Ketetapan Kurikulum Maths 2017

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

SMK BANDAR TASIK PUTERI

48000 RAWANG
SELANGOR DARUL EHSAN

KETETAPAN PENGURUSAN PANITIA MATEMATIK

1. KETETAPAN KPI PANITIA MATEMATIK TAHUN 2017

Berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Tahun 2017, KPI berkaitan Panitia Matematik adalah
seperti berikut;

KPI TAHUN 2016 TAHUN 2017

Standard 3.1 : Pengurusan Kurikulum 8.99 % 9.5%

Standard 4 : Pencerapan PdPC 17.52% 13.1 %


( Cemerlang)
86.9% (Baik)
5.3.4 Kemenjadian Murid Dalam Akademik (SPM) 5.8 % 7%

KPI PEPERIKSAAN MATEMATIK SPM TAHUN 2016 TAHUN 2017

GPS 5.25 5.13


(Kenaikan 3% Daripada GPS 2016)

Peratus Kelulusan (Kenaikan 5%) 79.95 % 83.41%

The Champion (Bil A ) 108 orang 115 orang


(Mengikut Ketetapan Grow Sekolah)

KPI PEPERIKSAAN MATEMATIK TINGKATAN 4 TAHUN 2016 TAHUN 2017

GPS 6.89 6.43


(Kenaikan 3% Daripada GPS 2016)

Peratus Kelulusan (Kenaikan 5%) 52.40 % 53.81%

The Champion (Bil A ) 48 orang 50 orang


(Mengikut Ketetapan Grow Sekolah)

1
KPI PENTAKSIRAN MATEMATIK TINGKATAN 3 (PT 3) TAHUN 2016 TAHUN 2017

GPS 4.57 4.35

The Champion (Bil A Ke Atas) : 39 ORANG : 48 ORANG


(Mengikut Ketetapan Grow Sekolah)

KPI PEPERIKSAAN PKS MATEMATIK TING 1 TING 2 TING 4

GPS 2016 5.15 4.59 6.79

GPS 2017 4.89 4.36 6.43


(Mengikut ketetapan Grow Sekolah)

KPI PENCERAPAN PK04 TAHUN 2016 TAHUN 2017

Bilangan Pencerapan : Sekurang-Sekurangnya Sekali Pencerapan

Peratus Pencerapan : 100% Guru Dicerap Pada Bulan September

Pencapaian : 87.96% : 86.9 %


(Taraf Pencapaian : Baik) (Taraf Pencapaian : Baik)

Analisis Pencerapan : 16% ( 3 Guru Cemerlang) : 13.1 % ( 3 Guru Cemerlang)


84 % ( 19 Guru Baik) 86.9 % ( 19 Guru Baik)

4.0 KETETAPAN KURIKULUM BERDASARKAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI (SPSK)

4.1 KETETAPAN PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN PK 01

4.1.1 Pengurusan Panitia Mata Pelajaran

Pengurusan panitia mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4 /
1986 dan juga mematuhi Sistem Pengurusan Kualiti (SPSK) dan SKPMg2
Pengetua melantik AJK Majlis Kurikulum dan Ketua Panitia bagi semua mata
pelajaran.Pengetua mengendalikan Mesyuarat JKKS sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
Guru Kanan Mata Pelajaran /Ketua Panitia memastikan dokumen berikut disediakan,
(a) Sukatan Pelajaran , HSP dan DSKP
(b) Rancangan Pelajaran Tahunan
(c) Anggaran Perbelanjaan Tahunan berdasarkan peruntukan
kewangan bagi pembelian bahan bantu mengajar dan program aktiviti
panitia.
(d) Menyediakan pentaksiran 3 kali setahun bagi semua tingkatan

Mesyuarat Panitia mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya empat kali setahun bagi


membincangkan pengurusan dan pelaksanaan , masalah dan isu kurikulum di sekolah.
Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat

2
kurikulum. Satu salinan minit mesyuarat panitia hendaklah disampaikan kepada
Penolong Kanan Pentadbiran melalui Setiausaha Kurikulum
Ketua Pembantu Takbir (KPT) atau Pembantu Takbir (PT) menerima, menyemak
perolehan, merekod dalam buku Stok atau inventori dengan kemas kini dari se masa ke
semasa.
Kejayaan murid dalam semua mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam , motivasi dan
bakat adalah berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas. Oleh
itu semua panitia mata pelajaran hendaklah berfungsi dan digunakan dengan
optimum untuk saling bekerjasama, saling membantu , berkongsi fikiran, pengalaman
dan kepakaran untuk memperbaiki kecekapan dan kekesanan pengajaran.
Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada TOV dan
GROW dalam pengurusan prestasi semua mata pelajaran dalam panitia-panitia. AJK
panitia menjalankan aktiviti/ program yang diputuskan dalam mesyuarat dan
menyediakan laporan pelaksanaan program.
SU Panitia juga mengambil tindakan pembetulan merujuk PK 15 Pengurusan Kawalan
Perkhidmatan Yang Tidak Akur , sekiranya terdapat langkah-langkah yang tidak
mematuhi spesifikasi.

