendapatkan getah asli tersebut, mendengar atau menyentuh getah tersebut serta dapat
menghidu bau getah asli tersebut.
Jelaslah bahawa bahan rangsangan seperti sumber maujud iaitu diorama ini tadi akan
membuat murid dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih mendalam lagi. Mereka dapat
mengaplikasikan kemahiran pembelajaran sejarah iaitu kemahiran kreatif dan inovatif tentang
segala aspek kehidupan manusia silam dan kini (Kementerian Pelajaran Malaysia,
2013). Hasilnya, mereka akan dapat mengeluarkan idea yang bernas dan bermakna. Jika
dikaitkan dengan penanaman getah, murid akan dapat merangsang fikiran mereka dengan
3
memikirkan bahan-bahan apakah yang dihasilkan melalui getah seperti tayar, selipar,
pemadam dan sebagainya.

3.2 Menginterpretasi Maklumat Daripada Peristiwa Sejarah


Signifikan penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya ialah
murid dapat menginterpretasi maklumat daripada peristiwa Sejarah. Menurut Noresah (2005),
interpretasi merujuk kepada tafsiran. Jadi, interpretasi di sini adalah menafsir atau
menganalisis maklumat daripada sumber sejarah. Tafsiran banyak membantu murid dalam
meneroka bukti dan membentuk perasaan empati mereka terhadap sesuatu peristiwa
bersejarah.
Guru Sejarah boleh menggunakan sumber bahan elektronik seperti tayangan video
semasa mengajar tajuk berkaitan dengan cara menoreh getah yang dianjurkan oleh orang
barat iaitu H.N Ridley. Di dalam tayangan video tersebut juga dapat memaparkan golongan
imigran seperti India yang tinggal di Estet mengusahakan tanaman getah. Tayangan peristiwa
dan pemandangan yang sebenar akan membolehkan murid-murid tahu tentang peristiwa-
peristiwa tersebut dengan lebih dekat dan jelas. Cabang fasa kemahiran kreatif dan inovatif
iaitu fasa imaginasi turut dapat dicapai apabila murid berfikir di luar konteks buku teks. Hal
ini kerana mereka mendapat maklumat yang lebih lengkap lagi melalui tayangan video
berbanding penggunaan bahan bercetak iaitu buku teks mengenai British memperkenalkan
ekonomi baru khususnya penanaman getah. Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) murid
mengenai elemen asas sejarah iaitu tokoh, tempat, peristiwa, tarikh dan masa turut tercapai
apabila murid membuat interpretasi melalui topik tersebut. Menurut Wan Zah Wan Ali
(2000), murid bukan sekadar membuat analisis terhadap fakta-fakta yang diperolehi malah
membuka ruang bagi mereka untuk membuat tafsiran baru terhadap permasalahan sejarah.
Sebagai contoh, getah merupakan bahan yang penting pada zaman dahulu namun kini getah
tidak lagi diusahakan dengan giat sedangkan getah merupakan bahan yang boleh menjana
pendapatan Negara. Dapatlah disimpulkan sumber pengajaran dan pembelajaran seperti
bahan elektronik ini mampu membawa murid menginterpretasi pelbagai peristiwa sejarah
dalam konteks pada masa dahulu dan juga pada masa kini.

