Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA

TEKNIK SQ3R

Teknik SQ3R digunakan oleh guru untuk membimbing pelajar bagi

meningkatkan kemahiran belajar pelajar.

Pelajar dapat membaca secara kendiri bagi memperkukuh kemahiran berfikir .

Ini semua dapat dilakukan dengan memberi penekanan kepada tinjauan

Maklumat diperoleh melalui penyoalan.

Pengukuhan maklumat dibuat dengan menyatakan kembali dan menyemak semula

1. Survey

Murid-murid membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi bacaan mengikut
pemahaman masing-masing. Mereka hanya memfokuskan terhadap bahan atau teks yang berkaitan
tajuk utama, sub tajuk/tajuk kecil, gambar, symbol, ilustrasi, grafik dan pemenggalan teks.Teknik bacaan
yang sesuai digunakan ialah teknik skimming dan scanning.

2.Soalan (Question)

Pada peringkat ini, pelajar membina soalan daripada tinjauan yang telah dilakukan.

Soalan boleh dibina dengan menggunakan prinsip 5W 1H iaitu

what (apa?),

when (bila?),

where (di mana?),

why (mengapa?),

who (siapa?)

how (bagaimana?).

Dengan pertanyaan ini pelajar akan tertumpu kepada mencari jawapan

bagi soalan-soalan yang dibina.


3. MEMBACA (READ)

Murid-murid menyenaraikan beberapa isi soalan (intipati yang terkandung dalam teks. Soalan
tersebut adalah berdasarkan perkara yang ingin diketahui oleh murid-murid tentang topik/isu dalam
teks. Soalan tersebut juga adalah penyenaraian siri soalan yang berkaitan dengan tugasan yang diberi di
samping merupakan panduan kepada jawapan sebenar. Murid-murid akan mencari jawapan dan
ramalan jawapan yang paling sesuai.

4. RECITE (MENYEBUT/MENGULANG)

Setelah murid-murid membaca keseluruhan teks, mereka dikehendaki mengingat kembali kesemua atau
sebahagian maklumat yang terdapat. Murid-murid perlu menyenaraikan maklumat yang berkaitan
soalan atau tugasan sebelum dapat menjawab semua soalan tugasan berdasarkan maklumat dalam
teks. Murid-murid juga boleh mengemukakan jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan
yang terdapat dalam teks serta membandingkan ketepatan jawapan masing-masing.

5. 5. REVIEW (MENYEMAK)

Pada peringkat ini, murid-murid dikehendaki membaca semula soalan dan jawapan yang ditulis atau
dicatat. Ini adalah peringkat untuk mengesahkan jawapan yang dikemukakan oleh murid-murid pada
peringkat recite (menyebut/mengulang). Murid-murid perlu mempastikan bahawa semua bahagian
sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks. Murid-murid sepatutnya tidak tertinggal
maklumat atau fakta dalam tugasan pada peringkatquestion (menyoal)
Teknik Directed Reading Thingking Activity (DR-TA) (Aktiviti Membaca Berfikir Teraarah)

Teknik DR-TA, diperkenalkan oleh Russel Stauffer, !969/1975). Menurut beliau teknik ini membolehkan
pelajar membina satu set tujuan apabila mereka membaca bahan bacaan (teks, imej,simbol,grafik), lalu
memproses idea dan menguji jawapan dengan mengambil bahagian dalam pusingan membaca. Mereka
boleh meramal dan mengesahkan saripati/isi maklumat yang dibaca.

Pendekatan yang digunakan ialah dengan cara guru membimbing pelajar:


(i) Menggerakkan pemikiran pelajar: Apakah pendapat anda (pelajar) tentang petikan/tajuk/buku teks
yang dibaca...:
(ii) Menggerakkan pemikiran (mencabar idea) pelajar: Mengapakah anda (pelajar) berpendapat begitu
...
(iii) Mengumpulkan bukti: pelajar dikehendaki membuktikan hujah atau idea mereka berdasarkan
pemahaman mereka.

Tujuan teknik DR-TA:


(i) Memberi peluang kepada pelajar untuk membaca bahan bacaan/tekss secara kritis dan reflektif.
(ii) Menghala-tujukan tujuan pelajar membaca bahan bacaan/teks.
(iii) Mengaktifkan pandangan dan fikiran pelajar tentang topik yang akan dibaca.
(iv) Meminta pelajar mengenal pasti, mengasimilasasi maklumat, dan memaham bahaan bacaan/teks
yang dibaca.
(v) Guru mengkaji bahan bacaan berdasarkan tujuan membaca.
(vi) Guru membuat penilaian terhadap bahan bacaan yang dibaca oleh pelajar.
(vii) Guru dan pelajar boleh membuat rumusan, pertimbangan, penilaian, dan membuat keputusan
terhadap bahan yang dibaca.

Langkah pelaksanaan (Kaedah Kelas)


Untuk melaksanakan teknik ini, (P&P dalam kelas), ada dua fasa kitarannya:

Fasa 1: Fasa Kitaran Proses Membaca-Berfikir


(i) Proses yang menjelaskan tujuan pembaca membaca bahan bacaan.
(ii) Menyesuaikan kadar bahan bacaan dan untuk memenuhi tujuan membaca.
(iii) Membaca untuk mengesahkan tujuan (objektif)
(iv) Membuat hentian untuk menilai kefahaman.
(v) Meneruskan pembacaan untuk tujuan yang sama atau tujuan lain.