4.1.2 Sukatan Pelajaran , Huraian Sukatan Pelajaran Dan Rancangan Pelajaran Tahunan,
Rancangan Pelajaran Harian Dan Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan

SP , HSP, DSKP dan RPT adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk
apabila merancang proses pengajaran dan pembelajaran
Rancangan Pelajaran Tahunan(RPT) hendaklah disediakan oleh setiap panitia pada setiap
akhir tahun untuk kegunaan pada tahun berikutnya. RPT yang disediakan hendaklah
mengikut aras kemampuan pelajar dan perlu mengikut takwim semasa sekolah. RPT
yang disediakan hendaklah disemak oleh GKMP dan diluluskan oleh Pengetua.
Guru mestilah dapat menghayati , mengenal pasti dan boleh menterjemahkan objektif
mata pelajaran yang tercatat di dalam HSP kepada objektif pentaksiran dan juga proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas , dengan itu mahir tentang konstruk-
konstruk peperiksaan awam bagi mata pelajaran yang diajar.
Salinan ketiga-tiga dokumen ini yang telah disahkan oleh pengetua mestilah dilampirkan
bersama di dalam Buku Rekod Mengajar atau diletakkan di dalam fail khas supaya
senang dirujuk .
Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di dalam Buku /Fail Rekod Mengajar
hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan.
Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran berdasarkan RPH di dalam
Buku Rekod Mengajar sebelum masuk kelas . Oleh itu Buku Rekod Mengajar mestilah
lengkap dan dibawa masuk kelas setiap kali ada kelas .
Melengkapkan sukatan pelajaran adalah seperti berikut:

Tingkatan Tiga - sukatan dilengkapkan pada Bulan Ogos.


Tingkatan Lima sukatan dilengkapkan pada Bulan Ogos.
Tingkatan Peralihan, Satu, Dua, dan Empatsukatan dilengkapkan pada Bulan
September

4.1.3 Peruntukan Kewangan Panitia Mata Pelajaran

PCG Mata Pelajaran mestilah diagihkan untuk kegunaan semua murid Tingkatan 1
hingga 5. Semua Anggaran Belanja Mengurus (ABM) mestilah dibincangkan didalam
mesyuarat panitia dan diluluskan oleh ahli panitia.
Penagihan ABM PCG Mata Pelajaran mestilah berdasarkan pengagihan berikut;
3
- 25 % daripada keseluruhan peruntukan kewangan digunakan untuk pembelian
inventori dan bahan habis guna bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran
- 13 % daripada keseluruhan peruntukan kewangan digunakan untuk pembelian buku
rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera padat dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan
pembelajaran dan pengajaran.
- 5 % daripada keseluruhan peruntukan kewangan digunakan untuk penyelenggaraan dan
pembaikan inventori dan harta modal yang digunakan untuk tujuan pembelajaran dan
pengajaran.
- 57 % daripada keseluruhan peruntukan kewangan digunakan untuk program
berunsurkan pendidikan yang memberi pengukuhan kepada proses pembelajaran dan
pengajaran semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.
- 0 % daripada keseluruhan peruntukan kewangan digunakan untuk pembelian harta
modal dengan mendapat kelulusan daripada pentadbir sekolah.

4.1.4 Agenda Mesyuarat Majlis Kurikulum Sekolah/Panitia Mata Pelajaran

Ketua Panitia mengendalikan mesyuarat 4 kali setahun . (Pekeliling Kemajuan


Perkhidmatan Awam Bil. 2/1991) dan mematuhi ketetapan Pengurusan Mesyuarat
SMKBTP

Cadangan Agenda Mesyuarat Pertama


1.0 Perutusan Pengerusi
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
3.0 Perkara-perkara Berbangkit
4.0 Perkara-perkara Baharu
4.1 Pembentukan AJK Panitia Matapelajaran
- Agihan tugas Jawatankuasa.
- Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.
- Format Rancangan Pelajaran Tahunan dan Format Rancangan Harian.
- Biodata guru.
- Penyediaan jadual waktu.
4.2 Ketetapan Pengurusan Panitia Matapelajaran
- Pengurusan Kewangan
- Pengurusan Pentaksiran /Peperiksaan
- Latihan dan tugasan
- Pengurusan Sumber Pendidikan
4.3 Membincangkan perkembangan prestasi murid dalam (Tahun 2015)
- Pentaksiran Formatif.
- Pentaksiran Sumatif
- Peperiksaan Akhir Tahun
- PT 3
- Mengesan kekuatan dan kelemahan merancang tindakan susulan.
- Menyediakan headcount Panitia dan headcount kelas
4.4 Perbincangan Program Meningkatkan kualliti
- Guru : Lesson study / Learning walks / Peer Coaching/ Micro teaching/
Video Critic / Kajian Tindakan / Penandaan kertas dll.
-Murid : Mengenalpasti isu
Merancang program untuk tingkatkan ilmu, kemahiran dan nilai.
4.5 Pemantauan Program yang dijalankan untuk guru dan murid
4.6 Merancang Pemantauan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
- Pentaksiran Akademik / Pentaksiran Bukan Akademik
- Mernaklumkan tentang bidang tugas seperti seperti Pelan Tindakan PBS
aktiviti dan program, menyediakan dokumen rujukan, latihan penataran
untuk guru dan murid, Penjaminan Kualiti, menanamkan nilai intergriti
dan tindakan kepada guru yang tidak akur.
4
-Memaklumkan tentang Jadual pengoperasian PBS , Pentaksiran PT3 dari
segi pelaksanaan, Instrument Pentaksiran Pengurusan PT3 , pelaporan ,
pemasangan instrument dan pemeriksaan.
5.0 Hal-hal lain
5.1 Perancangan Program Persatuan Ko-Akademik seperti Analisis kehadiran Analisis
pencapaian, kekuatan dan kelemahan tahun lalu dan merancang
penambahbaikan.
5.2 Bilik-biik khas (jika ada) seperti agihan tugas, keceriaan, rekod-rekod , bilik-bilik
khas dan instrumen pemantauan
5.3 Dasar-dasar dan Program KPM seperti MMI, VLE-frog , TIMSS dan PISA , i-Think ,
KBAT
5.4 Takwim sekolah.
6.0 Penutup
Cadangan Agenda Mesyuarat Kedua (Suku Tahun Pertama)
1.0 Perutusan Pengerusi
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
3.0 Perkara-perkara Berbangkit- membincangkan isu-isu yang timbul daripada mesyuarat yang
lalu seperti
- Program Peningkatan kualiti guru dan murid
- Pemantauan Program
- Perkembangan Prestasi Murid dalam PBS
- Pelaporan Persatuan Ko-Akademik
- Membincangkan kekuatan dan kelemahan dan m^ngambil tind^i^n penaop^ahbaikan.
4.0 Perkara-perkara Baharu
4.1 Dapatan Pencerapan (Fasa l)
4.2 Dapatan Semakan Buku (Fasa 1)
4.3 Analisis Peperiksaan SPM
4.4 Analisis Peperiksaan dan Pentaksiran awal tahun
4.5 Post-mortem Program yang telah dilaksanakan
- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan serta merancang penambahbaikan.
4.6 Dapatan daripada kursus Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, PPD dll.
4.7 Takwim sekolah .
4.8 Membentang kertas kerja jika ada
5.0 Hal-hal lain
6.0 Penutup

