Cara Masakan Hutan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

TEKNIK-TEKNIK MEMASAK DAN JENIS-JENIS MENU

PENGENALAN

MEMASAK merupakan satu aktiviti yang utama di kawasan perkhemahan. Setiap orang
pengakap perlu makan dan minurn. Apabila berada di sesuatu perkhemahan seorang
pengakap perlu memasak makanan. Sebelum menghadiri sesuatu perkhemahan pemimpin
pengakap perlu mengenalpasti sistem memasak yang akan dilaksanakan dalam
perkhemahan. Keputusan ini penting kerana untuk persediaan peralatan memasak seperti
periuk, kuali, dan ceret yang sesuai dengan bilangan peserta. Dua sistem memasak yang
boleh dilaksanakan di perkhemahan iaitu:

MEMASAK SECARA BERPUSAT

Memasak secara berpusat dilaksanakan di jambori dan perkhemahan biasa pengakap.


Memasak secara ini memerlukan periuk dan kuali yang bersaiz besar. Tempoh masa untuk
memasak juga lebih lama. Kebiasaannya perkhemahan yang dihadiri oleh Pengakap kanak-
kanak, pemimpin perlu memasak makanan bagi ahli berkenaan.

MEMASAK SECARA KUMPULAN

Kebiasaannya sistem memasak secara kumpulan diamalkan dalam pergerakan pengakap.


Tugas memasak dilaksanakan sendiri oleh ahli dalam kumpulan berkenaan. Memasak
secara ini lebih cepat, mudah pengurusan dan pengalaman serta kemahiran memasak dapat
dilatih di kalangan pengakap.

WAKTU MASAK DAN MAKAN

Waktu memasak ditentukan oleh pemimpin. Pemimpin perlu menentukan waktu masak
dan diberitahu kepada setiap ahli yang menyertai perkhemahan tersebut. Penentuan
waktu masak juga perlu dilakukan supaya tidak bertembung dengan aktiviti lain. Pada
kebiasaannya waktu memasak dilakukan pada pukul 6.30 hingga 7.30 pagi, 12.00 tengahari
hingga 2.00 petang dan 6.30 petang hingga 7.30 petang. Waktu memasak air, diberikan
kebebasan kepada pengakap untuk melakukan iaitu apabila sahaja waktu terluang. Waktu

1
makan juga perlu ditentukan iaitu selepas makanan masak.
Setiap orang pengakap perlu tahu memasang dapur dan menghidupkan api. Kebanyakan
kumpulan pengakap sekolah telah membawa dapur gas ke kawasan perkhemahan. Apabila
menggunakan dapur gas di kawasan perkhemahan, pemimpin perlu memastikan supaya
keselamatan ahli pengakap yang menggunakannya terjamin. Beberapa langkah
keselamatan boleh dilaksanakan oleh pemimpin semasa memasak, antaranya ialah;
(a) Jangan memasak berhampiran dengan khemah
(b) Apabila angin bertiup ke arah khemah, bina penghadang angin.
(c)Padamkan dapur sebaik sahaja selesai memasak. Semua puntung kayu api
dipadamkan terutama berkhemah di kawasan hutan dan waktu kemarau
(d) Jauhkan bahan-bahan mudah terbakar di kawasan dapur
(e) Jangan letakkan bahan beracun di kawasan tempat memasak.

