Tugasan 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Tugasan 1 : Projek Penyiasatan

Abad ke-21 membawa masyarakat dunia ke satu lagi fasa paradigma kehidupan. Ini meliputi
penganjakan daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat berinformasi;
penggunaan teknologi manusia kepada penciptaan teknologi tinggi; pemusatan kuasa
kepada pengagihan kuasa; konsep hierarki kepada konsep jaringan; ekonomi tempatan
kepada ekonomi antarabangsa; dan perancangan jangka pendek kepada perancangan
jangka panjang ( Mumtaz Begam dan rakan-rakan, 2002). Dalam abad ke -21 ini, seluruh
dunia sama ada negara maju mahupun negara sedang membangun dijangka akan
mengalami perkembangan pesat lagi mencabar dalam bidang ekonomi, politi mahupun
sosial. Ramai pihak berpendapat bahawa perubahan tersebut sedikit sebanyak memberi
impak kepada perkembangan dalam bedang pendidikan.

Pada abad ke-21 ini, Malaysia telah menghadapi pelbagai cabaran sama ada secara
dalaman mahupun luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Oleh yang demikian, cabaran negara dalam sistem
pendidikan adalah untuk membangunkan satu sistem ekonomo yang berasaskan
pengetahuan atau K-ekonomi. Hal ini akan mendorong negara untuk membangunkan
sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-Worker, celik dan mahir ICT, yang mampu
bersaing pada peringkat tempatan dan global serta memiliki jati diri yang tinggi.

Menyusur abad ke-21 ini, banyak kejayaan-kejayaan yang telah dicipta dalam sistem
pendidikan di Malaysia sama ada dalam mahupun luar negara.

Kejayaan dalam negara

Menyedari kepentingan pendidikan sebagai wahana untuk melahirkan modal insan


yang berketerampilan, memperkukuhkan perpaduan dan membangunkan potensi pelajar
secara seimbang, kerajaan sentiasa memberi keutamaan kepada agenda pendidikan.
Meskipun Malaysia pernah menerima kesan daripada kemelesetan ekonomi dunia,
Kementerian Pendidikan sentiasa memastikan perancangan dan pembangunan pendidikan
negara dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Antara satu transformasi yang dilaksanakan dalam pendidikan di Malaysia adalah


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysi (PPPM) 2013-2025. PPPM ini telah dilancarkan
sekitar tahun 2012 secara berperingkat. Menurut Timbalan Perdana Menteri merangkap
Menteri Pendidikan Malaysia, YAB TAN SRI DATO HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD
YASSIN, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan
tahun lalu telah mula menampakkan hasilnya terutama dalam memastikan jurang
pencapaian antara pelajar di bandar dan luar bandar dapat dikurangkan secara
berperingkat-peringkat. menurut beliau lagi, perkara tersebut dapat dibuktikan menerusi
keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu yang berjaya merapatkan
jurang pencapaian calon bandar dan luar bandar iaitu pada kadar 0.01 bagi mata gred
purata nasional (GNP). Oleh yang demikian, sekiranya semua pihak memainkan peranan
dalam menzahirkan aspirasi yang terkandung dalam PPPM, banyak lagi kejayaan dapat
dicapai pada masa akan datang.

Sejajar dengan keperluan abad ke-21 yang mementingkan kepada jaringan


Teknologi Maklumat, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mencapai kejayaan
cemerlang dalam pelaksanaan Puluhan Sistem E dalam pengurusan pendidikan di
Malaysia. Peruntukan pendidikan yang dilabur demi mencontohi dan menerapkan modul
dan Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia terbukti tidak sia-sia. Pengurusan yang telus,
perancangan yang yang teliti dan penggunaan sistem yang terkini. Apa yang dapat dilihat di
sekolah- sekolah, sama ada bandar mahupun luar bandar, kemudahan akses internet di
sekolah telah dimantapkan lagi Sistem Frog VLE 1BestariNet bertaraf dunia. Penggunaan
kemudahan internet dan teknologi terkini dalam pendidikan melonjakkan lagi sistem
pendidikan Malaysia hingga menjadi terbaik di dunia. Dengan pelaksanaan Sistem
Pembelajaran Maya (VLE) FROG di setiap sekolah, semua sekolah akan dilengkapi akses
internet berkelajuan tinggi 4G, yang mana menjadi platform pembelajaran bertaraf dunia dan
akses kepada sumber teknologi yang sejajar dengan Pelan Pembangun Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025. Frog VLE ini dijangkakan akan memudahkan dan
melancarkan proses pengajaran, pembelajaran, pengurusan serta pentadbiran di sekolah.