Cadangan Agenda Mesyuarat Ketiga (Suku Tahun Kedua)


1.0 Perutusan Pengerusi
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
3.0 Perkara-perkara Berbangkit- membincangkan isu-isu yang timbul daripada mesyuarat yang
lalu seperti
- Program Peningkatan kualiti guru dan murid
- Pemantauan Program
- Perkembangan Prestasi Murid dalam PBS
- Pelaporan Persatuan Ko-Akademik
- Membincangkan kekuatan dan kelemahan dan mengambil tindakan penambahbaikan.
4.0 Perkara-perkara Baharu
4.1 Dapatan Pencerapan (Fasa 2)
4.2 Dapatan Semakan Buku (Fasa 2)
4.3 Analisis Peperiksaan dan Pentaksiran pertengahan tahun
4.4 Post-mortem Program yang telah dilaksanakan
- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan serta merancang penambahbaikan.
4.6 Dapatan daripada kursus Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, PPD dll.
4.7 Takwim sekolah .
5
4.8 Membentang kertas kerja jika ada
5.0 Hal-hal lain
6.0 Penutup

Cadangan Agenda Mesyuarat Keempat (Suku Tahun Kedua)


1.0 Perutusan Pengerusi
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
3.0 Perkara-perkara Berbangkit- membincangkan isu-isu yang timbul daripada mesyuarat yang
lalu seperti
- Program Peningkatan kualiti guru dan murid
- Pemantauan Program
- Perkembangan Prestasi Murid dalam PBS
- Pelaporan Persatuan Ko-Akademik
4.0 Perkara-perkara Baharu
4.1 Post Mortem Pelaksanaan Pengurusan Panitia sepanjang tahun.
4.2 Perancangan Tahun hadapan:
- cadangan guru-guru yang mengajar
- Agihan tugas untuk menyediakan Rancangan Tahunan.
- Pelaporan program tahun semasa
- Perancangan tahun 2017 - Pelan Taktikal
- Perancangan aktiviti tahun 2017 - Pelan Operasi
- Penyerahan tugas akhir tahun.
4.3 Analisis Peperiksaan dan Pentaksiran Akhir tahun
4.4 Post-mortem Program yang telah dilaksanakan
- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan serta merancang penambahbaikan.
5.0 Hal-hal lain
6.0 Penutup

4.1.8 Pendidikan PPKI


Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) :
Pendidikan Menengah
- Berumur 15 tahun hingga 17 tahun
- Penambahan tempoh belajar selama 2 tahun daripada murid normal (jika perlu)
- Bagi murid disleksia keputusan saringan menggunakan Instrumen Senarai Semak
Disleksia (ISD) menunjukkan murid mengalami kebarangkalian disleksia dan
disahkan oleh doktor pakar tentang kebarangkalian disleksia
- Disahkan oleh Doktor Perubatan yang bertauliah
- Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain
- Mempunyai kad OKU
- Mendapat surat penempatan sekolah daripada Jabatan Pelajaran Negeri
- Pencalonan murid telah dipilih dan dipersetujui oleh AJK Pencalonan Murid PPKI
Sekolah

Proses kemasukan murid baru ke PPKI


- Disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak dengan menggunakan borang
pemeriksaan doktor
- Mendapat pengesahan kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Permohonan kemasukan murid ke PPKI dipohon di PPD/JPN
- Pendaftaran murid ke PPKI boleh dibuat setelah mendapat surat penempatan dari
PPD/JPN dan perlu membawa bersama Borang Permohonan OKU (Borang
BPPOKU pindaan 1/2012) yang dikeluarkan oleh JKM

Proses kemasukan murid ke PPKI


- Proses kemasukan murid ke PPKI bergantung kepada permohonan murid baru

6
dan permohonan rayuan murid

Tempoh Percubaan
- Berpandukan Warta Kerajaan Persekutuan, 18 Julai (2013-P.U.(A)230) Peraturan-
peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 murid mestilah melalui satu
tempoh percubaan yang tidak melebihi tiga bulan di sekolah kerajaan atau
sekolah bantuan kerajaan. Apabila tamat tempoh dalam percubaan itu, pihak
sekolah mestilah menyedia dan mengemukakan laporan tempoh percubaan
kepada panel yang terdiri daripada :
- Pengetua/Guru Besar atau Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
- Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri atau Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah dan
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Pegawai Jabatan Pembangunan
Orang Kurang Upaya(OKU)Pendidikan Khas, Kementerian PPmur 15 tahun hingga
19oleh Dobatyang bertBoleh mengurus dMemperolehiMendsuraJabatan Pelajaran Negeri.

