Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Pada hari ini dalam tahun 1980, Malaysia telah mengisytiharkan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE)

berasaskan kepada Peta Baru Sempadan Perairan dan Pelantar Benua Tahun 1979.
Keputusan unilateral negara ini telah mendapat bantahan negara-negara jiran di rantau ini kerana ia
bertentangan dengan dasar tuntutan mereka. Negara- negara jiran boleh menuntut kawasan Zon
Ekonomi Eksklusif secara unilateral melewati sempadan yang dituntut oleh Malaysia. lni menyebabkan
terwujudnya kawasan tuntutan bertindih. Tuntutan ini dapat diselesaikan sama ada secara rundingan
ataupun kekerasan. TLDM memainkan peranan penting membantu menyelesaikan masalah tersebut, di
samping menguatkuasakan undang-undang di kawasan yang dituntut. Pengisytiharaan ini menyebabkan
tanggunjawab TLDM bertambah hampir sekali ganda seperti berikut:

Keluasan maritim negara sehingga 589,450 kilometer persegi.

Pantai Malaysia yang telah dipanjangkan kepada 4,490 kilometer.

Jumlah pulau milik negara ialah 1,007 buah.

Pengisytiharaan ini memberi kebaikan kepada TLDM iaitu mendapat peruntukan untuk perolehan
aset baru sesuai dengan perluasan kawasan tanggungjawab. Perubahan ini amerupakan satu sejarah
yang telah mengubah negara kepada sebuah negara maritim. Pertambahan keluasan ZEE juga telah
menyebabkan tanggungjawab TLDM bertambah memandangkan hampir 90% dari sumber asli adalah
daripada laut.

Tuntutan persempadanan bertindih:

Pulau Natuna Anambas,Pulau Batu Putih,Pulau Ligitan,Pulau Sipadan

ZON EKONOMI EKSKLUSIF

o Prinsip pentas benua


o Prinsip 360 km dari pantai
o Prinsip Gugusan Pulau
o Prinsip Garisan Meridien
o Kawasan carigali petroleum

Konversyen PBB tentang undang-undang laut pada tahun 1982 telah menetapkan bahawa setiap Negara
pantai memiliki hak eksklusif atas zon ekonomi seluas 370 kiometer (200 batu nautika)

Ini bermakna setiap Negara mempunyai hak untuk mengeksploitai dan menguruskan sumber-sumber
alam di kawasan seluas 370 kilometer (200 batu nautika) dari pantai negara

Pembentukan ZEE telah mewujudkan pertikaian berikut:

1. Pertikaian antara Malaysia dengan Indonesia berkenaan tuntutan hak maritime di Pulau Ligitan
dan Pulau Sipadan
2. Pertikian antara Malaysia dengan Singapura terhadap Pulau Batu Putih
Dalam zon ekonomi eksklusif, Malaysia mempunyai :

(a) hak kedaulatan bagi maksud menjelajah dan mengeksploitasi, memelihara dan menguruskan sumber
alam, sama ada hidupan atau bukan hidupan, dari dasar laut dan tanih bawah dan perairan
superjasen, dan mengenai aktiviti lain bagi pengeksploitasian ekonomi dan penjelajahan zon, seperti
pengeluaran tenaga dari air, arus dan angin;

(b) bidang kuasa mengenai

(i) penubuhan dan penggunaan pulau buatan, pepasangan dan struktur;

(ii) penyelidikan saintifik laut;

(iii)perlindungan dan pemeliharaan alam sekitar laut; dan

(c) apa-apa hak dan kewajipan lain sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang
antarabangsa.

Larangan aktiviti dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua kecuali jika dibenarkan

Mengikut peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai, tiada seseorang
pun boleh dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua

(a) menjelajah atau mengeksploitasi apa-apa sumber alam, sama ada hidupan atau bukan hidupan;

(b) menjalankan apa-apa kerja penyelidikan penggalian atau penggerudian;

(c) menjalankan apa-apa penyelidikan saintifik laut; atau

(d) membina atau memberi kuasa dan mengawal selia pembinaan, pengendalian dan penggunaan

(i) mana-mana pulau buatan;

(ii) apa-apa pepasangan atau struktur bagi maksud yang diperuntukkan dalam seksyen 4 atau bagi
apa-apa maksud ekonomi lain; atau

(iii)apa-apa pepasangan atau struktur yang mungkin mengganggu perjalanan hak Malaysia dalam zon
atau pelantar benua

Masalah keselamatan nelayan. Ancaman lanun di laut antarabangsa, ancaman nelayan


asing/pencerobohan. Sesetengah penduduk tidak berkesanggupan untuk meneroka perikanan laut
dalam kerana khuatir keselamatan mereka yang amat sukar dijamin di perairan antarabangsa. Resiko
lanun amat besar. Pengetahuan yang terhad juga membolehkan mereka mudah terceroboh memasuki
kawasan perairan negara lain yang menyebabkan mereka ditangkap.