MENGHIDUPKAN API

Sekarang kebanyakan keluarga menggunakan dapur elektrik atau dapur gas untuk memasak
makanan. Pernahkah anda diberi peluang menyalakan api dengan menggunakan anak mancis
dan kayu api? Kemahiran menghidupkan api menggunakan anak mancis dan kayu sangat
mustahak terutama sekali apabila menghadiri sesuatu perkhemahan di tempat yang jauh.
Di perkhemahan anda perlu mengetahui cara menghidupkan api dan menyusun kayu supaya
api cepat menyala. Jika seseorang tidak dapat menghidupkan api, sudah tentu mereka
kelaparan sepanjang masa. Lord Baden Powell dalam bukunya Scouting for Boys menyatakan
orang yang dibesarkan di negara maju tidak mempunyai latihan langsung untuk menjaga diri
sendiri semasa berada di tempatjapang, mereka tidak dapat membuat sesuatu beberapa lama
dan terpaksa menghadapi berbagai-bagai masalah dan kesukaran.
Situasi seperti yang dijelaskan oleh Lord Baden Powell bukan sahaja akan berlaku di negara
maju. Kejadian yang sama berlaku di negara kita, hasil pengalaman penulis sendiri secara
kebetulan. Pada tahun 1980 satu rombongan lawatan sambil belajar telah diadakan oleh
sekumpulan pelajar di bawah pengawasan penulis ke Rantau Abang. Rombongan ini telah
dibahagi kepada dua kumpulan mengikut jantina. Secara kebetulannya kumpulan pelajar
perempuan terdiri daripada pelajar yang tidak memasuki kumpulan pandu puteri dan

2
pengakap (sekolah ini tidak menu-buhkan kumpulan pandu puteri atau pengakap
perempuan). Kumpulan kedua terdiri daripada pelajar lelaki. Apabila waktu memasak,
semua pelajar perempuan tidak boleh menghidupkan api dan memasak nasi di kawasan
terdedah atau ditepi pantai dengan menggunakan kayu api. Sebaliknya pelajar lelaki dapat
menghidupkan api dengan senang dan cepat. Mereka dapat memasak nasi dengan sempurna.
Keadaan ini terjadi kerana pelajar perempuan tidak didedahkan dengan kemahiran
menghidupkan api di kawasan tanah lapang. Implikasi kejadian ini menggambar-kan bahawa
mereka yang memasuki pengakap lebih beruntung kerana diberi peluang mengendalikan
hidupnya sendiri.
Kemahiran menyusun kayu api sangat penting supaya api cepat menyala dan dapat
menjimatkan anak mancis. Apabila menghidupkan api, umpan hendaklah disediakan
terlebih dahulu. Umpan ini boleh diperbuat daripada daiin, rumput kering atau ranting kayu
yang kecil. Rumput, daun clan ranting perlu diramas-ramas supaya lembut dan mudah
menyala. Umpan hendaklah diletakkan di bahagian bawah sekali. Kemudian susun dengan
ranting kayu yang kecil dan semakin besar di bahagian atas. Nyalakan umpan dengan cermat.
setelah ranting kecil menyala, letakkan ranting besar di atas nyala itu perlalum-lahan. Kayu yang
besar perlu bagi membolehkan api menyala dengan lebih lama. Apabila menghidupkan api
di kawasan pantai atau berangin, sediakan perlindungan bagi menahan angin yang bertiup.

3
1) Memasak di Luar

1.1) Kayu Yang Sesuai

Perkara utama yang mesti dipelajari oleh setiap ahli berkhemah ialah
bagaimana hendak mencari kayu yang benar-benar kering. Pengetahuan ini memerlukan
latihan. Anda mesti belajar bagaimana hendak mengenali jenis-jenis kayu dengan sekali
imbas. Pertama-nya, anda mesti tahu bahawa kita tidak boleh menggunakan kayu basah
untuk menyalakan unggun api iaitu kayu yang sedang membesar dan mempunyai
dedaun hijau atau tunas di atasnya. Kebanyakan pokok mempunyai dahan dan ranting
mat! di atasnya yang terletak di bahagian bawah pokok, yang tidak mudah terkena
cahaya matahari. Kayu yang dicari semasa mengumpulkannya ialah kayu kering atau
mati yang masih berada di atas pokok. Anda mungkin akan melihat dahan yang telah
patah dan mati di atas tanah, tetapi kesemuanya lembab disebabkan oleh kelembaban dari
tanah. Hal ini menyebabkan kayu-kayu itu susah menyala, dan walaupun anda dapat
menyalakannya, kayu itu akan banyak mengeluarkan asap, dan asap ini akan memasuki
mata anda lalu menyebabkan anda merasa tidak selesa.