4.2 KETETAPAN PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK


Semua program utama yang berlangsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran
yang dibuat berdasarkan keperluan panitia dan oleh itu Dasar Kurikulum Sekolah
menyokong penuh semua program peningkatan akademik ini yang berfokus ke arah
kecemerlangan dan ketrampilan pelajar .
Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik menjadi nadi yang membantu semua panitia
dalam merancang dan melaksanakan program akademik .
Skop program kecemerlangan akademik ini mestilah membantu murid mengingat dan
menguasai fakta dan maklumat asas dalam topik-topik di dalam mata pelajaran,
menajamkan kemahiran berfikir pelajar supaya item-item aras kognitif tinggi boleh
dikuasai, meningkatkan kemahiran berkomunikasi terutamanya melalui penulisan ,
meningkatkan penguasaan dan pemerolehan ilmu pengetahuan, meningkatkan motivasi
dan minat untuk terus belajar .
Program kecemerlangan akademik jangka panjang atau program utama adalah program
yang meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dan pada masa
yang sama meningkatkan ketrampilan murid dan dilaksanakan di dalam kelas sepanjang
tahun dengan bimbingan guru. Manakala program jangka pendek adalah program-
program yang dirancang dalam tempoh masa yang singkat bagi menyediakan murid
untuk peperiksaan awam yang lebih berfokus kepada latih tubi , pendedahan
teknik dan strategi serta skop kurikulum yang mengambil kira pencapaian murid
mengikut Kumpulan Champion, Bitara, Cemerlang, Bestari, Celik dan Didik.
Penglibatan HEM, guru kaunseling dan PK Kokurikulum adalah wajib bagi penyelarasan
program kecemerlangan akademik .
Jawatankuasa atau pengurus program dikehendaki menyediakan kertas cadangan yang
relevan dan membuat pelaporan pelaksanaan dan impak program kepada Jawatankuasa

4.3 KETETAPAN PENGURUSAN PENGURUSAN JADUAL WAKTU PK02

4.3.1 Penyediaan Jadual Waktu Matematik

35 minit Seminggu bagi KSSM Tingkatan 1

30 35 minit seminggu bagi Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5

4.4 KETETAPAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN PK03

4.4.1 Sebelum Pembelajaran dan Pengajaran.

Pengajaran dan Pembelajaran berkesan hendaklah dilaksanakan oleh guru untuk


mengoptimumkan kecemerlangan murid.
7
Menyediakan dokumen dokumen yang perlu serta disahkan oleh Pentadbiran
Sekolah. Dokumen ini dilampirkan dalam Buku Persediaan Mengajar atau Fail Rekod
Persediaan Mengajar iaitu :
a. Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
b. Rancangan Pelajaran Tahunan
c. Jadual Waktu Peribadi dan Jadual Waktu Kelas bagi Guru Kelas.
d. Takwin Penggal Persekolahan.
e. Senarai Nama Murid
f. Headcount
Menyediakan Rancangan Pelajaran Harian mengikut sebagai mana yang ditetapkan
oleh Jemaah Nazir berdasarkan format penulisan RPH bercirikan Pedagogi Abad 21
sekurang- kurangnya :
a. Tajuk Pengajaran
b. Objektif / Hasil Pembelajaran
c. Set Induksi
d. Aktiviti Pengajaran
e. Nilai
f. Bahan Bantu Mengajar (BBM)
g. Refleksi

Satu Rancangan Pelajaran Harian adalah untuk satu kelas sahaja .


Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan berkualiti
selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK )/ VLE Frog
Meningkatkan penguasaan dan penekanan kepada kemahiran generik ,kemahiran
berfikir kritis dan kreatif agar murid menguasai Kemahiran Berfikir Tinggi ( KBAT )
semasa proses pengajaran dan pembelajaran
Menggalakkan penggunaan kaedah peta pemikiran i-Think untuk mencungkil bakat
dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar.

4.4.2 Semasa Pembelajaran dan Pengajaran

Semasa di dalam kelas


a. Guru hendaklah masuk ke kelas mengikut jadaul
b. Memastikan suasana bilik darjah dalam keadaan kondusif.
c. Menyemak kehadiran dan Mencatat Buku Laporan Kehadiran Murid
d. Memaklumkan tajuk dan objektif pengajaran pada hari tersebut
e. Melaksanakan PdP seperti yang telah dirancang dalam Buku Persediaan
Mengajar ( kecuali jika terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan.

Semasa di dalam Bilik-bilik Khas


a. Merekodkan pengambilan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk PdP
sebelum kelas bermula ( jika berkaitan )
b. Merekodkan kehadiran murid dan penggunaan bilik.
c. Melaksanakan P&P mengikut aktiviti yang telah dirancang dalam Buku
Persediaan Mengajar. ( kecuali jika terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan )
d. Merekod pemulangan peralatan yang telah digunakan selepas tamat
P d P.
Selepas Pembelajaran dan Pengajaran
a. Pemeriksaan Latihan dan Tugasan Murid :
b. Memeriksa hasil kerja murid
c. Memulangkan tugas murid yang telah diperiksa.
d. Memastikan murid membuat pembetulan.

8
Sekiranya terdapat langkah-langkah yang tidak mematuhi spesifikasi, ambil tindakan
pembetulan merujuk kepada PK 15 : Pengurusan Kawalan Perkhidmatan Yang Tidak
Akur.

