Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SPSK PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST (ACS),


JALAN MELAWIS, 41000 KLANG
SELANGOR DARUL EHSAN.

MINIT MESYUARAT PANITIA TMK BILANGAN 3/TAHUN 2017

Tarikh : 23.8.2017
Masa : 12.20 Petang
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Pengerusi : En Bakri b Darus
Kehadiran (Bilangan) : 4 orang
Kehadiran :
1. En Bakri b Darus PK 1
2. En Mohd Zafli b Mohd Zainon KP TMK
3. En Ahmad Farid b Hashim
4. En Mohd Ismail b Mahat

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang dapat
menghadirkan diri ke mesyuarat Panitia TMK kali ke 3. Mesyuarat di mulai dengan
bacaan al-fatihah. Beliau meminta guru terus menggunakan peralatan dan perisian
ICT dalam P&P dengan baik dan berhemah memandangkan sekolah masih lemah
dalam mencapai kpi vle frog.
1.2 Beliau menyerahkan mesyuarat kepada Ketua panitia untuk tindakan seterusnya.

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG


LEPAS
2.1 Minit mesyuarat Bil. 2/2017 diterima setelah semakan dibuat.
2.2 Dicadang untuk disahkan oleh En Ahmad Farid b Hashim
2.3 Disokong oleh En Mohd Ismail b Mahat.

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Penggunaan Vlefrog masih lagi di tahap sederhana. Ketua Panitia berharap
agar semua guru dapat mewar-warkan kepada murid-murid supaya log in dan
menggunakan frogplay dan menjawab tugasan yang telah disediakan.

4.0 LAPORAN UNIT/PERKARA BARU


4.1 Peperiksaan Akhir Tahun
En Mohd Zafli memaklumkan bahawa peperiksaan akhir tahun akan dijalankan
pada 26 Oktober 2 November 2017 seperti yang di maklumkan oleh guru
besar. Harap guru bersedia dengan kertas soalan dan mengikut tarikh dan
masa yang ditetapkan untuk semakan dan riso. Penyedia kertas soalan adalah
seperti berikut:
a) Tahun 4 En Mohd Ismail b Mahat
b) Tahun 5 En Mohd Zafli b Mohd Zainon
c) Tahun 6 En Ahmad Farid b Hashim

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


01 20 Feb 2017 00
SPSK PK 07/3

4.2 Peruntukan Panitia


Seperti yang sedia maklum, peruntukan panitia pada tahun ini sebanyak
RM850 seperti yang telah dimaklumkan oleh kerana kewangan. Peruntukkan ini
akan dibahagi kepada 2 iaitu peruntukkan minggu panitia dan bahan ABM.
Ketua panitia telah menghantar nota minta untuk membeli carta- carta
berkaiatan dengan computer dan bilik computer.

4.3 Peralatan ICT


En Mohd Ismail memaklumkan bahawa peralatan ICT di bawah selian beliau
telah diselenggara dan dibaiki. Untuk vlefrog, semua murid telah diberi id dan
kata laluan. Beliau juga telah mempermudahkan kata laluan murid supaya
senang murid mengingatinya berbanding kata lauan yang asal. Beliau juga
berharap guru-guru yang telah meminjam alatan ICT dapat mengisi borang
yang telah disediakan.

4.4 Kursus Vle Frog


En Mohd Zafli berharap agar En Mohd Ismail dapat menganjurkan satu lagi
kursus vlefrog kepada semua guru bagi memantapkan lagi pengetahuan guru-
guru terhadap pembudayaan ICT di dalam bilik darjah di alaf baru.

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 En Ismail Mencadangkan supaya membuat papan pameran untuk komponen
komputer dengan menggunakan komputer yang lama.
5.2 En Mohd Zafli memaklumkan bahawa Laman Frog VLE kadang-kadang
CRASH dan perlu reset komputer dan buka semula laman Frog.
5.3 En Mohd Zafli mencadangkan penubuhan kelab Vlefrog sekolah yang terdiri
daripada murid-murid yang mahir dan aktif dalam penggunaan vlefrog.

6.0 PENUTUP
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.15 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_________________________ ______________________
(Ahmad Farid b Hashim) (Mohd Zafli b Mohd Zainon)
Setiausaha Panitia TMK Ketua Panitia TMK
SK Methodist ACS SK Methodist ACS

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


01 20 Feb 2017 00

You might also like