Masalah politik perairan antarabangsa. Pertindihan kawasan/sempadan perairan khususnya di zon


ekonomi eksklusif (ZEE). Ini menimbulkan risiko pencerobohan atau mudah tertangkap oleh pihak
berkuasa negara lain. Selain itu aktiviti perikanan laut dalam juga mendapat tentangan daripada
pergerakan alam sekitar seperti Green Peace misalnya mereka menghalang penangkapan ikan paus oleh
nelayan laut dalam Jepun.
KEPENTINGAN ZEE

Idea 1 : Memberikan hak pengeksploitasian kawasan

o Dengan penguatkuasaan, ZEE meletakkan suatu kawasan perairan itu (meliputu jarak sejauh
320km atau 200 batu nautika dari pantai) di bawah penguasaan sesebuah negara.
o Dengan ini, memberikan hak kepada sesebuah negara mengekspoitasi suatu kawasan untuk
projek cari gali minyak.
o Contohnya, dengan kewujudan ZEE, Malaysia berjaya meneroka kawasan di luar pesisir pantai
Terengganu dalam lingkungan 170 batu nautika sehingga mendapatkan sumber minyak di situ.

Idea 2 : Membolehkan pengendalian sumber

o Segala sumber yang terangkum dalam ZEE ini membolehkan aktiviti perikanan dijalankan di
kawasan ini.
o Sebarang pencerobohan terhadap ZEE, oleh sesebuah negara boleh diambil tindakan oleh
negara yang mengawal ZEE berkenaan.
o Segala sumber di kawasan berkenaan menjadi tanggungjawab dan di bawah penguasaan negara
berkenaan.

Idea 3 : Mengupayakan kawalan lanun

o Pelaksanaan ZEE memberi ruang kepada kawalan lanun antarabangsa


o Perairan yang luas mewujudkan keupayaan memantau dan memintas kegiatan lanun sebelum
mereka melepasi sempdan antarabangsa dan sempadan negara lain.

MASALAH/ HALANGAN

Idea 4 : Pertindihan sempadan laut

o Pelaksanaan ZEE telah mewujudkan pertindihan sempadan laut antara negara.


o Setiap negara akan mendapat penambahan kawasan kawalan laut yang menjadi kawasan
perairan mereka.
o Peluasan ini mewujudkan pertindihan kawasan pertindihan sempadan seperti pertindihan
sempadan Malaysia dengan Indonesia.

Idea 5 : Konfik tuntutan ke atas pulau

o ZEE telah membawa kepada pertelingkahan antara banyak negara ke atas gugusan Kepulauan
Spratly dan Paracel.
o Tuntutan Malaysia, Filipina, Vietnam dan Brunei berasaskan ZEE. Kepulauan ini juga dituntut
oleh China dan Taiwan yang dikatakan mempunyai hubungan sejarah dengan kepulauan
berkenaan.

Idea 6 : Pertindihan kawasan cari gali dan perikanan.

o ZEE juga mewujudkan pertindihan kawasan cari gali sebagaimana pertindihan kawasan cari gali
antara Malaysia dengan Thailand.
o Pertembungan nelayan beberapa negara kerana peluasan sempadan negara masing-masing
dengan penerimaan ZEE.
TAJUK 9: Walaupun wujud masalah di sebalik pengisytiharan Undang-Undang Zon Ekonomi Eksklusif
(ZEE), namun pelaksanaan undang-undang ini menyelesaikan banyak perkara yang berbangkit. Jelaskan
penyataan ini.

RANGKA JAWAPAN

Pengenalan

Persidangan Undang-Undang Laut di Caracas, Venezuela (1974) telah membuat penetapan


bahawa Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) meliputi jarak sejauh 320 km (200 batu) dari sempadan pantai yang
sah bagi sesebuah negara. Penetapan ini telah membawa kepada usaha menetapkan sempadan baru
kawasan perairan.