4.4.3 Buku Teks, Buku Kerja , Buku Rekod Amali & Buku Latihan
Buku teks mestilah sentiasa digunakan oleh guru dan pelajar bagi mendedahkan konsep-
konsep dalam mata pelajaran . Maklumat dan pengetahuan asas di dalam topik-topik
hendaklah ditegaskan kepada pelajar .
Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat TIDAK MENGGANTIKAN BUKU TEKS
dan mematuhi SPI Bil 10 /1991 bertarikh 02 oktober 1991.
Buku Rekod Amali mestilah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sains selaras
dengan SPI Bil 7/1989 bertarikh 31 Mei 1989 . Buku Rekod Amali ini mengandungi
halaman yang bergaris dan halaman yang kosong yang digunakan untuk merekod
sebarang data, maklumat, pemerhatian, kesimpulan apabila pelajar menjalankan kajian
atau eksperimen . Halaman yang kosong boleh digunakan untuk melukis gambarajah , graf
dan sebagainya . Penggunaan buku ini dapat memperkembang kemahiran saintifik dan
kemahiran komunikasi dalam bentuk penulisan .
Guru mestilah memberikan latihan-latihan bertulis secara topikal di dalam kelas ataupun
sebagai kerja rumah untuk tujuan pengukuhan PdP dalam bilik darjah . Guru mata
pelajaran mestilah memastikan pelajar-pelajar membuat latihan ini dan disemak oleh
guru mata pelajaran mengikut skedule yang telah ditetapkan .
Pelajar yang gagal membuat latihan merupakan satu perkara yang serius dan panitia
mestilah menangani perkara ini secara berhemah dengan mengenal pasti masalah yang
menyebabkan perkara tersebut berlaku. Pelajar yang melaksanakan tugasan dengan
cemerlang mestilah dihargai dengan apa juga cara yang telah dibincangkan dalam panitia

4.4.5 Latihan Minimum


Latihan pelajar adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses
pengayaan dalam topik-topik yang diajar . Oleh itu latihan minimum yang disasarkan
mestilah dilaksanakan oleh semua pelajar dan disemak oleh semua guru mata pelajaran.
Jumlah latihan minimum mata pelajaran mengikut bidang akan diputuskan dan
diterima dalam Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Matematik iaitu 5 soalan
berbentuk subjektif dan 20 soalan objektif.
Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana, tinggi pada
nisbah 4 : 3 : 3 bagi setiap konstruk mengikut tingkatan .

4.4.6 Penilaian Dan Peperiksaan


Semua urusan peperiksaan yang dijalankan menepati prinsip ekuiti dalam pendidikan
Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan semua pelajar bagi peperiksaan yang
ditetapkan di bawah Akta Pendidikan 1996
Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berlandaskan pentaksiran
berpusat serta penekanan kepada penilaian formatif
Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan berdasarkan prosedur
dan mekanisme yang telah ditetapkan di dalam Garis Panduan Penilaian dan Peperiksaan
(rujuk lampiran) yang memperincikan bilangan peperiksaan dan ujian seragam setahun ,
dasar peratusan markah untuk semua tingkatan, format peperiksaan, jadual pengawasan
, rekod markah, syarat lulus, jadual spesifikasi ujian, content skill dan post mortem
peperiksaan
9
Jawatankuasa Headcount Sekolah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan semua
data yang berkaitan dengan peperiksaan dengan mengkaji Take Off Value dan
meletakkan ETR bagi peperiksaan awam dan dalam Peperiksaan Akhir Tahun. GROW
juga digunakan untuk membuat Reality Checking serta untuk membuat Goal Setting dari
awal tahun. Guru mata pelajaran mesti menyenaraikan nama murid yang dijangkakan
keputusan peperiksaan mereka.

4.5 KETETAPAN PENGURUSAN PENCERAPAN PK 04

Pengetua memaklumkan kepada semua guru tentang pencerapan yang akan dijalankan
minimum sekali setahun dalam mesyuarat kurikulum
Pengetua memberi taklimat kepada pencerap mengenai penggunaan Instrumen
Pencerapan Standard 4 SKPM Versi 2010.
Guru Penolong Kanan menyediakan jadual pencerapan guru dan mengagihkan tugas
pencerapan di Antara Pengetua, Guru-guru Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata
Pelajaran
Pengetua, Guru Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran, ketua-ketua panitia dan
guru cemerlang menjalankan proses pencerapan
Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah bertujuan untuk meningkatkan
kualiti proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan mencari kesalahan . Oleh itu
adalah penting guru tidak membuat judgement statement tetapi mestilah membuat
statement berdasarkan observation supaya penambaikan boleh berlaku .
Jawatankuasa Penyeliaan dan Pemantauan mestilah membuat pelaporan lengkap
pertengahan dan akhir tahun tentang skop kerja yang telah dipertanggungjawabkan oleh
pengetua untuk dimaklumkan di dalam Mesyuarat Kurikulum Sekolah seterusnya
dibincangkan dalam mesyuarat panitia bagi tujuan penambahbaikan .
Ketua Panitia mefailkan dokumen dan rekod pencerapan. Membincangkan kekuatan dan
kelemahan P&P di dalam mesyuarat panitia dan mengambil tindakan penambahbaikan
Sekiranya terdapat langkah-langkah yang tidak mematuhi spesifikasi, ambil tindakan
pembetulan merujuk kepada PK 15 Pengurusan Kawalan Perkhidmatan Yang Tidak Akur

4.6 KETETAPAN PENGURUSAN PEPERIKSAAN PK 05

4.6.1 Dasar 70:30 atau 80:20 dalam Peperiksaan Kendalian Sekolah (PKS)

Pengetua dan Penolong Kanan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa peperiksaan


pada awal tahun bagi merancang Dasar 70:30 atau 80:20 penilaian dan peperiksaan
(Minit Mesyuarat)
Dasar 70:30 bagi mata pelajaran teras atau 80:20 bagi mata pelajaran elektif
bermaksud

Tingkatan Nisbah Agihan


1 dan 2 90 90 % Markah Peperiksaan Perlu diselaraskan dalam
Teras mesyuarat panitia
10 10 % diambil dari latihan, kuiz, Bukti markah ini mesti
kerja kumpulan, dimasukkan dalam
Fail PB3P.

