Biskut Arab Susu

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

BISKUT ARAB SUSU

Bahan-Bahan

2 cwn Susu tepung ( biasa guna susu nespray)

2 cwn minyk sapi-(tak perlu di cairkan dulu)

sedikit garam

7 cwn tepung gandum(di ayak)

ceri merah secukupnya-potong kecil2

** Gula aising ( utk gaul biskut bila dah masak sahaja)

Cara-Cara

Campurkan susu tepung+minyak sapi+sedikit garam, gaul sebati

Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.

Bentukkan doh menjadi bulat2 kecil, hias dgn ceri dan bakar hingga masak ( 15-20min) pada suhu 180 C.

Bila dah masak, sejukkan sebentar dan gaul dengan gula aising..siap!

BISKUT CORNFLAKE MADU

Bahan A

125 gm butter

1/2 cwn brown sugar

1 cawan madu

Bahan B

1 kotak cornflakes Nestle (500gm)

1 cwn kismis

1 cwn badam cincang panggang/gajus


Hiasan

Mangkuk kertas kecil

Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil

Cara-Cara

Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, masukkan bahan B dan gaul rata.

Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.

Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.

Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.

Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

POPIAH NESTUM HORLICKS

asal : HaSue

Bahan2:

2 bungkus popia yg besar (fmina08 guna sebungkus je)

1/2 cawan nestum*

1/2 cawan gula pasir*

1/3 cawan horlicks* (fmina08 xletak pon)

2 sudu makan tepung gandum+sedikit air,jadi paste)-untuk melekat popia

minyak secukupnya(dlm 3 cawan) untuk menggoreng

Cara:

1)pisahkan kulit popia satu persatu

2)Gulungkan dan 'gam'kan hujungnya dengan paste tepung.

3)Setelah semua selesai digulung,gunting dalam 1 inci

4)Goreng sehingga bertukar warna kekuningan,angkat dan toskan

5)Kisar bersama bahan2 * menggunakan pengisar bahan kering


6)Gaul bersama bahan 4 bersama bahan kisar semasa masih suam.

7)Sejukkan sepenuhna sebelum disimpan di dalam balang dan boleh dinikmati bila2 masa..

BISKUT BLACK PEARL

Bahan:

150g butter, suhu bilik - ku guna 75g. Tak guna yang mahal macam Golden Churn (katanya dah halal) atau
SCS pun takpe, janji wangi dan sedap

150g tepung gandum - ku guna 75g

75g gula kastor - ku guna 32g gula kasar kisar

60g cornflakes - ku guna 30g Nestle cornflakes, ramas-ramas sikit bagi pecah

50g coklat chips - ku guna 25g, lebih sikit pun takpe

25g almond nibs - kali ni ku guna 14g sliced almonds, bakar kejap untuk garing dan ramas-ramas sikit bagi
pecah

1st esen vanila - ku guna 1/2st esen vanila, suka brand E&G sebab wangi

ceri merah, dihiris halus dan memanjang

Cara:

Pukul butter dan gula hingga sebati (ku guna whisk telur je. Takyah pukul sampai pucat lesi, cukup setakat
gula gaul sebati dengan butter).

Campurkan semua bahan kering kecuali ceri merah. Kacau sebati menggunakan sudip kayu (ku guna whisk
telur pastu malas ganti dengan garfu pula).

Guna 2 garfu, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar yang diletak baking paper (ku guna non-stick
baking paper, jemputkan kecil sikit dari 1/2sb. Adunan akan merebak/meleper jadi jangan ditekan/dipenyek
jemputan tu. Elok dia tinggi sikit supaya rangup nanti)

Sapukan kuning telur (kali ni tak buat, sebab buat separuh adunan. Masih lekat lagi cerinya walaupun tak
letak) dan hias dengan ceri merah.

Bakar pada oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu 175C, 20-25min atau bergantung pada oven
masing-masing atau hingga tepi-tepi biskut agak keperangan (ku bakar 160C, 20minit gitu).

BISKUT NESTUM CRUNCHY

BAHAN-BAHANNYA :-)

260 gram mentega, mat guna jenama Anchor

120 gram gula aising


250 gram tepung halus (atau tepung gandum)

130 gram tepung jagung

60 gram badam serbuk

40 gram nestum biasa, dikisar

1 camca teh esen vanilla

Kuning telur, untuk disapu

Gula hiasan secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

Putar mentega, gula aising dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan tepung, tepung jagung, serbuk badam
dan uga nestum. Uli hingga jadi doh. Canai 1/2 cm ketebalannya dan terap guna acuan kegemaran. Alih dalam
dulang pembakar. Buat hingga siap.

Sapu kuning telur dan tabur gula hiasan, bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama
20 minit atau hingga kuning keemasan. Biar suam sekejap atas dulang pembakar, alih atas jaringan dan bila
betul2 sejuk, simpan dalam bekas kedap udara..

PAJERI TERUNG

Bahan2

7 ~ 8 biji terung panjang saiz sederhana/kecil [buang tangkai & belah dua tapi jangan putus ~ sila check juga
kalau2 isi terung diserang ulat yer.. silalah buang bahagian tersebut ~ cuci bersih]

3 cawan santan pekat [1 biji kelapa] (tambah lg kalau rasa tak cukup)

1 inci halia ]

5 ulas bawang merah ] tumbuk (nak hiris pun buleh)

2 ulas bawang putih ]

1 sudu besar udang kering [tumbuk] (tak letak pun masih sedap jugak)

1 inci kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang (aku tambah)

1 biji buah pelaga (aku tambah)

3 kuntum bunga cengkih (tambah ini juga)

6 sudu besar rempah kari ikan [bancuh ngan air]

4 sudu besar minyak (aku lebihkan sikit)

2 sudu besar gula merah


2 sudu besar kerisik (guna yg goreng sendiri lebih sedap!)

Garam secukup rasa

serbuk perasa (aku tambah)

sedikit air asam jawa (aku tambah gak.. sikit je.. kalau buat pajeri nenas, kedondong atau mangga muda tak
perlu letak dah asam jawa)

Resepi Kari Ikan Masin Dengan Nenas (Tumis Darat)

Bahan-bahannya:

8 10 keping ikan talang yang dikerat2

(*rendam 1/2 jam untuk kurangkan sikit rasa masin)

1 paket rempah kari ikan

2 cawan air

3 cawan santan pekat

5 keping nenas potong bulat nipis dan kerat 2

(*boleh juga potong serong nipis2)

1 sudu kecil halba

garam (kalau perlu seimbangkan rasa ikan masin dulu)

Untuk tumis darat:

3 ulas bawang merah hiris nipis

2 ulas bawang putih hiris nipis

1 inci halia hiris kecil

1 tangkai daun kari

1/4 cawan minyak masak

Cara memasaknya:
Bancuh rempah bersama air dan masak atas dapur dengan ikan. Masukkan halba. Masak lebih kurang 10 15
minit hingga rempah kari benar2 masak. Masukkan santan dan nenas. Biar nenas agak lembut, tutup api.
Dalam kuali, panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis, kacau agak kekuningan dan layu.
Tuangkan kesemuanya ke dalam periuk kari ikan tadi. Kacau rata, tutup periuk.

You might also like