Dahan mati berkulit kering, merekah dan warnanya lebih gelap daripada dahan-
dahan hidup. Kadang-kadang dahan yang mati masih bercantum dengan dahan-dahan
atau batang pokok, tetapi dahan-dahan mati yang besar senang dipatahkan jika anda me-
rentapnya dengan kuat. Kerapkali anda akan menjumpai kayu mati itu tersangkut atau
terperangkap di antara dahan-dahan hidup di atas pokok. Anda dapat mengambilnya
dengan senang.

1.2 Bahan bakar atau kayu api

Malaysia tidak kekurangan pokok kayu yang berkulit tebal. Pokok yang
hampir mati biasanya akan menggelupas kulit arinya. Janganlah dikupas kulit
kayu dari batangnya untuk dijadikan umpan api. Kulit-kulit kayu yang terkopak itu
bofenfafi ditati dettgat? kapak. Jangan bimbang kalau bahagian luarnya berkeadaan

4
lembap, kerana bahagian dalamnya sentiasa kering dan kadang-kadang bersabut
sedikit. Itulah bahagian yang paling baik sebagai salah satu umpan api.

Berbalik kita kepada mutu bakaran kayu lembut dan keras. Kayu lembut
biasanya cepat dijangkiti api, 'merebak baranya' dari dalam pusat api yang
menyala. Awas!. Kebanyakan kayu lembut tidak meninggalkan arang, maka
kurang baik untuk memasak makanan yang hendak diganggang atau
dipanggang. Kayu keras pula lambat menyala dan lambat padam dan meninggal
bara dan arang, baik untuk tujuan tadi.

Ciri-ciri kayu api yang baik ialah membakar dengan cepat, dengan asap
yang minima, dengan haba yang tinggi tanpa meletup-letup, dan meninggalkan
bara yang lama dan arang yang banyak. Kurang berhabuk. Kayu macang hutan
misalnya meninggalkan bau yang harum kepada masakan berpanggang.

Kapak adalah alat perkhemahan yang banyak gunanya selain daripada


membelah kayu. Nampaknya mudah sahaja menggunakan kapak. Tetapi bagi
seorang 'tenderfoot' kapak adalah alatan yang boleh 'menyindir' anda dan boleh
menyakiti anda secara pasif dan senyap-senyap. Tarannya kadang-kadang lebih
menyusahkan dari matanya yang pada zahirnya lebih merbahaya. Kalaulah itu kali
yang pertama anda menggunakan kapak jangan cuba membelah kayu yang liat.
Kalau kayu tidak terlebih selepas tiga kali hayun. Berhenti. Hayunan yang
berikutnya akan memecahkan tapak tangan dan jari jemari anda, bukannya kayu
api yang terbelah

Untuk memasang dan menyalakan api anda perlukan 3 jenis ramuan kayu iaitu u
mpan api, penyala dan kayu api.

Umpan Api: Terdiri dari ranting kering, kulit kayu kering, rincihan kayu, daun-
daun kering, rumput kering, dan kayu yang diracik halus.

5
Penyala: Tujuan penyala ialah untuk meneruskan penghabaan dan api yang
menyala yang dicetuskan oleh umpan api, secukup masa untuk api menjangkiti
kayu api. Penyala adalah terdiri daripada dahan-dahan kecil, atau serpihan
daripada dahan-dahan kayu yang dibelah atau gemal rumput.