3.3 Menarik Minat Terhadap Mata Pelajaran Sejarah


Menurut Abdul Razaq dan Isjoni (2009), seorang guru akan dianggap berjaya sekiranya
mampu menarik perhatian murid terhadap pelajaran yang diajar olehnya. Jadi, penggunaan
sumber pengajaran dan pembelajaran sekali lagi sangat memainkan peranan penting bagi
4
menarik minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah. Sehubungan itu, guru sejarah haruslah
sentiasa kreatif dalam mengolah sumber PdP yang sentiasa memikat hati murid-muridnya.
Sebagai contoh, guru dapat membawa bahan maujud seperti pisau penoreh getah.
Persembahan tersebut pasti akan membuat murid berasa kagum dan sedikit sebanyak menarik
minat mereka terhadap mata pelajaran sejak bermula dari sekolah rendah lagi. Tetapi harus
juga diingati bahawa jika guru membawa barang yang boleh mengancam keselamatan seperti
pisau torehan getah, guru haruslah berhati-hati ketika membawanya dan mempamerkan
kepada pelajar bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.
Seterusnya, seseorang guru sejarah juga hendaklah memulakan pengajaran dengan
menyediakan set induksi yang dapat menarik perhatian murid kepada guru dan
pengajarannya. Jadi, guru boleh membawa sumber bahan bercetak seperti gambar-gambar
bangunan lama bagi set induksi tersebut. Semasa fasa perkembangan pula, guru Sejarah boleh
menggunakan slaid powerpoint agar dapat mempersembahkan maklumat yang teratur dengan
menggunakan sumber bahan elektronik yang memudahkan murid mengikuti pengajaran
dengan berkesan (Aszoura Muhamed Salleh, 2007). Tuntasnya, seorang guru sejarah perlu
peka terhadap Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) yang terdapat pada diri setiap murid agar
dapat memudahkan beliau mengenalpasti tahap kebolehan mereka. Terdapat 8 jenis TKP iaitu
verbal-linguistik, logik-matematik, visual-ruang, naturalis, kinestetik, muzik, interpersonal
dan intrapersonal (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001). Setelah mengetahui kecerdasan
mereka, guru boleh mempelbagaikan sumber pengajaran dan pembelajaran bagi menarik
minat murid terhadap subjek Sejarah.

3.4 Meningkatkan Daya Ingatan Terhadap Fakta Sejarah


Mata pelajaran Sejarah turut seringkali dikaitkan dengan menghafal fakta yang terdapat
di dalam sesebuah buku. Jadi, jenis sumber pengajaran dan pembelajaran yang digunakan
oleh seorang guru akan menentukan tahap dalam meningkatkan daya ingatan terhadap fakta
sejarah yang dipelajari pada hari tersebut dan seterusnya kebolehupayaan murid
menghuraikan semula fakta sejarah yang telah dipelajari. Memandangkan mata pelajaran
sejarah sering dianggap susah, guru boleh menggunakan sumber bahan maujud untuk
memudahkan kefahaman murid. Kadangkala dengan memegang dan melihat bahan maujud
itu sendiri, pelajar akan dapat membayangkan sesuatu peristiwa sejarah itu dengan baik.
Bukan semua murid dapat melihat pokok getah, hanya peranan guru sahaja dapat
memberikan pengalaman baru kepada murid itu sendiri. Di dalam situasi pengajaran kami,
kami telah meminta murid mengeluarkan semula fakta-fakta yang diperolehi di setiap stesen
5
ke dalam kuiz yang dijalankan. Secara tidak langsung, aktiviti-aktiviti yang menggunakan
bahan bantu mengajar ini akan membantu para murid mengingati dan memperkukuhkan
input-input yang diperolehi seterusnya menghasilkan output yang telah ditetapkan.

4.0 PEMBELAJARAN ABAD KE 21 : STRATEGI PENGAJARAN BERPUSATKAN


MURID

Pembelajaran abad ke 21 merupakan salah satu elemen penting di dalam Pelan


Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Pembelajaran abad ke 21 menekankan kepada
pembelajaran berpusatkan murid dan menerapkan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi atau
KBAT. Salah satu ciri di dalam pembelajaran abad ke 21 adalah pengajaran yang berpusatkan
murid. Strategi pengajaran berpusatkan murid diperkenalkan untuk menilai kemampuan
murid secara menyeluruh berpaksikan kepada lima aspek utama iaitu Jasmani, Emosi,
Rohani, Intelek dan Sosial atau diringkaskan menjadi JERIS. Secara umumnya, pengajaran
berpusatkan murid merujuk kepada pembelajaran yang mengutamakan penglibatan murid dan
guru hanya menjadi pembimbing atau fasilitator sahaja. Apabila menilai dengan lebih
mendalam, pengajaran berpusatkan murid dapat didefinisikan sebagai tumpuan kepada
perkembangan pembelajaran murid sebagai individu, memberi pilihan kepada murid jenis
pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari, serta mewujudkan kolaborasi iaitu membina
pengetahuan dan persekitaran positif yang melibatkan penilaian berterusan dengan sikap guru
yang mendengar pandangan murid dan melibatkan murid untuk merancang sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
yang telah kami lakukan, para murid akan datang ke setiap stesen-stesen yang mengandungi
maklumat tentang sejarah getah. Guru akan yang terlibat akan memantau sahaja pergerakan
murid-murid dan bagi mendapatkan maklumat secara menyeluruh, murid perlu membaca,
mengkaji serta menaakul maklumat-maklumat yang telah disediakan.