Fasa II
Fasa II ialah hasilan/produk DR-TA iaitu peluasan dan pemurnian pendapat dan pemikiran murid.

Langkah-langkah dalam Fasa 1


Langkah 1: Memperkenalkan teks yang akan dibaca.
(i) Guru menggalakkan pelajaar membuat ramalan teks/hipotesis tentang judul cerita, melalui
perbincangan kelas.
(ii) Guru membuat pengesahan tentang ramalan pelajar. Ramalan yang tidak tepat disanggah.
(iii) Mencatat segala ramalan.

Soalan guru:
(i) Pada pendapat anda, apakah isi kandungan cerita yang telah ditunjukkan, atau
(ii) Pada pendapat anda, apakah maksud gambar yang dipaparkan/tayangkan.
(iii) Mengapa anda berpendapat sedemikian? Jelaskan/tafssirkan.
(iv) Pada pendapat anda mengapakah perkara itu terjadi?
(v) Anda sudah meramal. Yang manakah pada pendapat anda ramalan yang paling baik/benar.

Hujahkah/berikan sebab.
Pada masa ini guru tidak memperkenalkan perbendaharaan kata dan tidak memaklumkan tujuan
membaca teks yang dipilih itu.

Langkah 2 : Pembacaan Senyap Terarah


Pelajar dikehendaki membaca secara senyap pada awal bahagiaan teks yang dipilih. Tujuan bacaan
senyap ialah untuk mengesahkan ramalan.
Guru memberi bimbingan kepada pelajar sekiranya pelajar menghadapi masalah menyebut
perkataan/frasa/ayat dengan menggunakan strategi klu konteks atau analisa stuktur, atau kedua-dua
sekali.
a. menyoal pelajar berdasarkan teks- makna perkataan dan sebagainya.
b. Memberi cadangan kepada pelajar supaya,
(i) membaca bahagian seterusnya ayat dan memikirkan perkataan yang boleh memberi maksud,
(ii) pelajar membaca ayat dari awal hingga akhir,
(iii) pelajar mengandaikan bahawa perkataan itu ialah ruang yang dikosongkan, dan pelajar diminta
untuk mengisi ruang tersebut dengan perkataan yang sesuai.
(iv) pelajar memberi sinonim,
(v) membaca ayat sebelum, ayat yang mengandung masalah, dan ayat selepasnya,
(vi) meneruskan pembacaan bahagian seterusnya,
(vii) menganalisa stuktur teks.

Langkah 3 : Menyemak Kefahaman dan membina kecekapan


Guru meminta pelajar menyatakan sejauh mana ramalan mereka tepat, betul.
Pelajar diminta membuktikan bahawa ramalan mereka betul berdasarkan teks, dan membacakan
bahagian teks tersebut sebagai bukti.
Soalan guru:
1. Apa pendapat anda sekarang? Mengapa anda berkata begitu?
2. Mengapa ramalan anda tidak/kurang tepat?
3. Berikan pendapat anda apakah yang akan berlaku seterusnya peristiwa dalam teks tersebut?
4. Berikan alasan mengapa anda meyatakaan demikian.

Langkah 4 : Mengulang Fasa 1,2 dan 3


Di samping guru menghabiskan bacaan teks, pelajar diminta membuat ramalan/hipotesis, ramalan baru,
menyemak ramalan dan menilai ramalan mereka sama ada tepat atau sebaliknya. Pelajar diminta
memurnikan ramalan dengan bertambahnya maklumat baru yang terdapat dalam teks yang dibaca.

Fasa 2
Langkah 5 : Menambah, Memurnikan Idea dan Pemikiran
Strategi yang digunakan seperti berikut:
membaca kuat
menjawab soalan kefahaman
menganalisa watak dan perwatakan
menulis puisi, surat, melakar
melakonkan
menghassilkan resepi
membaca ekstensif
mengkaji perkataan/frasa memberi makna
melukis peta cerita
melukis peta minda

Penggunaan Teknik DR-TA secara Individu


Selepas pembacaan, pelajar berkongsi hasil dengan membuat poster, laporan, berdrama, dan
menjalankan aktiviti yang sesuai.
Pelajar menyimpan rekod cerita yang dibaca, aktiviti selepass pembacaan, dan kecekapan-kecekapan
yang diperoleh untuk melihat perkembangan pencapaian.

Kelebihan teknik DR-TA


Teknik ini mempunyai beberapa kelebihan dalam pelaksanaan pengajaran bacaan dalam bilik darjah
atau di luar bilik darjah.
(i) Tugas guru sebagai pemudah cara/fasiltator semasa soal jawab, bukan penilai.
(ii) Ketika situasi bacaan, berlangsung pelajar membaca sambil berfikir. Oleh itu, teknik ini menggalakkan
supaya pelajar sedar tentang proses membaca dan membuat ramalan.
(iii) Pelajar memperoleh konsep membaca, strategi metakognitif dan dapat berkomunikasi makna.
(iv) Menggalakkan pelajar menggunakan klu konteks untuk memahami makna dalam frasa atau
perkataan.
(v) DR-TA suatu teknik yang melibatkan semua pelajar mencapai satu pencapaian yang dikehendaki.

You might also like