3, 4 dan 5 100 100 % Markah Peperiksaan Perlu diselaraskan dalam


mesyuarat panitia

10
Bukti markah ini mesti
dimasukkan dalam
Fail PB3P.

4.6.2 Penyediaan Soalan


Pengetua dan Penolong Kanan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa peperiksaan
pada awal tahun bagi merancang penilaian dan peperiksaan (Minit Mesyuarat)
Setiausaha peperiksaan menyedia dan mengadakan takwim peperiksaan kepada
semua warga sekolah.
Guru Penolong Kanan / Guru Kanan / Ketua Panitia menentukan penyedia / penggubal
soalan dan disahkan oleh Pengetua (Agihan tugas Penggubal)
Penggubal soalan memastikan dimuka hadapan soalan mengandungi:-

a. Nama Sekolah
b. Nama Peperiksaan
c. Nama Matapelajaran
d. Nama Murid
e. Tingkatan / Tahun / Kelas
f. Masa yang diperuntukan
g. Arahan am
h. Bilangan halaman bercetak

Guru Penolong Kanan / Setiausaha peperiksaan menyediakan draf soalan berdasarkan


Jadual Spesifikasi item ujian, item soalan dan skema jawapan.
Penggubal soalan menyediakan draf soalan dan skema jawapan kepada ketua panitia
untuk semakan.
Ketua Panitia menyemak draf soalan dan skema jawapan serta mengadakan
perbincangan dengan guru mata pelajaran (jika berkaitan) dan meluluskan draf
soalan.
Pengetua / Guru Penolong Kanan menerima soalan untuk disahkan sebulan sebelum
soalan dicetak.
Pembantu am pejabat menerima soalan untuk dicetak .
Soalan dicetak dalam masa 3 hari daripada tarikh penerimaan soalan.
Penggubal soalan menerima soalan yang telah siap dicetak untuk diagihkan mengikut
bilangan murid bagi kelas berkaitan kepada setiausaha peperiksaandan mengisi
borang kawalan peperiksaan. Menyerahkan bungkusan soalan 2 minggu sebelum
tarikh peperiksaan bermula.
Setiausaha peperiksaan menerima dan menyimpan soalan di tempat selamat.

4.6.3 Pengendalian peperiksaan


Setiausaha peperiksaan menyediakan Jadual Pengawasan peperiksaan yang disahkan
oleh Pengetua (jika berkaitan). Hari Isnin peperiksaan bermula jam 8.00 pagi untuk
tujuan perhimpunan rasmi.
Guru Kelas menyusun dan mengatur meja murid dalam kelas /dewan peperiksaan
mengikut susunan dan jarak yang sesuai (Pelan bilik peperiksaan).
Pengawas mengambil kertas soalan dan diedar kepada murid pada hari peperiksaan
kertas itu dijalankan (Rekod Pengambilan kertas soalan dan penyerahan skrip jawapan
ditandatangani).
Pengawas mengawasi perjalanan peperiksaan berdasarkan jadual pengawasan.
Pengawas peperiksaan mengumpul kertas jawapan murid dan diserahkan kepada
11
setiausaha peperiksaan (Rekod Pengambilan kertas dan penyerahan skrip jawapan
ditandatangan).

4.6.4 Penyemakan kertas jawapan


Setiausaha peperiksaan / guru mata pelajaran mengambil skrip jawapan setelah
selesai peperiksaan dan diperiksa mengikut skema. (Rekod pengambilan skrip jawapan
ditandatangani ).
Guru mata pelajaran memeriksa skrip jawapan dan merekod markah dan
menyerahkan kepada guru kelas. (Direkod di dalam Buku Persediaan Mengajar).

4.6.4 Laporan Markah Peperiksaan


Guru kelas membuat analisis prestasi pencapaian murid mengikut mata pelajaran
dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh akhir peperiksaan.
Guru kelas merekod markah dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah /Borang
perekodan perkembangan murid dan menyerahkan slip pelaporan kepada Pengetua /
Guru Penolong Kanan untuk ditandatangani.
Guru kelas menyerahkan slip pelaporan murid kepada ibubapa untuk disemak dan
ditandatangani serta dikembalikan untuk disimpan.
4.6.5 Tindakan Susulan
Guru mata pelajaran mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid.
Guru mata pelajaran melaksanakan pengayaan dan pemilihan berdasarkan analisis
item.
Guru mata pelajaran / Ketua Panitia berbincang dengan guru kanan untuk tindakan
susulan seterusnya untuk merancang program / aktiviti untuk penambahbaikan

