Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK

JALAN MAHARAJALELA,
36000 TELUK INTAN,
PERAK DARUL RIDZUAN
Telefon: 05-6221970 Faks: 05-6214904 Portal: www. ppdhilirperak.edu.my

PERUBAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN MENJANA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN

Ruj Kami : PPD.HIP. 100-4/1/1( )


Tarikh : 13 April 2017

Pengetua dan Guru Besar


Sekolah - Sekolah Daerah Hilir Perak

Tuan,

KONVENSYEN PIBG:SEMINAR PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PELIBATAN


IBUBAPA DAN KOMUNITI (PIBK) DAERAH HILIR PERAK

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Perak dengan kerjasama Pejabat


Pendidikan Daerah Hilir Perak akan mengadakan Konvensyen PIBG: Seminar
Perkongsian Amalan Terbaik Pelibatan Ibubapa dan Komuniti (PIBK) Daerah Hilir Perak
seperti ketentuan berikut :

Tarikh : 21 April 2017 (Jumaat)


Masa : 2.45 petang
Tempat : Dewan SMART, SMK Abdul Rahman Talib, Teluk Intan

3. Sehubungan dengan itu, Tuan diwajibkan hadir dan diminta menghantar 3 orang
guru dan 4 orang wakil PIBG (Ibubapa) ke majlis ini.Kehadiran adalah diwajibkan.
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, sila hubungi Pn. Suazlina binti Salbani,
Penolong PPD Perhubungan di talian 019-5878664.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(TN HJ SULAIMAN B. SAMSUDIN)


Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak.

-Ke arah Hilir Perak Nombor 1


(Sila catatkan rujukan pejabat ini apabila berurusan)

You might also like