Selain itu, pengajaran berpusatkan murid turut menggalakkan komunikasi dua hala
antara guru dengan para murid. Hal ini amat berbeza dengan sesi pengajaran pada era
sebelumnya di mana guru sahaja yang memberikan input kepada murid tanpa adanya
percambahan idea melalui perbincangan dan komunikasi dua hala. Kami telah menerapkan
ciri ini melalui sesi pengajaran yang dilaksanakan. Murid-murid boleh melontarkan kepada
para guru yang menjaga stesen maklumat itu sebarang persoalan serta dibenarkan berbincang
sesama mereka. Melalui kaedah ini, guru dapat menilai sejauh mana tahap kefahaman murid
terhadap satu-satu topik tersebut. Bagi mengesahkan penilaian itu, guru boleh melakukan
6
ujian formatif dan melalui ujian itu, murid-murid yang tidak memahami sesuatu topik boleh
dikesan. Guru boleh melakukan aktiviti-aktiviti susulan bagi memastikan semua murid
memahami topik yang diajar.

Di samping itu, pengajaran berpusatkan murid menekankan kaedah berkumpulan


dalam beraktiviti. Kaedah ini dilaksanakan bagi membolehkan para murid memupuk sifat-
sifat sosial yang positif seperti tolong-menolong, bekerjasama dan bertolak ansur. Tambahan
pula, para murid akan lebih memahami serta menghargai informasi-informasi yang telah
diperolehi.

5.0 KESIMPULAN
7
Penggunaan bahan bantu mengajar atau BBM dapat mewujudkan rasa empati di
dalam diri murid dalam mempelajari subjek Sejarah. Empati di dalam sejarah amat penting
bagi seseorang murid dalam memahami sesuatu topik yang telah diterangkan sekaligus
memperkuatkan daya ingatan mereka. Hal ini dapat mengikiskan stigma umum bahawa
subjek Sejarah itu merupakan satu subjek yang membosankan. Secara konklusinya, penting
bagi para guru menyediakan bahan bantu mengajar yang kreatif dan interaktif kepada para
murid dalam membantu mereka memahami serta mengingati subjek Sejarah.

6.0 LAMPIRAN

8
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SEKOLAH MENENGAH
SEJARAH TINGKATAN DUA

Mata Pelajaran: Sejarah Tingkatan 2

Tarikh: 18 November 2016 Masa: 40 Minit

Bilangan pelajar: 35 orang

Tajuk: Perkembangan Perusahaan Getah

Objektif Am: Murid-murid dapat mengetahui perkembangan perusahaan


getah.
Objektif Khas: Di akhir pembelajaran, murid-murid dapat:
1. Mengetahui sejarah ekonomi getah di Tanah Melayu
2. Menyenaraikan enam faktor perkembangan perusahaan
getah secara bertulis.
3. Menyatakan pandangan mengenai langkah untuk
meningkatkan harga getah yang kian merudum.

Penerapan nilai: 1. Bekerjasama


2. Keberanian
3. Keyakinan diri
4. Rasional
5. Empati
Bahan Bantu Mengajar: 1. Slaid PowerPoint
2. Video
3. Getah Asli
4. Pisau Toreh Getah
Pengetahuan sedia ada: Murid-murid telah mengetahui mengenai tanaman baru
memantapkan ekonomi British.
Rujukan guru: 1. Buku teks Sejarah tingkatan 2
2. Sukatan Pelajaran Sejarah
Rujukan murid: 1. Buku teks Sejarah tingkatan 2

Penggabungjalinan: 1. Aktiviti berkumpulan.


2. Kemahiran melihat, mendengar, bertutur dan menulis
Pendekatan: 1. Komunikatif

9
Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Aktiviti Guru Aktiviti Murid

Set induksi Pengenalan topik : 1. Guru akan 1. Murid yang 1. Untuk


(7 minit) Perkembangan memulakan set bertuah akan menarik minat
Perusahaan Getah induksi dengan melakukan dan perhatian
membuat magic demonstrasi tersebut daripada murid.
paper di hadapan sambil dibimbing
pelajar. oleh guru. 2. Nilai :
Keberanian dan
2. Guru akan 2. Murid yang ke keyakinan diri
memanggil seorang hadapan akan diberi
pelajar untuk hadiah oleh guru
membuat demo sebagai peneguhan
magic paper di positif.
hadapan kelas.