Kayu Api: Janganlah terlalu besar dan hendaklah diatur dengan silang-menyilang
dan dalam keadaan agak ubar (loosely assaembled) dan diletakkan satu atau dua
puntung semasa. Kecualilah di perkhemahan-perkhemahan tradisional di mana
kayu api disediakan untuk dijual. Kadang-kadang kayu api yang anda perlukan
daripada jenis kayu yang baik mutu bakarannya sukar didapati. Ada baiknya anda
membawanya bersama. Hampir semua kayu-kayan Malaysia adalah bahan bakar
yang baik. Sumber yang mudah dan murah dan mungkin juga percuma ialah kayu-
kayu reja atau sayung dari kilang papan yang berdekatan. Dua berkas sepemeluk
bagi tiap-tiap satu berkas sudah memadai untuk lapan kali memasak. Jangan lupa
membawa bersama sisa ketam papan (tatal) sebagai umpan api.

Di antara kayu api yang murah dan bermutu ialah kayu getah, tetapi
baranya tidak tahan lama. Cubalah kayu-kayu lain seperti kayu separa keras
(meranti, keruing) dan kayu-kayu keras yang baik baranya untuk mengganggang
seperti kempas, tualang, merbau dan sebagainya. Kalaulah boleh, dicadangkan
bawalah dua tiga kampit arang batu atau lima kampit arang buatan (bakau) atau
charcoal untuk kegunaan ketuhar backwoods.

Antara jenis kayu api yang utama daripada kayu-kayan ialah:

a) Kayu kering
Untuk menyalakan api, anda memerlukan kayu kering, ranting-ranting kecil
yang senang dicari dan hampir mati, tetapi masih ada di atas pokok. Jika
ranting-ranting itu telah mati, ranting itu akan patah hanya dengan sedikit

6
sentuhan sahaja. Jikalau ranting itu melentur semasa anda menariknya, maka hal
ini bermakna ranting itu masih hidup lag! dan tidak sesuai untuk tujuan
menyalakan api.

b)Kayu yang lambat terbakar

Tujuan utama menggunakan kayu ini ialah untuk menghasilkan arang yang
merah menyala yang digunakan untuk memanggang. Panjang kayu-kayu ini
adalah di antara dua inci atau lebih. Kayu yang tebal dan keras termasuk dalam
kategori ini. Dalam cuaca yang lembab, apabila keadaan luar kulit kayu itu
masih lembab lagi, buangkannya dengan pisau pemburu atau kapak. Batang
kayu itu akan terbakar dan mengeluarkan asap yang sedikit.

c)Kayu yang cepat terbakar

Sebagaimana yang telah dinyatakan terdahulu daripada ini bahawa kayu jenis
ini digunakan untuk memasak masakan yang ringkas. Tebal kayu itu adalah di
antara % inci dan 1 inci,dan biasa-nya daripada kayu lembut. Kayu-kayu
lempung yang daripada lingkungan saiz yang sama yang telah mati dan kering
akan mem-bakar dengan cepat, lebih cepat daripada kayu keras yang mem-
punyai saiz yang sama. Kayu lembut membakar dengan cepat dan tidak terlalu
panas seperti kayu keras.Maka ditegaskan bahawa adalah sia-sia mengumpulkan
kayu kering dan meletakkannya di atas tanah yang lembab. Simpan bekalan
kayu itu dan tutuplah dengan baju hujan atau kepingan plastik. Pokok-pokok
yang tumbuh di atas bukit dan tanah tinggi akan membakar dengan lebih baik
daripada pokok yang sama jenis yang tumbuh dekat kolam atau sungai.

Usungan Untuk Kayu


Dalam sesuatu perkhemahan yang besar, banyak kayu yarg di-perlukan.
Setelah kayu itu dikumpulkan,cara terbaik sekali untuk membawa timbunan
kayu itu balik ialah dengan mengusungnya. Untuk membuat usungan, pilih 2

7
batang galah yang sama lurus yang tebalnya lebih kurang 5cm dan panjangnya
1.8 m. Letakkan kayu itu mendatar di atas tanah kira-kira 50 cm65 cm
jaraknya. Lintangkan 2 batang galah di atas kayu yang sama panjang yang i
telah dihimpunkan itu. Dua atau empat orang dapat membawa muatan yang
telah siap dengan 6 batang galah.

Rajah:Usungan Kayu

dn. Bhd

You might also like