Pencapaian yang paling banyak dapat diperhatikan menjelang alaf ke-21 adalah
pencapaian dalam pengredan universiti yang mana sering diuar-uar oleh Kementerian
Pendidikan dalam menunjukkan komitmen kerajaan bagi meningkatkan lagi kualiti
pendidikan tinggi selaras dengan wawasan pendidikan bertaraf dunia. Selin itu juga, banyak
institusi pendidikan tinggi swasta dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini turut
memberi impak yang besar terhadap perkembangan industri pendidikan negara.
Pelaksanaan program berkembar dengan institusi institusi swasta ini membolehkan
wujudkan peluang pelajaran yang lebih tinggi dari segi penawaran kursus seterusnya
menyediakan penempatan pembelajaran yang lebih banyak.

Banyak lagi kejayaan-kejayaan laia yang dapat dicapai dalam sektor pendidikan
menjelang abad ke-21 ini. Hal ini jelas membuktikan, pihak kerajaan sentiasa berusaha bagi
membawa Malaysia ke mata dunia. Kejayaan yang dicapai dalam negara mampu membuka
mata dan memberi inspirasi kepada rakyat mengecapi kejayaan negara.
Kejayaan di peringkat antarabangsa

Di peringkat antarabangsa pula, banyak kejayaan-kejayaan yang telah direkodkan


oleh murid Malaysia sama ada dalam segi akedamik mahupun sukan. Dalam bidang
akedamik, sekitar Disember 2010 seramai 68 orang murid Malaysia memperoleh 94 pingat
emas dan menerima pujian pada peringkat antarabangsa dalam International Competitions
and Assessments for Schools (ICAS). Menurut Wikipedia (2014) pertandingan ini
dilaksanakan bagi menilai kemahirang murid seperti Kemahiran Komputer, Bahasa Inggeris,
Sains dan Matematik, Ejaan dan juga Penulisan. ICAS ini dianjurkan setiap tahun di
Australia dan lebih 20 negara Asia, Afrika, Eropah dan Amerika yang telah menyertainya.
Menurut Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang, Setiausaha Kementerian Pelajaran 2007, soalan
yang dikemukakan dalam ICAS adalah lebih mencabar kerana ia mengkehendaki para
peserta memahami konsep berbanding peperikasaan konvensional yang lebih menjurus
kepada hafalan. Pada tahun 2007 lagi negara telah menempa nama di nama dalam ICAS ini
di mana menurut Pengarah Penilaian Pendidikan Australia, Dr. Peter Knapp, secara
keseluruhan 103 daripada lebih 34, 000 pelajar negara ini yang bertanding pada ICAS 2007
berjaya mendapat pingat emas.

Selain itu juga, antara pencapaian lain adalah seorang murid Malaysia memperoleh
pingat emas dan anugerah khas daripada European Physical Society dalam 42nd
International Physics Olympiad, Thailand. Manakala, pada Julai 2011 seorang lagi murid
Tingkatan 4 mendapat pingat emas pertama untuk Malaysia dalam 52nd International
Mathematical Olympiad di Belanda. International Mathematical Olympiad (IMO) dalah
kejohanan Matematik peringkat dunia untuk individu yang berumur bawah 20 tahun. Sekitar
tahun 2012, dua orang murid Malaysia yang berumur 14 tahun berjaya mendapat tempat
ketiga dalam pertandingan Genius Olympiad 2012 International High School Project Fair on
Environment, New York. Kejayaan-kejayaan ini telah membuktikan bahawa pendidikan di
Malaysia tidak terlalu ketinggalan dalam mengejar arus abad ke-21.

Selain bidang akedamik, banyak kejayaan-kejayaan turu dicipta oleh murid Malaysia
dalam bidang sukan. Antaranya, sekitar Oktober 2011 sekumpulan 36 orang murid
memperoleh tempat kedua keseluruhan memenangi 6 pingat emas, 2 perak dan 3 gangsa
dalam ASEAN Primary School Sports yang berlangsung di Indonesia. Selain itu juga dalam
4th ASEAN School Games yang berlangsung di Indonesia pada Jun 2012, pasukan Malaysia
seramai 200 orang atlit sejumlah 100 pingat dan telah menduduki tempat ketiga secara
keseluruhannya. Semasa 5th Asian Schools Badminton Championshi yang berlangsung di
Hong Kong, pasukan Malaysia seramai 16 orang pemain telah memenangi 3 pingat emas, 4
perak dan 9 gangsa.