3. Guru akan 3. Murid akan


menyuruh murid bergerak ke
untuk membuat 4 kumpulan yang
kumpulan. dibentuk.

Langkah 1 Meja Litar : 1. Guru akan 1. Setiap kumpulan 1. Kemahiran :


(15 minit) membahagikan akan monopoli setiap Deria bau,
1) Sejarah murid kepada 4 meja dan akan menyentuh,
Perkembangan kumpulan. bertukar giliran dari melihat,
Getah di Tanah satu meja ke meja membaca dan
Melayu 2. Guru akan mengikut tempoh menulis.
menyusun empat masa yang
2) Faktor meja litar yang ditetapkan iaitu 3 2. Murid akan
Perkembangan mempunyai minit. dapat membaca
Perusahaan Getah maklumat dan memahami
pembelajaran 2. Murid boleh perkembangan
3) Soalan KBAT : berbeza. melihat dan perusahaan
Pandangan untuk menyentuh getah, faktor
meningkatkan 3. Guru akan bahan maujud yang perkembangan
harga getah yang bertindak sebagai disediakan di atas dan soalan
kian merudum. fasilitator yang akan setiap meja tersebut. KBAT iaitu
membimbing murid pendapat untuk
dari segi pergerakan 3. Setiap kumpulan meningkatkan
pembelajaran dikehendaki harga getah
tersebut. membaca nota dan pada masa
membuat nota sekarang.
4. Setiap guru akan ringkas setiap kali
diletakkan di setiap berada di setiap
meja. meja berkenaan. 3. Strategi PdP :
Pembelajaran
5. Guru akan Konstruktivisme
10
mengawal masa dan dan Kolaboratif.
membunyikan wisel
menandakan giliran 4. BBM : Bahan
pusingan meja perlu Maujud seperti
dilakukan. getah asli dan
pisau toreh
getah, selipar
dan getah.

5. Objektif
Pengajaran :
Mengetahui
sejarah ekonomi
getah di Tanah
Melayu

6. Objektif
Pengajaran :
Menyenaraikan
enam faktor
perkembangan
perusahaan
getah secara
bertulis.

7. Objektif
Pengajaran :
Menyatakan
pandangan
mengenai
langkah untuk
meningkatkan
harga getah
yang kian
merudum.

Langkah 2 Sesi Kuiz Kepada 1. Guru akan 1. Guru akan 1. Pendekatan


(15 minit) Murid Melalui menerangkan cara mendengar pembelajaran
Permainan Kotak permainan kotak penjelasan daripada secara
Beracun. beracun kepada guru. konstruktivisme.
murid.
2. Murid pertama 2. Mengasah
2. Guru akan akan menerima kemahiran
memulakan kotak beracun berkomunikasi
permainan dengan tersebut dan murid dalam
memberi kotak memberi kepada berkumpulan.
beracun kepada rakan di sebelah. .

11
murid pertama dan
memulakan lagu. 3. Murid akan
berhenti pergerakan
3. Guru akan jika dapati lagu
memberhentikan sudah dihentikan
lagu. oleh guru.

4. Guru akan melihat 4. Murid akan


perhentian kotak menjawab soalan
beracun pada murid yang diberikan oleh
yang bertuah. guru.

5. Guru akan
menyuruh murid
tersebut untuk
menjawab soalan.

6. Permainan kotak
beracun akan
berjalan sehingga
lima soalan.

Penutup
(3 minit) 1. Guru akan 1. Murid 1. Nilai : Kreatif
menanyakan murid dikehendaki dan keberanian.
mengenai nilai topik menyebut apa sahaja
pembelajaran iaitu abjad dan guru pula
Perkembangan akan mencabut abjad
Getah. tersebut jika ada.
Murid dikehendaki
2. Guru akan meneka nilai
memberikan latihan tersebut.
kerja rumah kepada
murid.

3.Guru akan
menamatkan PdP.

12

You might also like