4.7 KETETAPAN PENGURUSAN SEMAKAN HASIL KERJA MURID PK06

Pentadbir memaklumkan kepada semua guru tentang semakan hasil kerja murid.
Guru mata pelajaran menanda semua hasil kerja murid yang betul dengan tandaan
dan yang tidak betul ditanda dengan symbol X menggunakan pen berdakwat merah.
Guru mata pelajaran memberi ulasan yang membina terhadap hasil kerja murid jika
perlu.
Guru mata pelajaran meminta murid membuat pembetulan bagi latihan bertulis yang
salah.
Pentadbir menyediakan jadual pemantauan hasil kerja murid yang disahkan oleh
Pengetua dan diedarkan kepada semua guru.
Guru mata pelajaran mengumpul semua buku latihan murid setiap kelas yang diajar dan
diserahkan kepada pentadbir mengikut jadual yang ditetapkan.
Pengesahan pemantauan oleh pentadbir sekolah atau Guru Cemerlang dalam tempoh
14 hari bekerja mengikut jadual yang ditetapkan.
Pentadbir/Guru Cemerlang/guru mata pelajaran memulangkan buku latihan kepada
murid selepas pengesahan pemantauan.
Pentadbir mengenal pasti kekuatan dan kelemahan semakan hasil kerja murid oleh
guru.
Pentadbir membentangkan dan melaksanakan tindakan penambahbaikan.
Ketua Panitia memfailkan dokumen dan rekod semakan hasil kerja murid.
Ketua Panitia dan ahli panitia mestilah menentukan bilangan latihan dan jenis latihan
yang bersesuaian mengikut keperluan panitia.
Ketua Panitia mengambil tindakan pembetulan merujuk kepada PK 15 Pengurusan
Kawalan Perkhidmatan Yang Tidak Akur.
12
4.8 KETETAPAN PENGURUSAN MESYUARAT 07
Pengerusi menentukan tarikh mesyuarat dan agenda mesyuarat.
Setiausaha mengeluarkan surat panggilan mesyuarat yang mengandungi maklumat
berikut:
2.1 Nama Mesyuarat
2.2 Tarikh dan Masa Mesyuarat
2.3 Tempat Mesyuarat
2.4 Nama Pengerusi Mesyuarat
2.5 Agenda Mesyuarat
Setiausaha mengedarkan borang kehadiran mesyuarat untuk diisi dan ditandatangani
oleh semua ahli mesyuarat yang hadir.
Pengerusi mempengerusikan mesyuarat berdasarkan agenda yang telah ditetapkan.
Setiausaha mencatat minit mesyuarat seperti maklumat berikut:
- Perkara-perkara yang dibincangkan semasa mesyuarat
- Keputusan yang telah dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat
Setiausaha menyediakan minit mesyuarat mengikut format minit mesyuarat yang
betul.
Setiausaha menyerahkan minit mesyuarat yang telah siap dibuat kepada pengerusi
untuk semakan.
Setelah minit mesyuarat disemak oleh pengerusi, setiausaha membetulkan semula
kandungan minit mesyuarat yang tercicir.
Setiausaha menghantar minit mesyuarat untuk dicetak oleh pembantu am pejabat.
Setiausaha mengedarkan minit mesyuarat dan borang maklum balas dalam tempoh 7
hari selepas mesyuarat kepada semua ahli mesyuarat.
Ahli mesyuarat membuat tindakan berdasarkan hasil keputusan mesyuarat yang telah
dipersetujui dan mengisi borang maklum balas untuk memaklumkan tindakan yang
telah diambil.
Setiausaha mengumpulkan dan menyatukan semua dapatan maklum balas daripada
ahli-ahli mesyuarat untuk edaran semasa mesyuarat yang akan datang.
Setiausaha memfailkan minit mesyuarat ke dalam Fail Minit Mesyuarat
4.9 KETETAPAN PENGURUSAN PERKEMBANGAN STAF PK 10

4.9.1 Keperluan Latihan


Pengetua mengarahkan GPK mengedar Borang Matriks Kompetensi kepada guru
untuk mengenalpasti keperluan latihan.
Penolong Kanan/Ahli jawatankuasa mengedar , mengumpul , membuat analisis dan
merumus.
4.9.2 Perancangan Latihan
Penolong Kanan/Ahli jawatankuasa mengkaji keperluan bidang latihan berdasarkan
analisis.
Penolong Kanan/Ahli jawatankuasa menyerahkan cadangan perancangan latihan
kepada Pengetua untuk kelulusan.
Pengetua meneliti cadangan dan menentukan jenis latihan yang diperlukan.
Penolong Kanan/Ahli jawatankuasa menyediakan Jadual Perancangan Latihan selepas
kelulusan pengetua
Pelaksanaan Latihan
13
4.9.3
Pengetua memberi arahan kepada Penolong Kanan untuk menguruskan kursus/latihan
yang telah diluluskan.
Penolong Kanan/AJK/Guru Penolong menguruskan latihan dengan melakukan perkara-
perkara berikut:
Anjuran Dalaman

i. Menyediakan Surat Jemputan


ii. Menyediakan Jadual Latihan
iii Menyediakan Senarai Kehadiran
iv Mengedar dan mengumpul Borang Setuju Hadir
v. Tempahan Tempat
vi. Menyediakan dan mengedar Sijil Penyertaan

Anjuran Agensi Luar


i. Menyediakan senarai calon dan menghantar senarai tersebut
kepada penganjur latihan.
ii. Memaklumkan kepada calon untuk menghadiri latihan.
Iii . Guru Penolong hendaklan menyediakan minit curai dan
diserahkan kepada Pengetua/Guru Penolong Kanan selepas
latihan.
iv. GPK/AJK mengumpulkan salinan sijil atau maklumat kehadiran
untuk kemas kini Buku Rekod perkhidmatan.