Bahagaian A: Masalah yang Berbangkit

Idea 1 Pertindihan tuntutan wilayah

o Penerimaan undang-undang ini telah mewujudkan konflik pertindihan sempadan perairan


antara negara. Sebagai contoh, wujud tuntutan pertindihan kawasan perairan antara Malaysia
dengan Indonesia. Tuntutan bertindih yang melibatkan Pulau Sipadan dan Ligitan ini telah
mendapat penyelesaian melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa (1CJ)
o Tuntutan ke atas Pulau Spratly dan Paracel antara Malaysia dengan beberapa buah negara
ASEAN serta China juga berasaskan penetapan ZEE

Idea 2 Boleh menjadi punca kepada konflik yang lebih besar

o Wujud pertindihan tuntutan wilayah dengan pelaksanaan ZEE. Pertindihan ini boleh
mengundang konflik lebih besar apabila melibatkan kuasa besar
o Sebagai contoh, isu Pulau Scarborough Shoal yang jauhnya 220 km dituntut oleh Filipina. Setelah
diuji oleh kapal perang China, Filipina terpaksa berundur. Amerika Syarikat yang mempunyai
perjanjian pertahanan bersama dengan Filipina, telah meningkatkan peranannya di rantau ini
apabila diminta meningkatkan peranan melindungi kepentingan negara berkenaan.
Pertembungan dua kuasa besar ini berisiko kepada ketidakstabilan rantau ini.

Idea 3 Risiko terlepas wilayah

o Sebahagian konflik pertindihan wilayah dibawa kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (1CJ).
Penyelesaian oleh ICJ menentukan sama ada satu wilayah atau kawasan yang dituntut kekal
atau terpaksa dilepaskan kepada negara lain
o Sebagai contoh, kes tuntutan Pulau Batu Putih antara Malaysia dengan Singapura membawa
kepada penyerahan pulau berkenaan kepada Singapura atas arahan ICJ berkenaan
o Begitu juga, konflik pertindihan Pulau Sipadan dan Ligitan antara Malaysia dengan Indonesia
yang membawa pemilikan kepada Malaysia.
Bahagian B: Manfaat ZEE

Idea 4 Sempadan perairan yang jelas

o ZEE telah mewujudkan satu pengisytiharan sempadan perairan yang jelas bagi sesebuah negara
o Dengan jarak yang ditetapkan, sesebuah negara dapat mengukur dengan jelas jarak sempadan
antara dua buah negara . Penetapan sempadan perairan yang jelas juga membolehkan kawalan
sempadan dapat dilakukan termasuk kawalan ke atas kegiatan lanun

Idea 5 Hak eksploitasi sumber marin

o Dengan kawasan sempadan yang jelas, hak mengeksploitasi, sumber marin juga terbuka luas
tanpa merasa bimbang pertembungan dengan nelayan negara lain
o Pihak negara lain juga secara sedar tidak akan memasuki sempadan sesebuah negara untuk
mendapatkan sumber marin
o Pengiktirafan hak ini dapat dikuatkuasakan sepenuh pada bahagian laut yang terbuka luas
seperti di sebahagian kawasan laut China Selatan

Idea 6 Hak penerokaan sumber galian petroleum

o Dengan kawasan perairan yang terbuka luas, ruang membuat penerokaan dan cari gali juga
terbuka. Banyak penemuan sumber petroleum berlaku selepas pengisytiharan dan
penguatkuasaan undang-undang ini
o Penemuan minyak di luar pantai Terengganu yang jaraknya sekitar 170 batu nautika dari
kawasan pantai negeri berkenaan adalah kesan pelaksanaan ZEE

Idea 7 Ruang mewujudkan perkongsian

o Walaupun wujud pertindihan sempadan dengan pelaksanaan ZEE, tetapi pertindihan ini
membawa kepada perkongsian pintar antara Malaysia dengan negara jiran
o Sebagai contoh, pertindihan sempadan antara Malaysia dengan Thailand di kawasan Teluk Siam
telah mewujudkan perebutan ke atas kawasan yang ditemui sumber petroleum
o Akhirnya, wujud perkongsian pintar antara dua buah negara dengan melakukan usaha sama
penerokaan dan penikmatan hasil cari gali secara bersama. Begitu juga dengan kawasan yang
dikenali sebagai Blok 18 antara Malaysia dengan Brunei juga diselesaikan secara perkongsian
pintar

Kesimpulan Jelas ZEE mewujudkan konflik, tetapi di sebalik konflik, wujud manfaat yang besar dalam
bentuk material mahupun ruang untuk meningkatkan kefahaman dan hubungan antara dua buah
negara.

You might also like