Dalam Ucapan Sambutan Hari Guru Kali ke-43 oleh YAB Menteri Pendidikan
Malaysia, YAB TAN SRI DATO HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN, kejayaan terbaru
direkodkan dalam Temasya Sukan Asean Para Games, Nay Pyi Taw Myanmar 2014 , wakil
dari Malaysia telah memenangi 9 emas, 5 perak dan 2 pingat gangsa. Hal ini sangat
membanggakan Malaysia untuk menempa nama di mata dunia. Dalam Kejohanan Balapan
dan Padang Sekolah Asia (ASTFC) yang diadakan baru-baru ini turut mengankat nama
Malaysia sebagai juara keseluruhan yang pertama dengan meraih 12 pingat emas, 14 perak
dan 8 gangsa dan mendahului lapan lagi negara yang bertanding.

Kemahiran abad ke-21 mementingkan pemikiran yang mampu menjana kreativiti dan
inovasi. Selaras dengan keperluan proses pendidikan pada era yang kian mencabar ini,
beberapa anjakan paradigma telah dilakukan bagi melahirkan pelajar yang sesuai dengan
keperluan dan aspirasi negara. Antara kejayaan negara dalam bidang reka cipta dan inovasi
adalah pada Jun 2012, pasukan Malaysia telah memenangi pingat emas dalam ketegori
reka cipta pendidikan setelah menyertai The Invention and New Product Exposition di
Amerika Syarikat. Pada Julai 2012 pula, pasukan Malaysia memperoleh pingat emas bagi
rekacipta mereka dalam 8th International Exhibition for Young Inventors yang diadakan di
Thailand. Salah satu kejayaan yang membanggakanadalah daripada Pasukan Inovasi
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak (InSTAR) pada tahun 2012, yang
mana telah berjaya mencipta nama di pertandingan inovasi oeringkat antarabangsa dengan
memenangi tujuh pingat di tiga benua yang berbeza iaitu Amerika, Eropah dan Asia.

Sehingga tahun 2014, banyak kejayaan-kejayaan yang telah diperolehi oleh murid
Malaysia dalam pertandingan inovasi di peringkat antara bangsa. Pada Mei 2014, Sekolah
Menengah (SM) St Michael, Penampang telah mencipta nama pada peringkat antarabangsa
di mana empat pelajar tingkatan lima meraih empat anugerah termasuk pingat emas pada
pertandingan Inovasi dan Kreativiti Eropah (EUROINVENT 2014) di Lasi, Romania. Produk
set minuman mudah tuang yang telah mereka cipta telah meraih pingat emas. Pada Julai
2014 baru baru ini, tiga pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah
(Semsas) telah merangkul 3 pingat emas dalam pertandingan International Science Project
Olympiad (IsPRO) di Jakarta, Indonesia.
Dengan kejayaan-kejayaan yang telah di raih di peringkat antarabangsa ini, telah
membuktikan bahawa bakat pelajar Malaysia bukan sahaja setanding malah sesetengahnya
lebih hebat dan berjaya mengatasi pencapaian pelajar dari negara maju.

Kesimpulan
Perkembangan pesat yang dibawa oleh arus globalisasi membawa bersamanya hala
tuju pendidikan yang lebih dinamik. Seiring dengan, cabaran juga menjadi lebih sengit .
perlumbaan dalam bidang pendidikan menjadi lebih luas dan terbuka. Sehubungan dengan
itu, guru abad ke-21 seharusnya meneroka pelbagai kaedah dan teknik pembelajaran baru
yang lebih segar supaya menjadi lebih ampuh dan sentiasa relevan dengan keperluan
semasa dan pada masa akan datang. Guru menjadi tunjang utama dalam mencipta
kejayaan-kejayaan dalam arus pendidikan. Hal ini menuntuk penerokaan yang lebih berani
dalam aspek pedagogi abad ke-21bagi memenuhi cabaran dan tentangan yang timbul
akibat kompleksiti pelajar dan keperluan pembelajaran pada masa akan datang.

You might also like