Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

PEMBELIAN ASC TIMETABLES 2016


1. PENGENALAN

Setiap kali bermula sesi persekolahan yang baru sudah pasti setiap guru akan
mendapat jadual untuk mengajar dengan jumlah waktu mengajar yang telah diputuskan oleh
pihak pentadbir.
Jika kita layari secara atas talian, terdapat beberapa perisian yang boleh digunakan
untuk membina jadual waktu mengajar dengan mudah.

Jika dahulu, guru mungkin perlu membuat jadual waktu secara manual. Pembinaan
jadual waktu perlu dibuat satu persatu dan mungkin terdapat kekerapan pengubahsuaian
jadual waktu kerana ada guru yang mengajar dua kelas pada satu-satu masa.

SK Seri Sabak Uni telah 8 tahun menggunakan perisian ASC TIMETABLES. Selama ini,
pihak sekolah menggunakan perisian cetak rompak dan ianya menyalahi undang-undang
negara. Justeru itu, pihak sekolah ingin membeli perisian tulen dengan sekali pembayaran
ianya boleh digunakan seumur hidup.

Apa yang menariknya tentang ASC Timetable ini, paparan antaramukanya yang
ringkas dan mudah sangat membantu penggunanya menjana jadual dengan mudah.Terdapat
beberapa ciri menarik yang ditawarkan oleh ASC Timetable, antaranya pilihan kelas
bergabung, pilihan untuk kekangan guru dan pelbagai lagi.

2. TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini ialah memohon peruntukan PIBG bagi membeli perisian ini
bagi memudahkan urusan sekolah dalam penjanaan jadual waktu persekolahan.

3. KELEBIHAN ASC TIMETABLES TULEN

ASC TIMETABLES mempunyai pelbagai faedah. Antaranya ialah :

a. Lesen Seumur Hidup.


b. Boleh digunakan lebih dari satu komputer.
c. Fungsi penjanaan jadual automatik.
d. Fungsi penyesuaian secara manual.
e. Kecepatan mengenalpastik konfliks
f. Kemasukan data yang mudah dan ringkas.
g. Paparan jadual di telefon mudah alih.
h. Memudahkan mengimport data dari luar.
i. Menyokong kemudahan pelbagai tempat, kelas dan bangunan.
j. Senang diubah-ubah pelbagai bentuk.
k. Jadual bagi guru ganti yang lengkap.
l. Laman web percuma dengan pembelian ASC TIMETABLES tulen.
m. Fungsi online
n. Sesuai digunakan bersama Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)
4. HARGA DICADANGKAN

Pihak sekolah mencadangkan aSc TimeTables ADVANCE untuk SK bernilai RM1990.00 tidak
termasuk GST sebanyak 6 %. JUMLAH TERMASUK GST IALAH RM 2109.40.

PENUTUP

Pihak sekolah amat-amat menghargai sekirangan pihak PIBG dapat menyumbang ke arah
memajukan lagi sistem pendidikan negara kita. Diharap dengan penggunaan perisian ini dapat
dimanfaatkan oleh semua warga sekolah SK Seri Sabak Uni.

Disediakan oleh: Disahkan oleh :

_________________ _________________
YUSRI BIN DAUD BAKTI @ MOHD BAKTI BIN AHMAD
Setiausaha, Guru Besar,
Jawatankuasa Jadual Waktu SK Seri Sabak Uni
SK Seri Sabak Uni

You might also like