4.9.4 Penilaian Latihan


AJK mengedar borang penilaian kursus kepada peserta pada hari terakhir
kursus untuk menilai keberkesanan pelaksanaan perkembangan staf.
Guru Penolong merekod kehadiran kursus dalam Kad Pelaporan Latihan/Kad
Biru.
AJK menyediakan Laporan Kursus.
AJK mengedarkan dan mengumpul borang keberkesanan program selepas 3
bulan kursus untuk melaksana penilaian kendiri.
AJK akan mengambil tindakan pembetulan merujuk kepada PK 15:
Pengurusan Kawalan Perkhidmatan Yang Tidak Akur , sekiranya terdapat
langkah-langkah yang tidak mematuhi spesifikasi

4.10.2 Penyediaan Bahan


Arahan menyediakan bahan/modul mengikut subjek berkenaan
Guru menyediakan bahan/modul mengikut subjek
Guru menyerah bahan/modul untuk cetakan ke pejabat
Guru menyerahkan bahan kepada GPK/GKMP/KP
Bahan dibekalkan kepada murid apabila guru bertugas di luar.

4.11 KETETAPAN PENGURUSAN PBS PK19

4.11.1 Pengurusan
Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa PBS sekurang-kurangnya 4 kali setahun. ( Minit
Mesyuarat )
Memastikan mesyuarat pertama membincangkan perkara-perkara berikut :
i. Menjelaskan konsep, dasar pelaksanaan dan komponen PBS.
ii. Menyedia agihan tugas jawatankuasa dan carta organisasi JK PBS.
iii. Melantik Pentaksir Sekolah.

14
iv. Menetapkan sistem fail PBS.
v. Mengedarkan surat pekeliling/surat siaran pelaksanaan PBS kepada
guru.
vi. Menyediakan Jadual Kerja Pengoperasian/Pelaksanaan PBS kepada
guru.
vii Mengedarkan Jadual Kerja Pengoperasian/Pelaksanaan PBS kepada
guru.
Mempamerkan Jadual Pelaksanaan PBS di papan kenyataan.
Menguruskan pelaksanaan PBS bagi kes-kes khas
- Pengetua mengarahkan GPK mengedar Borang Matriks Kompetensi kepada
guru untuk mengenalpasti keperluan latihan.
- Penolong Kanan/Ahli jawatankuasa mengedar , mengumpul , membuat
analisis dan merumus.

4.11.2 Pelan Komunikasi


Mengadakan taklimat PBS kepada murid dan ibu bapa. Laporan dan
dokumentasihendaklah disediakan.
Mengedarkan surat siaran PBS kepada ibu bapa/penjaga.
Mengadakan Program Pembudayaan PBS

4.11.3 Bidang Tugas Jawatankuasa PBS


Merancang dan menyelaras pelan tindakan.
Menyelaras aktiviti.
Memastikan dasar pelaksanaan PBS dipatuhi.
Memastikan pengoperasian PBS mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Merancang dan melaksanakan penataran.
Memberikan pendedahan dan latihan peningkatan kefahaman kepada stakeholders.
Melaksanakan program outreach.
Memantapkan proses penjaminan kualiti
Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan
Menanamkan nilai Integriti
Merujuk kepada tindakan pentadbiran yang boleh diambil terhadap guru yang tidak
berintegriti.

4.11.4 Pentaksiran Pusat/Pentaksiran Tingkatan 3


Menyediakan Instrumen
(i) Memasang instrumen berdasarkan Item, Jadual Spesifikasi Ujian, Format
Instrumen Jadual Penggredan dan Panduan Pemasangan Instrumen.
( ii ) Membuat verifikasi instrumen oleh Ketua Panitia.
Mentadbir instrumen
(i) Menyediakan jadual.
( ii ) Mentadbir PT3 secara one-off dalam tempoh yang ditetapkan oleh LP dengan
mematuhi perturan pentadbiran PT3.
Memeriksa Skrip jawapan
(i) Guru mata pelajaran memeriksa skrip jawapan calon berpandukan Panduan
Penskoran.
( ii ) Ketua Panitia menjalankan penyelarasan pemeriksaan dan moderasi.
( iii ) Pemberian skor dan penetapan gred berpandukan Jadual Penggredan.
( iv ) Verifikasi skor dan gred oleh ketua Panitia.
(v) Pengetua membuat verifikasi gred calon sebelum dihantar ke Lembaga
Peperiksaan

15
Mengeluarkan Pelaporan
(i) Sekolah mengeluarkan pelaporan berdasarkan format Pelaporan PT3

4.11.5 Pentaksiran Sekolah


Merancang pengajaran, pembelajaran dan menyeiakan kaedah pentaksiran.
Melaksanakan pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran.
Menggunakan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid ( PPPM ) untuk
mentaksir murid
Menilai Prestasi murid.
Mencatatkan Pencapaian Prestasi murid dalam Modul Perekodan Perkembangan
Pembelajaran Murid (modul PPPM ).
Mengisi prestasi murid yang telah dikuasai dalam Modul Perekodan Perkembangan
Pembelajaran Murid (modul PPPM ).
Mencetak pelaporan pada akhir tahun atau mengikut keperluan.

4.11.6 Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid


Guru memuat turun Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid ( PPPM )
mata pelajaran masing-masing dan mengikut tingkatan dari laman sesawang
LPM.
Ketua Panitia menfailkan PPPM dalam folder Induk panitia.
Guru mata pelajaran menfailkan PPPM dalam folder standard prestasi guru.
Memastikan semua guru mata pelajaran yang terlibat PBS memiliki Panduan
Perkembangan Pembelajaran Murid.

4.11.7 Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid

Guru memuat turun Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid


(modul PPPM ) dari laman sesawang lpm dan melengkapkan maklumat dalam borang
perekodan tersebut.
Guru mata pelajaran menanda prestasi murid dan Gred Pencapaian Ujian Penggal ke
dalam Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid.
Guru mata pelajaran mengurus pelaporan pentaksiran sekolah.
Guru mata pelajaran memfailkan Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran
Murid dalam folder Standard prestasi.

16

You might also like